ancaman lanun somalia

16
ARKIB : 24/04/2013 Ops Fajar jamin keselamatan kapal dagang Oleh SOFIAN BAHAROM [email protected] Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Polis_%26_Tentera/20130424/te_01/ Ops-Fajar-jamin-keselamatan-kapal-dagang#ixzz2YhlWiLFY © Utusan Melayu (M) Bhd SESUAI dengan reputasinya sebagai laluan laut paling berbahaya di dunia, perairan Teluk Aden, Somalia menyimpan seribu satu cerita tidak menyenangkan kepada kapal- kapal perdagangan yang melalui kawasan tersebut. Lanun di perairan sepanjang 3,300 kilometer (km) itu terutamanya, telah menjadi ancaman besar kepada sektor perkapalan antarabangsa sejak fasa kedua Perang Saudara Somalia pada awal abad ke-21. Mempunyai kedudukan strategik di bahagian selatan kawasan The Horn of Africa, Teluk Aden menyaksikan banyak siri rompakan dan rampasan kapal perdagangan yang merugikan penggiat perniagaan setiap tahun. Sejak 2005, badan-badan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Maritim Antarabangsa dan Program Makanan Dunia menyatakan kebimbangan mereka terhadap peningkatan gejala perlanunan di kawasan tersebut. Atas kesedaran itu, Malaysia telah melancarkan Ops Fajar bagi menjamin keselamatan kapal-kapal dagang kita pada tahun 2008 dan memasuki siri kesembilan kini. Menerusi operasi tersebut, Pasukan Khas Laut (Paskal) digerakkan menaiki kapal auxiliary Bunga Mas 5 dan 6 untuk melindungi kapal-kapal dagang Malaysia. Kejayaan terus terukir bagi kru Ops Fajar apabila dua tahun lalu, sebuah kapal dagang iaitu MT Bunga Laurel berjaya diselamatkan selepas dua jam ditawan lanun, kira-kira 300 batu nautika (555 kilometer) di timur Oman, Tidak lama selepas itu, sebuah Pasukan Perlindungan Khas (PPK) Bunga Mas 5 terdiri daripada enam anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mematahkan cubaan lanun merampas kapal dagang MT Eagle Stealth milik MISC. Dalam kejadian tersebut, lima bot laju dinaiki antara 10 hingga 15 lanun dipercayai dari Somalia cuba merapati kapal tersebut ketika belayar merentasi Bab Al-Mandeb, 30 batu nautika dari Al-Mukha, Yaman. Jelas Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, kejayaan menangkap tujuh lanun Somalia sekali gus mengagalkan cubaan lanun tersebut mencerminkan kesiapsiagaan tempuk ketumbukan tersebut.

Upload: gs-wee

Post on 05-Dec-2015

239 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pencerobohan sempadan negara

TRANSCRIPT

Page 1: Ancaman Lanun Somalia

ARKIB : 24/04/2013

Ops Fajar jamin keselamatan kapal dagangOleh SOFIAN [email protected] NOOR ASREKUZAIREY SALIM

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Polis_%26_Tentera/20130424/te_01/Ops-Fajar-jamin-keselamatan-kapal-dagang#ixzz2YhlWiLFY © Utusan Melayu (M) Bhd 

SESUAI dengan reputasinya sebagai laluan laut paling berbahaya di dunia, perairan Teluk Aden, Somalia menyimpan seribu satu cerita tidak menyenangkan kepada kapal-kapal perdagangan yang melalui kawasan tersebut.

Lanun di perairan sepanjang 3,300 kilometer (km) itu terutamanya, telah menjadi ancaman besar kepada sektor perkapalan antarabangsa sejak fasa kedua Perang Saudara Somalia pada awal abad ke-21.

Mempunyai kedudukan strategik di bahagian selatan kawasan The Horn of Africa, Teluk Aden menyaksikan banyak siri rompakan dan rampasan kapal perdagangan yang merugikan penggiat perniagaan setiap tahun.

Sejak 2005, badan-badan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Maritim Antarabangsa dan Program Makanan Dunia menyatakan kebimbangan mereka terhadap peningkatan gejala perlanunan di kawasan tersebut.

Atas kesedaran itu, Malaysia telah melancarkan Ops Fajar bagi menjamin keselamatan kapal-kapal dagang kita pada tahun 2008 dan memasuki siri kesembilan kini.

Menerusi operasi tersebut, Pasukan Khas Laut (Paskal) digerakkan menaiki kapal auxiliary Bunga Mas 5 dan 6 untuk melindungi kapal-kapal dagang Malaysia.

Kejayaan terus terukir bagi kru Ops Fajar apabila dua tahun lalu, sebuah kapal dagang iaitu MT Bunga Laurel berjaya diselamatkan selepas dua jam ditawan lanun, kira-kira 300 batu nautika (555 kilometer) di timur Oman,

Tidak lama selepas itu, sebuah Pasukan Perlindungan Khas (PPK) Bunga Mas 5 terdiri daripada enam anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mematahkan cubaan lanun merampas kapal dagang MT Eagle Stealth milik MISC.

