antara knj worlwide sdn bhd (no. syarikat: · pdf file12. seksyen 75 akta kontrak 1950 telah...

17
[2014] 1 LNS 1659 Legal Network Series 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA [GUAMAN SIVIL NO: 22-1850-2008] ANTARA KNJ WORLWIDE SDN BHD (NO. SYARIKAT: 187337-H) ... PLAINTIF DAN 1. ONG KIEN TECK (NO. K/P: 760728-10-5203) 2. NG SONG HUAT (NO. K/P: 700324-02-5245) (Berniaga atas nama E Builder Engineering No. Perniagaan: 001427364-V) ... DEFENDAN- DEFENDAN

Upload: doanhanh

Post on 06-Feb-2018

274 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANTARA KNJ WORLWIDE SDN BHD (NO. SYARIKAT:  · PDF file12. Seksyen 75 Akta Kontrak 1950 telah memperuntukkan bahawa: When a contract has been broken, if a sum is named in

[2014] 1 LNS 1659 Legal Network Series

1

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM

DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

[GUAMAN SIVIL NO: 22-1850-2008]

ANTARA

KNJ WORLWIDE SDN BHD

(NO. SYARIKAT: 187337-H) .. . PLAINTIF

DAN

1. ONG KIEN TECK

(NO. K/P: 760728-10-5203)

2. NG SONG HUAT

(NO. K/P: 700324-02-5245) (Berniaga atas nama E Builder Engineering No. Perniagaan: 001427364-V) .. . DEFENDAN-

DEFENDAN

Page 2: ANTARA KNJ WORLWIDE SDN BHD (NO. SYARIKAT:  · PDF file12. Seksyen 75 Akta Kontrak 1950 telah memperuntukkan bahawa: When a contract has been broken, if a sum is named in

[2014] 1 LNS 1659 Legal Network Series

2

ALASAN PENGHAKIMAN

Pengenalan

1. Plaintif adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di

bawah Akta Syarikat 1960 yang mempunyai alamat perniagaan di No.

6A, Jalan Jelita Satu, Taman Jelita Off Jalan Reko, 43000 Kajang,

Selangor. Kedua-dua defendan pula adalah rakan kongsi yang

menjalankan perniagaan atas nama dan gaya E Builder Engineering

yang beralamat di No. 7, Jalan 7B, Taman Kajang Mewah, 43000

Kajang, Selangor.

2 Adalah fakta yang dipersetujui bahawa melalui satu Surat Awad

bertarikh 10.5.2005 (“Surat Awad”), E Builder Engineering melantik

Konajaya Sdn Bhd (nama terdahulu plaintif) sebagai sub-kontraktor

untuk menyiapkan kerja-kerja yang dikenali sebagai “Sungai Selangor

Phase 3 – Bukit Badong Distribution Works - From New FRIM

Reservoir To Dusun Kubung Reservoir - Package 2” (“Projek

tersebut”).

3. Adalah juga fakta yang dipersetujui bahawa bagi Projek tersebut :-

(a) Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd

(“SYABAS”) adalah klien.

(b) L a m b a n g S e j a g a t S d n B h d ( “ L S S B ” )

a d a l a h k o n t r a k t o r u t a m a ; d a n

(c) S M HB Sdn Bhd ( “ S M H B ” ) pu l a a d a l a h

j u r u t e r a p e r und i ng ( kon su l t a n )

Page 3: ANTARA KNJ WORLWIDE SDN BHD (NO. SYARIKAT:  · PDF file12. Seksyen 75 Akta Kontrak 1950 telah memperuntukkan bahawa: When a contract has been broken, if a sum is named in

[2014] 1 LNS 1659 Legal Network Series

3

Kes Plaintif

4. Berdasarkan Surat Awad bertarikh 10.5.2005 tersebut, pihak

plaintif dikatakan telah menyempurnakan kerja-kerja dan obligasi

mereka di bawah perjanjian tersebut dan telah menghantar 14 tuntutan

progress (progress claim) kepada defendan untuk kerja-kerja yang telah

dilakukan dan juga selain daripada itu pihak plaintif telah membuat

kerja-kerja variasi sejumlah RM106,738.17. Defendan hanya membayar

kepada plaintif amaun sebanyak RM789,352.31 sebagai pembayaran

sebahagian terhadap amaun yang dituntut meninggalkan baki terhutang

RM848,395.97 dan ini menjadi asas kepada tuntutan plaintif terhadap

defendan.

