anduan agar hidup lebih tenang dan bahagia

10
Panduan Agar Hidup Lebih Tenang Dan Bahagia April 10, 2009 By: PakarHowTo Category: Panduan Baca kisah dibawah ini sebagai panduan agar hidup anda menjadi lebih aman, tenang dan bahagia. Sekumpulan bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling. Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka. "Luarannya berbeza, tapi isi dalamnya tetap sama" Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi! Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan

Upload: adilah-mohammad-mazli

Post on 13-Sep-2015

15 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

panduan agar hidup tenang

TRANSCRIPT

anduan Agar Hidup Lebih Tenang Dan Bahagia

Panduan Agar Hidup Lebih Tenang Dan BahagiaApril 10, 2009By: PakarHowToCategory:PanduanBaca kisah dibawah ini sebagai panduan agar hidup anda menjadi lebih aman, tenang dan bahagia.

Sekumpulan bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

"Luarannya berbeza, tapi isi dalamnya tetap sama"

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan keseronokan atau terasa nikmat dengan pemberian itu. Kita terlalu banyak komplen dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak. Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah. Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah kematian itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki:Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu:Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

dihantar oleh: delirium

Artikel lain yang best-best...

Rahsia Personaliti Berdasarkan Gaya Cuti (27) Rahsia Mengeratkan Hubungan Suami Isteri (39) Panduan Mengurangkan Tekanan atau Stress (18) Tips perkahwinan (Mesti Baca) (9) Petua Untuk Mengandung (93) Panduan Cara Bagaimana Lelaki Gemuk Nak Pikat Perempuan (8) Tips bagaimana untuk mengurangkan penat dan letih (51) Tips memujuk lelaki @ cara memujuk untuk cepat masuk meminang (32) Teknik mengatasi rasa malas ketika bangun tidur (28) Tips Berhadapan Dengan Boss Yang Cerewet (34)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2Tags:aman,bahagia,hidup,Panduan,Rahsia,sentoasa,tenang,Tips

19 Comments to Panduan Agar Hidup Lebih Tenang Dan Bahagia

1. Rahmatsays:April 10, 2009 at 11:40 amSalam untuk semua,Didalam kehidupan dunia sekarang, kita hanya dan sering didedahkan dengan mengejar kemewahan, dari kecil lagi kita diajar untuk mengejar masa depan yang gemilang untuk lahiriah sahaja ,tetapi kurang diajar dengan dengan unsur-unsur kerohanian serta bersyukur. Sekiranya tidak dibendung dari sekarang ianya akan menjadi kemusnahan akhlak bagi anak cucu kita. Allahualam

[Balas Di Sini]

12. Originalersays:April 10, 2009 at 5:34 pmSalam Bahagia.

Alhamdulillaah. Thread bermanfaat.

Engkau bagai air yang jernih,Di dalam bekas yang berdebu,Zahirnya kotoran itu terlihat,Kesucian terlindung jua.(Lirik Lagu Saleem Iklim)

Pesan hamba kpd diri hamba sendri kpd Kalian semua yg Budiman-Budiwati. Kalau nak pandang, nak perati, nak kaji, maka lakukanlah demikian itu untuk selidik/mengetahui yang belah/bahagian dalam terlebih dahulu. Jernih di dalam, maka berserilah di luarnya. Keruh di dalam, maka keruh jugalah di luarnya.

Abu Hurairah RA berkata; Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH tidak melihat pada rupa paras mu, dan tidak melihat pada harta mu, dan tidak melihat pada keadaan mu, tetapi ALLAH melihat pada AMAL dan NIAT HATI mu.

Salam Harmoni.

[Balas Di Sini]

23. fatimahsays:April 10, 2009 at 5:41 pmSemakin kita diberi nikmat, kadang-kala semakin kufurlah kita. Beruntunglah bagi mereka yang memiliki jiwa yang sentiasa reda dan bersyukur atas apa jua yang Allah beri.

Ingatlah pesan Nabi junjungan kita, Barangsiapa yang mengejar dunia, maka dunia akan berlari laju. Dan barangsiapa yang mengejar akhirat, sesungguhnya dunia akan berlari kepadanya.

[Balas Di Sini]

34. alonesays:April 10, 2009 at 7:27 pmoh.

tersedar dari mimpi bila membaca kisah ini.

benar, apa yang kita perlukan adalah isinya. cuma kulitnya kadang2 kita berlebih2 lebihan.

[Balas Di Sini]

45. norrzanasays:April 10, 2009 at 10:13 pmInfo yang menarik

[Balas Di Sini]

56. Nanisays:April 10, 2009 at 11:04 pmSalam

Thanks for the info.Moga ianya memberi manafaat kpd semua.

[Balas Di Sini]

67. nizasays:April 11, 2009 at 9:44 amthanks bagi info yg sgt berguna..

