giro takaful impian

14
Giro Takaful Impian Berikan anak anda inspirasi untuk CAPAI YANG TERBAIK

Upload: dohanh

Post on 29-Jan-2017

271 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Giro Takaful Impian

Giro Takaful Impian

Berikan anak anda inspirasi untuk CAPAI

YANG TERBAIK

Page 2: Giro Takaful Impian

Berikan hanya YANG TERBAIK untuk masa depan anak anda

Sebagai ibu atau bapa, pendidikan yang baik adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda. Dengan peningkatan kos pendidikan di universiti dan ketidakpastian di dalam kehidupan, adalah penting untuk merancang sebaik mungkin bagi memastikan pendidikan anak anda tidak terjejas oleh halangan-halangan dari segi kewangan.

Dengan Giro Takaful Impian, anda harus yakin bahawa anda telah menyediakan asas yang kukuh untuk anak anda. Pelan ini juga memberi ganjaran kepada anak anda untuk pencapaian akademik yang cemerlang melalui manfaat istimewa, Bonus EduSmart.

Page 3: Giro Takaful Impian

Pelan yang memberikan perlindungan untuk anak anda dan ganjaran untuk kecemerlangan

Pilihan untuk umur tamat tempoh

Anda boleh memilih pelan untuk tamat tempoh pada umur 25, 80 atau 100.

Pelbagai jumlah untuk perlindungan Takaful

Anda boleh memilih dari pelbagai jumlah perlindungan bagi manfaat kematian dan hilang upaya tanpa menjejaskan jumlah sumbangan anda.

Tingkatkan perlindungan Takaful anak anda

Tingkatkan perlindungan asas anak anda dengan menambah pelbagai manfaat tambahan yang disediakan seperti manfaat penyakit kritikal, perubatan dan penyumbang.

Bina dana pendidikan

Dana Takafulink Dana Urus PruBSN yang mematuhi Syariah memberi potensi pulangan yang lebih tinggi berbanding akaun simpanan bank dalam jangkamasa panjang.

Pilihan pengeluaran dana

Buat pengeluaran untuk memenuhi keperluan kewangan anda pada bila-bila masa (pengeluaran minimum sebanyak RM1,000 dan baki selepas pengeluaran adalah sekurang-kurangnya RM1,000).

Pengecualian cukai

Sijil ini melayakkan anda menerima pengecualian cukai pendidikan sehingga RM3,000 setahun1.

Dapatkan Bonus Loyalti1

Dapatkan bonus loyalti bernilai 5% daripada sumbangan2 perlindungan tahunan anda selepas lengkap tahun sijil ke-10, dan seterusnya setiap 3 tahun selepas itu.

1

1 Tertakluk kepada terma dan syarat. 2 Ini adalah sumbangan yang diperuntukkan ke dalam Akaun

Unit Perlindungan (PUA) anda.

Page 4: Giro Takaful Impian

Anugerah kecemerlangan akademik

Bonus EduSmart3 menganugerahkan anak anda untuk kecemerlangan akademik sepanjang tahun-tahun pengajiannya. Semakin tinggi sumbangan anda dalam pelan ini, lebih tinggi anugerahnya.

Peperiksaan

Anugerah (% daripada sumbangan

perlindungan tahunan)

Contoh Pembayaran4

Pencapaian Minimum yang

Diperlukan

UPSR 50% RM600 5A

PT3 100% RM1,200 7A

SPM 150% RM1,800 8A

STPM atau STAM

150% RM1,800 4A

GCSE 150% RM1,800 5A

A-Level 150% RM1,800 3A

IB 150% RM1,800 42 mata

Diploma atau Ijazah

200% RM2,400 3.5 PNGK atau Kelas Pertama

Nota:Senarai peperiksaan bergantung kepada senarai peperiksaan peringkat kebangsaan seperti yang diisytiharkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk peringkat Diploma atau Ijazah, PruBSN akan membayar untuk kursus yang ditawarkan oleh universiti awam di Malaysia, kursus yang diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. PruBSN berhak untuk menukar peratusan pembayaran Bonus EduSmart pada bila-bila masa dengan memberi anda notis sembilan puluh (90) hari.

