tuan nuril wahida binti tuan azman ijazah sarjana muda … teknik... · 2018. 6. 20. · eksplorasi...

24
EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR PADA FABRIK TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka) 2017

Upload: others

Post on 17-Jul-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK

MENDAPATKAN TEKSTUR PADA FABRIK

TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Teknologi Seni Reka)

2017

LAMPIRAN A

Page 2: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN

TEKSTUR PADA FABRIK

TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Teknologi Seni Reka)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2017

Page 3: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

i

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade: _____________

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the Thursday of June 2015.

Student’s Declaration:

I TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN (44500) from FACULTY OF APPLIED

AND CREATIVE ARTS hereby declare that the work entitled EKSPLORASI TEKNIK

CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATAKAN TEKSTUR is my original work. I have

not copied from any other students’ work or from any other sources except where due reference or

acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another

person.

____________________ ________________________

TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN (44500) Date Submitted

Supervisor’s Declaration:

I EN. ASRUL ASSHADI B MOHAMAD MORNI hereby certifies that the work entitled

EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR

prepared by the above named student, and was submitted to the “FACULTY” as a * partial/full

fulfillment for the conferment of BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH HONOURS

(DESIGN TECHNOLOGY), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the

said student’s work.

Received for examination by: _____________________ Date: _______________

(EN. ASRUL ASSHADI B MOHAMAD MORNI)

LAMPIRAN A

Page 4: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

ii

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√) :

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act

1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organization where

research was done)*

OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis

I therefore duly affirm with free consent and willingly declare that this said Project/Thesis shall be

placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights

as follows:

This Project/Thesis is the sole legal property of University Malaysia Sarawak (UNIMAS).

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the

purpose of academic and research only and not for other purpose.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the

content for the Local Content Database.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the

Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.

No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this

Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.

This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be

distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS

permission.

Student signature ___________________ Supervisor signature: __________________

(Date: ) (Date: )

Current Address:

NO 47, LORONG HILIR EMPAT, TAMAN GEMBIRA. 41100 KLANG. SELANGOR.

Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as

annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction.

[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

Page 5: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

iii

PENGAKUAN

Projek bertajuk EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK

MENDAPATKAN TEKSTUR telah disediakan oleh TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN

AZMAN dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat

untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka).

Diterima untuk diperiksa oleh:

________________________

(EN. ASRUL ASSHADI B MOHAMAD MORNI)

Tarikh:

________________________

Page 6: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

iv

PENGESAHAN

Adalah ini diakui bahawa saya, TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN disertai

penulisan yang bertajuk EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK

MENDAPATKAN TEKSTUR PADA FABRIK sebagai sebahagian daripada keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif dalam Program Teknologi Seni Reka diterima.

Disahkan oleh:

__________________________

(EN. ASRUL ASSHADI B MOHAMAD MORNI)

Penyelia

Page 7: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

v

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan penghargaan kepada seluruh ahli

keluarga saya yang banyak memberi nasihat serta dorongan kepada diri ini untuk

menyelesaikan projek tahun akhir.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih

terutamanya kepada penyelia saya iaitu En. Asrul Asshadi b. Mohamad Morni. Tanpa

dorongan dan bimbingan yang diberikan oleh beliau, saya tidak akan berjaya

menyelesaikan karya ini. Tidak terlupa juga kepada pensyarah yang lain iaitu Prof

Madya Dr. June Ngo Siok Kheng dan Cik Norhayati Suleiman atas teguran dan

maklumbalas yang diberi ketika menjalani projek ini.

Akhir sekali saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga

kepada rakan-rakan seperjuangan yang sering memberi nasihat dan tunjuk ajar serta

bantuan yang tidak tehingga. Sekian terima kasih.

