garis panduan sistem tertutup

26
1 BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA GARIS PANDUAN PROGRAM SARJANA PERUBATAN (SISTEM TERTUTUP) BAGI PEGAWAI-PEGAWAI PERUBATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DIKEMASKINIKAN SEHINGGA DISEMBER 2012

Upload: vuongngoc

Post on 18-Jan-2017

410 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

1

BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN

PROGRAM SARJANA PERUBATAN

(SISTEM TERTUTUP)

BAGI PEGAWAI-PEGAWAI PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

DIKEMASKINIKAN SEHINGGA DISEMBER 2012

2

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. PENDAHULUAN 1

2. ELAUN DAN KEMUDAHAN HLP 1

3. GAJI DAN EMOLUMEN 2

4. PENERIMAAN GAJI, BAYARAN DAN LAIN–LAIN ELAUN 3

5. KELAYAKAN CUTI 3

6. PERJANJIAN 4

7. TINDAKAN PENALTI KEPADA PEMEGANG BIASISWA DALAM 4

PERKHIDMATAN YANG GAGAL MENAMATKAN PENGAJIAN

DENGAN JAYA

8. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI SEMASA MENGIKUTI PENGAJIAN 4

9. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI SETELAH TAMAT PENGAJIAN 6

10. TATATERTIB 7

11. HAK KERAJAAN 7

12. PENJELASAN LANJUT DAN KEMUSYKILAN 8

3

SYARAT–SYARAT TAWARAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (CBBP) DAN

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) BAGI PEGAWAI-PEGAWAI PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA UNTUK MENGIKUTI

PROGRAM SARJANA PERUBATAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

(IPTA) DI BAWAH SISTEM TERTUTUP

______________________________________________________________________

1. PENDAHULUAN

1.1 Kelulusan CBBP dan HLP ini adalah meliputi perkara-perkara berikut :

(i) Pegawai diluluskan CBBP dengan HLP dalam tempoh yang

ditetapkan sahaja. Sebarang penangguhan atau pelanjutan

pengajian hendaklah dimohon dan mendapat kelulusan daripada

BPL, KKM terlebih dahulu; dan

(ii) Pegawai hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana tempat

pengajian yang telah ditetapkan. Pegawai diluluskan untuk

mengikuti kursus di IPTA seperti yang dinyatakan sahaja.

Sebarang pertukaran hendaklah dimohon dan mendapat kelulusan

daripada BPL, KKM terlebih dahulu. Pertimbangan adalah tertakluk

kepada kes-kes yang kritikal sahaja.

2. ELAUN DAN KEMUDAHAN HLP

2.1 Segala urusan pembayaran elaun, yuran pengajian dan tuntutan adalah di

bawah tanggungjawab BPL, KKM. Semasa menjalani kursus, pegawai

adalah layak menerima bayaran elaun dan kemudahan seperti yang

tersebut di Lampiran A berkembar. Bayaran-bayaran yang disenaraikan

seperti di Lampiran B adalah tidak ditanggung oleh Kerajaan.

PERINGATAN

2.2 Sebarang tuntutan hendaklah menggunakan borang tuntutan yang

disediakan dan dikemukakan kepada BPL, KKM selewat-lewatnya

sebelum atau pada 10 hari bulan berikutnya setelah perbelanjaan

dibuat oleh pegawai. Sebarang tuntutan yang diterima oleh BPL,

KKM selepas tarikh tersebut tidak akan diproses.

4

2.3 Segala pembayaran hanya akan dibuat melalui bank RHB sahaja.

Pegawai diminta untuk mengemukakan salinan muka depan buku

akaun bank yang jelas mencatatkan nombor akaun bagi tujuan

bayaran. Pegawai juga diminta untuk memastikan akaun sentiasa

aktif.

3. GAJI DAN EMOLUMEN

3.1 Semasa tempoh CBBP, gaji dan emolumen pegawai akan dibayar oleh

Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), KKM selaku Ketua Jabatan yang

baru setelah pegawai ditempatkan dalam Jawatan Simpanan Latihan

(JSL). Menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan terakhir pegawai untuk

memastikan pembayaran gaji pegawai terus dibuat sehingga permohonan

JSL diluluskan.

3.2 Urusan kemasukan pegawai ke JSL bagi pegawai yang mengikuti

pengajian secara Sistem Tertutup akan dilaksanakan setelah surat

kelulusan penempatan ke JSL dikeluarkan oleh BSM dalam tempoh

enam (6) bulan setelah pegawai memulakan pengajian.

