umexpert.um.edu.my konflik berasal dari perkataan bahasa inggeris ‘conflict’.menurut dictionary...

19
1

Upload: buihanh

Post on 09-Jun-2018

283 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

2

3

4

PENYELESAIAN KONFLIK POLITIK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Oleh

Dr Bharuddin Che Pa

Abstrak

Kertas kerja ini akan menghuraikan tentang maksud konflik dan bagaimanakah konflik boleh

berlaku. Ia meliputi perbincangan tentang definisi konflik, kenapa timbulnya konflik, jenis-jenis

serta faktor-faktor berlakunya konflik. Sejarah konflik dalam Islam juga akan disentuh.

Perbincangan seterusnya ialah tentang maksud konflik politik. Apakah yang dimaksudkan dengan

konflik politik, bagaimanakah konflik politik boleh berlaku dan bagaimanakah kaedah

penyelesaiannya konflik politik menurut perspektif Islam. Antara kaedah penyelesaian konflik

politik yang boleh digunapakai ialah kaedah perundingan, meminta jasa baik dengan melantik

orang tengah, melalui jawatankuasa khas atau tetap, jawatan kuasa pendamai dan

membentangkan isu-isu pertikaian tersebut dalam perhimpunan antarabangsa atau serantau.

Kaedah seterusnya ialah berdamai melalui kaedah timbangtara, perundingan dan melantik orang

tengah. Kaedah bermesyuarat, referendum dan undian juga boleh digunapakai untuk

mengelakkan konflik dari awal.

Keywords: Penyelesaian, konflik, politik, Islam.

I. Pendahuluan

Manusia secara fitrahnya dijadikan oleh Allah memerlukan orang lain dalam kehidupan mereka

untuk mencapai kesempurnaan yang terbaik. Memandangkan kepakaran yang ada pada diri

seseorang manusia itu terbatas mereka tidak mampu hidup bersendirian, sebaliknya perlu hidup

dalam sebuah masyarakat atau negara. Oleh itu manusia adalah makhluk berpolitik, bermasyarakat

dan bernegara. Apabila terlibat secara langsung dalam politik, pentadbiran dan bernegara timbul

pula perbezaan pandangan sesama manusia dalam isu-isu politik dan pengurusan kehidupan.

Terdapat pula pelbagai cara yang berbeza yang dilakukan oleh manusia dalam penyelesaian

masalah dan interaksi sosial kehidupan bermasyarakat. Perbezaan pandangan yang keterlaluan

akan menimbulkan konflik. Konflik boleh berlaku disebabkan perbezaan kepercayaan, ideologi,

fahaman, adat istiadat, kepentingan diri atau kaum dan sebagainya. Konflik politik merupakan

suatu permasalahn yang biasa timbul dalam masyarakat yang boleh menyebabkan berlakunya

perbedaan pendapat yang serius. Akhirnya ia menjadi penyebab berlakunya perpecahan

masyarakat, persengketaan, pergaduhan, bahkan boleh membawa kepada pembunuhan dan

berperang di antara satu sama lain. Konflik politik jika tidak ditangani dengan baik akan

membawa kepada kehancuran, sebaliknya jika dapat ditangani dengan baik dan bijak, ia akan

mendatangkan hasil yang sangat positif. Bagi menyelesaikan konflik politik, pihak berwajib dan

umat Islam perlu merujuk kepada kaedah yang terdapat dalam Islam. Sifat-sifat permusuhan,

pergaduhan dan perpecahan mestilah dielakkan.

II. Definisi Konflik

5

Konflik berasal dari perkataan Bahasa Inggeris ‘conflict’. Menurut Dictionary of Contemporary

English ‘conflict’ bermaksud; to be in opposition to another or each other.1 Dari sudut bahasa

konflik digunakan sebagai satu istilah dalam sains sosial untuk menunjukkan keadaan tidak setuju

atau bertentangan di antara indivdu atau kumpulan dalam sesebuah masyarakat. Mengikut ilmu

sosiologi, konflik adalah suatu prosesi sosial antara dua orang atau lebih, di mana salah satu pihak

berusaha menghancurkan pihak lain atau membuat pihak lain tidak berdaya. Manakala Kamus

Dewan pula menjelaskan, konflik adalah perselisihan atau pertentangan antara individu, idea,

kepentingan dan lain-lain.2 Sementara Philip J. Vermonte dalam bukunya Demokrasi dan Konflik

di Indonesia mendefinisikan konflik adalah pertentangan antara dua puak kerana perbezaan

fahaman, prinsip dan ideologi.3 Oleh itu konflik merupakan tabiat semula jadi yang lahir dalam

diri manusia yang disebabkan oleh perbezaan prinsip, idelogi dan juga kepentingan.

Dari pengertian di atas, konflik dapat diertikan sebagai suatu proses sosial dalam masyarakat yang

disebabkan oleh perbezaan ciri-ciri dalam keyakinan, ideologi, fahaman, adat istiadat, kepentingan

dan sebagainya. Konflik adalah perkara semula jadi yang ada pada diri manusia, jika tidak

ditangani dengan baik ia akan menghasilkan perkara negatif, tetapi apabila konflik itu ditangani

dengan bijak, ia akan mendatangkan hasil yang positif.

Latar belakang berlakunya sesuatu konflik adalah berpunca dari perbezaan ciri-ciri yang dibawa

oleh seseorang individu dalam suatu interaksi sosial. Antara perbezaan-perbezaan tersebut ialah

seperti perbezaan mengenai ciri-ciri fizikal, kepandaian, pengetahuan, adat istiadat, keyakinan dan

sebagainya. Perbezaan yang dibawa oleh individu dalam interaksi sosial boleh menyebabkan

lahirnya konflik dalam masyarakat. Jadi konflik merupakan suatu perkara yang biasa berlaku

dalam masyarakat. Bahkan tidak ada sebuah komuniti atau masyarakat yang tidak pernah

mengalami konflik antara anggotanya atau dengan kelompok lainya. Konflik tidak dapat

dihapuskan kecuali ia akan hilang bersamaan hilangnya masyarakat itu sendiri. Secara amnya,

konflik boleh terjadi bermula dari dalam diri seorang, melibatkan rakannya, masyarakat, negeri

seterusnya hingga ke peringkat negara. Konflik individu ialah konflik dalam jiwa seseorang

seperti konflik kerana kekecewaan terhadap sesuatu yang belum dicapai. Kemudian konflik

dengan orang lain, seperti konflik dalam kelompok masyarakat yang selalu terjadi. Selanjutnya

konflik rakyat dengan penguasa, misalnya konflik rakyat yang memberontak menuntut

kemerdekaan wilayah dari sebuah negara seperti konflik Moro di Filipina, Patani di Selatan

Thailand, konflik Aceh, dan lain-lain. Konflik di peringkat negara juga sering terjadi seperti

konflik antara negara-negara Arab dengan negara Israel.

III. Konflik Menurut Perspektif Islam

Dalam Istilah bahasa Arab ada beberapa ungkapan yang dimaksudkan sebagai konflik, antaranya

ialah perkataan خالف dan إخالالف. Pada prinsipnya kedua-dua kalimat tersebut memiliki makna dan

pengertian yang sama iaitu konflik. Namun sebahagian ulama cuba memisahkan pengertian dan

penggunaan kedua-dua kalimat tersebut.4 Kalimat خالف biasanya digunapakai pada pengertian

perbezaan pandangan atau konflik secara internal, seperti dijelaskan dalam al-Qur`an maksudnya:

dan Aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang Aku larang.

