tokoh seni islam di malaysia -odel

Post on 10-Dec-2014

439 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TOKOH SENI ISLAM DI MALAYSIA

KUMPULAN 1 : ODELIA KASSIM : SHIRLEY EMPEN

:ALANA DULLI :PRISCILLA SEBELIE

TOKOH SENI ISLAM DI MALAYSIA

1. Syed Ahmad Jamal

2. Ahmad Khalid Yusof

3. Abdul Latiff Mohiddin

4. Sulaiman Esa

SYED AHMAD JAMAL

LATAR BELAKANG SYED AHMAD JAMAL

• Syed Ahmad merupakan anak pertama dari tujuh orang adik-beradik.

• Hasil contengan di rumah ayahnya di Johor ketika usianya masih mentah adalah petanda bahawa anak kecil itu akan menempa nama dalam bidang seni lukis suatu hari nanti.

• Dilahirkan pada 19 September 1929 di Bandar Maharani Muar, Johor Syed Ahmad mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah, Johor Baharu dari tahun 1936 hingga 1938, Sekolah Inggeris Ngee Heng pada tahun 1940, Sekolah Inggeris Bukit Zaharah dan seterusnya English College (Sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Baharu hingga tahun 1949.

• Beliau kemudiannya dihantar ke Birmingham School of Architecture pada tahun 1950 untuk mempelajari senibina tetapi pada tahun 1951 beliau melanjutkan pelajaran di Chelsea School of Art, London dalam bidang seni lukis sehinggalah tamat pengajian lima tahun kemudian.

• Sekembalinya dari England, beliau bertugas sebagai guru di High School Batu Pahat, dari tahun 1956 hingga 1957.

• Beliau kemudian beralih tugas sebagai Pensyarah di Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur (sekarang dikenali sebagai Maktab Seri Kota).

• Dari tahun 1958-1959, beliau bertugas di Malayan Teacher’s College di Kinkby England dan pada tahun 1963 hingga 1964 beliau mengikuti pengajian seni arca di School of Art Institute, Chicago, Illinois, Amerika Syarikat.

• Syed Ahmad kemudiannya dilantik sebagai Pengetua Maktab Perguruan Ilmu Khas di Cheras pada tahun 1964.

• Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Seni di University Hawaii, Honolulu pada tahun 1973 dan pada tahun berikutnya, Syed Ahmad belajar pula di Universiti Harvard Amerika.

KONSEP SENI BELIAU

KONSEP SENI MENURUT BELIAU

• Konsep seni rupa Melayu adalah berasaskan kesedaran terhadap intisari hasil daya cipta, melalui bentuk tampak kepada dimensi yang menjadi terasnya dan terjalin pada keadaan karya-karya tersebut. Seni menjadi titian di antara realiti yang zahir dan yang batin. Karya-karya mempunyai peranan sebagai bahanatara antara jiwa pencipta dan penghayat

(Syed Ahmad Jamal, 1979)

SUMBANGAN SYED AHMAD JAMAL

SUMBANGANNYA..• Penglibatan yang tidak mengenal jemu selama enam puluh

tahun berkarier dengan seni ini telah memberi peluang kepada beliau untuk menyumbangkan ke arah pembinaan dan perkembangan seni lukis moden Malaysia.

• Karya-karya beliau sangat mesra menyentuh isu sosial politik negara dan dunia luar di akhir tahun 1990 an.

• Selepas itu beliau terus menaburkan baktinya kepada keseniaan negara dan pengorbanannya dihargai apabila dianugerahkan pingat Paglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk pada 1996.

ANUGERAH BELIAU• 1950 ‘Sultan Ibrahim Scholarship’• 1962 ‘Indian Council for Cultural Relations’• 1963-1964 ‘United State Department Award’• 1969 Ahli Mangku Negara• 1970 ‘Alliance Francaise Medallion’• 1973 ‘East-West Centre Award’• 1983 Kesatria Mangku Negara• 1984 ‘Australia Cultural Award’• 1987 ‘Cultural Award (Visual Art)’• 1995 Anugerah Seni Negara• 1996 Panglima Jasa Negara• 2005 Doktor (Kepujian) Pendidikan Seni,

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)• 2008-2009 Pelukis Tamu, Balai Seni Visual

Negara, Kuala Lumpur

Langit dan Bumi Tahun 1998 ,mengunakan akrilik di atas kanvas berukuran 203sm x 274.5sm.