Dalam kejadian tersebut, lima bot laju dinaiki antara 10 hingga 15 lanun dipercayai dari Somalia cuba merapati kapal tersebut ketika belayar merentasi Bab Al-Mandeb, 30 batu nautika dari Al-Mukha, Yaman.

Jelas Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, kejayaan menangkap tujuh lanun Somalia sekali gus mengagalkan cubaan lanun tersebut mencerminkan kesiapsiagaan tempuk ketumbukan tersebut.

“Bermula Ops Fajar dilancarkan sehingga kini, belum ada satu pun kapal MISC yang berjaya ditahan lanun Somalia.

“TLDM dengan kerjasama pihak MISC telah melancarkan kapal auxiliary kedua iaitu Kapal auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Bunga Mas 6 pada 8 Ogos 2011.

“Sehingga ke kini, setelah beroperasi selama 1,390 hari, Kapal Auxiliary TLDM Bunga Mas 5 telah berjaya mengiringi 234 buah kapal MISC dalam 194 konvoi. Kapal Auxiliary TLDM Bunga Mas 6 pula telah berjaya mengiringi 41 buah kapal MISC dalam 41 konvoi," katanya.

Page 2: Ancaman Lanun Somalia

Gaya Tentera berkesempatan menaiki sendiri Bunga Mas 6 yang diketuai Komander Kapten Mohd. Nazri Sharif, 40, pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 baru-baru ini.

Kapal setinggi tujuh tingkat tersebut turut menempatkan ruang mendarat helikopter pasukan Rajawali Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), tempat menginap dan ruang latihan pasukan Paskal manakala pusat pengemudian seluruh kapal berada di tingkat paling atas.

Dikemudi Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM), Bunga Mas 6 merupakan antara tarikan utama segmen maritim pada LIMA 2013.

Kapasiti normal kapal yang dahulunya juga sebuah kapal dagang tersebut boleh memuatkan lebih 100 anak kapal dan barangan dagangan setiap kali operasi dijalankan.

Mohd. Nazri memberitahu, konvoinya yang membawa kira-kira 25 anggota Paskal akan memulakan rutin operasi dengan mengiringi kapal-kapal dagang MISC bermula di Lumut sehingga ke sebuah ‘checkpoint’ yang ditetapkan di sempadan Teluk Aden.

Kemudian, jelasnya, pasukan Paskal akan memulakan mobilisasi ke kapal yang diiringi itu bagi memastikan sebarang bentuk ancaman lanun tidak wujud terhadap kapal berkenaan.

“Sepanjang saya mengetuai Bunga Mas 6, tiada sebarang ancaman yang besar berlaku kepada kapal-kapal MISC, cuma percubaan-percubaan kecil yang akhirnya berakhir dengan lanun-lanun tersebut menyedari bahawa kapal dagang kita diawasi Paskal lalu menghilangkan diri.

“Namun begitu, kelibat kumpulan bersenjata api termasuk raifal M16 dan AK-47 di atas bot pancung berdekatan dengan laluan kapal sememangnya sebuah pemandangan yang biasa bagi kami," ujarnya.

Wartawan turut mengambil kesempatan untuk bertanyakan berhubung pengalaman Mohd. Nazri sewaktu operasi menyelamatkan MT Bunga Laurel tersebut dua tahun lalu.

Mengimbau semula kejadian tersebut, Ahmad Nazri memberitahu, kejadian pada pukul 7 petang pada 20 Januari itu masih segar dalam ingatannya memandangkan peristiwa berkenaan melibatkan 21 anak kapal dagang milik MISC, Bunga Lauren hampir terkorban dan menjadi tebusan.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika beliau dan pasukannya yang menaiki kapal Bunga Mas 5 mengiringi Bunga Lauren ke Lautan Arab pada hari tersebut sebelum menerima laporan kapal dagang tersebut didekati lanun menggunakan bot pancung dan bersenjatakan raifal AK-57.

“Kami tidak dapat menghubungi mereka dalam tempoh 10 minit dan selepas itu kami menjenguk kapal milik MISC berkenaan dan ditembak lanun.

“Lantas itu, kami berpatah balik ke kapal tersebut untuk membantu dan apabila komunikasi pulih, kami segera arahkan mereka untuk bersembunyi di dalam bilik enjin," katanya kepada pemberita.

Jelas Mohd. Nazri, sebaik sahaja tiba, kapal mereka telah ditembak lanun yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 27 tahun tersebut sebelum 14 anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) menyelinap masuk ke kapal dan berlaku insiden tembak-menembak.

Insiden tembak menembak itu, jelas beliau, berakhir lapan jam kemudian iaitu pukul 3 pagi dengan kesemua lanun berjaya ditangkap.