1 Longman, Dictionary of Contemporary English, (England: Longman Group Ltd., 1981), 228. 2 Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kamus Dewan, (Kuala Lumpur: Dewan Pustaka dan Bahasa, 2002), 699. 3 Philip. J. Vermonte, Demokrasi dan Konflik di Indonesia, (terj). (New York: Unpublished, 1999), 15. 4 Ajidar Matsyah, "Fiqh Ikhtilaf" dalam Daurah Syari`at Islam Untuk Masyarakat Gampong Se-Kecamatan Titeu

Kab. Pidie. (Aceh: Dewan Dakwah Indonesia, 2010), 13 Ogos 2010.

6

(Surah Hud: 88).

Ayat ini menggunakan kalimat خالف bagi menggambarkan tentang dakwah Nabi Syu‘aib a.s

kepada kaumnya yang mereka sama-sama dalam satu kelompok. Sedangkan kalimat إخالالالف

digunapakai untuk menggambarkan perbezaan pandangan atau konflik dengan kelompok yang

lain secara eksternal. Misalnya dijelaskan dalam al-Qur`an yang maksudnya:

Maka berselisihlah golongan-golongan (yang ada) di antara mereka. (Surah Maryam: 37).

Secara amnya ungkapan "khilaf" dan "ikhtilaf" adalah perbezaan yang membawa maksud kepada

lahirnya konflik sama ada konflik dalaman mahupun konflik luaran. Konflik dalaman terjadi

kerana seseorang tidak mampu menyelaraskan pelbagai keinginan dalam dirinya. Sedangkan

konflik luaran terjadi disebabkan perbezaan pelbagai kepentingan antara satu dengan yang

lainnya. Dan hakikat konflik adalah sunnatullah, sebagai mana dijelaskan oleh al-Qur`an;

Maksudnya;

"Manusia dahulunya hanyalah umat yang satu, kemudian mereka berselisih” (Surah Yunus: 19).

Ini menunjukkan bahawa konflik adalah iradah Allah SWT kepada manusia yang mesti diterima

sebagai suatu kemestian. Maknanya manusia tidak mampu menghapus sama sekali konflik

tersebut, kerana prinsip hidup manusia berbagai sesuai dengan banyak ragam jenis manusia. Oleh

itu, konflik dengan sifatnya yang neutral tidak positif dan tidak pula negatif tetapi terserah kepada

manusia bagaimana mengendalikan konflik itu. Banyak peristiwa konflik yang telah terjadi di

masa hidup Rasulullah samada selepas baginda diangkat menjadi Rasul ataupun sebelumnya.

Antara konflik yang melibatkan Rasulullah sebagai orang tengah ialah kes peletakan semula Hajar

al-Aswad pada tempatnya. Baginda telah menjadi orang tengah di antara para pemimpin Qurasy.

Contoh lain konflik di masa Rasulullah ialah konflik dengan musyrikin Qurasy di Mekkah.5

Memang banyak konflik yang berlaku semasa hayat baginda Rasulullah s.`a.w, ini selaras dengan

kedatangan baginda di tengah-tengah masyarakat awam bertujuan untuk merobah tradisi

masyarakat jahiliyah kepada mengamalkan prinsip-prinsip agama.6

IV. Faktor-faktor Berlakunya Konflik Politik

Konflik politik selalunya dikaitkan dengan kekejaman dan kekerasan, kerana konflik politik sering

membawa kepada pertumpahan darah dan tindakan jenayah. Ada beberapa faktor utama yang

menjadi penyebab terjadinya konflik politik. Antara sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

(a) Mengejar Cita-cita

Cita-cita adalah impian seseorang iaitu keinginan untuk mencapai sesuatu. Maksudnya keinginan

yang kuat untuk mendapatkan suatu posisi, kemasyhuran dan kekuasaan. Keinginan dan

kemahuan yang kuat untuk mencapai suatu kejayaan seperti mana yang telah dicapai oleh orang

lain sangat dianjurkan oleh agama, kerana apa yang sanggup dilakukan oleh orang lain, boleh

dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan sesuatu seperti yang telah diperolehi orang lain,

tetapi keinginan untuk menghilangkan kebaikan yang ada pada orang lain sangat dilarang dalam

kehidupan beragama.

Cita-cita untuk menunjukkan kekuatan bersenjata adalah salah satu sebab berlakunya konflik

bersenjata atau peperangan. Contohnya bekas presiden Amerika Syarikat George W. Bush

5 Ismail Helmi, Dr, Muhammad Qaidu al-Umam. (Mesir: Al-Haiah al-Ammah al-Misriyah Li al-Kitab, 1997), 119. 6 Safiuddin al-Mabar al-Kafuri, Al-Rahik al-Makhtum. (Kaherah: Maktabah Nur al-Islami, t.t.), 286-287

7

mengisytiharkan bahawa perang melawan keganasan adalah perang untuk menghapuskan

kejahatan atau wipe out evil.7 Cita-cita George Bush ini ternyata telah tersasar jauh dari matlamat

asal, sehingga cita-cita menghapus kejahatan di dunia telah berubah menjadi konflik bersenjata

yang sangat sukar untuk diselesaikan.

Faktor cita-cita ini dipengaruhi oleh faktor kekuasaan. Perebutan kuasa menyebabkan seseorang

ingin menghapuskan lawan-lawan politiknya. Bagi penguasa yang gila kekuasaan tidak segan-

segan untuk melenyapkan lawan politiknya, yang penting cita-citanya akan tercapai.

Sebenarnya Islam masih membenarkan manusia memiliki cita-cita yang tinggi. Isyarat tersebut

terdapat pada persoalan para malaikat kepada Allah SWT ketika hendak menciptakan manusia di

muka bumi ini. Seolah-olah para malaikat sudah mengetahui bahawa manusia dengan cita-citanya

berpotensi melakukan kerosakan di muka bumi ini dengan melakukan konflik berdarah sesama

mereka, Allah SWT telah menjelaskan dalam surah al-Baqarah maksudnya:

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak

menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak

menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan

menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan

Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

(Surah al-Baqarah:30).

Ayat di atas menjelaskan bahawa manusia pada hakikatnya mempunyai potensi yang besar untuk

melakukan konflik hingga membawa kepada pertumpahan darah atau peperangan sebagaimana

yang terjadi di muka bumi pada hari ini. Ayat tersebut bukan protes daripada malaikat terhadap

penciptaan manusia, tetapi sikap ingin tahu malaikat terhadap hikmah penciptaan manusia itu di

muka bumi, sebagai mana dalam beberapa riwayat yang dinukilkan dalam tafsir al-Tabari, kerana

ayat tersebut diakhiri dengan " Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu

ketahui".8

(b) Faktor Ekonomi atau Perniagaan

Dalam ilmu ekonomi, perniagaan adalah suatu organisasi yang menjual barang atau jasa kepada

pengguna untuk mendapatkan keuntungan. Perniagaan berasal dari bahasa Inggris iaitu business,

diambil dari kata dasar busy yang berarti sibuk, urusan, atau usaha.9 Jadi perniagaan ialah

kesibukan mengerjakan aktiviti dan pekerjaan yang mendatangkan keuntungan. Aktiviti

perniagaan adalah aktiviti jual beli. Pelaku perniagaan atau business man dalam konteks ini adalah

individu masyarakat. Dan manfaatnya ialah meningkatkan kesejahteraan individu itu sendiri atau

untuk mencari kekayaan.

