antologi kasut kelopak jantung drama

9
http://cikgusazali.blogspot.com CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung Drama 1 MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU PT3 KAJIAN ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG TINGKATAN 1 (drama)

Upload: jessica-jones

Post on 14-Apr-2016

263 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Nota

TRANSCRIPT

Page 1: Antologi Kasut Kelopak Jantung Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Drama 1

MODUL KECEMERLANGAN

BAHASA MELAYU

PT3

KAJIAN ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG

TINGKATAN 1 (drama)

Page 2: Antologi Kasut Kelopak Jantung Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Drama 2

SURAT UNTUK INA Amiruddin Ali

Sinopsis Zali meminati seorang pengawas sekolah bernama Zalina. Badar dan Jais telah mencadangkan kepada Zali agar menulis surat kepada Zalina untuk berkenalan dengan gadis tersebut. Badar dan Jais menyuruh Zali menulis surat tanpa nama pengirim dan menyatakan niatnya ingin berkenalan dan bersahabat dengan Zalina. Surat tersebut diletakkan di bawah meja Zalina tanpa diketahui oleh sesiapa kecuali mereka bertiga. Setelah membaca surat pemberian Zali, Zalina membawa surat tersebut kepada Cikgu Halil. Cikgu Halil berasa marah dan meminta pelajar yang menulis surat kepada Zalina mengakui perbuatannya. Namun, tidak ada sesiapa yang mengaku menulis surat tersebut. Lalu, Cikgu Halil terpaksa memeriksa semua tulisan pelajar untuk mengecam bentuk tulisan yang sama seperti di dalam surat tersebut. Akhirnya, mereka dapat tahu bahawa penulis surat tersebut ialah Zali. Zali meminta maaf kepada Cikgu Halil dan Zalina. Zalina memaafkan Zali dan Zali mengucapkan terima kasih kerana memaafkannya. Zalina meminta Zali agar tidak mengulanginya lagi Tema Kewajipan mematuhi peraturan sekolah dan utamakan pelajaran daripada cinta monyet Persoalan i. Pergolakan jiwa remaja di alam persekolahan ii. Pengaruh rakan sebaya yang kuat terhadap remaja iii. Tanggungjawab guru dalam menyelesaikan masalah yang timbul iv. Kepentingan mengekalkan hubungan persahabatan Binaan Plot i. Permulaan

Perbualan di antara Badar, Jais dan Zali. Badar dan Jais cuba mengorek rahsia Zali yang meminati Zalina.

ii. Perkembangan Badar dan Jais mencadangkan kepada Zali agar menulis surat kepada Zalina. Badar dan Jais juga menyuruh Zali merahsiakan identitinya. Surat itu diletakkan di bawah meja Zalina.

Page 3: Antologi Kasut Kelopak Jantung Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Drama 3

iii. Klimaks

Zalina memberi surat tersebut kepada Cikgu Halil. Cikgu Halil berasa marah dan menyuruh semua pelajar mengeluarkan buku latihan masing-masing. Cikgu Halil cuba mengesan orang yang menulis surat kepada Zalina melalui tulisan yang terdapat pada buku latihan.

iv. Peleraian Cikgu Halil berjaya mengesan penulis surat tersebut. Zali meminta maaf kepada Zalina. Zalina memaafkan Zali dan menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

Watak dan Perwatakan Zali

• Rakan baik kepada Badar dan Jais • Ingin berkenalan dengan Zalina • Berani mengakui kesilapannya

Badar

• Rakan Zali dan Jais • Pandai mempengaruhi Zali

Jais

• Rakan Zali dan Badar • Pandai mempengaruhi Zali

Zalina

• Seorang pengawas sekolah • Seorang yang tegas, bijak dan cantik • Baik hati kerana memaafkan Zali

Cikgu Halil

• Seorang guru yang tegas dan baik hati • Bijak menyelesaikan masalah

Latar i. Masa : pada waktu pagi ii. Tempat : di dalam kelas, di bawah pohon berhampiran dengan kawasan lapang iii. Masyarakat : masyarakat pelajar yang nakal, masyarakat pelajar yang berani masyarakat guru

Page 4: Antologi Kasut Kelopak Jantung Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Drama 4