Tentang karya tersebut…• secara keseluruhannya karya ini menggunakan subjek alam

tabii (alam semulajadi) sebagai teras pengkaryaannya.

• Bahagian pertama di bawahnya terdiri daripada lapisan bumi, bahagian kedua pula terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan bukit-bukau.

• Pada bahagian ketiga terdiri daripada awan, jalur cahaya dan hujan.

• Seterusnya pada bahagian keempat di atasnya terdiri daripada langit dan bintang-bintang

• Gabungan elemen dan prinsip seni lukis di dalam karya ini membentuk satu kesatuan yang cukup mantap.

• Penyatuan elemen-elemen dengan komposisi serta pandangan saujana antaranya menimbulkan keanekaan di dalam kepelbagaian.

• Kesatuan dan keanekaan di dalam kepelbagaian itu telah membentuk karya SAJ sebagai karya yang kaya, sarat bahkan berisi nilai-nilai falsafah dan budaya.

• Falsafah dan budaya yang mencerminkan pemikirannya, masyarakatnya dan budayanya akan menjadi satu khazanah peradaban yang tidak ternilai harganya.

• Dari aspek falsafah teras utama yang ditunjangi oleh SAJ adalah tauhid. Ini dapat dilihat pada permulaan katalog pameran antara langit dan bumi (Muliyadi, 2000).

• “Sesungguhnya Tuhan kami ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu ia bersemayam di atas arasy: ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti), dan (Dia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang menciptakan dan mentadbirkan sekalian alam.” (surah al-A’raaf: 54).

• Jika permulaan sesuatu katalog pameran itu menggunakan ayat-ayat Allah tidak bermakna karya tersebut mempunyai unsur-unsur tauhid.

• Falsafah tauhid menurut al-Faruqi adalah dengan mengesakan Allah.

• Dengan demikian, format yang dihasilkan oleh SAJ menepati ciri-ciri yang telah dibincangkan seperti di atas.

• Secara keseluruhannya dari aspek komposisi, SAJ terpegun dengan alam tabii yang diciptakan Allah.

• SAJ tidak mengambil alam tabii secara luaran yang bersifat sementara ataupun apa yang dikenali dengan istilah Barat sebagai `realistik’ ataupun menurut istilah Islam sebagai `realiti semulajadi’.

• Sebaliknya realiti semulajadi tersebut diabstrakkan, dipermudahkan ataupun al-Faruqi melanjutkannya dengan istilah `penggaya-gayaan’ (stylyzation) dan denutralisasikan (denaturalization).

• Melalui abstraksi dan penggaya-gayaan SAJ menapis alam tabii yang bersifat semulajadi tersebut kepada satu intipati yang bersifat dalaman.

• Secara tidak langsung penggunaan perspektif biomorfik dan ruang mendatar dan cetek tersebut telah menolak ciri-ciri semulajadi yang mendominasikan catan-catan Barat terutamanya pada zaman Renaisan dan Realisme atau pun apa yang dikenali oleh Pak Mail sebagai ciri-ciri seni simbolis dan seni memesis.

• Penolakan ciri-ciri luaran (semulajadi) yang bersifat sementara dengan penarikan atau memasukkan ciri-ciri dalaman (kerohanian) yang bersifat kekal, membuatkan karya-karya SAJ mempunyai ciri-ciri ketauhidan.

• Unsur kepelbagaian garisan, jalinan, rupa dan bentuk yang digunakan oleh SAJ juga bercorak `islami’.

• Sungguhpun karya beliau menggunakan nada ekspresionis, namun SAJ telah membentuk kesan-kesan sapuan berusnya menjadi kesan yang terkawal.

