terapi pertuturan
Post on 05-Dec-2014
239 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Terapi pertuturan, yang dibantu oleh ahli patologi pertuturan, membantu seseorang
memperbaiki kebolehannya berkomunikasi; ini termasuk pertuturan, iaitu bagaimana
bunyi dibentuk, dan bahasa, yang melibatkan pemahaman dan pemilihan perkataan
yang sesuai.
Bagaimana ia membantu
Strok yang terjadi di sebelah kiri otak boleh menjejaskan kebolehan bertutur dan
bahasa, di samping pergerakan di sebelah kanan tubuh. Matlamat utama terapi
pertuturan adalah untuk memulihkan semula kebolehan mangsa berkomunikasi dengan
tepat, dengan melatih bahagian-bahagian berikut:
1. Pertuturan – seorang mangsa strok dengan masalah pertuturan mempunyai
kesukaran membentuk bunyi yang dapat difahami orang lain.
2. Bahasa – adalah penggunaan simbol, seperti perkataan, nombor atau gerak
isyarat yang mempunyai makna. Seorang mangsa strok mungkin menghadapi
kesukaran memahami atau memilih perkataan atau nombor atau gerak isyarat
yang betul.
3. Kognisi (Pengamatan), atau kemahiran berfikir – untuk berkomunikasi dengan
tepat dengan orang lain, seorang mangsa strok perlu mampu menumpukan
perhatian, dan menggunakan beberapa kemahiran berfikir.
4. Menelan – seorang mangsa strok mungkin menghadapi kesukaran mengawal
lidah dan menelan. Otot-otot lidah dan tekak adalah yang sama digunakan untuk
membuat bunyi. Oleh itu, terapi yang membantu pertuturan juga boleh
membantu kebolehan menelan.
Terapi Pertuturan(G 5.4)
DEFINISI TERAPI PERTUTURAN
MASALAH PERTUTURAN YANG DIALAMI OLEH MURID BERKEPERLUAN KHAS
Murid-murid berkeperluan khas mempunyai pelbagai masalah sama ada
ketidakupayaan, kecacatan, halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan
dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Mereka terdiri daripada pelbagai
masalah dalam pembelajaran. Sehubungan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-
murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan tersebut. Oleh yang
demikian, setiap murid Pendidikan Khas yang mempunyai kelemahan, kecacatan,
halangan atau rintangan tertentu yang mengganggu mereka menjalani kehidupan
seharian atau pembelajaran harus melibatkan diri dalam terapi yang sesuai.
Terdapat pelbagai jenis dan bentuk terapi yang boleh membantu mereka dalam setiap
kekurangan tersebut. Sebagai contoh, jika murid berkenaan mempunyai masalah dalam
pertuturan, dia boleh menjalani terapi pertuturan. Jika dia menghadapi masalah dalam
pergerakan motor kasar atau halus (psikomotor), dia boleh didedahkan dengan terapi
fisio atau cara kerja.
Pelaksanaan kaedah terapi ke atas murid haruslah dilakukan oleh mereka yang
berpengalaman dan berpengetahuan seperti doktor atau pakar kesihatan.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa terapi yang boleh dijalankan sendiri oleh ibu
bapa dan guru seperti terapi muzik, terapi seni, terapi pertuturan dan terapi pergerakan.
Namun begitu, untuk menjalankan terapi tersebut, pihak berkenaan haruslah
mendapatkan maklumat atau pengetahuan yang sesuai sama ada melalui pembacaan
atau rujukan pada pakar.
TERAPI
Sebenarnya terapi merupakan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah
menghadapi sebarang penyakit atau kecederaan ( Kamus Perubatan Mosby, 2001). Ini
bermaksud terapi sangat berkait rapat dengan rawatan yang membantu seseorang
pulih semula dari kecederaan atau masalah yang dialami.
Bagaimanapun, di dalam konteks pendidikan pula, terapi adalah kaedah untuk
membantu seseorang murid untuk bergerakbalas terhadap sesuatu aktiviti atau
kemahiran. Hal ini meliputi pelbagai kaedah yang digunakan oleh guru bagi membantu
murid memberi tindak balas terhadap proses pembelajaran.
PERTUTURAN
Pertuturan adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat
pertuturan (artikulasi). Menurut Kamarudin Hj. Husin (1987), pertuturan juga merupakan
kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa manusia.
Pertuturan juga boleh bermaksud bercakap , hasil daripada percakapan , apa yang
dituturkan , bahasa sesuatu negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah
wilayah atau tempat.
TERAPI PERTUTURAN
Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh
seseorang individu. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor fizikal atau mental.
Contohnya, masalah fizikal kanak-kanak seperti sumbing. Selain itu, ia juga melibatkan
aktiviti yang dijalankan untuk membantu individu yang bermasalah. Latihan atau
intevensi yang dilaksanakan untuk meningkatkan semua aspek komunikasi seperti
pengunaan bahasa isyarat dan simbol-simbol bergambar.
Terapi pertuturan juga merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid
yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia
bertujuan untuk membantu murid menghasilkan bunyi bunyi bahasa dan melatih murid-
murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu. Sekiranya
murid gagal membunyikan perkataan, guru boleh memulakan pengajaran dengan
melakukan terapi terlebih dahulu.
Kebiasaanya, guru akan memulakan latihan atau intevensi awal supaya dapat
membantu murid. Antara contoh aktiviti terapi pertuturan yang boleh dilakukan oleh
guru ialah latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air dan mengetap bibir.
KEPENTINGAN TERAPI PERTUTURAN(G 5.4)
Terapi pertuturan merupakan salah satu aktivti yang membantu murid untuk
mempunyai masalah dengan alat artikulasi mereka seperti gagap, sengau, sumbing
dan sebagainya.
Terdapat beberapa kepentingan terapi pertuturan ini, antaranya ialah, pertama
melatih murid menguasai kemahiran tertentu. Sebagai contoh, jika terapi pertuturan
dijalankan, kita dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur khususnya.
