analisis lengkap novel tingkatan 2

4
ANALISIS LENGKAP NOVEL TINGKATAN 2 - WIRA PERSONA AVATARI Wira Persona Avatari (Ahmad Zaki Abu Bakar) Sinopsis Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat rakannya, iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Tujuan mereka menyertai pertandingan ini adalah untuk mengulangi kejayaan Pasukan Zamrud yang diketuai oleh ayah Anas, Profesor Fitri yang telah menjadi juara pertandingan Avatari sepuluh tahun dahulu. Sebelum pertandingan, mereka telah menjalani beberapa sesi latihan yang keras seperti latihan silat, latihan kecergasan, dan latihan menempuh halangan yang dijalankan oleh Cikgu Nisah. Pertandingan Avatari ini ialah pertandingan kembara di ruang siber atau adventure game bagi makhluk janaan komputer yang dipanggil avatar. Pertandingan yang menggunakan rangkaian Internet ini dijalankan serentak di seluruh dunia. Terdapat empat peringkat yang perlu dilalui oleh setiap pasukan untuk menjuarai pertandingan yang menawarkan hadiah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia ini. Untuk peringkat pertama, seratus pasukan terbaik akan layak ke peringkat kedua. Pada pusingan kedua pula, hanya dua puluh pasukan terbaik yang akan dipilih. Selepas disaring dalam pusingan ketiga, hanya lima pasukan terbaik yang akan meneruskan cabaran ke pusingan yang keempat, iaitu pusingan terakhir. Pasukan Zamrud II telah berusaha dengan gigih dan berjuang bermati-matian untuk melepasi halangan dan cabaran yang terdapat dalam setiap pusingan. Di samping itu, mereka juga terpaksa menghadapi ancaman dari dalam pasukan sendiri kerana salah seorang ahli pasukan mereka, iaitu Anjali telah mensabotaj pasukan dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari. Masalah menjadi rumit apabila Aina cedera parah akibat ditembak oleh penjahat ketika pasukan mereka bersiap sedia untuk ke pusingan akhir. Namun begitu, semua halangan dan masalah dapat diatasi oleh Pasukan Zamrud II, dan akhirnya pasukan mereka telah menjuarai pertandingan tersebut. Tema Kesungguhan dan semangat perjuangan yang tinggi untuk mencapai matlamat. Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Adeen, Pauline, Anjali, dan Zuriani berlatih bersungguh-sungguh sebagai persediaan menghadapi pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. Semasa pertandingan mereka berjuang bermati-matian sehingga mereka berjaya menjuarai pertandingan tersebut. Persoalan

Upload: amirul

Post on 20-Nov-2015

29 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

ANALISIS LENGKAP NOVEL TINGKATAN 2 - WIRA PERSONA AVATARIWira Persona Avatari(Ahmad Zaki Abu Bakar)

Sinopsis

Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat rakannya, iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Tujuan mereka menyertai pertandingan ini adalah untuk mengulangi kejayaan Pasukan Zamrud yang diketuai oleh ayah Anas, Profesor Fitri yang telah menjadi juara pertandingan Avatari sepuluh tahun dahulu. Sebelum pertandingan, mereka telah menjalani beberapa sesi latihan yang keras seperti latihan silat, latihan kecergasan, dan latihan menempuh halangan yang dijalankan oleh Cikgu Nisah.

Pertandingan Avatari ini ialah pertandingan kembara di ruang siber atau adventure game bagi makhluk janaan komputer yang dipanggil avatar. Pertandingan yang menggunakan rangkaian Internet ini dijalankan serentak di seluruh dunia. Terdapat empat peringkat yang perlu dilalui oleh setiap pasukan untuk menjuarai pertandingan yang menawarkan hadiah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia ini. Untuk peringkat pertama, seratus pasukan terbaik akan layak ke peringkat kedua. Pada pusingan kedua pula, hanya dua puluh pasukan terbaik yang akan dipilih. Selepas disaring dalam pusingan ketiga, hanya lima pasukan terbaik yang akan meneruskan cabaran ke pusingan yang keempat, iaitu pusingan terakhir.

Pasukan Zamrud II telah berusaha dengan gigih dan berjuang bermati-matian untuk melepasi halangan dan cabaran yang terdapat dalam setiap pusingan. Di samping itu, mereka juga terpaksa menghadapi ancaman dari dalam pasukan sendiri kerana salah seorang ahli pasukan mereka, iaitu Anjali telah mensabotaj pasukan dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari. Masalah menjadi rumit apabila Aina cedera parah akibat ditembak oleh penjahat ketika pasukan mereka bersiap sedia untuk ke pusingan akhir. Namun begitu, semua halangan dan masalah dapat diatasi oleh Pasukan Zamrud II, dan akhirnya pasukan mereka telah menjuarai pertandingan tersebut.

