siri sokongan psikososial kanser dan aktiviti fizikal · contohnya termasuklah mengangkat berat....

26
Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal Ditulis oleh: Gali Ibrahim, Hamda Waberi, Hazel Hadian, Arif Jalal, Roukhaya Hassambay, Sia Wie Lin, Mandy Thoo, Murallitharan M. BERTAHAN. BERJUANG. BERKEMBANG.

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

Siri Sokongan PsikososialKanser dan Aktiviti Fizikal

Ditulis oleh:Gali Ibrahim, Hamda Waberi, Hazel Hadian, Arif Jalal,

Roukhaya Hassambay, Sia Wie Lin, Mandy Thoo, Murallitharan M.

BERTAHAN. BERJUANG. BERKEMBANG.

Page 2: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

Mesej daripada

Yang Berhormat Dr Lee Boon ChyeTimbalan Menteri Kesihatan, Malaysia

Kekal aktif merupakan perkara yang penting dalam perjuangan kanser. Walau bagaimanapun, terlalu ramai pejuang kanser,

termasuk yang berada di negara-negara yang maju mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif dan tidak memenuhi sasaran akitiviti fizikal serta membahayakan kesihatan. Memandangkan semakin

ramai orang yang dapat mengharungi kanser disebabkan penambahbaikan dalam bidang perubatan, menjadi orang yang

aktif secara fizikal akan lebih menguatkan mereka.

Page 3: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

Hakmilik © 2019 National Cancer Society MalaysiaHakmilik terpelihara. Mana-mana bahagian buku ini tidak boleh diterbitkan semula dalam apa juga bentuk tanpa kebenaran pengarang terlebih dahulu.

Isi KandunganSebelum anda teruskan membaca..............................................

Menjadi aktif sepanjang perjalanan perjuangan kanser anda.....

Apakah itu aktiviti fizikal? ...........................................................

Apakah itu senaman?..................................................................

Bilakah waktu terbaik untuk menjadi aktif? ...............................

Apakah tahap aktiviti yang sepatutnya? ...................................

Bagaimana anda mengukur daya ketahanan? ...........................

Sebelum anda mulakan..............................................................

Senaman yang spesifik untuk keadaan kanser yang spesifik .... • Bagi pesakit neuropati perifer disebabkan kimoterapi (CIPN).................... • Bagi pesakit kanser payudara............................................................ • Bagi pesakit kanser kolorektal........................................................... • Bagi pesakit kanser ginekologi.......................................................... • Bagi pesakit kanser prostat.............................................................. • Bagi pesakit kanser paru-paru...........................................................

Testimoni ...................................................................................

Rujukan tambahan......................................................................

1

2

3

3

4

5

6

8

99

1113151718

21

22

Page 4: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

Sebelum anda teruskan membaca…

Buku ini bertujuan memberi panduan kepada pesakit. Sebarang maklu-mat di dalam buku ini bukanlah ganti nasihat daripada pengamal peru-batan.

Sebelum memulakan sebarang rejimen atau program senaman, anda dinasihati supaya merujuk kepada pengamal perubatan terlebih dahulu untuk mengetahui keupayaan dan had anda. Kemudian, program anda patut diatur bersesuaian dengan nasihat pengamal perubatan tersebut.

1

Page 5: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

1. Schmitz KH, Neuhouser ML, Agurs-Collins T, et al. Impact of obesity on cancer survivorship and the potential relevance of race and ethnicity. Journal of the National Cancer Institute 2013; 105(18):1344-1354.2. Ibrahim EM, Al-Homaidh A. Physical activity and survival after breast cancer diagnosis: meta-analysis of published studies. Medical oncology. 2011 Sep 1;28(3):753-65.3. Irwin ML, Smith AW, McTiernan A, Ballard-Barbash R, Cronin K, Gilliland FD, Baumgartner RN, Baumgartner KB, Bernstein L. Influence of pre-and postdiagnosis physical activity on mortality in breast cancer survivors: the health, eating, activity, and lifestyle study. Journal of clinical oncology. 2008 Aug 20;26(24):3958. 4. Haydon AM, Macinnis RJ, English DR, Giles GG. Effect of physical activity and body size on survival after diagnosis with colorectal cancer. Gut. 2006; 55: 62‐67.

