analisis prosiding

9
ANALISIS PROSIDING AMEERUL ASWAD B AB AZIZ (P76109) PENULISAN AKADEMIK 1 PENGENALAN Dalam tugasan ini, penulis akan mengulas dan menganalisis terhadap dua prosiding yang dipilih. Dalam tugasan ini penulis akan mengulas tentang aspek tajuk, abstrak, pengenalan, persoalan, metodologi, kesimpulan dan rujukan yang terkandung di dalam kedua-dua prosiding tersebut. TAJUK PROSIDING PROSIDING TAJUK ULASAN RUMUSAN 1 Penggunaan Gaya Bahasa Sastera dalam Pengajaran Bahasa Melayu Di Sekolah Menengah. Tajuk yang dipilih oleh pengkaji tidak terlalu panjang dan tidak teralu pendek serta mudah difahami dengan jelas tentang kajian yang dilakukan. I. Kedua-dua tajuk prosiding menjelaskan tentang perbincangan tentang pengajaran bahasa Melayu. II. Tajuk yang dipilih senang dan mudah difahami pembaca. 2 Penggunaan Bahasa Ibunda Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Peribumi Di Sekolah Pedalaman Tajuk yang dipilih bersesuaian walaupun nampak panjang tetapi masih lagi menjelaskan kajian yang ingin dijalankan.

Upload: miroswat

Post on 17-Dec-2015

44 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

analisis

TRANSCRIPT

ANALISIS PROSIDINGAMEERUL ASWAD B AB AZIZ (P76109)PENULISAN AKADEMIK 1

PENGENALANDalam tugasan ini, penulis akan mengulas dan menganalisis terhadap dua prosiding yang dipilih. Dalam tugasan ini penulis akan mengulas tentang aspek tajuk, abstrak, pengenalan, persoalan, metodologi, kesimpulan dan rujukan yang terkandung di dalam kedua-dua prosiding tersebut.TAJUK PROSIDINGPROSIDINGTAJUKULASANRUMUSAN

1Penggunaan Gaya Bahasa Sastera dalam Pengajaran Bahasa Melayu Di Sekolah Menengah.Tajuk yang dipilih oleh pengkaji tidak terlalu panjang dan tidak teralu pendek serta mudah difahami dengan jelas tentang kajian yang dilakukan.I. Kedua-dua tajuk prosiding menjelaskan tentang perbincangan tentang pengajaran bahasa Melayu.

II. Tajuk yang dipilih senang dan mudah difahami pembaca.

2Penggunaan Bahasa Ibunda Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Peribumi Di Sekolah Pedalaman SarawakTajuk yang dipilih bersesuaian walaupun nampak panjang tetapi masih lagi menjelaskan kajian yang ingin dijalankan.

ABSTRAKPROSIDING ULASAN ABSTRAKRUMUSAN

1Pengkaji menggunakan beberapa kata kunci untuk memudahkan pembaca. Abstrak juga ditulis dengan jelas dengan mengandungi semua aspek seperti objektif, persoalan, metadologi dan kepentingan kajian

I. Kedua-dua pengkaji menulis abstrak dengan jelas dan mudah untuk difahami.

II. Abstrak juga ditulis dalam dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

2Pengkaji menerangkan dengan jelas tentang kajian yang dijalankan dan meletakkan beberapa kata kunci untuk memudahkan pembaca.

PENGENALAN KAJIANPROSIDING ULASAN PENGENALANRUMUSAN

1Dalam pengenalan, penulis telah menceritakan tentang sejarah pengajaran sastera melalui penerangan yang ringkas. Penerangan disokong dengan rujukan yang sesuai.I. Kedua-dua prosiding mempunya pengenalan yang jelas dan sesuai.

II. Kedua-dua pengenalan dalam prosiding menjelaskan tentang pertautan dengan kajian yang dijalankan.

2Pengkaji menerangkan tentang kajian-kajian lepas tentang bahasa pertama dalam pertuturan. Pengkaji juga menggunakan bukti-bukti yang sesuai untuk mengaitkan dengan kajian yang dijalankan.

PERSOALAN KAJIANPROSIDING ULASAN PERSOALANRUMUSAN

1Pengkaji menggariskan tiga persoalan kajian yang berkaitan penggunaan gaya bahasa sastera dalam pengajaran bahasa Melayu.I. Terdapat tiga persoalan dalam prosiding pertama manakala tidak terdapat pengebalan dalam prosiding kedua.

2Tiada Persoalan kajian yang dinyatakan tetapi pengkaji menjelaskan tentang permasalahan kajian iaitu murid pedalaman Sarawak tidak dapat menggunakan bahasa Melayu dengan baik dalam pertuturan mereka.

PERNYATAAN MASALAHPROSIDING ULASAN PERNYATAAN MASALAHRUMUSAN

1Pengkaji menerangkan tentang masalah Guru didapati kurang kreatif dalam mengajarkan aspek sastera dalam pengajaran BM. Selain itu, pengkaji juga menyatakan tentang guru yang tidak mengaplikasikan gaya bahasa sastera dalam sesi P&P sedangkan penggunaan gaya bahasa sastera dalam pengajaran bahasa Melayu dapat membantu murid menjadi lebih cemerlang.I. Kedua-dua prosiding menerangkan tentang maalah kajian dengan khusus dan boleh difahami oleh pembaca

2Pengkaji menyatakan masalah dalam permasalahan kajian iaitu murid di pedalaman Sarawak susah untuk menguasai bahasa Melayu kerana bahasa pertama pertuturan mereka ialah bahasa Iban.

