another

5
Bahan bercetak ini perlu disimpan dengan kemas dan teliti kerana bahan ini mudah koyak atau rosak, seperti disimpan di dalam fail, folder, plastik menyimpan kertas dan sebagainya. Gambar-gambar seperti foto dan rajah boleh dimasukkan dalam teks untuk penerangan lebih lanjut mengenai konsep, hujah-hujah dan juga untuk menambahkan minat murid. Bahan-bahan cetakan tambahan boleh dimuatkan di dalam buku teks atau buku latihan sebagai lampiran atau bahan tambahan. m) Standardisasi dan Simplikasi Proses ini dilakukan untuk membolehkan guru mewujudkan bahan- bahan pengajaran yang dapat memenuhi keperluan para pelajar. Dalam proses ini, bahan-bahan tersebut disunting, diubahsuai selaras dengan kebolehan para pelajar. Biasanya melalui proses standardisasi, bahan-bahan akan disuaikan berdasarkan perbezaan umur dan jantina, perbezaan kawasan, perbezaan pendidikan dan sosial dan sebagainya. a) Ketahanan bahan yang dibina itu adalah sesuai dengan pelajar atau kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri. d) Ketepatan Maklumat Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan maklumat yang tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.

Upload: leejiachyi

Post on 15-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

another

TRANSCRIPT

Page 1: Another

Bahan bercetak ini perlu disimpan dengan kemas dan teliti kerana bahan ini mudah koyak atau rosak, seperti disimpan di dalam fail, folder, plastik menyimpan kertas dan sebagainya. Gambar-gambar seperti foto dan rajah boleh dimasukkan dalam teks untuk penerangan lebih lanjut mengenai konsep, hujah-hujah dan juga untuk menambahkan minat murid. Bahan-bahan cetakan tambahan boleh dimuatkan di dalam buku teks atau buku latihan sebagai lampiran atau bahan tambahan.

m) Standardisasi dan Simplikasi

Proses ini dilakukan untuk membolehkan guru mewujudkan bahan-bahan pengajaran

yang dapat memenuhi keperluan para pelajar. Dalam proses ini, bahan-bahan tersebut

disunting, diubahsuai selaras dengan kebolehan para pelajar. Biasanya melalui proses

standardisasi, bahan-bahan akan disuaikan berdasarkan perbezaan umur dan jantina,

perbezaan kawasan, perbezaan pendidikan dan sosial dan sebagainya.

a) Ketahanan

bahan yang dibina itu adalah sesuai dengan pelajar atau kelompok pelajar yang akan

dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang

panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.

d) Ketepatan Maklumat

Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan maklumat yang tepat

kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan sebagainya.

Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz.

Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.

Aspek inventori amat penting dalam usaha mengurus pemilihan dan pembinaan

sumber pengajaran. Kesemua bahan yang ada dalam simpanan guru atau sekolah bagi

mata pelajaran ini perlulah direkodkan. Sistem catalog atau buku inventori haruslah

digunakan untuk merekod peralatan tersebut. Inventori memudahkan guru mengesn

kedudukan bahan sewaktu diperlukan dan untuk mengenal pasti peralatan yang

terdapat dalam simpanan sekolah. Hal ini juga memudahkan pihak sekolah untuk

Page 2: Another

Bahan yang diterima perlu disemak dari segi kesempurnaan. Bahan yang dibeli perlu

diberi nombor. Perlu didokumentasikan. Sedia buku daftar stok dan daftar pergerakan

bahan. Wujud pengkatalog, pengkelasan dan indeks bahan sumber.

Pada masa yang sama, saiz kelas yang besar atau kecilnya kelompok murid

yang terlibat juga perlulah difikirkan semasa guru membina sumber pengajaran dan

pembelajaran. Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh sesuai kelompok yang lebih

besar.

Alat bantu mengajar (ABM) harus disediakan dalam saiz dan berat yang sesuai

supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan. Alat bantu mengajar (ABM) yang terlalu

berat dan besar akan mengganggu kelancaran penyampaian guru atau penggunaan

murid.