Page 8: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

vi

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

Borang Pengesahan i

Pengakuan iii

Pengesahan iv

Penghargaan v

Abstrak x

Abstract xi

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1 Pengenalan 1

1.1.1 Batik 1

1.1.2 Motif Batik Tradisional 2

1.1.3 Teknik Seni Kraf Batik 2

1.1.4 Batik Terap 2

1.1.5 Batik Skrin 3

1.1.6 Batik Lukis 3

1.1.7 Cetakan Manual 3

1.2 Penyataan Masalah 4

1.3 Persoalan Kajian 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Kepentingan Kajian 5

1.6 Skop Kajian 5

Page 9: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

vii

1.7 Limitasi Kajian 6

1.8 Hipotesis 6

1.9 Kesimpulan 6

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 7

2.2 Data Kajian 7

2.2.1 Bahan Berjilid 7

2.2.2 Article 8

2.3 Kesimpulan 9

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 10

3.2 Data Primer 11

3.2.1 Pemerhatian 11

3.2.2 Temubual 11

3.2.3 Borang Kaji Selidik 11

3.2.4 Eksperimentasi 13

3.3 Data Sekunder 13

3.3.1 Bahan Berjilid 13

3.3.2 Laman Sesawang 14

3.4 Kesimpulan 14

Page 10: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

viii

BAB 4 HASIL DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 15

4.2 Pemerhatian 15

4.2.1 Pemerhatian 1- Lokasi 15

4.2.2 Pemerhatian 2- Laman sesawang 16

4.3 Analisa Data Borang Kaji Selidik 17

4.3.1 Bahagian A (Demografi) 17

4.3.2 Bahagian B (Umum) 19

4.3.3 Bahagian C (Rekaan teknik-teknik batik dan 22

rekaan fesyen pakaian)

4.4 Eksperimen 27

4.5 Sampel Eksperimen 29

4.6 Kesimpulan 31

BAB 5 PRODUK AKHIR

5.1 Pengenalan 32

5.2 Proses Rekaan 33

5.3 Perkembangan Idea 34

5.3.1 Papan Konsep 34

5.4 Produk Akhir 35

5.4.1 Rekaan Produk 1 35

5.4.2 Rekaan Produk 2 36

5.5 Kesimpulan 37

Page 11: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

ix

BAB 6 VALIDASI

6.1 Pengenalan 38

6.2 Proses Validasi 38

6.2.1 Rekaan Produk 1 39

6.2.2 Rekaan Produk 2 41

6.3 Kekuatan Produk 43

6.4 Kelemahan Produk 43

6.5 Kesimpulan 44

BAB 7 KESIMPULAN

7.1 Kesimpulan 45

RUJUKAN 47

LAMPIRAN

Lampiran A

Borang Kaji Selidik

Lampiran B

Borang Validasi

Lampiran C

Pengiraan Kos Produk

Page 12: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

x

ABSTRAK

Kajian ini merangkumi beberapa kombinasi teknik cetakan batik pada fabrik.

Memfokuskan kepada aplikasi teknik untuk mendapatkan tekstur pada fabrik dengan

gabungan batik. Satu koleksi fesyen yang digabungakan dengan teknik telah dihasilkan

pada akhir kajian ini.

Page 13: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

xi

ABSTRACT

The study includes some combination of batik on fabric printing technique. Focuses on

engineering applications to get the texture of the fabric with a combination of batik. A

collection of fashion combination technique was developed at the end of the study.

Page 14: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

1

BAB 1

LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1 Pengenalan

1.1.1 Batik

Menurut Juhari Azmi et al. (2009), Batik merupakan seni kraf tekstil yang

dihasilkan melalui pengunaan lilin sebagai bahan pemisah atau penghalang

kepada pelbagai warna yang disapu atau dicelup ke atas permukaan fabrik ketika

proses membatik dilakukan. Proses membatik merupakan penggunaan dan

aplikasi bahan, kepelbagaian peralatan, adaptasi reka corak, inovasi teknik dan

ekspresi kreativiti pereka atau pengkarya untuk memberikan nilai tambah bagi

menunjukkan keindahan reka corak batik. 1

Keindahan batik dinilai melalui kehalusan canting semasa proses melilin

dan juga gabungan warna yang menepati kehendak pasaran. Aplikasi unsur-unsur

seni iaitu garisan, warna, tekstura yang membentuk kesatuan, keseimbangan,

keharmonian, tona dan irama merupakan kunci untuk menghasilkan satu karya

batik yang memiliki nilai estetika yang tinggi.