3 Tertakluk kepada terma dan syarat.4 Berdasarkan sumbangan perlindungan tahunan berjumlah

RM1,200.

Page 5: Giro Takaful Impian

Perlindungan Asas

Kematian Jumlah perlindungan dan baki selebihnya di dalam akaun anda akan dibayar jika anak anda kehilangan nyawa.

Hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD)

Jumlah perlindungan akan dibayar apabila anak anda hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum berumur 70 tahun atau tamat tempoh sijil, yang mana terdahulu.

Manfaat-manfaat sebelum umur 5 tahun

Jika berlaku penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa sebelum umur 5 tahun, jumlah perlindungan asas yang dikurangkan akan dibayar seperti berikut. Ini dinamakan lien juvenil.

Umur 1 2 3 45 dan

ke atas

Peratusan Jumlah Perlindungan Asas yang Dibayar

20% 40% 60% 80% 100%

Manfaat Kematangan

Baki nilai dalam akaun anda akan dibayar apabila pelan matang.

Penyerahan Baki nilai dalam akaun anda akan dibayar apabila anda menyerahkan sijil anda.

Page 6: Giro Takaful Impian

Bagaimana anda boleh tingkatkan perlindungan Giro Takaful Impian anda

Tingkatkan lagi pelan perlindungan anak anda dengan menyertakan manfaat-manfaat tambahan5 berikut.

Perlindungan terhadap penyakit kritikal

Dapatkan bantuan kewangan untuk 36 penyakit kritikal melalui Crisis Shield.

Dapatkan perlindungan perubatan dan kesihatan

Dapatkan pendapatan harian untuk kemasukan hospital dengan Hospital Benefit atau dapatkan manfaat pendapatan harian untuk kemasukan hospital dan manfaat tunai untuk pembedahan dengan Medical Cover.Untuk lebih perlindungan perubatan yang merangkumi pembedahan hari dan rawatan kecemasan bagi kecederaan disebabkan kemalangan, dapatkan Medic Essential.

Pastikan perlindungan berterusan

Rider-rider Contributor akan memberi anda ketenangan minda kerana pelan anak anda akan diberikan perlindungan berterusan jika anda mengalami hilang upaya, penyakit kritikal atau kehilangan nyawa apabila anda menyertakan Parent Contributor dan Takaful Saver Parent Contributor.

Tingkatkan dana simpanan anda

Melabur dengan Takaful Saver untuk membina dana pendidikan anak anda dengan lebih cepat. Anda juga boleh membuat Penambahan Sumbangan Tunggal pada bila-bila masa anda ingin berbuat demikian.

5 Penyertaan manfaat-manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pengunderaitan dan sumbangan tambahan.

Page 7: Giro Takaful Impian

Pilih pakej Giro Takaful Impian yang sesuai untuk anak anda dengan mudah

Pakej berikut disediakan untuk kemudahan anda. Anda boleh memilih pakej yang sesuai dengan kehendak dan kemampuan anda. Eksekutif Perancang Kewangan kami sentiasa bersedia membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik untuk anda.

Pilih Apakah keperluan anak anda?

Pelan A Perlindungan asas + pelaburan minimum + perlindungan perubatan asas + perlindungan berterusan

Pelan B Perlindungan asas + pelaburan sederhana + perlindungan penyakit kritikal asas + perlindungan perubatan tambahan + perlindungan berterusan

Pelan C Perlindungan asas + pelaburan tinggi + perlindungan penyakit kritikal lebih tinggi + perlindungan perubatan secukupnya + perlindungan berterusan

Perlindungan

Manfaat Pelan A Pelan B Pelan C

Perlindungan Asas RM50,000 RM50,000 RM60,000

Crisis Shield – RM25,000 RM30,000

Hospital Benefit 2 unit – –

Medical Cover – 2 unit –

Medic Essential – – Pelan 150

Parent Contributor Ya Ya Ya

Takaful Saver Parent Contributor Ya Ya Ya

Page 8: Giro Takaful Impian

Sumbangan Bulanan6

Jadual 1 Pelan A Pelan B Pelan C

Sumbangan Perlindungan RM50 RM55 RM120

Sumbangan Pelaburan (Takaful Saver)

