analisis permasalahan dan objektif

4
B. Permasalahan Masalah 1. Permasalahan Permasalahan umum Suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang kurang menarik dan agak membosankan. Permasalahan khusus : i. Strategi, kaedah dan pendekatan yang kurang meransang penglibatan murid dalam PdP ii. Suasana dan persekitaran yang kurang kondusif iii. Kurang nilai mencintai alam sekitar dalam kalangan murid melahirkan murid yang menghargai nilai estetika. 2. Analisis permasalahan i. Strategi, kaedah dan pendekatan yang kurang meransang penglibatan murid dalam PdP Strategi dan pendekatan yang dipraktikkan dalam bilik darjah mempunyai limitasi. Sebagai contoh, semasa menjalankan aktiviti kumpulan guru menggunakan pendekatan koperatif. Pendekatan koperatif melibatkan kerjasama kumpulan antara setiap ahli di dalam kumpulan tersebut. Di dalam bilik darjah guru sering kali menggunakan pendekatan yang pelbagai bagi memastikan penerimaan isi pengajaran yang maksimum kepada setiap individu. Contohnya guru menggabungkan pendekatan kolaboratif dan kaedah bercerita. Dalam pendekatan kolaboratif murid lazimnya ditempatkan dalam satu kumpulan iaitu duduk berhadapan membentuk bulatan. Oleh itu semasa menggunakan kaedah bercerita untuk langkah PdP yang seterusnya, kedudukan kerusi dan meja terpaksa diubah semula kepada susunan lain atau murid terpaksa duduk mengikut susunan asal secara berkumpulan dimana terdapat beberapa murid yang membelakangi murid yang sedang menyampaikan cerita. Penggabungjalinan pendekatan dan kaedah ini kurang sesuai dipraktikkan. ii. Suasana dan persekitaran yang kurang kondusif

Upload: cie92

Post on 11-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

analisis

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Permasalahan Dan Objektif

B. Permasalahan Masalah

1. Permasalahan

Permasalahan umum

Suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang kurang menarik dan agak

membosankan.

Permasalahan khusus :

i. Strategi, kaedah dan pendekatan yang kurang meransang penglibatan murid dalam PdP

ii. Suasana dan persekitaran yang kurang kondusif

iii. Kurang nilai mencintai alam sekitar dalam kalangan murid

melahirkan murid yang menghargai nilai estetika.

2. Analisis permasalahan

i. Strategi, kaedah dan pendekatan yang kurang meransang penglibatan murid dalam PdP

Strategi dan pendekatan yang dipraktikkan dalam bilik darjah mempunyai limitasi. Sebagai contoh, semasa menjalankan aktiviti kumpulan guru menggunakan pendekatan koperatif. Pendekatan koperatif melibatkan kerjasama kumpulan antara setiap ahli di dalam kumpulan tersebut. Di dalam bilik darjah guru sering kali menggunakan pendekatan yang pelbagai bagi memastikan penerimaan isi pengajaran yang maksimum kepada setiap individu. Contohnya guru menggabungkan pendekatan kolaboratif dan kaedah bercerita. Dalam pendekatan kolaboratif murid lazimnya ditempatkan dalam satu kumpulan iaitu duduk berhadapan membentuk bulatan. Oleh itu semasa menggunakan kaedah bercerita untuk langkah PdP yang seterusnya, kedudukan kerusi dan meja terpaksa diubah semula kepada susunan lain atau murid terpaksa duduk mengikut susunan asal secara berkumpulan dimana terdapat beberapa murid yang membelakangi murid yang sedang menyampaikan cerita. Penggabungjalinan pendekatan dan kaedah ini kurang sesuai dipraktikkan.

ii. Suasana dan persekitaran yang kurang kondusif

Suasana dan persekitaran yang kurang kondusif merujuk kepada keadaan kelas dari segi ruang, susunan meja, hiasan dalaman, pencahayaan dan pengudaraan. Suasana dan persekitaran dalam bilik darjah adalah aspek yang harus dititikberatkan kerana ia banyak mempengaruhi emosi, tingkah laku dan sikap pelajar. Sebagai contoh, kurang pencahayaan di dalam bilik darjah membuatkan murid mengantuk dan kurang aktif. Selain itu susunan meja yang tetap dalam masa yang panjang membuatkan murid bosan dan kurang interaksi dengan murid yang lain.

iiii. Kurang nilai mencintai alam sekitar dalam kalangan murid

Masa pembelajaran murid lebih banyak digunakan di dalam bilik darjah. Oleh itu murid kurang terdedah kepada persekitaran luar bilik darjah iaitu alam sekitar. Pembelajaran secara pengalaman seharusnya dijalankan secara lebih kerap agar murid dapat merasai suasana sebenar dan bukan hanya pembelajaran secara teori di dalam bilik darjah.