Menjadi aktif sepanjang perjalanan perjuangan kanser anda

Tanggapan umum yang salah tentang pesakit dan pejuang kanser dan pesakitnya ialah mereka perlu menyimpan tenaga dan berehat sebanyak mungkin serta mengelakkan diri daripada menjadi terlalu aktif. Perkara yang betul yang seharusnya dilakukan adalah untuk menjadi aktif secara fizikal bermula daripada waktu anda didiagnos. Ini adalah selamat dan amat penting bagi pemulihan dan kesinambungan kehidu-pan seseorang. Kajian mendapati dengan menjadi aktif termasuk melakukan senaman, ia dapat membantu para pejuang kanser untuk:

• mengelakkan kanser berulang1,2,• mengurangkan risiko kematian3,4, dan• merendahkan potensi mendapat penyakit-penyakit lain.

Ini termasuk penyakit darah tinggi, Diabetes Mellitus Jenis 2 atau penyakit kardiovaskular yang lain dan osteoporosis yang disebabkan oleh rawatan kanser.

2

Page 6: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

Apakah itu aktiviti fizikal? Aktiviti fizikal merupakan sebarang pergerakan badan yang dihasilkan oleh otot-otot dengan menggunakan tenaga 7. Terdapat beberapa jenis aktiviti fizikal seperti aerobik, regangan, dan kekuatan tulang. Senaman ketahanan pula terdiri daripada ketahanan ringan, sederhana, dan lasak. Antara contoh aktiviti fizikal termasuklah berjalan, melakukan kerja rumah, senaman yoga dan berkebun8.

Apakah itu senaman? Senaman merupakan salah satu jenis aktiviti fizikal yang dirancang, berstrukturk, dilakukan berulang kali dan bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan kecergasan fizikal.

Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8.

Gunakan atau anda akan kehilanganOtot-otot anda akan mengecut atau lemah selepas hanya 2 minggu tidak menjadi aktif. Sebaliknya, anda

akan hanya mengambil masa 2 minggu untuk memulihkan kecergasan fizikal anda kepada tahap sedia kala.

5. Kang DW, Lee EY, An KY, Min J, Jeon JY, Courneya KS. Associations between physical activity and comorbidities in Korean cancer survivors. Journal of Cancer Survivorship.2018 Aug 1;12(4):441-9.6. Handforth C, D’Oronzo S, Coleman R, Brown J. Cancer treatment and bone health. Calcified tissue international. 2018 Feb 1;102(2):251-64.7. World Health Organization. Global Strategy on diet, physical activity and health. 2011. 8. National Institute of Health (US). Physical activity and your heart. (n.d.) Accessed at: www.nhlbi.nih.gov/health-topics/physical- activity-and-your-heart.

3

Page 7: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

Bilakah waktu terbaik untuk menjadi aktif? Jawapannya adalah: Bila-bila masa. Ia bermula sejurus selepas anda didiagnos.Kajian menunjukkan senaman sangat bermanfaat untuk semua jenis kanser sama ada ia dilakukan sebelum, semasa atau selepas rawatan9.