RM20 RM30 RM40

RM70 RM85 RM160

Jadual 2 Pelan A Pelan B Pelan C

Sumbangan Perlindungan RM55 RM65 RM125

Sumbangan Pelaburan (Takaful Saver)

RM20 RM30 RM40

RM75 RM95 RM165

Jadual 3 Pelan A Pelan B Pelan C

Sumbangan Perlindungan RM60 RM90 RM135

Sumbangan Pelaburan (Takaful Saver)

RM20 RM30 RM40

RM80 RM120 RM175

6 Untuk anak-anak yang berumur 1 hingga 15 pada waktu penyertaan, pelan tersebut tamat pada umur 25. Untuk anak-anak yang berumur 16 hingga 18 pada waktu penyertaan, pelan tersebut tamat pada umur 80. Sumbangan bulanan adalah berdasarkan kes-kes standard untuk lelaki tidak merokok dan amaun sumbangan mungkin berbeza bergantung kepada umur anak.

Untuk anak berumur 1 hingga 18 tahun dan ibu atau bapa yang berumur 19 hingga 40 tahun pada waktu penyertaan

Untuk anak berumur 1 hingga 18 tahun dan ibu atau bapa yang berumur 41 hingga 45 tahun pada waktu penyertaan

Untuk anak berumur 1 hingga 18 tahun dan ibu atau bapa yang berumur 46 hingga 50 tahun pada waktu penyertaan Jumlah

Sumbangan

JumlahSumbangan

JumlahSumbangan

Page 9: Giro Takaful Impian

Apakah Giro Takaful Impian?

Giro Takaful Impian ialah satu pelan berkaitan-pelaburan sumbangan berkala yang matang apabila anak anda mencapai usia 25 tahun. Anda juga mempunyai pilihan untuk pelan anak anda matang pada umur 80 atau 100. Pelan ini bukan sahaja memberi perlindungan untuk dana pendidikan anak anda dan kesejahteraan diri, ia juga cukup fleksibel untuk memenuhi keperluan anak anda yang berubah-ubah.

Bagaimanakah saya boleh membuat tuntutan untuk Bonus EduSmart?

Anda boleh membuat tuntutan Bonus EduSmart apabila anak anda mencapai keputusan peperiksaan minimum yang ditetapkan dengan mengikut langkah-langkah berikut:1. Pastikan bayaran sumbangan anda adalah terkini.2. Buat satu salinan yang disahkan benar bagi sijil peperiksaan

asal.3. Serahkan salinan di mana-mana cawangan PruBSN di

seluruh negara.4. Selepas ia disahkan, kami akan memberikan anda cek untuk

pencapaian anak anda.

Bagaimanakah dana-dana saya diurus?

Giro Takaful Impian akan membantu anda membina simpanan dengan melabur dalam dana Takafulink Dana Urus PruBSN.

Takafulink Dana Urus ialah sebuah dana terurus yang bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa sederhana ke panjang. Ini dicapai dengan pelaburan dalam saham dan sekuriti yang diluluskan Syariah melalui dana Takafulink Dana Ekuiti dan dana Takafulink Dana Bon PruBSN dan dalam mana-mana dana Takafulink lain yang mungkin disediakan pada masa hadapan.

Dana ini sesuai jika anda bertujuan untuk melabur dalam dana berisiko sederhana ke tinggi untuk lingkungan pelaburan jangka masa sederhana ke panjang.

Siapakah boleh menyertai Giro Takaful Impian?

Anda boleh menyertai pelan ini untuk anak anda seawal umur 2 minggu sehingga umur 18 tahun.

Page 10: Giro Takaful Impian

7 Ini adalah caj untuk sijil yang bertempoh 20 tahun atau lebih. Untuk sijil yang mempunyai tempoh kurang daripada 20 tahun, ia akan dikurangkan sewajarnya. Sila rujuk kepada ilustrasi pelan untuk maklumat yang lebih terperinci.

Apakah caj-caj yang terlibat dalam Giro Takaful Impian?

Giro Takaful Impian adalah berlandaskan model Wakalah Bil Ajr di mana sumbangan anda akan dimasukkan ke dalam akaun anda setelah kami mengambil sebahagian daripadanya sebagai caj wakalah. Ini adalah yuran bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan.