Murid akan dapat bertutur dengan lebih baik dari semasa ke semasa jika terapi ini terus
dijalankan.
Kedua, membantu murid menghasilkan bunyi bahasa. Hal ini bermaksud, terapi
pertuturan ini dapat membantu murid mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa yang lebih
bermakna. Kebanyakkan murid yang mengalami masalah pertuturan akan
mengeluarkan bunyi yang kurang difahami oleh orang lain. Dengan pelaksanaan terapi
pertuturan, murid dapat menghasilkan bunyi bahasa yang lebih bermakna.
Ketiga, meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial. Hal ini bermaksud,
terapi pertuturan ini dapat meningkatkan keyakinan murid untuk berhadapan dengan
orang lain. Sebagai contoh, jika murid yang mengalami masalah pertuturan, sifat
rendah diri mereka untuk bergaul dengan orang lain akan kurang. Apabila mereka
dapat bertutur walaupun bukan sepenuhnya, tahap keyakinan mereka untuk bergaul
dengan orang lain akan meningkat. Selain itu, tahap kognitif mereka juga akan
meningkat daripada pengalaman bergaul denga orang lain.
Keempat, meningkatkan tahap keupayaan murid. Hal ini bermaksud, tahap
keupayaan murid khususnya bertutur akan lebih meningkat. Sebagai contoh, apabila
murid yang mengalami masalah pertuturan dapat bertutur, hal ini akan memberi kesan
positif dalam diri murid termasuk tahap keupayaan murid dalam bidang lain seperti
pelajaran.
Kelima, membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi. Hal ini bermaksud,
terapi pertuturan ini dapat membantu merangsang alat-alat pertuturan murid dan
meningkatkan tahap komunikasi murid-murid yang mengalami masalah pertuturan.
Sebagai contoh, apabila terapi pertuturan dilakukan, secara langsung alat-alat
pertuturan seperti mulut, lidah, gigi dan gusi akan bergerak dan bertindak balas antara
satu sama lain. Hal ini akan membantu murid-murid bertutur dengan cara yang lebih
baik dan berkesan. Selain itu, apabila murid-murid sudah mula menggunakan alat-alat
pertuturan dengan betul, hal ini akan membantu murid-murid berkomunikasi dengan
lebih baik.
Keenam, membantu murid menyampaikan maklumat kepada individu lain. Hal ini
bermaksud, terapi pertuturan ini dapat membantu murid-murid menyampaikan
maklumat dengan betul kepada orang lain dan meluahkan perasaan mereka dengan
cara yang betul. Sebagai contoh, apabila murid-murid bermasalah pertuturan sudah
mula pandai bertutur, mereka akan meluahkan perasaan mereka dengan orang yang
bersesuaian. Apabila mereka mahu makan, mereka akan beritahu dan tidak terus
mencapai makanan yang mereka mahu.
Ketujuh, membantu meningkatkan kemahiran sosial. Hal ini bermaksud, terapi
pertuturan ini akan meningkatkan kemahiran sosial murid-murid. Murid-murid akan
tahu kemahiran sosial dengan lebih baik. Sebagai contoh, mereka akan tahu cara
untuk bercakap pada tempat dan situasi yang sesuai. Hal ini juga bermaksud, mereka
akan dapat menyesuaikan diri dengan mudah dan lebih baik apabila bergaul dengan
orang lain.
Kelapan, memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri. Hal ini bermaksud, murid-
murid akan dapat meingkatkan diri dalam hidup dan dan dalam pergaulan apabila terapi
pertuturan ini berkesan. Sebagai contoh, apabila mereka dapat bertutur dengan lebih
baik, peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan pada tahap yang lebih tinggi akan
wujud dan keyakinan mereka
ALAT-ALAT YANG DIGUNAKAN DALAM TERAPI PERTUTURAN
Alat terapi pertuturan diberikan kepada individu yang mengalami masalah
ketidakupayaan bertutur atau mengeluarkan suara dengan baik seperti berikut:
§ i) Kecelaruan perkembangan bahasa
§ iiK0ecelaruan bahasa perolehan
Kecelaruan bunyi pertuturan
Masalah pendengaran
Kecelaruan suara
Kecelaruan resonan/ sengau
Kecelaruan kelancaran pertuturan
Masalah penelanan dewasa/ kanak-kanak (Dysphagia)
Kecelaruan deglutasi (feeding)
Antara alat-alat terapi yang biasanya digunakan sebagai terapi pertuturan ini ialah:
§ Wisel
§ Bola ping pong
§ Straw
§ Peniup hari jadi
§ Lilin
§ Kertas
Wisel
Straw
Peniup hari jadi(paper blower)
bola ping pong
Lilin
Kertas
Alat-alat berikut digunakan dengan cara murid membuat aktiviti meniup alat-alat
menggunakan mulut bagi melatih pergerakan dan keupayaan mulut mereka. Antara
aktiviti terapi yang boleh dilakukan menggunakan alat-alat berikut ialah:
§
M
eni
up belon dan wisel serta peniup hari jadi
§ Meniup lilin yang dinyalakan api
§ Meniup bola ping pong dalam bekas berisi air
§ Meniup straw di dalam cawan yang berisi air
§ Meniup kertas di dalam air.
§ Meniup kertas untuk mengeluarkan bunyi seperti wisel.
§ Menyedut air menggunakan straw.
Selain itu, banyak alternatif moden yang boleh digunakan untuk mengurangkan atau
merawat masalah pertuturan kanak-kanak. Alat-alat bantuan pertuturan ini
kebiasaannya disediakan oleh pakar pertuturan di hospital tertentu. Antaranya alat
terapi dan kaedah yang digunakan ialah:
1. Penilaian awal bahasa dan pertuturan.
Penilaian ini merupakan penilaian asas bagi kanak-kanak yang bermasalah pertuturan
dan bahasa.
2. Set kemahiran mendengar dan bertutur.
Set ini menggunakan alat permainan dan bahan bantu mengajar yang mengandungi
langkah-langkah untuk membantu kanak-kanak bermasalah dalam mendengar dan
bertutur.