Selepas didiagnos dan sebelum bermulanya rawatan kanser (pembedahan, kimoterapi, radioterapi)

Senaman aerobik dan senaman rintangan boleh10,11:• Mengurangkan komplikasi selepas pembedahan• Meningkatkan daya toleransi terhadap kimoterapi• Mengurangkan tempoh tinggal di hospital

Semasa rawatan9

• Bersenam semasa rawatan adalah jauh lebih bermanfaat dalam mengurangkan kadar keletihan yang disebabkan oleh rawatan kanser walaupun berbanding bersenam selepas tamat rawatan. Jadi inilah masa terbaik untuk bermula. • Mengurangkan kemurungan, keresahan dan insomnia• Membantu dalam melegakan masalah kencing tidak terkawal

Selepas rawatan9

• Mengurangkan Faktor Penumbuhan Imun (IGF) I and II, kedua-duanya yang saling berkait dengan peningkatan risiko kanser payudara • Memperbaiki tahap imuniti• Kualiti hidup yang lebih baik

4

9. Stout et al., A systematic review of exercise systematic reviews in the cancer literature (2005 to 2017). Contemporary issues in cancer rehabilitation 2017. 9: 347-384 10. Moran J et al., Surgery. The ability of prehabilitation to influence postoperative outcome after intra-abdominal operation: A systematic review and meta-analysis. 11. Fairman CM., J Community Support Oncol. Effects of exercise interventions during different treatments in breast cancer. 2016;14:200-9.

Page 8: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

Mulakan dengan perlahanPilih satu jenis senaman yang sesuai

dengan tahap kecergasan anda sekarang.

Apakah tahap aktiviti yang sepatutnya? Sentiasa rujuklah kepada pengamal perubatan sama ada anda boleh aktif secara fizikal atau bersenam.

MatlamatPanduan daripada pakar kanser dan fisioterapis mencadangkan agar kombinasi senama aerobik dan senaman rintangan ini dilakukan setiap minggu termasuk:

5

Jenis aktiviti fizikal Sasaran setiap minggu Sasaran harian

Senaman sederhana 2 jam setengah 35 minit

Senaman rintangan 2 hingga 3 sesi

Senaman aerobik yang lasak

1 jam 25 minit 10 minit

ATAU

DAN

Page 9: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

6

Bagaimana anda mengukur daya ketahanan?Daya ketahanan sesuatu aktiviti atau senaman berbeza bagi setiap individu: fikirkan tentang ‘sekuat manakah badan saya berfungsi?’. Cara terbaik untuk memantau ketahanan adalah dengan ‘ujian bercakap’. Lebih lasak sesebuah aktiviti, maka kuranglah seseorang itu dapat bercakap.

Apakah itu senaman sederhana?

Senaman sederhana Daya usaha yang sederhana diperlukan. Pernafasan akan menjadi lebih susah, anda akan mula berpeluh dan akan bercakap dengan lebih perlahan daripada sebelum ini. Contohnya: • Berjalan perlahan• Menari• Berbasikal pada kelajuan yang perlahan

Melakukan kerja-kerja rumah yang mudah atau menaiki tangga boleh dipertimbangkan sebagai senaman seder-hana.

Apakah itu senaman aerobik yang lasak?

Senaman lasak Memerlukan daya usaha yang tinggi. Anda akan tercungap-cungap, berpeluh-peluh dan hanya boleh bercakap dengan sekejap. Sebagai contoh:

• Aerobik/senaman kardio• Berjoging• Berbasikal laju

Page 10: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

7

12. Cancer Council Australia. Exercise for people living with cancer. 2019.Accessed from: http://www.cancervic.org.au/downloads/resources/ booklets/exercise-and-cancer.pdf

Kekuatan latihan Kekuatan latihan atau senaman rintangan melibatkan penggunaan pemberat atau rintangan untuk menguatkan lagi otot dan tulang.

Secara umum, ini termasuk12:

1. 5 hingga 10 senaman yang tertumpu kepada otot-otot utama seperti otot tangan, kaki dan badan.

2. 5 hingga 20 *ulangan senaman (permulaan, gerak dan bermula semula dari awal) Gunakan berat dumbel mengikut keupayaan anda.

3. 1 hingga 4 set dengan 5 hingga 20 kali ulangan

4. Satu minit atau 90 saat berhenti antara setiap set senaman

Apakah itu kekuatan latihan atau senaman rintangan?