3.3 Setelah pegawai diluluskan kemasukan ke JSL, Ketua Jabatan hendaklah

mengemukakan Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) pegawai yang telah

dikemaskini dan Sijil Gaji Akhir kepada :

Setiausaha Bahagian

Bahagian Khidmat Pengurusan

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 7, Blok E7, Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA

(u.p.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

3.4 Pegawai adalah layak menerima seperti berikut :

(i) Gaji

Pegawai dibayar gaji penuh; dan

5

(ii) Pergerakan Gaji

Pegawai dikehendaki menghantar PSD Form sepanjang tempoh

pengajian supaya dikeluarkan surat Keputusan Pergerakan Gaji

untuk diberi Pergerakan Gaji Tahunan mengikut Pekeliling

Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002.

3.5 Senarai elaun dan kemudahan yang tidak layak dituntut oleh pegawai

dalam tempoh pengajian adalah seperti di LAMPIRAN C.

4. PENERIMAAN GAJI, BAYARAN DAN LAIN–LAIN ELAUN

4.1 Jika pegawai menerima apa-apa elaun, gaji atau lain-lain bayaran

daripada mana-mana pihak selain Kerajaan semasa mengikuti kursus

atau dalam penempatan di IPTA, jumlah yang diterima itu akan ditolak

daripada bayaran gaji/elaun yang dibayar oleh Kerajaan kepada pegawai.

Pegawai diminta untuk memaklumkan mengenai bayaran/elaun yang

diterima kepada BPL, KKM supaya potongan boleh dibuat dengan

sewajarnya. Sekiranya diketahui terdapat pegawai yang menerima

bayaran/elaun yang dimaksudkan di atas tetapi tidak memaklumkan

kepada BPL, KKM, tindakan tatatertib sewajarnya akan diambil dan HLP

ini akan ditarik balik.

5. KELAYAKAN CUTI

5.1 Bagi pegawai yang mengikuti pengajian melebihi 12 bulan, baki cuti rehat

sebelum berkursus tidak boleh dibawa ke hadapan (Perintah Am Bab C

37(b)). Pegawai di bawah Sistem Tertutup tidak layak menerima

kemudahan cuti bagi pegawai Kerajaan dan tidak dibenarkan membawa

baki cuti rehat semasa tempoh pengajian.

5.2 Kelayakan cuti adalah mengikut Cuti Akademik IPTA iaitu tempoh

ketidakhadiran pegawai adalah tidak melebihi 28 hari setahun atau 14 hari

bagi setiap enam (6) bulan atau satu sesi akademik / semester.

5.3 Semasa dalam tempoh penangguhan pengajian, kelayakan cuti pegawai

adalah mengikut kemudahan cuti di bawah Perintah Am Bab C.

6

6. PERJANJIAN

6.1 Pegawai dikehendaki menandatangani surat Perjanjian sebelum

mengikuti kursus. Sekiranya pegawai tidak menyempurnakan dan

menandatangani perjanjian ini dalam tempoh yang ditetapkan, maka HLP

ini akan ditarik balik. Pegawai akan terikat dengan ikatan kontrak selama

tujuh (7) tahun untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selepas

tamat pengajian atau membayar ganti rugi sebanyak RM160,000.00

sekiranya gagal berkhidmat dalam tempoh tersebut.

7. TINDAKAN PENALTI KEPADA PEMEGANG BIASISWA DALAM

PERKHIDMATAN YANG GAGAL MENAMATKAN PENGAJIAN DENGAN JAYA

7.1 Berkuatkuasa kepada semua pegawai yang memulakan pengajian mulai

1 Januari 2012, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menggariskan

Dasar Pelaksanaan Tindakan Mengenakan Penalti Kepada Pemegang

Biasiswa Dalam Perkhidmatan Yang Gagal Menamatkan Pengajian

Dengan Jaya.

7.2 Jenis-jenis tindakan penalti yang dikenakan kepada pemegang biasiswa

dalam perkhidmatan yang gagal menamatkan pengajian dengan jaya

adalah seperti di Lampiran D.

7.3 Kutipan balik gantirugi akan dibuat sebaik sahaja pegawai ditamatkan

penajaan kerana gagal menamatkan pengajian dengan jaya.

8. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI SEMASA MENGIKUTI PENGAJIAN

8.1 Pegawai adalah bertanggungjawab untuk :

(i) memaklumkan dari semasa ke semasa kepada BPL dan BKP

sekiranya terdapat sebarang pertukaran dalam perkara-perkara

seperti alamat surat-menyurat, nombor telefon dan maklumat

akaun bank samada melalui panggilan telefon/ surat / emel;

(ii) mengemukakan ‘plan of study’ kepada BPL, KKM dalam tempoh

tiga (3) bulan selepas pengajian bermula dengan menyatakan

7

tarikh dan tempoh bagi aktiviti-aktiviti serta peperiksaan-

peperiksaan yang akan diikuti sepanjang tempoh pengajian;

(iii) menumpukan sepenuh perhatian kepada kursus yang diikuti dan pegawai tidak dibenarkan melakukan pekerjaan luar (LOKUM) mengikut Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Bil. 5 Thn 2006 dan Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil. 2 Thn 2010;

(iv) menduduki semua peperiksaan yang dijadualkan;

(v) mengemukakan satu (1) salinan keputusan peperiksaan / laporan

kemajuan kursus bagi setiap semester dalam tempoh satu (1)

bulan selepas keputusan peperiksaan diumumkan kepada BPL,

KKM;

(vi) mengemukakan dengan lengkap Laporan Nilaian Prestasi Tahunan

(LNPT) dengan menggunakan Borang PSD (Performance) 6/93

kepada BKP, KKM. Sekiranya permohonan untuk menempatkan

pegawai ke JSL masih belum diluluskan, maka perlulah

dikemukakan borang tersebut kepada Ketua Jabatan terakhir

pegawai. Laporan ini penting untuk pergerakan gaji dan kenaikan

pangkat. Pegawai dikehendaki menyimpan satu (1) salinan laporan

untuk rekod;

(vii) Sekiranya pegawai gagal mengikut tempoh pengajian asal dan

memerlukan penangguhan atau pelanjutan tempoh pengajian,

maka pegawai perlu memohon kepada Bahagian Pengurusan

Latihan (BPL), KKM dengan mengemukakan selewat–lewatnya

tiga (3) bulan sebelum semester penangguhan atau pelanjutan

perkara-perkara berikut :

a) surat permohonan pegawai berserta sebab-sebab yang

munasabah;

b) surat kelulusan IPTA dan pengesahan daripada penyelia

kursus;

c) keputusan peperiksaan / laporan kemajuan kursus; dan

d) ‘plan of study’ dari mula hingga tamat kursus.

8

Pegawai yang menangguh pengajian akan ditempatkan di hospital

KKM sepanjang tempoh penangguhan tersebut;

(viii) Pegawai yang ingin memohon penangguhan pengajian kerana Cuti

Tanpa Gaji (CTG) atau Cuti Separuh Gaji (CSG) hendaklah

mendapatkan kelulusan penangguhan pengajian daripada BPL

terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan kelulusan

CTG dan dokumen-dokumen seperti di LAMPIRAN F kepada BKP,

KKM sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tarikh

permohonan cuti;

(ix) Pegawai tidak dibenarkan tidak hadir bertugas / cuti terlebih

dahulu TANPA kelulusan Ketua Jabatan bagi tujuan seperti di

para (viii) di atas. Pegawai yang didapati tidak hadir bertugas / cuti

TANPA kelulusan Ketua Jabatan boleh dikenakan tindakan

tatatertib selaras dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan

Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan melanggar

tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(g), Peraturan yang sama;

dan

(x) Bagi pegawai yang memutuskan untuk meletakkan jawatan

semasa dalam tempoh pengajian hendaklah menyampaikan notis

pemberitahuan mengikut peraturan yang ditetapkan dalam syarat-

syarat perkhidmatan masing-masing kepada Pusat Tanggungjawab

(PTJ) yang membayar gaji dan satu (1) salinan dikemukakan

kepada BPL, KKM.

9. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI SETELAH TAMAT PENGAJIAN

9.1 Pegawai dikehendaki melapor diri dengan serta-merta di BPL, KKM

setelah tamat tempoh kursus, ditamatkan pengajian oleh IPTA atau

menarik diri daripada program untuk penempatan semula.

9.2 Pegawai yang tamat pengajian atau ditamatkan pengajian oleh IPTA perlu

mengemukakan :

i) surat pengesahan daripada IPTA; dan

ii) keputusan peperiksaan akhir.