Butiran mengenai caj wakalah dan lain-lain caj berkaitan disenaraikan seperti dalam jadual di bawah.

Jenis caj Butiran caj

Caj wakalah pendahuluan

Caj ini digunakan untuk membayar komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta perbelanjaan pengurusan. Caj sebagai peratusan7 daripada sumbangan perlindungan anda seperti yang ditunjukkan di bawah.

Tahun sijil 1 2 3 4 5 – 67 dan

ke atas

Caj wakalah pendahuluan

65% 40% 30% 20% 10% 0%

Untuk Takaful Saver, caj wakalah pendahuluan ialah 5% sepanjang tempoh sijil. Bagi Penambahan Sumbangan Tunggal, caj 5% dikenakan untuk setiap penambahan dan tambahan RM25 bagi penambahan kurang daripada RM5,000.

Caj perkhidmatan Caj perkhidmatan adalah RM6 sebulan untuk bayaran melalui tunai atau cek sementara caj untuk cara bayaran lain adalah RM5. Ini adalah untuk perbelanjaan perkhidmatan sijil.

Page 11: Giro Takaful Impian

8 Amaun sebenar bagi lebihan yang boleh diberikan akan diputuskan secara tahunan dan tertakluk kepada kelulusan daripada Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah Prudential BSN Takaful Berhad.

Caj pengurusan aset

Kami mengenakan caj ini pada kadar harian daripada nilai akaun pelaburan anda untuk menampung kos pengurusan pelaburan anda.

Takafulink Dana Urus

1.3% setahun

Tabarru’ Kami menolak suatu amaun setiap bulan berdasarkan umur, jantina, status kesihatan, pekerjaan (jika berkenaan), dan jumlah perlindungan sepanjang tempoh perlindungan.

Adakah saya akan menerima sebarang lebihan daripada pelan ini?

Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50%8 daripada lebihan yang boleh diberikan (jika ada) pada setiap tahun. Baki sehingga 50%8 dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana Tabarru’. Bahagian lebihan anda yang boleh diberikan akan dimasukkan semula ke dalam PUA anda.

Page 12: Giro Takaful Impian

Nota-nota Penting

• Risalah ini bukan merupakan satu kontrak di antara anda dan Prudential BSN Takaful Berhad. Terma dan syarat yang lengkap boleh didapati dalam dokumen sijil. Sila minta sampel terma-terma dan syarat-syarat jika anda perlukan maklumat terperinci mengenai pelan tersebut.

• Risalah ini diterbitkan hanya untuk maklumat dan tidak berkaitan dengan matlamat-matlamat kewangan, situasi dan keperluan mana-mana individu tertentu.

• Dalam risalah ini, Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir akan Datang, melainkan dinyatakan sebaliknya.

• Ini adalah satu produk takaful dan terikat pada prestasi aset-aset asas, dan ia bukan suatu produk pelaburan tulen seperti amanah saham.

• Untuk Giro Takaful Impian, anda berhak menerima pelepasan cukai pendidikan berkaitan dengan sumbangan anda sehingga RM3,000 setahun sehingga anak anda berumur 25 tahun. Pada pemindahan pemilikan, anak anda akan berhak untuk menerima pelepasan cukai perubatan/hayat sehingga RM6,000. Pelepasan cukai adalah tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

• Pulangan daripada pelaburan anda adalah didasarkan pada prestasi sebenar dana dan ia tidak dijamin.

• Risiko pelaburan dana anda ditanggung sepenuhnya oleh anda dan manfaatnya mungkin kurang daripada jumlah sumbangan anda.

• Anda hendaklah terus membayar sumbangan anda secara tetap sehingga pelan anda matang bagi memastikan bahawa anda atau anak anda dilindungi sepenuhnya di bawah pelan ini pada setiap masa. Kegagalan untuk berbuat demikian mungkin menyebabkan perlindungan anda tamat sebelum masanya.

• Giro Takaful Impian tidak menyediakan sebarang amaun manfaat dari Dana Tabarru’ pada penamatan, tamat tempoh atau kematangan sijil.

