analisis item

26
Soalan 1 Aras Pengetahuan 1. Rajah 1 menunjukkan petak seratus. Rajah 1 Nyatakan peratusan yang diwakili oleh petak berlorek dalam rajah itu. A. 13% B. 23% C. 33% D. 43% SOALAN BIL. MURID BETUL KUMPULAN PRESTASI TINGGI KUMPULAN PRESTASI RENDAH P D 1 27/30 7 5 0.9 0.29 Item ini majoriti murid dapat menjawabnya tidak kira murid daripada kumpulan prestasi tinggi mahupun kumpulan prestasi rendah. Nilai indeks kesukaran 0.9 menunjukkan soalan ini mudah dan sesuai sebagai soalan permulaan yang menguji pengetahuan asas murid berkaitan dengan topik pecahan. Nilai indeks diskriminasi pula ialah sebanyak 0.29 menunjukkan murid daripada kumpulan

Upload: nazerahbazle

Post on 16-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

analisis item

TRANSCRIPT

Soalan 1Aras Pengetahuan1. Rajah 1 menunjukkan petak seratus.

Rajah 1Nyatakan peratusan yang diwakili oleh petak berlorek dalam rajah itu.A. 13%B. 23%C. 33%D. 43%SOALANBIL. MURID BETULKUMPULAN PRESTASI TINGGIKUMPULAN PRESTASI RENDAHPD

127/30750.90.29

Item ini majoriti murid dapat menjawabnya tidak kira murid daripada kumpulan prestasi tinggi mahupun kumpulan prestasi rendah. Nilai indeks kesukaran 0.9 menunjukkan soalan ini mudah dan sesuai sebagai soalan permulaan yang menguji pengetahuan asas murid berkaitan dengan topik pecahan. Nilai indeks diskriminasi pula ialah sebanyak 0.29 menunjukkan murid daripada kumpulan prestasi tinggi dan rendah dapat menjawab soalan ini. Oleh itu, item ini diterima.

Soalan 2Aras Pengetahuan2. Rajah 2 menunjukkan sebuah segi empat sama.

Rajah 2Berapakah peratusan kawasan yang berlorek dalam rajah itu?A. 70%B. 60%C. 50%D. 40%SOALANBIL. MURID BETULKUMPULAN PRESTASI TINGGIKUMPULAN PRESTASI RENDAHPD

214/30610.470.71

Item ini menunjukkan indeks kesukaran hanya 0.47 dan bilangan murid yang dapat menjawabnya hanya 14 orang. Untuk soalan aras pengetahuan dan soalan di permulaan ujian seperti ini, soalan ini sepatutnya dapat dijawab oleh majoriti murid. Indeks diskriminasi juga tinggi iaitu sebanyak 0.71 menunjukkan murid daripada kumpulan prestasi rendah tidak dapat menjawab soalan ini dengan betul.

Soalan baru

1 kotak bersamaan dengan 25%. Berapakah peratusan kawasan yang berlorek dalam rajah itu?25%50%75%100%Rajah 2 menunjukkan sebuah segi empat sama.

Rajah 2

Soalan 3Aras Kefahaman3. 0.34 =

A. 2%B. 23%C. 34%D. 43%SOALANBIL. MURID BETULKUMPULAN PRESTASI TINGGIKUMPULAN PRESTASI RENDAHPD

330/307710

Keseluruhan murid seramai 30 orang dapat menjawab soalan ini dengan jawapan yang betul. Kumpulan prestasi tinggi dan rendah kesemuanya mendapat jawapan yang betul bagi soalan ini. Indeks kesukaran sebanyak 1 menunjukkan kesemua murid berjaya menjawab soalan ini dan indeks diskriminasi menunjukkan skor 0 yang membuktikan murid prestasi rendah juga kesemuanya dapat menjawab soalan ini. Item ini pada aras kefahaman dan diterima sebagai soalan.

