analisis data

12
Analisis Data Pemerhatian Data pertama yang dikumpulkan bagi menjawab persoalan kajian ini adalah melalui pemerhatian berstruktur. Saya telah melakukan pemerhatian berdasarkan dua peringkat, iaitu pemerhatian sebelum intervensi dan pemerhatian selepas intervensi penggunaan gambar rajah Tu Ikan. Saya telah menggunakan borang pemerhatian semasa menjalankan pemerhatian sebelum dan selepas intervensi. Seterusnya, berdasarkan dapatan pada borang pemerhatian, saya telah membuat perbandingan antara kedua-dua sesi pemerhatian tersebut. Terdapat 6 item daripada borang pemerhatian seperti di Lampiran … dan Lampiran … yang diperhatikan sebelum dan selepas kajian dijalankan. 4 orang pelajar ini menunjukkan perubahan yang ketara mengikut item 6, 7, 8, 10 dan 11 dalam borang pemerhatian. Bagi item 6, sebelum intervensi dijalankan, keempat-empat orang pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah berkenaan mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti dengan betul. Namun begitu, selepas intervensi

Upload: haizad-awal

Post on 15-Jan-2016

8 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kdndnk

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Data

Analisis Data Pemerhatian

Data pertama yang dikumpulkan bagi menjawab persoalan kajian ini adalah

melalui pemerhatian berstruktur. Saya telah melakukan pemerhatian berdasarkan

dua peringkat, iaitu pemerhatian sebelum intervensi dan pemerhatian selepas

intervensi penggunaan gambar rajah Tu Ikan.

Saya telah menggunakan borang pemerhatian semasa menjalankan

pemerhatian sebelum dan selepas intervensi. Seterusnya, berdasarkan dapatan

pada borang pemerhatian, saya telah membuat perbandingan antara kedua-dua sesi

pemerhatian tersebut.

Terdapat 6 item daripada borang pemerhatian seperti di Lampiran … dan

Lampiran … yang diperhatikan sebelum dan selepas kajian dijalankan. 4 orang

pelajar ini menunjukkan perubahan yang ketara mengikut item 6, 7, 8, 10 dan 11

dalam borang pemerhatian. Bagi item 6, sebelum intervensi dijalankan, keempat-

empat orang pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah berkenaan mencari nilai

pecahan daripada suatu kuantiti dengan betul. Namun begitu, selepas intervensi

dijalankan, mereka dapat menggunakan gambar rajah Tu Ikan untuk menyelesaikan

soalan-soalan tersebut.

Seterusnya, bagi pemerhatian yang dijalankan bagi item 7, didapati 4 orang

pelajar saya ini lebih berani bertanya kepada saya apabila menghadapi masalah

matematik berbanding sebelum intervensi, pelajar-pelajar ini hanya duduk diam

sahaja walaupun mereka tidak memahami apa yang diajar oleh saya di dalam kelas.

Page 2: Analisis Data

Mereka dilihat mengambil jalan mudah dengan meniru jawapan rakan lain untuk

menyiapkan latihan-latihan yang diberi.

Bagi item 8, perubahan ketara dapat diperhatikan apabila didapati keempat-

empat pelajar ini berbincang bersama rakan lain semasa membuat latihan. Saya

dapat melihat wujudnya interaksi di antara mereka dengan rakan lain dan mereka

juga ada kalanya dilihat berkongsi idea dan cara untuk menyelesaikan soalan-

soalan latihan yang diberi. Situasi ini amat berbeza berbanding sebelum intervensi

dimana mereka bersikap pasif, tidak mahu bertanya dan berbincang bersama rakan

lain untuk menyelesaikan soalan-soalan yang diberi. Mereka selalu menjawab

soalan latihan sesuka hati dan ada kalanya mereka hanya membiarkan soalan

latihan yang diberi tidak berjawab.

Pemerhatian yang telah dibuat terhadap item 10, saya juga dapat melihat 4

orang pelajar saya ini menunjukkan kesungguhan semasa menjawab soalan latihan

dengan menggunakan gambar rajah Tu Ikan. Mereka juga dapat mengaplikasikan

gambar rajah ini dengan betul semasa menjawab soalan. Item 11 menunjukkan

penggunaan gambar rajah Tu Ikan dapat membantu keempat-empat pelajar saya

untuk menyelesaikan masalah berkenaan mencari nilai pecahan daripada suatu

kuantiti. Mereka dapat mengaplikasikan gambar rajah Tu Ikan semasa membuat

latihan dan dapat menjawab soalan dengan betul. Rajah 6 dan Rajah 7

menunjukkan antara hasil kerja pelajar semasa intervensi berdasarkan pemerhatian

yang saya jalankan semasa mereka membuat latihan.