• Yuran dan caj-caj pelan mungkin berlainan dari masa ke semasa, di mana notis 90 hari akan diberikan kepada anda.

• Pelan ini boleh dibatalkan melalui permohonan bertulis kepada kami dalam tempoh lima belas (15) hari daripada penghantaran dokumen sijil, yang mana kami akan membayar balik sumbangan yang tidak diperuntukkan, sebarang caj Tabarru’ dan perkhidmatan yang telah ditolak daripada sumbangan yang diterima daripada anda termasuk baki nilai unit di dalam akaun anda ditolak sebarang perkhidmatan perubatan oleh PruBSN semasa membuat penilaian risiko di bawah sijil.

Page 13: Giro Takaful Impian

• Mengambil bahagian di dalam pelan takaful berkaitan-pelaburan adalah satu komitmen jangka panjang. Penamatan awal sijil selalu melibatkan kos yang tinggi dan nilai serahan yang mungkin kurang daripada jumlah sumbangan yang dibayar.

• Bonus loyalti adalah tidak dijamin. Ianya dibayar semata-mata atas budi bicara kami dan tertakluk kepada terma dan syarat yang perlu dipenuhi oleh peserta untuk menjadi layak.

Pengecualian

Giro Takaful Impian tidak melindungi situasi berikut. Sekiranya salah satu daripadanya berlaku, manfaat yang ditawarkan di bawah pelan TIDAK AKAN dibayar kepada anda.• Jika berlaku kehilangan nyawa akibat bunuh diri dalam

tempoh satu tahun dari tarikh permulaan sijil.• Jika hilang upaya kekal dan menyeluruh berlaku akibat

percubaan membunuh diri atau mencederakan diri sendiri.• Jika hilang upaya kekal dan menyeluruh berlaku kerana

anda terlibat di dalam aktiviti udara berbahaya (termasuk payung terjun dan penerjunan udara) melainkan anda adalah sebahagian daripada anak kapal atau penumpang yang membayar di dalam pesawat komersial berlesen yang beroperasi pada laluan biasa dan ditetapkan.

• Jika anda tidak mendedahkan maklumat penting seperti penyakit sedia ada dan sebagainya semasa anda memohon pelan ini.

• Jika kemasukan ke hospital disebabkan oleh penyakit yang bermula dalam tempoh 30 hari daripada tarikh sijil.

• Jika simptom penyakit kritikal bermula dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh sijil untuk angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari, kanser, pembedahan pintasan arteri koronari, serangan jantung atau penyakit arteri koronari serius sementara tempoh 30 hari untuk mana-mana penyakit kritikal lain.

Ketahuilah bagaimana untuk melindungi diri dan keluarga anda melalui satu pelan yang menyeluruh dan sesuai yang direka khas untuk anda. Dapatkan pelan yang sesuai untuk anda dan keluarga daripada kami. Hubungilah Eksekutif Perancang Kewangan kami atau kunjungi cawangan BSN yang berdekatan dan dapatkan perlindungan yang sesuai untuk diri anda hari ini.

Page 14: Giro Takaful Impian

Dana Takafulink dilaburkan ke dalam saham dan sekuriti yang berlandaskan Syariah.

Giro Takaful Impian adalah produk yang berasaskan Syariah.

Pelan ini ditaja jamin oleh:

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:

Prudential BSN Takaful Berhad merupakan Pengendali Takaful yang berdaftar di bawah Akta Takaful 1984 dan di kawalselia oleh Bank Negara Malaysia.

Untuk keterangan lanjut/pertanyaan, sila hubungi:

Prudential BSN Takaful Berhad (740651-H)Tingkat 8A, Menara Prudential, No. 10, Jalan Sultan Ismail,

50250 Kuala Lumpur.Tel (603) 2053 7188 Faks (603) 2072 6188

E-mel: [email protected]

layari: www.prubsn.com.my

Bank Simpanan NasionalWisma BSN, 117 Jalan Ampang

50450 Kuala LumpurTel:1300 88 1900

www.mybsn.com.my

Penting: Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampu memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mampu bayar.

Semua maklumat adalah betul semasa percetakan. Dicetak 1 April 2016.