Pembelaan Defendan dan Tuntutan Balas

5. Defendan pula menyatakan bahawa terdapat tuntutan progress

plaintif yang tidak dapat diterima atau diluluskan kerana memerlukan

dokumen sokongan yang gagal dikemukakan plaintif. Defendan juga

menafikan bahawa plaintif telah menjalankan kerja serta obligasinya

dengan baik kerana terdapat kerja-kerja rektifikasi yang diarahkan oleh

defendan kepada plaintif untuk dilakukan telah gagal dilakukan malah

mengikut defendan lagi, kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh

plaintif harus disiapkan pada atau sebelum 4.11.2005 tetapi plaintif telah

gagal menyiapkan kerja tersebut mengikut jadual dan kerja-kerja hanya

dapat disiapkan oleh plaintif pada 31.10.2006 iaitu kelewatan selama

361 hari. Oleh itu pihak defendan membuat tuntutan balas terhadap

plaintif untuk gantirugi jumlah tertentu dan ditetapkan (LAD) serta

gantirugi atas kerugian yang dialami dalam menggunakan perkhidmatan

kontraktor lain untuk menyelesaikan kerja-kerja rektifikasi tersebut.

Page 4: ANTARA KNJ WORLWIDE SDN BHD (NO. SYARIKAT:  · PDF file12. Seksyen 75 Akta Kontrak 1950 telah memperuntukkan bahawa: When a contract has been broken, if a sum is named in

[2014] 1 LNS 1659 Legal Network Series

4

Isu Untuk Diputuskan

6. Walaupun pihak-pihak menfailkan Ikatan D dengan 6 butiran

sebagai isu-isu untuk dibicarakan, tetapi setelah mendengar keterangan

saksi-saksi, hanya 4 isu utama yang perlu diputuskan iaitu:

(i) Samada plaintif telah menyempurnakan

tugas dan obligasinya di bawah Surat

Awad bertarikh 10.5.2005 tersebut.

(ii) Samada terdapat kelewatan dan kelewatan

tersebut disebabkan oleh pihak plaintif,

(iii) Samada defendan membenarkan plaintif

lanjutan masa untuk menyempurnakan

projek tersebut; dan

(iv) Samada defendan layak untuk menuntut

gantirugi jumlah tertentu dan ditetapkan

(LAD) di bawah surat awad daripada

plaintif.

(i) Samada plaintif telah menyempurnakan tugas dan obligasinya

dibawah Surat Awad bertarikh 10.5.2005 tersebut.

7. Dokumen penting yang perlu dirujuk adalah Surat Awad bertarikh

10.5.2010 itu sendiri yang terdapat di Ikatan Dokumen B1 di ms 1-39.

Klausa penting adalah Klausa 2, Klausa 5 dan Klausa 6. Untuk tujuan

rujukan, berikut adalah petikan klausa tersebut.

Page 5: ANTARA KNJ WORLWIDE SDN BHD (NO. SYARIKAT:  · PDF file12. Seksyen 75 Akta Kontrak 1950 telah memperuntukkan bahawa: When a contract has been broken, if a sum is named in

[2014] 1 LNS 1659 Legal Network Series

5

2. Form Of Contract

The form of contract shall be based on

Main Contract Agreement issued by

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.

5. Client/Main Contractor/Sub-Contractor

Under the main contract (“the contract”),

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.

(SYABAS) shall be the client, Lambang

Sejagat Sdn. Bhd (LSSB) is the Main

Contractor and your scope of works shall

be in relation to the Main Contract between

SYABAS and LSSB.