Page 2: Analisis Permasalahan Dan Objektif

3. Kaedah dan teknik pemilihan masalah

Pemerhatian

Pemilihan masalah dilakukan melalui pemerhatian terhadap penglibatan pelajar di dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian didapati murid yang berada di dalam kelas yang mempunyai hiasan yang menarik dan ceria dapat meransang minat murid untuk belajar. Pemerhatian terhadap susunan meja dalam bilik darjah juga mendapati murid yang duduk dalam kumpulan mempunyai interaksi yang lebih banyak berbanding murid yang duduk secara berseorangan atau berpasangan.

Soal selidik

Borang soal selidik yang diedarkan kepada murid-murid tahun 5 rata-rata lebih menyukai pembelajaran di luar bilik darjah. 80% daripada borang soal selidik yang dijawab memilih untuk belajar di luar bilik darjah berbanding dalam bilik darjah.

4. Rasional pemilihan projek

Pemilihan projek kami iaitu Kelas dalam Taman dapat menangani segala masalah yang telah dinyatakan. Projek ini bukan sahaja menyelesaikan masalah persekitaran biliik darjah yang kurang menarik dan agak membosankan malah mewujudkan satu persekitaran pembelajaran kondusif yang boleh dijadikan model kepada sekolah lain.

5. Penyataan masalah konsep TOPP

i. Target

Permasalahan adalah mengenai murid manakah yang sesuai belajar di dalam kelas ini. Murid yang dipilih haruslah yang dapat membezakan keadaan persekitaran bilik darjah agar dapat memanfaatkan persekitaran untuk belajar dengan lebih efektif.

ii. Object

Masalah mengenai bahan untuk mewujudkan kelas dalam taman. Bahan yang diperlukan memerlukan masa yang panjang untuk diwujudkan iaitu pokok-pokok yang diletakkan di dalam kelas perlukan masa untuk membesar.

iii. Place

Masalah penempatan berfokus kepada tapak membina kelas dalam taman. Tiada tapak kosong yang boleh dijadikan tempat untuk mendirikan Kelas dalam Taman.

iv. Purpose

Masalah mengenai purpose kelas dalam taman adalah berkaitan fungsi kelas ini yang hanya bertujuan meransang minat murid untuk belajar. Kos yang banyak untuk mewujudkan kelas ini agak kurang berbaloi dengan hanya satu tujuan.

Page 3: Analisis Permasalahan Dan Objektif

D. PENILAIAN PROJEK (KEMENJADIAN PROJEK)

I.TINJAUAN/ KAJIAN LITERATUR

Dapatan kajian oleh Norihan (2001) mendapati tiada perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar pandai, sederhana dan lemah. Dapatan ini memberi implikasi bahawa kesan positif gaya pembelajaran adalah sama ke atas semua pelajar, walaupun mereka mempunyai keupayaan yang berbeza. Selain dalam negara, kajian gaya pembelajaran juga banyak dilakukan di luar negara.

II.PENAMBAHBAIKAN YANG DILAKUKAN

Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah dari segi fungsi Kelas dalam Taman. Sebelum ini Kelas dalam Taman hanya berfungsi sebagai tempat menjalankan PdP. Fungsi Kelas dalam Taman boleh digunakan sebagai bilik bacaan. Dinding Kelas dalam Taman ditampal dengan permaidani yang bertemakan alam semula jadi bagi menyerap bunyi bising di dalam kelas. Ini dapat mengurangkan gangguan bunyi bising dan seterusnya memberikan keselesaan membaca dalam suasana yang senyap.

Ruang pembelajaran pula ditingkatkan dengan menggunakan saiz meja dan kerusi yang lebih kecil bagi menyediakan ruang yang lebih luas bagi aktiviti berkumpulan.

III.PERUBAHAN YANG DILAKUKAN SELEPAS PROJEK INOVASI

IMPAK KEPADA INDIVIDU

Melalui pemerhatian yang dibuat terhadap murid yang belajar di dalam Kelas dalam Taman menunjukkan perubahan yang positif. Murid lebih menumpukan pemerhatian semasa guru mengajar dan suasana persekitaran yang hijau menjamin keselesaan proses PdP.

IMPAK KEPADA SEKOLAH

Peratus kehadiran murid juga meningkat sejak Kelas dalam Taman ditubuhkan. Murid lebih bersemangat untuk datang ke sekolah kerana ingin belajar dalam persekitaran yang selesa seakan-akan belajar di rumah sendiri.

IMPAK KEPADA MASYARAKAT

Antara impak Kelas dalam Taman terhadap masyarakat adalah persepsi para ibubapa terhadap sekolah. Dengan adanya Kelas dalam Taman telah meningkatkan imej sekolah SK Abang Man. Ibubapa juga lebih mempercayai bahawa sekolah dapat memberii perubahan dalam diri anak mereka.