tugasan 2(integrasi kaum & hubungan etnik)
Post on 17-Jan-2016
132 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI Integrasi Kaum dan
Hubungan Etnik D20102041924
MOHD. HAZRI BIN ABDUL RANI
790419 – 02 -5581
NO TEL : 013-4338852
NO. MATRIK :
D 20102041924
INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK
KUMPULAN 3
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM, JITRA (POLIMAS)
Pensyarah :
TN. HAJI DR. AHMAD SOHAIMI BIN LAZIM
KANDUNGAN
MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI Integrasi Kaum dan
Hubungan Etnik D20102041924
INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK
Prakata xiii
1. Pengenalan 4
2. Cabaran Hubungan Etnik 6
2.1 Pemisahan Penempatan 6
2.2 Sistem Pendidikan Yang Berasingan 7
2.4 Politik 7
2.5 Ekonomi 8
2.5 Cabaran Intraetnik Dan Interetnik 8
2.6 Perbezaan Nilai Dan Agama 9
2.7 Cabaran Globalisasi 10
3. Dasar Dan Pelan Tindakan Untuk Perpaduan 12
3.1 Rukun Negara 12
3.2 Dasar Pembangunan Negara 13
3.3 Dasar Ekonomi Baru 14
3.4 Dasar Pembangunan Nasional 15
3.5 Dasar Wawasan Negara 15
3.6 Dasar Pendidikan Kebangsaan 16
4. Kesimpulan 18
Bibliografi 19
Prakata
MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI Integrasi Kaum dan
Hubungan Etnik D20102041924
Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesihatan dan kesempatan
kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Diharap dengan siapnya tugasan ini
akan memberi manfaat kepada diri saya dan semua pihak dalam usaha untuk
memahami dan menghayati dengan lebih jelas usaha murni kerajaan untuk
menyatupadukan semua etnik demi menjaga keharmonian kaum di bumi Malaysia
yang tercinta ini.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya hingga tugasan ini
dapat disiapkan. Tidak lupa ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada
keluarga, rakan-rakan serta pihak sekolah yang telah banyak membantu saya.
Seterusnya, ucapan terima kasih juga saya rakamkan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini.
Kepada semua, sekali lagi diucapkan “terima kasih daun keladi”.
Mohd Hazri Bin Abdul Rani
xiii
Tugasan 2
MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI Integrasi Kaum dan
Hubungan Etnik D20102041924
INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK
1. Pengenalan
Malaysia ialah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum atau lebih dikenali
sebagai masyarakat majmuk. Situasi ini memerlukan negara memberi lebih perhatian terhadap
kewujudan hubungan etnik yang mantap dalam kalangan rakyat. Apatah lagi bagi sesebuah
negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Maka,
persoalan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan
politik dan seterusnya memastikan pembangunan negara berjalan lancar tanpa sebarang
gangguan. Hal ini ditegaskan oleh Tun Abdul Razak, iaitu perpaduan dan integrasi penting
supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada usaha memajukan negara dan bukan digunakan
untuk menyelesaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian.
Antara kekuatan Malaysia ialah hakikat bahawa semua golongan etnik utama telah
terlibat dalam ruang budaya tempatan sejak awal-awal lagi. Misalnya, golongan Baba atau
dikenali sebagai peranakan mewakili golongan imigrin Cina pertama di negara ini yang telah
lama sebati dengan masyarakat tempatan. Mereka memainkan peranan penting dalam
memperkaya khazanah kebudayaan negara kita. Golongan Baba telah menerima dan
mengasimilasikan tiga kebudayaan, iaitu kebudayaan Cina, Melayu dan Barat, dan ini
menjadikan budaya mereka sangat unik. Mereka telah mempelopori penerbitan surat khabar,
majalah dan buku di negara kita. Malah, surat khabar Melayu dengan huruf roman telah mereka
terbitkan seawall tahun 1894.