Alat bantu mengajar (ABM) harus mengandungi idea-idea dan reka bentuk yang

asli dan tersendiri. Reka bentuk alat bantu mengajar (ABM) hendaklah menarik dan

berkesan untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid, alat ini harus

disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarna.

n) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan

Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini ialah penerapan nilai

(moral) di dalam semua mata pelajaran. Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja

sekadar daat menambah pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari dan

memahami tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang dipelajari terhadap diri,

masyarakat dan negara. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang mendokong

semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat, maka unsur-unsur yang bertentangan

dengan cita-cita dan semangat tidak sepatutnya wujud dalam sebarangan pengajaran

yang digunakan.

g) Jangka Masa

Guru juga perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atau aktiviti itu akan dijalankan

supaya alat atau bahan boleh digunakan semaksimum yang mungkin. Bagi waktu

pengajaran yang pendek alat atau bahan yang mudah dikendalikan perlu digunakan

supaya tidak berlaku pembaziran masa.

Page 3: Another

Kreativiti guru sangat diperlukan dalam menghasilkan BBM yang boleh menjadi

ganti kepada media elektronik ini. Oleh sebab itulah, guru perlu cekap, kreatif dan aktif

mencipta BBM.

Hal ini dikatakan demikian kerana mereka hanya mendengar guru bercakap sahaja

dalam kelas dan perhubungan satu hala ini adalah tidak sesuai dilaksanakan dalam

zaman persekolahan yang memupuk KBAT di kalangan murid-murid sejak

kebelakangan ini.

Laporan:

Pendahuluan

Sebagai bakal guru sejarah yang mengajar pada masa hadapan nanti, kita

sepatutnya mengetahui penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran sejarah

untuk menyampaikan pengajaran kepada murid-murid. Hal ini kerana sumber boleh

membantu guru menjelaskan isi pelajaran kepada murid dan membantu murid

memahami apa yang diajar oleh guru. Oleh yang demikian, SPP amat penting untuk

membantu guru menyampaikan ilmu dan murid menerima ilmu secara berkesan.

Menurut Sufean Hussin, bahan pengajaran ialah pelbagai bahan yang digunakan

guru secara langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Menurut Naim pula, media pengajaran ialah apa sahaja bentuk benda, bahan dan

peralatan sama ada konkrit atau abstrak yang dapat digunakan dan eksplotasikan oleh

seseorang untuk mencapai objektif pengajaran. Ringkasnya, sumber pengajaran ialah

segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam

menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Sumber mengajar bukan terhad kepada

buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi

segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera

melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat

dialami oleh murid-murid.

Tidak dapat dinafikan bahawa bahan bantu mengajar merupakan faktor

terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan

rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan

pembelajaran lebih baik dan menarik. Bahan bantu mengajar bukanlah merupakan

sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebaliknya, ia dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia

Page 4: Another

bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan

sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses

pemahaman mereka.

Secara amnya, kualiti proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) dapat

ditingkatkan melalui penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang baik,

memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid. Penggunaan sumber pdp secara

terancang dan teratur akan menjadikan proses pdp lebih bermakna dan berkesan,

membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik serta

membantu murid memahami perkara yang dipelajari dan seterusnya berkemahiran

mengurus pembelajaran mereka secara proaktif dan bertanggungjawab. Oleh itu, boleh

dikatakan bahawa penggunaan sumber pdp adalah bertujuan untuk menolong guru-guru

untuk mencapai objektif pembelajaran dengan lebih cepat dan memudahkan

pemahaman murid-murid dengan isi-isi penyampaian semasa proses pembelajaran

berlangsung di dalam bilik darjah juga untuk membantu guru mengawal kelas dengan

mudah apabila guru menggunakannya.

Sebenarnya, pembinaan bahan-bahan pengajaran dilakukan setelah guru-guru dapat

memilih dan mengolah bahan-bahan yang difikirkan sesuai untuk diketengahkan kepada

murid-murid mereka.