Aktiviti perniagaan juga dapat diertikan sebagai pendanaan atau pemberian modal usaha. Dalam

hal ini yang menjadi pelaku perniagaan adalah lembaga, samada lembaga perorangan ataupun

lembaga swasta. Objektifnya ialah untuk meningkatkan kesejahteraan anggota dan juga

lembaganya. Adapun aktiviti perniagaan tingkat tinggi dilakukan oleh pemerintah dengan negara,

tujuannya untuk kesejahteraan rakyat. Apapun bentuk perniagaan yang dijalankan oleh para

7 Romi Satria wahono, “Konflik Dunia, Perang dan Gap Sosial. (Jakarta: Makalah Seminar, 2002). 8 Abi Ja‘far Muhammad B. Jarir al-Tabari, Tafsir al-Tabari Jamik al-Bayan `An Takwil al-Qur`an, Mahmud Syakir

(ed), (cet. ke2, Maktabah Ibnu Taymiah, t.t), j. 1, 454-460. 9 John M. Echols et al, Kamus Inggris Indonesia. (Jakarta: P.T. Gramedia, 1997), 90.

8

pelaku perniagaan samada individu, lembaga, atau atas nama negara, yang menjadi pengguna

setiap produknya ialah rakyat.

Agar sukar untuk dipercayai jika dikatakan faktor perniagaan menjadi salah satu penyebab

terjadinya konflik bersenjata, kerana perniagaan merupakan ladang mencari rezeki. Ternyata

konflik dan perang adalah perniagaan model baru yang sangat menguntungkan kepada negara

pembekal senjata. Sangat mengejutkan apabila Amerika yang menganggap negaranya sebagai

‘polis dunia’ ternyata terlibat dalam perniagaan model baru ini. Faktanya Amerika ialah negara

yang paling banyak terlibat konflik bersenjata dan peperangan di dunia. Sebagai contoh negara

Iraq yang memusuhi Amerika merupakan sebuah negara yang paling banyak membeli senjata dari

negara Amerika suatu masa dahulu.

Sama halnya dengan konflik Aceh selama 30 (tiga puluh) tahun bagaikan ladang perniagaan yang

sangat menguntungkan pihak-pihak tertentu10 dari segi penjualan senjata. Fakta ini menjadi bukti

kuat dengan ditemukan ada senjata Gerakan Aceh Merdeka (GAM) di Acheh misalnya ditemukan

senjata M-16 buatan PT. Pindad Bandung Indonesia, apakah yang menjual pihak TNI atau Polis

atau ada pihak lain atau didapat secara dirampas, yang jelas ada berlaku permainan perniagaan

senjata selama konflik di Acheh.11 Dengan lain perkataan konflik Acheh hingga tiga dekad lebih

dijadikan sebagai ladang perniagaan oleh orang-orang yang tidak ingin kepada kedamaian.

Mengikut laporan media dan kajian lembaga Hak Asasi Manusia, konflik Acheh sengaja dicipta

dan dibiarkan subur agar mereka dapat berniaga senjata secara berleluasa. Perniagaan seperti ini

hanya mencari keuntungan dengan mengorbankan orang lain untuk mencapai tujuannya. Malah

konflik Acheh selalunya disebut oleh orang Acheh sebagai "proyek" mereka.12

Kalau mengikut Gerila GAM, berperang dengan TNI adalah kewajiban mempertahankan

kampungnya yang diperbolehkan dalam agama. Dalam persepsi mereka perang menjadi hal

penting untuk maruah individu, maruah keluarga dan maruah bangsanya. Sementara bagi tentera

Indonesia, perang menumpas GAM adalah perang mempertahankan nasionalisme kesatuan

Indonesia. Selain untuk melaksanakan tugas di Acheh ternyata ada hal lain yang menjadi tujuan

utama iaitu mencari harta kekayaan. Ada ungkapan, kalau datang ke Acheh membawa M-16,

tetapi pulang kampung membawa 16-M.13

(c). Fator Kemiskinan Dan Kesusahan hidup

Faktor kemiskinan dan ketidakadilan serta gap sosial yang terlalu lebar menjadi faktor penyebab

terjadinya konflik politik. Menurut Anthony Georgieff, bahawa lebih dari 80% konflik dan

peperangan yang terjadi di dunia ialah disebabkan faktor kemiskinan.14 Menurutnya lagi, negara

miskin lebih besar peluang berlaku konflik dibandingkan dengan Negara kaya, dengan

perbandingan 3 banding 1. Hal senada juga disampaikan bekas Setia Usaha Agung PBB Kofi

10 Darmien Kingsbury et al, " Military Bussines In Acheh and East Timor: A Comperative Study" dalam prosiding

Conference on the Hostorical Background on the Acheh Problem, (Singapore: Asia Research Institute National

University of Singapore, 28-29 Mae 2004), 20. 11 Tempo Interaktif, 25 Nov 2002 "TNI Terlibat Perniagaan di Acheh". 12 ICG Asia Report, Acheh: Kenapa Kekuatan Militer Tidak Membawa Perdamaian Kekal. (Jakarta: ICG Asia Report,

2001), 11. 13 Otto Syamsuddin Ishak, Sagoe Musaik Acheh. (Jakarta: Penerbit Achehkita kerjasama dengan Acheh Judicial

Monitoring Institute, 2006), 32. 14 Anthony Georgieff, World: Swedish Refort Emphasizes Role of Poverty in War. (Radio Free Eorupe, Radiao

Liberty, 2000).

9

Annan, selain faktor kemiskinan adanya ketidakadilan dan gap sosio-ekonomi yang besar

termasuk penyebab terjadi konflik.15

Berlakunya korupsi, penggelapan dana negara, penyalahgunaan kuasa dan wewenang dalam

sebuah kerajaan adalah akibat kemiskinan. Begitu juga apabila berlaku perdagangan manusia

human trafficking ialah disebabkan faktor kemiskinan. Bahkan dalam konteks politik pun suatu

parti politik dapat menerima kekalahan kalau pendukung parti politik berkenaan hidup dalam

dilema kemiskinan. Misalnya ketika pemilihan gabernur Jawa Tengah Indonesia pada 22 Jun

2008, dengan jumlah pemilih berdaftar 25.8 juta orang, tetapi sekitar 45% tidak ikut pilihan raya

tersebut.16 Alasannya kerana rakyat tidak sempat berpolitik disebabkan kesulitan mereka

mempertahankan hidup dalam kemiskinan.17

Islam menjelaskan, masalah kemiskinan boleh menimbulkan konflik politik, bahkan boleh

mengancam akidah seseorang. Ia menjadi ancaman kepada akidah dan kehidupan seseorang.

Keterangan kemiskinan dapat mengancam akidah ialah sebagaimana hadith Nabi s.`a.w:18

كاد الفقر أن يكون كفرا

Ertinya; Kefakiran itu hampir membawa kepada kekufuran (Hadith Riwayat Abu Nai`m).

Hadith di atas memberi isyarat bahawa kemiskinan adalah ancaman kepada agama. Nabi sendiri

berdo`a kepada Allah agar beliau dijauhkan dari dilema kemiskinan. Beliau sangat khawatir

terhadap ancaman kemiskinan terhadap umatnya. Do`a Rasulullah dapat berupa ta`lim kepada

umat ini, sebagai berikut;

اللهم إنى أعوذ بك من الكفر والفقرErtinya; Ya Allah Aku berlindung kepadaMu dari pada kekufuran dan kefakiran, (Hadith

Riwayat: Abu Daud).

Seorang Rasul masih berdo`a kepada Allah agar dijauhkan dari kefakiran, kerana kefakiran

mengancam iman seseorang, maka sudah sangat wajar apabila umatnya berusaha agar dijauhkan

dari sifat kemiskinan.

