unimas 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm...
Post on 29-Aug-2019
9 Views
Preview:
TRANSCRIPT
P. KNIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS
11111 mmiiumuuimm0000115900
KESEDARAN STAF AKADEMIK UNIMAS TERHADAP SISTEM TAKSIRAN
SENDIRI CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU
Oleh
BIDARI BIN HAI1.1
5213
Projek dipersembahkan kepada
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
sebagai sebahagian syarat untuk memenuhi kehendak
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perniagaan
Dengan Kepujian
(Ekonomi Industri dan Organisasi)
UNIVERSI"I'1 MALAYSIA SARAWAK
2002/03
PENGESAHAN PENYELIA
Setelah diteliti Projek Tahun Akhir bertajuk "Kesedaran Staf Akademik Unimas
Terhadap Sistem Taksiran Sendiri Cukai Pendapatan Individu" yang dibuat oleh
Bidari bin Haili (No. Matrik: 5213), pihak penyelia berpuas hati dengan
Projek Tahun Akhir ini sebagai memenuhi syarat pengijazahan
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perniagaan Dengan Kepujian
(Ekonomi Industri dan Organisasi)
JQTarikh Serahan Puan Masita Hassan
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
Universiti Malaysia Sarawak
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengakui bahawa Projek Tahun Akhir bertajuk "Kesedaran Staf Akademik
Unimas Terhadap Sistem Taksiran Sendiri Cukai Pendapatan Individu" ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan, huraian dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya nyatakan sumbemya.
Tarikh Serahan Bidari bin Haili
No. Matrik: 5213
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
Universiti Malaysia Sarawak
ABSTRAK
KESEDARAN STAF AKADEMIK UNIMAS TERHADAP SISTEM TAKSIRAN
SENDIRI CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU
Oleh
BIDARI BIN HAILI
Kajian ini adalah untuk mengkaji kesedaran staf akademik Unimas terhadap
Sistem Taksiran Sendiri (STS) cukai pendapatan individu yang akan diperkenalkan oleh
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun 2004. Faktor mempengaruhi kesedaran juga dikaji. Kajian dijalankan dengan pengedaran borang soal selidik kepada
staf akademik Unimas dan temuduga personel di LHDN. Data yang diperolehi dianalisa
secara deskriptif, menggunakan jadual perbandingan dan graf Hasii kajian didapati,
majoriti staf akademik Unimas tidak menyedari akan kewujudan STS.
ABSTRACT
THE AWARENESS OF UNIMAS ACADEMIC STAFF TOWARDS INDIVIDUAL
INCOME TAX SELF ASSESSMENT SYSTEM
By
BIDARI BIN HAILI
This dissertation is to study the awareness of Unimas academic staff towards
individual income tax Self Assessment System (SAS), which will be implemented by
Inland Revenue Board (IRB) in 2004. Factors influencing their awareness towards the
system is also studied. The study uses questionnaires, distributed to Unimas academic
staff, and interview with IRB personnel. Data generated is analyzed using descriptive
method, comparison table and graphs. The result of the study showed that majority of
Unimas academic staff are not aware to the existence of SAS.
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada Puan
Masita Hassan, selaku penyelia, kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada
saya semasa membuat kajian im. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Puan
Mahani Shakur dan semua pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) Universiti
Malaysia Sarawak (Unimas) yang telah member] banyak nasihat dan sokongan moral
kepada saya.
Penghargaan yang tidak terhingga ini juga saya tujukan kepada pihak Unimas
amnya dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Unimas khasnya serta pihak Lembaga
Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Sarawak. Maklumat dan kerjasama yang
diberikan oleh pihak-pihak terbabit telah memberikan sernangat kepada saya untuk terus
membuat kajian ini dan melancarkan lagi perjalanan kajian im.
Selain itu, ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada semua All keluarga,
rakan-rakan seperjuangan dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam penyiapan penyiapan projek tahun akhir im. Terima kasih di atas
kerjasama dan sokongan daripada semua pihak.
ýii
ISI KANDUNGAN
Senarai Jadual x» ý--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Senarai Ra. 1ah- ----------------- -------------------------------------------------------------------------------------------
xiii
Senarai Singkatan. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
xiv
BAB 1: PENGENALAN, ................................................................................................
