anugerah inovasi kerajaan negeri pulau pinang tahun...

50
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020 CADANGAN MENAIKTARAF LORONG SISI DAN LORONG BELAKANG DARI LEBUH AH QUEE KE LORONG PITT BAGI LALUAN BASIKAL DAN PEJALAN KAKI, GEORGE TOWN, PULAU PINANG Jabatan Konservasi Warisan Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Upload: others

Post on 25-Aug-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI

PULAU PINANG TAHUN 2020

CADANGAN MENAIKTARAF LORONG SISI DAN LORONG BELAKANG DARI LEBUH AH QUEE KE

LORONG PITT BAGI LALUAN BASIKAL DAN PEJALAN KAKI, GEORGE TOWN,

PULAU PINANG

Jabatan Konservasi Warisan Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Page 2: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

1

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT

Isi kandungan 1

1. Pengenalan

A. Jabatan

- Latar belakang dan Peranan Jabatan 3

- Piagam Pelanggan Berkaitan Inovasi 3

- Objektif 4

- Maklumat Lain Yang Berkaitan 5

B. Inovasi

- Tujuan Projek Inovasi 6

- Objektif projek 7

- Proses Pelaksanaan Inovasi 8

- Tempoh Pelaksanaan 8

- Peringkat Pelaksanaan

Kenalpasti Potensi 9

Penerapan konsep Gender Responsive Participatory

Budgeting (GRPB)

11

Penglibatan komuniti / organisasi / kakitangan dalam

proses perancangan dan pelaksanaan projek

11

Proses rekabentuk 13

Pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf di tapak 15

Projek siap / hasil 16

Penyelenggaraan bagi mengekalkan kelestarian projek 18

- Implikasi Kewangan 18

- Kaedah Pencetusan Idea 19

- Elemen Kolaborasi 20

- Kategori Inovasi 22

- Indikator Inovasi 22

- Input Pelanggan 23

Page 3: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

2

- Mekanisme Maklum Balas Pelanggan 33

2. Impak Sebelum Dan Selepas Projek 34

3. Impak Inovasi 37

4. Elemen Inovasi

- Inovatif / Kreativiti 40

- Keberkesanan 40

- Signifikan 41

- Relevan 41

5. Pengiktirafan Diterima 43

6. Penutup 47

Page 4: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

3

PROJEK MENAIKTARAF LORONG SISI DAN LORONG BELAKANG DARI LEBUH

AH QUEE KE LORONG PITT BAGI LALUAN BASIKAL DAN PEJALAN KAKI,

GEORGE TOWN, PULAU PINANG

1. PENGENALAN

A) JABATAN

i) Latar belakang dan peranan Jabatan

Jabatan Konservasi Warisan telah ditubuhkan pada 1 Julai 2011. Ini adalah

selaras dengan pengiktirafan Bandar George Town sebagai Tapak Warisan

Dunia UNESCO di mesyuarat ‘World Heritage Committee’ yang ke 32 yang

telah diadakan pada 7 Julai 2008 di Quebec City, Kanada.

Penubuhan sebagai sebuah Jabatan Konservasi Warisan di bawah pihak

berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang merupakan salah satu

komitmen kerajaan seperti yang termaktub dalam dokumen ’Pelan

Pengurusan Warisan’ ataupun ‘Heritage Management Plan’, satu dokumen

tambahan yang dikemukakan kepada UNESCO dalam proses penilaian untuk

pengiktirafan bandar George Town sebagai tapak warisan dunia UNESCO.

ii) Piagam pelanggan berkaitan projek

Piagam pelanggan Jabatan Konservasi Warisan yang berkaitan dengan

projek menaiktaraf lorong belakang ini adalah :

Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja

dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh

penerimaan aduan.

Jabatan Konservasi Warisan ada menerima aduan-aduan mengenai

kekotoran, jalan berlopak, longkang tersumbat dan halangan/binaan haram

Page 5: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

4

yang dibina di kawasan lorong-lorong belakang. Walaupun tindakan diambil

oleh Jabatan, namun ianya kadang-kala akan berulang kembali. Dengan

penaiktarafan lorong belakang ini, aduan-aduan sebegini dapat diatasi.

iii) Objektif

Berikut adalah objektif Jabatan Konservasi Warisan, Majlis Bandaraya Pulau

Pinang:-

Mengawal pemajuan-pemajuan dan kerja pindaan & tambahan bagi semua

bangunan warisan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO dan bangunan-

bangunan warisan di seluruh Pulau.

Mengawal kemajuan pembangunan yang dijalankan oleh pemaju swasta,

organisaasi separa Kerajaan dan Badan-badan Berkanun bagi kawasan-

kawasan yang melibatkan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Menjadi Urusetia untuk “Technical Review Panel” bagi mengkaji dan

meneliti semua perubahan pemajuan yang terlibat Tapak Warisan.

Membantu dalam mewujudkan dan mengkoordinasikan satu rangka kerja

jangka panjang yang mantap bagi kerja-kerja pengurusan dan

pemuliharaan Tapak Warisan.

Mengkaji penambahbaikan garis panduan warisan dari semasa ke semasa.

Merancang dan menguruskan program-program berkaitan warisan.

Menyediakan maklumat untuk laporan berkala yang perlu dihantar kepada

UNESCO.

Page 6: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

5

iv) Lain-lain maklumat berkenaan Jabatan

Kawasan Pentadbiran

Tapak Warisan Dunia UNESCO merangkumi keluasan 259.42 hektar.

Keluasan Tapak Warisan Dunia ini dibahagikan kepada dua zon iaitu ’core

zone’ yang merangkumi 109.38 hektar dan ’buffer zone’ yang merangkumi

150.04 hektar.

Page 7: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

6

B) INOVASI

i) Tujuan projek

Selaras dengan program ‘repopulating George Town’, Majlis Bandaraya Pulau

Pinang (MBPP) berhasrat untuk menaiktaraf lorong belakang dan kawasan

lapang yang terdapat di dalam Tapak Warisan Dunia George Town. Projek ini

juga adalah salah satu usaha untuk mengindahkan dan memelihara elemen

warisan dalam bandar dan dalam masa yang sama menambahkan elemen

keselamatan kepada orang awam di kawasan ini. Projek ini juga adalah

selaras dengan perancangan rangkaian hijau dalam kawasan bandar seperti

mana panduan yang dimasukkan di dalam Rancangan Kawasan Khas Tapak

Warisan Dunia Unesco George Town.