Permulaan Gerak Gerak

Ini adalah satu ulangan

Bermula semula

*

Page 11: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

Rujuk kepada pengamal perubatan untuk menen-tukan jenis aktiviti fizikal atau senaman, serta juga tahap ketahanan yang sesuai untuk anda.

Bagi senaman rintangan, anda boleh merujuk kepada fisioterapis untuk menentukan sama ada anda sedang melakukannya dengan betul.

Setiap sesi senaman perlulah dimulakan dengan sesi panaskan badan dan diakhiri dengan sesi sejukkan badan.

Sesi panaskan/sejukkan badan: regangan dan yang aktivit yang ringan selama 10 minit.

Bagi yang menjalani kimoterapi atau rawatan yang menyebab kadar imuniti anda rendah, elakkanlah aktiviti berenang atau bersenam di pusat-pusat awam.

Bagi pesakit yang mempunyai kanser tulang atau menghadapi risiko osteoporosis (tulang yang nipis), anda perlu menjauhkan diri daripada aktiviti yang mempunyai impak yang besar seperti melompat, lompat bintang dan berlari.

Bagi pesakit yang mempunyai anemia, rujuklah kepada pengamal perubatan untuk menentukan sama ada senaman tersebut selamat. Seboleh-bolehnya, mulakanlah senaman ringan dahulu seperti berjalan.

Sebelum anda mulakan

8

Bagi pesakit yang mempunyai penyakit neuropati periferi, anda akan mengalami kebas di tangan dan kaki, lemah otot dan ketidakseimbangan badan. Sekiranya anda mempunyai CIPN, hadkan diri anda kepada senaman yang kurang risiko impak dan statik seperti berbasikal, regangan dan senaman imbangan.

Page 12: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

Senaman yang spesifik untuk keadaan kanser yang spesifikSenaman berikut merupakan cadangan senaman untuk pesakit bagi mengurangkan keadaan kanser spesifik yang mereka alami semasa rawatan. Walau bagaimanapun, pesakit lain yang dilihat cergas digalak-kan untuk melakukan senaman tersebut.

Bagi pesakit neuropati periferi disebabkan kimoterapi (CIPN)CIPN memberi kesan kepada sehingga 70% pesakit semasa kimoterapi12. Simptom-simptom CIPN termasuk kebas, lemah otot dan juga masalah dengan keseimbangan dan koordinasi badan.

Senaman Pertama: Angkat kaki

Berdiri di belakang bangku dalam keadaan rehat.

9

12. Brayall P, Donlon E, Doyle L, Leiby R, Violette K. Physical Therapy–Based Interventions Improve Balance, Function, Symptoms, and Quality of Life in Patients With Chemotherapy-Induced Peripheral Neuropathy: A Systematic Review. Rehabilitation Oncology. 2018 Jul 1;36(3):161-6.

1

Pijak kaki atas bangku menggunakan satu kaki sekali, bermula dengan kaki kanan.

2

Ulang langkah 1 hingga 2 dengan menggunakan kaki kiri. 3

Ulangi set tersebut selama 1 hingga 2 minit.

Page 13: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

Lakukan senaman ini setiap hari sehingga tahap fizikal anda meningkat.

Senaman Kedua: Dirian bangau

Senaman Ketiga: Skuat

10

Berdiri dengan kedua-dua belah tangan di sebelah badan.

1

Angkat kaki kanan setinggi paras pinggang sehingga lutut bengkok pada 90º.

2

Kekal pada posisi tersebut selama mana yang anda mampu.

3

Ulang langkah 1 hingga 3 dengan kaki kiri.4

Ulangi set senaman ini sebanyak 5 kali.

Berdiri dalam posisi berehat dengan tangan didepakan ke hadapan.

1

Tolak pinggul ke belakang dan bengkokkan lutut.

2

Pastikan bangkokan paras lutut tidak melebihi daripada garisan jari kaki.

Kembali kepada posisi asal.3

Ulangi set senaman ini sebanyak 5 hingga 10 kali.