1 ( Juhairi Azmi et al., 2009) bertajuk “Seni Kraf Batik: Motif & Teknik"

Page 15: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

2

1.1.2 Motif Batik Tradisional

Reka corak tradisional selalunya bersumberkan tumbuh-tumbuhan dari

alam semulajadi dan kosmos seperti ombak air, awan, matahari, bulan dan

sebagainya. Pereka batik akan mengolah motif-motif bersumberkan alam

semulajadi ini menjadi reka corak dengan hiasan yang ringkas mengikut kreativiti

masing-masing. Reka corak yang diolah bersumberkan tumbuh-tumbuhan pada

kebiasaanya adalah bunga teratai, bunga raya, pucuk rebung, daun sireh, akar-akar

menjalar dan pelbagai jenis lagi. Manakala sumber haiwan yang biasa diguna

adalah unggas, rama-rama dan burung. Reka corak lain seperti awan larat, wayang

kulit, wau, permandangan kampung juga menjadi inspirasi untuk penghasilan reka

corak yang menarik. Reka corak ini menggambarkan nilai-nilai yang terdapat

pada kebudayaan masyarakat Melayu tempatan.2

1.1.3 Teknik Seni Kraf Batik

1.1.4 Batik Terap (Batik Blok)

Peralatan utama yang digunakan dalam penghasilan batik terap adalah

blok. Pada awalnya blok-blok ini dihasilkan daripada ukiran kayu. Kemudian,

penggunaan blok yang diperbuat daripada kepingan besi, tembaga dan zink

diperkenalkan. Batik terap ini dihasilkan dengan terapan daripada campuran lilin

yang kemudiaannya dicelupkan kedalam pelbagai lapisan warna melalui proses

dan teknik-teknik tertentu.

2 ( Juhairi Azmi et al., 2009) bertajuk “Seni Kraf Batik: Motif & Teknik"

Page 16: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

3

1.1.5 Batik Skrin

Batik skrin bermaksud penggunaan sutera saring (silk screen) yang

bertujuan memindahkan corak ke atas kain yang bermotif dan bercirikan batik.

1.1.6 Batik Lukis

Canting merupakan peralatan utama dalam menghasilkan batik lukis.

Penggunaan canting dalam proses membatik membolehkan penghasilan rekaan

batik yang lebih menarik. Canting digunakan untuk mengisi dan melakar lilin

mengikut reka corak pada permukaan kain.

1.1.7 Cetakan Manual

Cetakan manual, atau perkataan manual mungkin ada sesetengah

berpendapat adalah cara-cara yang sudah ketinggalan dan tidak moden.

Sehubungan dengan itu, perkembangan zaman teknologi yang semakin canggih

dan dengan adanya pelbagai kemudahan dalam melakukan pekerjaan telah

banyak diperkenalkan pada tekstil. Cetakan manual adalah mencetak gambar,

tulisan pemberian warna atau sejenisnya. Cetakan manual adalah cara yang

paling sederhana namun apabila dalam pembuatannya telah melalui tahap-tahap

yang benar dan penuh ketelitian akan menghasilkan sesuatu yang bagus.

Disebabkan oleh itu, terdapat sedikit perbezaan antara cetakan manual pada

prinsip pencetakan atau tahap-tahapnya yang sama. Ianya, dapat membezakan

hanya pada kualiti produk.

Page 17: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

4

1.2 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, masalah-masalah yang dikenal pasti ialah:

1. Kurang eksplorasi rekaan batik yang menggunakan kombinasi dengan

teknik cetakan.

2. Rekaan fesyen yang menggunakan kombinasi dua teknik iaitu teknik batik

dan teknik cetakan kurang aplikasi di kalangan masyarakat tempatan.

1.3 Persoalan Kajian

Melalui pernyataan masalah yang dikenal pasti telah mewujudkan persoalan

kajian iaitu:

1. Adakah pengeluaran rekabentuk batik yang menggunakan kombinasi

dengan teknik cetakan dapat menggalakkan golongan generasi muda

meminati kesenian batik?

2. Adakah kombinasi dua teknik bersesuaian dalam rekabentuk batik dan

cetakan.

1.4 Objektif Kajian

Dalam penyelidikan ini terdapat beberapa objektif iaitu:

1. Mengenal pasti kombinasi teknik cetakan dan teknik batik bersesuaian

dalam penghasilan rekaan tekstil.

2. Untuk menghasilkan rekaan fesyen yang bercirikan dua gabungan iaitu

teknik cetakan dan teknik batik.

