prosiding cods.docx

Upload: cik-diana

Post on 09-Jan-2016

251 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh prosiding

TRANSCRIPT

MENINGKATKAN KEMAHIRAN OPERASI TAMBAH MELALUI KAEDAH COUNT & DRAW STICKS (CODS)

NAMA PENYELIDIK:NOORDIANA BINTI ABU BAKAR

JABATAN :JABATAN PENDIDIKAN KHAS

NAMA INSTITUSI :INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARUKELANTAN DARUL NAIM

20121.0 PENDAHULUAN

Dewasa ini, kelemahan murid-murid dalam mata pelajaran Matematik merupakan isu utama dalam pendidikan negara. Bagi murid pula, mereka merasakan mata pelajaran Matematik sebagai sesuatu koleksi hukum-hukum abstrak yang sukar difahami, menjemukan dan jarang memberi makna secara langsung kepada mereka. Hal ini bertambah malang bagi murid sekiranya guru hanya menggunakan gaya pengajaran berasaskan konvensional iaitu Chalk dan Talk. Murid-murid akan terus beranggapan negatif terhadap mata pelajaran matematik sekali gus mengurangkan minat dan motivasi diri untuk belajar. Walau bagaimanapun, menurut sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ada menjelaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik hendaklah merupakan suatu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi semua murid. Oleh itu, bagi mencapai hasrat tersebut, gaya pengajaran guru hendaklah menarik dan mempunyai aura yang tersendiri agar dapat merangsang murid untuk belajar dengan penuh minat. Guru juga perlu membina dan mengembangkan kefahaman murid bermula dari bawah iaitu konsep nombor dan kemahiran asas mengira agar kesukaran dalam Matematik dapat diatasi.

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Berdasarkan kepada pengalaman dan tempoh selama pengkaji menjalani sesi praktikum di Sekolah Kebangsaan Morak, Kelantan, pengkaji telah dapat mengesan masalah yang dialami oleh murid iaitu kegagalan untuk menguasai kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 50. Sebelum itu, pengkaji telah diarahkan oleh pihak pentadbiran sekolah untuk mengajar mata pelajaran Matematik bagi murid Pemulihan Khas Tahun 2 yang terdiri daripada 5 orang. Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P), murid-murid ini didapati mempunyai tumpuan yang terhad disamping menunjukkan tingkah laku yang pasif dengan sukar melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dirancangkan. Walau bagaimanapun, keadaan ini menjadi berbeza sekiranya sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak berlaku. Murid dilihat sangat aktif dan cenderung untuk melakukan perkara-perkara negatif seperti mengacau rakan, membuat bisang, berlari dan berjalan-jalan.

Persoalannya di sini, mengapakah murid berkelakuan sebegitu ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung? Persoalan ini juga semakin kuat berlegar-legar dan membelunggu fikiran pengkaji apabila masalah tersebut terus berlarutan sehingga menyebabkan murid gagal untuk menjawab dan menyelesaikan soalan berkaitan Operasi Tambah Lingkungan 50 yang diberikan oleh guru. Di samping itu, melalui pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji juga menunjukkan murid-murid cenderung melakukan kesilapan ketika mengira untuk melakukan operasi tambah. Sebagai contoh, murid seringkali tertinggal pembilang atau terlebih menyebut nombor berbanding pembilang yang dikira. Terdapat juga murid yang membuat pengiraan tidak selari dengan nombor yang disebut olehnya. Bagi murid yang mengira menggunakan jari pula, mereka dilihat akan mengalami kesukaran apa melakukan penambahan melibatkan jumlah melebihi 10. Sebagai contoh 6 + 5, murid dapat menunjukkan 6 dengan membuaka jari pada kedua-dua tangannya, tetapi apabila ingin menambah 5, murid menjadi keliru dan seterusnya mendorong murid memberi jawapan yang salah.

