andai saya seorang pemimpin

7
Kepemimpinan adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ia menyentuh kehidupan masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakat primitif atau sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa kuasa, kedinamikan dan kejayaan individu dalam lapangan masing-masing. Kepemimpinan juga menjadi penting kerana kita boleh memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh memilih untuk tidak mempunyai pemimpin. Seperti mana yang kita ketahui kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi pentadbirnya dalam erti kata lain yang memimpin. Seseorang pemimpin yang baik harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengelola ahli-ahli di bawah untuk mencapai matlamat organisasi. (Zainal Abidin Mohamad, 1998). Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. (Fatimah Wati Halim & Iran Herman, (1997). Andainya aku seorang pemimpin saya harus memiliki beberapa cirri-ciri personality yang berikut. Berkeyakinan kendiri, bertanggungjawab, mudah beradaptasi, peramah, amanah dan mengutamakan pencapaian. Keyakinan kendiri adalah merujuk kepada sejauh manakah saya berasa selesa dengan pertimbangan, keupayaan dan kemahiran saya. Individu yang tidak berkeyakinan tidak suka menanggung risiko dan berasa tidak selesa apabila terpaksa

Upload: liyana-zaim

Post on 31-Dec-2015

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pmimpin

TRANSCRIPT

Page 1: Andai Saya Seorang Pemimpin

Kepemimpinan adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ia

menyentuh kehidupan masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam

masyarakat primitif atau sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa kuasa,

kedinamikan dan kejayaan individu dalam lapangan masing-masing. Kepemimpinan juga

menjadi penting kerana kita boleh memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan pemimpin tetapi

kita tidak boleh memilih untuk tidak mempunyai pemimpin.

Seperti mana yang kita ketahui kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada

prestasi pentadbirnya dalam erti kata lain yang memimpin. Seseorang pemimpin yang baik

harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan peranannya sebaik mungkin

serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengelola ahli-ahli di bawah

untuk mencapai matlamat organisasi. (Zainal Abidin Mohamad, 1998).    

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang

yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua

Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan

sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. (Fatimah

Wati Halim & Iran Herman, (1997).

Andainya aku seorang pemimpin saya harus memiliki beberapa cirri-ciri personality

yang berikut. Berkeyakinan kendiri, bertanggungjawab, mudah beradaptasi, peramah,

amanah dan mengutamakan pencapaian.

Keyakinan kendiri adalah merujuk kepada sejauh manakah saya berasa selesa dengan

pertimbangan, keupayaan dan kemahiran saya. Individu yang tidak berkeyakinan tidak suka

menanggung risiko dan berasa tidak selesa apabila terpaksa membuat keputusan. Pemimpin

yang berkeyakinan lebih berjaya berbanding dengan pemimpin yang rendah keyakinan

kendiri.

Seterusnya adalah bertanggungjawab. Individu yang bertanggungjawab cenderung

melaksanakan kerjaya dengan penuh hati-hati dan bersedia mematuhi peraturan

yang ditetapkan. Sifat ini sering dikaitkan dengan kejayaan seseorang pemimpin. Justeru saya

harus memiliki sifat ini agar orang-orang yang berada di bawah kepimpinan saya merasa

yakin dengan kepimpinan saya.

Selain itu, mudah beradaptasi pulak merujuk kepada ketahanan dan keupayaan emosi

menghadapi tekanan, konflik, dan kekecewaan. Pemimpin yang berupaya mengharungi

Page 2: Andai Saya Seorang Pemimpin

rintangan-rintangan ini adalah lebih berkesan mberbanding dengan pemimpin yang tidak

boleh menyesuaikan diri dalam keadaan tertekan

Sebagai seorang pemimpin juga, sifat ini disebutkan sebagai penting dalam kejayaan

kepemimpinan saya kerana orang yang suka bergaul biasanya memperolehi banyak

pengalaman dan mudah mempengaruhi orang-orang dalam organisasinya. Justeru, ini dapat

membantu saya untuk mengenal sifat dan hati budi orang-orang yang saya pimpin.

Ciri yang seterusnya adalah amanah. Ianya merujuk kepada sifat mulia yang dimiliki

oleh seseorang yang bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan

orang lain. Orang seperti ini mudah bekerjasama dengan orang lain. Saya juga akan merasa

selesa bila mana saya memimpin orang-orang yang meletakan kepercayaan kepada saya.

Akhir sekali adalah sikap mengutamakan pencapaian. Saya hendaklah menjadi

pemimpin yang berorientasikan pencapaian dalam berusaha melaksanakan tugas dengan

jayanya kerana saya akan hanya berasa puas jika saya beroleh kejayaan. Ini akan menjadikan

saya sebagai individu yang cenderung bekerja keras, bercita-cita tinggi dan suka persaingan.

Manakala orang yang rendah orientasi pencapaian adalah tidak bercita-cita tinggi, suka

dengan keadaan yang sedia ada, dan pasif serta usaha-usahanya adalah sedikit, kecuali jika ia

dijanjikan ganjaran ekstrinsik.

Andainya saya menjadi seorang pemimpin, perkara penting yang perlu saya ambil

kira adalah cirri kepimpinan yang menepati syariat agama, saya seharusnya perlu mengambil

rujukan pandangan daripada tokoh–tokoh Islam. Contohnya, Al Mawardi menyatakan

bahawa seorang pemimpin perlu mempunyai sifat seorang yang adil dalam memimpin

pekerja di dalam organisasi tersebut. Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang

berfikiran matang dan berani berijtihad dalam melakukan tugasnya. Seorang pemimpin juga

menurut Al Mawardi perlulah berpancaindera yang sempurna. Ianya juga perlu mempunyai

ilmu agama yang tinggi. Hal ini kerana dengan adanya ilmu agama yang tinggi secara tidak

langsung dapat mengelakkan seorang pemimpin daripada melakukan perkara yang mungkar

dan seorang pemimpin juga perlu mempunyai anggota badan yang sempurna supaya boleh

menguruskan pekerjaannya dengan sempurna. (Ahmad Ibrahim Abu Sin, (1991).