3. Buku membaca dengan kaedah S.I (dengan latihan).
Teknik membaca dengan latihan yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang
mempunyai perkembangan bahasa yang lewat.
4. Kad imbas berlamina.
Kad imbas berlamina yang menggunakan gambar-gambar objek di sekeliling kanak-
kanak bagi merangsang keupayaan bertutur mereka.
5. CD clipart.
Gambar objek dan kata kerja yang disedikan dalam bentuk JPEG boleh digunakan
untuk menarik minat kanak-kanak dalam pertuturan.
6. Kad imbas kaedah S.I.
Merupakan kad imbas yang bersaiz kecil dan dilaminakan supaya tidak mudah rosak
dan mudah dibawa ke mana sahaja bertujuan sebagai latihan sebutan dan bacaan
kanak-kanak pada bila-bila masa dan tempat.
7. Sticker pelbagai warna dan karektor.
Digunakan sebagai ganjaran dalam pembelajaran.
8. Aktiviti kraf.
Menggunakan pelbagai alatan seperti kain, kertas warna, butang, manik, tali manik,
mata, dawai bunga, gunting pelbagai corak, gam, jarum dan benang bertujuan
menggalakkan kanak-kanak sebut dan sentuh.
9. Hand puppet.
Puppet yang mulut dan tangannya boleh digerakkan untuk merangsang keinginan
kanak-kanak untuk bertutur.
10. Finger puppet.
Menggunakan puppet jari dengan watak haiwan untuk membantu merangsang
pertuturan.
11. Perisian Dr Speech.
Merupakan latihan dalam perisian komputer yang berbentuk interaktif, tersusun dan
mudah digunakan bagi membantu pengeluaran dan pengawalan suara.
12. Perisian nasal view.
Latihan yang digunakan untuk penilaian dan terapi kanak-kanak yang mengalami
masalah sengau dalam pertuturan.
13. Five.
Alat pengurut berbateri dengan tekstur berbeza digunakan di kawasan sekitar luar
mulut bagi kanak-kanak hiposensitif.
14. Echo Microphone.
Mikrofon yang menghasilkan gema apabila bercakap melaluinya. Alat ini dapat
menggalakkan kanak-kanak mengeluarkan suara.
Cara pelaksanaan terapi pertuturan
Melakukan Latihan Senaman Muka
1. Lidah
a. Gerakkan lidah ke atas
b. Gerakkan lidah ke bawah
c. Gerakkan lidah ke kanan
d. Gerakkan lidah ke kiri
2. Mulut
a. Buka mulut seluas mungkin
b. Tutup mulut
c. Buka dan tutup dengan pelahan-pelahan
d. Buka dan tutup mulut dari pelahan semakin laju.
3. Muka
a. Meniru riak muka berdasarkan gambar atau arahan.
4. Kunyah
Kawalan pernafasan
· Cara pernafasan menggunakan perut
· Tarik nafas kemudian tahan dan hembus
· Tarik nafas ikut hidung atau mulut dan hembus melalui hidung atau mulut.
· Latihan hembus kertas
· Hembus bola kertas ke arah gol
· Minum,sedut dan buat buih air menggunakan straw
· Tiup buih-buih
· Meniup peralatan muzik atau peralatan yang mengeluarkan bunyi
· Tiup wisel mengikut rentak
· Tiup belon mengikut tahap kesukaran
Kawalan suara
· Letak tangan di hadapan mulut
· Letak belakang tangan di bahagian leher
· Sebut fonem /a/i/u/ dalam masa 5 saat/10 saat/ 15 saat/ 20 saat.
Cara pelaksanaan pada tahap pra-pertuturan
Pandang mata
· Letakkan permainan berdekatan dengan mata klien. Ia bertujuan agar klien
melihat ke arah guru. Jika klien tidak memberikan perhatian, berhenti dan panggil
namanya sebelum memulakan aktiviti.
· Hentikan aktiviti sebelum klien kepenatan dan berikan ganjaran jika berjaya.
Vokalisasi
· Bermain dengan bunyi vokal untuk melatih pergerakan otot mulut yang
berkaitan dengan pertuturan.
· Apabila klien mengeluarkan bunyi , ulang semula penghasilan bunyi tersebut
atau memanjangkan bunyi tersebut sehingga menjadi satu perkataan.
· Pengendali terapi harus menggunakan nada yang berbeza supaya dapat
menarik minat klien untuk meniru.
Kekangan atau halangan dalam menjalankan terapi pertuturan
Halangan tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa faktor.
1. Guru
a. Guru pendidikan mempunyai pengetahuan yang cetek mengenai terapi pertuturan
dan tidak biasa melakukan terapi pertuturan semasa masa terapi untuk murid
pendidikan khas.
b. Guru malas untuk menjalankan terapi pertuturan sebaliknya menyerahkan tugas
tersebut kepada ibu bapa untuk dirujuk kepada pakar terapi.
c. Guru tidak berminat untuk menjalankan aktiviti terapi pertuturan dan menjalankan
terapi lain sewaktu masa terapi.
2. Bahan
a. Ketiadaan bahan yang sesuai dengan murid boleh menganggu proses terapi
pertuturan.
b. Penggunaan bahan bantu untuk terapi tidak mencukupi dengan bilangan murid
atau bahan yang mudah rosak.
3. Peruntukkan masa
a. Peruntukkan masa untuk proses terapi pertuturan yang tidak mencukupi.
b. Terdapat pelbagai murid yang memerlukan peruntukkan masa yang berbeza untuk
sesuatu aktiviti terapi pertuturan menyukarkan guru untuk mengendalikan proses terapi
pertuturan. (terdapat murid yang berasa bosan menunggu giliran atau menunggu untuk
ke tahap seterusnya kerana terdapat murid yang masih memerlukan masa yang lama
untuk sesuatu melaksanakan sesuatu aktiviti terapi pertuturan).