Golongan Baba juga telah memperkaya warisan persuratan Melayu dengan
menterjemahkan karya-karya terkenal Cina kedalam bahasa Melayu. Sumbangan dan kegiatan
persuratan mereka adalah antara terawal di negara kita. Misalnya dari tahun 1889 hingga 1950,
mereka telah menterjemahkan dan menerbitkan hampir 68 karya dari Negara China ke dalam
bahasa Melayu. Jumlah yang lebih besar lagi telah mereka hasilkan dalam karya asli dalam
bahasa Melayu
Kaum Melayu pula adalah merupakan teras kepada Negara Malaysia. Ini diakui sendiri oleh
seorang professor berbangsa Cina. Beliau mengakui bahawa “..masyarakat Melayu ialah masyarakat
MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI Integrasi Kaum dan
Hubungan Etnik D20102041924
nuklius ataupun teras dalam masyarakat Malaysia. Justeru adat dan budaya masyarakat Melayu perlu
dijadikan teras identiti semua kaum di Malaysia. Ini adalah sangat berpatutan ataupun dalam istilah
arab dipanggil adil.”.(1)
Sumbangan orang India pula, khususnya dalam budaya falsafah politik Melayu
mempunyai sejarah yang panjang. Kerajaan-kerajaan Melayu awal telah menerima pengaruh
yang kuat daripada kebudayaan India. Pengaruh yang jelas dalam memperkaya kebudayaan
Melayu dapat dilihat melalui kata pinjam (loan words) daripada Bahasa Sanskrit. Dari segi
sumbangan agama, ramai sarjana mempercayai bahawa Agama Islam telah dibawa ke Alam
Melayu oleh saudagar-saudagar dari India. Kemudiannya, pada zaman kebangkitan
nasionalisme, pengaruh daripada nasionalisne India sangat kuat terasa di Tanah Melayu.
Nasionalisme ini khususnya tersebar melalui Indonesia dan terpancar dalam karya-karya para
nasionalis, misalnya Ibrahim Haji Yaakob. Para nasionalis kemudiannya juga pernah
menyatakan bahawa mereka mendapat pengaruh kuat daripada nasionalis India.
Kerajaan amat sedar bahawa terdapat hubungan sosial yang kuat dalam kalangan
pelbagai golongan etnik di Malaysia. Pelbagai Usaha telah diambil untuk terus mengekalkan
kekuatan ini dan membina masyarakat yang lebih adil dari segi struktur sosial dan ekonominya.
1. Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
2. Cabaran Hubungan Etnik
MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI Integrasi Kaum dan
Hubungan Etnik D20102041924
Negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia, tentulah tidak boleh lari
daripada menghadapi pelbagai cabaran hubungan etnik. Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberi
beberapa pengajaran penting kepada ahli-ahli politik dan setiap rakyat Malaysia. Bak kata
pepatah “yang baik buat teladan, yang buruk buat sempadan.” Antara pengajaran penting yang
dari peristiwa tersebuat ialah; pertamanya, rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa.
Malahan, rusuhan kaum merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan kerosakan harta
benda. Kedua, langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional
dan keharmonian antara kaum. Ketiga, perpaduan nasional tidak akan tercapai sekiranya terdapat
sebilangan besar rakyat yang miskin. Keempat, peristiwa 13 Mei telah memberi pengajaran
bahawa setiap rakyat harus menghormati satu sama lain.
“..Kita harus bersikap toleran dan menghormati adat resam kumpulan-kumpulan etnik
lain”..(2). Ini bertetapan seperti yang telah ditegaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang
pertama : …“Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-
orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada
bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi
seperti yang diperbuat oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa orang
Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat
bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi
sehingga sekarang hak-hak istimewa orang Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan
yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan Melayu”…(3) Cabaran dalam hubungan
etnik ini boleh dibahagikan berasaskan beberapa faktor penting iaitu :
2.1 Pemisahan Penempatan
Dasar pecah dan perintah yang telah diamalkan oleh Kerajaan British sebelum merdeka.
Orang Melayu tinggal di luar Bandar, kaum Cina yang kebanyakanya terlibat dalam
perlombongan menetap di kawasan-kawasan lombong dan kemudian menjadi bandar seperti
Kuala Lumpur. Manakala kaum India pula kekal menetap di estet-estet dengan menjalankan
aktiviti perladangan. Pemisahan ini menyebabkan interaksi antara kaum akan hanya berlaku
2. Ranjit Singh Malhi 2005
3. Tunku Abdul Rahman
MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI Integrasi Kaum dan
Hubungan Etnik D20102041924
ketika berurusan di pasar atau di pejabat sahaja. Ini melahirkan sikap yang negatif dalam
hubungan antara kaum. Proses kenal mengenali antara satu sama lain sukar untuk berlaku.
