tugasan jurnal
Post on 02-Jul-2015
509 Views
Preview:
TRANSCRIPT
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
PENGENALAN
Model ASSURE adalah salah satu reka bentuk pengajaran berorentasikan bilik darjah.Ia sebuah
model untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang
memerlukan media supaya pembelajaran berkesan kepada pelajar.Model ASSURE ini digubal
oleh Heinich(1982).
Model ASSURE.
Dalam model ASSURE terdapat 6 langkah utama reka bentuk pengajaran iaitu A-Analyse
learner(menganalisa pelajar),S-state objectives)menyatakan objektif) S-Select methods,media
and materials(menilih kaedah,media dan nbahan) U-utiliti media and materials(menggunakan
media dan bahan),R- require learner paticipation(memerlukan pemglibatan pelajar),E- Evaluater
and revise(melakukan penilaian dan pengubahan suaian)
A-Analyse learner(Menganalisa pelajar)
Menganalaiosa pelajar
Dalam bidang pendidikan, guru-guru menggunakan penilaian yang lebih menjurus kepada
keperluan untuk memperbaiki pebfajaran dan pembelajaran. Keprihatinan masyarakat terhadap
akauntabiliti guru-guru memberikan pengajaran yang berkesan dan membantu pembelajaran
pelajar, menyebabkan penilaian berasaskan rujukan kriteria digunakan secara meluas di sekolah.
Gay (1985), berpendapat penilaian adalah satu proses yang sistematik dalam
pengumpulan dan analisis data untuk menentukan sama ada sesuatu objektif itu telah tercapai
yang membolehkan sesuatu pertimbangan atau keputusan dibuat.
Manakala Gronlund daqn Linn (2000), mendifinisikan penilaian sebagai satu proses
yang sistematik mengumpul, menganalisis dan mentafsir maklumat untuk menentukan sejauh
manakah pelajar-pelajar telah mencapai objektif pelajaran yang telah ditetapkan.
Ee Ah Meng (1993), menyatakan pentaksiran atau pengukuran adalah satu proses yang
menentukan kuantiti atau takat pembelajaran dan keberkesanan pengajaran guru. Alat-alat
pentaksiran yang boleh digunakan guru adalah seperti ujian, soal selidik, senarai semak,
inventori atau sesuatu sekala. Pentaksiran pula terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak
termasuk kualitatif atau membuat keputusan.
1
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
Popham (2002), menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran
digunakan secara silih berganti dan dianggap sinonim.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran merupakan proses yang
melibatkan pengumpulan data-data kuantitatif mengenai pembelajaran atau perubahan perlakuan
pelajar akibat daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai kuantitatif ini melambangkan
tahap atau kedudukan pencapaian pelajar dalamsesuatu aspek yang dinilai. Pentaksiran boleh
dilaksanakan melalui pelbagai kaedah seperti ujian, pemerhatian, temubual, projek, portfolio
dan sebagainya.
Pentaksiran yang dijalankan boleh dilihat dari aspek pengajaran dan pentadbiran. Dalam
aspek pengajaran fungsi-fungsi pentaksiran adalah seperti berikut :
mengesan hasil-hasil pembelajaran,
mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi,
mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain dan
mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.
Dari aspek pentadbiran pula, fungsi-fungsi pentaksiran adalah seperti berikut :
mendapatkan maklumat untuk pengaliran dan pengumpulan,
mendapatkan maklumat untuk bimbingan,
mendapatkan maklumat tentang kecekapan guru dan
mendapatkan maklumat untuk rekod prestasi dan rekod profil yang kemudiannya
dibekalkan sebagai maklum balas kepada murid dan ibu bapa.
Penksiran adalah sebahagian daripada satu proses yang besar seperti yang dapat dilihat
dalam rajah di bawah. Melalui kefahaman terhadap konsep pentaksiran yang betul maka para
pendidik akan dapat menyediakan alat-alat pentaksiran yang bersesuian dengan keperluan murid-
muridnya agar pentaksiran yang dibuat itu adalah sah terutama sekali jika murid-murid guru
tersebut adalah berkeperluan khas.
2
Penilaian
Pentaksiran
Pengujian
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
Perhubungan di antara penilaian, pentaksiran dan pengujian
2.0 ARTIKEL 1
2.1 Penulis
Artikel ini ditulis oleh Anibal Gutierrez Jr., Melissa N. Hale dari Universiti Miami danVictoria
Sobrino-Sanchaz dari University Nova Southeastern.
2.2 Isikandungan Artikel
Tajuk artikel ini ialah “Evaluating The Social Behaviour Of Preschool Children With
Autism In An Inclusive Playground Setting”. Artikel ini menyatakan meletakkan kanak-kanak
autistik di kalangan rakan sebaya yang tidak bermasalah secara inklusif adalah satu kebiasaan
dilakukan di sekolah untuk memberi peluang mereka menimba pengalaman bersosial. Namun ,
didapati tidak banyak kajian yang dilakukan terhadap interaksi semulajadi yang berlaku di antara
kanak-kanak autistik dengan rakan sebaya mereka apabila ditempatkan dalam satu keadaan
tertentu. Kajian ini ingin mengupas sama ada kaedah inklusif ini benar-benar dapat membantu
kanak-kanak autistik meningkatkan kemahiran sosial mereka.
