topik 3: penanda wacana pensyarah : dr. sajap maswan email: sajap@sajadstudio

Post on 15-Jan-2016

333 Views

Category:

Documents

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

GWP1092 WACANA PENULISAN. Topik 3: Penanda Wacana Pensyarah : Dr. Sajap Maswan Email: sajap@sajadstudio.info Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Tuanku Bainun Pulau pinang. Perkara yang akan dibincangkan. 3. Jenis-jenis penanda wacana  Penanda kronologi - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Topik 3:Penanda Wacana

Pensyarah:Dr. Sajap Maswan

Email: sajap@sajadstudio.info

Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme KeguruanIPG Kampus Tuanku Bainun

Pulau pinang•

GWP1092WACANA PENULISAN

Perkara yang akan dibincangkan3. Jenis-jenis penanda wacana Penanda kronologi Penanda organisasi Penanda idea

Perbincangan

Apakah Itu Penanda Wacana ?

Pengenalan 1. Penanda wacana berupa kata atau rangkai

kata yang digunakan untuk merangkaikan ayat dengan ayat yang lain, bagi menunjukkan wujudnya satu kesatuan ayat yang utuh.

2. Oleh sebab penanda wacana itu merangkaikan ayat dengan ayat, maka penanda wacana itu juga dikenal sebagai perangkai ayat/peranti linguistik.

3. Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap.

4. Penanda wacana amat penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan.

Pengenalan

5. Penanda wacana juga merupakan unsur-unsur bahasa yang mewujudkan kohesi dan koheran antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan.

Pengenalan

Mengapa kehadiran dianggap signifikan ?

Hal ini demikian kerana, tanpa kehadiran penanda wacana yang tepat, akan menyebabkan idea yang diturunkan seolah-olah tidak mempunyai kesatuan dan pautan yang lengkap

Kepentingan Penanda Wacana

Apakah jenis-jenis penanda wacana?

Jenis-jenis penanda wacana ialah;1. Penanda Kronologi2. Penanda Organisasi3. Penanda Idea

Jenis-Jenis Penanda Wacana

1. Penanda Kronologi:

Memberi pengertian kepada persoalan berkaitan waktu

Mengandungi kata kunci: “bila” dan seumpamanya.

Jenis-Jenis Penanda Wacana

1. Penanda Kronologi: Contoh

Jenis-Jenis Penanda Wacana

a. kinib. lantasc. mula-mulad. lepas itue. sebelumf. kemudiang. semenjak

itu

h. pada suatu waktui. pada hari esoknyaj. pada zaman dahuluk. dua tahun kemudianl. beberapa tahun

kemudianm. dan yang

seumpamanya.

1. Penanda Kronologi:

Contoh ayat; Pada zaman dahulu Kerajaan Melayu

Melaka merupakan sebuah kerajaan yang kuat.

Jenis-Jenis Penanda Wacana

2. Penanda OrganisasiFungsi: mempertautkan sesuatu bahagian wacana dengan bahagian yang lain

Jenis-Jenis Penanda Wacana

a. pertamab. tegasnyac. contohnyad. akhir sekalie. dalam hal inif. sebagai kesimpulang. dalam hubungan ini

2. Penanda OrganisasiJenis-Jenis Penanda Wacana

h. untuk merumuskani. dengan perkataan lainj. dapat dinyatakan bahawak. untuk menjelaskan lagil. akan dinyatakan pada tempat yang lainm. dalam bahagian ini kita akan

membincangkann. dan yang seumpamanya

2. Penanda OrganisasiJenis-Jenis Penanda Wacana

Contoh ayat:Penduduk di negara yang dilanda peperanganhidup dalam kesengsaraan. Mereka bukan sahajakehilangan harta benda malahan anggotakeluarga yang tersayang. Contohnya, ramaipenduduk Kemboja terpaksa melarikan diri kenegara jiran semata-semata untuk menyelamatkan diri daripada menjadi korbanpeperangan.