1-14
1.0 Pendahuluan -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1.0.1 Cukai Pendapatan. --------- ------ -------------------------------------------------------------------3-4
1.0.2 Ejen Cukai. ---------------------------- -----------------------------------------------------------------4-5
1.1 Perlaksanaan Sistem Taksiran Sendiri (STS) Cukai Pendapatan. --------------------------
5-7
1.2 Penyataan Masalah----- ------------------------------------------- ------ ---------------------------------------------8-9
1.3 Objektif Kajian------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1.3.1 Objektif Umum--------------------------------------------- -------------- ----------------------------`
1.3.2 Objektif Khusus--------------------------------------------------------------------- -------------------
9-10
9
9-10
1.4 Rasional Kajian------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 10-11
. . .. 1.5 Hipotesis Kapan. -----_------------------ -------------------------------------------------------------------------------
12
1.6 Delinisi Istilah------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------- --12
1.6.1 Kesedaran 12
1.6.2 Staf Akademik 12
1.6.3 Cukai Pendapatan Individu--------------------------------------- ------------ ----------------
13
1.7 Batasan Kajian----- ----------------------------------------------------------------------------------- ---------- -------
13-14
viii
BAB 2: ULASAN KARYA TERPILIK ......................................................................
15-21
2.0 STS Cukai Pendapatan--------------------------------------------------- -------------------------------------
15-17
2.1 Isu Kesedaran dan Pengetahuan Terhadap STS Cukai Pendapatan---------------- 18-19
2.2 Latar Belakang Akademik Sebagai Faktor Kesedaran --------------------------------------
19-20
2.3 Pengalaman Bekerja Sebagai Faktor Kesedaran. ___________________. _______________________
21
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN ..............................................................................
22-24
3.0 Skop Kajian. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------22
3.1 Populasi dan Sampel ---------------------------------------------------------------------------------------------
22
3.2 Pengumpulan Data-------------------------------------------------- ------------------------------ ---
23
3.2.1 Data Primer 23-24
3.2.2 Data Sekunder-------------------------------------------------------------------------- ------- -------24
3.3 Penganalisaan Data -------------------------- ------------------------------------------------------------------
24
BAB 4: KEPUTUSAN KAJIAN.................................................................................... 5-41
4.0 Pengenalan Dan Deskriptif Kajian---------- ------------------------- --------------------- ---------- -
25-26
4.1 Analisa Latar Belakang Akademik Responden____________ _________________ ------ __------- __
26-27
4.2 Analisa Pengalaman Bekerja Responden-------- ------------------------------------ -_-_---------
28
4.3 Analisa Kesedaran Responden Terhadap Perlaksanaan STS Cukai Pendapatan
Individu 2004 29
4.4 Analisa Sumber Maklumat Responden Terhadap Kesedarannya--------------------- 0
4.5 Analisa Pengetahuan Responden Menaksir Sendiri Cukai Pendapatan
Individu 31 ------------------------------------------------------------------------------------------
ix
4.6 Analisa Faktor Yang Mempengaruhi Kesedaran dan Pengetahuan Responden
Terhadap STS Cukai Pendapatan---------------------------------------------------------------- -------
32-37
4.7 Analisa Sumber Kesedaran Responden Menaksir Sendiri Cukai Pendapatan
Individu 37-38 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4.8 Analisa. Masalah-Masalah Responden Berhubung Penaksiran Sendiri Cukai
Pendapatan individu---------------- ------------------- --------------------------------------------------------39-40
4.9 Analisa Alasan Responden Tidak Menaksir Sendiri Cukai Pendapatan
Individu 40-41 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BAB 5: PERBINCANGAN KAJIAN ..........................................................................
42-57
5.0 Kesedaran Terhadap Perlaksanaan STS Cukai Pendapatan 2004_______ _________
42-44
5.1 Penaksiran Sendiri Cukai Pendapatan lndividu------------------------------------------------- 44
5.1.1 Pengetahuan Menaksir Sendiri-__-_----- --------------------------------------------------
4-48
5.1.2 Tidak Tahu Menaksir Sendiri 48-54
5.2 Faktor Yang Mempengaruhi Kesedaran Dan Pengetahuan Terhadap STS Cukai
Pendapatan Individu-------------------------------------------------- -------------------- ---------------------55
5.2.1 Faktor Latar Belakang Akademik--------------------- -. _------------------------- -_____55-56
5.2.2 Faktor Pengalaman Bekerja-------------------------- ------------------------------------------
56-57
X
BAB 6: KESIMPULAN DAN CADANGAN ..............................................................
