tugasan kecerdasan emosi
Post on 12-Jan-2016
19 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Pendahuluan
Kecerdasan emosi atau EQ meliputi kecerdasan sosial dan menekankan pada
pengaruh emosi pada kemampuan melihat situasi secara objektif dan memahami diri
sendiri dan orang lain. Inilah kemampuan untuk merasakan, memahami, dan secara
efektif menggunakan kekuatan emosi, disalurkan sebagai sumber energi, kreativitas,
dan pengaruh dalam kehidupan kita setiap hari, di tempat kerja atau dalam
berhubungan dengan orang lain. Emosi sendiri adalah sumber energi dari manusia,
aspirasi dan dorongan, membangkitkan perasaan terdalam dan tujuan hidup, dan
mentransformasikannya dari apa yang kita fikirkan menuju menghargai hidup kita.
Sesungguhnya kejayaan kita dalam hidup bukan hanya disebabkan oleh kecerdasan
tapi ada kualitas-kualitas yang lainnya seperti kepercayaan, integritas, otensitas,
kreativitas, kejujuran, dan keimanan juga sangat penting. Kecerdasan yang lain inilah
yang disebut dengan kecerdasan emosi .
Dahulunya, orang sangat menganggung-agungkan IQ sebagai faktor utama
kesuksesan seeorang, tapi Daniel Goleman menolak argumen ini berdasarkan
penelitiannya pada otak dan perilaku manusia. Dalam bukunya “Emotional
Intellegence”, Goleman menyatakan bahwa kecerdasan emosi (EQ) menjadi indikator
paling kuat dalam kejayaan seseorang. Dia mendefinsikan kecerdasan emosi
berdasarkan kesedaran diri, atruisme, motivasi pribadi, empati, dan kemampuan untuk
mencintai dan dicintai oleh teman-teman, dan anggota keluarga. Orang yang memiliki
kecerdasan emosi adalah orang yang sesungguhnya berjaya dalam tempat kerja, dan
hubungan sosial. Sesungguhnya EQ bukan bawaan sejak lahir yang tidak biasa
diubah-ubah, tetapi sesuatu yang biasa dipelajari dan dikembangkan melalui hubungan
kita dengan orang lain. Kecerdasan emosi memainkan peranan integral dalam
mendefiniskan sifat dan menentukan nasib seseorang atau kelompok.
Kecerdasan emosi ini ditunjukan dengan toleransi, empati dan kasih sayang
kepada orang lain, kemampuan untuk memverbalkan perasaan secara akurat dan
penuh integritas, dan dapat mengatasi kesedihan emosional. Inilah alasan mengapa
EQ jauh lebih penting daripada IQ untuk meraih kejayaan dan kebahagiaan. Mungkin
anda dapat berjaya dalam ujian dan ujian akademik, tapi bagaimana cara anda
mengatasi kekecewaan, kemarahan, kecemburuan, dan ketakutan, masalah
komunikasi, dan hubungan dengan orang lain yang selalu berlaku dalam kehidupan?
Orang yang mempunyai kecerdasan emosi akan jauh lebih percaya diri dan lebih biasa
memahami orang lain dengan penuh empati. Dia akan mempunyai kematangan
emosional dimana banyak orang dewasa gagal mencapainya dan masih bertingkah
laku seperti tidak matang ketika menghadapi banyak cabaran.
TUGASAN 1
Soalan dan jawapan
Soalan 1
a. Jelaskan kemungkinan sebab- sebab berlakunya ketidakstabilan emosi
berpandukan kes di atas. (10 markah)
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan remaja itu menunjukkan
kelakuan kasar dan tidak senonoh, iaitu membuang bayi. Bayi adalah kurniaan
Tuhan. Beberapa faktor boleh menyumbangkan remaja membuang bayi mereka
termasuklah:
1. Tidak mempunyai kasih sayang
Remaja itu iaitu, Mohd. Zolhalmi tidak mencurahkan kasih sayang terhadap
bayi perempuan yang dilahirkan itu. Kemungkinannya, remaja itu tidak mendapat
kasih sayang daripada ibu bapanya dari sejak kecil lagi. Lagipun, mungkin
remaja itu kurangnya bermesra dengan ibu bapanya. Oleh itu, ketiadaan kasih
sayang ibu bapanya menyebabkan remaja itu melakukan perbuatan yang tidak
senonoh itu.