Page 18: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

5

3. Membuat validasi terhadap dua gabungan teknik dalam rekaan tekstil yang

dihasilkan.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan rekaan batik yang menggunakan

kombinasi dua teknik iaitu teknik cetakan dan batik bagi mendapatkan rekaan

tekstil yang tersendiri dan berwajah baru. Kajian ini juga dijalankan untuk

memberi kelainan dalam penghasilan produk tekstil yang kreatif serta berinovasi.

Selain itu penghasilan produk batik menggunakan dua gabungan teknik dapat

menggalakkan golongan muda dalam meminati kesenian batik.

1.6 Skop Kajian

Skop kajian yang dibuat oleh pengkaji adalah mengenai dua gabungan teknik

batik dan teknik cetakan yang sesuai diaplikasikan untuk menghasilkan rekaan

tekstil. Kajian ini juga meliputi kawasan butik, kedai pakaian, bengkel batik di

sekitar Kelantan dan Kota Samarahan serta kawasan yang berhampiran.

1.7 Limitasi Kajian

Limitasi kajian memfokuskan kepada ekplorasi gabungan teknik dalam

penghasilan rekaan tekstil dengan eksperimen teknik-teknik yang sesuai. Pengkaji

juga membuat eksplorasi dalam rekaan fesyen pakaian yang berkonsepkan

pakaian kasual wanita.

Page 19: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

6

1.8 Hipotesis

Rekaan tekstil menggunakan teknik cetakan dan batik untuk penghasilan rekaan

fesyen berpotensi mendapat pasaran.

1.9 Kesimpulan

Kesimpulannya, rekaan yang bakal dilakukan akan menghasilkan rekaan tekstil

yang tersendiri dan berwajah baru. Teknik-teknik batik dan cetakan yang

diaplikasikan untuk menghasilkan reka akan menghasilkan rekaan yang kreatif

dan mempunyai nilai estetik yang tersendiri.

Page 20: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

7

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kajian literatur adalah kajian lepas yang pernah dijalankan dan berkaitan

dengan kajian yang dijalankan sekarang. Dalam penyelidikan yang pernah

dilakukan sebelum ini yang berkaitan dengan teknik batik dan teknik cetakan.

Rekaan menggunakan dua gabungan teknik untuk mendapatkan tekstur pada

fabrik, masing-masing mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri. Terdapat

kajian yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini yang hampir sama

dengan penyelidikan ini

2.2 Data Kajian

2.2.1 Bahan Berjilid

Menurut buku yang ditulis oleh Juhari Azmi et al. (2009) yang bertajuk

“Seni Kraf Batik- Motif dan Teknik” menunjukkan kepelbagaian motif dan

teknik-teknik batik yang digunakan dalam penghasilan kraf batik. Dalam reka

corak tradisional, kebiasaannya reka corak diolah bersumberkan alam semula jadi

iaitu tumbuh-tumbuhan seperti bunga raya, bunga teratai, pucuk rebung. Motif

yang berasaskan fauna seperti rama-rama, burung- burung dan turut diolah dan

digayakan. Selain itu, kejadian semula jadi seperti awan larat, sinar matahari,

ombak laut turut dijadikan sumber dalam pengolahan motif batik. Tidak

ketinggalan, gambaran budaya masyarakat seperti kampung, wau dan watak

Page 21: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

8

wayang kulit juga menjadi inspirasi untuk penghasilan rekaan batik yang

menarik.3

Dalam buku yang sama, juga menerangkan teknik-teknik dalam seni kraf batik

iaitu Batik Terap (Blok), Batik Skrin dan Batik Lukis. Dalam penghasilan Batik

Lukis, teknik-teknik yang sering digunakan dan baru dalam proses membatik juga

diperkenalkan iaitu, teknik tindanan, air brush, retakan, ikat dan celup, silika,

discharge, manutex, alfa, garam dan brush stroke.4 Teknik-teknik ini mempunyai

keunikan tersendiri dan diguna mengikut kesesuaian reka corak semasa

penghasilan batik.

2.2.2 Article

5Menurut kajian yang ditulis oleh Dhalvin Singh dalam article dalam

blogspot seni stpm terdapat dua jenis cetakan iaitu cetakan timbulan dan cetakan

benam. Cetakan timbulan ialah proses mengukur ke dalam dan meninggalkan

bahagian yang timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak. Manakala cetakan

benam memerlukan plat logam yang diguris menggunakan jarum atau asid untuk

menghakis imej yang hendak dicetak untuk mendapatkan kesan benaman pada

permukaan.