8-63
6.0 Kesimpulan------------------------------------------------------------------------------------------------------------
58-59
6.1 CadangaR. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
59
6.1.1 Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)-------------------------------------- 60-62
6.1.2 Pihak Penyelidik Pada Masa Depan -------------------------------------
62-63
BIBLIOGRAFt ...................................................................................... "---.....................
64-66
LA M PIRAN .....................................................................................................................
67-70
LAMPIRAN A Sumlah Staf Akademik----------------- ------------- ---------- ------- --------- -------------
67
LAMPIRAN B Borang Soal Selidik------------------------------------------------------------------------------68-69
LAMPIRAN C Senarai Kesalahan dan Denda------------__-----_-. _., -. _ ................... _. _-.. -..
70
X1
SENARAI JADUAL
Jadual 1: DeskriptifKajian------------------- ___________________________________________26
Jadual 2: Bilangan responden mengikut latar belakang akademik ---------------------
26
Jadual 3: Bilangan responden mengikut pengalaman bekerja. -. --------------------------
28
Jadual 4: Bilangan responden mengikut kesedaran --------------------------------------------29
Jadual 5: Bilangan responden mengikut sumber maklumat --------------------------------
30
Jadual 6: Bilangan responden mengikut pengetahuan ------------------------------------------ 31
Jadual 7: Analisis faktor yang mempengaruhi kesedaran dan pengetahuan responden
terhadap STS --------------------------------------------------------------------------------------------32-36
Jadual 8: Bilangan responden mengikut sumber kesedaran _______________ ________________37
Jadual 9: Bilangan responden mengikut masalah---------------------------------------- ___
39
Jadual 10: Bilangan responden mengikut alasan------------------------------------------ -_-__ 40
Xll
SENARAI RAJAH
Rajah 1: Bilangan responden mengikut latar belakang akademik --------------------- 27
Rajah 2: Bilangan responden mengikut pengalaman bekerja----------------------------- 28
Rajah 3: Bilangan responden mengikut kesedaran ---------------------------------------29
Rajah 4: Bilangan responden mengikut sumber maklumat-------------------------------- 30
Rajah 5: Bilangan responden mengikut pengetahuan------------------------------------------ 31
Rajah 6: Analisis faktor yang mempengaruhi kesedaran dan pengetahuan responden
terhadap STS ----_-33-36 ----------------------------------------------------------------------------------
Rajah 7: Bilangan responden mengikut sumber kesedaran ---------------------------------
38
Rajah 8: Bilangan responden mengikut masalah------------------------------------------------- 40
Rajah 9: Bilangan responden mengikut alasan----- . -----------------------------------------------
41
Xlll
SENARAI SINGKATAN
1. BCP
2. FEP
3. FTM
4. FK
5. FPSK
6. FSGK
7. FSKPM
8. FSS
9. FSTS
10. IRB
11. KWSP
12. LHDN
13. PPB
14. STS
15. Unimas
Borang Cukai Pendapatan
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
Fakulti Teknologi Maklumat
Fakulti Kejuruteraan
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Fakulti Seni Gunaan Kreatif
Fakulti Sains Kemanusiaan dan Teknologi Sumber
Fakulti Sains Sosial
Fakulti Sains dan Teknologi Sumber
Inland Revenue Board
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Lembag Hasil Dalam Negeri
Fakulti Pusat Pengajian Bahasa
Sistem Taksiran Sendiri
Universiti Malaysia Sarawak
XIV
BAB l
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Percukaian merupakan satu bidang ilmu yang sentiasa berkembang dengan
pesat dan ia dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi negara, (Barjoyai Bardai,
1987). Percukaian bermaksud satu bayaran yang wajib, bukannya denda yang
dikenakan oleh kerajaan ke atas penggunaan pendapatan, kekayaan atau asas-asas
lain, tidak termasuk bayaran-bayaran untuk faedah khusus seorang pembayar
seperti bayaran lesen, tol, permit, bayaran masuk dan taksiran khas, (K. Jeyapalan
dan Mustafa Mohd. Hanefah, 1993).