Page 14: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

Bagi pesakit kanser payudara

Elakkan senaman seperti

Senaman Pertama: Angkat tangan

11

Senaman berikut dapat mengurangkan komplikasi selepas pembedahan termasuk limfadema dan ketegangan dada.

Selama 2 minggu selepas pembedahan (atau sebelum drain anda ditanggalkan)

Elakkan pergerakan tangan dan bahu anda secara luas, misalnya daripada 90 darjah daripada tubuh badan anda.

Selama 6 minggu selepas pembedahan

Jangan angkat berat lebih daripada 2 kilogram (ini termasuk anak-anak kecil)

Elakkan melompat atau berjoging

Baring rata di belakang badan.1

Pegang kedua-dua belah tangan dan angkat tegak ke atas.2

Hayunkan tangan melepasi kepala.3

Kekal di posisi yang sama selama 15 saat.4

Ulangi set senaman ini sebanyak 10 kali.

Page 15: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

12

Senaman 2: Tarik siku ke belakang

Baring rata ke belakang badan.1

Pegang kedua-dua belah tangan ke belakang leher, siku menumpu ke arah siling.

2

Depakan siku tangan jauh ke arah lantai (seperti di gambar).3

Kekal di posisi tersebut selama 15 saat.4

Ulangi set senaman ini sebanyak 10 kali.

Page 16: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

Bagi pesakit kanser kolorektalSenaman ini membantu menguatkan pinggul dan abdomen pesakit selepas pembedahan. Cuba lakukan senaman ini 6 minggu selepas pembedahan tetapi merujuk kepada pengamal perubatan sama ada senaman tersebut selamat untuk anda.

Senaman Pertama: Gelongsor tumit

Baring rata di belakang badan anda. 1

Secara perlahan, gelongsorkan tumit anda sehingga ke pinggul dan bengkokkan lutut ke arah pinggul anda.

2

Kekal di posisi tersebut selama 5 saat. 3

Gelongsorkan semula tumit sebelah kanan sehingga kaki anda tegak.4

Ulangi langkah 1 hingga 4 dengan kaki kiri.

Pastikan tumit anda kekal di lantai semasa menggelongsorkannya.

Ulangi set senaman ini sebanyak 10 kali.

13

5

Page 17: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

Senaman Kedua: Angkat pinggul

Baring rata di belakang badan anda dengan lutut anda dibengkokkan.1

Tolak pinggul anda ke atas.2

Kemudian, turunkan pinggul anda ke atas lantai.3

Pastikan kaki anda tetap menekan dan menyentuh lantai.

Ulangi set senaman ini sebanyak 5 hingga 10 kali.

14

Page 18: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

Bagi pesakit kanser ginekologiSenaman ini akan membantu menangani kesan selepas pembedahan termas-uklah kelemahan perut atau sakit belakang.

Senaman Pertama: Menarik Otot Perut Melintang

Baring rata di belakang badan dengan lutut dibengkokkan.1

Tarik nafas dalam dan perlahan serta hembus ke luar, tarik bahagian bawah perut anda ke dalam.

2

Tahan bahagian bawah tersebut anda selama 10 saat. 3

Pastikan anda tarik nafas perlahan-lahan sepanjang senaman dilakukan.

Ulangi set senaman ini sebanyak 10 kali.

15

Page 19: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

Senaman Kedua: Menarik Otot Perut Melintang

Senaman Ketiga: Gelongsor tumit (rujuk mukasurat 13 untuk arahan)

Senaman Keempat: Angkat pinggul (rujuk mukasurat 14 untuk arahan)

Senaman Kelima: Menguatkan otot lantai pelvik (rujuk mukasurat 17 untuk arahan)

Duduk tegak di atas bola senaman atau kerusi.

1

Luruskan tangan dan sentuh bola dengan menggunakan tapak tangan.

2

Tarik otot bahagian bawah perut ke dalam.

3

Tahan dan kekal di posisi tersebut selama 10 saat.