9

9.3 Pegawai yang menarik diri daripada program perlu mengemukakan :

i) surat permohonan dengan sebab-sebab yang munasabah; dan

ii) surat kelulusan universiti.

9.4 Pegawai dikehendaki melengkapkan Laporan Penilaian Kursus

menggunakan Borang KKM LDP 1/2008 dan mengemukakannya ke

BPL, KKM dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pegawai lapor diri di

BPL, KKM selepas tamat kursus.

9.5 Penilaian dan faedah yang diperolehi oleh pegawai daripada kursus yang

diikuti akan diminta daripada Ketua Jabatan secara bertulis setelah

pegawai kembali bertugas, jika perlu.

10. TATATERTIB

10.1 Semasa tempoh CBBP ini, pegawai mestilah sentiasa mengutamakan

tanggungjawab profesion dan berkelakuan selaras dan seimbang dengan

tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam terhadap Kerajaan

Malaysia. Jika didapati pegawai terlibat dengan sesuatu kegiatan dan

mengeluarkan kenyataan atau penerbitan yang tidak bertanggungjawab,

termasuk melanggar syarat-syarat CBBP dan HLP ini, maka tawaran ini

akan ditarik balik dan tindakan tatatertib akan dikenakan selaras dengan

peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan

dan Tatatertib) 1993.

11. HAK KERAJAAN

11.1 Sekiranya pegawai ingkar atau tidak mematuhi mana-mana syarat CBBP

dan HLP ini, Kerajaan berhak menarik balik CBBP dan HLP ini. Walau

apapun peruntukan yang dinyatakan dalam syarat-syarat ini, Kerajaan

berhak meminda syarat-syarat CBBP dan HLP ini dari semasa ke semasa

tanpa memberi notis dan pegawai adalah tertakluk kepada pindaan-

pindaan tersebut. Kerajaan juga berhak menarik balik CBBP dan HLP ini

tanpa memberikan sebarang sebab.

10

12. PENJELASAN LANJUT DAN KEMUSYKILAN

12.1 Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh dirujuk di :

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1

Bahagian Pengurusan Latihan

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 6, No. 26, Persiaran Perdana

Presint 3, 62675 PUTRAJAYA

(i) Cik Balkis bt. Basiron : 03-88850686

[email protected]

(ii) Encik Shahrizal bin Md. Saad : 03-88850695

[email protected]

(iii) Encik Mohd Khairul Efendi bin Razali : 03-88850695

[email protected]

No. faksimili : 03-88850746

12.2 Bagi pertanyaan mengenai urusan kewangan boleh dirujuk di :

Unit Kewangan dan Pembangunan

Bahagian Pengurusan Latihan

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 6, No. 26, Persiaran Perdana

Presint 3, 62675 PUTRAJAYA

(i) Cik Suhaida bt Mohd Dahlan : 03-88850629

[email protected]

(ii) Bagi calon USM & UIA

Encik Mohd Hamidi bin Hamzah : 03-88850642

[email protected]

(iii) Bagi calon UM & UMS

Encik Ahmad Fazdli bin Abdul Hamid : 03-88850723

[email protected]

11

(iv) Bagi calon UKM, UPM & UiTM

Puan Norazian bt Said : 03-88850641

[email protected]

No. faksimili : 03-88850748

12.3 Sebarang keterangan lanjut mengenai urusan Perkhidmatan dan

Pembayaran Gaji boleh dirujuk di :

Unit Pengurusan Sumber Manusia

Bahagian Khidmat Pengurusan

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 7, Blok E7, Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA

(i) Encik Kamarudin bin Abdullah : 03-88833454

[email protected]

(ii) Puan Azah binti Subari : 03-88832979

[email protected]

(iii) Puan Che Dah binti Yahaya : 03-88832985

[email protected]

(iv) Puan Ruzana binti Ramuddin : 03-88832984

[email protected]

(v) Cik Nurulaini binti Abd Rahman : 03-88833024

[email protected]

(vi) Puan Norhanim binti Md Napiah : 03-88832999

[email protected]

No. faksimili : 03-88886221

12

LAMPIRAN A

KADAR ELAUN DAN KEMUDAHAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)

BAGI PROGRAM SARJANA PERUBATAN

DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DI BAWAH SISTEM TERTUTUP

BIL. YURAN / ELAUN KADAR

1.

ELAUN SARA HIDUP

Dibayar setiap bulan sepanjang tempoh

berkursus (mengikut lokasi IPTA).