METADOLOGIPROSIDING ULASAN METADOLOGIRUMUSAN

1Kajian yang dijalankan secara deskriptif menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen kajian menggunakan borang soal selidik yang dibina berdasarkan instrumen kajian yang digunakan oleh Pisfalily Ali (2013) dalam mengkaji teknik permainan bahasa dalam pengajaran KOMSAS.I. Pengkaji telah menerangkan secara terperinci metodologi kajian yang dijalankan dalam prosiding pertama.

2Kajian yang dijalankan ialah kajian kes dan dijalankan di dua buah sekolah pedalaman di Bahagian Kapit, Sarawak. Pendekatan kuasi eksperimen telah digunakan untuk menguji kefahaman murid terhadap pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan B1 iaitu Bahasa Iban.

DAPATAN KAJIANPROSIDING ULASAN DAPATAN KAJIANRUMUSAN

1Pengkaji telah menetapkan keadah tinjaun dengan mengemukan tiga tajuk soal selidik. Keputusan digredkan mengikut skor minimum dan sisihan piawai. Ketiga-tiga soal selidik ini menunjukkan keputusan yang positif berdasarkan jawapan yang diberi. I. Kedua-dua dapatan kajian dalam prosiding telah mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh pengkaji.

II. Kedua-kedua dapatan dalam prosiding berikut dijelaskan secara terperinci dalam bentuk jadual yang jelas.

2Berdasarkan ujian pra dan ujian pasca, menunjukkan bahawa murid lebih mudah membaca dan memahami Bahasa Melayu dengan menggunakan B1. Latihan yang diberikan kepada murid Kumpulan A yang diajar menggunakan B2 dan dikukuhkan dengan B1 mendapat jumlah markah yang tinggi dibandingkan dengan murid Kumpulan B yang diajar dengan hanya menggunakan B2.

PERBINCANGANPROSIDING ULASAN PERBINCANGANRUMUSAN

1Kajian yang dijalankan oleh pengkaji telah mencapai objektif dan menjawab semua persoalan kajian. Pengkaji mendapati pengajaran bahasa Melayu menggunakan bahan sastera diaplikasikan oleh guru-guru di sekolah dan persepsi guru terhadap gaya bahasa sastera juga baik. Oleh sebab itu, penggunaan gaya bahasa sastera dalam pengajaran bahasa Melayu sesuai dan guru perlu kreatif dalam melaksanakannya.I. Pengkaji telah mengulas tentang kajian secara terperinci berdasarkan dapatan kajian.

II. Pengkaji juga menggunakan kajian-kajian yang lepas untuk membuat perbandingan dan sebagai sokongan kepada dapatan yang diperoleh.

2Hasil kajian yang dijalankan telah mendapati bahawa penggunaan B1 dalam aktiviti P&P bahasa telah meningkatkan pemahaman terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid. Hal ini berdasarkan hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa 30% murid telah mendapat semua betul dalam kedua-dua latihan yang telah diberikan.

KESIMPULANPROSIDING ULASAN KESIMPULANRUMUSAN

1Pengkaji menjelaskan bahawa penggunaan gaya bahasa sastera dalam pengajaran bahasa Melayu sebenarnya dapat mengukur aras sejauh mana pencapaian kemahiran berfikir murid adalah tinggi atau sebaliknya.I. Pengkaji menyatakan tentang kepentingan dan rasional penggunaan bahasa Iban dalam pengajaran bahas Melayu dan penggunaan gaya bahasa sastera dalam pengajaran bahasa Melayu.

2Pengkaji menyatakan bahawa aktiviti P&P bahasa Melayu dapat disampaikan melalui B1 jika terdapat persamaan dengan B2. Dalam konteks kajian ini, persamaan yang ketara dalam kedua-dua bahasa dari segi bunyi, ejaan dan maksud perkataan memudahkan murid memahami keseluruhan teks pemahaman. Maka aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa Iban adalah wajar dalam keadaan tertentu

RUJUKANPROSIDING ULASAN RUJUKANRUMUSAN

1Terdapat 8 rujukan berdasarkan buku-buku dan para pengkaji lama.I. Kesemua artikel menggunakan sumber rujukan yang berkaitan dan terbitan terkini.

II. Kesemua artikel disusun mengikut abjad nama penulis artikel

2Terdapat 30 rujukan yang dinyatakan dan terdiri daripada buku-buku serta kajian-kajian lepas. Terdapat juga rujukan daripada luar Negara.

PENUTUPBerdasarkan prosiding yang dipilih, penulis telah membincangkan secara terperinci komponen-komponen utama yang terkandung dalam prosiding. Setiap prosiding yang tulis sebenarnya mestilah mempunyai komponen-komponen utama bagi menghasilkan satu penulisan yang baik serta mudah difahami oleh pembaca.