4

Ulangi set senaman ini sebanyak 10 kali.

16

Page 20: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

* Licensed under the Creative Commons Attribution-Share Alike 4.0 International license. https://creativecommons.org/licenses/by- sa/4.0/deed.en

Bagi pesakit kanser prostatSenaman ini dapat menguatkan lantai otot pelvik yang boleh menjadi lemah selepas pembedahan menyebabkan anda tidak dapat mengawal kencing anda. Lantai otot pelvik yang kuat boleh menstabilkan abdomen dan tulang belakang.

Gambar: BruceBlaus*

Rehatkan otot lantai pelvik dan otot abdomen. 1

Secara perlahan, angkat otot lantai pelvik dan tahan.2

Tahan selama 10 saat.3

Pastikan anda bernafas secara perlahan sepanjang senaman dilakukan.

Ulangi set senaman ini sebanyak 10 kali dan rehat selama 10 hingga 20 saat antara setiap langkat.

17

Pundi kencing Prostat

Tulang pubis

Uretra

Rektum

DuburOtot lantai pelvik

Otot pelvik lelaki

Page 21: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

Senaman Pertama: Angkat Kaki

Senaman Kedua: Tendangan Duduk

Duduk tegak dan jarakkan sedikit kedua-dua belah kaki.

1

Hembus nafas ketika angkat satu kaki secara lurus supaya lutut naik ke arah bahu.

2

Tarik nafas dalam apabila menurunkan kaki ke lantai.

3

Ulangi set senaman ini sebanyak 10 kali.

Duduk dalam keadaan selesa dengan kedua-dua belah kaki rata di atas lantai.

1

Tendang kaki semasa hembus nafas.2

Tarik nafas.3

Letak kaki ke bawah di atas lantai semasa menghembus nafas.

4

Ulangi set senaman ini sebanyak 3 hingga 5 kali.

Bagi pesakit kanser paru-paruPesakit kanser paru-paru biasanya mempunyai masalah susah bernafas dan bergerak. Melalui senaman ini, ia dapat meringankan kesukaran untuk membi-nak kekuatan otot dan daya ketahanan.

18

Page 22: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

Senaman Ketiga: Angkat tangan ke atas kepala

Senaman Keempat: Kincir Angin

Duduk tegak di atas permukaan yang kuat.1

Angkat kedua-dua belah tangan ke arah siling semasa menarik nafas.

2

Angkat tangan anda setinggi yang boleh.3

Hembus nafas sejurus selepas tangan diletakkan di paha.4

Ulangi set senaman ini sebanyak 10 kali.

Duduk dengan selesa dan rehatkan tangan di sebelah badan.

1

Angkat tangan ke atas sehingga ke kepala dan cuba sentuh telapak tangan bersama.

2

Tarik nafas dalam. 3

Bawa semula tangan ke sebelah badan yang sepatutnya sambil menghembuskan nafas.

4

Ulangi set senaman ini sebanyak 3 hingga 5 kali.

19

Page 23: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

Senaman Kelima: Bernafas Tutup Mulut

Rehatkan bahu dan leher.1

Tarik nafas ke dalam secara perlahan melalui hidung.

2

Seperti meniup belon, hembus nafas secara perlahan secara bibir tertutup.

3

Hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut.

4

20

Page 24: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

Suzanna, pesakit kanserKanser payudara, Tahap 4“Sebelum saya didiagnos dengan kanser, saya sangat kuat bekerja sehingga tiada masa untuk bersenam dan menjadi aktif secara fizikal. Selepas itu, saya berhenti kerja dan mula mengamalkan pemakanan yang lebih sihat, menjadi lebih aktif secara fizikal selama paling kurang-kurang 30 minit setiap hari dan juga mula untuk melakukan regangan. Menjadi aktif secara fizikal membuatkan saya rasa lebih kuat, bertenaga dan memberikan saya semangat untuk terus hidup.”

