tugasan projek sce3123
Post on 03-Oct-2015
79 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
TUGASAN PROJEK
PROGRAM :
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
( PPG) SN AMBILAN FEB 2013 (KHAS)NAMA PELAJAR :
KOD DAN NAMA KURSUS :
SCE 3123 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
SEMESTER : 6 / JAN-MEI 2015
TARIKH MULA : 31/ 1/ 2015TARIKH HANTAR : 14 / 3/ 2015
Hasil Pembelajaran .
1. Membincangkan cara untuk memudahkan keberkesanan organisasi dan pengurusan makmal sains
2. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti sains.
3. Menunjukkan teknik asas makmal berkenaan kerja kaca dan pengawetan spesimen biologi.
4. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam penyelenggaraan bahan dan peralatan sains.
5. Meneroka bagaimana pengubahsuaian, penyediaan dan pemilihan sumber yang sesuai dapat meningkatkan pembelajaran sains sekolah rendah.
6. Projek ini menilai hasil pembelajaran 1,3 dan 5
Objektif Projek:
1. Mengumpul maklumat berkaitan Pengurusan makmal Sains dan Sumber-sumbernya daripada sekurang-kurangnya tiga jenis sumber yang berbeza contohnya, internet, jurnal dan buku.
2. Merancang, menjalankan penyiasatan dan menulis laporan berkaitan pengurusan dan pengunaan makmal sains di sekolah .
3. Membina bahan sumber pengajaran di makmal atau untuk dalam pengajaran dan pembelajaran dan merekod pembinaan alat itu dengan menggunakan poster.
4. Menulis refleksi tentang tugasan-tugasan yang telah dilaksanakan .
Tugasan Projek (100%)
Bilik atau makmal sains adalah tempat yang dilengkapkan dengan peralatan dan bahan-bahan sains agar eksperimen dan aktiviti sains yang sistematik dapat dilaksanakan dengan jayanya. Penglibatan aktif murid dalam aktiviti sains berserta penguasaan kemahiran saintifik dan nilai murni, seharusnya membolehkan murid-murid mempelajari konsep sains dengan mudah dan secara beransuransur. Justeru, seseorang guru sains, seharusnya tahu bagaimana mengurus bilik atau makmal sains dengan baik. seterusnya makmal menjadi tempat murid-muridnya mempelajari sains dengan selamat dan menyeronokan.
Tugasan 1 : Pengurusan Makmal (40%)
Berdasarkan ciri-ciri makmal sains bestari yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan,
buat pelaporan perbandingan tentang pengurusan dan penyusunan makmal sains atau bilik
sains di sekolah anda berkhidmat. Kenalpasti makmal sains dari aspek.
Kelengkapan infra struktur
susun atur perabot
notis amaran dan peraturan
kekerapan penggunaan untuk PdP dan
pengurusan aset,
Sertakan bukti untuk menyokong dapatan anda (gambar foto). Beri cadangan anda
untuk menambah baik pengurusan dan penyusunan makmal sains tersebut. Jika tiada makmal sains atau bilik sains, nyatakan alasan kenapa ianya tiada di sekolah anda. (Individu)
Tugasan 2 : Pengubahsuaian Bahan sumber PdP (40%)
Anda dikehendaki membuat pengubahsuaian satu bahan sumber pengajaran dan pembelajaran sains dengan menggunakan bahan sedia ada atau bahan kitar semula. Pembinaan satu bahan sumber PdP itu perlu ditunjukkan dalam sebuah poster (saiz A4) yang terdiri dari maklumat seperti berikut:
Nama alat
Senarai bahan yang digunakan
Tujuan pembinaan alat
Langkah-langkah pembinaan alat berserta gambar foto
Senarai kekuatan dan kelemahan alat tersebut.
Tugasan 3: Refleksi (20%)
Menulis refleksi bagi setiap tugasan di atas secara individu .
Projek ini membawa markah 100 dan wajaran sebanyak 70%.
Panduan Perlaksanaan Projek
1. Projek anda perlu mempunyai tajuk yang sesuaian beserta pengenalan dan kesimpulan.
2. Amalan plagiat adalah dilarang sama sekali .
3. Perlu sertakan senarai sumber rujukan yang menggunakan format APA
4. Hasil kerja perlulah bertaip jenis font Arial bersaiz 11 dan langkau baris 1.5
5. Muka hadapan tugasan mestilah terdiri daripada maklumat berikut :
Nama pelajar
Angka giliran
Nombor kad pengenalan
Kumpulan /Unit
Kod dan Nama Kursus
Nama pensyarah Akademik
Tarikh hantar
6. Anda seharusnya mematuhi tarikh tamat penhantaran tugasan. Tanpa kebenaran masa lanjutan, penyerahan lewat akan menjejaskan gred kerja kursus anda.
7. Rajah, jadual dan gambarajah hendaklah dilabelkan.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
1. Pemahaman dan isi kandungan yang menyeluruh. Informasi berkaitan Pengurusan
2. Makmal Sains Dan Sumber dikumpul dan disusun daripada sekuran-kurangnya tiga jenis sumber yang berbeza.
3. Isi kandungan yang lengkap, tepat dan berkaitan .
4. Melaksanakan semua aktiviti dan semua soalan dapat dijawab .
5. Kebolehan merancang dan menjalankan penyiasatan dan menulis laporan yang berkaitan .
6. Kebolehan bekerja secara bebas dan berkolaborasi
7. Mempunyai justifikasi dan mengemukakan /membincangkan pandangan sendiri secara matang.
8. Kemahiran membuat citation dan rujukan
9. Pandangan asli dalam perbincangan
10. Penulisan laporan menggunakan bahasa standard dan struktur penulisan yang mantap.
Kriteria Pemarkahan
Kerja Kursus ini akan disemak dengan menggunakan set kriteria pemarkahan yang dilampirkan. .
Disediakan oleh
Disemak oleh
____________________________ _______________________
(Pn Hjh Asmah Binti Samin)
Penyelaras Kursus SCE3123
Pakar Bidang (SME)
Jabatan Sains Jabatan Sains
Disahkan oleh
_____________________
Ketua Jabatan Sains
top related