6. Project Details

In consideration of the aforesaid Sub-

Contract Sum, you shall execute and

complete the Works as mentioned above in

all respect to the reasonable satisfaction of

SYABAS and LSSB until handling over of

the works or upon issuance of the

Certificate of Practical Completion

…………..

8. Berdasarkan Klausa 6 di dalam Surat Awad tersebut, adalah jelas

bahawa pihak plaintif dikehendaki untuk menyempurnakan kerja atas

kepuashatian yang munasabah dari pihak SYABAS dan LSSB ataupun

apabila Certificate of Practical Completion dikeluarkan. Di dalam kes

ini, pihak SYABAS telah mengeluarkan dua sijil iaitu Certificate of

Page 6: ANTARA KNJ WORLWIDE SDN BHD (NO. SYARIKAT:  · PDF file12. Seksyen 75 Akta Kontrak 1950 telah memperuntukkan bahawa: When a contract has been broken, if a sum is named in

[2014] 1 LNS 1659 Legal Network Series

6

Practical Completion bertarikh 11.1.2007 (Ikatan Dokumen C1 di ms

1650-1651 - Exh. P1) dan juga Certificate of Completion of Making

Good Defects bertarikh 28.6.2008 (Ikatan Dokumen C1 di ms 1660-

1661- Exh. P2). Berdasarkan sijil - sijil ini, adalah jelas bahawa pihak

plaintif telah menyempurnakan kerja sepertimana dinyatakan di dalam

Klausa 6 tersebut. Malah pihak LSSB telah dibayar atas kerja-kerja

tersebut. Isu seterusnya adalah berkaitan samada terdapat kelewatan

dalam menyempurnakan kerja oleh plaintif.

(ii) Samada terdapat kelewatan dan kelewatan tersebut

disebabkan oleh pihak plaintif, dan

(iii) Samada defendan membenarkan plaintif lanjutan masa untuk

menyempurnakan projek tersebut; dan

9. Isu kedua dan ketiga akan dibincangkan bersekali. Pihak defendan

menyatakan bahawa berdasarkan Klausa 8 Surat Awad tersebut, tarikh

mula kerja adalah pada 12.5.2005 dan kerja-kerja sepatutnya disiapkan

pada 4.11.2005. Berdasarkan dua sijil iaitu Certificate of Practical

Completion bertarikh 11.1.2007 dan juga Certificate of Completion of

Making Good Defects bertarikh 28.6.2008 sememangnya terdapat

kelewatan dalam menyempurnakan kerja-kerja projek tersebut. Pihak

defendan menegaskan bahawa kelewatan tersebut adalah disebabkan

oleh pihak plaintif kerana gagal menyediakan peralatan dan mesin yang

mencukupi serta kekurangan pekerja dalam menjalankan projek

tersebut (PS-SD1-QA10). Plaintif pula mendakwa bahawa kelewatan

kerja projek tersebut adalah disebabkan bahawa pihak defendan

mengarahkan plaintif untuk melakukan kerja-kerja tambahan variasi

(additional variation work) seperti dalam Variation Order No 1 bertarikh

Page 7: ANTARA KNJ WORLWIDE SDN BHD (NO. SYARIKAT:  · PDF file12. Seksyen 75 Akta Kontrak 1950 telah memperuntukkan bahawa: When a contract has been broken, if a sum is named in

[2014] 1 LNS 1659 Legal Network Series

7

15.6.2006 (iaitu P5- Ikatan C2 di ms 2048-2050) dan Variation Order

No 2 bertarikh 30.5.2006 (Ikatan B2 di ms 614-615).

10. Daripada keterangan saksi-saksi adalah tidak dipertikaikan

bahawa kerja-kerja projek menurut surat awad bertarikh 10.5.2010 perlu

disiapkan pada atau sebelum 4.11.2005. Tetapi terdapat dua VO

masing-masing bertarikh 15.6.2006 dan 30.5.2006 yang mengarahkan

plaintif melakukan kerja tambahan. Jika diteliti juga Certificates Of

Delay and Extension Of Time No 1 (COD and EOT) bertarikh

25.1.2006, COD and EOT No. 2 bertarikh 16.5.2006 dan COD and EOT

No. 3 bertarikh 11.1.2007, SYABAS telah membenarkan lanjutan masa

sehingga 31.10.2006 (Ikatan C1 di ms 1652-1659). Pihak plaintif telah

menyiapkan kerja-kerja projek tersebut pada atau sekitar Oktober 2006

dan Syabas pula telah isu Certificate of Practical Completion bertarikh

11.1.2007 menyatakan bahawa projek telah disiapkan pada 31.10.2006.

