zul amin syair mendapat gemala naga t2

Post on 23-Jun-2015

1.590 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

AL- FATIHAH

ANTALOGI Gema Sepi Gadis Genius

SYAIR MENDAPAT GEMALA NAGA

Disediakan oleh : muhamad zul amin bin zulkipli Kelas : 2 cemerlangTajuk : syair mendapat gemala nagaNama sekolah : the malay college kuala kangsarNama guru : cikgu umikalthum binti nordin

karyaANWAR RIDHWAN

RAHMAN SHAARIDipetik dari:Syair Yatim Nestapa

SYAIR MENDAPAT GEMALA NAGA

RANGKAP 1

Dewa pun duduk ia bercerita,Asal mulanya dapat sengsara,Oleh disakitkan saudara,Setahun sudah di dalam penjara.

RANGKAP 2

Sekalian habis diceritakan,Suatu tidak dilindungkan,Terlalu belas naga mendengarkan,Diambil gemalanya lalu diberikan.

RANGKAP 3

Ambillah tuan muda bestari,Gemala ini nenek memberi,Harganya itu tujuh buah negeri,Apa kehendak keluar sendiri.

RANGKAP 4

Jikalau orang terkena bisa,Airnya sapukan beri berasa,Jika ditolong Tuhan Yang Esa,Dengan seketika beroleh sentosa.

RANGKAP 5

Atau cucuku hendak berperang,Di dalam gemala keluarlah orang,Beribu keti banyaklah orang,Dua belas hulubalang yang garang-garang.

RANGKAP 6

Setelah dewa mendengarkan kata,Terlalu suka di dalam cita,Lalu bermohon keduanya serta,Menuju jalan tanah yang rata.RANGKAP 7

Berjalan ia berdua bersaudara,Mengikut pantai tepi segera,Siang dan malam tiada antara,Terus ke negeri Inderanegara.

RANGKAP 8

Setelah sudah paginya hari,Sampailah ia ke hujung negeri,Bertemulah rumah sebuah berdiri,Rumah kebayan orang yang bahari.

MAKSUD SETIAP RANGKAP

Rangkap 1•Seorang dewa duduk sambil bercerita. Pada mulanya, dia berada dalam keadaan susah dan sengsara kerana dikhianati oleh saudaranya. Dia berada di dalam penjara selama setahun.

Rangkap 2•Dia menceritakan semua cerita tanpa sedikit pun diselindung. Seekor naga yang mendengar ceritanya sangat belas kasihan, lalu diberikan batu gemala kepada dewa tersebut.

Rangkap 3•Batu gemala diberikan kepada pemuda itu. Harganya tidak ternilai, iaitu tujuh buah negeri. Apa-apasahaja yang dikehendaki akan keluar daripada batu gemala itu.

Rangkap 4•Sekiranya seseorang terkena penyakit, hanya perlu disapu airnya hingga berasa. Jika ditolong dengan kuasa Tuhan Yang Esa, dengan segera ia dapat disembuhkan dan berada dalam keadaan sentosa semula

Rangkap 5•Sekiranya hendak berperang, nanti akan keluar beribu-ribu bala tentera daripada batu gemala itu. Anataranya, termasuklah 12 orang hulubalang yang berani dan garang

Rangkap 6•Setelah dewa tersebut mendengarkan segala cerita, dia berasa gembira. Lalu mereka meminta izin untuk meneruskan perjalanan.

Rangkap 7•Mereka berdua berjalan seiring di tepi pantai dan ombak. Mereka berjalan siang dan malam sehingga sampailah ke negeri Inderanegara.

Rangkap 8•Apabila tiba pada waktu pagi, sampailah mereka ke hujung negeri. Mereka menemui sebuah rumah, iaitu rumah nenek rumah nenek kebayan yang sangat elok.

Syair ini bertemakan penderitaan yang dialami oleh seorang dewa. Penderitaannya telah mendapat simpati daripada naga sehinggalah diberikan batu gemala yang mempunyai segala hikmat

TEMA

PERSOALAN

Perasaan khianat daripada saudara terdekat sehingga membawa kepada penderitaaan. Huraian :Pengkhianatan dilakukan oleh saudara dewa sehingga dia dipenjarakan selama setahun.

Sifat simpati yang diberikan oleh naga menyebabkan dewa tersebut memperoleh segala kemudahan.

Huraian :Dia dihadiahkan batu gemala oleh naga tersebut. Pertolongan telah membawa dirinya mengembara sehingga ke negeri Inderanegara.

Orang yang berbuat baik akan dibalas dengan kebaikan.

Huraian :Dewa itu telah diberi segala hikmat memudahkannya menolong orang yang ditimpa kesusahan.

BENTUK PUISI

Disusun dalam 8 rangkap. Setiap rangkap ada 4 baris. Setiap rangkap memberikan kesatuan

maksud sehinggalah ke rangkap terakhir. Setiap rangkap mempunyai satu cerita.

Setiap baris dalam syair ini disusun dengan 3 hingga 5 perkataan sebaris. Bilangan perkataan seimbang.

Skima rima akhir dalam syair ini sama iaitu a,a,a,a

GAYA BAHASAPemilihan kata Bahasa Melayu lama

asal mulanya

bahari beribu keti

segara

contoh

INVERSI Setelah sudah paginya hari.

[setelah hari sudah pagi] Gemala ini nenek memberi.

[nenek memberi gemala ini]

Terlalu belas naga mendengarkan.[naga mendengar dengan belas kasihan]

Rangkap 8, baris 1

Rangkap 3, baris 2

Rangkap 2, baris 3

NILAI sabar:

# dewa itu seorang yang penyabar walaupun dia telah diseksa oleh keluarganya sendiri.

Tekun:#sesuatu kerja mestilah dilaksanakan dengan tekun. Dewa itu sungguh tekun sehingga berjaya dalam pengembaraanya.

Simpati:#sifat simpati perlu ada pada setiap umat manusia. Naga amat simpati dengan nasib yang menimpa diri dewa itu.

Bantu-membantu#sesuatu kerja sekiranya

dilakukan secara bantu- membantu akan meringankan beban. Dewa dan naga

itu saling mambantu antara satu sama lain supaya pengembaraan cepat sampai ke tempat

yang dituju.

PENGAJARAN Kita mestilah bersifat sabar seperti dewa yang

sabar menghadapi dugaan walaupun dikhianati oleh keluarganya sendiri.

Kita mestilah tekun melaksanakan tugasan seperti dewa dan naga tekun melalui pengembaraan mereka.

Kita mestilah mempunyai sifat simpati terhadap orang lain seperti naga yang bersimpati dengan masalah yang dihadapi dewa.

Kita mestilah saling membantu antara satu sama lain seperti dewa dan naga bantu-membantu dalam pengembaraan mereka.

SEKIAN TERIMA KASIH

Soalan ???

top related