Dasar Kerajaan British sebelum merdeka juga menyebabkan bidang pekerjaan tertentu
dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja.
2.2 Sistem Pendidikan Yang Berasingan
Pada zaman penjajah, negara kita tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. Dasar
Kerajaan British telah mengakibatkan sistem pendidikan negara diwujudkan kepada empat
aliran pendidikan yang berlainan iaitu Melayu, Cina, India dan Inggeris. Keempat-empat
aliran ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dari segi matlamat, sukatan pelajaran,
bahasa pengantar dan pendidikan guru. Kurikulum dalam dasar pendidikan masing-masing
juga adalah berlainan. Malahan buku teks dan guru juga dibawa dari luar. Implikasinya,
ketika itu pelajar-pelajar tidak berpeluang untuk bercampur gaul dengan pelajar dari
kumpulan etnik yang berlainan dan ini akhirnya akan menyulitkan proses pembentukan
perpaduan dan persefahaman di kalangan pelajar berbilang kaum di negara ini.
2.3 Politik
Adalah jelas bahawa kewujudan pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik telah
memperkuatkan lagi identiti etnik dan syak wasangka antara etnik. Setiap persatuan hanya
akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya. Walaupun pemerintah
sekarang bernaung di bawah satu komponen yang sama, namun parti-parti politik yang ada
masih lagi berasaskan perkauman. Demi kepentingan kaum mereka dan juga etnik mereka
maka isu-isu seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan , agama dan lain-lain akan digunakan
sebagai senjata masing-masing. Keadaan ini sudah tentu gagal untuk melahirkan masyarakat
yang bersatu padu dalam segenap bidang.
MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI Integrasi Kaum dan
Hubungan Etnik D20102041924
2.4 Ekonomi
Dasar Kerajaan British yang meletakan kaum berdasarkan kepada pekerjaan menyebabkan
etnik tertentu mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan. Akhirnya, jurang pekerjaan
ini akan menyebabkan perasaan perkauman terus menebal. Perbezaan dalam bidang
ekonomi telah menimbulkan persaingan dan ketidakpuasan di kalangan etnik tertentu.
Orang Cina dilihat lebih mendominasi bidang yang lebih maju iaitu perniagaan dan
perdagangan. Orang Melayu terlibat dalam bidang pertanian yang kurang berdaya maju dan
orang India menjadi buruh di estet-estet. Hasil dari pekerjaan yang berbeza ini maka
wujudlah jurang pendapatan antara setiap kumpulan etnik. Setiap etnik berusaha merebut
kekuatan ekonomi yang lebih mewujudkan ketidakseimbangan dan persaingan yang berlaku
melahirkan ketidakstabilan dalam masyarakat. Untuk mengeratkan perpaduan maka
penyusunan semula masyarakat perlu dilakukan. Aspek yang perlu diberi perhatian ialah
keadaan tidak seimbang yang wujud dari segi tingkat pendapatan, corak guna tenaga,
pemilikan saham dan penyertaan pelbagai kaum dalam semua bidang
2.5 Cabaran Intraetnik Dan Interetnik
Sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia membolehkan penubuhan parti-parti politik
untuk bertanding dalam pilihanraya. Kewujudan parti politik yang pelbagai kadangkala boleh
mencetuskan konflik antara satu sama lain. Sejarah pernah memaparkan keadaan genting
yang melanda negara akibat daripada keadaan berpolitik yang tidak sihat. Gejala berikut
perlu dielakkan dalam usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum yang bersatupadu.
Antaranya adalah sikap terlalu extremism dalam melaksanakan sesuatu dasar dalam
perjuangan parti masing-masing. Selain itu, parti politik bersifat chauvanism atau taksub
dengan hanya menganggap kumpulannya sahaja yang betul dan orang lain tidak. Sifat
fanaticism atau membabi buta dalam melaksanakan sesuatu tanpa mempedulikan pendapat
orang lain bahkan menolak sekeras-kerasnya pandangan orang lain juga boleh menyumbang
kepada kerenggangan hubungan antara kaum.
MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI Integrasi Kaum dan
Hubungan Etnik D20102041924
Cabaran hubungan intra etnik contohnya kewujudan pelbagai parti politik yang mewakili
kelompok kaum yang sama umpamanya dalam masyarakat Melayu ada parti UMNO dan
PAS. Dalam masyarakat Cina pula, wujudnya parti MCA, DAP dan GERAKAN, manakala
dalam masyarakat India pula wujudnya parti MIC dan SAPP. Situasi seperti ini boleh
menyebabkan berlakunya ketidaksefahaman antara sesama kaum. Kewujudan parti politik
yang berbeza tetapi mewakili dan didominasi oleh etnik yang sama juga sedikit sebanyak
telah menimbulkan hubungan yang tidak harmonis antara etnik.
2.6 Perbezaan Nilai Dan Agama
Setiap kumpulan etnik mempunyai agama, kebudayaan dan bahasa yang berbeza. Orang
Melayu, China dan India terus dengan sistem hidup yang berteraskan kebudayaan dan tradisi
mereka. Setiap kumpulan etnik akan mempertahankan agama, kebudayaan dan adat resam
mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap agama dan kebudayaan
mereka sahaja yang terbaik. Semasa penjajahan British, British telah membawa masuk
agama Kristian sementara kaum imigran membawa masuk agama lain seperti Agama Hindu
dan Buddha. Menurut Tun Salleh Abbas, “..Melayu dan Islam adalah dua unsur yang
bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan.
Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang
Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana
Islam dan Melayu merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga
orang Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga Agama Islam.(4) Oleh yang demikian,
menjadikan Agama Islam sebagai agama rasmi bagi Negara Malaysia mestilah juga
memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain. Oleh yang demikian, dalam
Perkara 3 perlembagaan persekutuan memperuntukan satu fasal imbangan yang
menyebut ; ..”tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
bahagian Persekutuan”..
(4) Tun Salleh Abbas
MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI Integrasi Kaum dan
Hubungan Etnik D20102041924
2.7 Cabaran Globalisasi
Globalisasi dunia tanpa sempadan dimana perhubungan menjadi semakin pantas dan cepat.
Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan pantas dan cepat dan segala maklumat
boleh disalurkan tanpa ada sekatan. Globalisasi yang berjalan sekarang menguntungkan
sebelah pihak sahaja iaitu negara barat. Keadaan ini telah mengakibatkan proses pembaratan
berlaku dalam corak kehidupan berasaskan ekonomi, politik dan sosial. Secara tidak
langsung ia telah menyebabkan berlakunya penjajahan bentuk baru yang menyelitkan unsur-
unsur sosial seperti kehidupan bebas dan budaya hedonisme. Kejayaan mereka ini dibantu
oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat adalah baik dan
moden.
Pengaruh luaran dalam menentukan keamanan dan kestabilan sesebuah negara juga tidak
boleh dipandang ringan. Era selepas Perang Dingin memperlihatkan Amerika dan sekutunya
mendominasi politik dunia. Kuasa Barat ini akan lebih cepat bertindak dan memainkan
peranan mereka dengan melibatkan diri dalam hal ehwal sesebuah negara jika ianya
melibatkan kepentingan mereka. Antara dominasi kuasa Barat ke atas dunia seperti memiliki
dan mengendalikan sistem perbankan antarabangsa (IMF, World Bank), mengawal mata
wang utama dunia dimana USD dijadikan pengukur nilai matawang antarabangsa,
mendominasi pasaran modal dunia, mendominasi akses ruang angkasa dan industri
aeroangkasa dunia, mengawal laluan maritim dunia, mendominasi industri senjata teknologi
tinggi dunia dan sebagainya.