3
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
2.3 Teori Yang Digunapakai
Pengkaji menyatakan bahawa kaedah inklusif dapat meningkatkan kemahiran sosial
kanak-kanak autistik. Penyataan tersebut adalah berdasarkan kepada teori-teori yang
dikemukakan oleh Boutot & Bryant (2005) iaitu, kaedah inklusif ini mempunyai pelbagai
matlamat tetapi lebih berfokus kepada peningkatan pengalaman bersosial. Kanak-kanak autistik
didapati tidak berkeupayaan memulakan dan mengekalkan perhubungan persahabatan yang
bermakna. Melalui kaedah inklusif ini adalah diharapkan mereka dapat meningkatkan kemahiran
sosial. Akhirnya mereka akan dapat berinteraksi dengan rakan sebaya dan seterusnya membina
persahabatan. Menurut Koegel, Frea & Freeden (2001) kaedah inklusif semakin digemari dan
banyak digunakan sejak beberapa dekad kebelakangan ini. Harrower & Dunlap (2001)
menyatakan kanak-kanak autistik akan mendapat manfaat daripada kaedah inklusif yang
disertakan dengan arahan sistematik dan intervensi tertentu yang dapat meningkatkan kemahiran
sosial dan menambahkan pengalaman sosial mereka.
2.4 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai tingkahlaku sosial kanak-kanak autuistik
yang diletakkan secara inklusif di dalam sesuatu situasi. Tingkahlaku yang ingin dilihat ialah
sama ada berlaku peningkatan kemahiran sosial atau sebaliknya di kalangan kanak-kanak
tersebut, setelah ditempatkan dengan rakan sebaya yang normal di dalam situasi tertentu.
2.5 Lokasi Kajian
Kajian ini telah dijalankan di dua buah kelas prasekolah yang berbeza yang terletak di
dua buah sekolah yang berdekatan di Amerika Syarikat (USA). Lokasi kajian ini ialah di taman
permainan atau “playground” yang dikongsi bersama kedua-dua buah sekolah tersebut.
2.6 Sampel Kajian
Sampel kajian ialah tiga orang murid prasekolah iaitu, Peter seorang murid lelaki
berumur 5 tahun, Harry seorang murid lelaki berumur 4 tahun dan Teresa, seorang murid
4
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
perempuan berumur 5 tahun. Harry dan Peter mempunyai tingkahlaku yang sama dan
menggunakan satu perkataan sahaja untuk berkomunikasi dengan orang lain pada satu-satu masa.
Manakala Teresa pula jarang bercakap dan apabila berkomunikasi ia hanya menggunkan frasa
yang mengandungi tiga perkataan. Harry dan Teresa belajar di dalam kelas yang sama dan Peter
pula belajar di kelas lain.
2.7 Kaedah Kajian
Kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah secara pemerhatian.
Tempoh setiap pemerhatian ialah selama 10 minit dan sebanyak 10 kali pemerhatian tingkah
laku sampel telah dilakukan. Manakala alatan yang digunakan pula adalah jam randik dan borang
pemerhatian. Tiga murid yang dipilh tadi dibiar bergaul dengan murid-murid lain yang normal
tanpa gangguan atau bantuan daripada guru atau pembantu murid. Tingkahlaku yang
diperhatikan terbahagi kepada empat, iaitu :
interaksi sosial yang dimulakan oleh sampel dengan rakan sebaya yang tidak
bermasalah
interaksi sosial yang dimulakan rakan sebaya yang tidak bermasalah dengan sampel
interaksi sosial yang dimulakan oleh guru atau pembantu murid dan
interaksi sampel dengan alat permainan di taman permainan tersebut.
2.8 Perkara Yang Ingin Diuar-uarkan Oleh Penulis
Kaedah inklusif adalah merupakan satu cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan
kemahiran sosial kanak-kanak autistik. Pentaksiran melalui pemerhatian akan dapat memberikan
gambaran yang lebih jelas sama ada kaedah ini memberi kesan positif terhadap tingkahlaku
murid.
2.9 Dapatan Kajian
Hasil kajian mendapati bahawa perubahan tingkahlaku sosial yang dikehendaki berlaku
secara minima. Murid-murid autistik didapati tidak banyak melakukan percubaan untuk
memulakan interaksi. Manakala murid-murid normal pula ada yang mencuba untuk berinteraksi
5
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
tetapi jumlahnya sangat sedikit. Murid-murid autistik ini lebih banyak menghabiskan masa
berinteraksi dengan alatan permainan di taman permainan.
2.10 Mengaplikasi Dapatan Kajian Di Malaysia
Kajian ini didapati sesuai untuk dijalankan di Malaysia kerana mempunyai persamaan yang
ketara dari segi keadaan dan suasana kajian. Situasi seperti kelas prasekolah pendidikan khas
juga terdapat di Malaysia. Kebiasannya kelas-kelas prasekolah pendidikan khas ini terletak
berdeekatan dengan kelas prasekolah murid-murid normal. Kaedah pemerhatian yang digunakan
mudah dan peralatannya ringkas serta mudah didapati di negara ini. Manakala sampel-sampel
iaitu murid-murid autistik juga terdapat di Malaysia.