Lorong belakang dalam bandar adalah merupakan salah satu akses alternatif

kepada orang awam dan penduduk selain ia digunakan sebagai laluan

penyelenggaraan. Adalah menjadi tujuan Jabatan Konservasi Warisan, Majlis

Bandaraya Pulau Pulau Pinang untuk menyediakan projek-projek menaiktaraf

lorong belakang dan lorong sisi untuk persekitaran yang sihat dan selamat

kepada masyarakat dan pada masa yang sama memelihara nilai-nilai yang

terdapat dalam Tapak Warisan Dunia Unesco George Town. Tujuan :-

• Selaras dengan program ‘repopulating and rejuvenation of George Town’

• Mengekalkan Nilai Keunggulan Sejagat (OUV) yang menyokong status

Tapak Warisan Dunia

• Mengekalkan kehidupan dan budaya tempatan dan membina lanskap

budaya di bandar

• Memelihara hubungan rapat masyarakat dan hubungan sosial mereka dan

terus meningkatkan rasa kepunyaan dan kebanggaan tempat

• Kurangkan perpindahan penduduk tempatan, perniagaan dan kediaman

sedia ada keluar dari George Town

• Mengekalkan peratusan tinggi orang yang bekerja dan hidup di dalam tapak

warisan George Town

• Laluan alternatif kepada orang awam dan penduduk

Page 8: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

7

• Digunakan sebagai laluan penyelenggaraan

• Tempat untuk beriadah, mengadakan aktiviti kejiranan

• Meluaskan kawasan hijau dalam bandar

• Mewujudkan satu perasaan selamat, bersih dan sihat kepada masyarakat

• Menyusun dan menaiktaraf saluran utiliti

• Mengalihkan halangan-halangan yang terdapat di lorong-lorong belakang

ii) Objektif projek

Objektif projek adalah untuk mempertingkatkan kualiti persekitaran untuk

orang awam melalui penaiktarafan kawasan lorong belakang yang suram dan

seringkali terbiar dengan memperkenalkan pelbagai aktiviti-aktiviti untuk orang

awam di lorong-lorong belakang. Aktiviti- aktiviti tersebut hendaklah

bersesuaian dengan keadaan semasa, memenuhi keperluan masyarakat

moden namun tidak meminggirkan nilai-nilai warisan tempatan. Antara aktiviti

yang boleh dilaksanakan adalah:-

a) Rekreasi, bersantai dan riadah e) Berbasikal di laluan basikal

b) Sambutan perayaan / festival f) Program bersama orang ramai

c) Aktiviti bersukan g) Flea market

d) Urban farming

Page 9: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

8

iii) Proses pelaksanaan projek

Pada awalnya, Jabatan Konservasi Warisan telah mengenalpasti lorong-

lorong belakang dalam Tapak Warisan Dunia George Town yang berpotensi

untuk dibangunkan dan dinaiktaraf supaya dapat memberi satu kemudahan

kepada masyarakat setempat dan menjadi tarikan para pelancong,

Jabatan Konservasi Warisan telah membuat kajian soal selidik terhadap

penduduk sekitar dan orang awam bagi mendapatkan pandangan dan

cadangan penaiktarafan sebelum kerja-kerja menaiktaraf dimulakan.

Proses rekabentuk dan penyediaan dokumen tender bagi projek menaiktaraf

lorong belakang ini dibuat secara ‘in-house’. Kontraktor dijemput dan dipilih

melalui proses panggilan tender secara terbuka dan dilantik berdasarkan

prosedur tender Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Kerja-kerja menaiktaraf oleh

kontraktor diselia oleh kakitangan Jabatan Konservasi Warisan dari mula kerja

hingga tamat tempoh kecacatan.

iv) Tempoh pelaksanaan

Kerja-kerja menaiktaraf projek ini berlangsung dalam tempoh 3 bulan iaitu dari

1 September 2019 hingga 30 November 2019. Berikut adalah perincian dari

mulanya iklan tender hingga projek siap:-

Iklan tender : 13.05.2019

Taklimat : 21.05.2019

Tutup : 10.06.2019

Tarikh mula kerja : 01.09.2019

Tarikh siap kerja : 30.11.2019

Page 10: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

9

v) Peringkat pelaksanaan

a. Mengenalpasti lorong belakang yang berpotensi untuk dinaiktaraf :-

Jabatan mengenalpasti terlebih dahulu lorong-lorong belakang yang terdapat

di dalam Tapak Warisan Dunia George Town dan membuat pemetaan seperti

rajah di bawah :-

Input daripada aduan, pemantauan tapak dan jumlah pengunjung/pejalan kaki

di sesuatu tempat menjadi tumpuan utama untuk Jabatan menaiktaraf lorong-

lorong belakang yang terdapat di kawasan tersebut. Selain itu, aspek halangan

seperti pagar dan pendapat penduduk setempat turut diambil kira untuk

menjalankan projek menaiktaraf lorong di belakang mereka. Lorong-lorong

belakang yang mudah mendapat persetujuan orang ramai akan dinaiktaraf

terlebih dahulu kerana tiada bantahan dari semua pihak.

Page 11: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

10

Lorong belakang Lebuh Ah Quee – Lebuh Pitt terletak di dalam kawasan teras, Tapak

Warisan Dunia UNESCO George Town, Pulau Pinang.

Keluasan Tapak Projek : 456.26 m² (4,911.14 ft²)

Lorong belakang Lebuh Ah Quee - Lebuh Pitt terletak di kawasan campuran yang

dikelilingi oleh perumahan, perniagaan dan restoran. Lorong belakang sebelum ini

dalam keadaan kotor dan berbau dan tidak digunakan sepenuhnya. Ini secara tidak

langsung membawa pemikiran negatif terhadap Tapak Warisan Dunia George Town

oleh para pelancong dan turut memberi kesan yang tidak baik kepada penduduk

sekitar tapak. Melalui kajian yang pernah dijalankan sebelum ini, ramai yang

berpendapat lorong belakang tidak digunakan kerana ianya tidak selamat, tidak bersih

dan terdapat banyak halangan. Lorong belakang perlu ditambahbaik bagi mengubah

persepsi negatif orang awam terhadap lorong belakang.