3. Penanda IdeaFungsi: menghubungkan antara fakta

dengan fakta dan idea dengan idea yang berfungsi untuk:

a. mengembangkan ideab. pertentangan ideac. hubungan idea

Jenis-Jenis Penanda Wacana

3. Penanda Ideaa. Mengembangkan Idea malah satu lagi selain itu Seterusnya begitu juga di samping itu lebih-lebih lagi tambahan pula dan yang seumpamanya

Jenis-Jenis Penanda Wacana

3. Penanda Ideaa. Mengembangkan IdeaContoh ayat:Ratusan ribu istilah dalam sesuatu bahasa

tidak membawa erti tanpa istilah-istilah tersebut digunakan dalam penulisan, perbincangan, dan penterjemahan. Tambahan pula, istilah yang secara abstrak dihasilkan oleh jawatankuasa istilah belum tentu sesuai bagi sesuatu bidang.

Jenis-Jenis Penanda Wacana

3. Penanda Ideab. Pertentangan Idea tetapi sama ada sebenarnya sebaliknya walaupun walau bagaimanapun pada masa yang sama dan yang seumpamanya.

Jenis-Jenis Penanda Wacana

3. Penanda Ideab. Pertentangan Idea tetapi sama ada sebenarnya sebaliknya walaupun walau bagaimanapun pada masa yang sama dan yang seumpamanya.

Jenis-Jenis Penanda Wacana

3. Penanda Ideab. Pertentangan IdeaContoh ayat:Hassan dan keluarganya berpindah ke

bandar pada akhir tahun lalu. Namun, hatinya masih teringat akan kampung halamannya.

Jenis-Jenis Penanda Wacana

3. Penanda Ideac. Hubungan Idea jadi maka kecuali oleh itu oleh sebab oleh hal yang demikian untuk tujuan itu berikutan dengan itu

Jenis-Jenis Penanda Wacana

3. Penanda Ideac. Hubungan IdeaContoh ayat:Beg itu bukan saya beli, sebaliknya ia

adalah beg percuma.

Jenis-Jenis Penanda Wacana

Di dalam teks di bawah bebrapa penanda wacana telah digunakan. Cuba kesan penanda wacana tersebut.

Pembelajaran dengan modul Program Asas TIP RING KONSEP K3 menulis karangan. Semasa mengaplikasinya, saya menjelaskan makna FORMULA KONSEP K3 yang mencakupi 3 perkara, iaitu pertama pengamalan, kedua isi dan ketiga kesimpulan. Setiap karangan mesti memenuhi disiplin 3 komponen tersebut. Komponen pengenalan mempunyai 3 ciri iaitu pertama isu berdasarkan tajuk, kedua huraian isu dan ketiga arahan atau respons soalan daripada tajuk. Dalam Komponen Isi, pertama murid saya perlu menyatakan isi mengikut arahan soalan, kedua menghuraikan isi dan ketiga mereka memberi contoh yang berkaitan isi. Begitu juga pada Komponen Kesimpulan, pertama mesti menyimpulkan tajuk berdasarkan pendapat murid, kedua huraian cadangan terhadap isu dan ketiga jelaskan harapa kepada isu.

Perbincangan

Berdasarkan petikan teks di atas, terdapat beberapa penanda wacana yang boleh dikesan dalam ayat-ayat yang digunakan. Antara penanda wacana yang ditemui ialah seperti ‘semasa’, ‘ pertama’, ‘ kedua’, ‘ ketiga’ , ‘ setiap’, ‘dalam’ dan begitu juga.

Penanda wacana atau perkataan ‘semasa’ yang terdapat di dalam ayat tersebut membawa maksud atau menunjukkan sesuatu tempoh atau ketika sesuatu perkara itu dinyatakan. Manakala perkataan atau penanda wacana ‘pertama’, ‘kedua’ dan ‘ketiga’ pula membawa maksud urutan masa atau turutan peristiwa atau kronologi sesuatu perkara yang diterangkan oleh penulis. Manakala penanda wacana ‘begitu juga’ pula membawa maksud persamaan erti dalam ayat-ayat yang terdahulu.

Perbincangan

SekianTerima Kasih

Nota ini disediakan oleh;Norhayati Ayit

Jabatan Pengajian MelayuIPG Kampus Pulau Pinang

Rujukan

Asmah Hj. Omar (1980). Analisis Wacana, dalam Jurnal Dewan Bahasa 24:3, hal. 11-25 dan 24:4, hal. 9-25.

Tarigan, Henry Guntur (1995), Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: DBP.

Wacana Bahasa Melayu(2009). [Online], [Diakses: 5 Januari 2014]. Boleh didapati: http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009/07/wacana-bahasa-melayu.html

top related