3.0 ARTIKEL 2
3.1 Penulis
Artikel ini hasilkan oleh Genevieve Manset-Williamson, Micheal Dunn dari Indiana
University, Rebecca Hinshaw dari Indiana State University dan Jason M. Nelson dari University
of Montana.
3.2 Isikandungan Artikel
Tajuk artikel ini ialah “The Impact Of Self-Questioning Strategy Use On The Text-
Reader Assisted Comprehension Of Students With Reading Disabilities”. Artikel ini dihasilkan
untuk mengenal pasti kesan penggunaan kaedah penyoalan kendiri yang dijalankan
menggunakan perisian “Kurzwell 3000 text-reader” terhadap murid-murid yang menghadapi
masalah membaca. Sejak tahun tujuh puluhan kanak-kanak bermasalah membaca diajar dengan
cara guru membaca sesuatu teks yang hendak dipelajari oleh kanak-kanak tersebut. Sejak
kebelakangan ini penggunaan pita rakaman mula disebarluaskan dan seterusnya penggunaaan
perisian text-reader yang boleh diakses dengan menggunakan komputer. Namun penggunaan
6
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
perisian sedemikian tidak memberi jamin kepada meningkatkan kefahaman terhadap teks yang
dibaca kepada pelajar.
3.3 Teori Yang Digunapakai
Menurut Higgins & Raskin (2005) dan Montali & Lewandownski (1996), seperti yang
yang terdapat dalam artikel, penggunaa perisian text-reader memberi lebih kawalan kepada
pembaca. Murid boleh mengesan perkataan dan frasa dengan cara “highlighting” perkataan atau
teks yang hendak dibaca. Manakala pelajar dapat mengawal kelajuannya mengikut kemampuan
dan keinginan mereka. Menurut Hecker, Burns, Ekind & Katz (2002) kaedah ini membolehkan
murid memberi fokus yang lebih lama kepada apa yang dibaca dan seterunya membantu mereka
membaca dengan lebih pantas serta seterusnya menyumbang kepada kebolehan untuk memahami
dan melengkapkan tugasan.
Menurut Scruggs & Mastropieri(1998) kaedah penyoalan kendiri adalah sangat berkesan
bagi membantu murid yang menghadapi masalah membaca. Kaedah ini menggalakkan murid
berfikir tentang apa yang mereka baca.
Kaedah ini menjana kebolehan metakognitif dan juga kognitif murid. Soalan-soalan yang
ditimbulkan akan cuba dijawab manakala jawapan-jawapan yang terhasil itu sekiranya betul,
bermakna mereka memahami apa yang telah dibaca.
3.4 Objektif Kajian
Murid-murid bermasalah dalam pembacaan dikesan mengalami masalah mengenal
perkataan, kurang kelancaran dan kefahaman membaca. Untuk tujuan itu perisian text-reader ini
berpotensi untuk membantu mereka memahami apa yang dibaca. Berdasarkan pernyataan
tersebut terdapat dua objektif utama kajian ini dijalankan, iaitu ;
untuk mengenalpasti tahap kefahaman membaca dengan penggunaan perisian text-
reader, sama ada rendah atau pun pada tahap yang sepatutnya.
adakah mutu perisian text-reader dipertingkatkan jika murid bermasalah membaca
diajar menggunakan prompt atau kaedah penyoalan kendiri.
3.5 Lokasi Kajian
7
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
Kajian ini telah dijalankan di Amerika Syarikat (USA). Murid-murid yang terbabit
dipilih daripada sekolah-sekolah swasta dan awam. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam
sebuah klinik membaca musim panas.
3.6 Sampel Kajian
Sampel kajian adalah terdiri daripada enam orang murid lelaki berkulit putih yang
berasal dari latar belakang keluarga berpendapatan rendah sehingga keluarga golongan
pertengahan. Kebolehan membaca setiap sampel adalah sederhana berdasarkan ujian RIST
(Reynolds Intellectual Screening Test).
3.7 Kaedah Kajian
Murid-murid yang terpilih akan mengikuti klinik membaca musim panas selama 6
minggu berturut-turut. Sebanyak 6 sesi aktiviti pembacaan dijalankan. Pada setiap sesi murid
dikehendaki membaca teks yang telah dipilh dengan menggunakan perisian Kurzweil3000.
Setelah selesai, dua kaedah pentaksiran digunakan untuk mengenal pasti sama ada mereka
memahami apa yang telah mereka baca. Kaedah pertama ialah menjawab tujuh soalan aneka
pilihan dan kemudian, menceritakan semula isi-isi penting dalam teks yang telah dibaca. Analisis
data dijalankan menggunakan kaeadah group repeted-measure dan multiple-baseline.