4. Sokongan ibu bapa
a. Ibu bapa tidak mahu memberikan kerjasama untuk meneruskan terapi pertuturan
dirumah sebaliknyan menyerahkan sepenuhnya kepada guru untuk menjalankan terapi
pertuturan.
b. Ibu bapa tiada masa untuk melaksanakan terapi pertuturan yang diajarkan oleh
guru supaya dijalankan kepada anak-anak mereka semasa berada dirumah.
5. Tingkah laku
a. Terdapat murid yang tidak mahu mengikuti aktiviti dalam terapi pertuturan.
b. Murid mempunyai tingkah laku yang disruptif dan disruktif semasa proses terapi
pertuturan.
c. Tidak mahu mengikuti arahan daripada guru atau ahli terapi.
Cadangan Terapi Pertuturan
Terapi pertuturan akan memberi kesan dengan cepat apabila keyakinan murid-murid
pendidikan khas untuk bertutur itu meningkat. Oleh itu sokongan dan galakan daripada
semua pihak perlu ada agar murid-murid pendidikan khas merasa dihargai dan tidak
dipinggirkan. Setiap usaha mereka perlu dihargai dan bukannya dipandang rendah
walaupun objektif yang ditetapkan itu gagal dicapai
Guru merupakan individu yang paling dekat dengan Murid-murid khas semasa di
sekolah. Guru perlu memantau dan merekod tahap kebolehan pertuturan setiap murid.
Sekiranya ada murid yang menunjukkan masalah lewat pertuturan,guru perlu
mengambil langkah intervensi dengan kadar segera.Oleh itu guru perlu memantau
perkembangan pertuturan murid. Hal ini penting untuk menjamin keberkesanan terapi
pertuturan yang dijalankan dan tindakan susulan yang bakal diambil berdasarkan
pencapaian murid. Guru juga perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai kaedah terapi
kerana setiap murid bermasalah pertuturan memerlukan pendekatan yang berbeza.
Ibu bapa perlu sentiasa bercakap dengan anak istimewa mereka. Semakin kerap
perbualan dan pertuturan berlaku,semakin banyak input dan perbendaharaan kata yang
didengar dan dikuasai oleh anak mereka. Kanak-kanak istimewa ini memerlukan lebih
banyak perhatian dan kasih sayang daripada semua orang. Oleh itu, ibu bapa perlu
mendengar setiap perkataan yang diluahkan dan jangan memperkecilkan kanak-kanak
bermasalah pertuturan ini kerana hal ini akan melemahkan semangatnya.
Persepsi negatif masyarakat terhadap murid-murid pendidikan khas yang mengalami
masalah pertuturan dan komunikasi ialah perkara biasa. Masyarakat perlu mempunyai
pengetahuan dan kesedaran akan hak murid-murid pendidikan khas ini untuk belajar
bertutur dan bercakap seperti manusia normal. Murid-murid masalah pertuturan tidak
sepatutnya dipinggirkan dan dilayan seperti orang asing. Mereka perlu dihargai agar
mereka lebih yakin dan tidak malu untuk berkomunikasi
Kempen kesedaran,seminar,taklimat mengenai masalah pertuturan yang dihadapi oleh
murid-murid bermasalah pertuturan perlu diadakan dengan lebih kerap lagi. Masih
ramai lagi golongan masyarakat yang tidak mengetahui akan kesedaran untuk
membantu golongan murid-murid bermasalah pertuturan ini. Masyarakat terus
berprasangka dan melabel murid-murid bermasalah komunikasi ini dengan pelbagai
label negatif. Media massa juga perlu memainkan peranan penting dalam menyebarkan
bahan-bahan ilmiah mengenai masalah pertuturan yang dihadapi oleh kanak-
kanak.Blog,laman web dan laman social juga boleh dimanfaatkan sebagai wadah untuk
menyampaikan mesej mengenai masalah pertuturan dalam kalangan kanak-kanak dan
bagaimana kita dapat membantu mereka.
KESIMPULAN TERAPI PERTUTURAN
Program terapi pertuturan merupakan satu program yang penting bagi membantu
kanak-kanak bermasalah pertuturan dan komunikasi untuk bertutur. Guru pendidikan
khas perlu didedahkan proses mendapatkan perkhidmatan,proses pengesanan awal,
pengetahuan asas terapi pertuturan agar langkah-langkah yang perlu diambil
bersesuaian dengan keperluan murid. Guru memainkan peranan penting mengesan
sebarang masalah komunikasi dalam kalangan muridnya. Guru perlu menjalankan ujian
diagnostik bagi mengenalpasti tahap dan kebolehan murid untuk berkomunikasi.
Pemantauan secara berterusan oleh guru terhadap perkembangan komunikasi murid
bertujuan untuk mengetahui tahap murid dan mengenalpasti keperluan murid. Guru
atau pakar terapi pertuturan akan melakukan program-program terapi secara bersistem
dan berjadual, justeru,data-data perkembangan pertuturan dan komunikasi murid
sentiasa diperlukan. Guru juga perlu bersedia melakukan inovasi dan teknik memberi
terapi kepada kanak-kanak bermasalah pertuturan yang memerlukan perhatian lebih
bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran bertutur sedikit demi sedikit.
Murid-murid bermasalah komunikasi dan pertuturan perlu dibantu. Persekitaran murid-
murid khas juga menjadi faktor penting yang membantu perkembangan
mereka. Guru,ibubapa, dan masyarakat perlu memastikan murid-murid ini sentiasa
bertutur dan melibatkan diri dalam pertuturan walaupun cara mereka bertutur itu tidak
betul.