Objektif Percukaian
Percukaian adalah penting kepada sesebuah negara kerana objektif
percukaian adalah sebagai sumber pendapatan kerajaan. Cukai adalah sumber
pendapatan utama kebanyakan negara tidak mengira sama ada negara berkenaan
adalah negara maju, negara sedang membangun ataupun negara kurang
membangun.
I
Percukaian juga penting sebagai penggalak pertumbuhan ekonomi
sesebuah negara. Sebagai contoh, di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, untuk
menggalakkan pertumbuhan ekonomi, kadar cukai langsung boleh dikurangkan.
Contoh cukai langsung adalah seperti Cukai Pendapatan dan Cukai Pendapatan
Petroleum.
Selain daripada itu, percukaian juga berperanan sebagai alat atau
instrumen pengagihan semula pendapatan dan kekayaan di mana ia boleh
mengecilkan jurang perbezaan taraf hidup antara golongan kaya dan golongan
miskin.
Merujuk kepada kenyataan-kenyataan di atas, percukaian merupakan satu
bidang yang besar dan rnernpunyai peranan yang penting dalani memberikan
sumbangan kepada kerajaan. Oleh yang demikian adatah sangat penting untuk
kita mempunyai sistem taksiran cukai yang lebih herkesan hagi menjamin
kelancaran pengutipan cukai. Sehubungan itu, Sistem Taksiran Formal akan
diubah sepenuhnya kepada Sistem Taksiran Sendiri menjelang tahun 2004.
Cukai terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Cukai Pendapatan, Cukai
Petroleum, Cukai Keuntungan Harta Tanah dan Duti Setem Utama. Kajian yang
dijalankan ini bertumpu kepada Cukai Pendapatan sahaja.
1.0.1 Cukai Pendapatan
Cukai Pendapatan didefinisikan sebagai cukai yang dikenakan ke
atas pendapatan iaitu perolehan atau hasil daripada urusan atau
perkhidmatan ke atas orang perseorangan atau entiti perniagaan. Cukai
Pendapatan pula terbahagi kepada cukai pendapatan individu dan cukai
pendapatan syarikat.
Cukai Pendapatan Individu
Cukai pendapatan individu merupakan cukai yang dikenakan ke
atas pendapatan yang diperolehi oleh seseorang individu seperti
pendapatan penggajian, pendapatan perniagaan dan lain-lain. Contoh
pendapatan penggajian adalah seperti gaji dan manfaat berupa barangan
(MBB). Sementara itu contoh bagi pendapatan perniagaan adalah
pendapatan yang diperolehi oleh seseorang individu yang menjalankan
pemiagaan. Bagi individu pemastautin, cukai dikenakan ke atas
pendapatan yang diperolehi individu di Malaysia dan juga pendapatan
diterima di Malaysia dari luar Malaysia. Sementara itu, bagi individu
bukan pemastautin pula, cukai dikenakan ke atas pendapalan yang
diperolehi di Malaysia sahaja.
Cukai Pendapatan Syarikat
Cukai pendapatan syarikat adalah cukai yang dikenakan ke atas
pendapatan yang diperolehi syarikat. Bagi syarikat pemastautin, cukai
dikenakan ke atas pendapatan yang diperolehi syarikat di Malaysia dan
juga pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia dan punca-punca luar
Malaysia. Bagi syarikat bukan pemastautin pula, cukai dikenakan ke atas
pendapatan yang diperolehi syarikat di Malaysia sahaja.
1.0.2 Ejen Cukai
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia adalah merupakan salah
satu agensi utama yang memungut hasil di bawah kuasa Kementerian
Kewangan. Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia telah menjadi badan
berkanun pada lhb Mac 1996 dan dengan rasminya dikenali sebagai
LHDN.