Setelah mengenalpasti masalah murid dengan lebih terperinci, pengkaji telah memikirkan satu kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut dari terus berlarutan. Pengkaji mula sedar bahawa implikasi daripada masalah murid ini juga telah mendorong murid berkelakuan pasif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung. Justeru itu, pengkaji telah mengambil satu langkah inisiatif untuk mengkaji dan membantu masalah yang dihadapi murid bagi meningkatkan penglibatan aktif murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung bagi meningkatkan penguasaan murid berkaitan Operasi Tahap Lingkungan 50. Langkah tersebut ialah dengan mengaplikasikan teknik terapi pengamatan penglihatan, pengamatan motor mata tangan dan teknik permainan melalui kaedah yang diberi nama Count & Draw Sticks (CODS).

1.2 Latar Belakang Kajian

Pengkaji terlebih dahulu menjalankan pengumpulan data awal bagi mengukuhkan dapatan yang menunjukkan masalah murid. Seterusnya, murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran tertentu dalam Matematik dikenal pasti seawal yang mungkin. Pengkaji menjalankan Ujian Diagnostik pada peringkat awal dan aktiviti-aktiviti pemulihan yang bersesuaian sebelum murid melangkah ke tahap kemahiran yang lebih tinggi.Jika masalah murid dalam pembelajaran Matematik berlarutan dan tidak dibantu serta mendapat bimbingan yang sewajarnya dari awal, murid dikhuatiri akan menghadapi kegagalan yang berterusan. Akhirnya, murid-murid ini akan kehilangan motivasi untuk belajar Matematik dan seterusnya membenci dan melupakan mata pelajaran ini.

Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan murid bermasalah dalam menjawab dan menyelesaikan soalan Matematik. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2002), masalah penguasaan Membaca, Menulis dan Mengira (3M) dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu masalah pembelajaran ringan (lambat menguasai kemahiran 3M) dan masalah pembelajaran serius/kompleks (tidak dapat langsung mengguasai kemahiran 3M). Oleh itu, adalah penting untuk guru menggunakan strategi yang bersesuaian ketika menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) mengikut masalah yang ditunjukkan oleh murid. Strategi yang bersesuaian berkemungkinan besar dapat membantu murid meningkatkan penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1 Analisis Masalah dan Keperluan Kajian

Berdasarkan pemerhatian dan refleksi pengkaji, masalah murid dalam menguasai kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 50 adalah disebabkan kurangnya tumpuan serta kecuaian ketika membilang pembilang. Disebabkan itu, fokus kajian ini adalah kepada bagaimana untuk meningkatkan pencapaian murid dalam menguasai kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 50 dengan menggalakkan penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi merangsang murid memberi tumpuan terhadap apa yang dipelajari sekali gus memupuk minat murid untuk mengira dan membilang dengan betul. Justeru itu, satu inovasi berbentuk permainan telah diketengahkan. Hal ini kerana permainan adalah satu kaedah pengajaran yang dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Matematik (D Augustine, 1973 ; Sobel & Maletsky, 1972). Pendekatan bermain sambil belajar mampu mengurangkan rasa bosan dan jemu khususnya semasa menyelesaikan pelbagai masalah matematik.

Di samping itu, permainan juga adalah merupakan salah satu cadang kinestetik. Sesorang yang mempunyai kecerdasan ini akan mahir dalam memanipulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan kasar serta daya pengamatan mereka. Melalui permerhatian pengkaji juga, keupayaan untuk menarik minat murid untuk belajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah dengan menerapkan unsur permainan. Oleh itu, bagi memenuhi keperluan kajian ini, pengkaji telah bercadang menghasilkan inovasi permainan Count & Draw Sticks (CODS) dengan mengaplikasikan terapi pengamatan penglihatan dan pengamatan motor mata tangan. Kaedah ini diharapkan dapat menjadi pemudah cara buat guru dan murid semasa berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga diharap akan menjadi lebih seronok dengan penglibatan aktif murid. akhir sekali, murid diharap dapat manipilasikan alat dan bahan yang digunakan untuk aktiviti seterusnya.

2.2 Tujuan

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah Count & Draw Stick (CODS) semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik dalam kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 50.

2.3Objektif

2.3.1Objektif AmMembantu meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam kalangan murid Pemulihan Khas dengan mengaplikasikan terapi pengamatan melalui kaedah Count & Draw Sticks (CODS).