Oleh itu walaupun terdapat kelewatan, kelewatan tersebut adalah di

dalam linkungan masa dibenarkan oleh SYABAS selaku klien di dalam

projek ini. Isu mengenai samada terdapat kebenaran daripada defendan

berkaitan permohonan plaintif untuk lanjutan masa akan dibincangkan

seterusnya.

(iv) Samada defendan layak untuk menuntut gantirugi jumlah

tertentu dan ditetapkan (LAD) dibawah surat awad daripada

plaintif.

11. Di dalam Klausa 8 (e) Surat Awad bertarikh 10.5.2005 tersebut

dicatatkan antara lainnya bahawa gantirugi jumlah tertentu dan

ditetapkan (LAD) pada kadar RM1,750.00 sehari. Defendan di dalam

tuntutan balasnya menuntut jumlah tersebut atas kelewatan pihak

Page 8: ANTARA KNJ WORLWIDE SDN BHD (NO. SYARIKAT:  · PDF file12. Seksyen 75 Akta Kontrak 1950 telah memperuntukkan bahawa: When a contract has been broken, if a sum is named in

[2014] 1 LNS 1659 Legal Network Series

8

plaintif menyiapkan kerjanya selama 361 hari dari 4.11.2005 hingga

31.10.2006 dan menuntut sejumlah RM631,750.00. Alasan pihak

defendan adalah bahawa pihak plaintif ada memohon untuk lanjutan

masa untuk kerja projek dan VO tetapi tidak dibenarkan oleh pihak

defendan. Lihat PS-SD1 di QA 38-40 (ms 998-999 Ikatan B4 dan

jawapan defendan di ms 1522 ikatan B5)

12. Seksyen 75 Akta Kontrak 1950 telah memperuntukkan bahawa:

When a contract has been broken, if a sum is

named in the contract as the amount to be paid

in case of such breach, or if the contract contains

any other stipulation by way of penalty, the party

complaining of the breach is entitled, whether or

not actual damage or loss is proved to have been

caused thereby, to receive from the party who

has broken the contract reasonable

compensation not exceeding the amount so

named or, as the case may be, the penalty

stipulated for.

13. Berkaitan isu seksyen 75 Akta Kontrak ini rujukan dibuat kepada

kes Mahkamah Persekutuan iaitu Selva Kumar a/l Murugaih v.

Thiagarajah a/l Retnasamy [1995] 1 MLJ 817, Hakim Peh Swee Chin

FCJ berkata bahawa:

Page 9: ANTARA KNJ WORLWIDE SDN BHD (NO. SYARIKAT:  · PDF file12. Seksyen 75 Akta Kontrak 1950 telah memperuntukkan bahawa: When a contract has been broken, if a sum is named in

[2014] 1 LNS 1659 Legal Network Series

9

We have long known the object for which the

section in question was enacted first in India and

later here in our country. Thomson J (as he then

was) in Maniam v. The State of Perak [1957] MLJ

75, commenting on arguments advanced before

him as to whether a certain sum was to be

regarded either as a penalty or as liquidated

damages, said [at p 76]:

In the first place, in this country there is no

difference between penalty and liquidated

damages. Section 75 of the Contract Ordinance

which is the same as s. 74 of the Indian Contract

Act reads as follows:

‘When a contract has been broken, if a sum is

named in the contract as the amount to be paid

in case of such breach, or if the contract contains

any other stipulation by way of penalty, the party

complaining of the breach is entitled, whether or

not actual damage or loss is proved to have been

caused thereby, to receive from the party who

has broken the contract reasonable

compensation not exceeding the amount so

named or, as the case may be, the penalty

stipulated for.’