58% tidak menggunakan lorong

belakang

Sebab : 1. Tidak Selamat

2. Tidak Bersih

3. Banyak Halangan di

Lorong Belakang

42% menggunakan lorong belakang

Sebagai : 1. Laluan Pejalan Kaki

Menggunakan

Lorong

Belakang 42% Tidak

Menggunakan

Lorong

Belakang 58%

Page 12: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

11

Keadaan lorong belakang sebelum dinaiktaraf, walaupun telah diturap namun ia

tidak memberi impak yang ketara dari segi penggunaan oleh pejalan kaki dan

tidak kelihatan menarik. Tong sampah besar juga diletakkan di kawasan ini.

b. Penerapan konsep Gender Responsive Participatory Budgeting (GRPB) dalam

proses perancangan dan pelaksanaan projek:-

Konsep GRPB yang digunakan adalah ”responsive budgeting for the people”

di mana peruntukan bajet bagi menaiktaraf lorong belakang Lebuh Ah Quee –

Lebuh Pitt ini mengambil kira keperluan semua peringkat masyarakat yang

terdiri dari pelbagai peringkat umur, gender, kaum, penduduk setempat dan

juga pelancong.

c. Penglibatan komuniti / organisasi / kakitangan dalam proses perancangan dan

pelaksanaan projek:-

Jabatan telah membuat kaji selidik bersama penduduk sekitar tapak projek

bagi melibatkan komuniti dalam melaksanakan projek-projek awam dan kajian

serta tinjauan yang diadakan bersama penduduk, masyarakat setempat dan

komuniti adalah perlu bagi mendapatkan hasil yang lebih baik. Jabatan turut

mengadakan perbincangan, mesyuarat dan sesi dialog di antara pihak

pengurusan tertinggi MBPP, Ahli Majlis, wakil jabatan-jabatan lain dan

kakitangan Jabatan bagi mendapatkan input dan pandangan untuk penaiktaraf

projek lorong belakang ini.

Page 13: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

12

Kaji selidik dan

pandangan orang

awam dikumpulkan

dan diambil kira

semasa proses

perancangan

menaiktaraf projek

Kakitangan Jabatan

memantau keadaan

lorong belakang

sebelum dinaiktaraf

Kakitangan Jabatan

berbincang mengenai

cadangan rekabentuk

yang sesuai di tapak

lorong belakang

sebelum dinaiktaraf

Page 14: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

13

d. Proses rekabentuk:-

Melalui kajian yang pernah dilakukan, ramai yang bersetuju supaya lorong

belakang ini diterapkan dengan konsep ‘backlane garden’. Konsep ‘backlane

garden’ ini menekankan penambahan elemen-elemen hijau atau softscape di

dalam rekabentuk lorong belakang yang baru ini. Ruang-ruang yang

berpotensi dikenalpasti untuk dijadikan ruang hijau dan dalam masa yang

sama boleh digunakan oleh orang awam.

Back Lane Garden Concept

Cadangan penaiktarafan :-

Dari kaji selidik ini dapat disimpulkan 4 perkara utama yang menjadi pilihan

untuk kawasan ini adalah :-

i) Tanaman hijau

ii) Ciri-ciri keselamatan

iii) Kebersihan

iv) Akses

Page 15: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

14

Pelan Cadangan Projek Menaiktaraf Lorong Belakang Lebuh Ah Quee – Lebuh Pitt

• CCTV

• Lampu SolarSensor

• Rondaan AnggotaKeselamatan

KESELAMATAN

• Longkang danParit dinaiktaraf

• Sampahdibersihkan

KEBERSIHAN

• PenanamanPokok

• TempatDuduk

• Pocket Park

KEHIJAUAN

• AksesBomba

• Aktiviti‘loading’ & ‘unloading’

• Laluanpejalan kaki basikal (garispanduanberbasikal)

AKSES

Page 16: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

15

e. Pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf di tapak:-

Kerja-kerja di tapak dilaksanakan selama 3 bulan iaitu dari 1 September 2019

hingga 30 November 2019. Semasa projek dilaksanakan, komuniti setempat

memberi kerjasama yang baik dan projek dapat berjalan dengan lancar serta

siap dalam masa yang dijangkakan. Berikut adalah gambar semasa kerja-kerja

menaiktaraf sedang dijalankan:-

Page 17: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

16

f. Projek siap / hasil:-

Lorong belakang Lebuh Ah Quee – Lebuh Pitt yang telah dinaiktaraf ini

dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti CCTV dan bollard untuk

menghalang kenderaan besar keluar masuk, ciri-ciri kehijauan dengan

tanaman pokok-pokok hiasan pelbagai jenis dan saiz, akses yang selesa untuk

pejalan kaki, basikal dan golongan OKU serta kawasan yang bersih dengan

longkang tertutup dan tong sampah dipindahkan ke tempat lain. Ia turut

dilengkapi dengan alat permainan kanak-kanak, kemudahan bersukan dan

arca karikatur sebagai tarikan utama tempat ini. Gambar projek siap adalah

seperti berikut :-

Page 18: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

17

Page 19: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

18

g. Penyelenggaraan bagi mengekalkan kelestarian projek:-

Setelah projek ini siap, penyelenggaraan dilaksanakan oleh Jabatan-jabatan

yang terlibat. Pihak Jabatan Lanskap MBPP akan membantu menguruskan

tanaman pokok selain dibantu oleh komuniti kawasan tersebut, Jabatan

Perkhidmatan Perbandaran MBPP turut membantu membersihkan longkang

dan laluan. Sekiranya terdapat kerosakan peralatan elektrik seperti lampu dan

CCTV, Jabatan akan mendapatkan bantuan Jabatan Kejuruteraan MBPP dan

untuk elektrik, pihak TNB akan beri kerjasama. Projek ini juga dilengkapi

dengan lampu supaya ianya boleh digunakan sepanjang masa siang dan

malam.

vi) Implikasi kewangan

Dari segi implikasi kewangan, walaupun Jabatan pada awalnya mensasarkan

projek ini menelan kos hampir RM400,000.00, namun setelah membuat

perancangan yang baik dan mendapatkan tender yang berpatutan, akhirnya

projek ini terlaksana dalam kos berjumlah RM293,405.10 sahaja. Bajet yang

digunakan juga mendatangkan impak positif kepada orang awam dan ianya

dapat dilihat apabila ramai orang menggunakan lorong belakang ini setelah

ianya dinaiktaraf.

