tmk dalam lompat jauh
Post on 23-Jun-2015
2.714 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SUBJEK :TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
DALAM PENDIDIKAN JASMANI
PENSYARAH TMK : TUAN HAJI SAIFUL KADRI BIN ISMAILPENSYARAH PJ : EN. AZIZ BIN JAAFAR
PPISMP SEMESTER 2 (AMBILAN JUN 2011)
BAHASA MELAYU 1 (SK)
1. SEJARAH2. PERALATAN
DAN KELENGKAPAN
3. PERATURAN
4. LATIHAN ANSUR MAJU
8. RUJUKAN 7. LATIHAN
5. FASA & TEKNIK
6. VIDEO
Di kesan seawal tahun 708 sebelum masihi iaitu dalam Sukan Olimpik Kuno di Greece.
Lompatan sejauh 7.05 meter telah di buat oleh Chionis, peserta Sparta.
Salah satu daripada acara Olimpik pada zaman Yunani Purba.
PITA PENGUKUR
Pita ini digunakan untuk mengukur jarak
lompatan.
KASUT SPIKE
Kasut ini penting untuk larian dan sebagai perlindungan.
KAWASAN PENDARATAN
PAPAN PELEPAS
Saiz standard 1.22m panjang dan 20
cm lebar. Papan ini diletakkan satu meter dari hujung yang dengan kawasan
pendaratan. Biasanya diwarnakan
dengan warna putih.
Saiz standard kawasan pendaratan adalah 9 meter panjang
dan 2.75 meter lebar.
Jarak standard lorong larian adalah 45m x
1.22m.
LORONG LARIAN
1. Giliran atau susunan peserta untuk membuat lompatan hendaklah ditentukan menerusi undian yang dibuat sebelum pertandingan bermula.
2. Setiap lompatan peserta akan dikira berdasarkan jarak yang paling jauh salah satu daripada lompatan yang dibuat.
3. Dalam sesuatu pertandingan, jika terdapat lebih daripada lapan peserta, setiap peserta diberikan tiga lompatan dan mana-mana lapan peserta yang mempunyai lompatan yang terbaik dipilih untuk ke pusingan akhir. Dalam pusingan ini mereka diberikan tiga lompatan lagi. Jika lebih daripada seorang mempunyai jarak yang sama dalam menentukan peserta yang ke lapan terbaik, tiga lompatan tambahan diberikan. Sekiranya jumlah peserta kurang daripada lapan orang. Peserta yang membuat lompatan yang paling jauh tanpa batal dikira pemenang.
4. Seseorang peserta dikira melakukan kesalahan dalam situasi berikut :
a. Kaki peserta menyentuh tanah melebihi papan melonjak yang disediakan dengan mana-mana bahagian tubuhnya sebelum
lompatan dibuat.
b. Ketika membuat lompatan, kaki peserta memijak atau menyentuh kawasan di luar papan melonjak, iaitu di mana-mana sisi.
c. Menyentuh kawasan pendaratan semasa mendarat pada titik dibelakang tapak kaki.
d. Berundur melalui kawasan pendaratan selepas membuat lompatan.
e. Peserta menggunakan cara atau kaedah lompatan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang.
f. Peserta menggunakan sebarang alat bantuan atau sokongan lompatan.
5. Peserta tidak dianggap membuat kesalahan ketika membuat lompatan dari kawasan di belakang papan melonjak.
6. Ketika pertandingan berlangsung, peserta tidak dibenarkan menggunakan lorong lompat jauh untuk membuat percubaan atau latihan.
7. Ukuran jarak lompatan hendaklah dibuat pada titik sentuhan atau pendaratan paling dekat dengan garisan atau papan melonjak, tanpa mengira sama ada titik itu diperoleh menerusi pendaratan kaki atau mana-mana anggota tubuh peserta.
8. Bagi memastikan supaya setiap lompatan diukur dengan betul dan tepat, permukaan pasir di kawasan pendaratan hendaklah sama aras dengan permukaan yang melonjak.