Penyebaran maklumat mengenai terapi pertuturan dalam media massa seperti media
cetak dan media elektronik membantu masyarakat amnya dan ibubapa khususnya yang
mempunyai kanak-kanak bermasalah pertuturan untuk mengambil tindakan yang
sewajarnya membantu anak mereka sebelum terlambat. Seminar-seminar dan kursus-
kursus diadakan bagi membantu ibubapa menimba ilmu tentang bagaimana masalah
pertuturan anak mereka dapat diatasi
Definisi Terapi Pertuturan
Kamarudin Hj Husin (1987) menyatakan bahawa pertuturan ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat pertuturan (artikulator). Ia juga merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa manusia. Pertuturan juga boleh bermaksud bercakap, hasil daripada percakapan, apa yang dituturkan, bahasa sesuatu negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah wilayah atau tempat. Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yangdihadapi oleh seseorang individu. Terapi pertuturan juga adalah kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Menurut Encyclopedia Britannica terapi pertuturan ialah satu rawatan untuk memperbaiki kecacatan pertuturan. Ia mungkin berpunca dari otak, telinga, sepanjang peti suara yang menjejaskan suara, alat artikulasi, perkembangan dan kesukaran bercakap selepas penguasaan bahasa. Terapi pertuturan dilakukan adalah untuk membantu seseorang menguasai pertuturan atau komunikasi dengan lebih baik.
Kepentingan Terapi Pertuturan melatih murid menguasai kemahiran tertentu membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial individu meningkatkan tahap keupayaan murid.
Dilakukan kepada Kanak-kanak lewat pertuturan Bibir atau lelangit sumbing Kanak-kanak dengan masalah pertuturan khusus Gagap atau sengau Pesakit stroke
Punca masalah Masalah pendengaran Lewat perkembangan Otot lisan lemah Kecacatan masa lahir Masalah pernafasan Kecederaan otak Masalah dalam proses penelan makanan
Strategi pemulihan Aktiviti intervensi bahasa Terapi artikulasi Terapi motor lisan
Aktiviti yang boleh dilakukan Menggerakkan lidah ke atas, ke bawah, ke kiri an ke kanan Membunyikan vokal dengan panjang Aktiviti senaman muka dan mulut (menguap, mengunyah) Meniup belon Tiup bola ping pong dalam bekas berisi air
Terapi Pertuturan
Definisi terapi pertuturan
•Terapi pertuturan yang dibantu oleh ahli patologi pertuturan, membantu seseorang me
mperbaikikebolehannya berkomunikasi; ini termasuk pertuturan, iaitu bagaimana bunyi
dibentuk, danbahasa,
yang melibatkan pemahaman dan pemilihan perkataan yang sesuai.
Bagaimana ia membantu ?
•Strok yang terjadi di sebelah kiri otak boleh menjejaskan kebolehan bertutur dan bahas
a, di sampingpergerakan di sebelah kanan tubuh.
Matlamat utama terapi pertuturan
•Pertuturan – seorang mangsa strok dengan masalah pertuturan mempunyai kesukara
n membentuk bunyiyang dapat difahami orang lain.
•Bahasa – adalah penggunaan simbol, seperti perkataan, nombor atau gerak isyarat ya
ng mempunyaimakna. Seorang mangsa strok mungkin menghadapi kesukaran memah
ami atau memilih perkataanatau nombor atau gerak isyarat yang betul.
•Kognisi (Pengamatan), atau kemahiran berfikir – untuk berkomunikasi dengan tepat d
engan orang lain,seorang mangsa strok perlu mampu menumpukan perhatian, dan men
ggunakan beberapakemahiran berfikir.
•Menelan – seorang mangsa strok mungkin menghadapi kesukaran mengawal lidah da
n menelan. Otot-ototlidah dan tekak adalah yang sama digunakan untuk membuat buny
i. Oleh itu, terapi yang membantupertuturan juga boleh membantu kebolehan menelan.
LATIHAN SENAMAN MUKA, KAWALAN PERNAFASAN & SUARA
•Periksa Struktur Dan Fungsi Alat-alat Pertuturan:
1.Muka
2.Hidung
3.Mulut
4.Bibir
5.Gigi
6.Lidah
7. Lelangit keras
8.Anak tekak
KAWALAN PERNAFASAN
•Cara pernafasan-menggunakan bahu,dada atau perut.Yang sesuai perut
•Tarik nafas-tahan 5/10/15/20 s-hembus
•Tarik nafas ikut hidung atau mulut dan hembus nafas ikut hidung/mulut 2 kali
•Hembus bulu ayam/percikan kertas
•Hembus bola kertas ke arah gol
•Minum, sedut dan buat buih air menggunakan straw.
•Tiub bubbles
•Tiup alat yang mengeluarkan bunyi mengikut tahap kesusahan
• Tiup wisel mengikut rentak-1,2,1 1 2
•Tiup belon mengikut tahap kesusahan
KAWALAN SUARA
•Letakkan tangan di hadapan mulut
•Letakkan belakang tangan di bahagian leher
•Sebut fonem di bawah-5, 10, 15, 20 saat /a/ /i/ /u/
LATIHAN SUPRASEGMENTAL
•Rentak 1 1 1 1/ 1 2 1 2/ 1 2 3 1 2 3
•Nyanyi vokal sahaja”mana kucing”
• Nada kuat dan perlahan
•Nada panjang dan pendek
•Panjang/pendek-/o/ /u/ /a/ /i/
•Nyanyi vokal panjang pendek
•Nada tinggi dan rendah
•Low/mid/hi a a a a / a a a a
LATIHAN SUPRASEGMENTAL
•Nyanyi vokal+panjang & pendek + tinggi & rendah
•Nada campur aai – eoia – aoa
•Berulangan pa pa pa..ta ta ta, ka ka ka Pa ta, pa ta,ta ka,ta ka, pa ta ka
• Nyanyi vokal + konsonan (panjang,pendek + tinggi,rendah)
•Nyanyi ikut tempo biasa
LATIHAN PENDENGARAN MENGESAN BUNYI
•Membezakan samada suasana persekitaran ada bunyi atau tidak
•Menggunakan puzzle, kiub yang boleh dimasuk/disuaikan.
•Galakkan tunggu, pandang mata dan ambil giliran.
•Mengesan bunyi Kondisikan
•Letakkan kiub/puzzle dekat telinga,-sebut bunyi 6 Ling,
-letak/masukkan kiub/puzzle ke dalam bekasnya.
•Ulang proses yang sehingga subjek faham.
•Mengesan bunyi 6 Ling -/a/ /i/ /u/ /m/ /s/ /sy/
•Peringkat seterusnya bertukar bunyi Ling kepada bunyi-bunyi binatang.