Setiap campurtangan mereka mempunyai agenda yang tersendiri, malahan mereka boleh
berperanan untuk menentukan samada mewujudkan keamanan atau menghancurkan sesebuah
negara. Konflik di Iraq memperlihatkan keangkuhan kuasa-kuasa luar dalam menentukan
hala tuju negara tersebut. Selain dari itu kemelut yang berlaku di dunia luar seharusnya
dijadikan iktibar oleh rakyat Malaysia supaya menghargai dan menjaga perpaduan kaum,
umpamanya kemelut Bosnia-Herzegovina, isu Kashmir, isu Acheh, isu Katholik dan
Proteston dan lain-lain lagi.
MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI Integrasi Kaum dan
Hubungan Etnik D20102041924
Untuk membentuk dan menjaga perpaduan kaum beberapa faktor penting perlu diatasi
antaranya hak asasi, agihan kekayaan, peluang pendidikan, peluang pekerjaan dan lain yang
perlu dikendalikan atas semangat perpaduan. Setiap hak-hak ini perlu dipertimbangkan
supaya tidak ada kaum yang merasakan mereka disisihkan, dianaktirikan, tidak dipedulikan
dan akibatnya tidak mendapat keadilan yang sebenarnya. Rakyat Malaysia juga harus
menjadikan setiap konflik yang berlaku di dunia luar sebagai pengajaran bahawa pentingnya
perpaduan, perasaan faham memahami di kalangan rakyat Malaysia dan keharmonian kaum
dijaga dengan sebaik-baiknya. Aspek-aspek yang boleh mendatangkan sensitiviti sesuatu
kaum perlulah dielakkan. Setiap aspek perhubungan kaum seperti adil dan saksama, hak
kekayaan dan lain-lain hak perlulah sentiasa diberi perhatian agar tidak ada pihak yang
tertinggal.
Globalisasi merubah segala budaya masyarakat tempatan dan akhirnya budaya-budaya luhur
yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum mulai hancur. Setiap yang datang dari barat
samada dalam bidang pemikiran, politik dan budaya mula diterima dan dikatakan baik.
Kesannya masyarakat mula mengiktiraf setiap budaya dan pemikiran barat dalam segenap
aspek kehidupan. Akhirnya globalisasi ini tidak lebih hanyalah suatu bentuk atau proses
penjajahan baru barat ke atas dunia lainnya yang dipandang rendah dan tidak bertamadun.
MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI Integrasi Kaum dan
Hubungan Etnik D20102041924
3 Dasar Dan Pelan Tindakan Untuk Perpaduan
Banyak pihak yang merasakan hubungan etnik masih lagi rapuh dalam dimensi-dimensi
tertentu. Oleh itu, usaha mengukuhkan hubungan antara etnik secara holistik adalah amat
mencabar. Gagasan rotorik dan simbolik semata-mata hanya akan menghasilkan impak yang
superfisial sahaja. Maka, pelan tindakan yang bertujuan untuk memupuk dan memperkasakan
hubungan antara etnik telah dibina oleh arkitek negara yang terdahulu iaitu Rukun Negara dan
Perlembagaan Malaysia.
Semangat Rukun Negara dan Perlembagaan sering dirujuk sebagai batu tanda dalam
dasar-dasar kerajaan dalam pembinaan masyarakat berbilang etnik dan budaya yang bersatu.
Dengan kedudukan politik yang secara relatifnya kuat dan stabil, kerajaan telah beriltizam
merancang dan malaksanakan pelan tindakan untuk mengeratkan perhubungan antara etnik
kearah memperkukuh perpaduan nasional. Antara lain, dasar dan pelan tidakan untuk perpaduan
dirangka dan dibina mengambil kira kepentingan semua golongan etnik meliputi dasar-dasar
berikut :
3.1 Rukun Negara
Rukun Negara yang dirumus berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk
membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul telah diperkenalkan pada 31 Ogos
1970. Rukun Negara digubal oleh Majlis Perundingan Negara berasaskan tujuan
menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum
ekoran peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini dilihat oleh ramai penganalisis sebagai
jelmaan daripada ketegangan hubungan etnik yang sebahagiannya berpunca daripada
jurang sosioekonomi yang luas antara golongan bumiputera dengan bukan bumiputera.