9. Peserta hendaklah membuat larian di dalam lorong larian yang disediakan.
10. Peserta hendaklah membuat lompatan setelah isyarat diberikan oleh pegawai pertandingan.
LATIHAN 1
Berlari anak dan melangkah ke kawasan
mendarat. Ini dibuat secara berulang-ulang. Tetapkan tanda permulaan larian. Latihan ini adalah untuk memberi tumpuan
kepada pelajar untuk melakukan larian dengan langkah yang sama.
LATIHAN 2
Berlari dari tandaan dan melonjak tinggi. Lutut kaki bebas diangkat tinggi dan tangan
dihayun ke atas. Latihan ini akan dapat membantu pelajar merasai
keadaan yang sebenar semasa melonjak ke atas. Mereka hendaklah mencuba untuk membuat
lompatan tertinggi semasa latihan.
LATIHAN 3
Gunakan tali sebagai halangan. Para pelajar berlari dan
melonjak. Semasa berada di udara, kaki bebas di buka luas ke
hadapan. Mendarat secara mengangkang dengan kaki bebas
( kaki di sebelah hadapan ) mencecah tanah dahulu. Latihan ini untuk memastikan pelajar melonjak dengan
tinggi dan menggerakkan kakinya yang bebas ke hadapan semasa berada di fasa layangan.
LATIHAN 4
Ulang latihan 3. Gerakkan kaki lonjak ke hadapan bersama-sama dengan kaki bebas supaya pelompat mendarat dengan kedua-dua belah kakinya melunjur ke hadapan.
Tujuan latihan ini adalah untuk memahirkan pelajar supaya mendarat dengan betul.
LATIHAN 5
Berlari pantas (11 hingga 13 langkah), melonjak dan mendarat.
Guna dan sesuaikan tandaan untuk mencapai ketepatan melonjak.
Latihan ini merupakan latihan lompat jauh secara keseluruhan.
Terdapat 4 fasa dalam acara lompat jauh iaitu :
1. FASA PENUJUAN Lari menuju ke papan lonjak.
1. FASA LONJAKAN Melompat dari papan.
1. FASA LAYANGAN Badan berada di udara.
1. FASA PENDARATAN Sentuhan bahagian badan
dengan tempat mendarat.
Umumnya, terdapat 3 teknik atau gaya lompatan iaitu :
1. TEKNIK LAYAR Biasanya digunakan oleh pelompat yang
baru menceburkan diri dalam acara ini.
2. TEKNIK GANTUNG Gaya ini digunakan oleh novis dan juga
pakar.
3. TEKNIK TENDANG KAYUH Gaya ini yang hanya digunakan oleh
pakar sahaja.
Video 1 Video 2
LATIHAN
1. Adakah ukuran papan pelepas yang standard adalah 1.22 m panjang dan 20 cm lebar ?
2. Adakah peserta dikira melakukan kesalahan apabila kakinya memijak kawasan di luar papan melonjak, iaitu di mana-mana sisi ?
3. Adakah pita pengukur diperlukan untuk mengukur jarak lompatan ?
4. Adakah latihan ansur maju dapat meningkatkan kemahiran dalam acara lompat jauh ?
5. Adakah peserta dianggap melakukan kesalahan jika peserta tersebut berundur melalui kawasan pendaratan selepas membuat lompatan ?
YA TIDAK
YA
YA
YA
YA
TIDAK
TIDAK
TIDAK
TIDAK
SALAH
BETUL
Sidang Pengarang. (2006). Olahraga Acara-acara Padang Jilid 1. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd.
http://fatihatulhusna.blogspot.com/
http://notakuliahpismp.blogspot.com/2010/04/lompat-jauh.html
http://ws-or.blogspot.com/2011/04/suatu-akivitas-gerakan-yg-dilakukan-di.html
http://olahraga2u.wordpress.com/2009/10/11/lompat-jauh/
http://maswafi.blogspot.com/2008/03/pengenalan-pat-ke-navigasi-gelintar.html
SEKIAN, TERIMA KASIH.
KAMI BANGGA MENJADI GURU
top related