ulasan kajian terdahulu

Post on 11-Aug-2015

2.247 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

ULASAN KAJIAN LEPASULASAN KAJIAN LEPASLiterature ReviewLiterature Reviewsorotan literatursorotan literatur

Ulasan/Kritikan ke atas kajian yang lalu yang ada

hubungkait dengan tema / tajuk penyelidikan

rundingan dengan penyelia hendaklah dilakukan selalu.

Ulasan Kajian Lepas

1. KepentinganKajian yang lalu memberikan

pengetahuan tentang latar belakang tema / tajuk yang dikaji.

Walaupun tajuk kajian baru, namun ia merupakan sebahagian dari tema yang sama. Contoh: Tajuk penyelidikan,

“Sistem Pentadbiran Penghulu di Kedah Sebelum 1957”

Ulasan Kajian Lepas

Ulasan kajian lepas untuk tajuk di atas mungkin diasaskan kepada buku mengenai sistem penghulu di tempat-tempat lain. Cari apa-apa tajuk buku di perpustakaan (melalui website, dll), pilih beberapa buku yang relevan. Contoh 1: “Penghulu Naning 1830an”, atau, “Peranan Penghulu di Zaman British”, atau, “Sistem Pentadbiran Melayu sebelum Merdeka”, atau “Malay Traditional Elites”, dll.

Ulasan Kajian Lepas2. Cara mengulas: a) Fahami buku yang telah dibaca dan dikaji.

Catatkan apakah perkara / isu yang dibicarakan oleh pengarang / pengkaji.

Contoh 1: Dari buku Penghulu Naning, perkara yang dikaji / dibicara ialah:

i) Penghulu Naning, pembesar daerah yang dirampas kuasanya oleh British, ii) ia menentang British untuk tuntut keadilan, iii) pengarang anggap Penghulu Nanning

sebagai pejuang bangsa dan agama.

Ulasan Kajian Lepas

Contoh 2: Buyung Adil dalam buku, Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan, menghuraikan Penghulu Naning sebagai orang yang tidak akur dengan peraturan British. Dia masih menjalankan tugas sebagai penghulu Melayu yang mengutip cukai, membicarakan orang, dll. British menganggapnya sebagai seorang pemberontak.

Ulasan Kajian Lepas

• Umumnya kajian-kajian terdahulu itu dapat menjelaskan bahawa penghulu adalah pembesar daerah yang mempunyai beberapa kuasa tradisional (boleh memerintah, mengerah, dan taat kepada pembesar di atasnya.

• Semasa British, mereka diserap sebagai kakitangan British, diberi gaji dan menjalankan tugas-tugas yang diarahkan British. Tetapi ada juga penghulu yang menentang.

Ulasan Kajian Lepas

• Dalam ulasan kajian terdahulu, amatlah penting bagi kita mengetahui apakah pendirian penulisnya mengenai kajiannya sendiri. Contoh: Buyong Adil tidak menyatakan pendiriannya mengenai Penghulu Naning, hanya menceritakan secara naratif apa yang berlaku, sehinggalah Dol Said menyerah kepada British dan menghabiskan hayatnya sebagai petani, peniaga dan dukun.

Ulasan Kajian Lepas

Mungkin ada pengkaji terdahulu yang berkesimpulan bahawa Dol Said (penghulu Naning) seorang pejuang nasionalis, mungkin ada yang mengatakan ia berjuang untuk mempertahankan kududukannya sendiri dan daerahnya. Tidak hairan juga jika ada pengkaji yang mengatakan dia seorang pemberontak.

Ulasan Kajian Lepas

• Ulasan kajian hendaklah ditulis secara logikal. Contoh: Buyong Adil dalam buku, …., menyatakan bahawa Penghulu Naning adalah seorang…. Oleh kerana huraiannya dibuat secara naratif, maka Buyong Adil tidak menjelaskan pendiriannya mengenai penghulu tersebut. Sebaliknya Ibrahim Ahmad dalam buku,… jelas mengatakan bahawa Dol Said adalah pejuang bangsa. Kesimpulan ini bertentangan dengan tulisan J.B.Anderson yang mengatakan bahawa Dol Said adalah pemberontak *(nota kaki).