RM900.00 (Kadar A) /

RM800.00 (Kadar B) sebulan*

2.

ELAUN BUKU

Dibayar secara ‘outright grant’ satu (1) kali

setahun tertakluk kepada tempoh maksima

empat (4) tahun.

RM 750.00 setahun

3.

ELAUN ALAT PERKAKAS

Dibayar secara ‘outright grant’ satu (1) kali

setahun tertakluk kepada tempoh maksima

empat (4) tahun.

RM 900.00 setahun

4.

YURAN PENGAJIAN

Yuran pengajian, bayaran peperiksaan dan

lain-lain bayaran yang dikenakan oleh IPTA

akan dibayar oleh Kerajaan. Bayaran-bayaran

seperti yang disenaraikan di Lampiran B

adalah tidak ditanggung oleh Kerajaan.

Dibayar oleh Kerajaan terus

kepada pihak IPTA. Pegawai

tidak perlu mendahulukan

bayaran.

5.

YURAN KURSUS INTENSIF

Hanya layak dituntut sebanyak dua (2) kali

setahun bagi setiap tahun pengajian tertakluk

kepada tempoh maksima empat (4) tahun.

Tuntutan hendaklah disertakan dengan : 1)

Pegawai perlu mendahulukan

bayaran yuran kepada pihak

penganjur dan membuat

tuntutan bayaran balik kepada

BPL, KKM.

13

surat panggilan kursus; dan 2) resit asal

pembayaran. Tiada tuntutan selainnya yang

layak dibuat (tuntutan perjalanan penginapan

dan sebagainya).

6.

ELAUN BANTUAN PENYEDIAAN TESIS

Dibayar hanya setelah pegawai

mengemukakan kepada BPL, KKM semasa /

selepas lapor diri tamat pengajian : 1) borang

permohonan elaun tesis seperti yang

disertakan; 2) satu salinan ‘hard copy’ tesis

atau disertasi dalam bentuk ‘hard cover’ yang

telah disahkan oleh penyelia kursus; dan 3)

satu salinan ‘soft copy’ dalam bentuk CD.

RM 1,500.00 sekali sepanjang

tempoh kursus

7.

ELAUN PERPINDAHAN RUMAH

- Pegawai hanya layak menuntut sebelum

kursus mengikut Pekeliling

Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 1995.

- Bagi pegawai dari Sabah dan Sarawak atau

sebaliknya, perpindahan yang melibatkan

penggunaan perkhidmatan kargo hendaklah

berurusan dengan BPL, KKM terlebih dahulu

sebelum memilih mana-mana syarikat bagi

urusan pengangkutan barang.

* Kadar A : Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Seberang Perai, Johor Bahru, Shah Alam,

Subang, Cheras, Selayang, Serdang, Sepang, Klang, Kajang, Petaling

Jaya, Ampang, Sabah dan Sarawak.

Kadar B : Lain-lain tempat.

14

LAMPIRAN B

BAYARAN YANG TIDAK DITANGGUNG OLEH KERAJAAN DI BAWAH

KEMUDAHAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) BAGI

PROGRAM SARJANA PERUBATAN DI

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DI BAWAH SISTEM TERTUTUP

1. Insurans Kesihatan

2. Yuran Kesihatan

3. Perlindungan Insurans / Insurans Takaful

4. Yuran Pergigian

5. Segala bentuk / jenis cagaran

6. Wang Hemat Diri

7. Segala bayaran Nota Kursus / Nota Calon

8. Jurnal / Majalah / Buku Panduan

9. Bahan Makmal

10. Yuran Peralatan

11. Orientasi

12. Sebarang kursus dan lain-lain urusan ke luar negara

15

LAMPIRAN C

SENARAI ELAUN DAN KEMUDAHAN YANG TIDAK LAYAK DITERIMA

BAGI PROGRAM SARJANA PERUBATAN

DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DI BAWAH SISTEM TERTUTUP

BIL. ELAUN RUJUKAN / PENJELASAN

1.

ELAUN MEMANGKU

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Thn. 1993 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Thn. 2009

2.

ELAUN PERUMAHAN WILAYAH (EPW)

Pegawai tidak akan dibayar Elaun Perumahan

Wilayah (EPW) semasa mengikuti kursus

mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11

Tahun 2001 dan akan digantikan dengan

Imbuhan Tetap Perumahan (ITP).

3.

IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP)

Pegawai tidak akan dibayar ITP sekiranya pegawai telah memilih untuk dibayar Elaun Bantuan Sewa Rumah (EBSR).

4.

BAYARAN INSENTIF WILAYAH (BIW)

Pegawai tidak akan dibayar Bayaran Insentif Wilayah (BIW) semasa mengikuti kursus mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1987 dan akan digantikan dengan Bantuan Sara Hidup (COLA).

5.

BANTUAN SARA HIDUP

(COLA)

Pegawai dibayar mengikut lokasi IPTA

berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2

Tahun 2007.

6.

ELAUN GANGGUAN

Pegawai yang berasal dari Sabah / Sarawak ke Universiti di Semenanjung Malaysia atau dari Semenanjung Malaysia ke Universiti di Sabah/ Sarawak tidak layak menuntut elaun gangguan.

16

7.

KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 22 Thn 2008

8.

ELAUN JAHITAN

Pegawai tidak akan dibayar elaun jahitan kerana tidak dibekalkan kain pakaian seragam.

17

LAMPIRAN D

JENIS-JENIS TINDAKAN PENALTI YANG DIKENAKAN KEPADA PEMEGANG

BIASISWA DALAM PERKHIDMATAN YANG GAGAL MENAMATKAN PENGAJIAN

DENGAN JAYA

BIL. PERKARA PENALTI YANG DIKENAKAN

1.

Masalah disiplin

i) Bayaran gantirugi sepenuhnya atas kadar

yang ditetapkan di dalam perjanjian;

ii) Pelaksanaan kontrak berkhidmat dengan

Kerajaan;

iii) Tidak layak ditawarkan Biasiswa Dalam

Perkhidmatan sepanjang tempoh

berkhidmat dengan Kerajaan; dan

iv) Tidak layak dipertimbangkan sebarang

bentuk Cuti Belajar di sepanjang tempoh

perkhidmatan.

2.

Menarik diri

i) Bayaran gantirugi sepenuhnya atas kadar

yang ditetapkan di dalam perjanjian;

ii) Pelaksanaan kontrak berkhidmat dengan

Kerajaan;

iii) Tidak layak ditawarkan Biasiswa Dalam

Perkhidmatan sepanjang tempoh

berkhidmat dengan Kerajaan; dan

iv) Tidak layak dipertimbangkan sebarang

bentuk Cuti Belajar di sepanjang tempoh

perkhidmatan kecuali sebab tarik diri

adalah di atas kepentingan perkhidmatan

(yang dapat dibuktikan oleh Ketua Jabatan

/ Perkhidmatan).

18

3.

Tidak mencapai markah lulus /

syarat siswazah yang

ditetapkan oleh universiti / kolej

/ institusi

i) Bayaran gantirugi sekurang-kurangnya 25%

daripada kadar yang ditetapkan di dalam

perjanjian;

ii) Pelaksanaan kontrak berkhidmat dengan

Kerajaan; dan

iii) Tidak layak ditawarkan Biasiswa Dalam

Perkhidmatan sepanjang tempoh

berkhidmat dengan Kerajaan.

4.

Tamat tempoh penajaan

i) Bayaran gantirugi sekurang-kurangnya 25%

daripada kadar yang ditetapkan di dalam

perjanjian sekiranya gagal mengemukakan

bukti tamat dengan jaya dalam tempoh

perjanjian atau apa-apa tempoh lanjutan

setelah tamat tempoh tajaan seperti

dinyatakan di dalam surat tawaran;

ii) Pelaksanaan kontrak berkhidmat dengan

Kerajaan;

iii) Tidak layak ditawarkan Biasiswa Dalam

Perkhidmatan sepanjang tempoh

berkhidmat dengan Kerajaan; dan

iv) Tidak layak dipertimbangkan sebarang

bentuk Cuti Belajar di sepanjang tempoh

perkhidmatan.

PENGECUALIAN KEPADA TUNTUTAN GANTIRUGI

5.

Masalah kesihatan

(Jenis-jenis penyakit kronik

adalah seperti di Lampiran E)

i) Tiada tuntutan gantirugi dikenakan;

ii) Pelaksanaan kontrak berkhidmat dengan

Kerajaan; dan

iii) Tidak layak ditawarkan biasiswa dalam

perkhidmatan sepanjang tempoh

berkhidmat dengan Kerajaan.

