anti syrik nawawi blog - copy

Download Anti Syrik Nawawi Blog - Copy

If you can't read please download the document

Upload: aznanhamat1979

Post on 26-Jun-2015

191 views

Category:

Documents


35 download

TRANSCRIPT

Fatwa Muhaddis Negeri Yaman Muqbil bin Hadi Al-Wadiiy rahimahullah Beliau ditanya apakah jamaah Ikhwanul Muslimin, Jamaah Tabligh dan Qutubiyyin termasuk Ahli Sunnah Wal Jamaah atau tidak? Beliau menjawab:

Adapun Jamaah al-Ikhwan (Muslimin), Jamaah Tabligh dan Qutubiyyin. Lebil layak jikalau kita menghakimi manhaj mereka, manhaj mereka bukanlah manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Adapun secara individu maka kamu telah pun ketahui bahawa ada sebahagian orang tertipu, dan menjadi seorang salafi lalu mereka datang kepadanya dalam rangka menolong agama Allah Taala dan orang itu berjalan bersama mereka sementara dia tidak mengetahui bagaimana keadaan mereka sebenarnya sehingga mereka tercampur, masing-masing individu tercampur sehingga tidak dapat menghukum ke atas mereka dengan hukuman yang umum, akan tetapi manhaj mereka bukanlah manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. (Dari Kaset Al-As`ilah As-Sunniyah Li Alamatil Bilad AlYamaniyah) 5. Fatwa al-Allamah Syaikh Sholeh bin Fauzan al-Fauzan hafizahullah, sebagai anggota Majlis Kibar Ulama Saudi Beliau berkata: .

Musuh-musuh dakwah ini berusaha untuk menghabiskan dengan sekuat tenaga, namun mereka tidak berjaya, dan mereka berusaha untuk melawannya dengan menanamkan keraguan, merenggangkan persatuan, melemparkan syubhat dan mensifati dakwah ini dengan sifat-sifat yang membuatkan manusia lari darinya, sehingga tidak bertambah (usaha demikian) kecuali kecerahan, kejelasan dan penerimaan (terhadap dakwah ini). Dan akhir dari yang demikian itu adalah apa yang kami jalaninya sekarang ini dari datangnya pemikiran-pemikiran asing dan penuh syubhat ke negeri kita dengan mengatasnamakan dakwah di atas jamaah-jamaah yang menamakan dirinya dengan

nama-nama yang berbeza-beza seperti Ikhwanul Muslimin, Jamaah Tabligh, Jamaah ini dan itu. Tujuan mereka adalah satu iaitu untuk menyingkirkan dakwah tauhid dan menukar tempatnya (menggantikannya dengan yang lain). (Muqaddimah Kitab Haqiqatu Ad-Dawah Ilallah, m/s. 3-4) Sumber: Risalatun Akhawiyah, Limaza Taraktu Dawah Al-Ikhwan Al-Muslimin Wattabatu Al-Manhaj As-Salaf, Faishol bin Abduh Qa`id Al-Hasyidi, hal 26-28. Download kitab tersebut dari: sahab.net Posted by Nawawi Bin Subandi at 11:54 PM 4 comments http://www.blogger.com/post-edit.g? blogID=3101615619146036576&postID=259957708048198228 http: //www.blogger.com/post-edit.g? blogID=3101615619146036576&postID=259957708048198228 Labels: Ikhwanul Muslimeen

Wednesday, March 24, 2010113 - Benarkah Ilmu Jarh wa at-Tadil Telah Pupus (Mati)?Benarkah Ilmu Jarh wa at-Tadil Telah Pupus (Mati)?

http://bahaya-syirik.blogspot.com Daripada Fatwa Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin:

Soalan: Adakah Sunnah Jarah Takdil telah mati? Apakah hukum menolak orang yang menyelisih tanpa mengira syakhsiahnya? :

Jawapan: Aku takut kalimah ini menjadi kalimah yang benar tetapi dikehendaki dengannya perkara batil (yakni fatwa beliau ini takut disalah guna -pent-) Jarah dan Takdil tidaklah mati, tidak ditanam, dan tidak pernah sakit -segala puji bagi

Allah- ianya masih ada, jarah takdil berlaku di sisi qadi pada para saksi, mungkin menjarahkan pihak lawan dan diminta daripada mereka bukti, dan berlaku juga dalam riwayat dan kita telah mendengar bacaan imam (dalam solat-pent-) firman Allah Taala (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa berita maka siasatlah... (Surah al-Hujuraat, 49: 6) . :

: . : Maka jarah Takdil akan terus ada selama mana adanya manusia dan selama mana adanya manusia akan ada juga jarah takdil. Tetapi aku takut akan ada orang berkata: 'dia ini majruh', sedangkan dia tidaklah majruh maka dia mengambil fatwa ini sebagai jalan untuk menyebarkan keaiban makhluk. oleh itu aku berkata: jika terdapat pada orang tertentu jika tertentu maslahah atau hajat atau darurat untuk menjelaskannya maka tiada masalah, tiada masalah untuk menerangkannya. Tetapi yang lebih baik untuk dia berkata: Sebahagian manusia telah melakukan begini, sebahagian orang berkata begini, ini kerana dua sebab: : . :

Pertama:

Supaya

di

terselamat

daripada

qadiah

ta'yin

Kedua: Supaya hukum ini meliputi orang tertentu dan orang lain yang seumpamanya. ."

Melainkan jika kita melihat seorang tertentu telah terfitnah manusia dengannya sedangkan dia menyeru kepada bidaah atau kesesatan maka ketika ini mesti dinyatakan orangnya (ta'yin) supaya manusia tidak terpedaya. Fatwa Syeikhul Islam Imam Muhammad bin Soleh al-Utsaimin rahimahullah: http://www.islamancient.com/fatawa,item,455.html

http://islamancient.com/blutooth/256.amr Posted by Nawawi Bin Subandi at 2:28 AM 0 comments http://www.blogger.com/post-edit.g? blogID=3101615619146036576&postID=6957316404039686098 htt p://www.blogger.com/post-edit.g? blogID=3101615619146036576&postID=6957316404039686098 skip to main | skip to sidebar http://bahaya-syirik.blogspot.com/

http://bahaya-syirik.blogspot.com/ _____________________________________________________________ _____________________ | Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Komputer | _____________________________________________________________ _____________________ http://www.blogger.com/rearrange? blogID=3101615619146036576&widgetType=HTML&widgetId=HTML1 8&action=editWidget http://www.blogger.com/rearrange? blogID=3101615619146036576&widgetType=HTML&widgetId=HTML1 8&action=editWidget

Tuesday, March 2, 2010

111 - Para Ustaz Ditangkap, Jangan Melenting!Para Ustaz Ditangkap, Jangan Melenting! Berikut kami bawakan perkataan/pesanan Ustaz Rasul B. Dahri, Video 1:

Video 2:

Video 3:

Posted by Nawawi Bin Subandi at 4:59 AM 1 comments http://www.blogger.com/post-edit.g? blogID=3101615619146036576&postID=2072508241406383036 htt p://www.blogger.com/post-edit.g? blogID=3101615619146036576&postID=2072508241406383036 Labels: Peringatan

Sunday, February 28, 2010110 - Manhaj dan Prinsip Ibnu Taimiyyah di Dalam Mentaati Pemerintah (Penguasa)Manhaj dan Prinsip Ibnu Taimiyyah di Dalam Mentaati Pemerintah (Penguasa) http://bahaya-syirik.blogspot.com 1 - Ibnu Taimiyyah (rahimahullah) berkata: . . :

Terjemahan: Allah memerintahkan orang-orang beriman supaya mentaati-Nya, mentaati Rasul-Nya, dan ulil Amri (pemimpin) di antara mereka, sebagaimana Dia memerintahkan mereka supaya menunaikan amanah kepada pemiliknya, dan jika mereka menetapkan hukum di antara manusia, hendaklah menetapkannya dengan adil. Dan Dia memerintahkan sekiranya mereka berselisih tentang sesuatu perkara hendaklah mengembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya. Para ulama berkata: Mengembalikan kepada Allah adalah mengembalikan kepada Kitab-Nya dan mengembalikan kepada Rasul-Nya setelah beliau wafat adalah mengembalikan kepada sunnahnya. (Majmu alFatawa, 35/6) 2 - Ibnu Taimiyyah (rahimahullah) berkata: : } { } { . } { } { :

Terjemahan: Di dalam ash-Shohihain, dari Abdullah B. Umar radhiyallahu anhu, dari Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam, beliau bersabda: Seseorang Muslim memiliki kewajiban mendengar dan taat di dalam perkara yang disukai dan dibenci, melainkan sekiranya dia diperintahkan untuk melakukan maksiat. Sekiranya dia diperintahkan untuk melakukan maksiat, maka tiada kewajiban untuk mendengar dan mentaati (perintah tersebut pent.). Di dalam Shohih Muslim, dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, dia berkata, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda: Kamu memikul kewajiban mendengar dan taat di dalam keadaan susah dan senang, di dalam keadaan rajin atau malas, dan walaupun kamu dizalimi. Makna perkataan beliau (Shallallahu alaihi wa Sallam):

Adalah: Walaupun para pemimpin itu mementingkan diri mereka kepada kamu, mereka tidak berlaku adil dan tidak memberikan hak kepada kamu. (Majmu al-Fatawa, 35/8) 3 Ibnu Taimiyyah (rahimahullah) berkata:

{ . : . :

Terjemahan:

Rasulullah

Shallallahu

alaihi

wa

Sallam

bersabda:

Dengarlah dan taatlah, kerana kewajiban mereka adalah apa yang dibebankan ke atas mereka, dan kewajiban kamu adalah apa yang dibebankan ke atas kamu. Perkara tersebut dari apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya dengannya, iaitu mentaati pemimpin dan menasihati mereka adalah wajib ke atas umat Islam, walaupun mereka mementingkan diri mereka. Menentang (memaksiati) mereka (ulil Amri) yang mana dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya adalah haram atasnya. Dan aku membencinya. (Majmu al-Fatawa, 35/9) 4 Ibnu Taimiyyah (rahimahullah) berkata: . . . : :

Terjemahan: Mentaati para pemimpin dan memberi nasihat kepada mereka di mana dia diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya adalah kewajiban bagi setiap orang, walaupun tanpa perjanjian darinya untuk mereka, dan walaupun dia tidak bersumpah untuk mereka dengan sumpah yang ditegaskan (sumpah rasmi), sebagaimana wajib ke atasnya Solat lima waktu, zakat, puasa, Haji ke Baitullah dan ketaatan-ketaatan lain yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sekiranya dia bersumpah padanya, maka perkara tersebut merupakan penegasan dan pengukuhan terhadap ketaatan kepada para pemimpin dan menasihati mereka di mana dia diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Orang yang bersumpah atas perkara-perkara ini tidak boleh melakukan perbuatan yang menyelisihi sumpah yang telah dia tegakkan, sama ada dia bersumpah kerana mentaati para pemimpin dan menasihati mereka yang diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya adalah wajib walaupun mereka yang berkaitan itu tidak bersumpah atasnya, maka bagaimana sekiranya dia bersumpah atasnya? Dan menentang serta mengkhianati mereka, yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya adalah haram walaupun dia tidak bersumpah atasnya.