Suasana yang cerah dan

selamat di waktu malam

Page 20: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

19

vii) Kaedah pencetusan idea

Kaedah pencetusan idea bagi projek menaiktaraf Lorong Belakang Lebuh Ah

Quee – Lebuh Pitt ini menggunakan kaedah kolaborasi pengurusan atasan,

warga agensi dan pelanggan.

Jabatan membentangkan cadangan penaiktarafan lorong-lorong belakang ini

di mesyuarat-mesyuarat yang terdiri daripada pengurusan atasan MBPP,

agensi luar, kakitangan MBPP seperti Mesyuarat Perancangan dan

Pemajuan, Technical Review Panel dan Mesyuarat Bajet untuk mendapatkan

pandangan dan keputusan pelaksanaan.

Kaji selidik bagi projek menaiktaraf lorong lorong belakang dari Lebuh Ah

Quee ke Lorong Pitt dilaksanakan secara 3 peringkat, iaitu :

i) Peringkat Permulaan : sebelum pelaksanaan projek (borang)

ii) Peringkat Pertengahan : semasa pelaksanaan projek (lisan)

ii) Peringkat Akhir : selepas pelaksanaan projek (borang)

Jabatan melaksanakan kaji selidik ini terhadap pemilik premis dan penyewa

premis di sekitar lorong belakang yang terlibat dan pengguna lorong belakang

tersebut.

YB Kerajaan Tempatan,

YB ADUN, Datuk Bandar

dan Ahli Majlis MBPP

merasmikan program

menaiktaraf lorong-

lorong belakang di Tapak

Warisan Dunia George

Town pada Mac 2019

Page 21: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

20

viii) Elemen kolaborasi

Projek menaiktaraf lorong belakang Lebuh Ah Quee – Lebuh Pitt ini

mengutamakan kerjasama pintar dengan komuniti setempat yang melibatkan

penghuni flat perumahan MBPP Lebuh Ah Quee dan premis-premis

perniagaan di sekitar lorong belakang ini. Jabatan telah mendapatkan

kerjasama restoran-restoran dalam memastikan saluran longkang dilengkapi

dengan perangkap gris, saluran buangan yang rosak dibaiki dan tidak meletak

barang-barang yang boleh menghalang lorong belakang ini setelah

dinaiktaraf. Penghuni di kawasan tersebut juga turut membantu menjaga

kebersihan, peralatan permainan, alatan sukan dan tanaman dari rosak selain

pemantauan dibuat oleh MBPP melalui CCTV. Selain komuniti setempat,

pelaksanaan projek ini melibatkan kerjasama kakitangan Jabatan, staf-staf

Jabatan lain dalam MBPP dan juga organisasi luaran.

i) Kakitangan Jabatan Konservasi Warisan

- terlibat untuk proses rekabentuk, penyediaan skop kerja, pemantauan

tapak projek, bancian, program penglibatan penduduk, perasmian tapak

dan juga penyediaan bajet

ii) staf-staf jabatan lain dalam MBPP dan organisasi luaran

- terlibat dalam proses rekabentuk dengan memberi input-input teknikal

seperti mekanikal, elektrikal, lanskap dan bajet. Selain itu, setelah projek ini

siap, Jabatan lain turut membantu dalam memastikan kawasan ini terjaga

dari segi kebersihan, penyelenggaraan perabot jalan, penyelenggaraan

lanskap dan sebagainya.

iii) komuniti setempat

Suara dan pendapat komuniti setempat turut didengari dan diambil

perhatian melalui program soal selidik sebelum pelaksanaan, semasa

pelaksanaan dan selepas pelaksanaan projek dalam memastikan

kehendak komuniti dipenuhi bagi menjayakan projek menaiktaraf lorong

belakang ini.

Page 22: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

21

YAB Ketua Menteri mewakili Kerajaan Negeri merasmikan projek

menaiktaraf lorong belakang ini dan memberi dorongan kepada MBPP

untuk teruskan usaha ini

Kakitangan Jabatan dan staf

Jabatan MBPP lain telah

bersama-sama memastikan

projek ini dilaksanakan dengan

jayanya dari proses

perancangan, pelaksanaan

hingga projek siap

Kaji selidik dan

pandangan diberi oleh

komuniti dan orang

awam berhubung dengan

projek menaiktaraf lorong

belakang Lebuh Ah Quee

– Lebuh Pitt

Page 23: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

22

ix) Kategori inovasi

Kategori inovasi yang terlibat bagi projek ini adalah:-

a) ‘Product innovation’

- Projek menaiktaraf ini adalah yang pertama dilaksanakan dalam Tapak

Warisan Dunia George Town yang dilengkapi dengan kemudahan

CCTV, alatan sukan dan alatan permainan kanak-kanak.

b) ‘Organisational innovation’

- Projek menaiktaraf lorong belakang Lebuh Ah Quee ke Lebuh Pitt ini

merupakan projek menaiktaraf lorong belakang yang pertama

dilaksanakan oleh Jabatan Konservasi Warisan dan secara ‘ín-house’.

x) Indikator inovasi

Kriteria indikator inovasi untuk projek ini adalah:-

a) Measurable – Jabatan mempunyai rancangan untuk menaiktaraf

sepanjang 9km lorong-lorong belakang dalam Tapak Warisan Dunia

George Town dalam jangkamasa selama 5 tahun dan projek menaiktaraf

lorong belakang Lebuh Ah Quee ke Lebuh Pitt ini adalah sepanjang 100m.

b) Developmental – projek menaiktaraf lorong belakang Lebuh Ah Quee ke

Lebuh Pitt mempunyai ruang untuk ditambahbaik di masa akan datang.

xi) Input pelanggan

Page 24: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

23

Kaji selidik bagi Projek menaiktaraf lorong belakang dari Lebuh Ah Quee ke

Lebuh Pitt ini dilaksanakan secara 3 peringkat iaitu:-

i) Peringkat Permulaan : sebelum pelaksanaan projek (borang)

ii) Peringkat Pertengahan : semasa pelaksanaan projek (lisan)

ii) Peringkat Akhir : selepas pelaksanaan projek (borang)

