analisis hasil tugasan murid

7
Analisis hasil tugasan murid. Proses menganalisis merupakan suatu proses yang sangat penting selepas di adakan latihan penilaian kerana pada tahap ini guru dapat membuat tafsiran awal mengenai tahap kemampuan murid. Melalui tafsiran ini guru akan dapat gambaran awal mengenai kemampuan muridnya. Oleh itu guru boleh mengubah teknik pengajaran agar lebih berorintasikan murid. Selain daripada itu guru juga boleh merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif dan bercorak pemusatan murid. Ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang baik akan membolehkan murid memahami pembelajaran yang sedang di jalankan. Ini dapat membantu guru dalam menyediakan strategi pengajaran serta teknik pengajaran yang sesuai dengan tahap murid tersebut. Proses menganalisis juga merupakan satu kaedah yang berkesan untuk melihat secara lebih dekat, adakah objektif pengajaran kita tercapai . Ini adalah sangat penting bagi murid- murid secara umumnya dan murid- murid bermasalah pembelajaran khasnya. Setiap guru semestinya meletakkan objektif yang akan dicapai setelah sesi pengajaran dijalankan.Oleh itu untuk melihat objektif ini samada tercapai atau tidak ialah melalui proses penilaian dan seterusnya penganalisian.

Upload: hazwan-arif

Post on 30-Jun-2015

202 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis hasil tugasan murid

Analisis hasil tugasan murid.

Proses menganalisis merupakan suatu proses yang sangat penting selepas di

adakan latihan penilaian kerana pada tahap ini guru dapat membuat tafsiran awal

mengenai tahap kemampuan murid. Melalui tafsiran ini guru akan dapat gambaran awal

mengenai kemampuan muridnya. Oleh itu guru boleh mengubah teknik pengajaran

agar lebih berorintasikan murid.

Selain daripada itu guru juga boleh merancang kaedah pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih efektif dan bercorak pemusatan murid. Ini kerana proses

pengajaran dan pembelajaran yang baik akan membolehkan murid memahami

pembelajaran yang sedang di jalankan. Ini dapat membantu guru dalam menyediakan

strategi pengajaran serta teknik pengajaran yang sesuai dengan tahap murid tersebut.

Proses menganalisis juga merupakan satu kaedah yang berkesan untuk melihat

secara lebih dekat, adakah objektif pengajaran kita tercapai . Ini adalah sangat penting

bagi murid- murid secara umumnya dan murid- murid bermasalah pembelajaran

khasnya. Setiap guru semestinya meletakkan objektif yang akan dicapai setelah sesi

pengajaran dijalankan.Oleh itu untuk melihat objektif ini samada tercapai atau tidak

ialah melalui proses penilaian dan seterusnya penganalisian.

Proses menganalisis ini merupakan suatu proses yang tidak boleh dipandang

remeh dan di anggap sia- sia. Ini kerana melalui proses inilah guru- guru dapat

menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas.Oleh itu guru

seharusnya bertanggungjawab dalam menyediakan penialaian dan penganalisian

kerana ianya boleh menjadi panduan kepada guru untuk mengajar murid terutamanya

murid pendidikan khas.

Page 2: Analisis hasil tugasan murid

Analisis hasil lembaran kerja murid.

1) Kemahiran bacaan secara lisan.

A) Murid masih keliru dengan huruf- huruf konsonen serta huruf vokal. Contohnya

murid terkeliru dengan huruf e ( pepet) dan e (taling) kerana bunyi yang berlainan

walaupun huruf yang sama.

B) Sikap takut salah menjadikan murid ini pasif.Apabila beliau tersalah sebut dan

dibetulkan oleh guru, beliau menjadi lebih berhati- hati dan kerap meyebut “tidak tahu”

supaya beliau tidak membuat salah.

C) Murid tidak mampu mengecam huruf secara rawak. Masalah ini berlaku kerana

murid ini menghafal huruf tersebut tetapi tidak mengenal huruf tersebut. Oleh itu apabila

kad imbasan huruf konsonen di susun secara rawak murid ini tidak mampu menjawab

dengan tepat.

2) Kemahiran bacaan secara bertulis.

A) Murid boleh menulis huruf kecil dengan baik, hasil dari bimbingan guru.Guru

perlu membimbing secara individu agar murid dapat menulis lembaran kerja yang baik.

B) Namun begitu, murid tidak dapat menyalin huruf besar dengan baik kerana

latihan ini diberikan sebagai latihan kerja rumah. OLeh itu murid ini banyak melakukan

kesilapan tulis terbalik.

Page 3: Analisis hasil tugasan murid

Pemilihan Matapelajaran serta instrumen penilaian

Subjek : Bahasa melayu

Tajuk : Mengenal huruf vokal serta huruf konsonen

Kaedah pentaksiran dan penilaian yang di pilih ialah Skala kadar.

Objektif pengajaran :

1) Murid boleh mengenal huruf

2) Murid boleh mengenal huruf vocal

3) Murid boleh mengenal huruf konsenan secara tersusun dan secara rawak.

Murid yang dipilih

Nama : Muhammad Isrizal bin Ishak.

Umur : 10 tahun

Masalah : slow learner.

Sebab memilih murid ini

1) Murid yang selalu member masalah kepada guru.

2) Murid yang selalu ponteng sekolah

3) murid yang di anggap nakal di sekolah dan kelas pendidikan khas.

Page 4: Analisis hasil tugasan murid

Cadangan Langkah suaian

Hasil dari analisis yang telah di lakukan, guru akan membuat cadangan serta

tindakan yang perlu di ambil bagi mengatasi masalah yang wujud dari analisis yang

telah dilakukan.Guru seharusnya bijak dalam menguruskan kelasnya agar sesi

pengajaran dan pembelajaran menjadi berkesan.Sebagai seorang guru saya

mencadangkan :

1) Untuk menangani masalah yang di hadapi oleh Isrizal ini, saya mengambil

kaedah pujukan serta ganjaran yang dapat menarik perhatian beliau. Ini kerana beliau

tidak dapat memberikan perhatian semasa sesi penerangan guru. Guru perlu

memberikan lebih perhatian serta pujian dan ganjaran untuk menarik minat beliau.

2) kaedah latih tubi. Ini adalah satu kaedah tradisional di dalam dunia pendidikan,

namun bagi saya kaedah ini adalah suatu kaedah yang dapat memberikan kesan

kepada murid. Melalui latihan latih tubi yang diberikan oleh guru, murid akan lebih

faham dan menunjukkan minat. Ini kerana, jika murid tidak faham dengan pengajaran

yang di lakukan oleh guru murid tidak akan menunjukkan minat.

3) Guru seharusnya menyediakan bahan mengajar serta alat bantu mengajar yang

lengkap dan sesuai dengan murid. Ini kerana kekurangan bahan untuk mengajar akan

menjadikan proses pengajaran menjadi bosan. Oleh itu guru perlu kreatif dalam

menyediakan bahan mengajar. Untuk Isrizal ini, bagi menarik minat beliau, saya telah

membuat kaedah belajar secara bermain. Contohnya, saya membuat permainan susun

huruf, beliau akan diberi huruf- huruf dan disusunkan secara turutan.

Page 5: Analisis hasil tugasan murid

Isi Kandungan

1. Biodata guru

2. Profil sekolah

3. Profil kelas pendidikan khas

4. Profil murid : Muhammad Isrizal

5. Soalan

i) Pengenalan

ii) Pemilihan Instrumen dan murid

iii) Hasil lembaran kerja murid

iv) Analisis hasil kerja murid

v) Cadangan langkah yang di ambil

6. Refleksi

7. Lampiran