Bella, pejuang kanserKanser payudara, 2015“Dahulu, saya lebih aktif berbanding sebelum saya didiagnosi dengan kanser. Dahulu, saya juga kerap bermain badminton, banyak berjalan dan melakukan aktiviti lain. Namun, selepas saya menjalani rawatan kanser, tahap tenaga saya tidak seperti dahulu. Oleh sebab itu, bukan mudah untuk saya mencari kekuatan untuk bersenam. Saya cuba sedaya upaya untuk menjadi lebih aktif secara fizikal supaya dapat memperbaiki tahap kesihatan. Setiap pagi, saya akan berjalan dan apabila saya berasa aktif secara fizikal saya dapat tidur dengan lebih baik, memperbaiki kesihatan dan pemikiran saya di samping saya dapat merasakan seolah-olah toksin keluar daripada badan saya. Hari-hari yang saya bergiat aktif secara fizikal membuatkan saya lebih sihat, lebih baik dan lebih gembira.”

Chui See, pejuang kanserKanser payudara, 2017“Sebelum saya didiagnos dengan kanser, saya bukanlah seorang yang aktif secara fizikal. Saya selalu melakukan kerja-kerja di rumah dan kadang-kadang saya berjalan ke tempat lain sekiranya tiada kerja rumah yang perlu dilakukan. Setelah saya didiagnos, saya mendapat lebih motivasi untuk menjadi lebih aktif secara fizikal tetapi secara tidak keterlaluan kerana tidak cukup tenaga. Saya akan meluangkan masa sekurang-kurangnya 30 hingga 45 minit setiap pagi untuk berjalan, melakukan regangan dan pergi ke Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk menghadiri Ketawa untuk kesejahteraan dan kelas senaman yang lain. Semua aktiviti yang saya hadiri memulihkan perasaan saya, membuatkan saya lebih berpuas hati dan menjadi lebih kuat.”

Dr Nur Fadhlina bt Abdul SatarPakar Perubatan Onkologi Universiti MalayaMeneruskan aktiviti fizikal anda sebagai pesakit kanser meningkatkan kadar kesihatan fizikal dan kesejahteraan anda. Ia juga mencegah obesiti yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit tidak berjangkit termasuk kanser, diabetes dan penyakit jantung. Lebih penting juga, memastikan anda mempunyai tahap kesihatan fizikal yang baik bermaksud badan anda akan tetap kuat dan teguh untuk mengharungi rawatan kanser lanjutan jika diperlukan.

Testimoni

21

Page 25: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

1. Senaman ketahanan dari Memorial Sloan Kettering Cancer Center. https://www.youtube.com/watch?v=PTXMFMzIOsA

2. Senaman kardio untuk pesakit kanser payudara dari Johns Hopkins Medicine : https://www.youtube.com/watch?v=M4pY_qhSy2o

3. Seri senaman komprehensif untuk semua pesakit kanser dari Cancer Council Australia: https://vimeo.com/showcase/4240587

4. Senaman tulang belakang dan abdomen untuk pesakit kanser dari MD Anderson Cancer Center: https://www.youtube.com/watch?v=LjDeex6uvLI

1. Seri senaman komprehensif untuk semua pesakit kanser dari Cancer Council Australia: https://www.cancercouncil.com.au/cancer- information/exercise-cancer/getting-started/

2. Rumusan kajian yang komprehensif mengenai aktiviti fizikal dan kanser dari Macmillan Cancer Support, UK. https://www.macmillan.org.uk/_images/the-importance-physical- activity-for-people-living-with-and-beyond-cancer_tcm9-290123.pdf

Rujukan tambahan

– Laman sesawang

– Video

22

Untuk senaman:

Page 26: Siri Sokongan Psikososial Kanser dan Aktiviti Fizikal · Contohnya termasuklah mengangkat berat. senaman aerobik, berlari-lari anak, berenang, menyangkung8. Gunakan atau anda akan

Gali merupakan pelajar Sains Kesihatan Awam dan salah seorang peserta dalam program epidemiologi dalam talian Universiti Harvard. Beliau merupakan pelajar latihan praktikal di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan bercita-cita untuk menyumbang serta menumpukan masa, tenaga dan sumber-sumber ada berkaitan isu kesihatan awam.