Soalan 4Aras Kefahaman4. 88% =

A. 88B. 8.8C. 0.88D. 0.088SOALANBIL. MURID BETULKUMPULAN PRESTASI TINGGIKUMPULAN PRESTASI RENDAHPD

427/30660.90

Item ini juga majoriti murid dapat menyelesaikannya dan mendapat jawapan yang betul. Seramai 6 orang murid daripada kumpulan prestasi tinggi dan 6 murid daripada kumpulan prestasi rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul dan menunjukkan skor indeks diskriminasi adalah 0. Skor indeks kesukaran pula adalah 0.9. Hanya 3 orang murid sahaja menjawab soalan ini dengan jawapan yang salah. Oleh itu, item ini diterima.

Soalan 5 Aras Kefahaman5. =

A. 4%B. 8%C. 12%D. 16%SOALANBIL. MURID BETULKUMPULAN PRESTASI TINGGIKUMPULAN PRESTASI RENDAHPD

514/30610.470.71

Item seterusnya iaitu item no 5 ini, tidak sampai separuh daripada keseluruhan murid dapat menjawab soalan ini. Skor untuk indeks kesukaran item ini ialah 0.47 dan skor indeks diskriminasi pula ialah 0.71. Untuk soalan aras kefahaman ini sepatutnya skor indeks kesukaran harus dekat dengan 1 dan skor untuk indeks diskriminasi perlu kurang daripada 0.5. Oleh itu, item ini ditolak.

Soalan baru =A. 2%B. 4%C. 8%D. 12%

Soalan 6Aras Kefahaman 6. Antara yang berikut, yang manakah benar?

A. = 1.4%B. = 15%C. = 35%D. = 68%SOALANBIL. MURID BETULKUMPULAN PRESTASI TINGGIKUMPULAN PRESTASI RENDAHPD

628/30760.930.14

Item nombor 6 juga memperlihatkan majoriti murid dapat menjawab dengan betul. Soalan ini pada aras kefahaman juga menunjukkan skor diskriminasi cuma 0.14 di mana murid dalam kumpulan prestasi rendah juga dapat menyelesaikan soalan ini. Skor indeks kesukaran juga tinggi membuktikan ramai murid dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Oleh itu, item ini diterima pakai dalam ujian ini.

Soalan 7Aras Aplikasi7. Tukarkan kepada peratus?

A. 5%B. 15%C. 35%D. 55%SOALANBIL. MURID BETULKUMPULAN PRESTASI TINGGIKUMPULAN PRESTASI RENDAHPD

715/30700.51

Bagi item ketujuh dalam ujian ini, hanya separuh daripada keseluruhan murid atau 0.5 bagi indeks kesukaran yang berjaya mendapatkan jawapan yang betul bagi item ini. Skor diskriminasi pula sebanyak 1 menunjukkan keseluruhan murid dalam kumpulan prestasi rendah tidak dapat menjawab soalan ini. Soalan pada tahap aplikasi ini perlu disesuaikan dengan pelbagai tahap. Oleh itu, item ini ditolak.

Soalan baruTukarkan kepada peratus?

A. 5%B. 15%C. 25%D. 35%

Soalan 8Aras Aplikasi8. Berapakah dalam peratus?

A. 70%B. 60%C. 10%D. 7%SOALANBIL. MURID BETULKUMPULAN PRESTASI TINGGIKUMPULAN PRESTASI RENDAHPD

823/30750.770.29

Item ini diterima kerana pada aras aplikasi ini, tahap dan indeks kesukaran adalah 0.77 dimana tidak semua murid atau majoriti murid dapat menjawab soalan ini. Indeks diskriminasi juga pada tahap 0.29 di mana terdapat juga murid dalam kumpulan prestasi rendah yang tidak dapat menjawab soalan ini.

Soalan 9Aras Kefahaman9. Rajah 3 terdiri daripada beberapa buah segi empat yang sama besar?