Oleh itu, Rukun Negara dengan prinsip-prinsip yang bertunjangkan semangat
perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri rakyat negara ini sebagai satu
Bangsa Malaysia. Rukun Negara dijadikan sebagai pedoman dan hala tuju serta
pengimbang tara dalam merancang program pembangunan negara. Secara lebih khusus,
Rukun Negara merupakan ikrar yang menjadi acuan bagi integrasi nasional,
pembentukan Bangsa Malaysia dan ideologi negara.
MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI Integrasi Kaum dan
Hubungan Etnik D20102041924
Rukun Negara dengan jelas menyatakan cita-cita untuk membina negara bangsa, iaitu
negara dan Bangsa Malaysia yang warganya bersatu padu, mengamalkan cara hidup
yang demokratik, melaksanakan keadilan sosial dan berfikiran terbuka.
3.2 Dasar Pembangunan Negara
Dasar pembangunan negara secara umumnya dirancang selaras dengan nilai-nilai
sosioekonomi, politik, sumber kekayaan, aspirasi masyarakat serta persekitaran global.
Sifat sesuatu dasar itu lazimnya dinamik dan akan melalui proses penilaian secara
berterusan sehingga dapat berubah-ubah mengikut perubahan nilai masyarakat dan juga
pucuk pimpinan. Dalam merancang dan merealisasikan sesuatu dasar bagi maksud
membangunkan negara, asas yang selalu menjadi tumpuan ialah mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu.
Matlamat dasar lazimnya untuk memenuhi sesuatu objektif tertentu seperti pembangunan
dan pengagihan sumber-sumber ekonomi, menyediakan perkhidmatan awam, memupuk
kestabilan politik dan ekonomi, mengawal keselamatan negara serta memelihara
kebajikan rakyat. Dalam konteks hubungan etnik, dasar-dasar pembangunan negara
merujuk kepada usaha kerajaan bersama dukungan rakyat untuk melakukan perubahan
dalam aspek sosial, kebudayaan, politik, dan ekonomi secara seimbang dan adil bagi
semua kaum.
MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI Integrasi Kaum dan
Hubungan Etnik D20102041924
3.3 Dasar Ekonomi Baru
Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 antara lain disebabkan oleh jurang
ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum yang sangat luas. Kajian daripada banci
penduduk tahun 1970 mendapati 49.3% daripada semua keluarga di Semenanjung
Malaysia menerima pendapatan dibawah garis kemiskinan. Daripada jumlah semua
keluarga miskin, 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar
kemiskinan mengikut kaum pula menunjukkan kaum Melayu paling tinggi iaitu 64.8%,
kaum India pula pada kadar 39.2%, manakala kaum Cina pula mencatat kadar
kemiskinan paling rendah iaitu 26.0%. Kaum-kaum lain pula mencatat kadar kemiskinan
44.8%.
Kedudukan agihan kekayaan sumber-sumber negara juga menunjukkan jurang yang tidak
seimbang. Pecahan pemilikan bumiputera perseorangan dan agensi amanah ialah 4.3%,
pegangan kaum bukan bumiputera pula 32.6%, manakala warga asing memiliki
kekayaan 59.2%. Statistik ini memaksa kerajaan melancarkan satu program
pembangunan bersepadu dan menyeluruh. Program ini dikenali sebagai Dasar Ekonomi
Baru (DEB) dengan sasaran tempoh masa 20 tahun dari tahun 1971 – 1990.
DEB dilancarkan melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat DEB ialah mencapai
perpaduan negara dengan memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud
antara kaum dan wilayah. DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata iaitu
membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk
mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fugsi
ekonomi.
MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI Integrasi Kaum dan
Hubungan Etnik D20102041924
3.4 Dasar Pembangunan Nasional
Dasar ekonomi baru telah berakhir pada tahun 1990 dan telah Berjaya membangunkan
negara pada tahap yang memberangsangkan walaupun berhadapan dengan pelbagai
cabaran dari dalam dan luar negara. Namu demikian, dalam demensi tertentu, matlamat
yang ingin dicapai melalui DEB masih lagi jauh daripada sasarannya. Lantaran itu, masa
yang lebih panjang diperlukan untuk merealisasikannya. Dasar Pembangunan
Nasional(DPN) telah dilancarkan pada tahun 1991.
