anak-anak pejuang

7
TAJUK CERPEN: ANAK-ANAK PEJUANG PENGARANG: GHAZALI LATEH Teknologi kian berleluasa dan semakin moden di segenap pelusuk dunia. Namun begitu, cerpen masih lagi menjadi sambutan hangat dalam kalangan penulis sebagai medium penglahiran idea dan pemikiran untuk menggambarkan cara hidup, budi bahasa,kesopanan dan pemikiran masyarakat dalam generasi masyarakat kini. Melalui cerpen, pelbagai aspek kehidupan yang berkisarkan kepada persoalan bahasa, kesantunan bahasa dan ketinggian budi serta prinsip kehidupan sesuatu masyarakat diterapkan. Dengan ini, saya telah memilih cerpen kesasteraan SPM iaitu Anak-anak Pejuang oleh Ghazali Lateh sebagai rujukan dan analisis tugasan kerja kursus ini. Setiap cerpen pastinya akan menerapkan sifat kesantunan bahasa dalam sistem komunikasi yang digunakan. Namun begitu, adakah pembaca memahami apakah yang dimaksudkan dengan kesantunan? Kata santun diberi makna dalam Kamus Dewan sebagai halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab,sopan. Oleh itu kata kesantunan boleh diringkaskan sebagai sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan. Kebiasaannya kesantunan bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik,sopan,beradab dengan memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang sedang berbicara

Upload: shahirah-zafirah

Post on 12-Aug-2015

175 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: anak-anak pejuang

TAJUK CERPEN: ANAK-ANAK PEJUANG

PENGARANG: GHAZALI LATEH

Teknologi kian berleluasa dan semakin moden di segenap pelusuk dunia.

Namun begitu, cerpen masih lagi menjadi sambutan hangat dalam kalangan penulis

sebagai medium penglahiran idea dan pemikiran untuk menggambarkan cara hidup,

budi bahasa,kesopanan dan pemikiran masyarakat dalam generasi masyarakat kini.

Melalui cerpen, pelbagai aspek kehidupan yang berkisarkan kepada persoalan

bahasa, kesantunan bahasa dan ketinggian budi serta prinsip kehidupan sesuatu

masyarakat diterapkan. Dengan ini, saya telah memilih cerpen kesasteraan SPM

iaitu Anak-anak Pejuang oleh Ghazali Lateh sebagai rujukan dan analisis tugasan

kerja kursus ini.

Setiap cerpen pastinya akan menerapkan sifat kesantunan bahasa dalam

sistem komunikasi yang digunakan. Namun begitu, adakah pembaca memahami

apakah yang dimaksudkan dengan kesantunan? Kata santun diberi makna dalam

Kamus Dewan sebagai halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab,sopan. Oleh

itu kata kesantunan boleh diringkaskan sebagai sifat kehalusan budi bahasa atau

budi pekerti dan kesopanan. Kebiasaannya kesantunan bahasa merujuk kepada

penggunaan bahasa yang baik,sopan,beradab dengan memancarkan peribadi mulia

dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang sedang berbicara dengannya.

Ini menupakan salah satu ciri penting bangsa yang bertamadun. Sebagai contoh

yang dapat dipetik dari cerpen ini, karakter menggunakangaya bahasa yang santun

di mana ianya sesuai dalam berbicara dan perbualan mereka dan menunjukkan

penghormatan. Sebagai contohnya melalui watak Abdul Rahman dan Abdul

Razak .Mereka merupakan dua beradik yang menetap di Kuala Lumpur kerana

bekerja di sana. Mereka melayan ayahnya yang sudah berusia itu dengan penuh

sopan denggan menggunakan panggilan ‘ayah’ . Mereka juga taat terhadap orang

tua itu dengan menggunakan tutur kata yang sopan . Contoh dialog yang dapat

dipetik dari cerpen ini ialah, “ Kami boleh balik setiap bulan untuk menjenguk ayah”

Page 2: anak-anak pejuang

(m/s71). Abdul Rahman dan Abdul Razak juga menunjukkan penghormatan sesama

sendiri dalam perbualan mereka . Hal ini juga berkait rapat dengan adab dan budaya

masyarakat melayu yang menerapkan sikap beradab sopan ketika bertutur terutama

dengan golongan yang lebih dewasa iaitu menggunakan intonasi yang lembut. Oleh

yang demikian juga Malaysia telah melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai

Murni sebagai usaha untuk memupuk kesedaran pentingnya budi bahasa dalam

kehidupan bermasyarakat.