Rajah 3Hitung peratusan kawasan yang berlorek daripada seluruh rajah itu.A. 20%B. 40%C. 60%D. 80%SOALANBIL. MURID BETULKUMPULAN PRESTASI TINGGIKUMPULAN PRESTASI RENDAHPD

927/30750.90.29

Item ini menunjukkan majoriti murid dapat menjawab soalan ini. Indeks kesukaran menunjukkan skor 0.9 dan sesuai dengan aras soalan ini pada aras kefahaman sahaja. Skor dalam indeks diskriminasi juga sedikit iaitu 0.29 yang menunjukkan murid dalm kumpulan prestasi rendah juga dapat menjawab soalan ini dengan memberi jawapan yang betul. Oleh it, item ini diterima.

Soalan 10Aras Kefahaman10. 25% adalah bersamaan dengan

A. B. C. D. SOALANBIL. MURID BETULKUMPULAN PRESTASI TINGGIKUMPULAN PRESTASI RENDAHPD

1017/30700.571

Item kesepuluh dalam ujian ini menunjukkan hanya lebih separuh sahaja yang dapat menjawab soalan yang dibina dalam aras kefahaman ini. Skor indeks kesukaran menunjukkan hanya 0.57 sahaja manakala skor indeks diskriminasi pula 1 yang menunjukkan kesemua murid dalam kumpulan prestasi rendah tidak dapat menjawab soalan ini. Sebahagian murid dalam kumpulan prestasi rendah seharusnya dan sepatutnya dapat menyelesaikan soalan ini. Oleh itu, item ini ditolak dan dibina item baru yang lebih mudah dan difahami murid daripada setiap kumpulan prestasi.

Soalan baru25% adalah bersamaan dengan =

A. B. C. D.

Soalan 11Aras Kefahaman 11. Nyatakan 8% dalam nombor perpuluhan.

A. 8B. 0.8C. 0.08D. 0.008SOALANBIL. MURID BETULKUMPULAN PRESTASI TINGGIKUMPULAN PRESTASI RENDAHPD

1114/30520.470.43

Item ini dibina pada aras kefahaman di mana tidak sampai separuh daripada bilangan keseluruhan murid dapat menjawab soalan ini. Skor indek kesukaran ialah 0.47 dan skor indeks diskriminasi ialah 0.43 sahaja. Namun begitu, daripada analisis yang dilakukan, segelintir murid prestasi rendah dapat menyelesaikan soalan ini dan tidak semua murid dalam kumpulan prestasi tinggi dapat menjawab soalan ini dengan betul. Terdapat keseimbangan dalam jumlah ini bagi soalan nombor 11 ini. Oleh itu, item ini diterima.

Soalan 12Aras Aplikasi12. 205% =

A. 2B. 2C. 20D. 20SOALANBIL. MURID BETULKUMPULAN PRESTASI TINGGIKUMPULAN PRESTASI RENDAHPD

1215/30610.50.71

Cuma separuh daripada keseluruhan murid iaitu 15 orang sahaja dapat menjawab item ini dengan tepat. Skor indeks kesukaran adalah 0.5 di mana adalah skor yang baik untuk soalan pada aras aplikasi. Namun begitu, skor indeks diskriminasi sebanyak 0.71 menunjukkan perbezaan yang ketara antara dua kumpulan prestasi tinggi dan rendah. Hanya seorang murid daripada kumpulan prestasi rendah dapat menyelesaikan soalan ini berbanding 6 orang daripada kumpulan prestasi tinggi. Oleh itu, item ini ditolak.

Soalan baru250% =

A. 2B. 2C. 20D. 20

Soalan 13Aras Analisis13. Kamal telah membaca 6 muka surat daripada sebuah buku yang mempunyai 50 muka surat. Berapa peratuskah buku yang telah dibaca olehnya?

A. 10%B. 12%C. 14%D. 16%SOALANBIL. MURID BETULKUMPULAN PRESTASI TINGGIKUMPULAN PRESTASI RENDAHPD

1312/30730.40.57

Item ini menunjukkan tidak sampai separuh daripada keseluruhan murid dapat menjawab soalan ini dengan betul dengan hanya 12 orang sahaja yang dapat jawapan yang betul. Skor indeks kesukaran adalah pada tahap 0.4 sahaja. Namun begitu, bagi soalan tahap aras analisis seperti ini, skor tersebut menunjukkan keseseuaian dengan tahap soalan. Bagi skor indeks diskriminasi juga menunjukkan 0.57 di mana seramai 3 orang murid daripada kumpulan prestasi rendah dapat menyelesaikan soalan ini. Ini menunjukkan soalan ini diterima dan sah untuk diguna pakai.