As is said in Pollock and Mulla on the Indian

Contract Act (7 t h Ed) at p 410, ‘This section

Page 10: ANTARA KNJ WORLWIDE SDN BHD (NO. SYARIKAT:  · PDF file12. Seksyen 75 Akta Kontrak 1950 telah memperuntukkan bahawa: When a contract has been broken, if a sum is named in

[2014] 1 LNS 1659 Legal Network Series

10

boldly cuts the most troublesome knot in the

common law doctrine of damages’. In brief, in our

law in every case if a sum is named in a contract

as the amount to be paid in case of breach it is to

be treated as a penalty. See Bhai Panna Singh v.

Bhai Arjun Singh AIR [1929] PC 179.

14. Seterusnya di mukasurat 824 Hakim Peh Swee Chin FCJ

menyatakan lagi bahawa :

At common law, where there is no such section

in question, the effect of a sum being found as a

penalty, is therefore that the innocent party to a

breach of contract is not left with no remedy, he

can still recover damages or compensation which

he has however to prove, and it is immaterial that

such compensation if proved, exceeds or not, the

stipulated penalty.

15. Keputusan Mahkamah Persekutuan ini telah dikuiti oleh kes

Mahkamah Rayuan iaitu Krishnan Nair & Sons v. Ken Grouting

System Specialist Sdn Bhd [2010] MLJU 1694. Di dalam kes ini

faktanya lebih kurang sama dengan kes di mahkamah ini di mana

terdapat klausa gantirugi jumlah tertentu dan ditetapkan (LAD) jika

terdapat kelewatan di pihak sub-kontraktor dalam menyiapkan kerja-

kerja tersebut. YA Hakim Sulung Matjeraie HMR memutuskan bahawa :

Page 11: ANTARA KNJ WORLWIDE SDN BHD (NO. SYARIKAT:  · PDF file12. Seksyen 75 Akta Kontrak 1950 telah memperuntukkan bahawa: When a contract has been broken, if a sum is named in

[2014] 1 LNS 1659 Legal Network Series

11

[15] The Respondent also failed to produce

any documentary evidence of the actual loss

suffered and could not therefore, based on

the authority of the above cited Selva Kumar

(supra), be entitled to claim under the

Liquidated Ascertained Damages clause. It is

interesting to point out here that the ultimate

employer to the sub-contract, ie, the

Government of Malaysia, did not impose any

Liquidated Ascertained Damages on the

Respondent. Likewise there is therefore no

reason why the Appellant should now be

required to pay Liquidated Ascertained

Damages to the Respondent.

[17] We are of the considered view that by virtue

of the doctrine of stare decisis we are compelled

to stand by and follow what has been decided by

the Federal Court in Selva Kumar (supra). What

Arifin Zakaria FCJ (as his Lordship then was)

said in Johor Coastal Development Sdn Bhd v.

Constrajaya Sdn Bhd [2009] 4 MLJ 445 at page

460 fortified our view when he reaffirmed that

“…I am of the view that Selva Kumar is still good

law.

Page 12: ANTARA KNJ WORLWIDE SDN BHD (NO. SYARIKAT:  · PDF file12. Seksyen 75 Akta Kontrak 1950 telah memperuntukkan bahawa: When a contract has been broken, if a sum is named in

[2014] 1 LNS 1659 Legal Network Series

12

16 Rujuk juga kes Setegap Bhd (in creditors’ volountary winding

up) v. Ranhill Engineers and Constructors Sdn Bhd [2011] 6 MLJ

684. Oleh itu, berdasarkan kes-kes di atas adalah jelas bahawa pihak

defendan perlu membuktikan melalui keterangan bahawa mereka

sebenarnya telah mengalami kehilangan atau kerugian akibat kelewatan

kerja oleh plaintif. Di dalam kes ini, defendan di dalam keterangannya

(SD1) semasa disoal balas oleh peguam berkaitan kerugian yang beliau

(defendan) alami hanya menyatakan bahawa :

“HYK Ok, secondly my instruction is this ,

Mr Ng, you didn’t suffer any losses,

do you agree?