Page 3: Analisis Data

Rajah 6 : Hasil Kerja Pelajar A Semasa Intervensi

Rajah 7 : Hasil Kerja Pelajar A Semasa Intervensi

Page 4: Analisis Data

5.1.4.2 Analisis Data Temu Bual

Data kedua yang dikumpulkan bagi menjawab persoalan kajian pertama ialah

melalui temu bual. Dalam kajian ini, saya telah menggunakan temu bual berstruktur

sebagai salah satu instrumen kajian. Jawapan dan maklum balas yang diberikan

oleh pelajar semasa sesi temu bual dicatatkan dalam borang maklum balas seperti

di Lampiran …Saya telah membuat refleksi terhadap maklum balas yang telah

diberikan oleh pelajar saya dalam sesi temu bual sebelum intervensi dan selepas

intervensi.

Daripada data temu bual yang dijalankan sebelum intervensi jelas dapat

dilihat daripada soalan 1 bahawa keempat-empat orang pelajar saya memang tidak

menyukai mata pelajaran matematik sebelum ini kerana mereka beranggapan

bahawa matematik adalah mata pelajaran yang sukar kerana banyak nombor.

Seorang pelajar menyatakan bahawa beliau tidak meyukai matematik kerana

jawapan yang diberi olehnya selalu salah. Bagi soalan 2, hasil temu bual telah

membuktikan bahawa 4 orang pelajar ini merasakan matematik merupakan mata

pelajaran yang membosankan.

Hasil daripada analisis data temu bual sebelum intervensi juga menunjukkan

keempat-empat pelajar saya ini beranggapan bahawa penyelesaian masalah

melibatkan kemahiran mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti adalah sukar

dan mengelirukan. Ini dapat dilihat berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh

mereka untuk soalan 3. Berdasarkan jawapan untuk soalan 4 pula, mereka tidak

dapat menjawab soalan yang diberi dengan menggunakan kaedah yang digunakan

Page 5: Analisis Data

sebelum intervensi. Keadaan ini telah menyebabkan mereka tidak dapat menjawab

soalan latihan yang diberi dengan betul.

Berdasarkan jawapan untuk soalan 5, hasil temu bual juga telah mendapati

seorang pelajar tidak mengambil berat tentang masalah yang dihadapi olehnya,

manakala tiga orang pelajar lagi mempunyai perasaan bimbang dan malu jika

mereka tidak dapat menjawab soalan yang diberi. Ini menunjukkan bahawa mereka

mempunyai kesedaran untuk memperbaiki kelemahan mereka. Justeru itu, saya

telah mengambil tindakan untuk menggunakan gambar rajah Tu Ikan untuk

membantu 4 orang pelajar saya ini menyelesaikan masalah mencari nilai pecahan

daripada suatu kuantiti.

Setelah intervensi dijalankan, saya menjalankan sesi temu bual untuk kali

kedua seperti di Lampiran … bagi mengenal pasti keberkesanan strategi gambar

rajah Tu Ikan dalam membantu pelajar saya menyelesaikan masalah mencari nilai

pecahan daripada suatu kuantiti.

Berdasarkan maklum balas bagi soalan 1 dan 2 selepas intervensi dijalankan,

keempat-empat orang pelajar telah menunjukkan perubahan tingkah laku yang agak

ketara terhadap matematik berbanding sebelumnya. Mereka dilihat mula menyukai

matematik kerana mereka faham dan dapat menyelesaikan masalah melibatkan

mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti dengan menggunakan gambar rajah

Tu Ikan. Mereka juga berpendapat bahawa matematik tidak lagi membosankan. Ada

seorang dalam kalangan mereka berpendapat bahawa matematik tidak lagi

Page 6: Analisis Data

membosankan kerana terdapat strategi penyelesaian masalah lain yang lebih

menarik berbanding strategi yang digunakan sebelum ini.

Hasil daripada temu bual selepas intervensi bagi soalan 3 juga telah

mendapati bahawa 4 orang pelajar ini berpendapat penggunaan strategi gambar

rajah untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah adalah lebih mudah.

Maklum balas bagi soalan 4 dan 5, dilihat bahawa pelajar juga lebih berkeyakinan

untuk menjawab soalan melibatkan mencari nilai daripada suatu kuantiti dengan

menggunakan gambar rajah Tu Ikan kerana maklumat yang terdapat dalam soalan

dapat diterjemahkan dengan lebih mudah dalam bentuk gambar rajah. Mereka

berasa amat gembira apabila mendapat jawapan yang betul bagi soalan yang diberi

dengan menggunakan gambar rajah Tu Ikan.