2.3.2Objektif Khusus3.1.2.1Meningkatkan pencapaian murid dalam menjawab soalan operasi tambah dengan membuat pengiraan yang betul.3.1.2.2Meningkatkan minat murid untuk melakukan operasi tambah menggunakan stick seterusnya melukis.3.1.2.3Menilai keberkesanan penggunaan kaedah membilang dan melukis dalam menjawab soalan kemahiran operasi tambah.

2.4Persoalan Kajian2.4.1Adakah kaedah Count & Draw Stick (CODS) dapat meningkatkan penguasaan kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 50?2.4.2Adakah murid boleh menerima penggunaan kaedah Count & Draw Stick (CODS) ini untuk membantu murid dalam pembelajaran?2.4.3Adakah murid berminat menggunakan kaedah Count & Draw Stick (CODS) untuk menyelesaikan masalah operasi tambah lingkungan 50?2.3.4Adakah murid dapat menggunakan kaedah Count & Draw Stick (CODS) untuk menjawab soalan matematik dengan betul?

2.5Kepentingan KajianBerdasarkan masalah yang telah dijelaskan, kajian ini amat penting untuk membantu meningkatkan tahap pencapaian akademik murid dalam mata pelajaran Matematik khususnya. Murid-murid perlu diberi penekanan tentang kemahiran asas membilang nombor dengan betul sebelum melakukan operasi tambah. Jika murid gagal menguasai kemahiran membilang dengan betul, mereka pasti akan menghadapi kesulitan dalam menjawab soalan kemahiran berkaitan operasi tambah dan soalan-soalan yang berkaitan untuk tempoh masa akan datang. Oleh itu, pengkaji merasakan pentingnya penggunaan kaedah yang sesuaian untuk melaksanakan intervensi terhadap masalah yang dihadapi oleh murid sekali gus untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkesan kearah menguasai kemahiran yang diajar. Justeru itu, dalam masa yang sama, pengkaji mengharapkan dapat memupuk minat murid mempelajari Matematik dengan tekun ketika membuat latihan atau aktiviti bagi topik ini serta dapat menjawab soalan yang diberikan dalam ujian dan peperiksaan dengan betul.

2.5Definisi Istilah Utama

2.5.1Konsep Membilang

Membilang adalah satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian di mana murid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. Terdapat empat prisip membilang yang perlu dikuasai oleh murid sebelum mereka dapat membilang secara rasional dan bukan hafalan. Prinsip tersebut adalah :a) Prinsip padanan satu dengann satub) Prinsip susunan nombor mengikut urutan ( Stable Order)c) Prinsip cardinald) Prinsip ketakberkaitan (Order Irrelevance)

2.5.2Operasi Tambah

Sebelum operasi tambah ini diperkenalkan, murid-murid hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran seperti membilang hingga 10, menyusun kumpulan benda sehingga 10, membaca dan menulis angka 1-10, memadankan angka daripada 1-10 dengan perkataan nombor, mengenal simbol 0 dan perkataan nombor sifar dan memahami maknanya serta mengabadikan nombor.

2.5.3Konsep TambahPenambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nombor untuk menghasilkan nombor ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil tambah.

Contoh: 3 + 2 = 5 Juzuk tambah Hasil tambah

2.5.3Murid Pemulihan Khas

Pusat Perkembangan Kurikulum (1984) yang mendefinisikan murid pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemhiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran mereka serta kurang keyakinan diri dan sikap negatif terhadap pembelajaran.

3.0LITERATUR KAJIAN

3.1Tinjuan LiteraturTinjauan ini dijalankan berdasarkan kajian dan penulisan yang berkaitan dengan masalah yang dialami oleh pengkaji. Pengkaji akan mengupas literatur-literatur kajian berkaitan minat murid terhadap matematik, masalah dalam operasi tambah, kemahiran membilang dan strategi menarik minat murid dalam matematik. Oleh itu, lahirlah sebuah kajian baru yang akan dilakukan oleh pengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh murid. Kajian

Minat murid, masalah dalam mengira matematik, kesalahan membilang.,

Setelah tinjauan dilakukan, didapati Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu pembelajaran. Howard Gardner (1983) ada mengatakan tentang ketidak serasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Bagi pendapat saya, kaedah pengajaran guru Matematik itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut profil kecerdasan murid di dalam bilik darjah. Namun, jika murid hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran amat merbahaya kepada diri seseorang murid itu khususnya dan sekolah amnya. Saya berasa amat yakin jika saya dapat membantu meningkatkan kefahaman serta minat murid terhadap pelajaran ini atau sekurang-kurangnya mengekalkan minat sedia ada.

