analisis kesalahan bahasa

3
Kesalahan Bahasa Dalam Bahagian Metadologi “Jadual tersebut memberikan kemudahan dalam menentukan saiz sampel yang representatif untuk mewakili populasi.” 1) Kesalahan bahasa sintaksis. a. Kesalahan struktur ayat 2) Kesalahan bahasa morfologi a. Kesalahan kata sendi Ayat yang betul: Jadual tersebut memudahkan pengkaji untuk menentukan saiz sampel yang representatif bagi mewakili populasi. “Terdapat dua buah instrumen yang digunakan dalam kajian ini, iaitu soal selidik kepercayaan matematik dan ujian kefahaman konseptual Integral.” 1) Kesalahan bahasa sintaksis. a. Kesalahan struktur ayat. Ayat yang betul: Terdapat dua jenis instrumenyang digunakan dalam kajian ini, iaitu soal selidik kepercayaan matematik dan ujian kefahaman konseptual Integral. “Instrumen kepercayaan matematik yang digunakan dalam kajian ini adalah hasil adaptasi daripada instrumen Beliefs about Mathematical Problem Solving (Kloosterman & Stage, 1992), Students’ Mathematics-Related Beliefs Questionnaire (MRBQ) (Op’t Eynde & De Corte, 2003), dan instrumen yang dibina oleh Randel et al. (2000).” 1) Kesalahan bahasa mekanis a. Kesalahan tanda koma (,) Ayat yang betul: Instrumen kepercayaan matematik yang digunakan dalam kajian ini adalah hasil adaptasi daripada instrumen Beliefs about Mathematical Problem Solving (Kloosterman & Stage, 1992), Students’ Mathematics-Related Beliefs Questionnaire (MRBQ) (Op’t Eynde & De Corte, 2003) dan instrumen yang dibina oleh Randel et al. (2000).

Upload: nadia-sofwan

Post on 30-Sep-2015

22 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Analisis kesalahan bahasa dalam penulisan

TRANSCRIPT

Kesalahan Bahasa Dalam Bahagian Metadologi Jadual tersebut memberikan kemudahan dalam menentukan saiz sampel yang representatif untuk mewakili populasi.1) Kesalahan bahasa sintaksis.a. Kesalahan struktur ayat2) Kesalahan bahasa morfologia. Kesalahan kata sendiAyat yang betul: Jadual tersebut memudahkan pengkaji untuk menentukan saiz sampel yang representatif bagi mewakili populasi.

Terdapat dua buah instrumen yang digunakan dalam kajian ini, iaitu soal selidik kepercayaan matematik dan ujian kefahaman konseptual Integral.1) Kesalahan bahasa sintaksis.a. Kesalahan struktur ayat.Ayat yang betul: Terdapat dua jenis instrumenyang digunakan dalam kajian ini, iaitu soal selidik kepercayaan matematik dan ujian kefahaman konseptual Integral. Instrumen kepercayaan matematik yang digunakan dalam kajian ini adalah hasil adaptasi daripada instrumen Beliefs about Mathematical Problem Solving (Kloosterman & Stage, 1992), Students Mathematics-Related Beliefs Questionnaire (MRBQ) (Opt Eynde & De Corte, 2003), dan instrumen yang dibina oleh Randel et al. (2000).1) Kesalahan bahasa mekanisa. Kesalahan tanda koma (,)Ayat yang betul: Instrumen kepercayaan matematik yang digunakan dalam kajian ini adalah hasil adaptasi daripada instrumen Beliefs about Mathematical Problem Solving (Kloosterman & Stage, 1992), Students Mathematics-Related Beliefs Questionnaire (MRBQ) (Opt Eynde & De Corte, 2003) dan instrumen yang dibina oleh Randel et al. (2000). Pengkaji telah merujuk instrumen yang digunakan oleh Roslina (2007) sebagai panduan.1) Kesalahan bahasa sintaksis.a. Kesalahan ayat tergantung.Ayat yang betul:Pengkaji telah merujuk instrument yang digunakan oleh Roslina (2007) dalam kajiaannya sebagai panduan. Instrumen Ujian Kefahaman Konseptual Integral yang digunakan dalam kajian ini dibina oleh pengkaji dengan dibantu oleh beberapa orang guru pakar matematik berpengalaman.1) Kesalahan bahasa sintaksis.a. Kesalahan struktur ayat.Ayat yang betul:Instrumen Ujian Kefahaman Konseptual Integral yang digunakan dalam kajian ini dibina oleh pengkaji dengan bantuan daripada beberapa orang guru pakar matematik berpengalaman.

Tiga soalan daripadanya merupakan item daripada menyelesaikan masalah sederhana yang melibatkan integral tak tentu dan integral tentu, satu soalan merupakan item daripada mengira luas kawasan yang dibatasi oleh lengkungan dan paksi X-Y, satu soalan merupakan item daripada mengira isi padu bongkah dari sebuah lengkungan yang diputar, dan satu soalan terakhir merupakan item daripada mengira isi padu bongkah antara dua lengkungan yang diputar.1. Kesalahan bahasa morfologia. Kesalahan kata sendi daripada.b. Kesalahan imbuhan.2) Kesalahan bahasa sintaksis.a. Kesalahan strukur ayat3) Kesalahan mekanisa. Kesalahan tanda koma(,)Ayat yang betul:Tiga soalan daripadanya merupakan item penyelesaian masalah sederhana yang melibatkan integral tak tentu dan integral tentu, satu soalan berkaitan mengira luas kawasan yang dibatasi oleh lengkungan dan paksi X-Y, satu soalan berkaitan mengira isi padu bongkah dari sebuah lengkungan yang diputar dan satu soalan terakhir merupakan item daripada mengira isi padu bongkah antara dua lengkungan yang diputar.

Ciri masalah matematik yang dikemukakan dalam soalan-soalan yang dibina adalah yang memerlukan pelajar membuat kefahaman.1) Kesalahan bahasa sintaksisa) Kesalahan struktur ayatb) Kesalahan ayat tergantungAyat yang betul: Masalah matematik yang dikemukakan dalam soalan-soalan yang dibina memerlukan pelajar untuk membuat kefahaman secara lebih mendalam .