•Ketuk alat muzik.meja (1 2 3 4
5) dan minta subjek dengar serta ulang ketukan mengikut bilangan yangdibuat
MEMBEZAKAN BUNYI
•Membezakan bunyi
•Bunyi binatang/kenderaan/benda yang mengeluarkan bunyi. Cth.ayam kucing
•Nama ahli keluarga/anggota badan/binatang/tumbuhan/benda persekitaran
•(1s/kata) bas, jam,pen,bom
•1-2 s/kata mata, ibu dan ayah
•1-3 s/kata kereta, kerusi,kelapa
•1-4 s/kata matahari, serigala
MENGENALPASTI BUNYI
•Memahami bahawa setiap bunyi membawa maksud tertentu.
•Sudah mengenal objek yang diminta dan memahami arahan ringkas.
•Menggunakan 4 hingga 8 benda maujud/gambar
1. Bunyi binatang/kenderaan/benda yang mengeluarkan bunyi.Cth.miaw,kok kok
2. Nama ahli keluarga/tumbuhan/benda persekitaran/anggota tubuh(1-2 s/kata)
3. sda- (1-3 s/kata)-telefon
4. sda- (1-4 s/kata)-pembaris,matahari
5. Benda yang mempunyai 2 perkataan/frasa
Cth: surat khabar,cermin mata, baju kotor, pen biru, bola kecil dll.
MEMAHAMI BUNYI
•Kanak-kanak berkebolehan untuk memahami apa yang ibu dan bapa cakap dalam aya
t yang lengkap.
•Masih boleh menggunakan gambar/benda.
•Galakkan subjek mendengar,faham dan letak, tunjuk, tulis atau melakukan:
1.Arahan mudah (1 hingga 2 kritikal elemen)
2.Memahami ayat mudah (3 perkataan) Arahan kompleks (3-5 kritikal elemen)
3.Memahamai ayat tanya dan soal jawab yang mudah.
4.Bermain telefon rosak menggunakan kaedah dengar dan tulis
5.Memahami cerita pendek. Mendengar cerita dan bercerita kembali.
LATIHAN PRA PERTUTURAN
1.Pandangan Mata:
§ letakkan permainan berdekatan mata anda.
§Tujuan supaya subjek melihat ke arah guru
§Jika tidak beri perhatian,berhenti dan panggil namanya sebelum mula aktiviti.
§Berhenti sebelum subjek penat dan beri ganjaran kepada yang berjaya.
PANDANGAN MATA
•Bermain dengan kapal terbang secara beransur k/terbang berdekatan dgn muka
•Bermain dengan topeng muka-lukis dan warna topeng,pakai topeng dan memandang k
e arah muka anda.
•Bermain puzzle-letakkan puzzle dekat mata anda,subjek lihat bagi puzzle,berikan nya
puzzle.. akhirnyasubjek akan melihat ke muka guru.
TUMPUAN PERHATIAN
•Tumpuan kanak-kanak pendek.
•Tumpuan perhatian yang panjang diperlukan terhadap sesuatu aktiviti untuk memaha
mi bahasa.
•Pelbagaikan aktiviti dan sentiasa berusaha menarik perhatian subjek.
• Contoh:meniub belon,lepas dan kejar belon,lukis gambar atas belon,pukul belon,
rasa udara yang keluardari belon.
MENIRU
•Meniru merupakan proses awal kanak-kanak memahami seuatu perbuatan atau pertut
uran yangbermakna.
•Kanak-kanak meniru gerak mulut,lidah, bibir dan suaranya supaya sama dengan sebut
an ibunya. (mama,bye-bye)
•Permainan yang menggalakkan meniru sangat berguna jika subjek belum bertutur
AMBIL GILIRAN
•Kemahiran mengambil giliran diperlukan dalam komunikasi,seorang bertutur dan seora
ng lagi mendengardan tunggu gilirannya sehingga kawannnya berhenti
•Biar seorang saja memberi arahan, perkataan yang ringkas 2/3 perkataan yang tepat p
enggunaannya.
• Beri masa kepada subjek untuk memahami aktiviti dan buat secara teratur
BERMAIN DENGAN BETUL
•Bermain –asas pemerolehan bahasa,pemikiran dan imaginasi.
•Kemahiran bermain yang berguna-bermain dengan deria(sentuh & lihat),bermain alat p
ermainan yangperlukan imaginasi seperti set makan,rumah,set doktor, bermain sembun
yi dan cari.
•Anda boleh menggabungkan kemahiran prapertuturan ketika bermain dengan subjek.
VOKALISASI
•Bermain dengan bunyi vokal untuk melatih pergerakan otot oral
yang berkaitan dengan pertuturan.
•Bila subjek buat bunyi,
guru ulang semula bunyinya itu atau memanjangkan bunyi itu kepadaperkataan/ayat.
•Guru boleh membuat suara menjadi lebih menarik dgn menaik dan menurunkan nada
/ menguat danmemperlahankan suara.
LATIHAN PERTUTURAN
•Bunyi binatang/kenderaan/benda persekitaran( 1-
2 bunyi). Latihan boleh dimulakan bila subjekmempunyai kemahiran pra-komunikasi da
n membezakan bunyi.
•Bunyi binatang/kenderaan/benda persekitaran 2-5 bunyi.
•Latihan membeza,mengenalpasti,memahami dan membunyikan vokal /a/ /i/ /u/ /o/
•Beza,kenalpasti,memahami dan membunyi vokal /a/ /i/ /u/ /o/ /e/ /ao/
•Kenalpasti,memahami dan menyambung bunyi vokal (diftong) 2-5 gabungan vokal
•Membaca dengan menyebut bunyi vokal
•Menyanyi menggunakan bunyi vokal dengan nada panjang pendek
•Pengenalan konsonan mudah y,w,h,l,b,p
•Membeza fonem bersuara dan tidak bersuara, kenalpasti kedudukan dan cara pengha
silan sesuatufonem.
•Latihan cara penghasilan fonem konsonan pertengahan t,d,f,v,c,j,s,z.