4.0PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

4.1Metodologi

4.1.1Reka Bentuk kajian

Model reka bentuk kajian yang dipilih oleh pengkaji dalam melaksanakan penyelidikan ini adalah diambil daripada Model Kemmis dan Taggart (1988). Model reka bentuk kajian ini secara umumnya dikenali sebagai Action Research Cyle di mana model ini telah memperkenalkan kitaran-kitaran dalam pelaksanaan tindakannya. Setiap kitaran tersebut mempunyai 4 elemen utama iaitu rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Elemen-elemen utama ini akan diulang dalam kitaran pelaksanaan tindakan seterusnya sekiranya masalah tidak dapat di atasi. Model reka bentuk kajian ini dapat dilihat seperti dalam Rajah 1 manakala pelan tindakan yang akan dilakukan oleh pengkaji dapat dilihat pada Rajah 2.

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemmis dan Taggart (1988)Rajah 2 : Pelan Tindakan Mengikut Model Kemmis dan Taggart (1988)

4.1.2Kaedah Melaksana Penyelidikan

Berdasarkan Model Kemmis dan Taggart (1988), pengkaji akan melaksanakan prosedur pelaksanaan tindakan berdasarkan elemen yang terdapat dalam kitaran model tersebut. Berikut merupakan prosedur yang akan dilakukan oleh pengkaji.

Langkah 1- PerancanganPerancangan pada langkah ini lebih berfokus kepada pengkaji iaitu rancangan awal apa yang hendak dibuat oleh pengkaji secara sistematik. Perancangan ini meliputi aktiviti yang akan dijalankan, prosedur pelaksanaan, instrumen pengumpulan data dan cara menilai. Namun, pengkaji perlu terlebih dahulu mengenal pasti masalah yang wujud dalam kalangan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Setelah pengkaji mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid iaitu Operasi Tambah dalam Lingkungan 50, maka pengkaji telah memikirkan satu kaedah yang sesuai untuk digunakan bagi mengatasi masalah tersebut secara sistematik mengikut perancangan yang telah dibuat.

Langkah 2 Pelan TindakanPada langkah ini, pengkaji berperanan untuk menentukan strategi yang sesuai serta kaedah yang dapat digunakan dalam mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Oleh itu, pengkaji telah merancang untuk memperkenalkan kaedah permainan yang telah diinovasikan daripada permainan Osum kepada Count & Draw Stick (CODS) sebagai satu kaedah untuk meningkatkan kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 50 terhadap kumpulan sasaran.

Langkah 3 Mengumpul DataPengkaji menemu duga responden yang telah dikenal pasti bermasalah bagi mengumpul maklumat secara terus daripada responden. Pengkaji juga melakukan pemerhatian menggunakan senarai semak untuk memerhati tingkah laku murid dari segi aspek pergaulan dan penglibatan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Selain itu, rekod berkaitan hasil kerja murid seperti latihan bertulis, lembaran kerja, catatan nta dan sebagainya turut diambil kira sebagai mengumpul data murid. Ujian pra juga akan dijalankan bagi mengetahui tahap penguasaan murid terhadap kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 50 sebelum murid menjalani rawatan klinikal.

