testimoni berniaga takaful - jutawantakaful.com 03 - ahmad fahrizal asmy.pdf · 2009 – berkat...
Post on 29-Mar-2019
236 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TESTIMONI BERNIAGA TAKAFUL
1999 – mendaftar sebagai wakil takaful dengan Takaful Nasional Sdn Bhd dengan Azizam
Agency di Alor Star. Niat untuk tambah pendapatan kerana gaji bekerja sebagai pengajar di
kolej swasta tidak mencukupi dalam RM1,500 sebulan untuk simpanan buat belanja kahwin.
Masa itu pernah dengar kalau berniaga insurans boleh jadi kaya sebab pernah ditunjukkan
contoh non-muslim jadi kaya buat insurans di Kuala Lumpur pada tahun 1996. Masa itu aset
yang ada hanyalah sebuah kereta tua Honda Civic ‘bullet’ 1100cc 1979.
2000 – beli kereta kancil 660 sebagai aset tahun itu. Komisyen berniaga takaful masih sedikit
tapi beri sedikit keyakinan untuk bayaran bulanan kereta ini. Komisyen berniaga takaful
adalah dapat dalam RM350 sebulan. Buat pun tak bersungguh patutlah dapat komisyen
banyak tu tapi belasah saja beli kancil nak buat kerja cari makan. Nanti aku tambahlah!
2003 – tukar aset kereta lebih selesa kerana kereta kancil sering rosak hingga bahayakan
nyawa anak isteri dan diri sendiri. Saya berazam tambah pendapatan melalui komisyen
berniaga takaful dan Alhamdulillah dapat beli aset ini. Masa tu komisyen berniaga takaful
dah naik sekitar RM1,100 sebulan.
2004 – beli aset rumah pertama di Alor Star guna komisyen berniaga takaful. Masa ini saya
buka mata yang penyata komisyen saya bank terima juga. Wahhh….ada nilai! Masa ni
dapatlah komisyen lebih kurang RM2,400 sebulan daripada Takaful Nasional Sdn Bhd.
2008 – teruskan berniaga takaful, anak dah ramai mula terfikir nak beri keselesaan mereka
naik kereta. Maka aku beli aset ini Toyota Wish 2.0. Komisyen ketika itu naik lagi sekitar
RM4,000 sebulan. Syarikat takaful yang aku wakili dah bergabung dengan Maybak Takaful
menjadi eTiQa Takaful Bhd. WOW!
2009 – berkat sabar dan tak mengalah dalam berniaga takaful, Azizam Agency & eTiQa
Takaful telah setuju menaikkan pangkat aku daripada wakil biasa kepada Agensi Manager
ketika itu. Terima kasih dan Alhamdulillah kepada semua. Yang masih tunggu tu elok lah
mula sekarang berusaha ubah ekonomi diri dan keluarga, belum terlambat lagi! Komisyen
masa ini bolehlah cukup makan dalam RM5,000 ke atas. Aku rasa aku naik dengan ‘slow and
steady’ dalam industri ini. Itu yang aku pilih, ada orang pilih nak drastik Berjaya. Terpulang
kepada pilihan masing-masing, janji berniaga tau!
2011 – beli aset ini untuk hadiahkan kepada ayah dan ibu yang banyak berkorban membela
saya sejak dari kecil. Apa salahnya mudahkan mereka bergerak ke sana sini buat aktiviti
mereka. Yang penting ada 2 ‘airbag’ dan kenderaan yang ayah saya minat. Kita anak ni
belikan aje lah jangan berkira sangat.
2012 – antara koleksi aset hasil komisyen berniaga takaful.
2012 – ini aset terkini yang saya beli hasil berniaga takaful. Sebenarnya apa yang kita
impikan boleh kita capai dengan berusaha ,fokus dan sabar. Berniaga takaful telah memberi
peluang untuk saya ubah ekonomi diri dan keluarga.
ADAP – merasa juga naik pentas
MELANCONG LUAR NEGARA – Singapura
IBADAH LUAR NEGARA – Umrah
KOMISYEN – Merasa juga dapat pendapatan seperti ini
TUGAS DALAM BERNIAGA TAKAFUL – membantu seramai mungkin masyarakat melalui
skim takaful
HARAPAN – melalui perniagaan takaful saya berharap dapat mengubah ekonomi diri,
keluarga dan generasi saya yang akan datang. Saya mesti bekerja keras untuk membuktikan
ummat Islam tidak lemah berbanding agama lain. Industri takaful memberi ruang saya
membuktikannya. Jom bersama-sama!
AHMAD FAHRIZAL ASMY
Agensi Director
eTiQa Takaful Bhd
Wilayah Utara – Perlis, Kedah & Pulau Pianang
Tel.: 013-4888 900
Emel: fahrizal.etiqatakaful@gmail.com
Fb : Fahrizal Asmy Takaful
top related