Matlamt DPN adalah untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu dan adil. Seperti DEB, matlamat akhir DPN adalah untuk
memupuk perpaduan negara. Matlamat ini penting kerana perpaduan masyarakat
merupakan akar tunjang kepada kestabilan sosio dan politik yang menjadi prasyarat
mengekalkan pertumbuhan serta pembangunan negara yang berterusan. DPN juga
digerakkan di atas landasan yang kukuh kearah membentuk pembangunan seimbang
meliputi aspek keadilan sosial, nilai, etika dan moral mengikut acuan tempatan.
Natijahnya, hingga kini kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan dan keberkesanan
pentadbiran serta pertumbuhan ekonomi negara tetap mapan.
3.5 Dasar Wawasan Negara
Wawasan 2020 juga merupakan respons kepada perkembangan ekonomi, sosial dan
politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa. Matlamat terakhir yang
ingin dicapai ialah pembentukkan sebuah Negara Malaysia yang benar-benar maju
menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan
bukan sahaja pembangunan ekonomi. Malaysia harus menjadi negara maju dari segi
ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad..”kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya
dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan
politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian, selain
mempunyai rasa bangga dan keyakinan terhadap bangsa sendiri..(5)”
(5) Tun Dr. Mahathir Mohamad
MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI Integrasi Kaum dan
Hubungan Etnik D20102041924
Wawasan 2020 yang memandang jauh ke hadapan amat menekankan pengisian modal
insan yang diterjemahkan melalui program pendidikan, aspek kejiwaan iaitu sikap dan
nilai yang unggul, sains dan teknologi yang terkini dan perancangan yang sistematik dan
dinamik.
3.6 Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan secara jelas mengarah kepada landasan yang tepat demi
mewujudkan masyarakat yang harmonis. Hal ini adalah kerana asas yang dijadikan
landasan dasar dalam orientasi dan falsafah pendidikan negara menggunakan acuan
tempatan, contohnya dari segi bahasa pengantar, sukatan pelajaran dan kurikulumnya.
Perkara ini terkandung dalam Penyata Razak tahun 1956 dan dimaktubkan dalam
Ordinan Pelajaran 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula pada tahun 1960
yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini kemudian dimaktubkan dalam
Akta Pelajaran, 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan pada
tahun 1974 untuk mengkaji semula dasar pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki
pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu
dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan
negara dapat dicapai.
Bagi melahirkan ruang fizikal dan bukan fizikal yang dapat memupuk perpaduan
nasional dari peringkat awal terutama di sekolah-sekolah, kerajaan telah merangka,
memperkenal dan melaksanakan secara berperingkat beberapa langkah. Antara lain,
kerajaan telah memperkenalkan “Sekolah Wawasan” yang bertujuan untuk menyediakan
satu ruang sosial yang memberikan kesempatan kepada pelajar daripada pelbagai
kumpulan etnik untuk berinteraksi dan seterusnya menjalin hubungan yang harmonis.
MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI Integrasi Kaum dan
Hubungan Etnik D20102041924
Kerajaan juga telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP) iaitu kerjasama antara sekolah pelbagai aliran dalam semua program pelajar
dan guru. Empat objektif utama RIMUP adalah untuk menggalakkan penyertaan guru dan
murid dalam kegiatan bersama, mewujudkan sikap kerjasama dan tolong-menolong,
melahirkan persefahaman dan bertolak ansur antara murid pelbagai kaum di sekolah, dan
berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk kegiatan khas. Langkah ini
diharap mampu meningkatkan lagi hubungan etnik dalam kalangan pelajar.
Langkah terbaru yang diambil oleh kerajaan ialah menawarkan mata pelajaran Bahasa
Tamil dan Bahasa Mandarin sebagai mata pelajaran elektif di sekolah aliran kebangsaan.