Selain daripada itu, gaya bahasa merupakan penyeri dalam penyampaian

sesebuah cerpen. Setiap cerpen mempunyai menyampaian yang berbeza

dimanakan gaya bahasa membawakan keistimewaan tersendiri kepada cerpen

tersebut. Hal ini demikian kerana melalui pemilihan diksi yang tepat mampu memberi

kesan yang maksimum kepada pembaca. Perkataan itu mungkin puitis atau indah,

bersifat klasik atau penulis menggunakan bahasa asing. Dalam cerpen ini, penulis

menggunakan kata-kata yang mudah difahami oleh masyarakat kerana diksi

tersebut penggunaan kata sehari-harian. Contohnya , “Jika mereka tidak pulang, dia

yang akan pergi ”. Simile pula bermaksud perumpamaan atau suatu perbandingan

dengan menggunakan kata ‘seperti, bagai, umpama dan macam’. Contoh yang

boleh diambil dalam cerpen ini ialah ‘seperti barisan askar yang berbondang-

bondang menuju ke medan perang’ .Penulis juga sering menggunakan penggunaan

kata ganda . Misalnya ‘mundar-mandir,anak-anaknya, sekali-sekala dan bebayang’.

Hiperbola pula bermaksud gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara

berlebih-lebihan. Contoh yang dapat dipetik melalui cerpen Anak-anak Pejuang ini

ialah “bebayang mula rebah merentasi laman rumah yang semakin dipenuhi semak”

(halaman 70). Aliterasi pula bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama

secara berturutan dalam satu baris. Sebagai contoh, “dalam samar-samar malam,

Pak Denan berjalan ke simpang jalan. Disini berlaku pengulangan konsonan M

sebanyak enam kali. Justeru, terdapat pelbagai jenis gaya bahasa lain dan

kesemuanya merupakan teras utama dalam memberi keberkesanan yang mantap

dalam penyampaian sesuatu mesej kepada pembaca.

Page 3: anak-anak pejuang

Seterusnya, beralih kepada sistem sapaan atau sistem panggilan. Umumnya

bahasa sapaan berkait rapat dengan kata ganti nama diri . Kesalahan penggunaan

kata sapaan ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara penutur

dan pendengar. Kata sapaan ini juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan

seseorang dalam menggunakan bahasa tersebut. Penggunaan kata ganti nama ini

diberi perhatian khusus bersesuaian dengan kedudukan, pangkat, umur dan

keakraban hubungan. Kata sapaan yang digunakan dalam cerpen ini iaitu kata

sapaan keluarga sedarah, dimana Abdul Rahman dan Abdul Razak memanggil

bapanya “ayah” . Kata sapaan ‘ayah’ merupakan asas dalam sistem panggilan

dalam keluarga. Bukan itu sahaja, sistem panggilan kekeluargaan antara Abdul

Razak dan Abdul Rahman iaitu ‘adik dan abang’ juga merupakan kata sapaan

keluarga sedarah. Kata sapaan dalam kalangan masyarat pula bergantung kepada

peringkat umur dan keakraban hubungan mereka. Contohnya panggilan yang

digunakan oleh Ah Bee, seorang penjual sayur terhadap Pak Denan. “Pak Nan,

malam-malam mana mau pergi,tegur Ah Bee dari atas lori kecilnya”(halaman 74).

Kesimpulannya kesantunan bahasa boleh diringkaskan sebagai kesopanan dan

kehalusan bahasa yang digunakan oleh seseorang ketika berkomunikasi dengan

syarat penggunaannya mestilah bersesuaian dengan struktur masyarakatnya.