• Bahkan penggunaan sapuan berus dengan diselangselikan dan ditindani dengan kesan warna sembur, menjadikan karyanya lebih terkawal.

• Pendek kata SAJ menggunakan ciri-ciri ekspresi Melayu yang bertunjangkan kesenian Islam.

• Melihat dari sudut warna pula, penggunaan warna panas ke sejuk juga dapat mengajak pemerhati memikirkan sejenak tentang kehebatan alam tabii ciptaan Allah.

• Warna merah seperti fenomena senja, kuning seperti petang, hijau seperti siang, biru seperti fajar dan biru tua kegelapan seperti malam, mencerminkan ketelitian dan kehalusan SAJ membentuk format `Bumi dan Langit I.’

• Menghubungkan elemen warna melalui komposisi catan dari atas ke bawah pula didapati warna gelap (malam) mewakili warna waktu isyak, warna biru muda (fajar) mewakili waktu subuh, seterusnya warna hijau (siang) mewakili waktu zohor dan kuning (petang) mewakili waktu asar, dan akhirnya warna merah (senja) mewakili waktu maghrib.

• Kelima-lima masa dan waktu yang berperingkat-peringkat ini selain menjadi nadi penting kehidupan orang Islam, juga mencerminkan pergerakan masa mengikut kosmologi atau pun sunatullah.

• Kekuatan ilmu dan saripati budaya Melayu-Islam yang menjadi teras cara hidupnya amat terserlah sehinggakan memantulkan keindahan dalaman melalui tanda visual pada karyanya.

• SAJ bukan sahaja menggunakan tunjang budaya Melyu-Islam sebagai struktur karyanya, bahkan mana-mana ilmu daripada tamadun Barat maupun Timur yang baik dan bersesuaian digarapnya menjadi wadah pemikirannya.

• Suatu perkara yang penting, SAJ melalui karyanya itu telah melompat dari unsur-unsur konversi kesenian Islam yang lampau. SAJ berjaya membina fragmen masa baru yang menunjukkan penggabungan format kesenian Islam.

• Format kesenian Islam termasuklah seperti pengulangan, pandangan saujana, kerumitan, dinamik, gabungan berurutan dan meditatif dan seumpamanya.

• Kecekapan SAJ mencernakan tunjang kesenian Islam dengan gabungan prinsip seni Barat seperti ulangan, harmoni, keseimbangan dan kontras umpamanya membentuk suatu struktur baru dan teguh.

Mohammad Hoessein Enas

Nama : Dato' Mohamad Hoessein EnasTempat Lahir : Bogor (Kepulauan Indonesia)Tahun Lahir : 1924Tahun Berhijrah ke Malaysia :  1947

Menarik tentang dirinya…  

 Beliau tidak pernah menerima kursus secara formal di mana-mana institusi seni.

Beliau berbakat semula jadi dan dikenali sebagai pelukis realistik dan naturalistik dengan menonjolkan figura dan potret yang bertemakan budaya tempatan.

Hasil-hasil karya beliau menonjolkan wajah-wajah yang membawa mesej kebudayaan tempatan dengan melalui penampilan pakaian dan kegiataan sosial masyarakat Malaysia pada masa itu.

Karya beliau banyak menggunakan media pastel dan minyak.

Merupakan lagenda seni tampak Malaysia

Bapa Potret Malysia

Digelar juga Pelukis Potret Diraja

Sebelum memulakan perjalanan sebagai insan seni •penarik beca •menjadi pelukis jalanan(Sewaktu itu, Malaya adalah di bawah jajahan British (Inggeris)) Semasa menjadi pelukis jalanan •dikunjungi oleh Tun Sambathan dan Pengarah Bristish Council (Frank Sullivan ) •dijemput mengadakan pameran di Pusat British Council, Kuala Lumpur •Sambutan untuk pameran pertama beliau  mendapat sambutan  kerana semua hasil seni beliau telah terjual

Hasil kejayaan jualan karya • Frank Sulliva  menyerap beliau sebagai pegawai kerajaan dan ditempatkan di Jabatan   Orang AsliMalaya.• Oleh kerana beliau bekerja dengan Jabatan Orang Asli, banyak karya-karya beliau menggambarkanorang-orang pribumi Sabah dan Sarawak  

Sumbangan beliau kepada seni ………    •ukiran orang Rejang di Pahang•beberapa buah buku dan tesis bahasa telah dihasilkan.