[Balas Di Sini]

78. erinsays:April 11, 2009 at 2:31 pmYa info yg sgt berguna. Mengajak kita menilai erti hidup dan bahagia yg sebenarnya

[Balas Di Sini]

89. ridzuansays:April 11, 2009 at 3:30 pmterima kasih di atas sumbangan dan info info yang sangat berguna bagi orang macam saya ini yang masih mencari cari

[Balas Di Sini]

910. Hananisays:April 12, 2009 at 11:37 amSalam..info yang begitu bermanfaat. Disedari begitulah sifat manusia yang sememangnya mengejar duniamoga-moga insaflah apabila kita tersedar dari lamunan.

[Balas Di Sini]

1011. tanpa namasays:April 13, 2009 at 8:36 amInfo ini mengingatkan kita semua insan biasa yang sering lalai dalam kehidupan ini. Terima kasih kepada penyumbang kerana sudi berkongsi dan bahan yang anda sumbangkan menyebabkan kita merenung dalam diri sendiri dan menjadi satu ingatan kepada kita semua.

[Balas Di Sini]

1112. florasays:April 13, 2009 at 2:55 pmSalam..

Kebahagian dan kegembiraan hidup didunia boleh dicari dengan wang ringgit..tapi ketenangan hati dan kebahagian sebenar cuma akan kita dapat dengan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta

Jadi janganlah kita lupa tugas dan tanggungjawab kita kepadaNya..selagi apa yang dipinjamkan (nyawa) belum diambil. sama-sama kita menuju keredhaanNyaAmin

[Balas Di Sini]

1213. ummisays:April 14, 2009 at 7:45 amsalam semua.best artikel ni.mak saya selalu cakap bersyukur dgn apa yang ade.coz..kita akan lebih tenang dan bahagia.dr kecik kami dah diajar macam ni..even orang tengok kami cm susah..tapi..kami happy go lucky je..

[Balas Di Sini]

1314. must dosays:April 15, 2009 at 6:34 pmsalamsemua di atas membuatkan saya teringat kembali kata Tun Mahathir bahawa Melayu Mudah Lupa. Melayu yg kononnya Islam kadang2 lebih zalim sesama Melayu. Melayu jg yg menyebabkan melayu lain susah, sengsara, tak bahgia dan sebagainya. Melayu selalu lupa yg syahadah kita sama, kiblat kita sama malah kitab kita juga sama. Persoalannya mengapa semua yg di atas masih boleh berlaku? Baliklah ke pangkal ajaran Islam supaya lebih bersederhana dan yg penting perlu ikhlas dalam semua perkara. Harap maaf.

[Balas Di Sini]

1415. Kelas Al-Quransays:April 20, 2009 at 2:41 pmSalam, info yg baikKetahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.Ar-Rad, ayat 28

Ikuti kelas-kelas Al-Quran di sekitar Kuala Lumpur & Selangorhttp://kelasquran.blogspot.com/search/label/Kelas%20Al-Quran[Balas Di Sini]

1516. fathiahsays:April 20, 2009 at 6:03 pmtq bebyk.kdg2 pe yg kt hajati x semestinya kita miliki n kita mesti reda dgn ketentuanNya n bersyukur dgn apa yang nikmat kita miliki skarang.

[Balas Di Sini]

1617. Bakarisays:April 22, 2009 at 2:34 pmCerita di atas memang menarik,memang benar manusia hanya menilai sesuatu itu dari luaran sahaja tanpa menilai apa yang didalamnya.Terima kasih

[Balas Di Sini]

1718. syarifahsays:April 29, 2009 at 11:49 amsalam..betul nasihat tadi..tapi sy masih xdapat lagi mencari ketenangan diri..walaupun ada kerjaya yg baik masih lagi mencari yg lain konon2nya yang terbaik..tetapi kita kadang kala keliru antara tidak puas ati dengan mengejar cita2 n impian..adax nak tolong bagi nasihat betul ke salah mengejar cita2..

[Balas Di Sini]

1819. Serenasays:August 10, 2009 at 5:15 pmYe..memang kene dgn btg hidung sendiri. Sy selalu compare nasib sy dgn kawan2 lain, sy selalu rasa yg sy berhak dpt lebih dr mereka, sebab sy yg grad dulu, tp akhirnyer yg berjaya org yg grad lmbt..

Artikel ini mberi 1 keinsafan buat sy

[Balas Di Sini]

19Leave a Reply

Top of Form

Name (required)Mail (will not be published) (required)Website

Notify me of follow-up comments via e-mail

Bottom of Form

7 Tips Motivasi Pagi Untuk Lebih BersemangatSenarai Kabinet Baru Malaysia (2009)

_1312580365.unknown

_1312580367.unknown

_1312580368.unknown

_1312580366.unknown

_1312580363.unknown

_1312580364.unknown

_1312580362.unknown

_1312580360.unknown