Kesimpulannya, Ops Fajar membuktikan kejayaan TLDM dalam melaksanakan misi dan visi mempertahankan negara selain Ops Pejarak di Pulau Perak, Kedah dan Pulau Jarak, Perak; Ops Sinar Sakti di gugusan Semarang Peninjau, Sabah dan Ops Daulat Benua di perairan Sabah Timur.

Page 3: Ancaman Lanun Somalia

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Polis_%26_Tentera/20130424/te_01/Ops-Fajar-jamin-keselamatan-kapal-dagang#ixzz2Yhlek8Is © Utusan Melayu (M) Bhd 

ARKIB : 02/03/2013

Komitmen di selatan ThaiOleh Azman Anuar

KEBANGKITAN gerakan pejuang pemisah di selatan Thailand sejak Peristiwa Tak Bai dan Masjid Krisek sembilan tahun lalu sentiasa mengundang kebimbangan terhadap tahap keselamatan di wilayah bergolak itu.

Sejak 2004, usaha beberapa Perdana Menteri Thai membawa kedamaian di selatan negara itu menemui kegagalan. Kini tercetus persoalan tentang sejauh mana komitmen yang dijanjikan oleh kerajaan Thailand di bawah pimpinan Yingluck Shinawatra pula untuk memulihkan keamanan di wilayah tersebut.

Sebelum termeterai perjanjian persetujuan bersama rundingan damai Kerajaan Thailand dengan Barisan Revolusi Nasional (BRN) iaitu kumpulan pemisah Islam di Putrajaya, Khamis lalu, berlaku beberapa serangan. Faktor itulah yang mendorong kerajaan Bangkok menyegerakan satu penyelesaian politik secara berkekalan dilakukan dengan bantuan Malaysia.

Kerajaan Thailand mungkin telah melihat bagaimana tindakan kerajaan Filipina yang berjaya memuktamadkan perdamaian dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) sehingga terbentuknya wilayah Bangsamoro yang sebelum ini memperjuangkan hak dan kedaulatan ke atas wilayah Mindanao. Proses perdamaian itu Malaysia turut memainkan peranan utama.

Dengan termeterainya perjanjian damai itu menunjukkan konflik pemerintah dengan kumpulan pemisah boleh diselesaikan.

Kerajaan Thai perlu juga mengkaji bagaimana beberapa tahun lalu akhirnya Gerakan Aceh Merdeka (GAM) bersetuju menggugurkan tuntutan kemerdekaan dan kekal bersama Republik Indonesia.

Kerajaan Thailand telah mengambil langkah yang betul dengan membawa kumpulan pemisah di selatan negara itu ke meja rundingan. Malah lebih bermakna lagi apabila memilih Malaysia menjadi pengantara proses damai itu.

Bangkok kini sedar bahawa pendekatan dan polisi yang diambilnya dalam menangani konflik di selatan negara itu sejak sekian lama ternyata gagal. Kegagalan mencari penyelesaian itu kerana Bangkok kurang menunjukkan minat untuk mengadakan dialog sebaliknya lebih kerap mengambil pendekatan kekerasan untuk mengekang kebangkitan masyarakat Islam di selatan negara itu.

Melihat kepada pendekatan yang diambil oleh pemimpin-pemimpin Thailand sebelum ini, mungkin tidak banyak yang boleh diharapkan oleh masyarakat Islam selatan Thailand kepada Yingluck Shinawatra.

Beliau perlu berusaha keras memandangkan masyarakat Islam masih tidak dapat melupakan kekejaman yang dilakukan oleh abang beliau, Thaksin Shinawatra ke atas penunjuk perasaan di Tak Bai. Untuk kembali memenangi hati penduduk, beliau bukan sahaja perlu menegakkan keadilan kepada keluarga mangsa rusuhan yang terbunuh tetapi juga perlu merangka satu strategi baru untuk memulihkan keamanan di wilayah itu.

Page 4: Ancaman Lanun Somalia

Paling penting adalah untuk memenuhi komitmennya memberikan kuasa autonomi ke atas wilayah selatan negara itu seperti mana yang beliau janjikan ketika berkempen dalam pilihan raya tahun lalu.

Dengan adanya usaha membawa kedua-dua belah pihak ke meja rundingan sepertimana yang diusahakan oleh kerajaan Filipina dengan Bangsamoro, kita percaya masalah penduduk Islam selatan Thai akan selesai.

Berdasarkan pengalaman lalu apabila proses damai sering menemui kegagalan maka kedua-dua pihak perlu elak menggunakan kekerasan dan senjata, sebaliknya mereka perlu menggunakan perantara seperti Malaysia untuk memuaskan hati kedua-dua pihak.

Sesungguhnya banyak yang perlu kerajaan Thai fahami kenapa berlaku konflik di wilayah negara itu.