•Konsonan lanjutan k,g,r,m,n,ny,ng
•Latihan membaca hanya sebut bunyi vokal dan konsonan dengan jelas ikut sukukata
•Tingkatkan kosa kata
•Faham dan hafal ayat tanya dan jawab
•Tingkatkan motivasi bertutur dan mendengar
Terapi Pertuturan
Terapi pertuturan merupakan terapi yang fokus kepada masalah pertuturan dan
masalah komunikasi verbal serta masalah kesukaran menelan. Masalah pertuturan
merujuk kepada masalah-masalah yang menghalang penghasilan suara seseorang dan
juga penggabungan suara untuk menghasilkan kata atau frasa yang bermakna dan
boleh difahami. Manakala, masalah komunikasi verbal pula merujuk kepada kesukaran
untuk memahami percakapan seseorang dan memberi respon kepadanya. Masalah
kesukaran menelan merangkumi masalah untuk makan dan minum serta
ketidakupayaan mengelak air liur daripada meleleh keluar.
Terapi pertuturan dapat membantu mereka pada pelbagai peringkat umur yang
mengalami masalah yang berkaitan dengan pertuturan, komunikasi verbal dan
kesukaran menelan. Ia termasuklah bayi yang sukar disuap; kanak-kanak dan orang
dewasa yang mengalami kesukaran untuk menelan atau makan dan minum; individu-
individu yang mengalami masalah pertuturan dan komunikasi akibat daripada
perkembangan lewat, kecederaan otak, masalah pendengaran, perkembangan
kemahiran komunikasi dan bahasa yang lewat, palsi serebrum dan masalah
pembelajaran; orang dewasa yang mengalami strok, kanser pada kepala, leher atau
kerongkong, masalah kesihatan mental dan sebagainya.
Terapi pertuturan akan membantu individu-individu palsi serebrum mengawal otot-otot
pada mulut, lelangit dan kerongkong dengan lebih baik supaya dapat meningkatkan
kemahiran-kemahiran untuk bertutur, berkomunikasi secara verbal dan menelan.
Mereka akan diberi pelbagai aktiviti yang dapat merangsang penggunaan, menguatkan
dan meningkatkan koordinasi pergerakan otot-otot tesebut seperti mengurut otot-otot
tersebut; melakukan pergerakan lidah dan rahang mulut; melakukan aktiviti yang
berkaitan dengan pernafasan seperti bernafas panjang, menahan nafas lalu
melepasnya perlahan-lahan; meniup dan sebagainya.
Terapi pertuturan akan membantu bayi palsi serebrum untuk menghisap susu atau air
dan menelannya. Seterusnya, ia akan membantu bayi, kanak-kanak dan mungkin juga
individu palsi serebrum yang telah besar mempelajari kemahiran-kemahiran meminum
dengan menggunakan penyedut; meminum dari cawan atau gelas; menggigit,
mengunyah dan menelan pelbagai jenis makanan dari tekstur lembut hingga keras
seperti bubur, nasi, biskut, buah-buahan dan sebagainya. Terapi ini juga akan
membantu mereka untuk menelan air liur atau memastikan air liur tidak dileleh keluar
daripada mulut.
Dalam terapi pertuturan, individu-individu palsi serebrum akan mempelajari kemahiran-
kemahiran untuk bertutur. Dalam proses mempelajari kemahiran bertutur, mereka akan
diajar untuk membunyikan bunyi sesuatu binatang, kenderaan atau benda-benda lain
seperti bunyi ayam, enjin kereta, keretapi, bunyi hon, jam, loceng dan sebagainya.
Mereka akan diajar menamakan huruf-huruf; membunyikan sesuatu huruf seperti aaa...,
sss.... dan kr....; dan menyebut sesuatu sukukata, perkataan, frasa dan kemudiannya
ayat. Bagi mereka yang kecil, mereka biasanya akan diajar melalui permainan simbolik.
Bagi mereka yang lebih besar pula, mereka akan diajar melalui pembacaan. Mereka
akan belajar pergerakan mulut yang diperlukan untuk menyebut sesuatu dengan
meneliti pergerakan mulut jurupulih ketika menyebut sesuatu dan adakalanya merasai
pergerakan kerongkong jurupulih atau angin yang dikeluarkannya semasa menyebut
sesuatu. Kemudiannya, mereka akan cuba menyebutnya. Mereka akan terus belajar
dan berlatih sehingga dapat menyebut dengan sejelas yang mungkin secara konsisten.
Dalam masa yang sama, mereka juga akan belajar berkomunikasi secara verbal
dengan orang lain. Mereka akan dibimbing untuk menceritakan apa yang sedang
berlaku dalam permainan simbolik atau apa yang kelihatan dalam sesuatu gambar yang
diberi, menceritakan sesuatu yang berkaitan dengan diri mereka dan menjawab soalan-
soalan yang ditanya jurupulih. Mereka terutamanya yang mengalami sedikit masalah
pendengaran akan dibimbing untuk mengasah kemahiran-kemahiran mendengar yang
penting untuk berkomunikasi. Bagi mereka yang tidak berupaya untuk bercakap atau
berkomunikasi secara verbal, mereka akan diajar berkomunikasi melalui cara-cara lain
khususnya melalui penggunaan makaton atau carta komunikasi. Mereka mungkin juga
akan dibimbing untuk menulis atau menaip sesuatu perkataan, frasa, ayat atau
perengan.
Secara tidak langsung, terapi pertuturan juga akan membantu perkembangan bahasa
seseorang. Mereka akan mempelajari perkataan-perkataan baru dan pembentukan
frasa, ayat serta perengan.
Kelas Terapi Pertuturan
Bilik terapi pertuturan amat relevan untuk kegunaan golongan cacat
pendengaran. Bilik yang memerlukan kos agak tinggi ini amatlah penting terutama pada
peringkat intervensi awal kanak-kanak mendengar kerana mengurangkan kadar
gangguan bunyi luar yang bising yang boleh menyakitkan pendengaran mereka. Ini
membuatkan ada di antara mereka yang tidak suka memakai alat pendengaran
tersebut.