Kaji selidik Peringkat Permulaan iaitu sebelum pelaksanaan projek ini

dilakukan secara terbuka iaitu melalui temubual dan borang kaji selidik yang

telah dijalankan oleh pihak Jabatan bagi memastikan kaji selidik ini berjalan

dengan lancar. Berikut adalah soalan-soalan kaji selidik sebelum pelaksanaan

projek :-

BIL SOALAN KAJI SELIDIK

1. Sila nyatakan umur anda?

i) 30 tahun ke bawah

ii) 31-59 tahun

iii) 60 tahun ke atas

2. Adakah anda seorang…

i) Pemilik premis di Lebuh Ah Quee dan Lebuh Pitt

ii) Penyewa premis di Lebuh Ah Quee dan Lebuh Pitt

ii) Pengguna Lebuh Ah Quee dan Lebuh Pitt

3. Adakah anda bersetuju dengan kerja-kerja menaiktaraf dan

mencantikkan lorong belakang di Lebuh Ah Quee / Lebuh Pitt?

i) Ya

ii)Tidak

4. Jika tidak untuk soalan no.3, sila nyatakan sebab tidak bersetuju

5. Sila nyatakan maklumbalas / cadangan anda bagi kerja-kerja

menaiktaraf lorong belakang di Lebuh Ah Quee / Lebuh Pitt

1. Analisis Umur Jantina

Page 25: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

24

Rajah 1.1 :Umur Responden

Rajah di atas menunjukkan graf yang mewakili umur responden seramai 27

orang. Seperti yang dipaparkan dalam rajah 1.1, peratus bagi responden yang

berumur 30 tahun ke bawah ialah 7% yang mewakili 2 responden. Seterusnya,

untuk responden yang berumur antara 31 tahun sehingga 59 tahun, graf

menunjukkan sebanyak 78% responden bersamaan 21 responden daripada

keseluruhannya. Akhir sekali, kajian ini mendapati sebanyak 15% (4

responden) yang berumur 60 keatas,

2. Analisis Latar Belakang Responden

Rajah 2.1 :Latar belakang Responden

0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

70%

80%

90%

30 KE BAWAH 31 - 59 60 ke atas

37%

41%

22%

PEMILIK DI LEBUH AH QUEE/LEBUH PITT

PENYEWA DI LEBUH AH QUEE/LEBUH PITT

PENGUNA DI LEBUH AH QUEE/LEBUH PITT

Page 26: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

25

Pihak jabatan mendapati responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri

daripada pemilik premis, penyewa premis dan pengguna di Lebuh Ah Quee

dan Lebuh Pitt. Graf di atas menunjukkan peratus pemilik premis adalah

sebanyak 37% (10 responden). Sebanyak 41% iaitu mewakili 11 responden

adalah yang menyewa premis. Pengguna lorong belakang tersebut yang

terlibat dalam kaji selidik ini adalah seramai 6 responden iaitu sebanyak 22%.

3. Pandangan Responden

Rajah 3.1 :Pandangan Responden

Peratusan menunjukkan bahawa kesemua responden sangat bersetuju

dengan kerja menaiktaraf dan mencantikkan lorong belakang di Lebuh Ah

Quee / Lebuh Pitt. Berdasarkan peratusaan ini, pihak Jabatan berpandangan

bahawa projek ini haruslah dijalankan bagi memenuhi kepuasan hati

penduduk di situ.

4. Jika Tidak Pada Soalan Nombor 3, Nyatakan Sebab Tidak Bersetuju

Rata-rata responden bersetuju dengan cadangan untuk menaiktaraf dan

mencantikkan lorong belakang di Lebuh Ah Quee. Tiada responden yang tidak

bersetuju dengan projek ini. Hal ini kerana responden menganggap projek ini

akan memberi manfaat kepada semua.

5. Maklumbalas / Cadangan Responden

100%

0%

YA TIDAK

Page 27: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

26

Setelah pihak jabatan menjalankan lawatan, kaji selidik dan menemuramah

beberapa responden di sekitar Lebuh Ah Quee dan Lebuh Pitt, pihak jabatan

perlu melakukan kerja-kerja penyelenggaraan menaiktaraf dan mencantikkan

lorong belakang tersebut. Terdapat beberapa maklumbalas dan cadangan

yang dikemukakan oleh responden untuk tindakan berikutnya.

Antara majoriti cadangan daripada responden adalah untuk memastikan

sistem perparitan sentiasa dalam keadaan baik. Hal ini kerana responden

mendapati longkang di lorong belakang tersebut kerap tersumbat dangan

pepejal serta sampah yang dibuang oleh segelintir individu. Responden

mencadangkan pihak jabatan perlu memasang CCTV di tempat tersebut untuk

mengelakkan sebarang vandalisme atau kerosakan yang dilakukan oleh

individu yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, responden juga mencadangkan pihak jabatan perlu menanam

pokok bunga untuk mencantikkan pemandangan dan mengekalkan kehijauan

alam sekitar di sekitar Lebuh Ah Quee dan Lebuh Pitt.

Pihak Jabatan mengambil maklum atas masalah yang dihadapi oleh pihak

responden dan memastikan projek ini akan dilaksanakan dengan sebaik yang

mungkin serta dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat.

Kaji selidik di Peringkat Pertengahan : Semasa Pelaksanaan Projek,

Jabatan turut mendapatkan maklumbalas daripada penduduk secara lisan.

Penduduk-penduduk setempat turut membantu Jabatan dalam menangani

isu-isu di tapak.

Page 28: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

27

Kaji selidik Peringkat Ketiga ini dilakukan selepas projek siap dijalankan.

Kesemua keputusan yang diperolehi daripada responden adalah

dibentangkan dalam bentuk jadual, carta pai dan graf.

BIL SOALAN KAJI SELIDIK

1. Sila nyatakan jantina anda? i) Lelaki ii) Perempuan

2. Sila nyatakan umur anda? i) 30 tahun ke bawah ii) 31-59 tahun iii) 60-79 tahun iv) 80 tahun ke atas

3. Adakah anda seorang… i) Pemilik/Penyewa premis di Lebuh Ah Quee / Lebuh Pitt

ii) Penduduk @ bekerja di George Town iii) Berurusan di George Town

iv) Pelancong

4. Sila nyatakan kekerapan anda mengunakan laluan lorong belakang di

Lebuh Ah Quee / Lebuh Pitt

5. Apakah pandangan anda dengan kerja-kerja menaiktaraf dan

mencantikkan lorong belakang di Lebuh Ah Quee / Lebuh Pitt

6. Jika tidak untuk soalan no.5, sila nyatakan sebab tidak bersetuju

7. Sila nyatakan maklumbalas / cadangan anda bagi kerja-kerja

menaiktaraf lorong belakang di Lebuh Ah Quee / Lebuh Pitt

Page 29: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

28

1. Analisis Jantina Responden

Rajah 1.1 : Jantina Responden

Rajah 1.1 menunjukkan carta pai yang telah melibatkan seramai 40

responden. Pecahan tersebut menunjukkan 20 responden lelaki dan 20

responden perempuan yang mewakili 50% untuk setiap jantina. Hal ini

bertujuan supaya pihak jabatan dapat mengumpul keputusan dengan adil

berdasarkan pendapat antara berlainan jantina.