Penulis

Penterjemah

Gali Ibrahim, Jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kesihatan Awam), University of Southern Denmark

Hamda merupakan seorang pelajar yang sangat berminat untuk mendalami isu-isu berkaitan kesihatan awam Beliau berusaha untuk mempromosikan dan memperbaiki isu-isu kesihatan awam di kalangan komuniti, negara dan bangsa serta berharap dapat membawa perubahan yang positif suatu hari nanti.

Hamda Waberi, Jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kesihatan Awam), University of Southern Denmark

www.cancer.org.my

National Cancer Society Malaysia, No. 66, Jln Raja Muda Abdul Aziz, 50300, Kuala Lumpur, Malaysia

T: 03 2698 7300 F: 03 2698 4300 E: [email protected]

National Cancer Society Malaysia

canceractionmy nationalcancersocietymy

ncsmalaysia

Hazel adalah pelajar perubatan dan pelajar latihan perubatan di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Beliau mempunyai minat yang sangat mendalam tentang ketidaksamarataan isu-isu berkaitan kesihatan awam.

Hazel Hadian, BSc MPH DIC, Jurusan BCHB, University of Sheffield

Sebagai seorang fisioterapis, Wie Lin sentiasa membantu untuk menggalakkan kesihatan pesakitnya disamping membantu mencegah, menyembuhkan, memberi rawatan rehabilitasi dan menyokong pesakitnya. Beliau seorang yang proaktif dalam memahirkan diri dengan pelbagai teknik fisioterapi, sangat bersemangat dalam membina suasana yang positif dan komited untuk meringankan beban ketidak bolehupayaan pesakit disamping penyakit-penyakit kronik yang lain.

Sia Wie Lin, BSc (Hons), Sains Fisioterapi, Northumbia University UK

Pelajar perubatan Tahun 2, Arif memilih untuk menjalan latihan praktikalnya di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) kerana baginya, dengan memperkukuhkan lagi usaha dan kepentingan melawan kanser, orang awam.

Arif Jalal, Jurusan MBBS dan BSc, University College London

Sikap inkuiri beliau sebagai pelajar kesihatan awam memfokuskan beliau terhadap kesihatan global. Mempunyai minat yang sangat mendalam tentang kaedah urus tadbir yang boleh membentuk dunia sama ada menjadi lebih baik atau buruk.

Roukhaya Hassambay, Jurusan Ijazah Sarjana dasar awam – kesihatan global, Sciences Po Paris

Ketua Bahagian Pendidikan, Literasi, Promosi dan Polisi Kesihatan (HELPP) di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Sebelum berkhidmat di NCSM, beliau merupakan penulis artikel sains di Australia dan merupakan seorang kolumnis sains di The Star Malaysia. Beliau juga merupakan salah seorang penggerak yang menganjurkan dan melaksanakan kerja berkaitan polisi dalam bidang penyakit tidak berjangkit (NCD).

Mandy Thoo, Sarjana Muda Bioteknologi & Sarjana Sains Komunikasi, The Australian National University

Pengarah Perubatan di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Beliau merupakan doktor kesihatan awam serta merupakan penerima biasiswa Chevening tahun 2015/2016 di London School of Economics dan London School of Hygiene & Tropical Medicine. Beliau juga merupakan penerima biasiswa doktor falsafah ASEAN Economic Community di Chulalongkorn University.

Dr Murallitharan M, MD MCommHSc MSc PhD

Selain daripada menjadi pelajar latihan perubatan di Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), dia bercita-cita untuk menjadi bakal pengamal perubatan yang dapat membantu menyebarkan kepentingan kesihatan kepada masyarakat.

Norhamiza binti Misri, Jurusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Perubatan, Management & Science Universiti (MSU)