Setiap cerpen pastinya akan menerapkan beberapa nilai murni yang boleh

diteladani oleh pembaca berdasarkan watak-watak dalam cerpen tersebut. Namun

adakah pembaca benar-benar memahami apakah yang dimaksudkan dengan nilai

murni ? Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan

tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan juga

tuhan. Antara nilai murni yang terkandung dalam cerpen Anak-anak Pejuang ialah

nilai baik hati. Nilai ini dapat dilihat melalui watak Ah Bee dimana Ah Bee dan

adiknya tidak pernah lupa jasa Pak Denan dan ada sahaja sumbangan yang

dihulurkan. Ah Bee juga telah membawa Pak Denan ke Kuala Lumpur untuk

mengikuti perarakan sambutan kemerdekaan. Nilai murni lain yang ingin ditekankan

dalam cerpen ini ialah semangat cinta akan Negara iaitu semangat patriotik.

Maksudnya perasaan sayang dan bangga kepada Negara serta meletakkan

kepentingan Negara sebagai nombor satu, melebihi kepentingan sendiri. Nilai murni

sanggup berkorban untuk Negara dengan merelakan melakukan atau menyerahkan

Page 4: anak-anak pejuang

sesuatu sebagai tanda berbakti untuk Negara Malaysia juga diterapkan dalam watak

Pak Denan. Nilai murni ini dapat dilihat melalui sikap Pak Denan yang mempunyai

semangat patriotism yang tinggi dan menghormati perjuangan tokoh Negara. Bukan

itu sahaja, nilai hormat dan taat kepada ahli keluarga juga terkandung dalam cerpen

ini. Perasaan cinta, kasih dan sayang anak-anak Pak Denan terhadap ayahnya

dimana mereka sering pulang ke kampung melihat Pak Denan setiap bulan. Ianya

juga merupakan nilai tanggungjawab terhadap keluarga dimana ianya merupakan

kewajiban setiap individu terhadap keluarga,sebagai anak untuk pulang melihat

orang tua meskipun mereka itu golongan elit seperti yang ditunjukkan oleh watak

Abdul Rahman, anak sulung Pak Denan. Secara keseluruhannya, nilai murni

merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh masyarakat.

Kesimpulannya, terdapat beberapa pengajaran yang boleh dijadikan iktibar

kepada para pembaca. Antaranya ialah kita mestilah menanam semangat patriotik

yang tinggi dalam diri. Meskipun Negara kita, Malaysia sudah bebas daripada segala

jajahan , hidup aman dan harmoni namun kita mestilah mengenang semangat

pejuang Negara yang telah menggadai nyawa mereka demi keamanan Negara kita

sehingga generasi kini. Sebagai contohnya melalui cerpen ini , “Pak Denan berjalan

gagah di barisan hadapan lengkap berbaju Melayu dan bertengkolok. Di

pinggangnya tersisip sebuah keris. Tidak ubah seperti seorang pahlawan bersiap ke

medan juang.Cuma langkahnya nampak goyang kerana bertongkat”. Pengajaran

lain ialah seorang anak haruslah menunaikan tanggungjawab terhadap orang

tuanya. Melalui cerpen ini anak-anaknya sering pulang ke kampung melihatnya.

Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menunjukkan kasih sayang, mengambil berat

dan bertanya khabar orang tua kita mestikan mereka tinggal berjauhan dengan kita.

Page 5: anak-anak pejuang

RUJUKAN

1. Azmar. (2011, September 21). Ruangan Perkongsian Minda Sastera SPM .

Retrieved Mac 2, 2013, from Biodata penulis novel Dari Lembah ke Puncak:

http://azmar-pb.blogspot.com/2011/09/biodata-penulis-novel-dari-lembah-

ke.html

2. Farhan, C. (2011, April 17). Bersama Menuju Kegemilangan. Retrieved

Februari 25, 2013, from Blog Bahasa Melayu Cikgu Farhan:

file:///E:/IPG/PISMP/BM%20KOMUNIKATIF/ASSIGNMENT/BERSAMA

%20MENUJU%20KEGEMILANGAN%20!!%20%20Analisis%20Cerpen%20-

%20Anak-Anak%20Pejuang.htm

3. Lateh, G. (2010). Anak-anak Pejuang. In DBP, Anak Global (p. 342). DBP &

KPM.

4. Razme, N. A. (2012, Oktober 16). Retrieved Februari 20, 2013, from Sastera

Melayu Jiwaku: http://sasteramelayujiwaku.blogspot.com/2012/10/cerpen-

anak-anak-pejuang-ghazali-lateh.html