2. Kerapuhan institut keluarga
Kemungkinannya, ahli keluarga remaja itu tidak mengawasi tingkah laku
remaja tersebut. Mungkin ibu bapa remaja tersebut pergi bekerja demi masa
hidup anak mereka. Oleh itu, mereka tidak dapat mengawasi tingkah laku anak
mereka. Kurang perhatian ibu bapa remaja itu memberikan kebebasan
sepenuhnya kepada remaja itu supaya melakukan perbuatan seperti ini. Perkara
lain yang dibangkitkan ialah tingkah laku yang buruk dari ibu bapa yang menjadi
model kepada anak-anak. Model yang baik sama ada di rumah atau sekolah
dapat mendedahkan diri seseorang itu kepada kawalan emosi dan sedar akan
perasaan orang lain. Namun, berasaskan pendedahan yang tidak baik maka
akan lahirlah sikap remaja yang mempunyai sikap yang tidak mempunyai nilai
kesopanan dan tidak tahu nilai suatu nyawa.
3. Tidak bertanggungjawab
Remaja itu iaitu, Mohd. Zolhalmi dan pasangannya tidak bertanggungjawab
kerana melakukan perbuatan membuang bayi. Mereka tidak berfikir tentang
maruah keluarga mereka. Perbuatan dan keterlaluan emosi mereka telah
mencemarkan nama baik keluarga mereka. Tambahan pula, remaja tersebut
tidak mengambil berat tentang bayi perempuannya. Membiayai dan
membesarkan anak adalah tanggungjawab seseoarang ibubapa. Tetapi, Mohd.
Zolhalmi dan pasangannya tidak mempunyai tanggungjawab terhadap bayi
mereka. Ketidak tanggungjawaban merekalah berpunca untuk pembuangan
bayi.
4. Tiada kawalan diri dan disiplin yang tegas
Remaja ini tidak mempunyai disiplin diri. Disiplin adalah alat untuk
membina manusia ke arah kehidupan yang sejahtera dan harmoni. Tetapi,
Mohd. Zolhalmi dan pasangannya tidak mempunyai disiplin yang tegas dalam
kehidupannya. Mohd. Zolhalmi itu berusia 18, dan pasangannya baru berusia 17
tahun. Mereka berdua tidak dapat mengawalkan diri mereka untuk melahirkan
anak selepas perkhawinan. Mereka berdua hanya mahu perasaan untuk
memuaskan nafsu mereka. Perasaan yang ketidak kawalan ini memberikan
kesan untuk mendapat bayi dalam usia kecil ini. Selepas mendapat bayi sahaja,
baru mereka sedar kesilapan mereka. Oleh itu, mereka sembunyikan kesilapan
mereka itu dengan membuang bayi mereka.
5. Masalah kewangan
Mungkin Mohd. Zolhalmi mengalami masalah kewangan untuk
menampung perbelanjaan anaknya. Membesarkan anak memerlukan banyak
wang untuk menampung keperluannya. Oleh tidak dapat menampung keperluan
bayinya, mereka mungkin membuat keputusan untuk membuang bayi mereka.
Sikap dan emosi-emosi yang negatif ini menyebabkan mereka membuang bayi
mereka.
6. Tekanan daripada keluarga dan masyarakat
Mungkin remaja itu dan pasangannya mengalami tekanan kerana mendapat
bayi dalam umur kecil ini. Oleh itu, ahli keluarga mereka akan memberikan
tekanan secukupnya. Lagipun masyarakat juga akan pandang rendah terhadap
mereka. Tekanan dari sewaktu di tempat kerjapun akan memberikan kesan
negatif. Tekanan ini mengakibatkan pembuangan bayi.
b. Dengan menggunakan salah satu Model Kompetensi Kecerdasan Emosi yang
telah dipelajari, berikan cadangan bagaimana untuk mengatasi situasi di atas.