Langkah 4 Refleksi / Analisis Data yang dikumpulkan adalah data kualitatif dan terdiri daripada apa yang sahaja yang diperkatakan, atau ayat yang ditutur atau pernyataan daripada murid .Ini berlainan dengan data kuantitatif yang merupakan nombor dan angka yang ditukarkan menjadi peratus, kekerapan, min, sisihan piawai dan sebagainya. Pengkaji perlu membaca semua data kualitatif yang telah dikumpul walaupun ia bercanggah dnegan apa yang telah dirancangkan. Pengkaji perlu berkongsi data yang telah diperolehi dengan guru-guru lain untuk mendapat pendangan mereka.4.2Kumpulan Sasaran

Pengkaji telah memfokuskan kumpulan sasaran kajian tindakan ini ke atas murid-murid yang sedang mengikuti Program Pemulihan Khas. Kumpulan sasaran terdiri daripada murid Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Morak, Tumpat yang mengalami masalah dalam Operasi Tambah Lingkungan 50. Murid-murid tersebut terdiri daripada 5 orang iaitu 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Murid-murid telah berusia 8 tahun tetapi mempunyai aras kognitif yang rendah berbanding umur hayatnya. Pemilihan kumpulan sasaran ini ditentukan berdasarkan beberapa instrumen yang telah dirancangkan.4.3Prosedur Pelaksanaan TindakanBagi melaksanakan kajian ini, pengkaji telah merancang beberapa langkah untuk meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap kemhiran Operasi Tambah Lingkungan 50 dengan menggunakan inovasi permainan Count & Draw Stick (CODS). Aktiviti yang dijalankan ini berasaskan terapi pengamatan yang merangkumi pengamatan penglihatan dan pengamatan motor mata tangan untuk mengelaskan warna stick dan membilang stick. Tujuan terapi ini adalah bagi merangsang minat murid untuk menyelesaikan Operasi Tambah Lingkungan 50 seterusnya dapat meningkatkan tahap penguasaan murid secara optimum.

Pengkaji telah merangka pelan aktiviti bagi permainan ini dengan mewujudkan 3 aktiviti yang diberi nama Aktiviti CODS 1, Aktiviti CODS 2 dan Aktiviti CODS 3. Setiap aktiviti tersebut akan diulang sebanyak 2 pusingan oleh setiap murid. Aktiviti CODS 1 adalah bertujuan untuk mengukuhkan penguasaan murid terhadap Operasi Tambah Lingkungan 20.

Aktiviti CODS 1

Pengkaji menjalankan pengukuhan Operasi Tambah Lingkungan 20 menggunakan pendekatan permainan Osom. Murid secara berpasangan memegang Stick yang berbeza warna Murid meletakkan stick mengikut suka hati Murid secara berpasangan membilang stick yang terkumpul Murid dikehendaki menulis secara bentuk ayat matematik seterusnya melukis mengikut warna. Ulang sehingga 3 pusingan.

Aktiviti CODS 2 Murid dibekalkan kayu stick Murid dikehendaki menyelesaikan

Aktviti CODS 3

Pengamatan penglihatan, motor tangan. Untuk memberi fokus kepada murid dalam membilang

Bagi melaksanakan kajian ini,4.3.1

4.4Instrumen dan Prosedur Pengumpulan Data

Sebelum mengaplikasikan strategi serta kaedah yang dirancangkan, pengkaji terlebih dahulu meninjau masalah yang dikenal pasti bagi tujuan mengukuhkan dapatan mengenai masalah ketidakupayaan murid dalam menguasai kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 50. Pengkaji juga membat kesimpulan awal bahawa ketidakupayaan murid untuk menguasai kemahiran ini adalah disebabkan cara pengiraan yang salah, cuai ketika membuat pengiraan, fokus yang terhad untuk belajar dan minat serta motivasi diri yang rendah. Oleh itu, untuk menyokong kesimpulan awal mengenai responden ini, tinjauan dijalankan dengan lebih terperinci dan sistematik untuk mengutip data menggunakan kaedah-kaedah seperti berikut :

4.4.1Kaedah PemerhatianPemerhatian akan dilakukan sebelum dan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung. Hal ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh manakah tahap penguasaan murid dalam kemahiaran Operasi Tambah Lingkungan 50. Pengkaji akan meninjau penglibatan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung, pergaulan bersama rakan dan cara murid membuat pengiraan menyelesaikan operasi tambah. Selain itu, pemerhatian juga akan dinilai dari segi respon murid, tingkah laku, latihan bertulis, lembaran kerja dan catatan nota baik sebelum dan semasa aktiviti yang dirancangkan dilaksanakan.