19

LAMPIRAN E

JENIS-JENIS PENYAKIT KRONIK

a. Kanser;

b. Serangan jantung;

c. Pulmonary Hypertension;

d. Penyakit buah pinggang yang kronik;

e. Penyakit hati (liver) yang kronik;

f. Fullminant Viral Hepatitis;

g. Kecederaan di kepala disebabkan kemalangan;

h. Tumor dan kecacatan pembuluh darah di otak;

i. Melepuh dan melecur kerana kebakaran;

j. Pemindahan organ utama;

k. Penyakit Parkinson;

l. Penyakit HIV dan AIDS;

m. Pemindahan kaki dan / atau tangan;

n. Skizofrenia;

o. Kecederaan atau kecacatan fizikal yang dialami semasa menjalani latihan atau

kursus yang disahkan oleh Pakar Perubatan Kerajaan dan / atau Pakar

Perubatan yang diperakukan oleh penaja sebagai tidak sihat untuk meneruskan

pengajian; dan

p. Lain-lain penyakit yang disahkan sebagai penyakit kronik dan tidak sihat untuk

meneruskan pengajian oleh Pakar Perubatan Kerajaan dan / atau Pakar

Perubatan yang diperakukan oleh penaja.

20

LAMPIRAN F

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI PERMOHONAN KELULUSAN CUTI

BIL. JENIS CUTI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1.

Cuti Tanpa Gaji (CTG) Persendirian

i) Surat Permohonan CTG; dan ii) Salinan Surat Kelulusan Penangguhan Cuti Belajar daripada BPL.

2.

Cuti Tanpa Gaji (CTG) Menyusu Anak / Menjaga Anak

i) Surat Permohonan CTG Menyusu Anak / Menjaga Anak; ii) Salinan Surat Kelulusan Penangguhan Cuti Belajar

daripada BPL; iii) Borang Permohonan Cuti Bersalin (Pekeliling

Perkhidmatan Bil. 14/2010); dan iv) Surat Akuan Bersalin dari hospital (Sekiranya Hospital

Swasta tidak dapat mengeluarkan Surat Perakuan Bersalin, sila kemukakan Sijil Cuti Sakit dan Sijil Kelahiran Anak).

3.

Cuti Tanpa Gaji (CTG) Mengikut Pasangan

i) Surat Permohonan CTG Mengikut Pasangan; ii) Salinan Surat Kelulusan Penangguhan Cuti Belajar

daripada BPL; iii) Surat tawaran pengajian / penempatan suami / isteri;

dan iv) Salinan Visa dan Passport pegawai dan pasangan.

4.

Cuti Separuh Gaji (CSG)

i) Surat Permohonan CSG; ii) Surat laporan pesakit yang memerlukan penjagaan

waris daripada Pegawai Perubatan ; dan iii) Salinan Surat Kelulusan Penangguhan Cuti Belajar

daripada BPL.

5.

Cuti Bersalin

Mengemukakan surat akuan bersalin daripada Hospital bagi tujuan Kutipan Balik Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil.17 Tahun 2007.

21

KETUA PERKHIDMATAN KEBANGSAAN KKM MENGIKUT DISIPLIN

Y.Bhg. Datuk Dr. Jeyaindran a/l Tan Sri Dr. Sinnadurai (Ketua Perkhidmatan Perubatan Dalaman) Pakar Perunding Kanan Perubatan & Ketua Jabatan Perubatan Hospital Kuala Lumpur

Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR Y.Bhg. Dato’ Dr. Mohamed Ali bin Abdul Khader (Ketua Perkhidmatan Perubatan Nuklear) Ketua Jabatan Perubatan Nuklear Hospital Pulau Pinang Jalan Residensi, 10990 PULAU PINANG Y.Bhg. Dato’ Dr. Zakaria bin Zahari (Ketua Perkhidmatan Pembedahan Kanak-Kanak) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Bedah Kanak-Kanak Hospital Kuala Lumpur Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR

Y.Bhg. Dato’ Dr. Premchandran a/l P.S. Menon (Ketua Perkhidmatan Ortopedik) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Ortopedik Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan Jalan Tanah Putih 25100 Kuantan, PAHANG DARUL MAKMUR Y.Bhg. Dato’ Mr. Abd Majid bin Md Nasir (Ketua Perkhidmatan Otorinolaringologi) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Otorinolaringologi Hospital Kuala Lumpur Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR Y.Bhg. Dato’ Dr. Hussein Imam bin Muhammed Ismail (Ketua Perkhidmatan Pediatrik) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Kuala Lumpur Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR Y.Bhg. Dato' Dr. Abdul Jamil bin Abdullah (Ketua Perkhidmatan Surgeri Am) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Pembedahan Hospital Sultanah Nur Zahirah Jalan Sultan Mahmud 20400 Kuala Terengganu, TERENGGANU DARUL IMAN