Kalau diimbau permulaan siri konflik yang berlaku di selatan Thai, banyak yang melontarkan pendapat bahawa ia disebabkan rasa tidak puas hati masyarakat Melayu di wilayah tersebut.

Kerajaan Thai dilihat gagal memahami keperluan dan kehendak masyarakat Melayu Islam yang mendominasi wilayah itu.

Masalah itu ditokok tambah apabila kurangnya pemahaman kerajaan di Bangkok kepada keperluan asas penduduk, identiti masyarakat Melayu, tidak mengiktiraf agama Islam dan bahasa Melayu, keselamatan dan pembangunan.

Bayangkan sejak Peristiwa Tak Bai dan Masjid Krisek tterjadi, tiada pelaburan di wilayah selatan dan kedatangan pelancong asing juga merosot dengan ketara sekali.

Sejak peritiwa itu juga, wilayah selatan Thai sering mengalami serangan bom dan kejadian tembakan curi oleh kumpulan pejuang yang ingin membalas dendam.

Kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN), kumpulan pejuang pembebasan Islam di selatan Thailand yang menandatangani persetujuan rundingan damai kelmarin perlu belajar daripada pengalaman rundingan damai yang terbengkalai. Tujuannya mencari kaedah terbaik untuk mendamaikan kawasan majoriti Islam di Yala, Narathiwat dan Pattani.

Antara draf pelan damai yang lalu ialah kumpulan pemisah diminta menggugurkan tuntutan kemerdekaan, dengan balasannya mereka diberikan pengampunan, pembangunan ekonomi yang lebih baik, lebih banyak dana dan penggunaan bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

Kerajaan Thailand pula mahukan gencatan senjata dan meminta kumpulan pemisah di wilayah terbabit menyerahkan senjata mereka bagi menamatkan kejadian tembak dan pengeboman yang sering berlaku di Yala, Narathiwat dan Pattani.

Sejak Yingluck menjadi Perdana Menteri Thailand, kerajaannya ada mengambil langkah untuk menstabilkan wilayah selatan, dengan tumpuan kepada pendidikan, latihan dan peruntukan bantuan kepada peniaga kecil.

Yingluck mungkin sedar menggunakan elemen tentera dan kekerasan untuk mengekang kebangkitan penduduk Islam tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada kedua-dua pihak sebaliknya berlaku pertumpahan darah yang lebih banyak.

Nampaknya kecenderungan kerajaan Thailand mengambil pendekatan mengurus etnik mengikut model Malaysia amat membanggakan kerana negara kita mempunyai pengalaman luas menguruskan tiga etnik besar di samping kumpulan etnik lain di Sabah dan Sarawak.

Sebab itu, pendekatan pendidikan untuk pembangunan harus dijadikan sebagai satu pilihan jika kerajaan Thailand ingin melihat keamanan berkekalan di negara itu. Soal agama dan bahasa mesti diberikan kepada setiap etnik malah diperkuatkan di sekolah.

Page 5: Ancaman Lanun Somalia

Tidak ada faedah memaksa penduduk Melayu/Islam selatan Thai supaya melupakan terus agama dan bahasa mereka kerana usaha ini hanya akan menemui kegagalan.

Malaysia sebenarnya tidak ingin campur tangan dalam soal politik Thailand namun kini mereka sudah mempelawa dan kita sedia membantu.

Kerajaan Malaysia amat prihatin dengan apa yang berlaku di selatan Thai kerana kemakmuran negara jiran mahu tidak mahu menjadi salah satu daripada tanggungjawab kita.

Justeru, pendekatan ‘memakmurkan jiran’ adalah satu strategi yang sesuai dalam konteks wilayah sempadan Malaysia-Thailand itu di mana Malaysia memakmurkan jirannya di selatan Thai dan kemakmuran itu dikongsi bersama oleh kedua-dua negara.

Malaysia telah menyatakan kesanggupan untuk membantu menamatkan pemberontakan yang telah lama berlarutan di wilayah selatan Thai.

Datuk Seri Najib Razak pun yakin rundingan damai pihak bertelagah di selatan Thai dapat mewujudkan keamanan berkekalan di wilayah itu.

Kepada tiga pihak- Kerajaan Thai, BRN dan wakil Malaysia harus mula memikirkan penyelesaian jangka panjang yang natijahnya akan menguntungkan semua pihak. Satu formula bersama boleh dirangka yang bakal meletakkan situasi menang-menang.

Islam di Malaysia tidak mengajar soal ekstremisme tetapi mengajar kesederhanaan, yang mahu dikongsi oleh Malaysia dengan pemimpin agama di selatan Thai.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130302/re_01/Komitmen-di-selatan-Thai#ixzz2YhmlXR6O © Utusan Melayu (M) Bhd 

Page 6: Ancaman Lanun Somalia

ARKIB : 26/10/2004Selatan Thai berdarah lagi -- 6 terbunuh, ramai cedera pertempuran umat Islam dengan pasukan keselamatan

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=1026&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2YhpXG9RK © Utusan Melayu (M) Bhd 

BANGKOK 25 Okt. - Selatan Thai bergolak lagi apabila sekurang-kurangnya enam penduduk Islam terbunuh manakala berpuluh-puluh cedera dalam pertempuran sengit pasukan keselamatan dengan penduduk ketika tunjuk perasaan besar-besaran di Tak Bai, Narathiwat hari ini.