2. Analisis Umur Jantina

Rajah 2.1 : Umur Responden

LELAKI

PEREMPUA

N

PEREMPUAN

LELAKI 0%

10%

20%

30%

40%

30 KE

BAWAH 31 - 59 60 - 79 80 KE

ATAS

10%

35%

5% 0

18%

32%

0 0

LELAKI PEREMPUAN

Page 30: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

29

Rajah di atas menunjukkan graf yang mewakili umur responden mengikut

jantina. Seperti yang dipaparkan dalam rajah 2.1, bagi responden yang

berumur 30 tahun ke bawah mewakili 10% (4 responden lelaki) dan 18% (7

responden perempuan). Seterusnya, untuk responden yang berumur antara

31 tahun sehingga 59 tahun, graf menunjukkan sebanyak 35% (14 responden

lelaki) dan 32% (13 responden perempuan). Bagi responden yang berumur

antara 60 tahun sehingga 79 tahun pula, sebanyak 5% iaitu mewakili 2

responden lelaki sahaja. Akhir sekali, tiada rekod bagi mana-mana responden

lelaki mahupun perempuan yang berumur 80 tahun ke atas.

3. Analisis Latar Belakang Responden

Rajah 3.1 : Latar belakang Responden

Pihak Jabatan mendapati responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri

daripada pemilik atau penyewa premis di Lebuh Ah Quee dan Lebuh Pitt,

penduduk dan bekerja di George Town, responden yang berurusan di George

Town dan pelancong daripada pelbagai negara. Graf di bawah menunjukkan

peratus pemilik atau penyewa premis adalah sebanyak 7.5% (3 responden

lelaki) dan 5% (2 responden perempuan). Tambahan pula, sebanyak 20%

iaitu mewakili 10 responden bagi setiap jantina yang tinggal dan bekerja di

7.5%

17.5%

5% 5%

20% 20%

12.5% 12.5%

5.0% 0.0%

10.0%

15.0%

20.0%

25.0%

LELAKI

PEREMPUAN

Page 31: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

30

George Town. Bagi responden yang berurusan di George Town, seramai 7

responden lelaki yang mewakili 17.5% dan 5 responden perempuan yang

mewakili 12.5%. Pelancong asing juga tidak terkecuali dalam kajian ini kerana

mereka mewakili 5% (2 responden lelaki) dan 12.5% iaitu sebanyak 5

responden perempuan.

4. Kekerapan Pengunaan Lorong Belakang Lebuh Ah Quee / Lebuh Pitt

Rajah 4.1 : Kekerapan pengunaan lorong bagi responden

Graf di atas menunjukkan frekuensi responden menggunakan laluan lorong

belakang di Lebuh Ah Quee dan Lebuh Pitt. Bagi responden yang jarang

menggunakan laluan tersebut adalah sebanyak 12.5% (mewakili 5 responden

lelaki) dan 25% (mewakili 10 responden perempuan). Seterusnya, bagi

responden yang kerap menggunakan laluan tersebut terutamanya penduduk

berdekatan, graf menunjukkan sebanyak 32.5% yang mewakili 13 reponden

lelaki dan 20% mewakili 8 responden perempuan. Akhir sekali, peratus bagi

mingguan dan responden yang tidak pernah melalui lorong tersebut adalah

sama iaitu 2.5%, hanya 1 responden bagi mewakili responden lelaki dan juga

perempuan.

5. Pandangan Responden

12.5%

32.5%

2.5% 2.5% 5.0%

10.0%

15.0%

30.0% 25.0%

25.0% 20.0%

20.0%

35.0%

LELAKI

PEREMPUAN

Page 32: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

31

Rajah 5.1 : Pandangan Responden

Peratusan menunjukkan bahawa responden sangat tertarik dengan kerja

menaik taraf dan mencantikkan lorong belakang di Lebuh Ah Quee/Lebuh

Pitt. Berdasarkan peratusan ini, pihak Jabatan haruslah meneruskan usaha

bagi mengekalkan kecantikan dan keindahan di kawasan tersebut.

Soalan no.6 adalah tidak relevan memandangkan semua responden

bersetuju dengan projek ini.

7. Maklumbalas / Cadangan Responden

Setelah melakukan uji kaji selidik ini, pihak Jabatan berjaya mengumpul

beberapa maklumbalas dan cadangan daripada responden. Kesemua

maklumbalas yang disertakan adalah positif dan berpuas hati dengan apa

yang dilakukan oleh pihak Jabatan. Salah satu daripadanya, responden

mengatakan projek tersebut sangat menarik.

Selain itu, responden juga menyatakan “good job” atas tindakan pihak

Jabatan. Disamping itu, responden sangat berpuas hati dan berharap agar

kerja-kerja penyelenggaraan akan dilakukan dari masa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, responden berharap projek ini dapat dikekalkan

TIDAK BERBALOI 0% MENARIK

100% MENARIK TIDAK BERBALOI

Page 33: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

32

untuk memastikan keadaan di lorong ini sentiasa dalam keadaan bersih serta

selamat digunakan oleh orang ramai.

Sementelahan itu, responden berkata projek ini adalah satu usaha pihak

Jabatan untuk membersihkan tempat tersebut bagi menarik minat orang ramai

berkunjung serta alternatif untuk mereka mengunakan jalan singkat ke

sesuatu tempat tanpa mengunakan jalan utama yang agak sesak. Maklum

balas berikutnya juga mengatakan tempat tersebut sangat baik.