Oleh itu, Islam menempuh berbagai cara untuk mengurangi kemiskinan, antaranya pembahagian

zakat diutamakan kepada orang fakir dan miskin, kafarat sumpah, kafarat zihar, kafarat jimak

dalam bulan puasa dan kafarat lainya dibahagikan kepada fakir dan miskin, fidyah puasa juga

dibahagikan kepada mereka, bersedekah juga diutamakan kepada kaum miskin. Ini menunjukkan

bahwa kemiskinan harus dihapuskan dengan pelbagai cara, kerana kalau kemiskinan dibiarkan ia

berpeluang menjadi konflik, sama ada konflik sosial mahupun konflik bersenjata.

Kewujudan orang-orang kaya dan orang miskin dalam masyarakat bukan untuk menciptakan

konflik. Tetapi merupakan keadilan Allah yang memberikan sebahagian hambanya kaya raya, dan

sebahagian lagi tetap miskin.19 Orang yang kaya membantu orang miskin dengan zakatnya,

sementara orang miskin menyokong orang kaya dengan do`anya kerana do`a orang miskin dapat

membuat ketenteraman bagi orang kaya, sebagai mana dijelaskan dalam al-Qur`an maksudnya:

Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan

mensucikan mereka dan berdo`alah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi)

15 Barbara Crosette, Kofi Annan`s Astonishing Facts. (New York: The New York Times, 1998). 16 http://www.kapanlagi.com, Selasa, 24 Jun 2008. 17 http://www.suaramerdeka.com, Jum`at, 08 September 2007. 18 Yusuf al-Qardawi, Dr., Musykilah al-Fakri wa Kaifa `Alajaha al-Islam. (Kaherah: Maktabah Wahbah, 2003), 13. 19 Muhammad al-Ghazali, Al-Islam wa al-Auda`h al-Iqtisadiyyah. (Kaherah: Maktabah Nahdah, 2005), 17.

10

ketenteraman jiwa bagi mereka, dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui (Q.S. Al-

Taubah:103)

d) Beberapa faktor lain

Terdapat beberapa faktor lain yang boleh menimbulkan konflik politik. Antaranya ialah faktor

pemikiran; iaitu berbeza pemikiran dalam menangani sesuatu perkara. Ia seterusnya akan

melahirkan pandangan dan pendapat yang berbeza-beza. Penentangan antara pandangan

disebabkan cara seseorang itu berfikir tentang bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah

menjadi punca kepada konflik yang berlaku. Ini dapat dilihat dalam perbezaan pandangan antara

Saidina Ali dan Mu‘awiyah dalam menyelesaikan konflik antara mereka. Selain itu; faktor

Ketokohan. Ketokohan dari sudut pribadi mereka yang bertentangan pendapat antara satu sama

lain memberi kesan kepada pengaruh untuk mengumpulkan kekuatan dari segi penyokong yang

bersamanya. Dalam isu konflikpasti akan ada tokoh yang mewakili pandangan-pandangan yang

berbeza ini. Ketokohan generasi sahabat Rasulullah s.a.w. dalam menghadapi konflik zamannya

melahirkan pengaruh yang mempunyai pengikut masing-masing. Begitu juga faktor Kumpulan;

di mana kekuatan yang terkumpul dari kumpulan yang bersaing pendapat mengukuhkan lagi

konflik yang berlaku. Individu-individu dalam kumpulan yang berbeza-beza merasakan ia satu

perjuangan untuk memenangkan kumpulannya sehingga akan lahir kumpulan yang melihat

masalah ini secara personal sehingga lahir pemikiran tertentu dalam kumpulan ini yang kemudian

berkembang kepada satu perjuangan. Orang-orang yang bersimpati dengan Saidina Ali muncul

sebagai satu kumpulan yang berkembang menjadi satu mazhab yang mempunyai intepretasinya

terhadap akidah, fiqah dan politik, begitu juga Khawarij. Selagi ada kumpulan tetap akan ada

konflik pandangan. Yang paling merugikan ialah faktor Kejahilan; iaitu kejahilan dalam konteks

konflik menggambarkan kekeliruan dan ketidakpastian kenapa seseorang turut serta dalam kancah

konflik. Faktor ini memudahkan berlakunya konflik kerana golongan ini mudah menjadi mangsa

kumpulan yang berkonflik. Asas kepada permasalahan tidak lagi menjadi pertimbangan, kejahilan

membawa kepada ketaksuban kepada isu dan bukan dilihat dalam penilaian dan kacamata

kewarasan iman dan ilmu.

V. Kaedah Penyelesaian Konflik Politik Dalam Islam

Terdapat beberapa cara penyelesaian konflik politik menurut perspektif Islam. Antaranya ialah

cara timbangtara (al-Tahkim), perundingan (al-Mufawazat), meminta jasa baik dan melantik orang

tengah (al-Musalahah), perantaraan (al-Wisatah), undian (al-Qur‘ah), referendum (al-Istifta’),

bermesyuarat (al-Syura) dan lain-lain.

i. Timbangtara (Al-Tahkim)

Tahkim atau timbangtara (arbitration) adalah suatu strategi penyelesaian konflik. Kaedah ini

apabila pihak yang bertikai tidak mampu menyelesaikan sendiri konflik yang sedang terjadi antara

mereka, dan meminta pihak ketiga sebagai orang tengah samada individu, institusi, lembaga,

organisasi ataupun negara untuk menjadi penimbangtara atau Muhakkim. Dalam konteks ini

semua pihak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh penimbangtara. Penimbangtara dituntut

supaya bersikap neutral tidak cenderung kepada mana-mana pihak yang bertikai.

Dalam catatan sejarah, amalan tahkim pernah dilakukan oleh sahabat ketika terjadi perang Siffin

(657 M/37 H) antara Ali bin Abi Talib dengan Mu`awiyah bin Abi Sufyan. Konflik pada masa itu

telah mencetuskan peperangan di kalangan orang Islam bahkan telah meninggalkan kesan negatif

11

di kalangan umat Islam itu sendiri.20 Bahkan ada pendapat mengatakan bahawa konflik tersebut

telah menyebabkan munculnya firqah atau puak-puak dalam Islam. Kaedah yang ditawarkan oleh

sahabat Nabi s.`a.w. Amru Bin As untuk mengakhiri konflik pihak yang bersengketa adalah salah

satu metod damai dalam Islam. Amru Bin As dalam slogannya mengatakan;21

الحكم للقرآن ال للسيف

Ertinya; Berhukum dengan Al-Qur`an bukan dengan pedang.

Maksud berhukum dengan Al-Qur`an ialah kembali pada kitab Allah, dan maksud bukan dengan

pedang ialah bukan dengan melakukan perang sesama kaum muslimin. Pada tawaran Amru bin As

ini, yang menjadi penimbangtara adalah al-Qur`an. Kerana persoalan ketika itu tidak dapat

diselesaikan sendiri oleh mereka. Sehingga mereka melihat al-Qur`an sebagai kitab yang mampu

mendamaikan mereka. Dari satu sisi tindakan Amru bin As dapat disebut juga sebagai

penimbangtara, kerana beliau bertindak sebagai orang ketiga yang membuat aturan bagi mengikat

kedua belah pihak iaitu dengan cara merujuk kepada al-Qur`an.

Walaupun penyelesaian konflik dengan kaedah Tahkim yang ditawarkan oleh Amru bin As tidak

sepenuhnya berjaya menyelesaikan konflik, kaedah tersebut telah digunakan bagi menyelesaikan

konflik dalam Islam. Gagalnya perdamaian dengan kaedah tahkim telah memberikan catatan

kepada umat Islam bahawa Islam tidak menghendaki penyelesaian dengan kekerasan. Metode

yang telah dirintis oleh Amru bin As ini menjadi rujukan ilmiah dalam Islam untuk dapat

dikembangkan dalam penyelesaian konflik secara damai di masa akan datang.

