antara bangsa 1

10
BAB 3 UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA AHLI KUMPULAN SHAMLA DEVI MURUGAN VINITHA MEROIVIRAN PUUVANESWARY VASUTHEVAN VIJAYA BOOMINATHAN

Upload: vijaya-boominathan

Post on 05-Feb-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Antara Bangsa 1

TRANSCRIPT

Page 1: Antara Bangsa 1

BAB 3UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

AHLI KUMPULAN SHAMLA DEVI MURUGAN

VINITHA MEROIVIRANPUUVANESWARY VASUTHEVAN

VIJAYA BOOMINATHAN

Page 2: Antara Bangsa 1

KONSEP UNDANG- UNDANG ANTARABANGSA

Page 3: Antara Bangsa 1
Page 4: Antara Bangsa 1

Sumber Undang-undang Antarabangsa

Terdapat 3 sumber undaTerdapat tiga sumber undang-undang yang digunapakai oleh undang-undang antarabangsa iaitu:

1. Triti (Perjanjian Antarabangsa)

2. Undang-undang Adat Antarabangsa

Page 5: Antara Bangsa 1

1. TRITI

Triti adalah merupakan perjanjian antara negara untuk menguatkuasakan undang-undang tertentu di peringkat antarabangsa.

Dalam amalan dunia moden, triti dilaksanakan dalam bentuk konvensyen yang disertai oleh negara tertentu dan kandungan undang-undang digubal dan dipersetujui secara bersama.

Contohnya, termasuklah Konvensyen Geneva iaitu satu konvensyen yang meluluskan undang-undang untuk melindungi mangsa- mangsa perang.

Page 6: Antara Bangsa 1

2. UNDANG-UNDANG ADAT ANTARABANGSA

Adat undang-undang antarabangsa adalah bersumberkan terhadap amalan-amalan biasa negara dalam arena antarabangsa yang diikuti oleh opinio juris iaitu kepercayaan negara-negara yang amalan-amalan ini perlu dikuatkuasakan oleh undang-undang.

Keputusan-keputusan kes mahkamah di peringkat antarabangsa dan tulisan para cendakiawan juga dilihat sebagai sumber persuasif adat dan amalan undang-undang antarabangsa disamping juga sebagai bukti kelakuan negara itu sendiri.

Cubaan untuk menghuraikan adat dan amalan undang-undang antarabangsa diperkasakan selepas Perang Dunia Kedua dengan penubuhan Suruhanjaya Undang-Undang Antarabangsa (ILC).

Page 7: Antara Bangsa 1

Adat yang telah dikodifikasikan itu dijadikan wajib dalam mengintepretasikan sesuatu adat yang tersorok dalam sesuatu perjanjian.

Untuk negara yang tidak menjadi anggota bagi triti, kerja ILC masih boleh diterima sebagai adat yang diaplikasikan terhadap negara-negara berkenaan.

Prinsip-prinsip am perundangan pula adalah prinsip-prinsip yang wujud dalam semua sistem perundangan yang diamalkan di dunia.

Sesetengah kebiasaan undang-undang antarabangsa mencapai status kebiasaan utama jus cogens dan berkuatkuasa keatas semua negara dengan tiada pengecualian.

Prinsip-prinsip am semua sistem perundangan dunia juga diaplikasi apabila diperlukan.

Page 8: Antara Bangsa 1

Prinsip-prinsip umum undang-undang Antrabangsa

Undang- undang yang mengawal hubungan antara wilayah dan entiti antarabangsa.

Antaranya termasuklah undang-undang dalam perjanjian, undang-undang laut, undang-undang jenayah antarabangsa, undang-undang perang, undang-undang kemanusiaan dan undang-undang hak asasi manusia sejagat.

Apabila berlaku pertelingkahan di kalangan negara-negara maka perjanjian antarabangsa akan digunakan untuk menyelesaikan pertelingkahan tersebut.

Jikalau tidak ada sebarang perjanjian antarabangsa dan pada masa yang berlaku pertelingkahan di antara negara maka Mahkamah Keadilan Antarabangsa akan menggunakan prinsip-prinsip umum antarabangsa

Page 9: Antara Bangsa 1

Prinsip-prinsip umum undang-undang bergantung kepada sistem perundangan negara-negara di dunia. Di samping itu prinsip-prinsip umum undang-undang harus mendapat pengiktirafan oleh negara-negara yang sudah mencapai proses ketamadunan.

Sebenarnya prinsip-prinsip umum undang-undang memang sudah sedia ada dalam semua sistem perundangan yang diamalkan oleh negara- negara di dunia ini. Sistem perundangan yang diamalkan oleh semua negara di dunia menekankan prinsip-prinsip umum yang sama iaitu keadilan dan kesamarataan.

Page 10: Antara Bangsa 1

Thank You