Tambahan pula, responden berharap projek ini dapat memupuk nilai murni

terhadap kakitangan restoran berkenaan betapa pentingnya kebersihan untuk

memastikan keselesaan pengunjung. Malah, selepas projek ini dilakukan,

lorong ini lebih selamat digunakan oleh orang-orang kurang upaya

memandangkan keadaan jalan yang sekata dan selamat. Ada beberapa

responden yang mengalakkan untuk meneruskan pelaksanaan program

kemasyarakatan bagi mengeratkan hubungan penduduk sekitar kawasan

memandangkan budaya kemasyarakatan dan rukun tetangga semakin pupus

akibat impak positif pelancongan warisan.

Akhir sekali, responden berharap pihak Jabatan dapat menambah beberapa

hiasan seperti pokok bunga untuk mencantikkan lagi kawasan tersebut. Malah

ada yang meminta untuk menambah kemudahan tempat letak kenderaan

untuk pengunjung supaya tidak perlu jalan jauh ke tempat tersebut.

Kesimpulannya, projek ini adalah satu usaha baik yang harus diteruskan.

Walau bagaimanapun, ada juga responden yang tidak meninggalkan apa-apa

maklumbalas dan cadangan di borang kaji selidik itu.

Secara umumnya, Jabatan menerima secara positif kesemua cadangan dan

pandangan yang telah dikemukakan oleh pihak responden. Pihak responden

Page 34: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

33

amat berbesar hati dan berterima kasih pada pihak Jabatan kerana telah

melaksanakan projek lorong belakang di Lebuh Ah Quee dan Lebuh Pitt

dengan jayanya bagi memudahkan responden untuk menggunakan lorong

belakang ini dengan lebih selamat. Akhir sekali, responden juga akan

menggunakannya dengan lebih cermat dan menjaga harta benda awam

dengan sebaik mungkin.

xii) Mekanisme maklumbalas pelanggan

Maklumbalas pelanggan / orang awam diterima melalui beberapa kaedah iaitu

melalui soal selidik dan temubual di tapak projek sebelum, semasa dan

selepas siap projek. Selain itu, Jabatan turut menerima maklumbalas orang

awam mengenai projek menaiktaraf lorong belakang ini menerusi berita dan

media sosial.

Page 35: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

34

2. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS PROJEK

Memperbaiki infrastruktur

• Kembangkan jaringan hubungan / gabungan laluan pejalan kaki & persekitaran.

Laluan sedia ada di lorong belakang dinaiktaraf menggunakan interlocking tiles

yang mempunyai rekabentuk menarik yang sesuai untuk pejalan kaki dan

pengguna basikal

• Membangunkan aktiviti dan program kemasyarakatan di lorong-lorong belakang

• Longkang-longkang terbuka tanpa nilai bersejarah ditutup dengan penutup

longkang.

Meningkatkan kesambungan / jaringan hubungan (connectivity)

• Memperkenalkan kesambungan laluan pejalan kaki alternatif di sepanjang laluan

utama (Lebuh Ah Quee dan Lebuh Pitt) yang didominasi oleh kenderaan.

Mempertingkatkan reruang awam

• Mempromosikan ‘pocket park’ di lorong belakang ini yang dilengkapi dengan

kemudahan alat permainan kanak-kanak, kemudahan bersukan dan juga arca

seni sebagai tempat untuk program kemasyarakatan

• Membangunkan kembali lorong sisi dan lorong belakang Lebuh Ah Quee dan

Lebuh Pitt ini salah satu sebagai taman dalam bandar

Aspek Keselamatan Orang Awam

• Lebuh Ah Quee merupakan salah satu ‘street art’ yang menjadi tarikan pelancong.

Lorong belakang ini dapat meningkatkan tahap keselamatan pejalan kaki dan

mengurangkan risiko kemalangan di samping membantu mengurangkan

kesesakan dengan menjadi laluan alternatif bagi pelancong yang berjalan kaki dan

tidak mengganggu jalan utama

• Pencahayaan lorong belakang di waktu malam dan pemantauan melalui kamera

CCTV juga merupakan ciri-ciri keselamatan untuk orang awam menggunakan

lorong belakang ini sepanjang masa.

Page 36: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

35

Impak Projek - Sebelum Pelaksanaan Dan Selepas Pelaksanaan

Tapak projek sebelum dinaiktaraf

Page 37: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

36

Tapak projek selepas dinaiktaraf

Page 38: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

37

3. IMPAK INOVASI

Melalui projek menaiktaraf lorong belakang ini, Jabatan dengan kerjasama jabatan

lain dalam MBPP dan Kerajaan Negeri bergerak maju untuk mengekalkan bandar

warisan George Town dengan memperbaiki infrastruktur, meningkatkan jaringan

hubungan (connectivity), meningkatkan reruang awam dan mengurangkan

kesesakan lalu lintas di kawasan Lebuh Ah Quee dan Lebuh Pitt.

Usaha menaiktaraf ini juga selaras dengan visi ke arah menjadikan Tapak Warisan

Dunia George Town sebagai sebuah bandar yang rendah karbon dan hijau.

Sumber : Buletin Mutiara

Penyertaan awam melalui kaji selidik turut menjimatkan masa dalam proses pencetusan

idea dan merekabentuk dengan menyediakan apa yang dihajati oleh orang awam.

Kerjasama penduduk setempat untuk mengeluarkan binaan tanpa kebenaran seperti

Page 39: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

38

tambahan paip di longkang juga memudahkan kerja-kerja menaiktaraf dilaksanakan

dalam tempoh masa yang singkat. Selain itu, pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf lorong-

lorong belakang ini tidak menghalang laluan sehingga menyebabkan kesesakan trafik di

jalanraya.

Kos juga dapat dijimatkan apabila projek ini dilaksanakan secara ‘in-house’ tanpa

melibatkan perlantikan perunding luar dan pemilihan tender secara terbuka

membolehkan pihak MBPP melantik petender yang mengemukakan harga yang

berpatutan selain memenuhi kriteria-kriteria lain pemilihan tender. Bahan-bahan binaan

dan kelengkapan untuk projek menaiktaraf ini diperoleh dari pembekal tempatan dengan

kadar harga yang rendah dan berpatutan, ini turut menyumbang kepada kos pelaksanaan

projek yang rendah.