22

Y. Bhg. Datin Dr. Zaharah binti Musa (Ketua Perkhidmatan Radiologi)

Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Radiologi Hospital Selayang

Lebuhraya Selayang-Kepong 68100 Batu Caves, SELANGOR DARUL EHSAN Y. Bhg. Datin Dr. Sivasakthi a/p Velayuthapillai (Ketua Perkhidmatan Anestesiologi)

Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR Dr. Gerard Lim Chin Chye (Ketua Perkhidmatan Onkologi) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Radioterapi dan Onkologi Hospital Kuala Lumpur Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR Mr. Johari Siregar bin Adenan (Ketua Perkhidmatan Neurosurgeri) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Bedah Neuro Hospital Sultanah Aminah 80100 Johor Bahru, JOHOR DARUL TAKZIM Dr. Roshida binti Hassan (Ketua Perkhidmatan Perubatan Transfusi) Pengarah Pusat Darah Negara Jalan Tun Razak 50400 KUALA LUMPUR Mdm (Dr.) Normala binti Basiron (Ketua Perkhidmatan Bedah Plastik) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Pembedahan Plastik Hospital Kuala Lumpur Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR Dr. Mariam George Mathew (Ketua Perkhidmatan Perubatan Sukan) Pakar Perubatan Sukan Hospital Queen Elizabeth Karung Berkunci No 2029 88586 Kota Kinabalu, SABAH

23

Dr. Ismuni bin Bohari (wakil Ketua Perkhidmatan Kesihatan Awam) Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 3, Blok E10, Kompleks E PUTRAJAYA Dr. Baizury binti Bashah (Ketua Perkhidmatan Perubatan Keluarga) Pakar Perunding Kanan Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar Aras 1, Blok A, Hospital Alor Setar Lebuhraya Darulaman 05100 Alor Setar, KEDAH DARUL AMAN Dr. Sabariah Faizah binti Jamaluddin (Ketua Perkhidmatan Perubatan Kecemasan) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Sungai Buloh Jalan Hospital 47000 Sungai Buloh, SELANGOR DARUL EHSAN Dr. Ravichandran a/l Jeganathan (Ketua Perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Sultanah Aminah 80100 Johor Bahru, JOHOR DARUL TAKZIM Dr. Elias bin Hussin (Ketua Perkhidmatan Oftalmologi) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Oftalmologi Hospital Selayang Lebuhraya Selayang-Kepong 68100 Batu Caves, SELANGOR DARUL EHSAN Dr. Shahnaz binti Murad (Ketua Perkhidmatan Patologi) Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR

24

Dr. Mohd. Shah bin Mahmood (Ketua Perkhidmatan Forensik) Pakar Perunding Kanan & Pengarah Institut Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR Dr. Yusniza binti Mohd. Yusof (Ketua Perkhidmatan Perubatan Pemulihan) Pakar Perubatan Rehabilitasi Hospital Kuala Lumpur

Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR

Dr. Toh Chin Lee (Ketua Perkhidmatan Psikiatri) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Psikiatri Hospital Selayang Lebuhraya Selayang-Kepong 68100 Batu Caves, SELANGOR DARUL EHSAN

25

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM Dekan Fakulti Perubatan Universiti Sains Malaysia 16150 Kubang Kerian KELANTAN DARUL NAIM Pengarah Institusi Perubatan & Pergigian Termaju No. 29, Lorong Bertam Indah 4/9 Taman Bertam Indah 13200 Kepala Batas PULAU PINANG Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya 50603 KUALA LUMPUR Dekan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Yaacob Latif Bandar Tun Razak 56000 KUALA LUMPUR Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sarawak Lot 77, Seksyen 22 Kuching Town Land Adruce Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce 93150 Kuching, SARAWAK Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang SELANGOR DARUL EHSAN

26

Dekan Kulliyyah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia P.O. Box 141 25710 Kuantan PAHANG DARUL MAKMUR Dekan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus UiTM Selayang Jalan Prima Selayang 7 68100 Batu Caves SELANGOR DARUL EHSAN