Gaya Bahasa i. Simile: Mukanya merah bagai udang bakar, berlingkar macam ular sawa kekenyangan ii. Metafora: ibunya dibaluti kesusahan, kotak fikiran, membatukan diri iii. Peribahasa: sebesar kangkang kera, memasang telinga, jalan pintas Nilai i. Bijak - Cikgu Halil bijak menyelesaikan masalah yang berlaku ii. Berani - Zalina berani menunjukkan surat yang diterimanya kepada Cikgu Halil iii. Baik hati - Zalina sedia memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh Zali Pengajaran i. Kita hendaklah bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul ii. Jangan mudah termakan pujukan dan hasutan rakan-rakan iii. Kita hendaklah memaafkan individu yang sedar akan kesilapan yang dilakukan

Page 5: Antologi Kasut Kelopak Jantung Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Drama 5

ARAH KE MANA Johan Jaafar

Sinopsis Babak I: Haji Pakir dan Hajah Derisah menangis teresak-esak di hadapan kubur anaknya, Rohani. Mereka tidak dapat meraikan Aidilfitri bersama Rohani. Hajah Derisah memujuk suaminya agar bersabar dan menerima ketentuan Tuhan dengan reda. Haji Pakir tertanya-tanya akan perkara yang sebenarnya berlaku kepada Rohani Babak II: Haji Pakir menyalahkan isterinya kerana terlalu memanjakan Rohani sehingga dia tidak pulang ke rumah dan menagih dadah. Hajah Derisah pula menyalahkan Haji Pakir kerana menuruti apa sahaja kemahuan Rohani. Tindakan mereka yang terlalu memanjakan Rohani menyebabkan anak mereka itu bersikap biadab. Apabila pulang ke rumah, Rohani telah dimarahi oleh Haji Pakir. Rohani melawan kata-kata ayahnya. Oleh sebab terlalu marah Haji Pakir telah menghalau Rohani keluar dari rumah. Rohani terus lari meninggalkan rumah. Babak III: Haji Pakir menangis meratapi pemergian anaknya, Rohani. Haji Pakir menyesal dan merasakan dirinya turut bertanggungjawab atas peristiwa yang berlaku ke atas Rohani. Haji Pakir dan Hajah Derisah berdoa agar roh Rohani dicucuri rahmat Tema Ibu bapa yang kesal akan kesilapan mendidik anak mereka Persoalan i. Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak ii. Keruntuhan akhlak adalah akibat pengaruh negatif iii. Reda dengan ketentuan Tuhan iv. Anak yang menyalahgunakan kebebasan yang diberi oleh ibu bapa Watak dan Perwatakan Haji Pakir

• Bapa kepada Rohani • Seorang bapa yang tegas • Seorang bapa yang penyayang • Menyesal kerana gagal mendidik anaknya dengan baik

Page 6: Antologi Kasut Kelopak Jantung Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Drama 6

Hajah Derisah

• Ibu kepada Rohani • Isteri kepada Haji Pakir • Terlalu memanjakan Rohani • Lebih tenang dan dapat mengawal emosi

Rohani

• Anak tunggal Haji Pakir dan Hajah Derisah • Anak yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa • Bercampur dengan budak-budak liar • Terjerumus dalam najis dadah

Latar i. Masa : pada waktu malam, pagi Aidilfitri ii. Tempat : di tanah perkuburan Islam dan di ruang tamu rumah Haji Pakir iii. Masyarakat : masyarakat yang terlalu memanjakan anak,

masyarakat yang tidak menghormati ibu bapa, masyarakat yang terjebak dengan najis dadah

Gaya Bahasa i. Simile - lepas bebas macam burung merpati, bercakap macam teka-teki ii. Inversi - bukan baru setahun dua umurnya iii. Peribahasa - lidah tak bertulang, bagai menatang minyak yang penuh, kacang hantu iv. Hiperbola - Aku patah-patahkan tulang kau!, Pelajaran kau setinggi langit v. Metafora - berendam air mata vi. Repetisi - Kalau awak guna otak awak tu, dan mata awak tu, awak tak akan sebodoh ini! Nilai i. Kasih sayang - Haji Pakir dan Hajah Derisah amat menyayangi anaknya, Rohani ii. Tegas - Haji Pakir menegur Rohani yang bercampur dengan budak-budak liar iii. Insaf - Haji Pakir berasa insaf kerana terlalu memanjakan anaknya Pengajaran i. Kita hendaklah tegas dalam memberi pendidikan kepada anak-anak ii. Kita hendaklah sentiasa menghormati dan mendengar nasihat ibu bapa iii. Kita hendaklah menjauhkan diri daripada terlibat dengan najis dadah