LHDN memainkan peranan penting kepada Kerajaan. LHDN
berfungsi sebagai agensi Kerajaan dan memberi perkhidmatan dalarn
pentadbiran, penaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran
cukai. LHDN ditubuhkan melalui Akta LF-lDN Malaysia 1995 untuk
meningkatkan peranan organisasi dalam mengubal dasar-dasar baru bag]
sektor awam dan sektor swasta, sebagai tambahan kepada peranan semasa
4
Lembaga berhubung dengan pemungutan cukai dan penguatkuasaan
pematuhan cukai. LHDN juga bertanggungjawab bagi keseluruhan hal
ehwal pentadbiran, termasuk penaksiran dan pemungutan cukai-cukai
langsung di bawah akta seperti berikut: -
" Akta Cukai Pendapatan 1967
" Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967
" Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
" Akta Penggalakkan Pelaburan 1986
" Akta Setem 1949
" Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990
1.1 Perlaksanaan Sistem Taksiran Sendiri (STS) Cukai Pendapatan
STS atau self-assessment system merupakan satu cabaran baru dalam
milenium ini. STS mula diwar-warkan pada pembentangan Belanjawan 1999.
Suatu perubahan yang drastik telah berlaku dalam undang-undang percukaian di
Malaysia bagi melaksanakan STS ini. STS juga diamalkan oleh beberapa negara
lain seperti Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Republik Ireland, New Zealand
Jepun dan England.
STS adalah satu kaedah di mana pembayar cukai mengira dan membayar
cukainya sendiri. la bukanlah merupakan satu jenis cukai yang baru tetapi hanya
S
merupakan satu sistem yang baru di mans pembayar cukai diberi tanggungjawab
untuk mengira tanggungan cukainya sendiri. STS merupakan perubahan proses
yang menyeluruh daripada sistem taksiran formal yang diamalkan sebelum Mi.
Di bawah sistem taksiran formal, pembayar cukai dikehendaki
melaporkan pendapatan di dalam Borang Nyata Pendapatan, mengembalikan
borang tersebut ke pejabat LHDN dan LHDN akan membuat taksiran. Notis akan
dihantar kepada pembayar cukai dan berpandukan kepada cukai yang ditaksir,
bayaran cukai akan dibuat.
Di bawah STS, pembayar cukai masih perlu mengemukakan Borang
Nyata Pendapatan dalam tempoh yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, Notis
Taksiran tidak akan dikeluarkan kepada pembayar cukai. Sebaliknya, pembayar
cukai dikehendaki mengira cukai mereka dan menjelaskan bayaran cukai
sepenuhnya pada masa Borang Nyata Pendapatan dikemukakan. Pembayar cukai
juga dikehendaki membuat anggaran cukai yang perlu dibayar untuk tahun
semasa dan membuat bayaran ansuran bulanan dalam tahun yang berkenaan
berdasarkan anggaran yang dibuat. Pembayar cukai boleh membuat bayaran
ansuran bulanan terus kepada LHDN ataupun melalui Bank Bumiputra
Commerce.
6
Bagi pekerja yang tertakluk kepada bayaran cukai mengikut Skim
Potongan Cukai Berjadual (PCB), kaedah ini akan diteruskan di bawah STS cukai
pendapatan individu.
Tujuan STS Diwujudkan
Tujuan STS diwujudkan adalah untuk membolehkan pembayar cukai
menguruskan hal-hal percukaiannya dengan lebih baik. Bagi kemudahan
pembayar cukai, pembayar cukai perlu menyimpan rekod dengan teratur, mengisi
Borang Nyata Pendapatan dengan betul, mengira cukai dan mengemukakan
Borang Nyata Pendapatan bersama bayaran cukai terakhir (sekiranya ada).
Bagi LHDN, perubahan kepada sistem taksiran sendiri adalah bertujuan
seperti berikut: -
1. Memodenkan dan menyelaraskan pentadbiran cukai
2. Mewujudkan satu sistem yang lebih efisyen dan mempunyai sistem pungutan
hasil yang lebih cepat dan
3. Meningkatkan kadar pematuhan cukai
7
1.2 Penyataan Masalah
STS akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2004. STS adalah satu
kaedah di mana pembayar cukai mengira serta membayar cukainya sendiri. Isu
yang mungkin timbul ialah pembayar-pembayar cukai akan menghadapi masalah
ekoran kewujudan sistem berkenaan seperti mereka akan terlebih atau terkurang
anggar semasa membuat pembayaran cukai. Sebagai contoh, sekiranya pembayar
cukai membuat penyata yang tidak benar dengan terkurang lapor jumlah
pendapatan maka mereka akan dikenakan penalti. Perkara ini akan mendatangkan
masalah kepada pembayar cukai. Jadi kajian akan dibuat ke atas staf akademik
Unimas untuk mengetahui tahap kesedaran mereka terhadap sistem ini dan juga
pengetahuan mereka membuat penaksiran sendiri. Kajian im dibuat adalah kerana
kesedaran terhadap sistem ini adalah amat penting. Oleh yang demikian,
sekiranya tahap kesedaran dan pengetahuan mereka iaitu staf akadernik Unimas
yang mempunyai latar belakang akademik yang tinggi terhadap sistem berkenaan
adalah rendah, maka apatah lagi tahap kesedaran bagi orang lain yang mempunyai
latar belakang akademik yang lebih rendah berbanding mereka.