NG Disagree

HYK Do you have any document to show

what are the losses that you have

suffered in these Bundles can you

point to us?

NG This is not, it is common sense.

HYK Common sense, that means you

don’t have any documents to prove?

NG I don’t put in here but it is common

sense you see.

HYK Ok, no document, ok thak you, no

documents. Are you calling any other

witness other than you or you are the

only witness for defendant?

NG I did not call any witness.”

Page 13: ANTARA KNJ WORLWIDE SDN BHD (NO. SYARIKAT:  · PDF file12. Seksyen 75 Akta Kontrak 1950 telah memperuntukkan bahawa: When a contract has been broken, if a sum is named in

[2014] 1 LNS 1659 Legal Network Series

13

17. Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh defendan,

mahkamah ini mendapati bahawa pihak defendan gagal membuktikan

sebarang kehilangan atau kerugian yang mereka alami akibat dari

kelewatan kerja oleh pihak plaintif. Apa yang menarik adalah pihak

SYABAS selaku pelanggan tidak pernah mengenakan apa-apa LAD

berdasarkan P8 dan P6. Lebih jelas adalah keterangan daripada saksi

SP3 iaitu Dato’ Ruslan Bin Hassan iaitu Pengarah Urusan SYABAS

yang mengesahkan bahawa tiada LAD dikenakan berkaitan dengan

projek ini. Oleh itu, secara kesimpulannya, pihak defendan telah gagal

membuktikan kerugian yang mereka alami untuk membolehkan

mahkamah ini membenarkan tuntutan mereka atas LAD ini.

18. Jika dilihat kepada tuntutan balas defendan terdapat juga tuntutan

atas Debit Note No 1 bernilai RM77,876.67 dan Debit Note No 2

bernilai RM9,870.00 serta bahan-bahan binaan yang tidak dikembalikan

bernilai RM61,860.00.

Page 14: ANTARA KNJ WORLWIDE SDN BHD (NO. SYARIKAT:  · PDF file12. Seksyen 75 Akta Kontrak 1950 telah memperuntukkan bahawa: When a contract has been broken, if a sum is named in

[2014] 1 LNS 1659 Legal Network Series

14

19. Berkaitan Debit Note No 1, perkara ini sepatutnya tidak lagi

menjadi isu. Jika dilihat kepada fakta-fakta yang dipersetujui Ikatan E,

telah dinyatakan bahawa:

4. Plaintif telah mengambil kira Nota Debit E

Builder Engineering No: 1 untuk jumlah

sebanyak RM77,876.67 dengan

menganggap jumlah ini sebagai

pembayaran sebahagian oleh E-Builder

Engineering. Oleh itu, ini menjadikan

jumlah pembayaran yang dibuat oleh E.

Builder Engineering kepada Plaintif

berjumlah sebanyak RM789,352.30.

Juga di dalam nota keterangan bertarikh 17.7.2014 di ms 96:

“HYK Okay. So. I ts paid. You are not

claiming Debit Note 1?

ANS N o . D eb i t n o t e 1 a nd 2 s udah

d i b a y a r . Y ang A r i f . T e l a h d i b a y a r .

Maksudnya Defendan ber i debi t note

kepada Plaint i f , te lah dibayar .”

20. Berkaitan Debit Note No 2, pihak defendan cuma menyatakan

bahawa jumlah tersebut digunakan untuk tujuan kerja-kerja pencucian

yang dilakukan oleh pihak ketiga tetapi tiada dokumen dikemukakan

untuk membuktikan jumlah tersebut ataupun kontraktor tersebut

dipanggil untuk membuktikan tuntutan tersebut (nota keterangan

bertarikh 5.8.2014 di ms 64-65 adalah berkaitan) padahal beban

Page 15: ANTARA KNJ WORLWIDE SDN BHD (NO. SYARIKAT:  · PDF file12. Seksyen 75 Akta Kontrak 1950 telah memperuntukkan bahawa: When a contract has been broken, if a sum is named in

[2014] 1 LNS 1659 Legal Network Series

15

adalah kepada defendan untuk membuktikan bahawa jumlah tersebut

telah dibelanjakan. Oleh itu, tuntutan atas Debit Note No 2 ini juga

gagal dibuktikan oleh pihak defendan.