3.8 Perkara Yang Ingin Diuar-uarkan Oleh Penulis
Kaedah membaca menggunakan perisian text-reader dan diikuti kaedah penyoalan
kendiri merupakan dua cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan potensi dan kemahiran
membaca di kalangan murid-murid bermasalah membaca. Pentaksiran melalui menjawab soalan
aneka pilihan dan menceritakan semula isi-isi penting dapat memberi gambaran jelas sama ada
8
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
kaedah tersebut boleh memberi kesan positif terhadap tahap kebolehan membaca di kalangan
murid-murid.
3.9 Dapatan Kajian
Kajian mendapati bahawa penggunaan perisian text-reader memberikan sedikit manfaat
terhadap murid. Juga didapati perisian tersebut masih gagal untuk mengatasi masalah pembacaan
murid. Penggunaan perisian beserta strategi penyoalan kendiri juga tidak menunjukkan hasil
yang baik kerana ia tidak banyak membantu murid bercerita semula isi-isi penting yang telah
dikenal pasti sebagai tanda mereka memahami teks tersebut. Ini menjelaskan bahawa
penggunaan teknologi untuk meningkatkan kebolehan murid mengakses teks yang hendak dibaca
lebih mudah ,tetapi ianya tidak menjamin murid akan dapat memahami apa yang telah mereka
baca. Dapatan kajian ini juga menyatakan bahawa penggunaan perisian tersebut berpotensi untuk
memberi peluang murid terlibat dalam aktiviti pembelajaran dan pentaksiran yang lebih
bermakna dan mempunyai tahap pengesahan yang tinggi.
3.10 Mengaplikasi Hasil Kajian Di Malaysia
Berdasarkan dapatan kajian, adalah didapati bahawa kaedah ini kurang sesuai dijalankan
di Malaysia disebabkan pelbagai kekangan. Antaranya ialah untuk mendapatkan perisian tersebut
mungkin melibatkan kos yang tinggi dan ketiadaan pakar di kalangan orang tempatan.
Kemudahan frasarana seperti makmal komputer juga tidak lengkap dan tidak mencukupi
terutama bagi kelas-kelas pendidikan khas. Selain itu masalah pengurusan murid terutama murid
berkeperluan khas, kerana program ini akan dijalankan di luar waktu persekolahan. Satu kajian
yang terperinci perlulah dijalankan oleh mereka yang pakar sekiranya kaedah ini ingin
dilaksanakan di Malaysia. Kajian perlulah berdasarkan situasi tempatan supaya tidak timbul
pelbagai masalah dan pembaziran.
9
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
4.0 ARTIKEL 3
4.1 Penulis
Artikel ini ditulis oleh Mercedes Falk dan T. F. McLaughlin dari Gaonzaga University dan
Margaret Band dari Spokane School District # 81.
4.2 Isikandungan Artikel
Tajuk artikel ini ialah “The Effects Of Reading Racetracks And Flashcards On Sight
Word Vocabulary of Three Third Grade Students With A Specific Learning Disabilities : A
Further Replication And Analysis”. Artikel ini adalah tentang dua kaedah yang digunakan
untuk meningkatkan jumlah perbendaharan kata bagi murid bermasalah pembelajaran. Kaedah
tersebut adalah pengguna “racetracks” dan kad imbasan.
4.3 Teori Yang Digunapakai
Ketidakupayaan membaca akan memberi kesan yang besar kepada murid. Menurut
Slavin (1996) dan Slavin, Madden, Dolan, Wasik & Smith (1994), murid yang pandai/boleh
10
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
membaca mempunyai peluang yang lebih baik untuk mencapai kejayaan di sekolah. Manakala
menurut Howard, Mc Laughin & Vacha (1996), murid yang lemah atau tidak berkeupayaan
membaca akan lebih berisiko untuk berhenti sekolah lebih awal. Berdasarkan pendapat ini, maka
Rinaldi & McLaughin (1996) memperkenalkan kaedah “racetracks” dan kad imbasan untuk
meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata murid.
4.4 Objektif Kajian
Kajian ini adalah merupakan satu replikasi kepada kajian yang telah dijalankan oleh
Rinaldi dan MacLaughin. Objektif utama kajian ini adalah untuk memastikan bahawa
penggunaan kedua-dua kaedah yang disebut dapat meningkatkan tahap betul dan mengurangkan
tahap kesalahan terhadap perkataan yang disebut secara berasingan atau dengan penggunaan kad
imbas. Objektif kedua kajian ini pula ialah untuk melihat sama ada penggunaan kaedah
berkenaan secara kerap akan dapat meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata murid yang
mengalami masalah dalam pembelajaran
4.5 Lokasi Kajian
Kajian ini telah dijalankan di Pacific Northwest Amerika Syarikat (USA). Murid-murid
yang terlibat dalam kajian ini dipilih daripada sebuah sekolah elementary. Sekolah ini terletak di
kawasan golongan berpendapatan rendah di mana lebih daripada 70 peratus murid sekolah
tersebut mendapat bantuan makanan tambahan. Kajian dijalankan di bilik sumber pendidikan
khas sekolah tersebut.
4.6 Sampel Kajian
Sampel kajian adalaah terdiri daripada tiga orang murid lelaki berumur sembilan tahun
yang mengalami masalah pembelajaran. Mereka ialah Taylor, Bobby dan Daniel. Tahap
kemampuan membaca di kalangan mereka adalah di bawah gred yang sepatutnya.