Kesedaran dan pengetahuan terhadap sistem berkenaan adalah penting
untuk diketahui kerana penguasaan sistem berkenaan akan menguntungkan
pembayar-pembayar cukai. Oleh yang demikian, kajian im adalah amat penting
untuk dilaksanakan bagi mengetahui tahap kesedaran dan pengetahuan mereka,
8
faktor yang mempengaruhi tahap kesedaran mereka dan pada masa yang sama
mencari cara untuk meningkatkan kesedaran mereka terhadap sistem im.
1.3 Objektif Kajian
Dalam kajian ini dua bentuk objektif telah digariskan iaitu objektif umum
dan objektif khusus. Objektif umum merupakan objektif yang ingin dicapai pada
keseluruhan kajian manakala objektif khusus pula merupakan objektif yang ingin
dicapai di beberapa bahagian kajian.
1.3.1 Objektif Umum
Objektif umum kajian im adalah untuk mengetahui kesedaran dan
pengetahuan staf akademik Unimas terhadap STS cukai pendapatan
individu.
1.3.2 Objektif Khusus
Objektif khusus bagi kajian ini pula adalah seperti berikut: -
Untuk mengetahui sama ada faktor latar belakang akademik dan
faktor pengalaman bekerja mempengaruhi kesedaran staf akademik
9
Unimas terhadap STS cukai pendapatan individu yang akan
diperkenalkan pada tahun 2004.
Untuk mengetahui sama ada faktor latar belakang akademik dan
faktor pengalaman bekerja mempengaruhi pengetahuan staf
akademik Unimas terhadap penaksiran sendiri cukai pendapatan
individu.
1.4 Rasional Kajian
Rasional kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah kesedaran staf
akademik Unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan individu
yang akan diperkenalkan pada tahun 2004 dan juga pengetahuan mereka menaksir
sendiri cukai pendapatan individu dipengaruhi oleh latarbelakang akademik dan
pengalaman bekerja.
Faktor latar belakang akademik dipilih kerana seseorang yang mempunyai
latar belakang akademik / pendidikan yang tinggi sememangnya memiliki iltnu
pengetahuan yang banyak. Pendidikan menggalakkan perkembangan intelek
tinggi, (W. F. Connell, 1981). Oleh yang dernikian, seseorang yang mempunyai
latar belakang akadernik yang tinggi semestinya peka terhadap apa yang berlaku
di sekelilingnya. Oleh sebab itulah faktor latar belakang akademik dipilih untuk
mengetahui sama ada ia mempengaruhi kesedaran dan pengetahuan staf akademik
Unimas terhadap STS.
10
Faktor pengalaman bekerja dipilih kerana pada kebiasaannya semakin
lama pengalaman bekerja seseorang itu maka semakin banyaklah ilmu
pengetahuan yang diperolehinya. Oleh yang demikian, semakin lama pengalaman
bekerja seseorang itu maka semakin banyaklah pendedahan terhadap sesuatu
perkara berkaitan yang akan diterimanya seperti pendedahan terhadap hal ehwal
percukaian. Perkara im adalah kerana pekerja-pekerja seperti staf akademik
Unimas mempunyai pendapatan penggajian yang tinggi dan layak dikenakan
cukai.
Pada masa yang sama, kajian juga melihat sumber-sumber maklumat yang
menyumbang kepada kesedaran dan pengatahuan mereka terhadap sistem
berkenaan. Selain itu, kajian juga melihat masalah penaksiran dan juga alasan
mereka tidak menaksir berhubung sistem berkenaan.
11
top related