Projek menaiktaraf lorong belakang Lebuh Ah Quee – Lebuh Pitt ini meningkatkan

produktiviti di kalangan penduduk dari segi program bersama orang awam dan aktiviti

sosial yang dilakukan di kawasan lorong belakang ini seperti aktiviti zumba, bersukan

dan beriadah. Ia juga menjadi salah satu produk pelancongan ‘George Town street arts’

apabila ramai pelancong datang mengambil gambar dan menggunakan kemudahan yang

disediakan di samping menaikkan populariti kawasan tersebut di kalangan orang luar

yang secara tidak langsung menyumbang kepada produktiviti dari segi pelancongan di

Tapak Warisan Dunia George Town.

Aktiviti berzumba di lorong belakang Lebuh Ah Quee – Lebuh Pitt selepas dinaiktaraf

Page 40: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

39

Masyarakat dari pelbagai kaum dan usia menggunakan lorong belakang Lebuh Ah

Quee – Lebuh Pitt yang telah dinaiktaraf untuk beriadah

Suasana yang cerah dan selamat di waktu malam

Page 41: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

40

ELEMEN INOVASI

i) Inovatif / Kreativiti

Setelah lorong belakang ini dinaiktaraf pada tahun 2019, ianya menjadi tarikan

popular kerana diperbaiki dengan elemen hijau, peralatan latihan, permainan

kanak-kanak dan arca logam sebagai lokasi fotografi. Penduduk di kawasan

ini juga sering melakukan aktiviti riadah bersama keluarga pada waktu lapang.

Di samping itu, lorong belakang dilengkapi dengan lampu jalan dan kamera

CCTV untuk meningkatkan elemen keselamatan di kawasan sekitar. Secara

umumnya, elemen inovasi bagi projek ini adalah konsep pelbagai guna ruang

dan laman fotografi. Konsep ini juga menjimatkan kos kerana pelbagai

kegunaan dapat dikumpulkan di satu kawasan yang kecil.

Lorong belakang pertama di George Town dengan kemudahan sukan dan

permainan kanan-kanak. Dapat digunakan untuk mengadakan program

kemasyarakatan

ii) Keberkesanan

Jabatan menerima maklumbalas yang baik daripada Kerajaan Negeri,

pengurusan tertinggi Majlis, orang awam dan juga organisasi luar mengenai

projek menaiktaraf lorong belakang Lebuh Ah Quee – Lebuh Pitt ini.

Peningkatan tahap kepuasan orang awam juga dapat dilihat dan dibuktikan

Page 42: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

41

dengan penggunaan oleh pengunjung di tapak dan orang ramai memberi

ulasan positif dan muatnaik gambar di media sosial. Ia juga sebagai satu

strategi promosi tempat-tempat menarik di George Town kepada orang

tempatan dan luar.

iii) Signifikan

Projek ini berpotensi untuk dilaksanakan oleh Jabatan lain dalam Majlis

Bandaraya Pulau Pinang bahkan boleh direplikasi oleh Pihak Berkuasa

Tempatan yang lain di dalam negara dan di luar negara. Jabatan turut

menerima lawatan daripada beberapa Pihak Berkuasa Tempatan yang datang

melawat untuk melihat sejauh mana keberkesanan projek menaiktaraf ini

untuk diterapkan di tempat masing-masing.

Dari segi penjimatan, projek ini tidak menggunakan kepakaran perunding luar

kerana ianya dibuat secara ’in-house’ dan boleh jimat dari segi bayaran

perunding.

iv) Relevan

Projek menaiktaraf lorong belakang Lebuh Ah Quee ke Lebuh Pitt ini memberi

sumbangan dari segi kolaborasi yang unik dengan masyarakat setempat,

penjimatan bajet MBPP dan menjadikan kawasan tersebut sebagai salah satu

tarikan penduduk tempatan dan pelancong. Kehadiran pelancong ke kawasan

tersebut secara tidak langsung membantu menjanakan ekonomi premis-

premis di sekitar tapak projek.

Page 43: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

42

Selain itu, ia juga merupakan salah satu usaha untuk mengindahkan,

melestarikan dan mengekalkan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia

UNESCO yang kaya dengan kehidupan masyarakat dan aktiviti-aktiviti yang

melibatkan penyertaan penduduk tempatan dan orang luar seperti aktiviti

sosial, membeli-belah, beriadah, program keagamaan/kebudayaan, makan

minum dan juga bekerja.

Page 44: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

43

5. PENGIKTIRAFAN DITERIMA

Projek Menaiktaraf Lorong Belakang Yang Menghubungkan Lebuh Ah Quee ke Lebuh

Pitt ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow

Kon Yeow pada 29 Februari 2020.

Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang, 29 Februari 2020

Page 45: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

44

Projek ini juga telah berjaya mendapat tempat ke-2 untuk Gender Responsive

Participatory Budgeting (GRPB) Champion Award MBPP 2019 yang telah berlangsung

pada 24 Ogos 2020.

Sinar Harian, 5 Mac 2020

New Straits

Times, 1 Mac

2020

Page 46: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

45

Page 47: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

46

Selain itu, projek menaiktaraf lorong belakang ini telah berjaya menjadi tarikan orang

ramai dan telah dimuatnaik di instagram, facebook dan laman-laman sosial lain.

Komen pengguna Facebook berkenaan projek ini

Page 48: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

47

Instagrammable backlane

Page 49: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

48

6. PENUTUP

Projek menaiktaraf lorong belakang Lebuh Ah Quee – Lebuh Pitt ini telah melakar

satu kejayaan buat MBPP dan menaikkan nama baik George Town di kalangan

masyarakat termasuk orang luar. Berita mengenai projek ini tersebar dengan meluas

melalui media massa dan juga laman-laman sosial. Projek ini sememangnya

berpotensi diperluaskan ke seluruh negeri dan negara, bahkan boleh menjadi contoh

yang baik di seluruh dunia. Sepertimana petikan kata-kata YAB Ketua Menteri dalam

ucapan beliau di majlis perasmian projek ini, “ Pulau Pinang menjadi antara contoh

bandar terbaik berjaya mencapai sasaran SDG (Matlamat Pembangunan Mampan)

termasuk kesihatan dan kesejahteraan yang baik untuk rakyat, kesaksamaan jantina,

pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi serta bandar dan masyarakat yang mampan”

– BERNAMA

Page 50: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2641-menaiktaraf... · 2021. 4. 28. · ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

49

SEKIAN, TERIMA KASIH

Disediakan oleh : Fazreen Dharleila binti Abdul Jalil

Jabatan : Konservasi Warisan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Telefon : 04-2592009 (P) / 012-4919520 (B)

Emel : [email protected]