Belajar dari sejarah tahkim yang pernah dipraktekkan oleh sahabat ketika itu, maka untuk menjadi

seorang penimbangtara perlu memiliki kemahiran khusus kerana semua pihak yang bertikai tidak

lagi berbicara antara satu sama lain, tetapi berbicara dengan penimbangtaranya, oleh itu

penimbangtara perlu mempunyai framework untuk mengetahui kedudukan semua pihak. Maka ada

tiga hal yang mesti dilakukan oleh Muhakkim iaitu; a. Mendapatkan maklumat semua pihak, ia

mencakup sejarah masa lalu, agama dan nilai dan budaya, hubungan persoalan, sikap dan watak

serta kemampuan masing-masing. b. Mengetahui kedudukan, posisi, isu, akibat konflik, persepsi,

keperluan dan kemungkinan penyelesaian. c. Mengetahui proses, ia termasuk struktur, sistem, cara

komunikasi, tradisi penyelesaian di tempat konflik, pembuatan keputusan serta peranan dan

saranan.22

Selain memiliki skill yang baik, penimbangtara juga mempunyai sikap, keahlian, ketokohan dan

keilmuan yang memadai. Dalam pelbagai komuniti masyarakat, pihak yang menjadi Muhakkim

ialah orang yang mempunyai otoriti strategis dalam masyarakat misalnya seorang Ulama, tokoh

adat dan lainnya. Ini kerana Muhakkim memiliki kuasa untuk campur tangan sesuatu persoalan

konflik, untuk mengambil keputusan siapa yang benar dan siapa yang salah, seseterusnya

menetapkan penyelesaiannya.

Yang menjadi asas bagi kaedah timbangtara ialah sebagaimana firman Allahm aksudnya:

Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah

hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat

rahmat (Al-Hujurat:10).

20 Ralph H. Salmi et al., Islam and Conflict Resolution: Theories and Practices. (Lanham: University Press of

America, Inc, 1998), 27. 21 Rasyad Hasan Khalil, Al-Sami fi Tarikh al-Tasyri` al-Islami. (Kaherah: Universiti al-Azhar, t.t), 47-48. 22 Dr. Hasna Husen (ed.), Kurikulum Pendidikan Damai: Perspektif Ulama Acheh 2005. (Acheh: Majlis

Permusyawaratan Ulama, 2005), 251.

12

ii. Perundingan (al-Mufawazat)

Perundingan adalah satu strategi penyelesaian konflik. Pihak yang bertikai bersetuju

menyelesaikan konflik mereka secara kompromi atau istilah lain dengan musywarah bersama.23

Kaedah ini tidak melibatkan pihak ketiga, kerana wakil masing-masing terlibat secara langsung

dalam proses dialog. Dengan lain istilah, strategi perundingan adalah kaedah penyelesaian konflik

yang tidak melibat pihak ketiga sebagai penengah kerana pihak bertikai sanggup menyelesaikan

sendiri konflik mereka. Mengikut kaedah ini kedua-dua belah pihak menghantar wakil masing-

masing yang mempunyai skill atau kecekapan dalam komunikasi dan mempunyai wawasan agar

lebih mudah menyampaikan kepentingan pihak sendiri dan juga mampu mendengarkan tuntutan

pihak lainnya.

Selain kecekapan komunikasi, para perunding juga memerlukan prinsip terbuka, menjadi

pendengar yang baik, mampu berfikir dengan baik, mampu menganalisa kedudukan persoalan

yang perlu diselesaikan sehingga ia dapat mengambil keputusan secara bijaksana. Kemahiran

untuk menjadi perunding yang baik dapat dilatih dan dipelajari, sesiapa sahaja dapat menjadi

perunding asalkan ia mahu berlatih.

Metode al-Mufawazat atau perundingan dalam penyelesaian konflik telah dicontohi oleh

Rasulullah ketika terjadi perjanjian Hudaibiah. Perjanjian ini lahir melalui proses perundingan

dengan tokoh Qurasy. Perunding yang dilantik oleh Rasulullah ialah Othman Ibn ‘Affan r.a.

Dalam hal ini, Rasulullah mendahulukan penyelesaian sengketa ini menerusi perundingan,

padahal kalau Rasulullah s.`a.w. ingin menyerang orang Quraisy, mereka akan dapat dikalahkan.

Tetapi kerana mereka bersedia berunding maka pihak Muslimin bersedia melakukan perundingan.

Pedoman menerima perundingan daripada kelompok yang bersedia untuk berunding, terdapat

dalam al-Qur‘an sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Anfal maksudnya:

Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah

kepada Allah. Sesungguhnya dialah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui (Surah al-

Anfal:61).

Ayat tersebut menjelaskan kalau pihak yang bersengketa bersedia untuk melakukan rundingan

damai maka dengan segera mesti diterima perundingan tersebut. Ini menunjukkan bahawa

perundingan adalah salah satu kaedah menyelesaikan konflik dan menghentikan kekerasan. Dalam

konteks perjanjian Hudaibiyah kedua pihak yang bertikai telah menyelesaikan sendiri persoalan

mereka tanpa melibatkan pihak ketiga sebagai perantara.

iii. Meminta Jasa Baik Dengan Melantik Orang Tengah (Al-Musalahah)

Kaedah meminta jasa baik dan melantik orang tengah atau musalahah adalah suatu ketrampilan

dalam proses menyelesaikan konflik.24 Pihak yang menjadi orang tengah mestilah orang-orang

yang memiliki kemahiran dan keahlian untuk membina komunikasi dengan pihak yang bertikai.

Jasa baik ada yang diminta oleh pihak yang bertikai dan ada yang merupakan inisiatif dari orang

tengah sendiri untuk membantu menyelesaikan konflik. Untuk tampil meyelesaikan konflik, orang

tengah perlu menjalankan beberapa tahap persiapan, iaitu persiapan awal, persiapan sesudah

dialog, dan persiapan selama dalam dialog. Dengan persiapan yang matang, pihak yang bertikai

akan mempercayai orang tengah.

23 Ibid., h. 253. 24 Ibid, h. 257.

13

Apabila pihak yang bertikai tidak mempercayai orang tengah, tidak mungkin dapat dicapai

kesepakatan bersama bagi penyelesaian konflik. Misi utama dari kaedah orang tengah adalah

mewujudkan persefahaman bersama atau memorandum of understanding (MOU) antara kedua-

dua pihak. Konsep kaedah orang tengah ini terdapat dalam al-Qur`maksudnya:

"dan perbaikilah perhubungan di antara sesamamu; dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya jika

kamu adalah orang-orang yang beriman."(Surah Al-Anfal:1).

Maksud perbaikilah hubungan sesamamu adalah perintah untuk mendamaikan saudara yang

sedang dalam konflik. Perintah tersebut samada kepada individu mukmin atau organisasi.

Maknanya setiap muslim mesti mengambil peranan dalam menyelesaikan konflik. Untuk menjadi

orang tengah yang baik, ia mesti mengetahui lebih dahulu selok belok orang-orang yang terlibat.

