analisis teks syair

5
Analisis Teks Syair Syair Maksud Dengarkan tuan ayahanda berperi, Kepada anakanda muda bestari, Nasihat kebajikan ayahanda beri, Amalkan jangan malas dan ngeri. Nasihat yang diberi oleh ayah perlu dituruti dan janganlah mengamalkan sikap malas. Ayuhai anakanda muda remaja, Jika anakanda menjadi raja, Hati yang betul hendak disahaja, Serta rajin pada bekerja. Seseorang yang dilantik menjadi pemimpin mestilah memiliki hati yang mulia dan komited terhadap tugas yang diamanahkan. Kerja kebajikan janganlah malas, Zahir dan batin janganlah culas, Jernihkan hati hendaklah ikhlas, Seperti air di dalam gelas. Kerja kebajikan yang dilakukan perlulah ikhlas dan jangan mengharapkan kepada pembalasan. Menuntut ilmu janganlah segan, Ilmu yang benar jangan yang bukan, Iaitu ilmu yang kebajikan, Di kitab ini sudah disebutkan. Ilmu perlu rajin dituntut. Jangan pula kita menuntut ajaran sesat atau ajaran salah. Hendaklah anakanda mengaji selalu, Ilmu perlu diutamakan

Upload: fam-edm

Post on 16-Jan-2016

282 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

share

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Teks Syair

Analisis Teks Syair

Syair MaksudDengarkan tuan ayahanda berperi,Kepada anakanda muda bestari,Nasihat kebajikan ayahanda beri,Amalkan jangan malas dan ngeri.

Nasihat  yang diberi oleh ayah perlu dituruti dan janganlah mengamalkan sikap malas.

Ayuhai anakanda muda remaja,Jika anakanda menjadi raja,Hati yang betul hendak disahaja,Serta rajin pada bekerja.

Seseorang yang dilantik menjadi pemimpin mestilah memiliki hati yang mulia dan komited terhadap tugas yang diamanahkan.

Kerja kebajikan janganlah malas,Zahir dan batin janganlah culas,Jernihkan hati hendaklah ikhlas,Seperti air di dalam gelas.

Kerja kebajikan yang dilakukan perlulah ikhlas dan jangan mengharapkan kepada pembalasan.

Menuntut ilmu janganlah segan,Ilmu yang benar jangan yang bukan,Iaitu ilmu yang kebajikan,Di kitab ini sudah disebutkan.

Ilmu perlu rajin dituntut. Jangan pula kita menuntut ajaran sesat atau ajaran salah.

Hendaklah anakanda mengaji selalu,Dari yang lain lebihkan dulu,Had syarak jangan dilalu,Tidaklah anakanda beroleh malu.

Ilmu perlu diutamakan terutamanya hukum-hukum syarak demi mengelakkan aib.

Segala perbuatan dengan berilmu,Maka kebajikan boleh bertemu,Jika sebarang-barang diramu,Akhirnya anakanda jatuh tersemu.

Tindakan perlu didasarkan kepada pengetahuan supaya membawa kepada kebaikan dan kebajikan untuk mengelakkan kejatuhan.

Ilmu itu besar faedahnya,Membezakan hak dengan batilnya,Mengetahui rakyat benar salahnya,Supaya dihukum dengan adilnya.

Ilmu yang baik akan menjurus kepada keadilan dan kebenaran. Hal ini akan dapat membezakan antara

Page 2: Analisis Teks Syair

perkara yang benar dan yang salah.

Jika ilmu tidak diendah,Sebab anakanda capak permudah,rakyat datang membawa gundah,Anakanda tercengang tunduk terngadah.

Jika ilmu tidak dituntut atau diambil mudah akan menjerumuskan seseorang atau negara ke lembah kehancuran.

Tema : Nasihat kepada pemimpin agar memimpin negara dengan jujur dan ikhlas.

Persoalan:

         Kepentingan ilmu dalam menjalankan tampuk pemerintahan.         Keperibadian yang tinggi yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin.         Ajaran betul dan ajaran songsang yang telah diwartakan.         Hukum syarak yang perlu diikuti untuk mengelakkan aib kepada diri.

Bentuk:

         SYAIR ini terdiri daripada lapan rangkap.         Setiap rangkap mengandungi empat baris.         Jumlah perkataan empat hingga enam perkataan sebaris, jumlah suku kata pula

sembilan hingga sebelas suku kata dalam satu baris         Rima akhir tetap iaitu ’a,a,a,a’.

Gaya Bahasa ContohInversi Menuntut ilmu janganlah segan, (R4,B1)Simile Seperti air di dalam gelas. (R3,B4)Kata Ganda Jika sebarang-barang diramu, (R6,B3)

Unsur Bunyi ContohAsonansi Jika anakanda   menjadi raja, (R2,B2)Aliterasi Amalkan jangan malas dan ngeri.(R1,B4)

Nilai:

         Mendengar nasihat: Mendengar nasihat orang yang berpengalaman untuk kesejahteraan masa hadapan.

Page 3: Analisis Teks Syair

         Kerajinan: Rajin menuntut ilmu dan menjalankan tugas yang diberikan.         Keadillan: Seorang pemimpin perlulah adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya.         Keikhlasan: Kerja kebajikan perlu dilakukan dengan hati yang penuh ikhlas.

Pengajaran:

         Kita mestilah mendengar nasihat ayah, agar kehidupan kita diberkati.         Kita perlulah menyiasat sesuatu perkara sebelum menjatuhkan hukuman.         Kita hendaklah sentiasa berbuat baik dan kebajikan, serta ikhlas dalam sebarang

tindakan.         Kita haruslah menuntut ilmu agar dapat membezakan antara yang buruk dan yang

baik.

Teman belajar anda. Tidak kira masa walau di mana jua. 

Peta minda amat membantu.

Semoga bermanfaat.