Gunakan Model Kecergasan Emosi Reuven Bar-On
Melalui Model Kecerdasan Emosi Reuven Bar-On, terdapat lima aspek bidang
yang boleh dikaji bagi memberikan cadangan untuk mengatasi masalah
penbuangan bayi di atas.
Aspek pertama yang boleh dikaji ialah bidang intrapersonal. Bidang
intrapersonal ini merangkumi hubungan di dalam diri sendiri. Berdasarkan kes
pembuangan bayi tersebut, dapat dikenal pasti bahawa kurangnya kesedaran diri
dalam diri remaja itu sendiri. Oleh itu, Mohd. Zolhalmi perlu mempunyai kesedaran
diri yang tinggi, maka membesarkan bayinya dengan baik dan bukannya
membuang bayi yang boleh merosakkan maruah diri dan perasaan orang lain.
Tambahan pula, remaja itu hendaklah sentiasa berlatih untuk mendapatkan nilai
positif daripada emosi negatifnya.
Aspek kedua yang dapat diterangkan adalah berdasarkan bidang
interpersonal. Bidang Interpersonal ini merangkumi perhubungan dua hala iaitu
antara diri seseorang dengan orang sekelilingnya. Melalui situasi di atas, sudah
terang lagi bersuluh bahawa Mohd. Zolhalmi dan pasangannya merupakan orang
yang menghadapi krisis kemiskinan interpersonal dalam diri mereka. Remaja itu
dan pasangannya tidak perlu mementingkan diri mereka sahaja. Mereka tidak boleh
membiarkan emosi mereka dan kepuasan nafsu menguasai diri mereka dan tidak
memikirkan perasaan orang lain. Selain itu, mereka hendaklah memikirkan
tanggungjawab sosial, iaitu pembuangan bayi akan memberikan kesan negatif
kepada masyarakat. Mereka hendaklah sedar bahawa bayi itu adalah kurniaan
Tuhan dan tanggungjawab melaksanakan tugas sebagai ibubapa.
Selain itu, bahagian aspek yang dapat diuji ialah melalui aspek penyesuaian.
Aspek ini merangkumi kemahiran dalam penyelesaian masalah. Remaja itu
hendaklah fleksibel dalam menangani masalah yang dihadapinya. Remaja itu dan
pasangannya hendaklah berfikiran rasional dan dapat bertindak secara waras.
Mohd. Zolhalmi itu berusia 18, dan pasangannya baru berusia 17 tahun. Mereka
seharusnya mengawal diri dan emosi mereka sebelum membuat hubungan
seksual. Melalui pengurusan emosi yang baik, seseorang itu dapat berfikir dengan
lebih rasional dan dapat berfikiran dengan lebih positif. Oleh itu, apabila mereka
mendapat bayi, mereka seharusnya rasional untuk membesarkan anak mereka
supaya tidak mencemarkan maruah diri sendiri dan keluarga.
Aspek keempat yang dikaji berdasarkan kes ialah melalui bidang pengurusan
tekanan. Mungkin remaja itu dan pasangannya mengalami tekanan kerana
mendapat bayi dalam umur kecil ini. Oleh itu, ahli keluarga mereka akan
memberikan tekanan secukupnya. Lagipun masyarakat juga akan pandang rendah
terhadap mereka. Remaja itu dan pasangannya harusnya mengawal tekanan untuk
menghindarkan diri dari unsur negatif iaitu membuang bayi. Dengan mengamalkan
nilai murni seperti toleransi mereka boleh bertolak-ansur antara satu sama lain. .
Hal ini dapat melahirkan remaja yang dapat mengurus tekanan dan sentiasa
bersabar dalam apa jua keadaan sekalipun.
Aspek kelima yang dikaji ialah mood am. Remaja itu hendaklah sentiasa ceria
dan berfikiran terbuka untuk mengambil keputusan yang baik. Mereka hendaklah
membesarkan bayi itu dengan baik dan memberikan pendidikan yang sepenuhnya
yang mencerahkan hidupnya. Dengan ini, kesilapan mereka akan menjadi betul.