Soalan 14Aras Aplikasi14. Rajah 4 terdiri daripada petak-petak segi empat sama yang sama besar.

Rajah 420% daripada petak itu bewarna hijau. Bakinya bewarna merah. Berapakah bilangan petak yang bewarna merah?A. 25B. 20C. 5D. 1SOALANBIL. MURID BETULKUMPULAN PRESTASI TINGGIKUMPULAN PRESTASI RENDAHPD

149/30320.30.14

Skor indeks kesukaran menunjukkan bahawa hanya 0.3 atau 9 orang sahaja murid dapat menyelesaikan item ini dengan tepat. Skor indeks diskriminasi pula menunjukkan perbezaan yang kecil di mana 3 orang daripada kumpulan prestasi tinggi dapat jawapan yang betul dan 2 orang daripada kumpulan prestasi rendah yang betul jawapannya. Hal ini menunjukkan ketidakseimbangan bagi soalan aras aplikasi seperti ini di mana sepatutnya lebih ramai murid daripada kumpulan prestasi tinggi dapat menjawabnya dengan tepat. Oleh itu, item ini ditolak.Soalan baru

80% daripada petak itu bewarna merah. Bakinya bewarna hijau. Berapakah bilangan petak yang bewarna merah?25 C.5 20 D.1Rajah 4 terdiri daripada petak-petak segi empat sama yang sama besar.

Rajah 4Soalan 15Aras Aplikasi15. 30% daripada suatu nombor ialah 45.apakah nombor itu?

A. 120B. 135C. 150D. 450SOALANBIL. MURID BETULKUMPULAN PRESTASI TINGGIKUMPULAN PRESTASI RENDAHPD

1513/30410.430.43

Item ke-15 ini meninjukkan keseimbangan pada skor indeks kesukaran dan skor indeks diskriminasi di mana kedua-dua skor ini mendapat sebanyak 0.43 pada item ini. Hanya 13 orang murid sahaja dapat menyelesaikan soalan ini yang mana orang daripada kumpulan prestasi tinggi dan seorang daripada kumpulan prestasi rendah dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Terdapat kesinambungan pada kedua-dua skor ini. Oleh itu, item ini diterima.

Soalan 16Aras Aplikasi16. Yang mana antara berikut mempunyai nilai yang sama dengan 15% x 240?

A. 24% x 300B. 12% x 150C. 20% x 180D. 10% x 120SOALANBIL. MURID BETULKUMPULAN PRESTASI TINGGIKUMPULAN PRESTASI RENDAHPD

1611/30430.370.14

Item ini ditolak kerana perbezaan bilangan murid dalam kumpulan prestasi tinggi dan kumpulan prestasi rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul adalah rendah dan tipis. Skor indeks kesukaran pada tahap 0.37 di mana hanya 11 orang murid sahaja daripada keseluruhan 30 orang murid dapat menjawab soalan ini dengan betul. Indek diskriminasi juga hanya pada tahap 0.14 sahaja. Oleh itu, item ini ditolak dan diganti dengan item baru.

Soalan baruYang mana antara berikut mempunyai nilai yang sama dengan 15% x 100?

A. 15% x 150B. 30% x 150C. 30% x 200D. 15% x 200

Soalan 17Aras Aplikasi17. Rajah 5 menunjukkan satu garis nombor.

120P190Q295Rajah 515% daripada hasil tambah P dan Q ialah

A. 57B. 155C. 225D. 380SOALANBIL. MURID BETULKUMPULAN PRESTASI TINGGIKUMPULAN PRESTASI RENDAHPD

171/30100.030.14

Item ini merupakan item yang paling sedikit murid dapat menjawabnya dengan betul iaitu hanya seorang sahaja daripada keseluruhan murid. Nilai indeks kesukaran pada tahap 0.03 dan skor indeks diskriminasi adalah 0.14. soalan ini mungkin mengelirukan murid dan agak susah. Oleh itu, item ini ditolak dan dibina item baru yang lebih mudah dan soalan yang lebih terarah kepada kehendaknya.