Lebih 400 penunjuk perasaan lagi, kebanyakannya belia, ditahan dan dibawa ke kem tentera Inkayut Borikan, Pattani manakala pihak berkuasa Thai segera mengenakan perintah berkurung mulai pukul 10 malam ini hingga 6 pagi esok.

Pertempuran kira-kira pukul 3 petang waktu Malaysia itu berlaku di luar sebuah balai polis di Tak Bai.

Kejadian itu adalah yang terburuk di selatan Thailand, selepas peristiwa berdarah di Masjid Kerisik di Pattani pada 28 April lalu yang menyaksikan 32 orang militan dibunuh.

Dalam kejadian hari ini saksi-saksi berkata, sebaik sahaja askar-askar mara, tembakan amaran dilepaskan.

``Penunjuk perasaan menggunakan batu manakala pasukan pegawai keselamatan melepaskan tembakan ke udara.

``Tembakan pistol juga kedengaran dilepaskan oleh para penunjuk perasaan,'' kata saksi-saksi.

Pihak berkuasa pula berkata, kira-kira 20 penunjuk perasaan dan 10 askar serta polis cedera sewaktu pertempuran mula meletus dengan batu-batu dilemparkan.

Page 7: Ancaman Lanun Somalia

Televisyen tempatan melaporkan, lebih 400 penunjuk perasaan ditahan dan dibawa ke berek askar untuk disoal siasat berhubung peristiwa terbaru itu.

Siaran televisyen itu juga menyiarkan imej askar-askar pencegah rusuhan melepaskan penyembur air dan gas pemedih mata bagi menyuraikan kira-kira 2,000 penunjuk perasaan yang berhimpun di balai polis Tak Bai sejak awal pagi.

Tunjuk perasaan dilancarkan oleh penduduk kampung hari ini bagi mendesak pihak berkuasa membebaskan enam sukarelawan pertahanan kampung yang diberkas polis, minggu lalu.

Polis menahan mereka kerana tidak berpuas hati dengan penjelasan berhubung kehilangan senjata api yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka untuk kawalan keselamatan kampung.

Bagaimanapun, sukarelawan itu mendakwa, senapang patah mereka hilang dicuri orang.

Polis pula mendakwa, hasil siasatan lanjut mendapati sukarelawan itu mengaku menyerahkan senjata yang didakwa hilang itu, kepada kumpulan militan.

Sementara itu, seorang pegawai polis yang enggan dikenali pula berkata, sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam insiden itu.

Sebelum kejadian berdarah di Pattani April lepas, kumpulan pemisah terbabit menyerang beberapa balai polis dan pos keselamatan di wilayah Pattani, Yala dan Songkhla.

Komander Tentera Wilayah Selatan, Pisan Wattanwonngkeree, pada satu sidang media hari ini berkata: ``Saya arahkan mereka bersurai. Mereka mempunyai senjata. Para pemberita boleh melihat mereka menggunakan senjata untuk bertempur dengan pegawai-pegawai keselamatan.''

Sementara itu, Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang melakukan lawatan mengejut ke tempat kejadian berkata: ``Saya mahu memberitahu penduduk Islam Thai bahawa saya tahu apa yang berlaku di selatan Thai dan saya tidak akan membenarkan pihak berkuasa menganggu orang awam.

``Bagaimanapun apabila pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang, mereka perlu menghormatinya.''

Menurut beliau, kunjungannya itu untuk melihat sendiri tempat berlakunya pertempuran itu dan untuk memberi sokongan moral kepada pihak berkuasa.

Keganasan di selatan Thailand mula meletus pada Januari lalu apabila sekumpulan bersenjata menyerbu sebuah kem tentera dan membunuh empat askar sebelum melarikan diri bersama-sama beberapa laras senjata termasuk raifal M 16.

Sejak itu, keganasan terus menjadi-jadi dengan lebih 360 orang terkorban dalam keganasan yang berlaku di tiga wilayah selatan Thailand iaitu Yala, Narathiwat dan Songkhla, yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Penduduk Islam di wilayah itu sebelum ini mendakwa mereka menjadi mangsa diskriminasi oleh kerajaan pusat khususnya dari segi pendidikan dan pekerjaan.

Page 8: Ancaman Lanun Somalia

Thaksin memberi perhatian terhadap masalah ini malah beliau sendiri `turun padang' untuk berjumpa dengan masyarakat di selatan Thai bagi mencari jalan perdamaian.