4.4.2Kaedah Temu bualPengkaji akan menjalankan kaedah temu bual untuk mengumpul maklumat secara terus daripada kumpulan sasaran. Temu bual dilakukan secara tidak formal untuk mewujudkan keselesaan diantara pengkaji dengan murid bagi mengetahui dan mendapatkan maklumat yang diinginkan. Temu bual ini secara tidak lansung dapat mengenalpasti punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran operasi tambah yang diajar. Selain itu, temu bual juga boleh dijalankan terhadap faktor persekitaran murid seperti guru yang mengajar dan rakan-rakan untuk mendapatkan maklumat sokongan berkaitan diri murid. Temu bual ini dijalankan sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas kajian.4.4.3Soal selidikBorang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan penguasaan murid terhadap kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 50. Guru membacakan maklumat yang terkandung dalam borang soal selidik tersebut dan murid dikehendaki mengisi diisi mengikut skala yang telah ditetapkan. Hal ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat berkaitan diri murid.

4.4.5Lembaran KerjaPengkaji akan membuat penilaian ke atas lembaran kerja yang dilakukan oleh murid sebagai salah satu instrumen untuk mengumpul data berkaitan masalah murid berkaitan kemahiaran Operasi Tambah Lingkungan 50. Setiap lembaran kerja yang diberikan kepada murid dianggap sebagai ujian dan akan direkodkan markah. Lembaran kerja ini akan dilaksanakan setiap kali aktiviti dijalankan. (Rujuk Lampiran 2)

4.4.6Ujian PraUjian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar penguasaan murid dalam kemahiran operasi tambah lingkungan 50. Ujian Pra dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula dengan memberikan 40 soalan operasi tambah lingkungan 18 dengan mengunakan kaedah Pensel dan Kertas. Tempoh masa menjawab adalah 30 minit. (Rujuk Lampiran 3)4.4.7Ujian PosPengkaji akan menjalankan ujian pos selepas murid menjalani aktiviti Count & Draw Stick (CODS). Ujian pos akan dijalankan bagi mengetahui tahap peningkatan murid setelah kaedah CODS dilaksanakan terhadap murid-murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Soalan-soalan yang terkandung dalam Ujian Pos adalah yang sama dengan Ujian Pra. Hal ini bertujuan untuk membuat perbandingan tahap pencapaian dan penguasaan murid berkaiatan kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 50 baik sebelum dan selepas penggunaan kaedah CODS. (Rujuk Lampiran 3)

4.5Prosedur Analisis Data

Setiap data yang dikumpul oleh pengkaji perlulah dianalisa secara sistematik supaya hasil dapatan dan data yang dikumpul benar-benar sahih serta dapat membuktikan keberkesanan kaedah yang digunakan. Pengkaji akan menganalisa setiap dapatan melalui instrumen yang telah dirancangkan untuk mengumpul data yang merangkumi kaedah pemerhatian, kaedah temu bual, soal selidik, lembaran kerja, ujian pra dan ujian pos.

4.5.1Kaedah PemerhatianTujuan utama kaedah pemerhatian dijalankan ke atas responden adalah untuk mengenal pasti sejauh manakah tahap penguasaan murid dalam kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 50 baik sebelum dan selepas melaksanakan kaedah CODS. Pemerhatian ini akan dinilai berdasarkan tiga komponen iaitu, penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, kemahiran menyelesaikan Operasi Tambah Lingkungan 50 dan kemahiran pengamatan penglihatan serta motor mata tangan. (Rujuk Lampiran 4)4.5.2Kaedah Temu BualKaedah temu bual akan dijalankan ke atas murid kumpulan sasaran sebelum dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan. Hal ini bertujuan untuk mengesan tahap penguasaan murid terhadap kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 50 dan minat murid terhadap mata pelajaran matematik. Selain itu, temu bual ini juga bertujuan untuk mengesan punca kelemahan dan kesukaran yang dialami oleh murid dalam kemahiran matematik. Bagi melaksanakan sesi temu bual ini, pengkaji haruslah peka dengan tingkah laku serta respon yang diberikan oleh murid.