3 ( Juhairi Azmi et al., 2009) bertajuk “Seni Kraf Batik: Motif & Teknik"

4 ( Juhairi Azmi et al., 2009) bertajuk “Seni Kraf Batik: Motif & Teknik"

5 (http://dhalvinsingh.blogspot.my/2014/07/seni-cetakan-stpm-pra-u.html)

Page 22: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

9

2.3 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, sorotan kajian yang dilakukan oleh pengkaji dalam

bab ini ialah lebih kepada teknik batik dan cetakan dan reka corak motif batik

yang digunakan semasa proses penyelidikan ini dilakukan. Terdapat pelbagai

teknik dalam seni kraf batik dan cetakan antaranya ialah batik terap, batik skrin

dan batik lukis. Manakala bagi cetakan pula cetakan timbulan dan cetakan benam.

Namun dalam penyelidikan ini, pengkaji lebih menfokuskan kepada batik lukis.

Antara teknik batik lukis yang digunakan dalam proses ialah teknik canting, dan

cetakan untuk mendapatkan tekstur . Pengkaji menggabungkan teknik batik dan

dan cetakan untuk menghasilkan rekaan tekstil yang berwajah baru.

Page 23: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

10

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini akan menerangkan dan membincangkan mengenai metodologi dan

kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Metodologi kajian ini adalah

mengenai eksplorasi motif figuratif dalam penghasilan rekaan batik. Kaedah

metodologi ini terbahagi kepada dua, iaitu kaedah primer dan kaedah sekunder.

Kaedah temubual dijalankan bagi mendapatkan maklum balas daripada

responden terhadap kajian yang dijalankan. Temubual dibuat untuk mendapatkan

maklumat secara lisan yang diajukan kepada orang ramai untuk mendapatkan

maklumat dan pandangan mereka mengenai kombinasi teknik cetakan dan batik

dalam penghasilan rekaan fesyen pakaian. Borang soal selidik turut diedarkan

kepada orang ramai dengan menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan

kajian penyelidikan untuk memperolehi maklumat secara terperinci daripada

responden.

Kaedah sekunder iaitu maklumat yang diperolehi daripada media massa

iaitu melalui pembacaan buku-buku rujukan, majalah, tesis, jurnal dan internet.

Page 24: TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN Ijazah Sarjana Muda … teknik... · 2018. 6. 20. · EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named

11

3.2 Data Primer

3.2.1 Pemerhatian

Pemerhatian dibuat dengan melihat rekaan corak batik yang sedia ada

dalam pasaran dan butik pakaian. Selain itu, pemerhatian juga dibuat dengan

melihat rekaan pakaian yang bermotifkan tekstur dan ilustrasi fesyen yang ada

pada rekaan fesyen pakaian melalui pertunjukkan fesyen dan pereka, untuk

melihat bentuk rekaan, silhouette pakaian, jahitan dan sebagainya.

3.2.2 Temubual

Temubual dijalankan terhadap pereka batik dan pereka fesyen untuk

mendapatkan pandangan dan maklumat tentang kombinasi dua teknik dalam

rekaan fesyen. Temubual juga diajukan untuk mendapatkan data yang berkaitan

dengan teknik batik dan cetakan yang sesuai digunakan dan jenis fabrik yang

sesuai untuk menghasilkan tekstur pada rekaan tekstil . Soalan lain yang berkaitan

adalah jenis material, warna, silhouette pakaian dan teknik jahitan yang sesuai

untuk rekaan fesyen pakaian.

3.2.3 Borang Kaji Selidik

Borang kaji selidik yang dijalankan adalah sasaran pasaran 18 tahun dan

ke atas semua golongan yang merangkumi soalan yang berkaitan dengan teknik

batik dan cetakan, rekaan batik dan rekaan fesyen pakaian, dalam borang kaji

selidik ini pengkaji telah membahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian A

(Demografik) yang berkaitan dengan latar belakang responden, manakala

bahagian B (Umum) iaitu pengetahuan tentang rekaan batik dan cetakan. Bagi