Para pegawai Thailand turut mengadakan perbincangan dengan pemimpin kumpulan pemisah dalam usaha menamatkan sengketa di wilayah tersebut. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=1026&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2YhpdCRR5 © Utusan Melayu (M) Bhd 

ARKIB : 16/10/2012

Konflik 40 tahun berakhirOleh Ramli Abd. Karim

MANILA 15 Okt. - Proses penubuhan entiti baru wilayah autonomi Bangsamoro secara rasmi bermula hari ini apabila Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro dimeterai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Istana Malacanang di sini tepat pukul 3 petang ini.

Detik-detik penuh bersejarah itu yang turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Benigno Aquino III, merupakan tanda persetujuan kedua-dua pihak untuk menamatkan konflik berdarah lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina itu yang telah meragut lebih 120,000 nyawa.

Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro setebal 13 muka surat itu mengandungi sembilan fasal utama iaitu mengenai penubuhan, undang-undang asas, kuasa kedua-dua pihak, hasil dan pembahagian kekayaan; persempadanan wilayah, hak asasi penduduk, peralihan dan pelaksanaan; normalisasi dan lain-lain.

Mengenai penubuhan entiti baru itu, Bangsamoro akan menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) dan ia diharap menjadi realiti menjelang 2016, iaitu sebelum penggal pemerintahan Aquino III berakhir.

Page 9: Ancaman Lanun Somalia

Berkaitan kuasa kedua-dua pihak, perjanjian itu antara lain mengakui keperluan mengukuhkan Mahkamah Syariah dan membenarkan Bangsamoro menguatkuasakan sistem keadilan Syariah kepada umat Islam di wilayah itu.

Turut menyaksikan upacara itu bagi pihak MILF mewakili penduduk wilayah selatan Filipina yang majoritinya beragama Islam adalah pengerusinya, Murad Ebrahim.

Perasaan gembira Murad bersama sekumpulan pemimpin dan perwakilan lain MILF yang turut dijemput pada upacara di dalam Dewan Rizal di istana itu dengan sebahagiannya menitiskan air mata kesyukuran, pasti dikongsi penduduk wilayah baru Bangsamoro yang mengimpikan kehidupan lebih selamat, sejahtera dan terbela.

Perjanjian itu ditandatangani Pengerusi Panel Perundingan MILF, Mohagher Iqbal dan rakan sejawatannya daripada pihak kerajaan Filipina, Dean Marvic Leonen. Ia turut ditandatangani sebagai saksi perjanjian oleh fasilitator perundingan dari Malaysia, Datuk Tengku Ab. Ghafar Tengku Mohamed.

Turut menyaksikan peristiwa bersejarah itu adalah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menteri-menteri kabinet Filipina dan Malaysia termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Hadir sama Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu dan Penasihat Presiden bagi Proses Perdamaian, Teresita Quintos-Deles.

Dalam pada itu, Najib dalam ucapannya menyatakan komitmen Malaysia untuk membantu selatan Filipina khususnya menawarkan latihan dan pendidikan supaya masa depan anak-anak di Bangsamoro lebih terjamin.

Beliau memberi jaminan kepada keseluruhan rakyat Filipina bahawa Malaysia bersama-sama negara ini ke arah merealisasikan pelaksanaan perjanjian yang dimeterai hari ini.

“Hari ini, sesuatu telah berubah. Hari ini kita akan meninggalkan keganasan dan beralih ke arah masa depan yang baru dan lebih cerah," katanya sambil diberi tepukan gemuruh oleh kira-kira 500 tetamu yang hadir termasuk diplomat asing.

Presiden Aquino III dalam ucapannya selepas itu pula mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu merealisasikan usaha perundingan sehingga termeterainya perjanjian tersebut termasuk kerajaan Malaysia yang sentiasa memberi komitmen tinggi. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121016/lu_01/Konflik-40-tahun-berakhir#ixzz2YhqR3tOm © Utusan Melayu (M) Bhd 

Page 10: Ancaman Lanun Somalia

ARKIB : 30/12/2012

2013: Cabaran getir ASEANOleh Azmi Hassan

TIDAK memeranjatkan jika diandaikan tahun 2012 berkisar kepada dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat (AS) dan China kerana setiap tindak-tanduk mereka tidak kira di mana samaada secara tersurat atau tersirat sudah pasti memberi kesan kepada geopolitik dunia.

Setiap strategi yang direncanakan oleh Washington lazimnya mempunyai kaitan untuk mengekang kebangkitan China sama ada dalam bidang ekonomi, ketenteraan, kebudayaan atau sosial. Begitu juga sebaliknya Beijing sentiasa begitu cermat melebarkan pengaruh agar tidak mempamerkan kerakusan yang boleh menimbulkan syak-wasangka negara lain.