Temu bual yang dijalankanoleh pengkaji adalah bersifat tidak formal. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan satu suasana yang selesa di antara pengkaji dan responden. Oleh itu, responden mudah untuk meluahkan perasaan mereka mengenai masalah yang dihadapi mereka. Soalan-soalan yang disoal pengkaji adalah berdasarkan kerangka soalan yang telah disediakan berasaskan sikap murid. Soalan-soalan yang disoal dapat menggambarkan perasaan murid sebelum dan selepas merancangkan aktiviti yang dicadangkan. (Rujuk Lampiran 5)

4.5.3Soal selidik

4.5.4Lembaran KerjaBagi menganalisis data dan maklumat daripada lembaran kerja, pengkaji telah menyediakan lembaran kerja bagi setiap kali sesi aktiviti dijalankan iaitu aktiviti CODS 1, aktiviti CODS 2 dan Aktiviti CODS 3. Selepas murid selesai menjalankan aktiviti ini, pengkaji akan mengedarkan soalan berdasarkan seteiap aktiviti ini. Sebagai contoh, untuk aktiviti CODS 1 adalah berkaitan aktiviti pengukuhan Operasi Tambah Lingkungan 20. Oleh itu, pengkaji akan menyediakan set lembaran kerja yang berkaitan operasi tambah lingkungan 20. Lembaran kerja ini dijadikan sebagai ujian yang akan direkodkan dalam bentuk perastu. Borang merekod markah bagi lembaean kerja dapat dilihat seperti di (Rujuk Lampiran 6)

4.5.5Ujian PraUjian Pra akan dijalankan ke atas murid bagi mengenalpasti dapatan masalah murid terhadap kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 50. Ujian ini dijalankan untuk menilai keupayaan murid menguasai kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 50 sebelum penggunaan permainan CODS. Dalam ujian ini, murid akan diberi 40 soalan berkaitan Operasi Tambah Lingkungan 50 yang menekankan aspek mengikut aras dari mudah kepada sukar. Markah bagi ujian pra ini akan dicatatkan dalam bentuk peratus.4.5.6Ujian PosUjian pos adalah ujian yang akan diberikan kepada murid setelah murid menjalankan kesemua aktiviti CODS. Ujian ini akan dijalankan setelah seminggu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan bagi menguji tahap penguasaan murid terhadap kemahiran Operasi tambah Lingkungan 50. Konsep dan format ujian pelaksanaan ujian ini adalah sama dengan ujian pra. Bentuk soalan dan masa yang hendak diuji pada ujian pos ini juga adalah sama dengansoalan yang diuji pada ujian pra.

Markah bagi setiap ujian pos ini akan dicatatkan dalam bentuk peratus. Perbandingan markah di antara dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pos akan menentukan keberkesanan kajian tindakan yang diambil. Markah ujian pos yang lebih tinggi daripada ujian pra menunjukkan bahawa tindakan yang dilaksanakan berkesan sehingga meningkatkan markah murid berbanding sebelum tindakan dijalankan. (Rujuk lampiran 8).

5.0PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1Jadual Kerja Perlaksanaan Penyelidikan TindakanBILAKTIVITITEMPOH PERLAKSANAAN

1Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data 1 Februari 2012

2.Menjalankan Ujian Diagnostik 6 Februari 2012

3.Mengenal pasri fokus kajian7 Februari 2012

4.Membuat dan mencari kajian literatur 12 Februari 2012

5.Mengesahkan tajuk kajian kepada penyelia19 Februari 2012

6.Menentukan objektif dan persoalan kajian 1 Mac 2012

7.Menulis proposal / kertas cadangan18 Mac 2012

8.Memurnikan penulisan proposal 29 Mac 2012

9.Merancang Tindakan1 April 2012

10.Mencuba pelaksanaan kajian 8 April 2012

12.Melaksanakan aktiviti 1Semester 8

13.Membincangkan masalah aktiviti 1 (refleksi)Semester 8

14.Melaksanakan aktiviti 2Semester 8

15.Membincangkan masalah aktiviti 2 (refleksi)Semester 8

16.Melaksanakan aktiviti 3Semester 8

17.Membincangkan masalah aktiviti 3 (refleksi)Semester 8

18.Ujian mengesan pencapaian muridSemester 8

19.Refleksi kajianSemester 8

20.Menulis laporan kajianSemester 8

Jadual 2 : Jadual Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan5.2Anggaran Kos Perbelanjaan

