an bola jaring 3 sebelah tertutup 2012

Upload: farah-faya

Post on 20-Jul-2015

272 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KELAB BOLA JARING PISMP 5.03 IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, BEG BERKUNCI NO. 214, PUSAT MEL BANDAR BARU BANGI, 43657 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN.

PERTANDINGAN BOLA JARING 3 SEBELAH TERTUTUP 2012ANJURAN KELAB BOLA JARING PISMP 5.04 DAN 5.05.

TARIKH : 9 MEI 2012

TEMPAT :

GELANGGANG TENIS IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

JAWATANKUASA PELAKSANA PERTANDINGAN BOLA JARRING 3 SEBELAH TERTUTUP 2012

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Penyelaras Kejohanan

: Cik Sarawaty binti Mohamad Ramly : Mohd Khairul Afif bin Abdul Majid : NurAin binti Mastor : Nabilafarhana binti Muhammad Rodzi : Noratika binti Samian : Mohd Zulhusni bin Suhaimi

1.0

NAMA Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Jaring 3 Sebelah Tertutup 2012.

2.0

PENGELOLA

Pertandingan ini dianjurkan oleh kuliah PISMP 5.03 dan dikelolakan oleh Kelab Bola Jaring PISMP 5.03. 3.0 TARIKH PERTANDINGAN Pertandingan ini akan diadakan pada 24 Mac 2012 dan sebarang perubahan akan dimaklumkan.

4.0

VENUE / TEMPAT Pertandingan ini akan diadakan di Gimnasium Saidina Hamzah.

5.0

SISTEM PERTANDINGAN Pertandingan ini akan dijalankan secara kalah mati dua kali.

6.0

UNDANG UNDANG PERTANDINGAN Pertandingan ini tertakluk di bawah Undang - undang Pertandingan Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA) dan Undang - undang Majlis Sukan Sekolah - Sekolah Malaysia (MSSM).

7.0

PERATURAN PERTANDINGAN 7.1 Pasukan 1) Setiap pasukan terdiri daripada daripada 4 orang pemain. 2) 3 orang pemain sahaja yang akan bermain dalam satu perlawanan iaitu Center, Goal Attack dan Goal Defence dan seorang pemain lagi adalah pemain simpanan.

7.2

Cara bermain 1) Pasukan akan diundi untuk menentukan permulaan permainan.

2) Hantaran permulaan hendaklah dilakukan oleh pemain Center yang

berdiri di dalam Bulatan Permulaan.3) Hantaran permulaan tidak boleh dihantar terus ke dalam Bulatan Gol. 4) Hanya salah seorang pemain dari pasukan yang sama dibenarkan

berada dalam Bulatan Gol pada satu satu masa. 7.3 Masa permainan 1) Jangka masa permainan adalah selama 7 minit.2) Setiap pasukan akan bermain selama 3 minit untuk separuh masa

pertama, 1 minit masa rehat dan 3 minit untuk separuh masa kedua. 7.4 Gelanggang 1) Gelanggang adalah berukuran 15 meter panjang dan 10 meter lebar seperti gambarajah berikut:permulaan

2) Separuh bulatan dengan jejari berukuran 0.5 meter ditanda di tengah

tengah Garisan Permulaan dan dinamakan Bulatan Permulaan.3) Di kawasan permainan terdapat separuh bulatan (A) dengan jejari

ukuran 4 meter yang dinamakan ukuran Bulatan Gol.

4) Tiang Gol berukuran 3.05 meter tinggi diletakkan di tengah tengah

garisan gol. 5) Bola yang digunakan adalah saiz 5 yang diperbuat daripada getah. 6) Kawasan bermain bagi setiap pemain adalah seperti berikut: 7.5 Center (C) Goal Attack (GA) Goal Defence B A&B A&B

Cara Bermain 1) Pasukan akan diundi untuk menentukan permulaan permainan.2) Hantaran permulaan hendaklah dilakukan oleh pemain Center yang

berdiri di dalam Bulatan Permulaan.3) Hantaran permulaan tidak boleh dihantar terus ke dalam Bulatan Gol. 4) Hanya salah seorang pemain dari pasukan yang sama dibenarkan

berada dalam Bulatan Gol pada satu satu masa. 7.6 Format Pertandingan 1) Cabutan undi akan dilakukan untuk menentukan kumpulan. 2) Jika perlawanan berakhir dengan seri, makan permainan akan diteruskan sehingga 3 kali hantaran tengah. 8.0 BORANG PENGESAHAN PENYERTAAN 1) Borang pengesahan penyertaan hendaklah diserahkan kepada pihak pengelola atau urusetia pertandingan sebelum atau pada 20 Mac 2012. 2) Semua pemain dan pasukan perlu mendaftarkan diri kepada pihak urusetia sebelum pertandingan berlangsung.

3) Borang yang tidak lengkap tidak akan dilayan. 4) Pemain yang tidak berdaftar tidak dibenarkan mengambil bahagian. 5) Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam

pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan. 6) Sebelum pertandingan dimulakan, pengurus hendaklah mengemukakan senarai nama pemain kepada urusetia pertandingan dengan menggunakan borang yang disediakan 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.

9.0

KEMENANGAN PERCUMA Pasukan yang bertanding hendaklah berada di gelanggang 10 minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma akan diberikan kepada manamana pasukan jika pasukan lawan gagal berada di gelanggang selepas 5 minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.

10.0

PEMBATALAN PERNYERTAAN Pihak penganjur berhak untuk membatalkan mana mana pemain atau pasukan yang didapati melakukan penipuan atau tidak menepati kriteria yang ditetapkan.

11.0

KEMALANGAN Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan harta benda atau kemalangan yang mungkin dialami oleh peserta sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

12.0

PERUBAHAN / PINDAAN

Jawatankuasa pertandingan berhak mengubah, menggantikan atau meminda mana mana syarat dan juga peraturan serta jadual pertandingan tanpa terlebih dahulu memaklumkan kepada peserta atau pasukan.

KELAB BOLA JARING PISMP 5.04 DAN PISMP 5.05, IPG KAMPUS PENDIIDKAN ISLAM

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BOLA JARING 3 SEBELAH TERTUTUP 2012 ( 9 Mei 2012).

NAMA PASUKAN NAMA PENGURUS

:_______________________________________________ :_______________________________________________

BIL.

NAMA PESERTA

NO. KAD PENGENALAN

NO. TELEFON

1. 2. 3. 4.

BORANG PERTANDINGAN BOLA JARING 3 SEBELAH TERTUTUP 2012.

NAMA PASUKAN NAMA PENGURUS NOMBOR TELEFON

:_____________________________________________ :_____________________________________________ :_____________________________________________

BIL 1. 2. 3. 4.

NAMA PEMAIN

NO. KAD PENGENALAN

JADUAL PERTANDINGAN BOLA JARING 3 SEBELAH TERTUTUP 2012