4.7 Kaedah Kajian
Ketiga-tiga murid tadi dikehendaki membaca perkataan menggunakan kad imbasan.
Sebutan yang betul dan salah dicatat. Seterusnya mereka akan membaca dengan menggunakan
kaedah “racetracks”. Analisis data dibuat menggunakan kaedah ABAB.
11
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
4.8 Perkara Yang Ingin Diuar-uarkan Oleh Penulis
Membaca menggunakan kaedah “racetracks” dan kad imbasan boleh mempertingkatkan
penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid bermasalah pembelajaran..
4.9 Dapatan Kajian
Kajian mendapati penggunaan kedua-dua kaedah tersebut memberikan hasil yang
memberangsangkan. Contohnya, Taylor telah berjaya meningkatkan penguasaan perbendaharaan
kata daripada 8 perkataan kepada 44 perkataan seminit. Manakala kadar kesalahan daripada 16
kesalahan kepada tiada kesalahan yang dilakukan dalam tempoh yang sama.
4.10 Mengaplikasi Hasil Kajian Di Malaysia
Kajian ini sangat sesuai dijalankan di Malaysia kerana mudah untuk diadaptasikan
mengikut keadaan setempat. Ia merupakan satu kaedah yang mudah dan ringkas untuk
dilaksanakan. Melalui kaedah ini, ia akan meningkatkan penguasaan perbendaharan kata dan
seterusnya meningkatkan keupayaan murid-murid membaca. Memiliki keupayaan membaca
akan menjamin kejayaan murid dalam pembelajaran. Ini amat bermakna terutamanya bagi
murid-murid dan guru-guru pendidikan khas.
12
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
5.0 TEORI PENTAKSIRAN
5.1 Pentaksiran Kemahiran Persepsi-Motor
Menurut Hazina Zakaria (2007) kemahiran persepsi motor adalah cantuman dua proses
utama iaitu kemahiran kognitif dan fizikal. Kegagalan dalam menguasai kemahiran persepsi
motor di kalangan pelajar akan mengakibatkan pergerakan anggota badan mereka terhad.
Contohnya jika masalah melibatkan otot-otot anggota pertuturan maka ia akan memberi kesan
kepada pertuturan. Akibatnya, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, pelajar
tidak berupaya menjawab sosalan-soalan yang dikemukan oleh guru. Guru juga gagal mengesan
masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar.
Kemahiran motor merangkumi motor kasar dan motor halus. Kemahiran motor kasar
ialah keupayaan melakukan aktiviti fizikal seperti berlari, melompat, berenang yang
menggunakan otot-otot besar. Manakala kemahiran motor halus pula ialah keupayaan melakukan
aktiviti fizikal yang lebih susah seperti menyebut perkataan, menjahit dan memakai baju.
Kesemua aktiviti berikut menggunakan otot-otot halus seperti tangan, kaki, lidah, dan bibir.
Tujuan pentaksiran persepsi motor ini ialah untuk menyediakan program pembelajaran
yang sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Ini adalah bagi memastikan mereka
13
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
tidak menghadapi masalah semasa sesi pembelajaran. Pelajar-pelajar yang mengalami masalah
persepsi motor ini biasanya tidak gemar melakukan aktiviti menulis dan melukis. Justeru itu
mereka sering dilabelkan sebagai pemalas atau lembam. Melalui pentaksiaran yang dibuat maka
bantuan dari pakar jiwa akan dapat dilakukan dan mengelakkan mereka tidak dapat berperanan
dalam pergaulan dan bermasalah dalam perkembangan emosi.
Bender Visual Motor Gestalt Test (BMVGT) dan Bruininks-Oseretsky Test of Motor
Profieciency (BOTMP) adalah dua alat ujian yang boleh digunapakai dalam membuat
pentaksiran kemahiran persepsi-motor. BMVGT digunakan untuk mengesan masalah gangguan
emosi dan membezakan kanak-kanak yang terencat akal dengan yang tidak. Kanak-kanak ini
akan diminta untuk menyalin 9 bentuk geometri (Rajah 1) di atas kertas dan setiap kesilapaan
yang dilakukan akan dicatat. Terdapat empat kesilapan yang dikenalpati, iaitu ;
distortion of shape (bentuk yang berubah keadaan), iaitu menyalin bentuk yang sama
tetapi pada kedudukan berbeza,
perseveration (tekun), iaitu terus menyalin tanpa menikut arahan,
integration, iaitu kegagalan menyusun semula bentuk yang ditunjukkan dan
rotation (putaran), iaitu merubah kedudukan bentuk yang disalin lebih daripada 45”.
Rajah 1 Bentuk geometriSumber : HBSE3103 Pengukuran dan Penilaian Pendidikan Khas
Semua kesilapan yang dibuat akan dijumlahkan. Semakin tinggi skor yang diperolehi maka
semakin menurun prestasi kanak-kanak yang diuji. BOTMP pula menguji keupayaan persepsi
motor secara umum. Ujian ini terbahagi kepada 8, iaitu ;
kebolehan berlari,
kebolehan mengekalkan imbangan badan,
kebolehan mengkoordinasi dua pergerakan secara serentak,
14
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
kebolehan menilai kekuatan pergerakan,
kebolehan membuat koordinasi,
kebolehan mengawal kelajuan pergerakan fizikal anggota atas,
kecepatan bertindak balas dan
kebolehan mengawal motor visual.