TemaKesungguhan dan semangat perjuangan yang tinggi untuk mencapai matlamat. Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Adeen, Pauline, Anjali, dan Zuriani berlatih bersungguh-sungguh sebagai persediaan menghadapi pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. Semasa pertandingan mereka berjuang bermati-matian sehingga mereka berjaya menjuarai pertandingan tersebut.

Persoalan

1. Persoalan persiapan untuk menghadapi sesuatu pertandingan.Anas dan ahli-ahli kumpulannya berlatih bersungguh-sungguh untuk menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun.

2. Persoalan kesabaran dalam menghadapi cabaran hidup.Keluarga Anas masih sabar dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun ayahnya, Profesor Fitri masih hilang semasa mengikuti ekspedisi rahsia di Lautan Andaman.

3. Persoalan hubungan kekeluargaan yang erat.Anas amat mengambil berat akan adiknya, Aina.

4. Persoalan sokongan moral ibu bapa untuk memastikan kejayaan anak.Puan Maizan, Pak Cik Ho dan Mak Cik Angie sentiasa berada di tempat pertandinganAvatari untuk memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka.

5. Persoalan golongan remaja yang suka menghabiskan masa dengan permainan video.Anjali dan Sudin bermain permainan Robot War di Pusat Permainan Video Game Star yangpenuh sesak dengan pengunjung yang terdiri daripada golongan remaja.

6. Persoalan hubungan erat antara kaum.Ahli-ahli Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Pauline, Anjali, Adeen, danZuriani dapat bekerjasama tanpa mengira perbezaan kaum.

7. Persoalan perjuangan mempertahankan maruah agamaAnas dan ahli-ahli Pasukan Zamrud II menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh Nabi Muhammad secara maya dalam pertandingan Avatari.

Watak dan Perwatakan

Watak UtamaAina Adik kepada Anas Bertubuh kecil - berumur 12 tahun Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II Pintar - digelar rakan sedarjah si cili padi Rajin beribadat berpuasa sunat bulan Rejab Gigih berusaha bersama abangnya untuk menubuhkan Pasukan Zamrud II Keras hati tetap menyertai pertandingan Avatari walaupun dilarang oleh ibunya

Watak SampinganAnas Anak sulung kepada Profesor Muhammad Fitri Izzati dan Mazian Berumur 17 tahun Ketua Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh Penyayang amat menyayangi adiknya, Aina Berani sanggup membahayakan diri untuk menghalang pasukan lawan daripada memenangi pertandingan Bijak bijak mengatur strategi sehingga dapat menjuarai pertandingan Avatari Kebangsaan Kali KesepuluhZuriani Gadis kacukan Melayu - Inggeris Sahabat karib Aina - berumur 12 tahun Peserta simpanan Pasukan Zamrud II Rendah diri kurang keyakinan terhadap kemampuan diri ketika diminta menggantikan tempat Aina di peringkat akhir pertandingan Amanah tidak memberitahu sesiapa tentang peristiwa kehilangan cip papan litar avatari setelah dipesan oleh Pak Cik Tan

4Kumar Anak bongsu Pak Cik Kuppusamy, jutawan barang kemas Panas baran lekas marah kerana Adeen lewat tiba di Pusat Permainan Video Games Star Angkuh tidak mahu menyertai Pasukan Zamrud II kerana tidak yakin akan keupayaan komputer Avatari Pak Cik Ho Menginsafi kesilapan diri berasa menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud II

Adeen Anak Profesor Zakri Berumur 18 tahun Pengendali komputer Avatari Pelajar jurusan kejuruteraan komputer di kolej khas, di Koridor raya Multimedia Sangat pintar mempunyai I.Q yang tinggi/ penggodam komputer yang cekap Sabar tidak bertindak terburu-buru dengan tindakan biadap Kumar

Pauline Anak tunggal Pak Cik Ho Berumur 17 tahun Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II Menaruh hati terhadap Anas Manja dengan ayahnya, Pak Cik Ho Berani sanggup menegakkan pendiriannya semasa bertengkar dengan Kumar

Anjali Adik kepada Muthu, iaitu seorang ketua kongsi gelap Anak yatim - tinggal dengan abangnya setelah ibunya meninggal dunia dan bapanyameninggalkan mereka Kasar dipengaruhi oleh didikan abangnya Pembelot sanggup mengkhianati Pasukan Zamrud II setelah diarahkan berbuat demikian oleh abangnya Pandai bermain permainan video mengalahkan Sudin dalam permainan Robot War