Page 7: Antologi Kasut Kelopak Jantung Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Drama 7

MENDUNG HITAM BERALIH JUA Aripin Said

Sinopsis Sebelum keluar dari rumah, Jamilah memberikan surat daripada pihak sekolah kepada ibunya, Mak Limah untuk diberikan kepada ayahnya, Pak Jusuh. Isi surat itu menyatakan bahawa Pak Jusuh perlu menjelaskan yuran peperiksaan Jamilah sebanyak tujuh puluh lima ringgit. Pak Jusuh mengeluh kerana tidak mempunyai wang untuk menjelaskan yuran tersebut. Sebagai nelayan, dia tidak mendapat seekor ikan pun pada hari itu. Hutang di kedai Mutusami juga semakin hari semakin bertambah. Mak Limah marah kepada Pak Jusuh kerana enggan menyertai tanah rancangan dahulu. Pak Jusuh percaya dengan menjadi nelayan mereka sekeluarga mampu hidup senang. Akibatnya mereka terus hidup dihimpit kemiskinan. Mutusami datang menuntut hutang daripada Pak Jusuh. Pak Jusuh tidak dapat melangsaikan hutang tersebut kerana tidak mempunyai wang. Mutusami mahu membawa perkara tersebut ke mahkamah. Pak Jusuh naik berang lalu menghalau Mutusami. Untuk meleraikan keadaan, Mak Limah menawarkan sebuah radio kepada Mutusami sebagai cagaran namun enggan menerimanya. Mutusami meminta Mak Limah menyelesaikan hutangnya sedikit demi sedikit. Pak Seman datang ke rumah Pak Jusuh untuk menjemput Pak Jusuh menghadiri majlis kenduri di rumah menantunya. Pak Jusuh menyatakan hasratnya mahu menyertai tanah rancangan kerana hendak mengubah nasib keluarganya. Pak Seman berjanji akan menolong Pak Jusuh untuk menyertai tanah rancangan tersebut. Tema Kesedaran untuk mengubah nasib dengan menukar haluan lain yang lebih baik. Persoalan i. Amalan berhutang akan membawa padah ii. Usaha untuk keluar daripada kesempitan hidup iii. Berani mengubah nasib demi keluarga iv. Tolong-menolong merupakan amalan mulia v. Sikap bertolak-ansur dapat menyelesaikan masalah yang timbul

Page 8: Antologi Kasut Kelopak Jantung Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Drama 8

Watak dan Perwatakan Pak Jusuh

• Suami Mak Limah • Bekerja sebagai nelayan • Seorang yang buta huruf • Banyak berhutang

Mak Limah

• Isteri kepada Pak Jusuh • Mengambil berat urusan keluarga

Jamilah

• Anak Pak Jusuh dan Mak Limah • Seorang gadis yang aktif

Mutusami

• Seorang peniaga di kampung tersebut • Menuntut hutang daripada Pak Jusuh • Boleh bertolak ansur

Pak Seman

• Telah menyertai tanah rancangan • Kehidupannya lebih baik dan senang

Latar i. Masa : waktu petang menjelang senja ii. Tempat : ruang tamu rumah Pak Jusuh iii. Masyarakat : masyarakat yang hidup dalam kemiskinan,

masyarakat buta huruf, masyarakat yang bertolak ansur, masyarakat yang berani berubah

Gaya Bahasa i. Sinkope - tak, nak, mak ii. Simile - hitam pekat macam kopi o yang kita minum ni iii. Loghat India - Awak hutang saya punya kedai sudah banyak, saya pun mahu guna itu wang iv. Repetisi - Buku di sana, kain di sini, baju di situ v. Ayat pendek - Kita juga, Balik!, Awak faham

Page 9: Antologi Kasut Kelopak Jantung Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Drama 9

Nilai i. Tabah - Pak Jusuh dan Mak Limah tabah mengharungi hidup dalam kemiskinan ii. Prihatin - Pak Seman prihatin dengan keadaan Pak Jusuh yang hidup kesusahan iii. Bertolak ansur - Mutusami bertolak ansur dengan Mak Limah Pengajaran i. Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan ii. Kita hendaklah berani melakukan perubahan demi kebaikan hidup sekeluarga iii. Kita hendaklah bertolak ansur dengan orang lain untuk mengelakkan pergaduhan