Sumbangan yang paling besar• gambar-gambar yang diwariskan yang boleh dilihat, dikaji dan diulas kesahihannya

Kenapa beliau memilih potret sebagai karyanya………..?Potret bukan sahaja menjadi suatu bentuk rakaman tetapi juga dihasilkan untuk menjadi kenangan kepadapengkarya dan yang dilukis, berupaya menunjukkan profesion, perwatakan atau kedududukan seseoramngdalam masyarakat tetapi juga menjadi bahan dokumentasi visual yang mampu dijadikan rujukan dalam banyakperkara seperti potret “Monalisa” yang menjadi kajian dan rebutan kepada pencinta-pencinta sejarahwan senimasa ini. 

CONTOH KARYA :

Self PotraitTahun : 1954Bahan : PastelUkuran : 45x34cm

Pengantin

Perempuan IbanTahun : 1963

Media : Oil Painting

Gadis Menumbuk PadiTahun : 1959Media : Arang dan Pastel atas kertasUkuran : 58.7x47.9cmSumber : Balai Seni Lukis Negara 

Abdul Latiff

Mohidin

Oleh : Shirley Ak Empen

Biodata

TOKOH SENIABDUL LATIFF MOHIDIN

LATAR BELAKANG

Dilahirkan di Lenggeng, Negeri Sembilan pada tahun 1941.

Pendidikan rendah di kampungnya dan Singapura sebelum melanjutkan kursus seni halus pada tahun 1960.

Beliau juga turut mengikuti kursus bidang seni halus di Paris, Perancis dan New York, Amerika Syarikat dan banyak mengembara ke Eropah dan sekitar Asia Tenggara.

ANUGERAH Beliau terlibat dalam aktiviti pameran seni lukis

dan kesusasteraan (puisi) hingga dikenali sebagai ‘ARTIS DUA DUNIA SENI’

Memenangi banyak anugerah dan penghormatan dari dalam dan luar negara termasuk ANUGERAH SASTERAWAN NEGARA.

Beliau bertanggungjawab membawa aliran catan semi abstrak

Dari tahun 1963 hingga tahun 1969, Latiff amat giat dan tekun mencipta, merangkumi tiga bidang seni yang berlainan dalam pengucapannya.

Dalam lukisan minyaknya, ukiran arcanya dan goresan cetaknya terdapat keselarasan yang luar biasa terhadap saluran-saluran yang berlainan alat atau bahan.

Melalui siri-siri ciptaannya, “Pago-Pago”, “Mindscape” dan “Langkawi”, menjadikan Latiff seorang tokoh pelukis penting di negara ini.

Antara tahun 1962 dan 1983, Latiff telah beberapa kali mempamerkan hasil karya seni lukisnya, antaranya termasuklah di Bona, Berlin, Frankfurt, Hamburg, Bangkok, Singapura, New Delhi, New York, Sydney, Sao Paulo, Osaka, Montreal, Manila, Jakarta, Dublin dan London, selain Petaling Jaya, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur. Sebagai pelukis.

Latiff pernah dianggap pelukis abstrak Malaysia yang mencerminkan pengertian terhadap alam setempat seperti mana yang terlihat dalam siri “Pago-Pago”nya.

Karya

• 'Pago-Pago' (1964),

• Latiff Mohidin, oil on canvas

Lukisan 'Pago-pago' adalah karya Latiff Mohidin yang paling sinonim dengan dirinya sebagai penggiat seni lukisan ekspresionisme. Karya ini dianggap istimewa kerana siri tersebut dianggap sebagai lukisan jiwa dan mata hatinya. Lukisan ini mengwujudkan kesedaran bahawa betapa pentingnya abstrak yang mencerminkan pengertian terhadap alam setempat, menjaga dan menghargai alam sekitar.