5.2 Pentaksiran Perwatakan
Perwatakan adalah corak keseluruhan individu yang merangkumi cara berfikir, berasa,
tingkahlaku dan cara berhubung dengan persekitarannya. Faktor baka dan persekitaran akan
mempengaruhi pembentukan watak seseorang. Baka diwarisi daripada kedua ibu bapa seperti
saiz badan, kecerdasan, genetik dan tempremen. Sebagai contoh, saiz badan seseorang yang
terlalu gemuk atau terlalu kurus akan menimbulkan rasa rendah diri. Persekitaran pula merujuk
kepada keadaan di sekeliling seperti ekonomi, kekeluargaan, sekolah, budaya, rakan sebaya dan
masyarakat.
Menurut Hazina Zakaria (2007) terdapat lima kategori pentaksiaran perwatakan, iaitu
sikap, perwatakan umum dan perkembangan emosi, minat dan keutamaan, trait ringkahlaku dan
konsep kendiri. Tujuan pentaksiaran perwatakan ini adalah untuk mengenal pasti perwatakan
pelajar bagi memudahkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian serta
dapat merancang langkah-langkah untuk mmpertingkatkan tingkah laku positif.
Menurut Walker (1973) terdapat lima teknik untuk melaksanakan pentaksiaran perwatakan.
Teknik-teknik tersebut adalah seperti berikut :
Projektif
15
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
Menggalakkan pelajar melahirkan perasaan, dan pendapat dengan cara meminta mereka
menerangkan maksud sesuatu lukisan, hubung kait perkataan dan memilih gambar yang
bersesuaian dengan moodnya.
Skala kadar
Memerlukan ibu bapa, guru atau akan sebaya yang terdapat dalam persekitaran pelajar
bertindak sehingga dapat mempengaruhi tingkah lakunya. Senarai semak digunakan
untuk mencatat kekerapan tingkah laku yang diingini.
Laporan kendiri
Teknik yang biasa digunakan pada orang dewasa adalah mereka diminta mempamerkan
tingkah laku tertentu untuk menjelaskan apa yang dirasa. Jika teknik ini digunakan pada
kanak-kanak pula, maka simbol gembira dan sedih (Rajah 2) akan digunakan.
Rajah 2 Simbol gembira dan sedihSumber : HBSE3103 Pengukuran dan Penilaian Pendidikan Khas
Pengukuran Situasi
Pengukuran dijalankan untuk melihat sejauh mana seseorang itu diterima di dalam
kelompoknya. Sebagai contoh, seorang murid yang tidak suka kemas diri di dapati tidak
popular di kalangan rakannya.
Prosedur Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan secara langsung di dalam situasi sebenar. Sebagai contoh, seorang
pelajar mudah marah jika diganggu dan bukan kerana dia sengaja melakukannya.
16
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
6.0 FAKTOR YANG DIAMBIL KIRA SEMASA MENTADBIR
UJIAN KECERDASAN
Menurut Abdullah Yusuf, Safani Bari & Mohd Mokhtar Tahar (2006) kecerdasan ialah
kebolehan mental untuk menaakul, menyelesaikan masalah, memahami idea yang kompleks,
berfikir secara abstrak, belajar dengan cepat dan belajar daripada pengalaman. Kecerdasan boleh
diukur dengan menggunakan ujian kecerdasan yang dipanggil “intelligent quotient” atau IQ.
Empat faktor perlu diambil kira semasa mentadbir ujian kecerdasan. Faktor-faktor tersebut
adalah seperti berikut :
6.1 Umur
Semasa menyediakan soalan faktor umur diambil kira kerana ia berkait rapat dengan
domain kognitif pelajar. Menurut Bloom (1956) domain ini terbahagi kepada enam peringkat
iaitu : pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Jika ujian kecerdasan
ini dibina bagi menguji pelajar tahap 1 yang berumur antara tujuh hingga sembilan tahun, maka
17
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
jenis-jenis soalan yang sesuai ialah di tahap pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Aras soalan
di tahap pengetahuan termasuklah mendefinisi, menamakan, menyenaraikan dan mengenal pasti.
Bagi aras soalan di tahap kefahaman pula ialah seperti menyatakan semula, mengenal, melapor,
menerang dan mengulas. Di peringkat aplikasi pula melibatkan aras soalan seperti menyusun,
mengguna, menunjukkan, mengira, mempraktik dan menterjemah. Jika aras soalan berkemahiran
yang lebih tinggi digunakan seperti analisis, sintesis dan penilaian maka objektif ujian
kecerdasan tersebut tidak tercapai kerana tidak menguji tahap sebenar pelajar.
6.2 Jantina
Soalan-soalan yang dibina tidak boleh “gender bias” sama ada memihak lebih kepada
pihak lelaki atau pun perempuan. Soalan yang memberi kelebihan kepada sesuatu gender sahaja
tidak dapat mengukur tahap kecerdasan sebenar pelajar. Menurut Davis & Rim (1989) dalam
penaksiran matematik pelajar perempuan mendapat skor lebih rendah berbanding pelajar lelaki.