Ia mencakup perkara agama, adat istiadat, budaya, sifat kebiasaan dan keinginan orang-orang yang

terlibat. Tujuannya agar orang tengah mampu menciptakan komunikasi yang baik dengan pihak

yang terlibat agar mereka saling menghargai, terbuka dan bersidia menerima kritikan. Ada

beberapa hal penting yang mesti dimiliki oleh orang tengah antaranya:25

a. Bersikap neutral. Iaitu peranannya hanya menjadi orang tengah dan tidak memihak kepada

mana-mana pihak. Selain itu beliau mestilah tidak ada kepentingan dalam rundingan tersebut

melainkan membantu menyelesaikan konflik. Ini bertujuan agar para pihak yang terlibat tidak

curiga kepada mereka.

b. Menetapkan aturan dialog. Orang tengah mesti mengetahui keinginan semua pihak, dan

membuat aturan dialog yang dipersetujui bersama yang mengikat kedua belah pihak. Tujuannya

agar proses dialog tidak lari dari tujuan asalnya.

c. Menciptakan suasana damai. Orang tengah perlu menciptakan suasana damai agar para pihak

dapat saling mendengar tuntutan masing-msing. Ini berkait rapat dengan lokasi dialog, dan ini

sangat menentukan. Di samping itu, orang tengah perlu ada persediaan untuk menghadapi

ketegangan atau berlaku kekecuhan yang boleh menyebabkan gagalnya dialog. Maka kearifan dan

sikap bijak sebagai orang tengah sangat mempengaruhi proses dialog dan kejayaannya.

iv. Menggunakan Orang Perantaraan (al-Wisatah)

Perantaraan adalah proses penyelesaian konflik oleh pihak ketiga, di mana pihak yang bertikai

memberi persetujuannya kepada pihak ketiga untuk menyelesaikan pertikaian mereka. Orang

ketiga ini disebut sebagai orang perantaraan. Peranan orang perantaraan hampir sama dengan

peranan orang tengah iaitu sama-sama bertujuan untuk membantu pihak yang bersengketa keluar

dari konflik mereka, dan tidak ikut campur tangan dalam materi pihak bersengketa tetapi hanya

mengarahkan sahaja agar dialog berjalan lancar.

Islam sangat mengutamakan pendekatan perdamaian melalui perantaraan orang tengah dalam

penyelesaian konflik, meskipun istilah orang tengah dari segi sebutan berbeza dengan sebutan

islah. Tetapi perbezaan itu hanya pada lafaz sahaja maksud dan tujuannya sama. Asas perataraan

orang tengah dalam Islam antara lain terdapat pada surah al-Hujarat maksudnya:

Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan

antara keduanya! (Al-Hujurat:9).

25 Ibid.

14

Kejayaan kaedah perantaraan orang tengah telah dipraktikkan oleh Rasulullah s.`a.w sebelum

beliau diangkat menjadi Rasul, dan ketika beliau dikenali dengan sebutan al-Amin. Saat beliau

tampil menjadi orang perantaraan mendamaikan konflik antara kabilah di Mekkah ketika

pembaikian Ka`bah, ada empat kabilah yang paling berpengaruh di Mekkah yang ke semuanya

saling merebut peluang dan kesempatan untuk meletakkan semula Hajar al-Aswad pada tempat

asalnya. Peristiwa ini hampir membawa kepada pertumpahan darah. Kerana masing-masing ketua

kabilah merasa pihaknya lebih berhak meletakkan semula Hajar al-Aswad, dan tidak ada kabilah

yang mahu mengalah. Dalam keadaan tegang itu, salah seorang di antara mereka berkata; kalau

keadaan seperti ini ia akan menghancurkan kita semua. Akhirnya mereka bersepakat meminta

siapa yang paling awal masuk ke dalam Ka`bah esok hari dialah yang akan dilantik sebagai orang

tengah atau orang perantaraan.

Keesokan hari mereka mendapati orang yang paling awal masuk ke dalam Ka`bah ialah Nabi

Muhammad s.`a.w. Semua kabilah menerima Muhammad menjadi orang tengah mereka.

Kemudian Muhammad membentang kain serbannya dan meminta setiap ketua kabilah masing

untuk memegang hujung tepi kain dan mengangkat Hajar al-Aswad, lalu Muhammad

mengambilnya sendiri dan meletakakan semula pada tempat asalnya. Dengan kaedah perantaraan

orang tengah ini, dan kerana ketokohan Muhammad sebagai orang perantaraan, konflik di antara

mereka dapat diselesaikan tanpa pertumpahan darah.

Dari peristiwa ini dapat disimpulkan beberapa prinsip iaitu; pertama proses perantaraan orang

tengah mesti lahir dari kesedaran sendiri pihak yang bertikai tanpa paksaan dari mana-mana pihak,

dan secara sedar memerlukan kepada pihak ketiga untuk membantu mereka; kedua

penyelesaiannya mesti timbul dari keikutsertaan semua pihak sehingga mereka merasai lahirnya

kesepakatan yang dihasilkan; ketiga prinsip orang perantaraan sebagai orang yang memberi

sokongan kepada semua pihak yang bertikai tanpa ada unsur kepentingan dan cenderung kepada

mana-mana golongan.

Setelah memiliki prinsip-prinsip dasar di atas, seseorang orang perantaraan mesti mempunyai

sikap yang baik selama proses perantaraan orang tengah, antaranya; a. Sabar. Seorang orang

perantaraan mesti mempunyai sikap sabar dalam menghadapi pelbagai tuntutan para pihak dan

tidak sekali-kali merasa jemu apalagi merasa putus asa dengan persoalan rumit yang dihadapi, b.

Terbuka. Seorang orang perantaraan mesti menerima pandapat yang berbeda dengan pendapatnya

sekaligus ia bersedia menerima kritikan terhadap peranan dan fungsinya selama ia menjadi orang

tengah, c. Fleksibel. Untuk menjadi orang perantaraan yang berjaya, beliau mesti sanggup menjadi

pendengar yang baik dan sensitif dengan keadaan para pihak yang bertikai, d. Positif. Seorang

orang perantaraan mestilah bersifat positif, beliau tidak boleh pesimis apabila gagal dalam

menyelesaikan konflik, begitu juga tidak cepat merasa gembira apabila usahanya berjaya. e.

Komitmen. Seorang orang perantaraan mesti memiliki komitmen yang tinggi bagi menjalani

proses penyelesaian konflik.

Orang tengah juga perlu kepada beberapa kemahiran khusus. Ada beberapa kemahiran khusus

yang mesti dimiliki oleh seorang orang perantaraan, antaranya; 1. Kemahiran komunikasi yang

efektif, 2. Kemahiran membangun kepercayaan para pihak, 3. Kemahiran untuk menghasilkan

yang terbaik, 4. Kemahiran mencairkan kejumudan dialog para pihak, 5. Kemahiran meleraikan

perdebatan, dan 6. Kemahiran mencari pelbagai alternatif lain jika proses dialog yang dilakukan

mengalami jalan buntu. Ini merupakan ketrampilan penting bagi orang perantaraan.26

26 Ibid.

15

v. Permesyuaratan (al-Syura)

Prinsip dasar politik Islam yang diwariskan oleh agama adalah konsep syura. Ia sangat berbeda

dengan sistem demokrasi, kerana sistem demokrasi tidak sama dengan syura dan syura bukanlah

demokrasi. Namun diperakui terdapat beberapa persamaan di antara demokrasi dan syura,

misalnya menerima pandangan rakyat dalam membuat keputusan. Mengambil pendapat rakyat

dalam suatu masalah penting untuk menghindari konflik terdapat dalam demokrasi dan juga dalam

sistem syura. Firman Allah maksudnya:

Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan shalat,

sedang urusan mereka diputuskan dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan

sebahagian dari rezki yang kami berikan kepada mereka.(Surah al-Syura:38)

Muhammad Rasyid Ridha dalam Tafsirnya al-Manar ketika mentafsirkan ayat di atas menyatakan

bahawa yang dimaksud dengan”urusan” adalah urusan dunia yang dilaksanakan oleh pemerintah.