Dari segi penggunaan unsur-unsur dan prinsip-

prinsip seni:

Latiff banyak menggunakan unsur seni seperti garisan, dan rupa.

Jika diperhatikan, catan ini memberikan beberapa maksud yang tertentu berdasarkan garisan iaitu:

~ Garisan bergerigi: Bermakna kesakitan, ~ Garisan beralun : Gambaran lembut dan gerak

mengalir, ~ Garisan kasar : Gambaran gagah dan kuat. ~ Garisan berserabut : Gambaran masalah atau bercelaru. Catan ini juga berjaya menimbulkan kesan pergerakan

dan mengwujudkan kesatuan dari segi bentuk dengan baik.

‘Mindscape’ Simbolisme menguasai: Ini punaran 1976 oleh Abdul Latiff Mohidin mempunyai motif orkid di tengah-tengah landskap suram dengan bentuk abstrak geometri, juga menandakan isyarat tangan berdoa.Berikut jualan sangat berjaya mereka pada Jun tahun lepas, Henry Butcher Art Auctioneers kini membentangkan Lelongan Seni Malaysia 2012 pada 6 Mei di Rencana @ Peta di Publika, Jalan Dutamas, Kuala Lumpur.

Two Standing FiguresLatiff MohidinNationality: Malaysian

Year: 1968Medium: Oil on canvasSize: 88 x 66 cm.

ReferencesJoanna Lee and Bridget Tracy Tan.

Imaging Selves: Singapore Arts Musuem. Singapore: National Heritage Board/Singapore Art

Museum, 1998

SUMBANGAN TOKOH

• Pada tahun 1974, Abdul Latiff Mohidin telah menghidupkan pendekatan baru di kalangan muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis Se-Malaysia.

• Kumpulan Utara yang ditubuhkan pada tahun 1977 telah membolehkan kemunculan sekumpulan pelukis muda yang dapat menegaskan suara individu di utara Semenanjung Malaysia.

• Pelukis Malaysia generasi kedua tahun 1970-an ini telah meninggikan taraf seni cetakan. Karya catan yang wujud juga mengandungi nilai ikon dengan tegasan monolitik.

• Sumbangan kepada perkembangan seni lukis, serta bekerjasama dengan kerajaan dalam hal-hal yang berkaitan dengan seni lukis Malaysia di dalam dan di luar negara.

• Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 telah melahirkan guru-guru berijazah sebagai tenaga pengajar di institut, maktab, dan sekolah, serta mewujudkan ahli profesional yang lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus.

• Institut dan akademi swasta yang ditubuhkan di seluruh negara juga telah memberi sumbangan dalam melahirkan tenaga seni dalam pelbagai bidang tertentu.

• Badan-badan swasta seperti firma petroleum serta peminat seni daripada gologan berada telah mula membeli karya-karya pelukis tempatan untuk dijadikan koleksi simpanan. Hal ini menambahkan lagi semangat dan minat pelukis tempatan untuk menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu tinggi.

• Awal tahun 1980-an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan munculnya catan pemandangan yang naif, sambungan akademik aliran realisme, dan karya-karya yang kaya di rantau ini.

REDZA

PIYADASA

REDZA PIYADASA

REDZA PIYADASA

By. Alana @ elena

BIODATA TOKOH

• REDZA PIYADASA lahir pada tahun 1939 di Kuantan, Pahang.

• Berpendidikan awal di Sekolah Abdullah, Kuantan (1945-1956)

• Di Hornsey College of Art, London, England dari(1963 -1967) sehingga dianugerahkan Diploma in Art and Design (U.K.)

BIODATA TOKOH

• Beliau kemudiannya menjalani Post-Graduate Studies at the Art Department of the University of Hawaii, at Honolulu, Hawaii (1975-1977) dengan pengkhususan dalam bidang Asian Art History Studies dan Graduate Sculpture Studies sebelum dianugerahkan Master of Fine Arts Degree (M.F.A.).