Penawaran mata pelajaran tersebut diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar
daripada etnik lain untuk mempelajari Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin sebagai
bahasa kedua. Pendedahan kepada kedua-dua bahasa tersebut diharapkan dapat menjadi
pemangkin terhadap proses interaksi dan integrasi antara kaum. Tan Siew Sin telah
menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan ; ..”Masyarakat bukan
Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan
sebagai contoh, Perlembaagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-
apa tentang mengekal dan mengembangkan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil atau
bahasa-bahasa lain. Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa
perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan
kedua-dua Bahasa Cina dan Bahasa Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka
bersetuju”..(6) Dalam konteks hubungan etnik, Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan
acuan tempatan berada diatas landasan yang tepat untuk membawa generasi masa
hadapan sebagai generasi yang bersatupadu.
(6) Tan Siew Sin
MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI Integrasi Kaum dan
Hubungan Etnik D20102041924
4. Kesimpulan
Kesimpulannya cabaran-cabaran di atas boleh menyebabkan berlaku ketegangan kaum
seandainya tidak ditangani dengan sebaiknya. Cabaran ini perlu difahami dan ditangani
sebaiknya kerana kegagalannya akan membawa perselisihan dan prasangka yang memang telah
sedia wujud di hati setiap kaum. Selain dari itu akan muncul juga tanggapan yang kurang tepat
tetapi menjadi pegangan dan terus dipercayai oleh kebanyakan rakyat Malaysia, antara
tanggapan-tanggapan tersebut ialah kaum Melayu mendapat hak dan keistimewaan melebihi
kaum lain, orang Melayu miskin kerana malas, Dasar Ekonomi Baru hanya untuk orang Melayu
sahaja. Kaum Cina kaya kerana pandai menipu dalam perniagaan, orang Cina didiskriminasi oleh
orang Melayu, setiap kegagalan dasar ekonomi di negara ini adalah disebabkan oleh sabotaj
orang-orang Cina, orang Cina dan bukan Melayu yang lain tidak mempunyai taat setia kepada
negara ini dan pelbagai tanggapan lain yang negatif.
Hubungan etnik, perpaduan dan integrasi nasional merupakan perkara yang sangat
penting bagi masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. Hubungan etnik, perpaduan dan
integrasi ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama dan
bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal
kemerdekaan lagi. Usaha-usaha yang diambil bagi mengukuhkan lagi hubungan etnik, perpaduan
dan integrasi perlu disahut dan dilaksanakan oleh setiap lapisan masyarakat. Usaha-usaha yang
telah diambil sama ada dari segi ekonomi, politik dan sosial ternyata berhasil membawa
masyarakat kepada pemupukan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi. Usaha-usaha ini pula
diasaskan kepada penghayatan Islam, perkongsian kuasa, semangat akomodatif yang tinggi, rela
berkorban dan persefahaman yang utuh dalam kalangan masyarakat Malaysia. Jika segala usaha
ini dihayati dan diinsafi, maka Malaysia boleh merealisasikan Wawasan 2020 seperti yang
dirancang dan direncanakan.
MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI Integrasi Kaum dan
Hubungan Etnik D20102041924
Bibliografi.
Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur. Kementerian
Pengajian Tinggi.
A. Aziz Deraman. 1992. Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala
Lumpur. Arena Ilmu.
Wan Halim Othman. 1992. Asas Hubungan Etnik. Pulau Pinang. Pusat Penyelidikan
Dasar, Universiti Sains Malaysia.
Idris Zakaria. Nilai Toleransi Melayu. Berita Harian. 07.12.2000.
Masyarakat Cina Perlu Bersikap Lebih Terbuka. Berita Harian. 4.12.2000.
Ramlan Abd Wahab. 2001. Januari. Matlamat Perpaduan Melalui Sistem Pendidikan.
Dewan Masyarakat.
Wan Abd. Kadir Yusoff. 1985. Idealogi dan Kebudayaan Kebangsaan. K.Lumpur.
Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Ahmad Yani Abdul Manaf. 2000. Oktober. Perintis Sekolah Wawasan Negara. Dewan
Masyarakat.
Idris Zakaria. Nilai Toleransi Melayu. Berita Harian, 17. 7.12.2000.
Johari Ibrahim. Usah Bimbang Pelaksanaan Sekolah Wawasan. Berita Harian, 4, 20.11.2000.
Kemelut Di Sebalik Isu Sekolah Wawasan. Berita Minggu. 11.11.2000
top related