21. Defendan juga menuntut atas barangan binaan bernilai

RM61,860.00 yang tidak dikembalikan oleh pihak plaintif. Di dalam

keterangan defendan di PS-SD1 QA33 di ms 15 beliau menyatakan

bahawa barangan tersebut bukan milik mereka. Seterusnya, semasa

disoal balas oleh peguam plaintif, beliau menyatakan bahawa barangan

binaan tersebut adalah milik kontraktor utama iaitu Lambang Sejagat

(Nota Keterangan bertarikh 5.8.2014 di ms 66). Berdasarkan kes

Mahkamah Agong di dalam Associated Pan Malaysia Cement Sdn

Bhd v. Syarikat Teknikal & Kejuruteraan Sdn Bhd [1990] 3 MLJ 287,

pihak defendan t idak boleh menuntut apa-apa kerugian

memandangkan bahawa mereka bukan tuanpunya barangan tersebut.

Keputusan tersebut didapati di ms 296:

“..As for the award of general damages of

$6,000,000, we also agreed with the appellant

that the award was wrong as the respondent was

not the owner of the machines and was merely

the lessee. It was entitled to the use and

possession of those machines provided that rent

was paid. We also agreed that as the respondent

was not the owner of those machines it could not

claim for the loss of the value of those goods in

respect of which it had no title. That award of

$6,000,000 is also therefore set aside….”

Page 16: ANTARA KNJ WORLWIDE SDN BHD (NO. SYARIKAT:  · PDF file12. Seksyen 75 Akta Kontrak 1950 telah memperuntukkan bahawa: When a contract has been broken, if a sum is named in

[2014] 1 LNS 1659 Legal Network Series

16

Kesimpulan

22. Oleh itu berdasarkan keseluruhan keterangan di dalam kes ini,

mahkamah mendapati bahawa pihak plaintif telah berjaya membuktikan

kes mereka atas imbangan kebarangkalian dan mahkamah

membenarkan tuntutan plaintif dengan kos untuk sejumlah

RM848,395.97 serta faedah 5% setahun dari tarikh writ difailkan hingga

penyelesaian. Tuntutan balas defendan dengan ini ditolak dengan kos.

Kos ditetapkan sejumlah RM20,000.00.

Tarikh: 29 SEPTEMBER 2014

(HASHIM HAMZAH)

HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA

SHAH ALAM

Page 17: ANTARA KNJ WORLWIDE SDN BHD (NO. SYARIKAT:  · PDF file12. Seksyen 75 Akta Kontrak 1950 telah memperuntukkan bahawa: When a contract has been broken, if a sum is named in

[2014] 1 LNS 1659 Legal Network Series

17

Kaunsel:

Bagi pihak plaintif - Heng Yee Keat (Chew Pei Ying, Christopher & Lee

Ong bersamanya); T/n Christopher & Lee Ong

Level 22, Quill 7

No. 9, Jalan Stesen Sentral 5

Kuala Lumpur Sentral

50470 Kuala Lumpur

[Ruj : CPYG/319540/01/KNJ/OKT&NSH]

Te : 03-2273 1919

Faks : 03-2273 8310

Bagi pihak defendan-defendan - Annou Xavier (S Nithiyawathi &

Elizabeth Goh bersamanya); T/n Azri, Lee Swee Seng & Co

Suite 3A-19-1

Level 19, Block 3A

Jalan Stesen Sentral 5

Kuala Lumpur Sentral

50470 Kuala Lumpur

[Ruj : ALSS/AX/3.1/3383/09/NIT]

Tel : 03-2273 5563

Faks : 03-2274 6776

Perundangan yang dirujuk:

Akta Kontrak 1950, s. 75