Perkara ini sebagaimana seseorang bersumpah hendak solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, atau hendak menunaikan hak yang dipikulnya dan bersaksi dengan kebenaran, semua ini wajib ke atasnya walaupun dia tidak bersumpah untuk perkara tersebut, lalu bagaimana sekiranya dia bersumpah untuknya? Manakala syirik, dusta, minum arak, melakukan kezaliman, perbuatan keji, mengkhianati pemimpin, menolak dari mentaatinya padahal ia diperintahkan oleh Allah, bahawa semua itu dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya. Jadi, ia adalah haram, walaupun mereka yang berkaitan tidak bersumpah atasnya, lalu bagaimana sekiranya dia bersumpah untuk perkara tersebut?... (Majmu al-Fatawa, 35/9-10) 5 Ibnu Taimiyyah (rahimahullah) berkata: :

Terjemahan: Ada pun ahli ilmu dan ahli agama serta orang-orang yang utama, mereka tidak memberikan keringanan (rukhsah) kepada sesiapa pun untuk menentang, mengkhianati, dan membangkang kepada pemerintah dari sisi mana pun, kerana ia memang dilarang oleh Allah sebagaimana ianya telah diketahui dari prinsip ahlus Sunnah dan agama, dahulu mahu pun sekarang, dan dari sejarah hidup selain mereka. (Majmu al-Fatawa, 35/12) 6 Ibnu Taimiyyah (rahimahullah) berkata: . :

Terjemahan: Mentaati Allah dan Rasul-Nya adalah wajib ke atas sesiapa pun, dan mentaati pemimpin/pemerintah adalah wajib kerana Allah memerintahkan supaya mentaati mereka. Maka, sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya dengan mentaati pemerintah kerana Allah, maka pahalanya adalah dari Allah. Dan sesiapa yang tidak mentaati pemerintah, melainkan sekiranya ada jawatan dan harta yang diharapkan sekiranya ulil Amri memberikan kepadanya, maka dia pun taat. Sekiranya tidak, maka dia pun bertindak menentangnya, maka dia tidak memiliki tempat di akhirat. (Majmu alFatawa, 35/16) 7 Ibnu Taimiyah (rahimahullah) berkata:

Terjemahan: Ini semua menjelaskan bahawa syariat yang diperintahkan oleh Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam adalah untuk bersabar di atas kezaliman para penguasa dan meninggalkan sikap memerangi serta memberontak kepada mereka. Ia adalah perkara yang terbaik bagi para hamba di dalam kehidupan mereka (di dunia) dan di akhirat. Dan sesiapa yang menyelisihi ketetapan ini sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, maka perbuatannya tersebut tidak akan mendatangkan kebaikan, malah mengakibatkan )713/4 ,keburukkan (fasad). (Minhajus Sunnah an-Nabawiyyah Posted by Nawawi Bin Subandi at 84:9 AM 0 comments ?http://www.blogger.com/post-edit.g blogID=3101615619146036576&postID=5027021163043599810 htt ?p://www.blogger.com/post-edit.g 0189953403611207205=blogID=3101615619146036576&postID Labels: Khawarij

0102 ,52 Thursday, February109 - Ibnu Taimiyyah Menjatuhkan Pemerintah Berkata Tentang Pemberontakkan &

Ibnu Taimiyyah Berkata Tentang Pemberontakkan & Menjatuhkan Pemerintah http://bahaya-syirik.blogspot.com :Ibnu Taimiyyah berkata di dalam Kitabnya, Minhajus Sunnah an-Nabawiyyah

Terjemahan: Secara umumnya, Ahlus sunnah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjalankan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya bersesuaian dengan kemampuan ,mereka sebagaimana firman :Allah )61 :46 ,Bertakwalah kepada Allah semampu kalian. (Surah at-Taghabun Dan Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam :bersabda

Jika aku memerintahkan kamu dengan suatu perintah maka laksanakanlah sedayaupaya .kamu (Muttafaqun )alaih Dan mereka (Ahlus Sunnah) meyakini bahawa Allah Taala mengutus Muhammad Shallallahu alaihi wa Sallam dengan membawa kebaikan bagi para hamba sama ada untuk kehidupan mereka di dunia mahu pun di akhirat, dan beliau memerintahkan kebaikan dan melarang kerosakkan. Jika terdapat suatu perbuatan yang padanya mengandungi kebaikan dan keburukkan, maka mereka (Ahlus Sunnah) lebih mendahulukan yang lebih besar kadarnya. Sekiranya kebaikannya lebih banyak daripada keburukkannya, maka mereka mendahulukan untuk mengerjakan perbuatan tersebut. Dan

sekiranya keburukkan (mafsadahnya) lebih besar daripada kebaikannya maka mereka mendahulukan untuk meninggalkan perbuatan tersebut. Kerana sesungguhnya Allah taala mengutus Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam untuk mewujudkan segala kebaikan serta menyempurnakannya dan menghilangkan segala mafsadah serta menguranginya. Sehingga jika seseorang khalifah telah berkuasa, sebagai contohnya Yazid (bin Muawiyah), Abdul Malik (bin Marwan), (Abu Jafar) al-Manshur, dan yang selainnya; maka sekiranya tidak dikatakan bahawasanya wajib untuk menghalanginya dari tampuk kepimpinan dan memeranginya hingga dikuasai oleh selain dia iaitu sebagaimana yang dilakukan oleh kelompok yang membolehkan menghunus pedang (melawan penguasa), maka ini adalah pemikiran (pendapat) yang tertolak kerana mafsadahnya lebih besar daripada kemaslahatannya. Dan hampir setiap kelompok yang melakukan pemberontakkan kepada penguasa yang telah berkuasa melainkan perbuatannya tersebut akan mengakibatkan keburukkan yang lebih besar berbanding kebaikan yang berjaya ia perolehi. Sebagaimana orang-orang di kota Madinah yang memberontak kepada Yazid, seperti Ibnul Asyats di Iraq memberontak terhadap Abdul Malik, Ibnul Muhallab di Khurasan yang memberontak kepada putra (Abdul Malik), Abu Muslim, pengasas kekuatan dinasti Abbasiyyah - di Khurasaan yang memberontak kepada mereka (khilafah Umawiyyah), dan orang-orang yang memberontak kepada al-Manshur di Madinah dan di Bashrah, serta yang seumpama dengan mereka. Hasil terakhir yang dapat diraih adalah: Mereka tewas dalam peperangan atau mereka menang kemudian (tidak berapa lama kemudian) kekuasaan mereka pula lenyap, maka tidak ada hasil (yang baik) bagi mereka. Abdullah bin Ali dan Abu Muslim, mereka berdualah yang telah membunuh ramai orang namun keduanya (akhirnya) dibunuh oleh Abu Jafar al-Manshur. Adapun Ahlul Harrah, Ibnul-Asyats, Ibnul Muhallab, dan yang lainnya maka mereka tewas dan rakan-rakan mereka juga turut ditewaskan. Mereka tidak mampu menegakkan agama; dan hasil peninggalan mereka pun tidak lagi kelihatan. Padahal Allah taala tidaklah memerintahkan dengan suatu perintah yang tidak menghasilkan kemaslahatan (kebaikkan) sama ada kemaslahatan agama atau pun dunia, walaupun pelaku pemberontakan tersebut termasuk wali-wali Allah yang bertaqwa dan tergolong penduduk Syurga. Maka tidaklah mereka lebih baik dari Ali, Aisyah, Thalhah, azZubair, dan yang selainnya. Walaupun demikian, Ahlus Sunnah tidak memuji peperangan yang telah mereka lakukan, padahal kedudukan mereka lebih mulia di sisi Allah dan niat mereka lebih baik daripada selain mereka. Demikian juga Ahlul Harrah, di antara mereka banyak ahli ilmu dan ahlud-diin (orang-orang yang bertaqwa), demikian juga pengikut Ibnul Asyats di dalam kalangan mereka ramai ulama dan ahli ibadah. Semoga Allah mengampuni mereka semua. Benar-benar telah dikatakan kepada asy-Syabi di zaman fitnah Ibnul Asyats, Di manakah engkau wahai Aamir (asy-Syabi)?. Maka beliau (asy-Syabi) berkata, Sebagaimana perkataan seorang penyair:

Serigala menggonggong maka aku pun merasa senang dengan serigala ketika ia menggonggong. Dan ketika aku mendengar suara seseorang maka hampir-hampir aku terbang (kerana kegirangan). Kami ditimpa fitnah, sedangkan kami bukanlah orang-orang yang baik lagi bertaqwa dan bukan pula orang-orang fajir yang kuat (yang membabi buta mengikuti fitnah tersebut). Al-Hasan al-Bashri pernah berkata, Sesungguhnya kemunculan al-Hajjaj adalah disebabkan dari azab Allah, maka janganlah kamu melawan azab Allah dengan tangantangan kamu. Akan tetapi wajib bagi kamu untuk tunduk dan memohon dengan merendah diri kerana sesungguhnya Allah telah berfirman: Dan sesungguhnya Kami telah pernah menimpakan azab kepada mereka, maka mereka tidak tunduk kepada Rabb mereka, dan (juga) tidak memohon (kepada-Nya) dengan merendahkan diri. (Surah al-Mukminun, 23: 76) Thalq bin Habib berkata, Lindungilah dirimu dari fitnah dengan ketaqwaan. Maka dikatakan kepadanya, Simpulkanlah untuk kami apa itu ketaqwaan? Beliau berkata, Iaitu engkau beramal dengan ketaatan kepada Allah dengan cahaya dari Allah dengan berharap rahmat Allah. Dan engkau meninggalkan kemaksiatan kepada Allah dengan cahaya dari Allah kerana takut akan azab Allah. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Abid Dunya) Dahulunya, tokoh-tokoh umat Islam di ketika berlakunya fitnah, mereka melarang pemberontakan kepada penguasa dan melarang dari peperangan. Sebagaimana yang dilakukan oleh Abdullah bin Umar, Said bin al-Musayyib, Ali bin al-Husain, dan selainnya. Mereka melarang pemberontakan kepada Yazid di ketika peristiwa al-Harrah; sebagaimana juga al-Hasan al-Bashri, Mujahid, dan selain mereka berdua melarang pemberontakan di ketika berlakunya peristiwa fitnah Ibnul Asyats. Oleh kerana itu, pegangan Ahlus Sunnah adalah dengan telah tetap untuk meninggalkan peperangan di ketika berlakunya fitnah berdasarkan hadis-hadis yang sahih lagi tsabit dari Nabi. Dan kemudian mereka menyebutkan perkara ini dalam aqidah-aqidah mereka serta mereka memerintahkan untuk bersabar di atas kezaliman para penguasa dan meninggalkan sikap memerangi mereka walaupun banyak dari kalangan ulama dan ahli ibadah yang telah berperang di ketika berlakunya fitnah. Dan hukum memerangi para bughat (pemberontak), dan amar maruf nahi mungkar serupa dengan hukum berperang di ketika terjadinya fitnah, akan tetapi bukan di sini tempat penjelasannya secara panjang lebar. Sesiapa yang meneliti hadis-hadis sahih dari Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam berkaitan perbahasan ini dan seluruhnya juga mengambil pelajaran sebagaimana yang dilakukan