Pencapaian sebenar pelajar perempuan yang berbakat akan bermula semasa remaja dan ke atas.
Biasanya guru akan mengenal pasti pelajar-pelajar perempuan yang mempunyai kelebihan dari
segi bakat dan kemampuan, tetapi tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan untuk mengikut
program pendidikan yang khusus. Pelajar lelaki dan perempuan mempunyai tahap perkembangan
yang berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu guru perlu peka terhadap pebezaan
perkembangan ini supaya ujian kecerdasan yang akan dijalankan nanti benar-benar menguji
tahap kecerdasan pelajar secara adil dan saksama.
6.3 Kawasan Geografi
Faktor geografi seperti kawasan bandar atau luar bandar perlu diambil kira dan
dipertimbangkan dalam pembinaan soalan ujian kecerdasan. Menurut Davis & Rim (1989)
18
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
biasanya alat yang digunakan untuk pentaksiran dan syarat-syaratnya lebih mengutamakan
kepada sosio-budaya dan keupayaan untuk membuat ujian terhadap populasi normal tanpa
melibatkan golongan minoriti. Pelajar-pelajar luar bandar atau kawasan pedalaman adalah
golongan minoriti yang berlainan dari segi sosio-budaya dan bahasa mereka. Tahap kecerdasan
kumpulan ini tidak akan dapat dinilai dengan berkesan jika guru tidak peka akan kekurangan
ini.
6.4 Status Sosioekonomi Keluarga
Faktor ini berhubung rapat dengan tahap kemampuan sesebuah keluarga. Pelajar yang
berasal daripada sebuah keluarga yang berpendapatan sederhana atau tinggi berpeluang
mendapat pelbagai bantuan dan sokongan dari segi kewangan untuk meningkatkan kemampuan
akademik mereka. Oleh itu mereka akan lebih berjaya menjawab soalan ujian kecerdasan dan ini
sudah pastinya akan meletakkan tahap kecerdasan mereka di tahap yang lebih tinggi berbanding
pelajar-pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah.
7.0 TUJUAN MENJALANKAN UJIAN KECERDASAN
Menurut Abdul Hadi Mohamad & Hazina Zakaria (2007) terdapat empat tujuan melaksanakan
ujian kecerdasan. Antara tujuan-tujuan tersebut adalah seperti berikut :
7.1 Mengenal Pasti Perbezaan Seseorang Kanak-Kanak Dengan Yang Lain
Di dalam sebuah kelas terdapat pelbagai jenis kanak-kanak. Kepelbagaian ini mencakupi
pelbagai aspek dan amat sukar untuk dibezakan antara satu sama lain. Sebuah kelas yang
kondusif perlu mengambil kira perbezaan yang wujud di kalangan pelajar dan semua pelajar
tidak sama pencapaiannya. Kaedah dan pendekatan yang berbeza-beza perlu digunakan bagi
setiap pelajar yang telah dikenal pasti. Ujian kecerdasan Stanford-Binet dan Skala Weschler
selalunya digunakan untuk mengenal pasti perbezaan murid-murid. Berdasarkan Ujian Stanford-
Binet (Rajah 3) pelajar yang mendapat skor 65 dan ke bawah dikategorikan sebagai terencat
akal manakala yang mendapat skor 65 dan ke atas dikategorikan sebagai normal dan seterusnya
pintar cerdas.
19
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
Rajah 3 Taburan skor ujian kecerdasanSumber : HBSE1103 Pengenalan Pendidikan Khas
7.2 Mengukur Tahap Kecerdasan Seorang Kanak-Kanak
Berdasarkan skor ujian kecerdasan yang diperolehi, tahap kecerdasan seorang kanak-
kanak boleh ditentukan. Persatuan Kerencatan Mental Amerika Syarikat (AAMR) telah
membahagikan kerencatan mental kepada empat kategori, iaitu kerencatan mental ringan,
kerencatan mental sederhana, kerencatan mental teruk dan kerencatan mental sangat teruk
berdasarkan skor IQ (Rajah 4). Maklumat tahap kecerdasan ini dapat mengelakkan pelajar dari
diberikan tekanan yang tidak sepatutnya kerana guru akan bertindak dan mengajar mengikut
kemampuan pelajar.
Tahap kerencatan mental Ukuran Kecerdasan Mental (IQ)
Ringan 50-70
Sederhana 35-49
Teruk 20-34
Sangat Teruk Bawah 20
Rajah 4 Tahap kerencatan mental berdasarkan skor IQ
20
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
Sumber : HBSE1103 Pengenalan Pendidikan Khas
7.3 Menempatkan Kanak-Kanak Dalam Kumpulan/Tahap/ Kelas Tertentu
Setelah tahap kecerdasan pelajar dikenalpasti maka guru perlulah mengasingkan pelajar
mengikut tahap kemampuan masing-masing. Pelajar-pelajar boleh diasingkan dengan pelbagai
cara seperti dikelompokkan dalam kumpulan tahap pencapaian yang sama atau diasingkan
mengikut kelas. Pengasingan ini perlu dilakaukan agar guru dapat memberi fokus kepada
kumpulan pelajar yang telah dikenal pasti. Kaedah dan pendekatan yang bersesuaian dengan
kemampuan dan kehendak kumpulan pelajar tersebut akan disediakan oleh guru. Ini akan dapat
mengurangkan perasaan kecewa di kalangan pelajar kerana guru memahami kekuatan dan
kelemahan mereka. Selain itu juga guru akan dapat menyediakan satu suasana atau persekitaran
pembelajaran yang kondusif yang dapat meningkatkan kemampuan pelajar.