Ulasan Kajian Lepas3. Bagaimana kita manfaatkan kajian

terdahulu? i) Dalam masyarakat tradisional, penghulu

merupakan pembesar daerah yang memerintah, mengerah, menghakim dan

menghukum, mengutip cukai, dll. ii) Semasa British, ada yang menentang, iii) ada juga penghulu yang menjadi tali barut British, iv) ada juga menjadi pentadbir British, dll.

Ulasan Kajian Lepas

• Apabila kita membuat penyelidikan dan kajian mengenai “Penghulu Di Kedah sebelum 1957”, kita manfaatkan pengetahuan dari kajian terdahulu sebagai latar belakang, panduan (arah tuju), perbandingan mahupun persamaan.

• Rujuk balik objektif dan tujuan kajian kita.• Kalau mengkaji sistem pentadbiran,

bahaskan sama ada ia berbeza atau sama dengan sistem pentadbiran terdahulu.

Ulasan Kajian Lepas

• Jika dalam kajian kita ada tokoh penghulu, adakah ia seperti Dol Said, atau seorang pentadbir yang taat setia (seperti beberapa orang yang akur dengan British).

• Ulasan kajian terdahulu meluaskan pengetahuan kita untuk menilai, menimbang, membeza, menyamakan isu-isu tertentu.

• Kajian terdahulu juga membantu kita membuat teori / haipotesis tentang tajuk yang kita kaji, tentang kaedah kajian dan cara penulisan.

Ulasan Kajian Lepas

• Contoh bagaimana kajian terdahulu membantu kita membentuk teori-teori. Contohnya, Rupert Emerson dalam bukunya, Malaysia. A Study In Direct and Indirect Rule, berpendapat bahawa penapakan British di Malaysia adalah didorong oleh kepentingan ekonomi. Demikian juga Emily Sadka dlm Protected Malay States 1874-1896.

Ulasan Kajian Lepas

• Namun Nicholas Tarling dalam British Policy In the Malay Peninsula and Archipelago, berpendapat tujuan utama British adalah disebabkan oleh kepentingan politik.

• Maka terdapat dua teori mengenai sebab penjajahan British, iaitu, kerana unsur ekonomi dan politik.

Ulasan Kajian Lepas

• Cara seorang pengkaji membuktikan teori dan tesisnya jelas. Ketiga-tiga pengkaji menggunakan sumber-sumber asli dan rasmi British. Namun Masing-masing mentafsirkan sumber dengan cara yang berbeza, dan akhirnya mendapat kesimpulan yang berbeza.

• Kita sebagai pengkaji yang baru, boleh cuba menggunakan kaedah dan teori mana-mana pengkaji terdahulu. Kita boleh buktikan sama ada teori terdahulu itu dapat diterapkan dalam kajian kita.

Ulasan Kajian Lepas

• Di dalam ulasan kajian lepas, nama pengarang / pengkaji terdahulu hendaklah dinyatakan bersama-sama dengan tajuk kajian / bukunya. Maklumat lainnya hendaklah diletakkan dalam Nota Kaki. Tajuk kajian yang telah diterbitkan hendaklah dicondongkan (seperti dalam nota kaki dan bibliografi)

• Bilangan kajian terdahulu tidak terhad. Sebaik-baiknya kajian itu mempunyai pandangan pelbagai.

Ulasan Kajian Lepas

• Jika terdapat beberapa pengkaji yang mempunyai pandangan yang sama mengenai sesuatu perkara, memadai dalam ulasan kita nyatakan, pengarang A, B dan C… sependapat mengatakan bahawa…* (beri nota kaki untuk 3 pengarang itu).

Kesimpulan

• Ulasan Kajian terdahulu (literature review) memberikan pengetahuan latar belakang dan juga isu-isu yang ada kaitan dengan kajian kita.

• Ia memantapkan perbahasan secara ilmiah kerana kajian terdahulu berupaya memberikan kita buat perbandingan, persamaan dan juga perbahasan tentang perkara yang dikaji secara analitikal.

top related