Page 11: Ancaman Lanun Somalia

Paling menarik tirai 2012 ditutup dengan pemilihan kepimpinan tertinggi kedua-dua negara yang berlaku hampir serentak tetapi begitu berbeza kaedahnya. Pemilihan Presiden Barack Obama buat penggal kedua telah melalui proses pengundian oleh hampir 140 juta rakyat Amerika yang layak mengundi manakala pemilihan Xi Jinping sebagai Presiden pula hanya direncanakan oleh beberapa pemimpin berpengaruh dalam Parti Komunis China (CPC).

Walaupun kaedah pemilihan adalah begitu jauh bezanya tetapi kewibawaan dan mandat yang dimiliki oleh kedua-dua Presiden ini bakal mewarnai geopolitik dunia untuk tahun 2013. Suburnya demokrasi AS kerana setiap rakyat mereka berpeluang melangsungkan tanggung jawab sementara stabilnya China adalah kerana pertukaran pemimpin dilakukan secara tersusun dan tidak mendadak.

Pemangkin yang bakal mewarnai tahun 2013 tidak lagi berpusat di Eropah kerana benua tersebut sedang bergelut dengan masalah ekonomi meruncing yang tidak memungkinkan organisasi seperti Kesatuan Eropah (EU) mampu bertindak secara melampau.

Begitu juga beberapa negara Arab sudah dan akan melalui proses pertukaran rejim tidak lagi dianggap sebagai titik-tolak geopolitik dunia. Kemelut Timur Tengah yang pada ketika ini begitu mudah direncanakan mengikut cita rasa rejim Israel juga sudah tidak menjadi isu kritikal untuk tahun 2013.

Ada yang meramalkan tahun hadapan adalah milik Asia kerana berlaku perubahan pucuk pimpinan beberapa negara penting benua tersebut. Pemilihan Xi Jinping sebagai Presiden China adalah kritikal kerana Xi mempunyai pengaruh yang begitu kuat dalam organisasi tentera China iaitu PLA. Begitu juga dengan kejayaan Park Guen-hye sebagai Presiden wanita pertama Korea Selatan dianggap sama penting dengan pemilihan Shinzo Abe sebagai Perdana Menteri Jepun. Penting kerana kedua-dua pemimpin tersebut berfahaman konservatif dan mempunyai semangat nasionalis yang begitu tinggi.

Pertembungan

Tetapi Asia Tenggara dan bukannya Asia Timur yang bakal menyaksikan pertembungan di antara dua kuasa besar Washington dan Beijing. Jika berlaku Perang Dingin antara AS dan USSR selepas tamat Perang Dunia Kedua, maka kini telah timbul bibit-bibit Perang Dingin ala timur antara AS dan China. Tahun 2013 bakal memberi gambaran lebih jelas komposisi sebenar kumpulan pihak yang bertelagah.

Jika Perang Dingin pertama telah melalui berbagai-bagai bentuk krisis seperti Krisis Peluru Berpandu Cuba, Tembok Berlin, Perang Vietnam dan Revolusi Hungary maka Perang Dingin terbaru mempunyai satu pemangkin iaitu perebutan wilayah maritim terutama sekali yang membabitkan Laut China Selatan.

Memang benar Laut China Timur juga sedang bergolak dengan isu Zon Ekslusif Ekonomi (EEZ) antara Jepun, Korea Selatan dan China tetapi persengketaan ini amat jelas pembentukannya di mana sokongan AS berpihak 100 peratus kepada Jepun dan Korea Selatan. Tetapi sengketa Laut China Selatan yang secara langsung melibatkan 10 negara ASEAN masih belum begitu nyata komposisi negara mana yang berpihak kepada AS atau China.

Tahun 2012 menyaksikan Washington mengumumkan strategi apa yang digelar Pangsi Pasifik yang memberi perhatian khusus terhadap rantau Asia Pasifik. Dasar

Page 12: Ancaman Lanun Somalia

pangsi ini adalah begitu jelas untuk menjadikan Asia Pasifik sebagai pangkalan tumpuan kekuatan ketenteraan mereka, terutama sekali angkatan tentera laut AS (USN). Pada ketika ini penempatan aset USN adalah seimbang antara Atlantik dan Pasifik. Tetapi bermula tahun 2013, kekuatan USN akan tertumpu di Pasifik dengan kelebihan nisbah 60:40.

Penambahan anggota tentera Marin AS yang ditempatkan di pangkalan tentera laut di Darwin, Australia telah pun bermula semenjak April lepas. Tidak ketinggalan juga Washington sedang menjalin kerjasama strategik antara beberapa negara ASEAN seperti Thailand, Singapura dan Filipina untuk mengukuhkan kehadiran tentera AS di rantau sebelah ini.

Pentingnya ASEAN kepada Washington dalam percaturan dengan China adalah begitu nyata kerana perhatian yang diberikan begitu mendadak sekali. Sebaik sahaja mendapat mandat untuk penggal kedua pada November lepas, Presiden Obama telah membuat lawatan ke Myanmar, Thailand dan Kemboja. Lawatan ke Myanmar dianggap satu sejarah kerana buat pertama kali dilakukan oleh Presiden AS.