• Piyadasa juga merupakan Graduate-Student Participant Culture Learning Institute, East-West Center, Honolulu dari tahun (1975-1977) yang di akhirnya diberi anugerah Graduate Certificate of the East-West Center

PENCAPAIAN REDZA PIYDASA

• Menerima anugerah Cambridge Overseas School Certificate dalam tahun 1957.

• Antara pencapaian tertinggi beliau adalah menerima Anugerah “PRINCE CLAUS AWARD” pada tahun 1998

SUMBANGAN REDZA PIYADASA

• Karya beliau mengenai budaya masyarakat Malaysia yang mempunyai budaya , tradisi dan warisan, sejarah.

• Redza Piyadasa bertanggungjawab mengisi suatu kelompongan seni yang serius.

• Piyadasa meneliti konteks kesenian serta hubungkaitnya untuk pengstrukturan semula tradisi serta nilai seni.

KARYA REDZA PIYADASA

The Haji Family by Redza Piyadasa (nationality: Malaysian).

Year: 1990.  Medium: Mixed media.  Size: 51 x 80cm.

The Haji

Family, 1990 • “The Haji Family” is from Redza Piyadasa’s Malaysia

Stories series, in which mixed media is used to depict a Malay family of various generations and origins, portrayed with the same rich cultural background, and strips of batik are overtly used to identify with the concept of being Malaysian. “The Haji Family” makes use of collage techniques, silk screen painting, with dye and acrylic hand-coloring on mounting.

KARYA REDZA PIYADASA

Seated Malay GirlBy Redza Piyadasa

Nationality: MalaysianYear: 1991

Medium: Mixed mediaSize: 33 x 64.8 cm.

• PIYADASA. An overview, 1962-2000 T.K Sabapathy Published by The National Art Gallery, Malaysia 2001 180 pages, Soft cover

• Language: English Price: RM65.00

• The first book-length study of one of the most significant artists in Southeast Asia, Redza Piyadasa. A leading artist, writer, curator and educator in Malaysia from the end of the 60s, the late Piyadasa helped to re-shape thinking on local and regional art practices both through his work and his writing. This book accompanied a major retrospective of the artist's work held at the National Art Gallery in Kuala Lumpur in 2001.

RUJUKAN• http://www.google.com.my/#hl=en&safe=off&tbo=d&output=search&sclient=psy-ab&q=kon

sep+seni+syed+ahmad+jamal&oq=konsep+seni+syed&gs_l=hp.1.0.35i39.3304.7813.0.9571.16.16.0.0.0.0.1793.12648.4-1j2j1j3j4.11.0.les%3B..0.0...1c.1.3.psy-ab.fG9aXGyU5BQ&pbx=1&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.&bvm=bv.42553238,d.bmk&fp=f6c5c6aebdf8a5c9&biw=1366&bih=705

• http://tiejay.tripod.com/artikel2.htm• http://www.arkib.gov.my/syed_ahmad_jamal• http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/07/koleksi-tetap-karya-almarhum-datuk

-syed.html• http://www.mmail.com.my/story/latiff-mohidin%E2%80%99s-%E2%80%98mindsc

ape%E2%80%99-series-art-auction-malaysia-sunday• http://catatan-latiffmohidin.blogspot.com/p/biodata-pengarang.html• http://pengajian-ipg.blogspot.com/2011/02/latiff-mohidin.html• http://www.postcolonialweb.org/singapore/arts/mixed/malaysia/redzapiyaddasa/

1.html• http://sendawamalaysia.blogspot.com/2008/09/redza-piyadasa.html• http://bonnipink.darkillusions.org/others/writing03.pdf• http://www.rogueish.asia/?page=1• Teks Lengkap Seni Visual (Kbsm Tingkatan 4&5). (Oxford Fajar)

SEKIAN TERIMA KASIH!!!

top related