Kesimpulannya, jika Mohd. Zolhalmi dan pasangannya menggunakan
kemahiran yang terdapat dalam Emotional Quotient Inventory, maka sikap mereka
juga boleh dibentuk ke arah yang lebih positif dan dapat membentuk ibubapa yang
berhemah tinggi, bersabar serta bersopan santun.
SOALAN 2
a. Berdasarkan kepada kes di atas, senaraikan JENIS EMOSI yang sedang
dihadapi oleh Amin. (5 Markah)
Sedih
Marah
Kecewa
Benci
Kurang yakin
b. Sebagai seorang yang arif dalam bidang kecerdasan emosi, cadangkan strategi
pengurusan emosi yang sesuai. (15 Markah)
MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI SOSIAL
CADANGAN- CADANGAN STRATEGI
STRATEGI- STRATEGI MENGURUS EMOSI AMIN
KEREDAHAN
BERKEYAKINAAN DIRI
BERFIKIRAN RASIONAL
BERBINCANG DENGAN RAKAN
YOGA ATAU MEDITASI
MENGGUNAKAN TERAPI SEPERTI ZIKIR ATAU MUZIK.
SUBLIMASISESARAN
MENANGGUH KEHENDAK
Dalam situasi yang mencabar ini, Amin haruslah berfikiran rasional. Ianya
adalah satu cara yang agak baik untuk mengecualikan diri Aminah daripada melakukan
kesilapan ataupun terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral seperti mencuri,
merompak dan membunuh untuk mendapatkan wang. Dia harus mencari peluang untuk
meneruskan kehidupannya dengan menceburi bidang lain yang boleh meningkatkan
taraf hidupnya. Sebagai contoh, Amin boleh mendapatkan bantuan kebajikan daripada
badan-badan kebajikan. Dengan menggunakan wang tersebut, Amin boleh memulakan
perniagaan baru. Manusia yang rajin dan mempunyai daya usaha yang tinggi akan
berjaya dalam hidupnya. Amin seharusnya tidak putus asa walaupun menghadapi
banyak kegagalan dalam kehidupannya. Usaha adalah tangga kejayaan. Oleh itu,ia
akan membantu Amin berjaya dalam bidang perniagaannya.
Amin juga hendaklah mencari keredahan ataupun ketenangan melalui
pelajaran ugama atau kaedah spiritual untuk mengatasi perasaan kecewa atau
perasaan kegagalan dalam hidupanya. Seseorang yang sering menghadapi konflik
seperti Amin hendaklah menjadi lebih bertakwa alim dan cuba cari sokongan daripada
sembahyang dan aktiviti ugama seperti selalu pergi ke Masjid ataupun surau. Bacaan
ayat-ayat suci dan doa boleh membantu Amin melihat sesuatu masalah itu dengan
lebih jelas Ia akan memberikan keredahaan yang diiingini kepada Amin untuk
menghadapi tekanan emosi semasa berada dalam keadaan yang sebegitu.
Seterusnya, Amin boleh mencuba cara sublimasi dimana Amin boleh
meluahkan isi hati iaitu emosi atau rasa kecewanya ataupun keadaan tertekan dalam
bentuk tulisan seperti karya dan bentuk tulisan yang lain. Ini merupakan satu cara
sublimasi untuk menangani masalah seperi masalah pengurusan emosi. Amin boleh
mengatasi emosinya melalui cara sesaran dimana cara ini pula adalah cara lain untuk
melaraskan ancaman kepada emosi. Amin boleh mengalih perasaan tidak puas hati
terhadap orang lain seperti pada objek-objek lain. Sebagai contoh, mengoyak kertas
lama sebanyak mungkin ataupun sepuas hati. Amin juga boleh bermain apa jenis
permainanpun sebagai cara untuk menghilangkan stressnya.