oleh orang-orang yang berilmu, nescaya dia akan mengetahui bahawasanya apa yang datang (perintah) di dalam hadis-hadis Nabi merupakan perkara yang terbaik. Oleh kerana itu, ketika al-Husain ingin keluar bergabung dengan penduduk Iraq dikala mereka (penduduk Iraq) mengirimkan banyak surat kepada beliau, maka para ulama dan ahli ibadah seperti Ibnu Umar, Ibnu Abbas, Abu Bakar bin Abdirrahman bin al-Harits bin Hisyam mengisyaratkan kepada al-Husain supaya tidak pergi (menerima panggilan surat tersebut) dan mereka benar-benar menjangkakan bahawasanya beliau akan terbunuh. Sehingga ada sebahagian dari mereka berkata (kepada al-Husain): Aku serahkan engkau kepada Allah, wahai orang yang terbunuh., dan yang selainnya juga berkata: Seandainya kalau bukan disebabkan (aku beriman akan adanya) asy-Syafaat, sudah tentu aku akan memegangmu dan menahanmu dari pergi. Mereka semua melakukan yang demikian ini dengan tujuan menasihati beliau dan mencari kemaslahatannya serta juga kemaslahatan umat islam secara umum. Allah dan Rasul-Nya hanyalah memerintahkan dengan kemaslahatan dan tidak memerintahkan dengan kemafsadahan (keburukkan), akan tetapi pendapat seseorang terkadang benar dan terkadang silap. Kemudian terbukti bahawa urusannya seperti yang dijangkakan oleh mereka (iaitu akhirnya al-Husain terbunuh), dan tidak ada kemaslahatan yang diperolehi dari pemberontakan al-Husain, sama ada maslahat untuk agama maupun dunia. Bahkan orang-orang yang zalim lagi melampaui batas tersebut berjaya mengalahkan cucu Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam sehingga akhirnya mereka pun membunuhnya di dalam keadaan yang zalim dan mati syahid. Dan akibat pemberontakan al-Husain dan terbunuhnya dia, timbullah keburukkan yang tidak akan terjadi sekiranya dia tetap berdiam diri di negerinya. Cita-cita yang hendak beliau capai dari pemberontakan, iaitu untuk mewujudkan kebaikan dan menjatuhkan keburukkan akhirnya sama sekali tidak tercapai. Bahkan akibat pemberontakan dan terbunuhnya beliau, keburukkan semakin bertambah dan sebaliknya kebaikan semakin berkurang. Dan tragedi ini menjadi penyebab timbulnya mala-petaka yang amat besar. Peristiwa terbunuhnya al-Husain menimbulkan fitnah sebagaimana terbunuhnya Utsman yang menjadi penyebab timbulnya fitnah. Ini semua menjelaskan bahawa syariat yang diperintahkan oleh Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam adalah untuk bersabar di atas kezaliman para penguasa dan meninggalkan sikap memerangi serta memberontak kepada mereka. Ia adalah perkara yang terbaik bagi para hamba di dalam kehidupan mereka (di dunia) dan di akhirat. Dan sesiapa yang menyelisihi ketetapan ini sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, maka perbuatannya tersebut tidak akan mendatangkan kebaikan, malah mengakibatkan keburukkan. Oleh sebab itu, Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam memuji al-Hasan (cucu beliau shallallahu alaihi wa sallam) dengan sabdanya: Sesungguhnya cucuku ini adalah pemimpin dan dengan kehadirannya, Allah akan mendamaikan dua kelompok besar dari umat Islam. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dan Nabi tidak memuji seseorang pun yang terlibat di dalam peperangan di ketika terjadinya fitnah atau pemberontakan terhadap para penguasa atau pertembungan dengan penguasa atau yang memisahkan diri dari jamaah (kesatuan umat Islam). Rujuk: Minhajus Sunnah an-Nabawiyyah, 4/313-317. Posted by Nawawi Bin Subandi at 7:22 PM 0 comments http://www.blogger.com/post-edit.g? blogID=3101615619146036576&postID=4036312167238767652 htt p://www.blogger.com/post-edit.g? blogID=3101615619146036576&postID=4036312167238767652 Labels: Khawarij

Sunday, January 3, 2010108 - Koreksi Ke Atas Dr. Yusuf al-Qaradhawi: Bab Bermawaddah (Berkasih-sayang) Dengan Yahudi!Koreksi Ke Atas Dr. Yusuf al-Qaradhawi: Bab Bermawaddah (Berkasih-sayang) Dengan Yahudi! http://bahaya-syirik.blogspot.com Telah mula sampai ke pengetahuan umum dan tersebar dengan meluas beberapa perkataan yang penuh syubhat di mana mereka menyatakan bolehnya bersahabat (Wala) dengan Yahudi, Nashrani dan Kuffar. Bahkan dianjurkan untuk berkasih-sayang (mawaddah) terhadap mereka. Dan peperangan yang berlaku di antara umat Islam dengan Yahudi itu bukan disebabkan oleh pertembungan aqidah, tetapi adalah kerana perebutan tanah. Sehingga lebih parah, jihad offensif dinafikan kewujudannya di dalam Syari'at yang mulia ini. Berikut dinukil perkataan-perkataan yang dimaksudkan. Dari Dr. Yusuf al-Qaradhawi: - -

Dan telah disyariatkan bagi kita untuk berkasih-sayang dengan mereka iaitu Ahli Kitab dengan cara saling mempercayai, mengadakan perjanjian dengan mereka, dan berbuat baik bersama mereka. (Dinukil melalui perantaraan kitab al-Ilaam bin-Naqdi Kitaab al-Halaal wal-Haraam fil-Islaam oleh asy-Syaikh Dr. Sholeh Fauzan al-Fauzaan, m/s. 5, Maktabah al-Misykah. Boleh juga dirujuk di website beliau: alfawzan.ws. Perkara ini juga turut diberitakan oleh Web EraMuslim: Eramuslim.net)

Dr. Yusuf al-Qaradhawi berhujjah dengan ayat:

Terjemahan: Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (Surah alMumtahanah, 60: 8) Penjelasan/Koreksi (Pembaikan):

Dalam ayat ini (Surah al-Mumtahanah, 60: 8) terdapat petunjuk untuk berbuat kebaikan kepada orang-orang yang dimaksudkan (dari orang-orang kafir). Perlu kita fahami perbezaan di antara kalimah al-Birr dengan al-Mawaddah. Al-Mawaddah adalah al-Hubb (rasa cinta) sebagaimana yang tertera di dalam Lisanul Arab, 1/247 dan al-Qamuss serta buku-buku bahasa Arab lainnya. Sedangkan al-Birr bermaksud ash-Shillah (penghubung), tidak derhaka serta berbuat kebaikan/ihsan, sebagaimana yang disebutkan di dalam Lisanul Arab, 1/371 dan al-Qamuss. Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah menjelaskan:

Terjemahan: Bahawasanya al-Birr (melakukan kebaikan). Ash-Shillah (menjalinkan hubungan), dan al-Ihsan (berbuat kebaikan) tidak menuntut diwujudkan adanya sikap saling mencintai dan berkasih-sayang, kerana perkara ini terlarang di dalam al-Quran sebagaimana firman-Nya: Kamu tidak akan menemui sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya... Sesungguhnya ayat ini berlaku umum sama ada untuk setiap yang bertindak memerangi atau pun tidak memerangi. Wallahu alam. (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 5/233, pada Syarah hadis no. 2475) Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata: ) ( ) (

Terjemahan: al-Quran tidak memanggil mereka melainkan dengan lafaz Yaa ahlal Kitab (Wahai Ahli Kitab) atau Yaa ayyuhal ladzinina uutul Kitaab (Wahai orangorang yang diberi kitab). Dengan bentuk lafaz seperti ini al-Quran menunjukkan bahawa secara asasnya mereka adalah agama samawi. Maka, di antara Ahli Kitab dan umat Islam mereka dihubungkan oleh hbungan rahim dan kekeluargaan. Perkara ini dapat dilihat di dalam dasar-dasar agama yang satu, setiap nabi telah diutus oleh Allah. (Rujuk: al-Halal wal Haram, m/s. 327. Juga di dalam fatwanya: Web Rasmi alQaradhawi: qaradawi.net.) Penjelasan/Koreksi: 1 Apabila Allah memanggil mereka dengan lafaz Yaa ahlal Kitab (Wahai Ahli Kitab) atau Yaa ayyuhal ladzinina uutul Kitaab (Wahai orang-orang yang diberi kitab), ini tidaklah menunjukkan adanya syariat atau tuntutan rasa cinta dan kasih-sayang di antara umat Islam dengan ahli kitab atau orang kafir. 2 Bahkan dengan turunnya al-Quran, ini menunjukkan bahawa seluruh syariat dari agama sebelumnya telah dinasakh (dihapuskan/dimansuhkan). Dan Allah Subhanahu wa Taala telah berfirman:

Terjemahan: Sesiapa yang mencari agama selain dari Islam, maka sekali-kali agama itu tidak akan diterima, dan dia di akhirat kelak termasuk orang-orang yang rugi. (Surah Ali Imran, 3: 85) Rujuk juga Surah al-Maidah, 5: 48. 3 Jika kita perhatikan, lafaz panggilan Yaa ahlal Kitab (Wahai Ahli Kitab) di dalam al-Quran, ia turut digunakan dalam konteks celaan. Ini boleh dilihat pada ayat Surah Ali Imran, 3: 70 dan 3: 71. 4 Cara beliau (al-Qaradhawi) menafsirkan lafaz ayat tersebut juga tidak menepati konteks penafsiran para salaf. Jika bentuk penafsiran beliau yang seperti itu adalah daripada para salaf, maka beliau perlu membawakan bukti-buktinya. Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata lagi:

Terjemahan: Sesungguhnya Islam membolehkan setiap umatnya untuk berkahwin dengan Ahli Kitab (Yahudi dan Nashrani). Kehidupan suami/isteri perlu dibina di atas

sakinah, mawaddah dan rahmah (ketenangan jiwa dan rasa saling cinta mencintai), sebagaimana yang ditunjukkan di dalam al-Quran:

Terjemahan: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. (Surah ar-Ruum 30: 21)

Ini menunjukkan bahawa mahabbah (perasaan cinta) seseorang Muslim terhadap bukan muslim (orang kafir) bukanlah suatu kesalahan. Bagaimana mungkin seseorang suami tidak mencintai seseorang isterinya dari Ahli Kitab? Bagaimana mungkin seseorang anak tidak mencintai datuk dan nenek serta adik-beradiknya apabila ibunya seorang yang kafir dzimmi? (Rujuk: Ghairul Muslimin fil Aalamil Islam, m/s. 68. Ahmad B. Muhammad al-Udaini, Rafal Litsam An Mukhalafah al-Qaradhawi li Syariatil Islam, m/s. 36-37, Cet. 2, Darul Atsar) Juga beliau berkata di dalam Kitab al-Halal wal Haram: : : " * 5152:.) " ) Terjemahan: Mungkin terdapat di antara kita yang ingin bertanya dan menjadi bualan (bantahan) dari sebahagian pihak: Bagaimana mungkin dapat diwujudkan suatu kebaikan (hubungan), kasih-sayang dan pergaulan yang harmoni dengan golongan bukan Islam, di mana al-Quran sendiri dengan tegas telah melarang untuk berkasihsayang dan bersahabat dengan orang-orang kafir, sebagaimana dinyatakan: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang-orang Yahudi dan Nashara sebagai pemimpin bagimu, sebahagian terhadap sebahagiannya yang lain. Sesiapa yang menjadikan mereka sebagai pemimpin, maka dia tergolong ke dalam kelompok mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang di dalam hatinya itu ada penyakit, mereka bersegera pergi kepada mereka. (Surah al-Maidah: 51-52)

. : " " ):12(. 82 :.): " " ) Terjemahan: Bahawa sesungguhnya ayat ini (Surah al-Maidah, 5: 51-52) tidak bersifat mutlak (untuk menunjukkan larangan berkasih-sayang dan bersahabat (wala) dengan setiap orang dari kalangan Yahudi, Nashrani, atau pun kafir lainnya). Sekiranya kita memahaminya dengan konteks seperti itu, pasti kita akan melihat ayat-ayat ini saling bercanggah yang mana terdapat ayat-ayat yang menyarankan supaya dijalinkan hubungan saling kasih-mengasihi dan berkelakuan baik di antara setiap penganut agama. Selain itu, di dalam agama ini turut dibenarkan menikahi ahli kitab sebagaimana ayat-ayat al-Quran yang di antaranya: bagi melahirkan rasa kasih-sayang di antara kamu (Surah ar-Ruum, 30: 21) dan Allah berfirman: Dan sesungguhnya kamu dapat melihat bahawa yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: Sesungguhnya kami ini orang Nasrani.. (Rujuk: Web Rasmi al-Qaradhawi, qaradawi.net, Juga: Kitab al-Halal wal-Haram qaradawi.net) Penjelasan/Koreksi: 1 Penggunaan ayat tersebut (Surah ar-Ruum, 30: 21) untuk menyokong bolehnya melahirkan rasa cinta (mahabbah) terhadap ahli kitab (atau orang kafir lainnya) adalah batil. Ini adalah kerana bentuk penafsiran seperti itu tidak pernah dilakukan oleh para salaf ridhwanullah Alaihim. Bahkan, tidak ada imam dan ahli fiqh di era generasi awal (para salaf) yang menggunakan ayat tersebut untuk membolehkan mencintai ahli kitab (serta orang kafir lainnya secara umum). 2 Cinta dapat dibahagikan kepada dua bentuk. Iaitu cinta yang yang berlaku secara tabii (natural) dan cinta secara Syari (anjuran agama). Cinta tabii adalah sebagaimana saling mencintai (mengasihi) kepada ayah, anak, adikberadik, isteri, datuk/nenek, pak cik/ mak cik, atau yang seumpamanya (dari kalangan ahli keluarga). Bentuk cinta seperti ini berlaku secara umum kepada setiap manusia. Perkara ini disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Taala:

Terjemahan: Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya. (Surah al-Qashash, 28: 56)

Ayat ini turun berkaitan dengan pak cik Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, iaitu Abu Tholib. Dia dahulu banyak membela dan membantu Nabi semasa hayatnya. Nabi sangat menyayangi beliau (Abu Tholib). Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah berkata:

Namun, rasa sayang tersebut hanyalah rasa sayang yang lahir dari jiwa kemanusiaan (secara tabii/natural), bukan rasa sayang yang bersifat syari (tuntutan agama). Ketika Abu Tholib di dalam sakaratul maut dan hendak dicabut nyawanya, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam mengajaknya untuk beriman dan masuk ke dalam agama Islam. Namun, Abu Tholib tetap berpegang kepada kekufuran. (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Quran al-Adzim, 6/246) 3 Ada pun kasih-sayang atas dasar agama, maka Allah Subhanahu wa Taala telah menjelaskan melalui firman-Nya:

Terjemahan: Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhir, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah Allah dan Rasul-Nya, sekali pun orang-orang tersebut merupakan bapak-bapak, atau anak-anak, atau saudara-saudara, atau pun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah memahatkan keimanan di dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka, dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya Hizbullah (golongan Allah) itu adalah golongan yang beruntung. (Surah al-Mujadilah, 58: 22) Ayat-ayat yang memiliki makna yang sama dengan ayat ini amat banyak. Dan perlu kita ketahui bahawa para ulama salaf yang membolehkan pernikahan seseorang muslim (lelaki Islam) dengan wanita ahli kitab tetap mengharamkan mencintai orang-orang bukan Islam (kafir). Dan mereka tidak berdalilkan dengan dalil bolehnya berkahwin dengan wanita ahli kitab sebagai dalil yang menunjukkan bolehnya saling berkasihsayang dengan orang kafir. 4 Sekiranya kita mahu menerima kaedah al-Qaradhawi dalam penggunaan ayat tersebut untuk mencintai isteri dari kalangan ahli kitab, maka dalil tersebut merujuk kepada pengkhususan perbuatan seseorang suami (Muslim) mencintai isterinya dari ahli kitab sahaja. Dan tidak dapat dijadikan sebagai dalil yang umum untuk membolehkan melahirkan rasa cinta (secara syari) kepada orang kafir lainnya. Kerana di sana terdapat dalil yang telah sedia umum sebagaimana Surah al-Mujadilah, 58: 22 yang melarang rasa

cinta

secara

syari

kepada

orang-orang

kafir

seluruhnya.

5 Islam hanya membenarkan seseorang lelaki dari umat Islam untuk menikahi wanita dari ahli kitab. Dan tidak membenarkan sebaliknya, iaitu tidak membenarkan seseorang wanita dari umat Islam berkahwin dengan seseorang lelaki dari kalangan ahli kitab. Di antara hikmahnya adalah supaya seseorang Muslim (lelaki beriman) sebagai seorang ketua keluarga akan dapat mengajak wanita tersebut kepada hidayah. Dan Allah tidak membenarkan seseorang wanita (umat Islam) untuk berkahwin dengan lelaki dari ahli kitab supaya perkara tersebut tidak menyebabkan ketundukkan wanita tersebut kepada lelaki dan agama lelaki ahli kitab. 6 Kemudiannya, al-Qaradhawi bukan setakat menyarankan mewujudkan rasa cinta kepada Nashara (atau ahli Kitab), bahkan merujuk kepada orang kafir secara umum. Berikut perkataan beliau (al-Qaradhawi):

Ini menunjukkan bahawa mahabbah (perasaan cinta) seseorang Muslim terhadap bukan muslim (orang kafir) bukanlah suatu kesalahan. Maka, ini sama sekali begitu jelas kebatilannya dan tidak dapat diterima. 7 Berkenaan ayat (maksudnya):

Dan sesungguhnya kamu dapat lihat bahawa yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: Sesungguhnya kami ini orang Nasrani. (Surah al-Maidah, 5: 82) Secara umumnya, dari zahir ayat ini kita dapat memahami bahawa orang yang paling dekat (mencintai) terhadap umat Islam adalah Nashara (Kristian) berbanding orang-orang kafir lainnya. Namun, tidak sekali-kali ayat ini menunjukkan sebaliknya, iaitu dibolehkan membalas atau saling mencintai kembali kepada orang-orang Kristian. Ayat ini sama sekali tidak menuntut seseorang Muslim untuk mencintai mereka yang telah membesarkan (mengagungkan) salib, mempertuhankan Nabi Isa, mengimani al-Masih sebagai Anak Allah, serta pelbagai jenis kesyirikkan dan kekufuran lainnya. Apatah lagi sekiranya ayat ini digunakan untuk mewujudkan perasaan saling mencintai di antara umat Islam dengan orang-orang kafir. 8 Ayat 82 dari surah al-Maidah ini perlu dilihat bagaimanakah Asbab an-Nuzulnya, sekaligus menjadi petunjuk di dalam memahaminya (dan menafsirkannya).

Said B. Jubair, as-Suddi dan selainnya menjelaskan bahawa ayat ini turun mengenai delegasi (utusan) yang diutus oleh an-Najasyi (raja Habsyah) kepada Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam untuk mendengarkan ucapannya dan melihat sifat-sifatnya. Ketika mereka melihatnya (melihat Nabi) dan beliau membacakan al-Quran di hadapan mereka (para delegasi), maka mereka pun masuk Islam, menangis dan menjadi khusyu. Kemudian mereka kembali kepada an-Najasyi dan mengkhabarkan berkenaan apa yang mereka alami/saksikan. Al-Hafiz Ibnu Katsir menjelaskan berkenaan ayat: Dan sesungguhnya kamu dapat lihat bahawa yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: Sesungguhnya kami ini orang Nasrani. (Surah alMaidah, 5: 82): : : } { ]: 72[ : . )1(

Terjemahan: Maksudnya yakni orang-orang yang mengaku bahawa mereka adalah Nashrani dari pengikut al-Masih (Isa) dan menjadikan Injil sebagai petunjuk/pegangan. Mereka memiliki rasa simpati pada Islam dan penganutnya secara umum. Perkara tersebut itdaklah berlaku melainkan disebabkan hati mereka yang penuh dengan kelembutan dan rasa santun, kerana mereka mengikuti agama al-Masih. Ini adalah sebagaimana firman Allah (maksudnya): Dan Kami jadikan dalam hati mereka orang-orang yang mengikutinya rasa santun dan kasih-sayang. Di dalam kitab mereka disebutkan: Jika ditampar pipi kananmu, maka berikanlah pipi kirimu. Dan perang tidak disyariatkan di dalam agama mereka. (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Quran al-Adzim, 3/167) Demikianlah sifat kaum Nashara yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut. Iaitu dari kalangan Nashara yang bersedia memeluk Islam. Di antara lain, turut dijelaskan oleh al-Hafiz Ibnu Katsir berkenaan Nashara yang dimaksudkan tersebut adalah: 1 2 Golongan Yang tekun Nashara beribadah, taat yang kepada tidak Injil, menyombongkan berilmu, dan diri.

tawadhu.

3 Apabila mereka mendengar al-Quran dibacakan, mereka insaf. Iaitu mereka beriman dengan al-Quran. Dan al-Hafiz Ibnu Katsir menjelaskan (menyimpulkan):

] ] ] ] * * * } - } Golongan kaum Nashrani inilah yang disebutkan di dalam firman-Nya Azza wa Jalla (maksudknya): Dan sesungguhnya di antara ahli kitab itu ada orang yang beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan yang diturunkan kepada mereka sedang mereka merendahkan hati (tunduk/patuh) kepada Allah. (Surah Ali Imran, 3: 199). Mereka itulah orang-orang yang disebutkan oleh Allah di dalam firman-Nya (maksudnya): Orang-orang yang telah Kami datangkan kepada mereka al-Kitab sebelum al-Quran, mereka beriman (pula) dengan al-Quran itu. Dan apabila dibacakan (al-Quran itu) kepada mereka, mereka berkata: Kami beriman kepadanya; sesungguhnya; al-Quran itu adalah kebenaran dari Tuhan kami, sesungguhnya kami sebelumnya adalah orang-orang yang membenarkan(nya). Mereka itu diberi pahala dua kali ganda disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan sebahagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka, mereka nafkahkan. Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak mahu bergaul dengan orang-orang yang jahil. (Surah al-Qasasha, 28: 52-55). (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Quran al-Adzim, 3/167-168) Demikianlah sifat Kaum Nashara yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut. Dan bukanlah merujuk secara umum kepada seluruh Nashara (Kristian) yang ada, apatah lagi mahu diperluaskan kepada orang-orang kafir secara umum. Dan sekaligus, ini menyanggah perkataan (pendapat) al-Qaradhawi berikut: : . ) : ( 82:

Perkara ini berlaku untuk Ahli Kitab secara umum (merujuk Surah al-Maidah, 5: 5). Manakala untuk orang Nashara, secara khusus di dalam al-Quran Allah telah meletakkan mereka pada suatu kedudukan yang dekat dengan umat Islam. Allah berfirman: (Merujuk kepada Surah al-Maidah, 5: 82). (Rujuk: al-Halal wal Haram, m/s. 328) Sebagaimana yang telah dijelaskan, ia bukanlah merujuk kepada Nashara secara keseluruhan. Kemudiannya Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata lagi di dalam Kitabnya, al-Halal wal Haram: - -

Terjemahan: Bahawasanya ayat-ayat tersebut (seperti Surah al-Maidah, 5: 51-52) di atas ditujukan untuk orang-orang yang menentang Islam dan yang memerangi kaum muslimin. Maka, dalam keadaan seperti ini, tidak halal bagi setiap Muslim untuk membantu mereka dan mengadakan perjanjian dengan mereka. Demikianlah pengertian/makna al-Muwalaah (berkasih-sayang dan bersahabat baik) dengan orangorang kafir di mana dilarang ber-muwalaah dengan mereka yang boleh mengakibatkan mereka mengetahui rahsia-rahsia kita serta (dilarang) menjadikan mereka sekutu (teman) yang memiliki agenda tersembunyi untuk jamaah (kumpulan) dan agamanya. (al-Halal wal-Haram, m/s. 330) Penjelasan/Koreksi: 1 Dr. Yusuf al-Qaradhawi perlu membawakan fakta-fakta yang ilmiyah bahawa ayatayat tersebut adalah merujuk secara khusus kepada orang-orang yang menentang Islam dan memerangi kaum muslimin. 2 Kerana, sebagaimana yang telah dijelaskan (di atas pada penjelasan/bantahan awal): Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah menjelaskan:

Terjemahan: Bahawasanya al-Birr (melakukan kebaikan). Ash-Shillah (menjalinkan hubungan), dan al-Ihsan (berbuat kebaikan) tidak menuntut diwujudkan adanya sikap saling mencintai dan berkasih-sayang, kerana perkara ini terlarang di dalam al-Quran sebagaimana firman-Nya: Kamu tidak akan menemui sesuatu kaum yang beriman kepada

Allah dan hari akhirat saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya... Sesungguhnya ayat ini berlaku umum sama ada untuk setiap yang bertindak memerangi atau pun tidak memerangi. Wallahu alam. (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 5/233, pada Syarah hadis no. 2475) 3 Imam al-Qurthubi rahimahullah ketika menjelaskan tentang Surah al-Mumtahanah, beliau berkata:

Terjemahan: Surah (al-Mumtahanah) ini adalah prinsip asas di dalam larangan bermuwalaah (berkasih-sayang dan bersahabat baik) kepada orang-orang kafir. (Rujuk: alQurthubi, al-Jami Li Ahkamil Quran, 18/52) 4 al-Hafiz Ibnu Katsir berkata ketika menjelaskan Surah Ali Imran, 3: 28:

Terjemahan: Allah melarang hamba-Nya yang beriman untuk mencintai orang-orang kafir dan melarang juga menjadikan mereka sebagai wali-wali (penolong) yang dicintai dari selain orang-orang yang beriman. (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Quran al-Adzim, 2/30) 5 Imam asy-Syaukani rahimahullah berkata:

Terjemahan: Dalam firman Allah tersebut mengandungi larangan untuk mencintai (muwalaah) orang-orang kafir di atas beberapa sebab. (asy-Syaukani, Fathul Qodir, 1/500) 6 Samahatusy Syaikh Abdul Aziz B. Bazz rahimahullah (Mufti Saudi Arabia pada masanya) berkata:

Syaikh Abdul Aziz B. Bazz menyebutkan sejumlah ayat yang berkaitan, lalu menjelaskan lagi:

Terjemahan: Dan al-Quran, as-Sunnah dan Ijma kaum muslimin telah menunjukkan bahawa wajib bagi umat Islam untuk memusuhi orang-orang kafir dari kalangan Yahudi, Nashara, dan seluruh orang-orang musyrik. Dan hendaklah mereka sentiasa berhati-hati supaya tidak mencintai mereka dan menjadikannya sebagai wali (pemimpin/penolong) sebagaimana yang telah Allah jelaskan (maksudnya): Yang tidak datang kepadanya (al-Quran) kebatilan sama ada dari depan mahu pun dari belakangnya, yang diturunkan dari Rabb Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji. (Surah Fushilat, 41: 42) Bahawasanya orang-orang Yahudi dan musyrikin adalah golongan yang paling memusuhi orang-orang mukmin. Syaikh Abdul Aziz B. Bazz menyebutkan sejumlah ayat yang berkaitan, lalu menjelaskan lagi: Banyak sekali ayat-ayat yang sama makna dengan ayat-ayat yang disebutkan ini. Ayatayat tersebut menunjukkan dengan jelas bahawa wajibnya membenci dan memusuhi orang-orang kafir dari kalangan Yahudi, Nashara, dan orang-orang musyrik, sehinggalah mereka beriman kepada Allah. Ayat-ayat tersebut juga menunjukkan haramnya mencintai (bermawaddah) dan berkasih-sayang (muwalaah) terhadap mereka. Membenci mereka dan berhati-hati dari tipu daya mereka itu tidaklah lain melainkan kerana kekufuran mereka kepada Allah dan permusuhannya terhadap agama dan para wali-Nya, serta tipu daya mereka terhadap Islam dan para penganutnya. (Rujuk: Abdul Aziz B. Bazz, Majmu Fatawa wa Maqolaat, 2/178. Rujuk: Web Rasmi Syaikh Ibnu Bazz: binbaz.org. Rujuk: Dorar.net) 7 Secara umumnya pada masa ini, Yahudi dan Nashara amat memusuhi umat Islam dan sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan umat Islam melalui pelbagai cara. Sama ada melalui tindakan ketenteraan (fizikal) mahu pun serangan pemikiran. Sebagai mengakhiri tulisan ini, berikut disertakan betapa beliau (al-Qaradhawi) mengajak orang-orang kafir kepada persaudaraan dan bersedia menyambutnya dengan baik.

Sehingga beliau sanggup menafikan adanya jihad offensif, dan mengatakan bahawa jihad hanya bertujuan untuk bertahan sahaja. Berikut perkataan-perkataan beliau (al-Qaradhawi):

Terjemahan: Kami menyeru kepada perdamaian tanpa penat dan bosan, dengan syarat supaya hak-hak kami tidak dicerobohi dan wilayah kami tidak dirampas, apabila dialog Islam dan Nashara bertujuan ke arah perdamaian maka ahlan wa sahlan (dipersilakan), dan jika tujuannya untuk persaudaraan maka kami juga menyambutnya dengan persaudaraan. (Majalah ar-Rayah, no. 4696, 24 Syaban, 1415H. Rujuk: Ahmad B. Muhammad B. Manshur al-Udaini, Rafal Litsam An Mukhalafah al-Qaradhawi li Syariatil Islam, m/s. 70. Terbitan Darul Atsar, Cet. 2, 1422H/2001M. Rujuk: emtiaz.net. Rujuk: sahab.net.) Beliau (al-Qaradhawi) pernah ditanya:

Bagaimanakah sikap Islam terhadap Yahudi dan orang-orang bukan Islam lainnya menurut perspektif Islam? Sesungguhnya kami melihat Anda memiliki satu sudut pandang yang menarik berkaitan dengan persoalan ini. Adakah Anda bersetuju untuk mengumandangkan jihad secara umum kepada mereka semua, ataukah ada sisi pandang khusus mengenai perkara tersebut? Maka beliau menjawab: : . Saya katakan: Jihad yang kita tegakkan melawan Yahudi bukanlah disebabkan kerana mereka Yahudi. Sebahagian ikhwah (saudara) yang menulis dan membahaskan persoalan ini menganggap bahawa kita memerangi Yahudi itu kerana status mereka Yahudi. Namun kami tidak sependapat dengan mereka dalam perkara ini. (Saya berpendapat) bahawa kita tidak memerangi Yahudi atas alasan aqidah. Kami hanya memerangi mereka kerana urusan (perebutan) tanah. Kami tidak memerangi orang-

orang kafir kerana status mereka adalah orang kafir. Perkara ini disebabkan kerana mereka telah mencuri tanah kami dan kampung kami. Mereka mengambilnya (dari kami) dengan tanpa haq. (Majalah Ar-Rayyah, no. 4696, tanggal 24 Syabaan 1415H/25 Januari 1995M. Rujuk: Sahab.net). Beliau (DYQ) berkata lagi: . .... Berkenaan jihad fii sabiilillah adalah untuk mempertahankan tanah air, harga diri, dan kehormatan, maka perkara ini sudah tidak perlu dipersoalkan lagi kebenarannya. Bahawasannya mempertahankan diri dengan cara menyerang pihak (negara) lain sebagaimana digambarkan oleh sebahagian pihak, maka perintah seperti ini tidak ditemui (di dalam syariat). Dan kami di sini, menyandarkan pendapat kami ini kepada pendapat para ulama kaum muslimin masa kini seperti asy-Syaikh Abu Zahrah, asySyaikh Rasyid Ridha, asy-Syaikh Syaltuut, asy-Syaikh Abdullah Darraaz, dan asySyaikh (Muhammad) al-Ghazzali. Mereka semua berpendapat bahawasannya jihad di dalam Islam adalah untuk mempertahankan agama, negara, kehormatan, tanah air, dan harga diri... Dan bukan untuk memerangi negara lain sebagaimana digambarkan oleh sebahagian pihak. (al-Islaam wal-Gharb maa Yusuf Al-Qaradhawi, m/s. 19. Rujuk: emtiaz.net) Sebagaimana diberitakan oleh EraMuslim.com (Indonesia), beliau (al-Qaradhawi) diberitakan berkata: Lebih lanjut Syaikh Qaradawi mengatakan bahwa Muslim dan Yahudi adalah sama-sama pengikut dua agama Ibrahim. Yahudi yang meyakini kitab suci Taurat yang asli, sangat dekat dengan umat Islam. Pengikut dua agama ini memiliki ritual dan ajaran agama yang sama seperti, kewajiban sunat bagi laki-laki, memotong hewan dengan cara yang halal, melarang daging babi dan melarang patung-patung diletakkan di dalam masjid atau sinagog... Umat Islam dan Yahudi, tambah Qaradawi, sama-sama diburu ketika kekuasaan Islam di Andalusia jatuh. Di masa kini, kata Qaradawi, umat Islam dan Yahudi yang sama-sama meyakini satu Tuhan, selayaknya bekerjasama untuk memerangi ateisme, pornografi, lesbian dan homoseks serta ketidakadilan. (Rujuk: eramuslim.com) Perkataan-perkataan seperti itu tidaklah aneh untuk kita temui di masa ini. Kerana perkataan-perkataan seperti itu telah terlebih dahulu disuarakan oleh guru beliau, iaitu Hasan al-Banna rahimahullah (tokoh besar pertubuhan Ikhwanul Muslimin), yang

menyatakan: } { .. Saya tegaskan sekali lagi bahawa persengketaan (permusuhan) kita dengan Yahudi bukanlah persengketaan (permusuhan) yang disebabkan oleh agama, kerana al-Quran menganjurkan kita supaya berganding bahu dan bersahabat dengan mereka serta meminta supaya diwujudkan kesepakatan di antara kita dengan mereka. Allah berfirman : Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang paling baik. (Surah al-Ankabut, 29: 46). Setiap kali al-Quran berbicara persoalan Yahudi, maka turut disentuh dari sisi ekonomi dan hukum.... (al-IkhwaanulMuslimuun Ahdats Shanaat-Taariikh, 1/409-410. Rujuk juga: turkmani.com)

Sesungguhnya permusuhan kita dengan Yahudi bukanlah disebabkan persoalan agama, kerana al-Quran telah menganjurkan untuk bersahabat dan berkawan dengan mereka. (Rujuk: al-Ikhwaanul-Muslimuun Ahdaats Shanaat At-Taariikh, 1/409. Rujuk: sahab.net) Juga:

Sesungguhnya Islam yang hanif (lurus) itu tidaklah memusuhi satu agama pun, juga tidak menyerang (menganiaya) satu aqidah pun. (Mawaaqifun fid-Dawati watTarbiyyah, m/s. 163. Rujuk: sahab.net) Wallahu alam... Posted by Nawawi Bin Subandi at 7:52 PM 10 comments http://www.blogger.com/post-edit.g? blogID=3101615619146036576&postID=64482562851864633 http:// www.blogger.com/post-edit.g? blogID=3101615619146036576&postID=64482562851864633 Labels: Ikhwanul Muslimeen, Qardhawiyoon

Saturday, December 26, 2009107 - Benarkah Dengan Banyaknya Agama Memberi Banyak Faedah Kepada Masyarakat?Benarkah Dengan Banyaknya Agama Memberi Banyak Faedah Kepada Masyarakat? http://bahaya-syirik.blogspot.com Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata:

Terjemahan: Tidak mengapa dengan kewujudan banyak agama, peradaban, dan budaya. Hendaklah kesemua agama itu menjadi medan dialog untuk merapatkan perhubungan dan bukan sebagai medan untuk bermusuhan. (Rujuk: Majalah al-Raiyah, Edisi 4696, 24 Syaaban 1415H/25 Januari 1995. Web: Sahab.net. al-Ibthal Linazhariyatil Khalath Bainal Islam wa Ghairihi Minal Adyan, m/s. 83: Lihat: Rafal Litsam An Mukhalafah al-Qaradhawi li Syariatil Islam, m/s. 78, Terbitan Darul Atsar, 1422H/2001M) Penjelasan/Bantahan: Hendaklah kita ketahui bahawasanya Allah Subhanahu wa Taala telah berfirman:

Terjemahan: Sesiapa yang mencari agama selain dari Islam, maka sekali-kali agama itu tidak akan diterima, dan dia di akhirat kelak termasuk orang-orang yang rugi. (Surah Ali Imran, 3: 85)

Terjemahan: Dan telah aku redhai Islam itu menjadi agama bagi kamu. (Surah alMaidah, 5: 3)

Terlalu banyak ayat-ayat al-Quran dan juga hadis Nabi yang memerintahkan supaya kita mengajak manusia kepada Islam, meninggalkan serta memerangi kekafiran, bahkan diperintahkan kepada kita memusuhi kekafiran dan melarang berkasih-sayang kepada orang kafir. Posted by Nawawi Bin Subandi at 7:55 PM 2 comments http://www.blogger.com/post-edit.g? blogID=3101615619146036576&postID=2446165223355989542 htt p://www.blogger.com/post-edit.g? blogID=3101615619146036576&postID=2446165223355989542 Labels: Ikhwanul Muslimeen, Qardhawiyoon Newer Posts Older Posts Home skip to main | skip to sidebar http://bahaya-syirik.blogspot.com/

http://bahaya-syirik.blogspot.com/ _____________________________________________________________ _____________________ | Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Komputer | _____________________________________________________________ _____________________ http://www.blogger.com/rearrange? blogID=3101615619146036576&widgetType=HTML&widgetId=HTML1 8&action=editWidget http://www.blogger.com/rearrange? blogID=3101615619146036576&widgetType=HTML&widgetId=HTML1

8&action=editWidget

Saturday, December 26, 2009106 - Pujian Dr. Yusuf al-Qaradhawi Kepada Yahudi & Merendahkan AllahPujian Dr. Yusuf al-Qaradhawi Kepada Yahudi & Merendahkan Allah http://bahaya-syirik.blogspot.com

Beliau (Dr. Yusuf al-Qaradhawi) pernah berkhutbah Jumaat berkaitan dengan persoalan rokok di mana pada khutbah keduanya beliau telah menyentuh persoalan pilihan-raya di Aljazair (Algeria), dan beliau berkata:

)( )(

Terjemahan: Wahai saudara-saudara sekalian, sebelum aku meninggalkan tempatku ini, aku ingin mengatakan suatu perkara berkaitan dengan hasil pilihan-raya Israel. Suatu masa dahulu orang-orang Arab pernah meletakkan semua harapannya pada kemenangan (Simon) Perez. Dan sesungguhnya (kini) Perez telah jatuh, dan inilah suatu perkara yang kita puji dari Israel. Dengannya, kita berharap negara kita mampu mencapai pencapaian seperti negara itu (Israel) dari sudut di mana sekelompok kecil rakyat dapat menjatuhkan seseorang (pemimpin). Rakyatlah yang kemudian memutuskan hukum, tanpa ada perkiraan peratusan sebagaimana yang dikenali di negara kita dengan istilah 99.99%. Sesungguhnya ini adalah kedustaan dan penipuan. Sekiranya Allah menampakkan diri-Nya kepada manusia pun, nescaya Dia (Allah) tidak akan dapat mencapai peratusan sebesar itu. Kita ucapkan selamat kepada Israel di atas apa yang telah mereka lakukan (capai). (Khutbah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang dirakam dalam kaset, dan telah disebarkan oleh Akhbar al-Wathan, no. 7072, namun di dalamnya telah berlaku perubahan). Respon dari khutbah Dr. Yusuf al-Qaradhawi di atas, asy-Syaikh Muqbil al-Wadiiy rahimahullah berkata:

:} { . } { } . {.