7.4 Sebagai Satu Bentuk Ujian Saringan
Ujian saringan biasanya dilaksanakan pada peringkat awal iaitu sebelum memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak sindrom down dan kurang upaya fizikal
dapat ditentukan dengan memerhatikan ciri-ciri fizikal kanak-kanak berkenaan. Bagi sesetengah
kanak-kanak, agak sukar untuk menentukan masalah yang mereka hadapi. Oleh yang demikian,
ujian penyaringan atau “screening” perlu dilakukan untuk mengenalpasti masalah pelajar. Proses
saringan biasanya melibatkan satu sesi pemeriksaan yang singkat dan mudah dengan melibatkan
bilangan pelajar yang ramai. Tiga bentuk ujian saringan yang sering digunakan di Amerika
Syarikat ialah Behavior Rating Profile (BRP2), Child Behaviour Checklist (CBCL) dan
Behavioural and Emotional Rating Scale (BERS).
a) BRP2 terdiri daripada enam sub ujian yang digunakan untuk mengukur
tingkah laku pelajar di rumah daripada perspektif ibu bapa, guru, rakan
sebaya dan pelajar sendiri.
b) CBCL pula senarai semak yang mengandungi 118 item yang berkaitan
dengan pelbagai jenis masalah tingkah laku sosial.
21
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
c) BERS ialah ujian yang mengandungi 52 item yang menilai lima aspek
kekuatan pelajar iaitu; kekuatan interpersonal, penglibatan keluarga, kekuatan
intrapersonal, kefungsian sekolah dan kekuatan afektif.
Setelah dikenal pasti barulah guru membuat pengubahsuaian pengajaran yang bersesuaian
dengan tahap kemampuan dan keupayaan pelajar tersebut.
8.0 PENUTUP
Pentaksiran merupakan sebahagian daripada penilaian. Ia merupakan proses mengumpulkan
data-data kuantitatif berkaitan pelajar dan proses pengajaran pembelajaran. Data-data ini akan
digunakan untuk membuat keputusan nilai mengenai pelajar dan proses pengajaran
pembelajaran. Pentaksiran bilik darjah perlu dilaksanakan secara berintegrasi dengan proses
pengajaran dan pembelajaran. Maklumat pentaksiran dapat digunakan oleh guru untuk
memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi menjamin pentaksiran bilik darjah dapat
membekalkan maklumat yang berkualiti, ianya perlu dirancang dan dilaksanakan secara
sistematik.
Pentaksiran adalah satu komponen yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran agar guru dapat mengesan tahap kefahaman dan keupayaan pelajar mereka
terhadap ilmu yang telah disampaikan. Pentaksiran bilik darjah digunakan dalam semua fasa
proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan dan kepentingan yang berbeza. Guru perlulah
menjadi seorang pakar dalam membina dan menyediakan alat-alat pentaksiran yang terdiri
daripada pelbagai bentuk dan kaedah. Pemilihan alat pentaksiran yang bersesuaian dan
22
NGAHBAN BIN AHMAD 660911016091001
dijalankan dengan cekap akan menjamin pelajar mendapat penilaian yang tepat dan adil serta
memberikan gambaran yang sebenar tentang tahap kemampuan mereka.
Selain itu pemilihan item ujian yang sesuai sangat perlu bagi memastikan maklumat yang
diperolehi menepati ujian pentaksiran itu dijalankan. Setiap item mempunyai kekuatan dan
kelemahan yang tersendiri. Dalam perancangan pentaksiran, guru perlu menumpukan kepada
aspek kesediaan pembelajaran pelajar dan pencapaian objektif pembelajaran serta kelemahan
pembelajaran pelajar. Maklumat pentaksiran dapat digunakan oleh guru untuk meningkatkan
pembelajaran pelajar dengan menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan serta memperbaiki
proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam perlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah, guru-guru perlu menggunakan pelbagai
jenis ujian berdasarkan tujuan dan kepentingan pentaksiran itu dilaksanakan. Bagi memastikan
pentaksiran itu dapat membekalkan maklumat yang berkualiti bagi membuat sesuatu keputusan
berkaitan pelajar dan proses pengajaran pembelajaran, guru-guru perlu merancang pentaksiran
itu dengan teliti. Guru-guru juga pelru melaksanakan tanggungjawab profesionalnya secara
beretika dalam proses perlaksanaan pentaksiran dan menggunakan maklumat pentaksiran secara
adil dan betul dalam membuat keputusan di bilik darjah.
23
top related