Page 3: Andai Saya Seorang Pemimpin

Manakala  menurut Imam Al-Ghazali menyatakan seorang pemimpin

perlulah  seorang yang hidupnya dengan cara sederna tidak terlalu membazir dengan harta

yang dimiliki olehnya. Seorang pemimpin juga perlulah melaksanakan kerja dengan tenang

tanpa merungut dengan pekerjaan yang dilakukanna. Dia juga harus cuba memuaskan semua

pihak jika hal itu tidak melanggar undang-undang dan peraturan. Seorang pemimpin juga

menurut Imam Al-Ghazali perlulah mempunyai sifat kesedaran akan tanggungjawab besar

jawatannya. Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang suka bersahabat dengan para

ilmuan dan mendengar arahan para ilmuan tersebut. Hal ini keran supaya seorang pemimpin

tersebut tidak melanggar undang-undang yang telah digariskan dalam Islam ataupun tidak

terpesong daripada landasan agama Islam yang telah ditetapkan oleh syarak. (Ahmad

Ibrahim Abu Sin, (1991).

Pemimpin diamanahkan untuk menerajui organisasi bagi kepentingan semua ahli.

Pemimpin dipilih dan dilantik kerana kelebihan-kelebihan tertentunya yang dikira dapat

membantu organisasi, antaranya memainkan peranan-peranan penting mewakili organisasi.

Oleh itu jelas seseorang pemimpin memainkan beberapa peranan secara serentak. Peranan-

peranan berikut adalah seperti;  

Sumber rujukan: Sebagai pemimpin, saya berperanan sebagai pemberi maklumat dan

idea kepada ahli-ahli apabila diperlukan. Oleh itu saya harus memiliki pembacaan yang luas,

sentiasa mengikuti perkembangan semasa, mempunyai hubungan yang luas, banyak

pengalaman dan rajin belajar. Selain itu, saya hendakla menjadi model atau contoh pemimpin

yang memperlihatkan sifat-sifat, tingkah laku dan kebolehan yang boleh diteladani.

Sebagai pepimpin juga, saya harus sentiasa meransang dan mendorong ahli-ahli dan

rakan-rakan dan orang-orang bawahan saya untuk membangun diri, meningkatkan komitmen

dan terus gigih memberikan khidmat serta subangan untuk kebaikan bersama. Saya

hendaklah menjadi pembimbing. Selaku pembimbing saya turut mendidik, menyokong dan

membolehkan ahli berperanan dengan aktif. Belajar memahami potensi dan bakat, minat dan

kecenderungan, serta kekuatan dan kelemahan ahli dan membantu mereka untuk menjadi ahli

yang aktif dan menyumbang      

Page 4: Andai Saya Seorang Pemimpin

Saya juga berperanan sebagai prang tengah. Jika berlaku perbezaan pendapat, konflik

antara ahli-ahli, saya berperanan sebagai orang tengah bagi mencari pendamaian. Saya

hendaklah bersikap adil dan tidak condong(bias) kepada mana-mana pihak.  Disamping

memainkan peranan-peranan seperti di atas, di dalam sesuatu keadaan tertentu sebagai

pemimpin, saya juga turut berperanan sebagai pakar (berdasarkan kemahiran dan pengelaman

yang dimilikinya) guru, penyelaras, mentor, kaunselor, ideologi, penilai dan sebagainya.   

Kesimpulannya, kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang

lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini, saya sebagai

seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengan

saya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Saya juga harus berjaya

mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan

mencapai matlamat masa depan.

Walaupun kepimpinan boleh dipelajari, tapi tidak semua orang dapat menjadi pemimpin

yang baik. Menjadi pemimpin yang baik memerlukan kesabaran, kecekalan, pembelajaran

tinggi, kesediaan untuk menerima teguran juga kritikan dan sebagainya. Natijahnya seorang

pemimpin organisasi yang baik bukan sahaja bergantung kepada jawatan yang disandang

tetapi lebih kepada keupayaannya mengendalikan peranan-peranan dalam organisasi dengan

berkesan serta menguasai kemahiran-kemahiran yang dinyatakan dengan baik.

Page 5: Andai Saya Seorang Pemimpin

RUJUKAN

Aminudin Moh. Yusof (1990). Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Alias Mohamed. (1984). Kepimpinan, demokrasi dan tradisi. Kuala Lumpur: AMW

Comunications Management.

Azizan Bahari. (2009). Menjadi pemimpin. Petaling Jaya: Qarya Sdn. Bhd.

Dr Robiah Sidin (1988).  Asas Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur:

         Dewan Bahasa & Putaka.

    Fatimah Wati Halim & Iran Herman, (1997). Hubungan Nilai Kerja, Prestasi Kerja dan Kualiti

Kehidupan Bekerja di Kalangan Pekerja Sektor Awam & Swasta. Jurnal Psikologi Manusia.

Bil 11:97-114

      Mustafa Hj. Daud. (1996). Pemimpin Mengikut Pandangan Tokoh Barat, (Terjemahan),

        Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distibutors Sdn. Bhd.

 Zainal Abidin Mohamad. (1998). Pengurusan Strategik. Kuala Lumpur: Utusan

          Distributian and Publication.