anaerobik & aerobik

6
Tajuk No.3 : Jenis-jenis Latihan Terdapat dua jenis latihan utama iaitu latihan anaerobik dan latihan aerobik. Anaerobik bermaksud aktiviti yang tidak memerlukan penggunaan oksigen dalam proses penghasilan tenaga, manakala aerobik pula membawa maksud aktiviti yang memerlukan oksigen untuk menghasilkan aktiviti. 1. Latihan Anaerobik (Anaerobic Exercise) Latihan anaerobik merupakan latihan berintensiti tinggi dalam tempoh masa yang singkat yang menyebabkan berlakunya metabolisma anaerobik. Latihan jenis ini biasanya digunakan oleh atlet dalam sukan yang melibatkan tempoh yang singkat. Latihan anaerobik tidak melibatkan penggunaan oksigen bagi menghasilkan tenaga. Terdapat dua jenis metabolism yang digunakan untuk menghasilkan tenaga yang digunakan dalam latihan anaerobik iaitu sistem ATP-PC dan Glikolisis. Beberapa contoh aktiviti anaerobik seperti larian 100m, bola keranjang, angkat berat dan berenang 100m. Selain itu, latihan anaerobik digunakan untuk meningkatkan kekuatan, kelajuan dan kuasa serta saiz otot berdasarkan keperluan sesuatu sukan tersebut. Contoh latihan anaerobik yang digunakan untuk meningkatkan keupayaan anaerobik seseorang atlet adalah latihan bebanan, latihan plyometrik, latihan isometric, circuit training. Latihan bebanan boleh digunakan untuk meningkatkan kekuatan otot dan kelajuan. Peningkatan keupayaan anaerobik adalah 1

Upload: arex85

Post on 18-Jun-2015

5.209 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: anaerobik & aerobik

Tajuk No.3 : Jenis-jenis Latihan

Terdapat dua jenis latihan utama iaitu latihan anaerobik dan latihan aerobik.

Anaerobik bermaksud aktiviti yang tidak memerlukan penggunaan oksigen dalam

proses penghasilan tenaga, manakala aerobik pula membawa maksud aktiviti yang

memerlukan oksigen untuk menghasilkan aktiviti.

1. Latihan Anaerobik (Anaerobic Exercise)

Latihan anaerobik merupakan latihan berintensiti tinggi dalam tempoh

masa yang singkat yang menyebabkan berlakunya metabolisma anaerobik.

Latihan jenis ini biasanya digunakan oleh atlet dalam sukan yang melibatkan

tempoh yang singkat. Latihan anaerobik tidak melibatkan penggunaan oksigen

bagi menghasilkan tenaga. Terdapat dua jenis metabolism yang digunakan

untuk menghasilkan tenaga yang digunakan dalam latihan anaerobik iaitu sistem

ATP-PC dan Glikolisis. Beberapa contoh aktiviti anaerobik seperti larian 100m,

bola keranjang, angkat berat dan berenang 100m.

Selain itu, latihan anaerobik digunakan untuk meningkatkan kekuatan,

kelajuan dan kuasa serta saiz otot berdasarkan keperluan sesuatu sukan

tersebut. Contoh latihan anaerobik yang digunakan untuk meningkatkan

keupayaan anaerobik seseorang atlet adalah latihan bebanan, latihan plyometrik,

latihan isometric, circuit training. Latihan bebanan boleh digunakan untuk

meningkatkan kekuatan otot dan kelajuan. Peningkatan keupayaan anaerobik

adalah penting bagi seseorang atlet kerana kebanyakan pergerakan dalam

sukan merupakan pergerakan yang “explosive” serta akan melibatkan kedua-dua

komponen ini (kekuatan + kelajuan).

Sekiranya keupayaan anaerobik meningkat dan dapat menghasilkan

jumlah daya yang tinggi serta cepat, maka pergerakan tersebut dikelaskan

kepada pergerakan yang mempunyai kuasa tinggi (power). Seandainya atlet

tidak mempunyai keupayaan untuk menghasilkan kuasa, maka keupayaan untuk

melakukan pergerakan akan terhad. Keadaan ini diterangkan apabila seorang

atlet yang kurang mempunyai keupayaan anaerobik akan mengalami kesukaran

1

Page 2: anaerobik & aerobik

untuk menyepak bola (bola sepak) dan memukul bola (hoki, softball). Latihan

bebanan dapat meningkatkan komponen-komponen ini (kekuatan, kelajuan,

kuasa) kerana latihan bebanan akan meningkatkan saiz dan jumlah “contractile

protein filament” ataupun myofilament dalam otot serta diameter fiber otot akan

meningkat supaya menghasilkan daya yang tinggi.