Menurutnya syura tidak berlaku pada hal-hal agama seperti akidah, ibadah, hukum halal haram

dan lain-lain hal. Andai kata perkara agama boleh dimusyawarahkan maka agama ini buatan

manusia. Tetapi agama ini wahyu Ilahi sehingga tidak seorangpun manusia dibenar menggunakan

pendapatnya sahaja samaada di zaman Nabi atau sesudahnya.27 Dalam ayat lain Allah berfirman

maksudnya:

Dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah

membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-

orang yang bertawakkal kepada-Nya.(Surah Ali Imran:159).

Perintah musywarah dalam segala perkara pada ayat di atas merupakan perintah wajib. Pengertian

"segala perkara" termasuk masalah konflik, samada konflik individu, konflik keluarga mahupun

konflik politik. Untuk menghindari konflik tersebut diwajibkan bermusywarah. Tujuan

musywarah adalah untuk menghindari kekerasan. Bahkan setelah musywarah Allah masih

memerintahkan untuk bertawakkal, maknanya kalau ternyata hasil musywarah belum dapat

menghindari konflik, masih perlu usaha untuk mencari jalan keluar dengan damai, tidak

mengambil jalan pintas dengan kekerasan.

vi. Undian (al-Qur`ah)

Qur`ah berasal dari akar kata bahasa Arab qa, ra, `aa, yang bermaksud mengundi. Kaedah ini

sudah pernah wujud dan terkenal dalam sejarah suatu ketika dahulu. Syeikh `Atiyah Saqr dalam

kitabnya Ahsanul Kalam fi Fatawa wal Ahkam, menyebutkan bahawa kaedah Qur`ah dibolehkan

oleh syai`at Islam. Berikut adalah antara praktek-praktek Qur`ah atau undian yang pernah

dijalankan:28

a. Kisah Siti Maryam. Untuk menentukan siapa yang akan memelihara Maryam dan

mengasuhnya maka diadakanlah Qur`ah atau pengundian di kalangan penduduk waktu itu.

Tujuannya adalah untuk menghindari konflik antara penduduk yang berminat untuk menjadi

pengasuh Maryam, kerana semua penduduk berkeinginan untuk mengasuhnya. Apabila ditunjuk

langsung seorang pengasuh tentu akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk,

maka digunapakailah kaedah Qur`ah, sebagaimana diceritakan oleh Allah SWT kepada

Muhammad s.`a.w. dalam surah `Ali Imran ayat 44 maksudnya:

27 Muhammad Rasyid Ridha, Tafsir al-Manar. Jil.4, t.t., 164. 28 `Atiyyah Saqr, Syaikh, Ahsanul Kalam fi Fatawa wal Ahkam. (Kaherah: Dar al-Ghad al-`Arabi, 2001), j.2, 163-

166.

16

Yang demikian itu adalah sebagian dari berita-berita ghaib yang kami wahyukan kepada kamu

(Ya Muhammad); padahal kamu tidak hadir beserta mereka, ketika mereka melemparkan anak-

anak panah mereka (untuk mengundi) siapa di antara mereka yang akan memelihara Maryam.

dan kamu tidak hadir di sisi mereka ketika mereka bersengketa.(Surah Ali Imran: 44)

b. Kisah Nabi Yunus a.s. Ketika kapal Nabi Yunus sampai di tengah laut, terjadilah

keadaan darurat yang memaksa diadakan undian untuk menentukan siapa yang harus dilempar ke

laut demi keselematan orang banyak. Lalu Nabi Yunus a.s ikut mengundi, namun beliau kalah

dalam undian dan terpaksa dilemparkan ke laut. Seandainya pihak Nakhoda kapal memilih

seseorang penumpang yang mesti dibuang ke laut, tentu akan melahirkan konflik, kerana semua

orang tidak mahu dirinya dilempar ke laut. Untuk menghindari konflik di antara para penumpang

kapal maka diadakanlah Qur`ah. Firman Allah SWT maksudnya:

Kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian.Maka ia

ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela.(Surah al-Saffat: 141-142).

c. Kisah Nabi Muhammad s.`a.w. dengan isterinya. Apabila Nabi s.`a.w. ingin keluar untuk

musafir, lalu beliau mengadakan undian kepada isteri-isterinya. Siapa yang keluar dalam undian

dialah yang ikut bersama Rasulullah s.`a.w. Tujuan Qur`ah di sini untuk menghindari

kecemburuan isteri Rasulullah yang lain. Kerana kecemburan dapat melahirkan konflik di antara

mereka. Maka beliau mengadakan Qur`ah agar dapat memuaskan hati mereka semua.

d. Kisah Sa‘ad ibn Abi Waqash. Beliau menjalankan undian antara Muazzin pada hari al-Qadisiah.

Menjadi Muazzin ketika itu adalah pekerjaan yang sangat mulia. Oleh itu, semua orang akan

berlumba menjadi Muazzin. Untuk menghindari berlakunya konflik maka diadakan Qur`ah, siapa

namanya yang keluar undian dialah yang menjadi Muazzin.

Sementara Ibnu Qayyim dalam kitabnya Bada`i al-Fawa`id menegaskan bahawa undian yang

berlaku antara dua orang yang berebut untuk mendapatkan hadiah bagi seseorang yang membeli

suatu barang hukumnya halal dan tidak haram. Dalam kitab tersebut dijelaskan bahwa kaedah

undian sudah ada dalam syari`at Islam bagi sesiapa yang menginginkan keadilan.29

Konsep Qur`ah yang dilakukan Rasulullah s.`aw kepada isteri-isterinya saat beliau ingin keluar

musafir yang semua mereka ingin ikut bersamanya menjadi asas hukum bahawa Qur`ah salah satu

konsep untuk menghindari konflik secara damai. Adapun motif dilakukan undian ialah bagi

menghindari ketidakpuasan hati mereka kepada Nabi yang besar kemungkinan akan menjadi

konflik di kemudian hari.

vii. Referendum (al-Istifta’)

Menurut Kamus Dewan Referendum adalah pungutan suara rakyat berhubung dengan sesuatu

dasar politik.30 Sementara dalam Kamus Besar Utusan Malaysia bermaksud pungutan suara

rakyat. Adapun pengertian Referendum dalam istilah bahasa Arab adalah االسالفالاء الشعب yang

diambil daripada asal kata إسالفالى, يسالفالى إسالفالاء yang bermaksud referendum atau jawapan rakyat

terhadap sesuatu masalah penting.31

Pengertian Referendum dalam istilah Barat membawa maksud voting suara rakyat dalam

menentukan sesuatu keputusan politik dalam sesebuah negara. Referendum merupakan sebuah

instrument untuk menentukan polisi ketika membuat sesuatu keputusan. Dapat dibuat kesimpulan

29 Ibnu Qayyim, Bada`i al-Fawaid. (Kaherah: t.p., t.t.), 86. 30 Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kamus Dewan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2002), 1116. 31 Al-Banhasi, al-Munjid. (Beirut: Dar al-Syuruq, 1986), 569.

17

bahawa pengertian referendum ini adalah pengambilan suara rakyat untuk menentukan suatu polisi

secara damai.

Dr. Ismail al-Badawi dalam bukunya Ikhtisasat al-Sultah al-Tanfiziyyah fi al-Daulah al-

Islamiyyah wa al-Nuzum al-Dusturiyah al-Mua`sarah menyebutkan secara khusus bahawa

referendum rakyat berlaku terhadap masalah penting dalam sistem perlembagaan modern.