Terjemahan: Perkataan ini adalah satu kesesatan yang nyata. Sekiranya yang beliau maksudkan adalah untuk melebihkan kaum Yahudi sehingga mengatasi Allah Subhaanahu wa Taala, maka beliau telah kafir. Dan sekiranya yang beliau maksudkan adalah bahawa orang Yahudi, Nashara, Budha, penyembah lembu (Hindu), penyembah hawa nafsu, dan yang selainnya tidak memberikan suaranya kepada Allah, maka ini adalah perkara lain. Namun, (telah tetap) perkataan itu merupakan kesesatan yang nyata. Sesungguhnya Allah, Rabb kami, Azza wa Jalla tidak memerlukan tahswiit (pungutan suara). Dia-lah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi yang telah berfirman: Kun Fayakun (Jadilah! Maka terjadilah) (Surah Yasin, 36: 82). Dan Dia lah yang telah membinasakan Firaun, Qarun, serta umat-umat yang telah memfitnah dan melawan/menentang para Nabi Allah Azza wa Jalla. Dan telah menolong para Nabi Allah dengan satu pertolongan di dunia dan akhirat. Pungutan suara (dalam pilihan-raya) hanya diperlukan oleh manusia yang lemah. Wahai si miskin, hingga para ketua kabilah (yang berpengaruh) sekalipun yang engkau lihat di antara mereka di ketika pemungutan suara, kering ludahnya dan berbolak-balik di hadapan manusia dengan taktik/muslihat: Hidupkan Pilihan-raya. Adapun Rabb kami, maka Dia Maha Kaya (yang berfirman): Wahai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah dan Allah Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji, jika Dia menghendaki niscaya Dia memusnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu). Dan yang demikian itu sekali-kali tidak sukar bagi Allah (Surah al-Fathir, 35: 15-17). Engkau telah kufur wahai al-Qaradhawi, atau engkau mendekati kekafiran. (Iskaatul-Kalb al-Aawiy Yusuf bin Abdillah al-Qaradhawi, dicetak bersama kitab al-Burkaan li-Nasfi Jaamiah al-Iman, m/s. 111-112) Apa yang disebutkan oleh asy-Syaikh Muqbil tersebut turut diperkuatkan oleh penjelasan asy-Syaikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin rahimahullah ketika beliau ditanya berkenaan perkataan: Sekiranya Allah menampakkan diri-Nya kepada manusia pun, nescaya Dia (Allah) tidak akan dapat mencapai peratusan sebesar itu (sehingga akhir perkataan), maka beliau berkata:

Terjemahan: Nauudzu billah (lindungilah kami ya Allah), dengan keluarnya perkataan

ini, ia mewajibkan bagi pelakunya untuk bertaubat kepada Allah. Jika tidak, maka ia telah murtad kerana ia telah menjadikan kedudukan makhluk lebih tinggi daripada al-Khaliq (Allah Yang Maha Pencipta). Wajib baginya untuk bertaubat kepada Allah. Jika ia bertaubat, maka Allah akan menerimanya. Jika ia tidak bertaubat, maka wajib bagi pemimpin kaum muslimin membunuhnya (memenggal lehernya). (Ini adalah sebagaimana perkataan beliau (Syaikh Muhammad B. Sholeh al-Utsaimin) yang terakam dalam kaset). Rujukan Kitab/Website:

1 Taziz al-Raddul Kawi li Iskat al-Kalb al-Awi Yusuf Bin Abdillah al-Qaradhawi

Oleh:

Abu

Abdullah

Shakib

as-Salafi.

m/s.

4-6.

2 Rafal Litsam An Mukhalafah al-Qaradhawi li Syariatil Islam

Oleh: Ahmad B. Muhammad B. Manshur al-Udaini, m/s. 99-100. Terbitan Darul Atsar, Cet. 2, 1422H/2001M. 3 Web/forum al-Jazeera Talk: aljazeeratalk.net

4 Web/forum Sahab.net: sahab.net Posted by Nawawi Bin Subandi at 2:04 AM 4 comments http://www.blogger.com/post-edit.g? blogID=3101615619146036576&postID=6561116751190412521 htt p://www.blogger.com/post-edit.g? blogID=3101615619146036576&postID=6561116751190412521 Labels: Ikhwanul Muslimeen, Qardhawiyoon

Monday, December 14, 2009

105 - Jawaban Syaikh Ibn Utsaimin Terhadap Pembelaan Dr. Yusuf al-Qaradhawi Terhadap al-AsyairahJawaban Syaikh Ibn Utsaimin Terhadap Pembelaan Dr. Yusuf al-Qaradhawi Kepada al-Asyairah http://bahaya-syirik.blogspot.com Fatwa al-Qaradhawi sebagaimana yang terdapat di dalam laman web rasminya: : " " : " !" " " : " .. .. )( .. ". : " ". : " .. ". "

Terjemahan: Di ketika menjawab soalan lain daripada salah seorang yang turut serta (bertanya): Segolongan orang telah mengkritik aqidah al-Azhar asy-Syarif. Maka, apa jawapan tuan yang dihormati, terhadap perkataan (tohmahan) tersebut? Maka Syaikh alQaradhawi menjawab dalam bentuk persoalan yang penuh takjub: Aqidah al-Azhar asy-Syarif?! (Beliau berkata) Saya lihat orang yang berkata seperti itu adalah orang yang mengkritik (aqidah) al-Asyairah. Seterusnya beliau berkata: Bukanlah al-Azhar satu-satunya yang (beraqidah) Asyari. Ummah Islamiyyah adalah Asyairah (majoritinya). Al-Azhar (beraqidah) Asyari. Az-Zaituniyyah (beraqidah) Asyari. Ad-Deoubandi (di India) beraqidah Asyari. Nadwah Al-Ulama beraqidah Asyari dan sekolah-sekolah di Pakistan juga (beraqidah) Asyariyyah. Seluruh Dunia Islam adalah Asyari (beraqidah Asyari). (Syaikh Dr. Al-Qaradhawi turut menjelaskan) wujudnya golongan Al-Asyairah di Saudi yang dikenali sebagai markaz Salafiyyah Wahhabiyyah. Beliau berkata: Salafiyyun (Wahhabiyyah) hanya minoriti sahaja (di dunia). Walaupun kita katakan negara Saudi (sebagai Salafi wahhabi), namun bukan seluruh Saudi itu Salafi (Wahhabi).

Golongan ahli Hijaz (yang kebanyakkan ulama mereka masih al-Asyairah tetapi tidak menonjol) bukan seperti ahli Nejad. (Ahli Nejad juga) bukan Ahli Syarqiyyah (ahli timur Saudi). (Ahli Syarqiyyah juga) bukan seperti Ahli di daerah Jizan. Begitulah seterusnya Beliau menambah: Sekiranya mahu dikira majoriti umat Islam, maka majoriti ummah adalah al-Asyairah. Itu hanyalah perselisihan dalam masalah furu Aqidah. Kesemuanya bersepakat terhadap iman kepada Tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasulullah. Semuanya bersepakat terhadap kenabian (Rasulullah s.a.w.) dan pada keimanan terhadap Allah, kitab-kitab, para rasul-Nya dan beriman kepada Hari Akhirat. Lalu beliau mengingatkan secara tegas: Khilaf ini (manhaj Al-Asyairah) tidak boleh menjadi sebab kita mengkafirkan sesiapa! Rujukan: http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp? cu_no=2&item_no=6914&version=1&template_id=116&parent_id=114 : 2009-4-9/ 2009 90

Jawaban Syaikh Ibnu Utsaimin secara umum di dalam kitabnya, al-Qowaidul Mutsla, di bahagian tajuk "Bantahan Terhadap al-Asya'irah": : . . : .

Terjemahan: Kita tidak boleh menerima sekiranya dikatakan pengikut Asyariyah adalah sebesar itu. Pengakuan seperti itu memerlukan bukti dengan kajian yang teliti. Sekiranya benar jumlah mereka sebesar itu, atau mungkin malah lebih, perkara tersebut

tidak menunjukkan bahawa mereka berada dalam kebenaran. Kerana kebenaran terdapat di dalam ijma kaum muslimin, bukan bergantung kepada banyaknya jumlah umat Islam. Apatah lagi bahawa kaum muslimin generasi awal (terdahulu) telah ijma (bersepakat) menyelisihi fahaman ahli tawil. Para salafush-Sholeh dari generasi pertama umat ini, iaitu para sahabat (yang merupakan generasi terbaik), para Tabiin dan para imam mujtahij telah ijma menetapkan semua nama-nama dan sifat-sifat Allah yang telah Dia tetapkan sendiri atau ditetapkan oleh Rasulullah. Mereka juga telah ijma memahami nash-nash tentang sifat Allah menurut zhohirnya bersesuaian dengan keagungan-Nya tanpa melakukan tahrif, tathil, takyif, dan tamtsil. Para sahabat, tabiin, dan para imam mujtahid adalah orang-orang yang dipuji oleh Rasulullah sebagai generasi terbaik. Ijma mereka adalah hujjah yang wajib diikuti, kerana bersesuaian dengan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah. Tentang ijma mereka ini telah dibicarakan pada kaedah keempat di dalam memahami nash tentang sifat Allah. (Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin, al-Qowaidul Mutsla fii Shifatullah wa Asmaihu al-Husna, m/s. 75. Maktabah Syamilah) Posted by Nawawi Bin Subandi at 11:31 PM 25 comments http://www.blogger.com/post-edit.g? blogID=3101615619146036576&postID=6270094436974740996 htt p://www.blogger.com/post-edit.g? blogID=3101615619146036576&postID=6270094436974740996 Labels: Ikhwanul Muslimeen, Qardhawiyoon

Sunday, November 22, 2009104 - Syaikh Utsaminin Toward Safar al-Hawali & Salman al-AudahFatwa Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin Terhadap Safar al-Hawali & Salman al-Audah http://bahaya-syirik.blogspot.com Posted by Nawawi Bin Subandi at 1:10 AM 0 comments http://www.blogger.com/post-edit.g? blogID=3101615619146036576&postID=2003035815435133679 htt p://www.blogger.com/post-edit.g? blogID=3101615619146036576&postID=2003035815435133679 Labels: Fatwa

Thursday, November 19, 2009103 - Fatwa Syaikh al-Albani Terhadap Ikhwanul MusliminFatwa Syaikh al-Albani Terhadap Ikhwanul Muslimin http://bahaya-syirik.blogspot.com

Terjemahan: Tidaklah benar orang yang menyatakan Ikhwanul Muslimin sebagai Ahlus Sunnah, kerana mereka memerangi (membenci) as-Sunnah. (Rujukan: www.fatwa1.com) Posted by Nawawi Bin Subandi at 3:50 AM 0 comments http://www.blogger.com/post-edit.g? blogID=3101615619146036576&postID=3619942410087999401 htt p://www.blogger.com/post-edit.g? blogID=3101615619146036576&postID=3619942410087999401 Labels: Fatwa