BILJENIS BAHANKUANTITI x HARGA SEUNITJUMLAH KOS

1.Stick RM 1.50 x 5 kotakRM 7.50

2.Kertas A4RM 10.00 x 1 rimRM 10.00

3.Magic Colour PenRM 2.50 x 4 kotakRM 18.00

4.Fotokopi bahan pengumpulan data-RM 50.00

5PrinterCartridgeRM 60.00 x 1 kotakRM 60.00

6Mini WhiteboardRM 3.00 x 4 buahRM 12.00

7 Marker PenRM 12.00 x 1 setRM 12.00

JumlahRM 170.00

Jadual 3 : Anggaran Kos Perbelanjaan

LampiranBORANG SOALAN KAJI SELIDIKNama : ..............................................Tarikh : .........................

Bulatkan jawapan mengikut skala: 1-Amat Tidak Setuju 2-Tidak Setuju 3-Setuju4-Amat SetujuItemSkala

1. Matematik adalah mata pelajaran yang saya minati.1234

2. Saya seronok belajar operasi darab dalam matematik.1234

3. Saya selalu membuat latihan pendaraban sendiri di rumah.1234

4. Semakin banyak saya mempelajari operasi darab dalam matematik, saya semakin menyukainya.1234

5. Saya berasa bangga apabila dapat menjawab soalan operasi darab dengan betul.1234

6. Saya akan cuba menjawab semua soalan operasi darab yang diberikan.1234

7. Saya telah menghafal sifir 1 hingga sifir 12.1234

8. Saya suka latihan berbentuk pendaraban dalam matematik.1234

9. Saya akan bertanya guru apabila menghadapi masalah dalam pendaraban.1234

10. Saya selalu mengisi masa lapang dengan membuat latihan tambahan soalan pendaraban.1234

Lampiran Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Bil.AktivitiTarikh Perlaksanaan

1.Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal31 Januari 2012

2.Mengenal pasti fokus/tajuk kajian2 Februari 2012

3.Mengenal pasti tindakan untuk dikaji5 Februari 2012

4.Membincangkan fokus/tajuk kajian dan tindakan untuk dikaji7 Februari 2012

5.Mengesahkan tajuk kajian kepada penyelia untuk dihantar ke unit praktikum8 Februari 2012

6.Penulisan draf pendahuluan dan refleksi12 Februari 20012

7.Perbincangan draf bersama penyelia15 Februari 2012

8.Merancang tindakan19 Februari 2012

9.Mencuba tindakan/merintis tindakan serta cara mengumpul data semasa praktikum22 Februari 2012

10.Perbincangan draf kedua bersama penyelia8 Mac 2012

11.Taklimat format perbentangan proposal kajian20 Mac 2012

12.Perbentangan proposal kajian27 Mac 2012

13.Memurnikan proposal kajian

Lampiran

SEKOLAH KEBANGSAAN MORAK,16040 PALEKBANG, TUMPAT,KELANTAN DARUL NAIM.

UJIAN PRAOPERASI TAMBAH LINGKUNGAN 20

MASA : 15 MINIT

NAMA: ...........................................

KELAS: ...........................................

TARIKH : ..........................................

BAHAGIAN ABAHAGIAN BJUMLAH

Bahagian A : Operasi Tambah 10

4 + 3 =5 + 3 =

7 + 3 =2 + 4 =

6 + 3 =4 + 4 =

5 + 2 =8 + 1 =

7 + 2 =6 + 2 =

3 + 3 =5 + 3 =

4 + 5 =6 + 3 =

Bahagian B : Operasi Tambah 20

9 + 3 =7 + 4 =

8 + 7 =9 + 9 =

7 + 5 =8 + 8 =

6 + 7 =7 + 9 =

8 + 7 =5 + 6 =

8 + 4 =5 + 8 =

6 + 9 =7 + 7 =