Di bilik terapi ini pelatih akan diajar menggunakan alat bantu dengar seoptima
yang mungkin. Mereka dilatih mendengar suara guru sahaja tanpa gangguan bunyi
yang lain. Sekiranya kanak-kanak yang tidak diberikan terapi, bermungkinan besar
kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk belajar, mendengar dan memahami
pertuturan bahasa.Pakar terapi Pertuturan-Bahasa yang bertauliah untuk
mendiangnosis, membuat perancangan rehabilitasi, menjalankan terapi, memberi
konsultasi dan nasihat berkaitan pertuturan, bahasa dan komunikasi. Untuk
mendapatkan khidmat pakar terapi luar amatlah mahal dan bayaran dibuat berdasarkan
masa terapi. Walau pun terdapat klinik terapi pertuturan milik kerajaan/swasta namun
sesi diberikan mengikut giliran. Jika bernasib baik dapat seminggu sekali dan ada pula
yang terpaksa menunggu berbulan-bulan.
Penglibatan patologis pertuturan-bahasa dalam proses rehabilitasi kanak-kanak
bermasalah pendengaran tidak hanya terhad kepada pelatih sahaja. Para petugas juga
akan dilatih supaya pelatih akan mendapat terapi yang berterusan. Begitu juga dengan
penglibatan ibubapa amatlah penting juga tidak kurang pentingnya bagi meneruskan
terapi di rumah masing-masing.
Dengan adanya bilik terapi ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran mendengar
dan bertutur pelatih di pusat ini. Selain itu, ia adalah satu strategi awal bagi
memperkasakan kemahiran bertutur dan berbahasa golongan bermasalah
pendengaran.
TERAPI PERTUTURAN
Rawatan yang diaplikasikan untuk memperbaiki masalah
pertuturan yang mungkin berpunca daripada kecacatan atau
gangguan daripada otak, telinga, peti suara dan alat pertuturan lain.
Masalah ini akan menyebabkan melewatkan atau
kesukaran percakapan dalam berbahasa.
Terapi akan membantu kanak-kanak mengawal otot-otot mulut,
lelangit dan kerongkong dengan lebih baik sekali gus memperbaiki
penguasaan kemahiran bertutur masing-masing.
Terapi turut meransang kanak-kanak melakukan koordinasi pergerakan
pada otot-otot seperti melakukan pergerakan lidah dan rahang.
Aktiviti pernafasan panjang, menahan nafas dan melepaskan
secara perlahan-lahan, meniup belon, straw dan sebagainya
juga merupakan antara terapi pertuturan yang popular.
( sumber daripada Pn. Radin Mas HBM & duniacp )
Terapi pertuturan adalah penting dan harus dikuasai
oleh bukan sahaja pakar terapi dan guru-guru, malah
ibu bapa dan masyarakat juga perlu mempunyai pengetahuan
tentang perkara ini, agar tidak berlaku kepincangan sekiranya
berhadapan dengan masalah pertuturan anak-anak kelak..
Kenangan Amali Terapi 28072011
Pra-Sekolah IPTek, Jln. Yaacob Latif
sesi suai kenal kepada aktiviti terapi
terapi meniup belon
terapi meniup lilin dari pelbagai jarak
bacaan pemintal lidah
( cth. : Jamal jolok jambu jumpa jepun... )
terapi catan menggunakan tiupan straw
Amali terapi ini telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Ilmu Pendidikan
dan Jabatan Pengajian Melayu. Usaha murni ini bertujuan memberikan
peluang kepada para guru pelatih mengembangkan kemampuan berkomunikasi
dan mendapat pengalaman berhadapan dengan bermacam situasi dan
masalah yang dihadapi kanak-kanak apabila berada di sekolah kelak.
PANDUAN KEMAHIRAN LISAN UNTUK ANAK-ANAK BERKEPERLUAN KHAS
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran sering menghadapi masalah
pertuturan ketika berkomunikasi dengan orang lain.Masalah lisan yang dihadapi oleh
mereka adalah berbeza-beza mengikut kategori masalah mereka seperti Autisme,
Sindrom Down, Kerencatan Akal, Serebral Palsi, Masalah Komunikasi dan Aphasia.
Kategori Murid Masalah
Pembelajaran
Masalah Lisan
Autisme
a) Pengulangan
b) Pelat
c) Penggantian konsonan
Sindrom Down
a) Penguguran konsonan
b) Penggantian konsonan
c) Pertuturan kanak-kanak(baby
talk)
Kerencatan Akal
a) Pengguguran konsonan cth:
pergi -/pei/
b) Sebut tidak jelas
c) Tidak lancar
Serebral Palsi
Masalah Kominikasi
a) Pengguguran konsonan
b) Sebutan tidak jelas
c) Tidak lancar
Masalah Komunikasi
a) Kecelaruan pertuturan
b) Kecelaruan suara
c) Tidak lancar
Aphasia
a) Kecelaruan bahasa
b) Kesukaran mengujarkan kata
Namun begitu, terdapat beberapa kaedah dan strategi pengajaran bagi kemahiran lisan
untuk mengajar anak-anak berkeperluan khas ini.Perlaksanaan strategi ini melibatkan
kepada intervensi dan terapi pertuturan.
Permasalahan Lisan Strategi Pengajaran
Kecelaruan Suara
a) Aktiviti awal pendengaran
b) Aktiviti awal pertuturan
Contoh: Ayat beritma
Sebutan Tidak Jelas
a) Aktiviti awal pertuturan dan
bahasa.
Contoh : Deskriminasi bunyi
(seperti mengajar sebutan bunyi
huruf a,e,i.o.u)
Tidak lancar/gagap
a) Aktiviti awal pertuturan dan
bahasa.
Contoh: Pemintal lidah, cuing
(mengajar sebut sebutan perkataan
yang sukar seperti chewing,dsb)
Aphasia
a) Aktiviti awal pertuturan dan
bahasa
Contoh:
Deskriminasi bunyi
top related