Tuesday, September 15, 2009102 - Parti Islam atau Khawarij?Parti Video Islam Atau Khawarij? 1:

Video 2:

Oleh: Ustaz M. Asrie Sobri. Posted by Nawawi Bin Subandi at 5:09 PM 3 comments

http://www.blogger.com/post-edit.g? blogID=3101615619146036576&postID=3088611691912155343 htt p://www.blogger.com/post-edit.g? blogID=3101615619146036576&postID=3088611691912155343 Labels: Khawarij Newer Posts Older Posts Home Subscribe to: Posts (Atom)

skip to main | skip to sidebar http://bahaya-syirik.blogspot.com/

http://bahaya-syirik.blogspot.com/ _____________________________________________________________ _____________________ | Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Komputer | _____________________________________________________________ _____________________ http://www.blogger.com/rearrange? blogID=3101615619146036576&widgetType=HTML&widgetId=HTML1 8&action=editWidget http://www.blogger.com/rearrange? blogID=3101615619146036576&widgetType=HTML&widgetId=HTML1 8&action=editWidget

Thursday, September 3, 2009101 - Benarkah Rasulullah Dan Sahabat Juga Melakukan Demonstrasi Jalanan?Benarkah Rasulullah Dan Sahabat Juga Melakukan Demonstrasi Jalanan? http://an-nawawi.blogspot.com Telah tersebar akhir-akhir ini berkenaan kisah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersama 'Umar dan Hamzah radhiyallahu 'anhum keluar berdemonstrasi bagi tujuan menunjukkan kekuatan dan menyatakan bahawa Islam itu benar. Persoalannya, benarkah kisah ini benar-benar berlaku atau sekadar omong-omongan kosong dari para pemuka demonstrasi jalanan yang mahu mempertahankan diri kerana kekeringan hujjah? Bolehkah perbuatan demonstrasi disandarkan kepada Islam sekaligus dijadikan sebagai salah satu saranan untuk menyatakan rasa tidak puas hati kepada pemerintah atau selainnya? Berikut saya nukil beberapa perkataan para pembela demonstrasi berkenaan kisah yang saya akan bawakan kemudian secara penuh: 1 - Rasulullah SAW pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah. Peristiwa ini terjadi setelah Nabi SAW diperintahkan oleh Allah Ta'ala supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Ka'bah. Satu barisan dipimpin oleh Umar ibn al-Khattab dan yang satu lagi dipimpin oleh Hamzah ibnu Abdul Muthalib. Dengan diiringi laungan takbir dan kalimah suci La ilaha illallah, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Ka'bah. Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut memberi arahan. (Rujuk: Blog g82, milik al-Bakistani, link: http://g-82.blogspot.com/2009/07/demonstrasi-salah-dalamislam.html) 2 - Ketika mana saidina Umar menyatakan keislamannya di ruma al-Arqam bin Abi alArqam beliau berkata: Ya Rasulullah , bukankah kita berada di atas kebenaran samaada kita mati ataupun kita hidup? Baginda menjawab Demi tuhan yang mana diriku dalam kuasanya, sesungguhnya kamu berada dalam kebenaran samaada kamu mati atau pun kamu hidup. Umar membalas Sebab apa kita perlu bersembunyi. Demi tuhan yg membangkitkan kamu dgn kebenaran kamu mesti keluar di khalayak ramai. Maka mereka mengeluarkan Nabi berada di dalam dua saf. Hamzah ada pada salah satu saf dan aku dalam satu saf lagi. Debu2 tanah yg halus menyelebungi perjalanan mereka. Mereka berjalan sehingga sampai masjid, aku melihat kaum quraisy dan ke arah hamzah. Orang quraisy ditimpa kesedihan yang mereka tidak pernah mereka alami sebelum itu. Dari pada peristiwa ini Rasul menamakan aku al-Faruq. (Rujuk: Salman Maskuri, milik Akhi Salman, link: http://akhisalman.blogspot.com/2009/01/tunjuk-perasaan-atau-

demonstrasi.html juga: perspektif-islam.html)

http://ibnuinsan.blogspot.com/2009/01/demonstrasi-menurut-

3 - Demonstrasi Memamirkan Kekuatan Umat Islam Sebelum ini kita telah maklum bahawa Rasulullah pernah keluar bersama sahabat berdemontrasi untuk memaparkan suara , kekuatan dan ramainya bilangan umat Islam ketika itu ; meskipun hal ini hasil desakan para sahabat baginda. Selaras dengan itu adalah pandangan Syaikh Abdul Rahman Abdul Khaliq. Beliau menerangkan: Demonstrasi ada disebutkan sebagai salah satu cara yang diambil oleh Rasulullah untuk mengenengahkan kekuatan Islam dan sebagai salah satu cara dakwah. Ini berlandaskan hadith bahawa kaum muslimin keluar beramai-ramai setelah Omar mengisytiharkan dirinya menganut agama Islam berdasarkan arahan Rasul dengan dua barisan. Satu barisan diketuai oleh Hamzah R.A. dan satu lagi diketuai oleh Omar. Teriakan mereka terdengar bagaikan deru kisaran tepung sehinggalah mereka masuk dalam masjid. Pada pengamatan saya tindakan tersebut semata-mata kerana mahu menunjukkan kekuatan (suara kebenaran) Versi hadith tersebut pernah diriwayatan oleh Abu Na'im dalam Kitab al Hilyah dengan sanad yang dihubungkaitkan dengan Ibnu Abbas. Di mana diriwayatkan Saidina Omar berkata: Wahai Rasulullah , bukankah kita dipehak yang benar; sama ada semasa kita hidup atau kita mati?. Bahkan jawab Rasulullah. Kamu di pehak yang benar; samada ketika kamu hidup atau kamu mati. Maka aku pun meningkah: Kalau begitu mengapa kita harus menyepikan diri (bersembunyi) Demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran engkau mesti keluar menampilkan diri. Lalu kami keluar bersama baginda dalam dua barisan para penunjuk perasaan. Hamzah mengepalai satu barisan dan aku mengepalai satu barisan. Demonstrasi ini gegap dengan teriakan bagaikan bunyi alat kisaran tepung (yang besar) sehinggalah kami sampai dan masuk dalam masjid. Dia berkata lagi: Kemudian aku dapati kaum Quraisy menoleh kepada ku dan kepada Hamzah dengan pandangan muram dan sugul. Mereka merasa kecewa dan frustrasi yang tidak pernah mereka alami sebelumnya. Sejak daripada itu Rasululah member i nama jolokan kepada ku sebagai Omar al Faaruq. Kerna Allah telah menyerlahkan perbezaan antara kebenaran dan kebatilan dengan (pengislaman) diriku. (Lihat Hilyatul Aulia Juz 1 hal: 40 dan Fathul Bari Juz 7 Hal: 59). (Rujuk: Harakah Daily, Milik Parti Islam Se-Malaysia, link: http://www.harakahdaily.net/index.php? option=com_content&task=view&id=10820&Itemid=99999999) Riwayat Yang Dimaksudkan

Begitulah mereka membawakan kisah tersebut secara sekerat-sekerat dan sebahagiannya tanpa rujukan yang tepat. Ada pun kisah yang dimaksudkan adalah sebagaimana berikut:

: : )( : : : : : : : : ! : : ! : ! ! : : )(

Maksud: (Diriwayatkan) Daripada Ibnu Abbas, beliau bertanya kepada Umar berkenaan gelaran al-Faruq. Umar berkata: Setelah tiga hari Hamzah memeluk Islam, kemudian Allah pun melapangkan hatiku untuk memeluk agama Islam, lalu aku mengatakan: Allah, tiada tuhan yang berhak disembah (dengan benar) melainkan Dia, Dia memiliki al-Asma al-Husna (nama-nama yang baik), tidak ada di bumi seseorang yang lebih aku cintai melebihi Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam. Aku bertanya: Di mana Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam? Saudara perempuanku menjawab: Dia berada di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam di as-Shofa. Lalu aku mendatangi rumah tersebut, pada waktu itu Hamzah bin Abdul Muthalib duduk bersama para sahabat Nabi lainnya di lingkungan rumah, manakala Nabi berada di dalam rumah, lalu aku ketuk pintu rumah. Ketika para sahabat Nabi mengetahui kedatanganku mereka pun datang bergerombolan, lalu Hamzah bertanya kepada para sahabat Nabi: Apa yang terjadi dengan kalian? mereka menjawab: Ada Umar bin Khattab. Kemudian Umar meneruskan ceritanya: Lalu Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam datang, dan memegang baju Umar dan mendorongnya, maka Umar pun terjatuh di atas kedua lututnya, lalu Nabi bersabda: Wahai Umar apa yang kamu inginkan? Lalu aku menjawab: Saya bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah (dengan benar) melainkan Allah sahaja, tiada sekutu baginya, dan aku mengakui bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Mendengar perkara ini, para sahabat Nabi yang berkumpul bertakbir dengan takbir yang didengari orang-orang yang berada di Masjidil Haram. Aku pun berkata kepada Nabi: Bukankah kita berada di atas kebenaran sama ada kita mati atau hidup? beliau Shallallahu alaihi wa Sallam menjawab: Benar, wahai Umar, demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya kamu di atas kebenaran sama ada kamu mati atau hidup. Aku menyahut: Lalu kenapa kita bersembunyi, demi Allah yang telah mengutusmu dengan kebenaran kita akan keluar (secara terang-terangan menampakkan ke-Islaman). Lalu kami pun keluar dalam dua barisan, Hamzah pada salah satu barisan dan aku pada barisan lainnya. Sehingga kami memasuki Masjidil Haram (Kabah). Maka orang-orang dari suku Quraisy melihat kepadaku dan kepada Hamzah, lalu mereka pun bersedih hati dengan situasi ini dengan kesedihan yang tidak pernah mereka alami sebelumnya. Maka, pada hari tersebut, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam menggelarkan dengan al-Faruq. Dengannya Allah membezakan di antara yang haq dan batil.

Rujukan

riwayat/kisah

ini:

- Abu Nuaim al-Asbahani, di dalam al-Hilyatul Auliya, 1/20, beliau membawakan sanad riwayat ini sebagai berikut:

- Kisah ini turut dibawa oleh Ali Ibn 'Abdul Malik al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanzul Umal. Turut dijelaskan bahawa: () Maksud: Di dalam rangkaian sanadnya terdapat Aban B. Soleh, dia tidak baik hafalannya. Dan meriwayatkan daripadanya Ishaq B. Abdullah ad-Dimasyqi, dia matruk (ditinggalkan hadisnya). (Rujuk: Kanzul Umal (12/551 ,( , no. 35742) Semakan terhadap riwayat/kisah di atas tersebut:

- Ishaq B. Abdullah B. Abi Farwah meriwayatkan daripada Aban B. Soleh. Dijelaskan oleh al-Mizzi, di dalam ( ) Tahzibul Kamal , 2/446, no. 367. - Juga disebutkan tentangnya oleh Ibnu Hibban di dalam ( )al-Majruhin, 1/131. - Berkenaan dengan Ishaq B. Abdullah B. Abu Farwah (yang meriwayatkan dari Aban B. Soleh) ini, para ulama hadis telah menjelaskan bahawa dia: 1 Imam al-Bukhari berkata, dia ditinggalkan (hadisnya). Imam Ahmad B. Hanbal melarang mengambil hadis darinya dan dia tidak menulis (tidak mengambil) hadis darinya. Yahya B. Main menjelaskan, hadisnya tidak boleh dipakai. Ali B. Al-Hasan alHasnajani berkata dari Yahya, bahawa dia pendusta (Kazzab). (Rujuk: ( ) Tahzibul Kamal , 2/450-451, no. 367) 2 Matruk (ditinggalkan hadisnya). (Rujuk: Imam an-Nasai, ( ) adhDhuafa wa al-Matrukin ,1/154, no. 50) 3 ( ) bahawa dia sering memutarbalikkan riwayat (sanad), dari mursal menjadi kepada marfu. Dan Imam Ahmad, beliau melarang dari mengambil hadisnya. (Rujuk: ( )Ibnu Hibban, alMajruhin, 1/131. 4 Kazzab (pendusta), disebutkan oleh Yahya B. Main sebagaimana yang dibawakan

oleh Ibnu Abi Hatim ar-Razi di dalam ( ) al-Jarh wa at-Tadil, 2/228, no. 792. 5 Berkenaan riwayat atau kisah di atas, ia turut disentuh oleh Syaikh al-Muhaddis Ali al-Hasyisy, rujuk: Web Multaqa Ahlil Hadis. Edisi Terjemahan: Blog Abu Salma. Kesimpulan: Kisah ini adalah tidak sahih, malah palsu (tidak dapat diterima pakai). Rujuk tulisan di dalam edisi terjemahan di Blog Abu Salma (link di atas) oleh Syaikh al-Muhaddis Ali alHasyisy. Rujuk juga berkenaan tidak benarnya kisah tersebut berdasarkan pernyataan oleh Syaikh al-Albani dan Syaikh Abdul 'Aziz B. Bazz di dalam buku Siri 3: Demonstrasi Bukan Jihad Tapi Maksiat, Zuhari Syarif, Diterjemahkan oleh: Ustaz Rasul bin Dahri, Terbitan Jahabersa. Syaikh Abdul Aziz B. Bazz rahimahullah berkata: .