Menurutnya, referendum dalam hal-hal penting adalah suatu sistem demokrasi atau separuh

demokrasi. Konsepnya adalah membentang suatu masalah kepada rakyat samada rakyat bersetuju

atau tidak.32Beliau membahagi referendum rakyat kepada tiga jenis iaitu:

a. Referendum Undang-undang (إسالفالاء تشريعى)

b. Referendum Perlembagaan (إسالفالاء دسالورى )

c. Referendum Politik (إسالفالاء سياسى)

Pengertian konsep referendum undang-undang misalnya, adalah untuk membuat pengesahan

samada sesebuah undang-undang itu diterima atau ditolak oleh rakyat. Sedangkan model

referendum perlembagaan adalah merombak sebuah perlembagaan untuk dipersetujui atau tidak.

Adapun referendum politik adalah meminta persetujuan rakyat untuk menentukan polisi sesebuah

pertubuhan politik yang baru.33 Adapun Muhammad Asad dalam bukunya The Principles of State

and Government in Islam menjelaskan bahawa sistem syura dalam Islam merupakan bentuk

referendum.34 Ini menunjukkan metod referendum dapat dijadikan sebagai salah satu metod bagi

menghindari dan penyelesaian konflik mengikut pandangan Islam.

VI. Kesimpulan

Konflik politik merupakan perkara biasa yang sering berlaku dalam masyarakat dan di mana-mana

negara sekalipun. Konflik dan perbezaan pendapat tidak dapat dielak selagi manusia diberi

kebebasan berfikir dan menentukan halatuju masing-masing. Perbezaan cara hidup, kepercayaan,

agama, ideologi politik, adat istiadat, kepentingan diri atau kaum dan sebagainya menjadi punca

utama berlakunya konflik antara satu sama lain. Selain itu terdapat lagi faktor lain seperti, cita-cita

politik, berebut untuk menjadi pemimpin, kelemahan ekonomi, kemiskinan dan kesusahan hidup,

taksub kepada golongan atau kumpulan tertentu dan tidak dapat menerima pandangan orang lain.

Sekiranya dibiarkan, konflik politik sedemikian boleh menyebabkan berlakunya perbedaan

pendapat yang serius, yang menyebabkan berlaku perpecahan dalam masyarakat, pergaduhan

kaum, akan membawa kepada pembunuhan dan peperangan di antara satu sama lain. Bagi

menyelesaikan masalah konflik politik terdapat beberapa kaedah yang dianjurkan oleh Islam.

Antaranya ialah mengamalkan kaedah timbangtara (al-tahkim), perundingan (al-mufawazat),

meminta jasa baik dan melantik orang tengah (al-musalahah), perantaraan (al-wisatah), undian

(al-qur‘ah), referendum (al-istifta’), bermesyuarat (al-syura) dan lain-lain. Untuk menyelesaikan

pelbagai konflik, pihak berwajib perlu mencontohi amalan para sahabat dengan mengamalkan

sifat-sifat yang terpuji dan menjauhi sifat-sifat negatif yang boleh membawa kepada kemusnahan.

Bibliografi

32 Ismail al-Badawi, Ikhtisasat al-Sultah al-Tanfiziyyah fi al-Daulah al-Islamiyyah wa al-Nuzum al-Dusturiyah al-

Mua`sarah. (Kaherah: t.p., 1968), 235-236. 33 Ibid. 34 Muhammad Asad, The Principles of State and Governmentt in Islam. (Kuala Lumpur: Islamic Book Trust, 1981)

54.

18

`Atiyyah Saqr, Syaikh, Ahsanul Kalam fi Fatawa wal Ahkam. (Kaherah: Dar al-Ghad al-`Arabi,

2001), j.2.

Abi Ja‘far Muhammad B. Jarir al-Tabari, Tafsir al-Tabari Jamik al-Bayan `An Takwil al-Qur`an,

Mahmud Syakir (ed), (cet. ke2, Maktabah Ibnu Taymiah, t.t), j. 1.

Ajidar Matsyah, "Fiqh Ikhtilaf" dalam Daurah Syari`at Islam Untuk Masyarakat Gampong Se-

Kecamatan Titeu Kab. Pidie. (Aceh: Dewan Dakwah Indonesia, 2010), 13 Ogos 2010.

Al-Banhasi, al-Munjid. (Beirut: Dar al-Syuruq, 1986).

Anthony Georgieff, World: Swedish Refort Emphasizes Role of Poverty in War. (Radio Free

Eorupe, Radiao Liberty, 2000).

Barbara Crosette, Kofi Annan`s Astonishing Facts. (New York: The New York Times, 1998).

Darmien Kingsbury et al, " Military Bussines In Acheh and East Timor: A Comperative Study"

dalam prosiding Conference on the Hostorical Background on the Acheh Problem, (Singapore:

Asia Research Institute National University of Singapore, 28-29 Mae 2004).

Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kamus Dewan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2002).

Dr. Hasna Husen (ed.), Kurikulum Pendidikan Damai: Perspektif Ulama Acheh 2005. (Acheh:

Majlis Permusyawaratan Ulama, 2005).

http://www.kapanlagi.com, Selasa, 24 Jun 2008.

http://www.suaramerdeka.com, Jum`at, 08 September 2007.

Ibnu Qayyim, Bada`i al-Fawaid. (Kaherah: t.p., t.t.).

ICG Asia Report, Acheh: Kenapa Kekuatan Militer Tidak Membawa Perdamaian Kekal. (Jakarta:

ICG Asia Report, 2001).

Ismail al-Badawi, Ikhtisasat al-Sultah al-Tanfiziyyah fi al-Daulah al-Islamiyyah wa al-Nuzum al-

Dusturiyah al-Mua`sarah. (Kaherah: t.p., 1968).

Ismail Helmi, Dr, Muhammad Qaidu al-Umam. (Mesir: Al-Haiah al-Ammah al-Misriyah Li al-

Kitab, 1997).

John M. Echols et al, Kamus Inggris Indonesia. (Jakarta: P.T. Gramedia, 1997).

Longman, Dictionary of Contemporary English, (England: Longman Group Ltd., 1981).

Muhammad al-Ghazali, Al-Islam wa al-Auda`h al-Iqtisadiyyah. (Kaherah: Maktabah Nahdah,

2005).

19

Muhammad Asad, The Principles of State and Governmentt in Islam. (Kuala Lumpur: Islamic

Book Trust, 1981).

Muhammad Rasyid Ridha, Tafsir al-Manar. Jil.4, t.t.

Otto Syamsuddin Ishak, Sagoe Musaik Acheh. (Jakarta: Penerbit Achehkita kerjasama dengan

Acheh Judicial Monitoring Institute, 2006).

Philip. J. Vermonte, Demokrasi dan Konflik di Indonesia, (terj). (New York: Unpublished, 1999).

Ralph H. Salmi et al., Islam and Conflict Resolution: Theories and Practices. (Lanham:

University Press of America, Inc, 1998).

Rasyad Hasan Khalil, Al-Sami fi Tarikh al-Tasyri` al-Islami. (Kaherah: Universiti al-Azhar, t.t).

Romi Satria wahono, “Konflik Dunia, Perang dan Gap Sosial. (Jakarta: Makalah Seminar, 2002).

Safiuddin al-Mabar al-Kafuri, Al-Rahik al-Makhtum. (Kaherah: Maktabah Nur al-Islami, t.t.).

Tempo Interaktif, 25 Nov 2002 "TNI Terlibat Perniagaan di Acheh".

Yusuf al-Qardawi, Dr., Musykilah al-Fakri wa Kaifa `Alajaha al-Islam. (Kaherah: Maktabah

Wahbah, 2003).