2

Page 3: anaerobik & aerobik

2. Latihan Aerobik (Aerobic Exercise)

Latihan Aerobik pula melibatkan latihan ataupun aktiviti yang berintensiti

rendah dan dijalankan dalam tempoh masa yang lama. Latihan jenis ini

melibatkan serta meningkatkan keupayaan penggunaan oksigen dalam badan

(oxygen consumption). Latihan ini melibatkan penggunaan oksigen oleh badan

untuk menghasilkan tenaga melalui proses metabolism. Metabolism bagi latihan

aerobic melibatkan penggunaan serta kehadiran oksigen dalam proses

penghasilan tenaga. Metabolisma aerobic adalah oxidative phosphorylation

seperti Kitar Krebs dan Electron Transport Chain. Terdapat banyak jenis latihan

yang dapat digunakan untuk meningkatkan keupayaan aerobik seseorang atlet

seperti latihan Fartlek, latihan interval, larian, berenang, aerobic dance exercise,

berbasikal, mendayung.

Keupayaan aerobik biasanya dikaitkan dengan keupayaan kardiovaskular

seseorang atlet. Continuous training merupakan contoh latihan yang kerap

digunakan untuk meningkatkan keupayaan aerobic. Program latihan secara

continuous training yang biasa digunakan untuk meningkatkan keupayaan

aerobic haruslah berasakan konsep FITT (F-Frequency, I-Intensity, T-Type, T-

Time).

i. Frequency (Kekerapan aktiviti)

Untuk meningkatkan keupayaan aerobic, sesi latihan mestilah

tidak kurang daripada tiga kali seminggu.

ii. Intensity

Intensiti latihan ditentukan berdasarkan kawalan kepada kadar

denyutan nadi (Heart Rate-HR). Kadar denyutan nadi dapat

ditingkatkan atau diturunkan dengan mempercepatkan atau

melambatkan kadar pergerakan yang dilakukan.

iii. Type (Jenis aktiviti)

3

Page 4: anaerobik & aerobik

Bagi meningkatkan keupayaan aerobic, jenis latihan mestilah

latihan aerobik yang akan melibatkan pengulangan gerakan,

pergerakan keseluruhan badan, pergerakan otot besar bagi sesuatu

tempoh yang dipanjangkan. Sebagai contoh latihan aerobik adalah

latihan Fartlek, latihan Interval dan Circuit Training.

iv. Time / Duration (Tempoh)

Menurut American College of Sports Medicine (ACSM), bagi

meningkatkan keupayaan aerobik, atlet harus menjalani latihan tidak

kurang daripada 15 minit dengan kawalan kadar denyutan nadi

(ditingkatkan/diturunkan- intensity). Semakin lama tempoh latihan,

maka semakin tinggi kadar peningkatan keupayaan aerobik.

Mekanisma yang terlibat dalam meningkatkan keupayaan aerobik dari segi

adaptasi fisiologikal adalah meningkatkan kadar denyutan nadi, meningkatkan stroke

volume serta meningkatkan cardiac output. Peningkatan tiga komponen fisiologikal ini

merupakan penentu kepada kadar maksimum oksigen yang dapat digunakan bagi

menghasilkan tenaga semasa melakukan aktiviti fizikal. Setelah menjalani latihan (bagi

sesuatu tempoh), adaptasi fisiologikal oleh atlet tersebut akan menyebabkan

keupayaan aerobik meningkat kerana jantung dapat mengepam lebih banyak darah

setiap kali kitar yang mana akan mengakibatkan kadar denyutan rendah semasa

melakukan aktiviti fizikal. Apabila kadar denyutan semasa melakukan aktiviti menurun,

maka seseorang atlet itu akan dapat bertahan bagi suatu tempoh masa yang panjang.

Keadaan ini telah menunjukkan bahawa keupayaan aerobik atlet tersebut telah

meningkat.

4

Page 5: anaerobik & aerobik

RUJUKAN

Power, S.K & Howley, E. T. (2004). Exercise Physiology. Theory and Application to Fitness asn

Performance. 5th ed. New York : Mc Graw Hill

Prentice, W.E. (2004). Get Fit, Stay Fit. 3rd . New York : Mc Graw Hill

5