Maksud: Sebagaimana yang mungkin telah engkau ketahui berkenaan demonstrasi, hujjah yang mendukungnya amat lemah . Sesungguhnya riwayat ini berkisar kepada Ishaq B. Abi Farwah yang tidak boleh dipegang (tidak boleh dijadikan) sebagai hujjah. Sekiranya kisah ini sahih, maka ia terjadi di awal Islam sebelum hijrah dan sebelum sempurnanya syariat. Tidaklah tersembunyi bahawa yang dijadikan sandaran di dalam perintah dan larangan serta perkara-perkara lain di dalam agama adalah yang sudah diterapkan setelah hijrah. (Rujuk: Fatawa wa Maqolat Ibnu Bazz) Larangan Menyandarkan Suatu Yang Tidak Benar Kepada Rasulullah: :

Maksud: Daripada Abu Hurairah (radhiyallahu 'anhu), bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah bersabda: Sesiapa yang berdusta ke atas nama-ku dengan sengaja, maka hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di neraka. (Hadis Riwayat Muslim, Muqaddimah Shahih Muslim, 1/12, no. 4)

:

Maksud: Dari al-Mughirah radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: Aku pernah mendengar Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, Sesungguhnya berdusta ke atas namaku tidaklah sama dengan berdusta menggunakan nama orang lain. Maka, sesiapa yang berdusta ke atas namaku dengan sengaja, hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di neraka. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Jana'iz, 5/37, no. 1209) Demikianlah batilnya hujjah penyandaran kisah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berdemonstrasi bersama para sahabatnya yang dilakukan oleh para pemuka dan pemuja adegan-adegan demonstrasi jalanan yang diatas-namakan kepada Islam. Malah, banyak lagi syubhat-syubhat yang cuba dilontarkan oleh mereka ini seperti menyamakan adegan demonstrasi ini dengan perhimpunan manusia yang menunaikan ibadah haji di Makkah, perhimpunan manusia yang pergi bersolat Juma'at, dan seumpamanya. Dikeranakan kehabisan hujjah. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi menghalalkan perbuatan demonstrasi. Lebih malang, mereka berusaha sedaya upaya untuk menisbatkan adegan demonstrasi jalanan ini kepada Islam. Yang mana di dalamnya (demonstrasi) tersebut, mereka mengumbar dan membuka celaan dan makian kepada para pemimpin atau pihak yang diprotes! Sambil dengan itu, mereka membaluti adegan mereka dengan cara melaung-laungkan kalimah jihad dan tahlil. Semua ini tidak lain, supaya kelihatannya seakan-akan islami. Walhal, mereka sebenarnya adalah pembuat dan penyebar kebatilan sebenar sebelum kebatilan yang mulanya itu sendiri berjaya mereka banteras! Ini dapat dilihat apabila mereka pergi berdemonstrasi bersama-sama kaum kafir yang tidak kurang bencinya kepada Islam. Malah mereka mengajak sama kaum wanita dan anak-anak kecil untuk turut serta ke dalam adegan buruk mereka itu. Berhati-hatilah, Berikut dinukil Adegan dari tulisan Demonstrasi di blog Adalah sahabat saya, Ideologi Saudara Yahudi Safwan:

Kejadian terbunuhnya Utsman bin 'Affan radiallahu 'anhu dan timbulnya pemikiran Khawarij sangat erat hubungannya dengan demonstrasi. Kronologis kisah terbunuhnya Utsman radiallahu 'anhu adalah bermula dari isu-isu tentang fitnah yang dilontarkan kepada Khalifah Utsman yang disebarkan oleh seorang pendita Yahudi Abdullah bin Saba' di kalangan kaum muslimin. Abdullah bin Saba' berpura-pura masuk Islam (munafik). Sedangkan kita telah sedia maklum bagaimana sikap Yahudi kerana Allah telah mengkhabarkan dengan firman-Nya:

Maksudnya: "Nescaya engkau akan dapati orang yang paling memusuhi (murka) kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrikin." (AlMaidah: 82) Permusuhan kaum Yahudi bermula sejak berkembangnya Islam, seperti mengkhianati perjanjian mereka terhadap Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, merendahkan kaum muslimin, mencerca ajaran Islam dan banyak lagi makar-makar (tipu helah) busuk mereka. Namun setelah Islam kuat, tersingkirlah mereka dari Madinah. (Lihat: Sirah Ibn Hisyam, juz 3, hal 191-199) Pada zaman Abu Bakar dan Umar radiallahu 'anhuma, suara orang-orang Yahudi hampir hilang, bahkan Umar mengusir mereka dari Jazirah Arab sebagai merealisasikan perintah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang pernah bersabda: "Sungguh akan aku keluarkan orang-orang Yahudi dan Nasrani dari Jazirah Arab sampai aku tidak sisakan padanya kecuali orang muslim." Juga sabda baginda: "Keluarkanlah orang-orang musyrikin dari Jazirah Arab." (Hadis riwayat Bukhari) Ditahun-tahunterakhir kekhalifahan Utsman radiallahu 'anhu, diwaktu keadaan masyarakat mulai heterogen (kemasukan berbagai bangsa), banyak muallaf dan orang awam yang masih belum mendalam keimanan dan ilmunya, maka orang-orang Yahudi mula mengambil kesempatan untuk menyebarkan fitnah. Mereka berpenampilan sebagai muslim (tetapi munafik), antara mereka adalah Abdullah bin Saba' yang diberi gelaran Ibn Sauda'. Abdullah bin Saba' berasal dari San'aa. Dialah yang menaburkan benih-benih fitnah di kalangan kaum muslimin agar mereka iri hati dan benci kepada Utsman radiallahu 'anhu. Sedangkan inti dari apa yang dia bawa adalah pemikiran-pemikiran peribadinya yang bernafaskan Yahudi. Contohnya adalah kisah yang batil tentang kewalian Ali radiallahu 'anhu. Dia berkata: "Sesungguhnya telah ada seribu nabi dan setiap nabi mempunyai wali. Sedangkan Ali adalah wali Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam." Kemudian dia berkata dan terus menabur fitnah: "Muhammad adalah penutup para nabi sedangkan Ali adalah penutup para wali." Tatkala tertanam pemikiran ini dalam jiwa para pengikutnya, mulailah dia menerapkan tujuan utamanya iaitu melakukan pemberontakan terhadap kekhalifahan Utsman bin 'Affan radiallahu 'anhu. Maka dia melemparkan pernyataan pada masyarakat yang bunyinya: "Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang tidak layak mendapatkan wasiat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam (kewalian rasul), kemudian dia melampaui wali Rasulullah (iaitu Ali) dan merampas urusan umat (pemerintahan)!!"

Setelah itu Abdullah bin Saba' terus mengeluarkan pembohongan (fitnah): "Sesungguhnya Utsman mengambil kewalian (pemerintahan) yang bukan haknya, sedangkan wali Rasulullah ini (Ali) ada (di kalangan kamu). Maka bangkitlah kamu dan bergeraklah. Mulailah untuk mencerca pegawai kamu, nempakkan amar makruf nahi mungkar. Nescaya manusia serentak bangun dan ajaklah mereka kepada perkara ini." (Lihat: Tarikh ar-Rasul, juz 4, hal 340, Ath-Thabari melalui Mawaqif) Amar makruf nahi mungkar ala Sabaiyah ini sama modelnya dengan amar makruf menurut Khawarij, iaitu keluar dari pemerintahan kemudian memberontak, memperingatkan kesalahan pemerintah di atas mimbar-mimbar, forum-forum awam dan demonstrasi-demonstrasi yang semua ini mengakibatkan timbulnya fitnah. Masalah pun bukan semakin reda, bahkan tambah menyala-nyala. Faktasejarah telah membuktikan hal ini. Amar makruf nahi mungkar ala Sabaiyah dan Khawarij ini mengakibatkan terbunuhnya Khalifah Utsman bin 'Affan radiallahu 'anhu. Peperangan sesama kaum muslimin dan terbukanya pintu fitnah berterusan dari zaman Khalifah Utsman sampai kezaman kekhalifahan Ali bin Abi Talib radiallahu 'anhu. (Lihat: Tahqiq Mawaqif ashShahabati fil Fitani min Riwayat al-Imam ath-Thabari wal Muhadditsin, juz 2, hal 342) Sebenarnya amar makruf nahi mungkar yang mereka gembar-gemborkan hanyalah sebagai label dan perisai belaka tiada keikhlasan padanya. Buktinya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada Utsman: "Hai Utsman! Nanti sepeninggalanku Allah akan memakaikan pakaian padamu. Jika orang-orang ingin mencelakakanmu pada waktu malam (dalam riwayat lain): Orangorang munafiq ingin melepaskannya, maka jangan engkau lepaskan. Baginda mengucapkannya tiga kali." (Hadis riwayat Musnad, juz 6, hal 75. Tirmizi dalam Sunan dan disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Sahih Sunan At-Tirmizi) Syeikh Muhammad Amhazurn berkomentar: "Hadis ini menunjukkan dengan jelas bahawa orang Khawarij tidaklah menuntut keadilan dan kebenaran, akan tetapi mereka adalah kaum yang dihinggapi penyakit nafaq sehingga mereka bersembunyi di sebalik tabir syiar perdamaian dan aman makruf nahi mungkar. Tidak diketahui di satu zaman pun adanya suatu jamaah atau kelompok yang lebih berbahaya daripada orang-orang munafiq." Inilah hakikat amar makruf nahi mungkar kaum Sabaiyah dan Khawarij. Alangkah serupanya kejadian dulu dan sekarang. Di zaman ini ternyata ada Khawarij gaya baru, iaitu orang-orang yang mempunyai pemikiran Khawarij. Mereka menjadikan demonstrasi, tunjuk perasaan dan sebagainya alat dan metod dakwah serta jihad. Di antara tokoh-tokoh mereka adalah Abdul Rahman

Abdul Khaliq, pengikut dan yang sefahaman dengannya yang mengatakan (dalam alFusul minas Siyasah asy-Syariah): "Termasuk metod atau cara Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dalam berdakwah adalah demonstrasi atau tunjuk perasaan." (Tamat Nukilah. Dari tulisan Zuhair Syarif, Demonstrasi Bukan Jihad Tapi Maksiat, link: http://almuwahhidun.blogspot.com/2009/08/demonstrasi-bukan-jihad-tapi-maksiat.html) :

Maksud: Dari Abi Said al-Khudri, dari Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, beliau berkata: Sesungguhnya daripada kamu akan benar-benar ada yang mengikuti jalan orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikutinya. Kami (para sahabat) bertanya: Wahai Rasulullah, adakah yang engkau maksudkan itu (jalan) Yahudi dan Nasara? Beliau menjawab: Siapa lagi (sekiranya bukan mereka)? (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, 22/298, no. 6775. ()) Nasihatilah Pemimpin Dengan Baik Maksud: Maka berkata Iyadh B. Ghanm, wahai Hisyam bin Hakim, kami telah mendengar apa yang engkau dengar dan kam