Soalan baruRajah 5 menunjukkan satu garis nombor.

10P20Q35Rajah 550% daripada hasil tambah P dan Q ialah

A. 20 C. 40B. 30 D.50Soalan 18Aras Analisis18. Terdapat 50 biji guli di dalam sebuah kotak. 18 biji daripadanya adalah berwarna hitam. Hitung peratusan gula-gula berwarna hitami di dalam kotak itu.

A. 72%B. 54%C. 36%D. 18%SOALANBIL. MURID BETULKUMPULAN PRESTASI TINGGIKUMPULAN PRESTASI RENDAHPD

1817/30620.570.57

Item ini menunjukkan seramai 17 orang murid berjaya menyelesaikan soalan ini dengan betul dan tepat di mana skor indeks kesukarannya ialah 0.57 dan skor bagi indeks diskriminasinya juga sama iaitu 0.57 juga. Ini menunjukkan lebih separuh yang dapat menyelesaikan soalan ini dan perbezaan antara murid kumpulan prestasi tinggi dan murid kumpulan prestasi rendah adalah seimbang dari segi tahap dan kebolehan mereka. Oleh itu, item ini diterima.

Soalan 19Aras Analisis19. Puan Siti membeli sebungkus gula-gula. 62% daripada gula-gula itu dimakan oleh anak-anaknya. Nyatakan baki gula-gula itu dalam bentuk pecahan.

A. B. C. D. SOALANBIL. MURID BETULKUMPULAN PRESTASI TINGGIKUMPULAN PRESTASI RENDAHPD

196/30210.20.14

Item ini menunjukkan ramai murid tidak dapat menjawabnya denga betul. Murid daripada kumpulan prestasi tinggi juga hanya 2 orang sahaja yang mendapat jawapan yang betul. Skor indeks kesukaran ialah 0.2 dan skor indeks diskriminasi ialah 0.14 di mana perbezaan yang sikit jika dibandingkang dengan soalah yang agak sukar dan pada aras analisis. Oleh itu, item ini ditolak dan dibina item baru yang lebih mudah dan tidak merumitkan.

Soalan baruPuan Siti membeli sebungkus gula-gula. 60% daripada gula-gula itu dimakan oleh anak-anaknya. Nyatakan baki gula-gula itu dalam bentuk pecahan.A. B. C. D.

Soalan 20Aras Analisis20. Peratusan lulus yang diperoleh oleh murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh dalam 65% lulus dan selebihnya gagal. Jika bilangan murid tahun 5 sekolah berkenaan adalah 150 orang dan bilangan murid perempuannya daripada jumlah itu, kirakan bilangan murid lelaki tahun 5 di sekolah berkenaan yang semuanya telah lulus ujian tersebut.

A. 15B. 35C. 50D. 65SOALANBIL. MURID BETULKUMPULAN PRESTASI TINGGIKUMPULAN PRESTASI RENDAHPD

205/30300.170.43

Item ini merupakan item yang terakhir yang diuji dalam ujian ini. Item ini dibina pada aras analisis mengikut taksonomi Bloom. Hanya 5 orang murid sahaja daripada keseluruhan murid dapat menjawab soalan ini dengan betul di mana skor indeks kesukaran ialah 0.17 sahaja. Bagi skor indeks diskriminasi pula, 0.43 telah dicatatkan di mana menunjukkan 3 orang murid daripada kumpulan prestasi tinggi dapat menyelesaikan soalan ini dengan jawapan yang betul dan tiada murid daripada kumpulan prestasi rendah dapat menyelesaikan soalan ini. Ini menunjukkan kesinambungan di mana soalan ini merupakan soalan yang agak sukar bagi murid yang berada dalam tahap yang lebih rendah dan lemah. Oleh itu, item ini diterima.