Begitu juga dengan Setiausaha Negara AS , Hillary Clinton telah melawat semua 10 negara ASEAN dan tidak pernah terlepas mesyuarat Forum Serantau ASEAN (ARF) yang membincangkan isu keselamatan dan pertahanan serantau.

Tetapi menariknya untuk negara ASEAN, tidak seperti mana Jepun atau Korea Selatan, Washington kurang berjaya memikat beberapa negara ASEAN supaya berpihak kepada AS apabila berhadapan dengan China. Kecuali Manila yang begitu jelas mahu melibatkan AS, negara ASEAN lain nampak gayanya begitu strategik dan pintar tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak kuasa besar.

Manila mungkin tidak mempunyai pilihan kerana ketegangan di Scarborough Shoal yang meletus pada April lepas jelas mempamerkan kelemahan tentera mereka menghadapi kekuatan China.

Sekutu

Thailand walaupun mempunyai status sekutu bukan NATO dengan AS, mengambil sikap berhati-hati supaya tidak menyinggung perasaan Beijing. Malah Perdana Menteri kedua-dua negara Yingluck Shinawatra dan Wen Jiabao telah bersetuju menaik taraf terma hubungan bilateral kepada perkongsian strategik.

Paling menarik pada Jun lepas, Bangkok membatalkan persetujuan asal untuk membenarkan NASA menggunakan pangkalan udara U-Tapao sebagai pusat penerbangan kapal terbang penyelidikan atmosfera U-2 kerana curiga dengan bantahan Beijing. Khabarnya NASA juga mengemukakan permintaan yang serupa kepada Kuala Lumpur pada November lepas.

Singapura yang mempunyai hubungan ketenteraan yang rapat dengan AS melalui Kerangka Perjanjian Strategik bakal teruji dasar mereka pada tahun hadapan apabila empat kapal gempur pesisir (LCS) AS mula ditempatkan di Pangkalan Tentera Laut Changi. Singapura tidak seperti Manila juga tidak mahu mempamerkan sikap tidak berpihak walaupun secara dasarnya lebih berpihak kepada AS.

Vietnam walaupun sejak kebelakangan ini semakin rapat dengan AS, tetapi mengambil pendekatan berhati-hati serupa dengan Thailand dan Singapura yang

Page 13: Ancaman Lanun Somalia

tidak mahu menyinggung perasaan Beijing. AS yang bercita-cita menggunakan pangkalan laut Cam Ranh Bay masih belum berjaya memujuk Hanoi.

Malaysia dan Indonesia yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam juga mengambil sikap pragmatik apabila berhadapan dengan sengketa AS-China. Walaupun Malaysia mempunyai masalah tuntutan bertindih beberapa pulau Spratly dengan China, tetapi isu ini tidak mengaburi kepentingan hubungan dua hala. Pada September lepas umpamanya Kuala Lumpur dan Beijing telah buat julung kali mengadakan perbincangan mengenai keselamatan dan pertahanan strategik.

Strategi pragmatik yang diamalkan oleh negara ASEAN pada 2012 telah berjaya meredakan ketegangan Laut China Selatan. Tetapi tahun 2013 bakal memberi cabaran getir bagi beberapa negara ASEAN untuk mengekalkan momentum tidak berpihak sama ada kepada AS atau China. Dengan gabungan penduduk melebihi 600 juta dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi AS$2.2 trilion, ASEAN memerlukan kedua-dua pasaran AS dan China untuk berkembang.

Semenjak Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China ditandatangani pada 2010, ASEAN telah meraih manfaat yang begitu besar kerana permintaan dari pasaran China adalah begitu besar untuk dibiarkan begitu sahaja. Tetapi Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang melibatkan Malaysia, Brunei, Vietnam dan Singapura bersama-sama dengan AS bakal memberi cabaran baru pada tahun hadapan kerana Beijing menuduh TPP sengaja diadakan untuk mengekang pertumbuhan ekonomi mereka.

Negara ASEAN perlu bijak melaksanakan strategi supaya tidak terjebak dan terperangkap seperti yang telah dilalui oleh negara Eropah ketika meletusnya Perang Dingin AS-USSR. Tahun 2012 mempamerkan negara ASEAN mampu membuat keputusan pragmatik yang tidak memudaratkan rantau Asia Tenggara. Harapannya ialah momentum 2012 dapat diteruskan sepanjang 2013 tetapi cabaran yang bakal ditempuhi adalah begitu getir sekali yang memerlukan prinsip setiap dasar yang digubal mesti mengambil kira kepentingan ASEAN sebagai sebuah organisasi dan bukan hanya mementingkan kepentingan negara individu semata-mata.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121230/re_02/2013:-Cabaran-getir-ASEAN#ixzz2Yhyl2qby © Utusan Melayu (M) Bhd