5.1.4.3 Analisis Data Nota Lapangan

Data ketiga yang dikumpul adalah analisis kandungan pada nota lapangan.

Saya telah membuat analisis terhadap tiga nota lapangan melibatkan latihan dan

lembaran kerja, borang maklum balas dan borang pemerhatian. Sebanyak 6 nota

lapangan telah dibuat seperti yang terdapat di bahagian lampiran. Analisis nota

lapangan dibuat sebelum intervensi dan selepas intervensi untuk tujuan melihat

keberkesanan penggunaan strategi penyelesaian masalah menggunakan gambar

rajah Tu Ikan berbanding kaedah atau strategi yang digunakan sebelumnya.

Berdasarkan analisis nota lapangan terhadap latihan dan lembaran kerja

sebelum intervensi seperti di Lampiran… menunjukkan bahawa empat orang pelajar

Page 7: Analisis Data

saya ini tidak menyiapkan latihan yang diberikan dan ada juga soalan yang dibiarkan

kosong tanpa jawapan. Ada beberapa soalan dijawab oleh mereka tetapi didapati

jawapan yang diberi adalah salah. Berdasarkan catatan nota lapangan yang dibuat,

ini menunjukkan bahawa pelajar saya tidak tahu dan tidak faham untuk

menyelesaikan masalah mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti.

Berdasarkan catatan pada nota lapangan yang dibuat selepas intervensi

seperti di Lampiran…, situasi ini berbeza dimana 4 orang pelajar ini menunjukkan

perubahan yang ketara, iaitu mereka dapat menyiapkan latihan yang diberi dengan

memberikan jawapan yang betul. Ini membuktikan bahawa mereka faham dan dapat

mengaplikasikan gambar rajah Tu Ikan dalam menyelesaikan masalah mencari nilai

pecahan daripada suatu kuantiti.

Catatan nota lapangan seterusnya dibuat berdasarkan maklumat yang

diperolehi daripada borang pemerhatian. Analisis nota lapangan seperti Lampiran …

merupakan catatan sebelum intervensi dijalankan. Keempat-empat orang pelajar

tidak dapat menyelesaikan masalah berkenaan mencari nilai pecahan daripada

suatu kuantiti dengan betul. Selain itu, pelajar-pelajar ini hanya berdiam diri dan

tidak mahu bertanya kepada saya apabila menghadapi masalah matematik. Mereka

juga tidak mahu berbincang bersama rakan lain semasa membuat latihan. Mereka

dilihat mengambil jalan mudah dengan meniru jawapan rakan lain untuk menyiapkan

latihan-latihan yang diberi.

Lampiran … pula merupakan analisis nota lapangan selepas intervensi

dijalankan. Selepas intervensi dijalankan, 4 orang pelajar ini dapat menjawab soalan

Page 8: Analisis Data

penyelesaian masalah melibatkan mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti

dengan menggunakan gambar rajah Tu Ikan dengan betul. Mereka juga dilihat lebih

berani bertanya kepada saya jika mereka menghadapi masalah dalam

menyelesaikan masalah matematik. Selain itu, keempat-empat pelajar ini turut

berbincang bersama rakan-rakan yang lain serta menunjukkan kesungguhan

semasa menjawab soalan latihan yang diberi.

Nota lapangan yang terakhir ialah analisis nota lapangan bagi borang maklum

balas dalam sesi temu bual. Lampiran … merupakan nota lapangan berdasarkan

borang maklum balas sebelum intervensi dijalankan. Sebelum intervensi, 4 orang

pelajar ini tidak menyukai mata pelajaran matematik dan beranggapan bahawa

matematik adalah sukar dipelajari serta membosankan. Mereka juga beranggapan

bahawa penyelesaian masalah melibatkan kemahiran mencari nilai pecahan

daripada suatu kuantiti adalah sukar dan mengelirukan. Analisis nota lapangan

yang dibuat selepas intervensi ( Lampiran …) menunjukkan bahawa keempat-empat

pelajar menunjukkan minat kepada matematik kerana mereka faham dan dapat

menyelesaikan masalah melibatkan mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti

dengan menggunakan gambar rajah Tu Ikan. Mereka juga berpendapat bahawa

penggunaan strategi gambar rajah untuk menyelesaikan soalan penyelesaian

masalah adalah lebih mudah. Pelajar juga lebih berkeyakinan untuk menjawab

soalan melibatkan mencari nilai daripada suatu kuantiti dengan menggunakan

gambar rajah Tu Ikan kerana maklumat yang terdapat dalam soalan dapat

diterjemahkan dengan lebih mudah dalam bentuk gambar rajah.

Page 9: Analisis Data