Amin boleh berbincang masalahnya dengan kawan- kawan yang rapat
dengan dia. Kaedah ini membantu Amin untuk mendapatkan pelbagai nasihat yang
berfaedah daripada kawan-kawannya bagi mengurus emosinya dengan baik. Kawan-
kawan adalah fasa kedua kepada tahap seseorang ibu, maka berkongsi masalah
dengan mereka adalah sama dengan berkongsi masalah dengan ibu-bapa kita. Amin
juga boleh mendapatkan khidmat kaunseling. Khidmat ini membolehkan 79% masalah
yang dihadapi dapat diatasi walau ada apa cara sekalipun.
Amin perlu sentiasa mempunyai keyakinaan diri. Apabila Amin mahu
meningkatkan semangat dirinya untuk terus berjaya, dia harus bandingkan diri dia
dengan orang lain yang lebih hebat, lebih berjaya dan lebih bersemangat daripadanya.
Walau apa jua masalahpun, dia harus berusaha dan tidak harus berputus asa lalu
mengambil keputusan yang salah seperti bunuh diri. Ada juga orang yang berjaya
dalam kehidupan mereka dimana dahulunya berasal daripada keadaaan sama macam
Amin. Perkara sebegini mampu menjadikan semangat Amin terus berjuang sampai ke
akhir jalanya.
Selain daripada itu, Amin boleh menggunakan terapi seperti muzik untuk
mententeramkan dirinya. Lukisan adalah salah satu terapi yang sangat berkesan untuk
meluahkan segala ketakutan, kerunsingan atau isi hati yang terpendam dengan cara
yang sihat. Yoga atau meditasi boleh dipelajari dan diamalkan oleh Amin untuk
mencari ketenangan jiwa sekiranya menghadapi tekanan emosi yang kuat. Perkara-
perkara ini perlulah diajar kepada semua kanak-kanak oleh ibu-bapa supaya anak-anak
dapat mempelajari cara untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka
seperti keadaan Amin.
Akhirnya, Amin hendaklah melibatkan dirinya dalam kegiatan sosial seperti
aktiviti gotong- royong, beriadah ataupun aktiviti rekreasi. Selain menenangkan dan
meredahkan pemikiran Amin, aktiviti-aktiviti ini akan merapatkan ahli masyarakat
kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat.
Rasa kekitaan, rasa prihatin, dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan
membantu hasrat Perdana Menteri kita untuk melahirkan masyarakat yang bersatu
padu dimana diutarakan dalam Tema kemerdekaan kali ini, iaitu Satu Malaysia, Rakyat
didahulukan Pencapaian diutamakan. Oleh itu, kegiatan sosial seperti ini akan
memberikan satu semangat kepada Amin untuk meneruskan kehidupannya dengan
melakukan pelbagai aktiviti demi kesejahteraan hidupnya.
PENUTUP
Saya berharap kerja kursus ini mengandungi semua maklumat yang lengkap
tentang emosi seperti yang tertera dalam kertas soalan. Melalui kerja kurus ini, guru-
guru pelatih dapat mempelajari menangani emosi dengan cara yang betul. Mereka juga
akan lebih matang dan pandai mengurus emosi dalam menyiapkan tugasan masing-
masing pada masa hadapan.
Berikut merupakan strategi yang harus digunakan dalam mengurus emosi seperti
sublimasi, mengangkuk kehendak, sesaran, yoga atau meditasi, terapi muzik, rasional,
keredahan, rekreasi dan sebagainya. Ini akan menjadi penyelesaian yang paling baik
kepada sesiapa yang mempunyai gangguan emosi yang tinggi .
Setakat itu sahaja kerja kursus saya untuk subjek Kompetansi Kecerdasan Emosi.
Saya berharap para pensyarah yang menanda kerja kursus ini berpuas hati dengan
tugasan saya.
Sekian, Terima Kasih.
RUJUKAN
A.J.Michael,2006, Kompentensi Kecerdasan Emosi, Selangor Darul Ihsan, Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.
Mohd Azhar Abd Hamid, 2004, EQ Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi,
Pahang Darul Makmur, PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
INTERNET
http://www.eiconsortium.org/pdf/baron_model_of_emotional_social_intelligence.pdf
http://www.reuvenbaron.org/bar-on-model/
top related