teori perkembangan sosial

Post on 21-May-2015

373 Views

Category:

Education

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK

Teori PSIKOSOSIAL

EriksonAda 8 tahap (4 tahap sahaja yang menerangkan perkembangan sosial

kanak-kanak)

Tahap 1Percaya lawan tidak percaya

(0-1 tahun)

• Konflik untuk mempercayai ibubapa,sekiranya keperluan kasih sayang kanak-kanak diberikan secukupnya,kepercayaan mereka dalam aspek sosial dapat dibina dan SEBALIKNYA

• Asuhan yang seimbang dan didikan yang betul akan mempengaruhi pembinaan kepercayaan pada masyarakat sekeliling

Tahap 2Autonomi (berdikari ) lawan rasa malu dan sangsi

( 1-3 tahun )

• Rasa percaya kepada keupayaan diri timbul jika mendapat dorongan

• Jika gagal mereka akan ragu-ragu terhadap keupayaan diri

• Kanak-kanak cuba melakukan aktiviti fizikal tanpa bantuan-mereka ingin mempunyai autonomi terhadap diri sendiri

Tahap 3

Inisiatif ( berdaya tindak) lawan rasa bersalah(4-6 tahun)

• Sifat inkuiri kanak-kanak meningkat• Ingin lakukan sesuatu di luar kemampuan

mereka• Tindakan mengkritik akan menyebabkan mereka

rasa bersalah dan tidak mahu mencuba lagi

Tahap 4

Industri lawan rasa rendah diri( 6-11 tahun)

• Memasuki alam persekolahan• Industri-kejayaan dalam melaksanakan sesuatu

kemahiran dan menghasilkan sesuatu yang memuaskan hati kanak-kanak

• Kegagalan akan menyebabkan mereka rasa rendah diri dan tiada keupayaan.

Tahap 5

Identiti lawan kekeliruan peranan(12-18 tahun)

• Kanak kanak telah masuk ke alam remaja• Ada ego identiti (mengetahui siapa diri mereka)• Elak kekeliruan peranan• Memerlukan role model dalam mencari identiti

Tahap 6

Kerapatan lawan pengasingan(18-35 tahun)

• Memikirkan soal teman hidup, percintaan dan dunia perkahwinan

• Mereka yang gagal akan mengasingkan diri dan kesunyian

• Mereka yang berjaya akan memperoleh kekuatan psikososial (kasih sayang)

Tahap 7Generativiti lawan pemusatan kendiri

(35-60 tahun)

• Generativiti-hasil kasih sayang daripada tahap sebelumnya

• Menumpukan kepada keluarga, mengambil berat tentang orang lain, masyarakat dan generasi akan datang

• Kehidupan lebih bermakna sekiranya anak-anak yang dididik mereka berjaya

Tahap 8Kesepaduan ego lawan putus asa

(60 tahun ke atas)

• Mula bersara dan menghidap penyakit2 disebabkan peningkatan umur

• Kesepaduan dalam diri dapat dibentuk jika berjaya mengatasi konflik2 pada tahap sebelumnya

• Individu yang gagal akan putus asa dan mengalami gangguan mental

• Bersedia dan redha menghadapi kematian

Perkembangan Sosial kanak-kanak juga dapat

dikaji melalui aspek Aktiviti bermain, jenis

Permainan dan Persahabatan.

Perkembangan Jenis Bermain menurut

MILDRED PARTEN

Permainan ‘Kosong’(unoccupied)

• Tidak wujud sebarang jenis permainan, yidak bermain dengan sesiapa mahupun alat mainan

• Kanak-kanak hanya berdiri atau duduk tanpa melakukan apa-apa

Permainan ‘bersendirian’(solitary)

• Kanak-kanak bermain seorang

• Hanya bermain dan bercakap dengan alat permainan sahaja

Contoh: bermain dengan anak patung

Permainan ‘pemerhati’ (onlooker)

• Cuma memerhati dan memberi perhatian terhadap permainan kanak-kanak lain

• Tidak mahu melibatkan diri

Permainan ‘selari’ (parallel)

• Bermain bersendirian

• Permainan serupa dengan kanak-kanak lain di tempat yang sama

Contoh: kanak-kanak A dan B bermain UNO

Permainan ‘bersosialisasi’ (associate)

• Kanak-kanak bermain dan berinteraksi melalui pertanyaan atau berkongsi alatan permainan

TETAPI• Masih tidak bermain bersama-sama

Permainan ‘Kooperatif’

• Kanak-kanak terlibat secara aktif dalam kumpulan untuk BERMAIN bersama-sama

• Saling bergantung dan perlu bekerjasama antara satu sama lain

Perkembangan

Jenis Permainan

menurut JEAN PIAGET

0 – 2 TAHUN

• Kanak-kanak bermain apa yang ada disekitarnya seperti botol susu

• Mereka bermain dengan cara tersendiri seperti memukul atau mengetuk untuk menghasilkan bunyi

• Suka akan permainan yang melibatkan bunyi dan nyanyian seperti tepuk amai-amai

2 – 7 TAHUN

• Terdapat 3 aktiviti bermain :

1. Permainan dramatis Melakonkan watak yang sentiasa dilihat seperti

watak ibubapa Melakonkan watak dalam siri tv seperti

ultraman

2. Permainan fizikal Bermain congkak, lompat tikus dan

galah panjang

3. Permainan imaginasi menggunakan objek untuk menajamkan

daya imaginasi Contoh: bermain tanah liat

7 – 12 TAHUN

• Kanak-kanak meneruskan permainan fizikal dan imaginasi

• Melalui permainan fizikal seperti bola sepak dan game seperti ‘feeding frenzy’,mereka dapat belajar untuk mematuhi peraturan dalam permainan.

12 – 15 TAHUN

• Pada peringkat ini kanak-kanak akan meneruskan permainan bagi mengasah bakat yang ada.

• Mereka akan mula aktif mewakili sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan.

Hubungan antara Aktiviti Permainan terhadap Perkembangan Sosial dan Emosi

• Menurut Sigmund Freud(1973),permainan merupakan satu cara untuk mengurangkan emosi bimbang dan dapat mengawal emosi daripada melepaskan tindakan yang salah dalam dunia khayalan. Permainan juga menggalakkan pergaulan antara seseorang individu dengan individu yang lain.

• Manakala menurut Vygotsky(1896-1934), bermain dapat meningkatkan kemahiran sosialisasi kanak-kanak dengan memahami individu lain dari segi kebolehan mewujudkan kemahiran berkomunikasi.

• Dengan bermain kanak-kanak akan belajar cara untuk berinteraksi dengan rakan contohnya ketika hendak berkongsi alat mainan.

• Selain itu, pelajar juga perlu bekerjasama dalam kumpulan permainan sekiranya mahu memenangi sesuatu pertandingan.

• Apabila kanak-kanak bermain, mereka dapat belajar membina hubungan, memberi perhatian, membina kemahiran mendengar serta meningkatkan kemahiran intrapersonal dan interpersonal.

• Melalui Jenis bermain seperti ‘bersendirian’, ‘bersosialisasi’ dan ‘kooperatif’ yang berdasarkan Mildred Parten, kemahiran sosial kanak-kanak juga dapat dibentuk. Sosial kanak-kanak dilihat berkembang daripada memilih untuk bermain bersendirian kepada bermain dengan rakan atau di dalam kumpulan.

• Melalui aktiviti permainan, individu dapat menguasai situasi kehidupan seharian disamping membuat persediaan dan memahami peranan di alam dewasa kelak.

• Tambahan pula, dengan adanya peraturan-peraturan dalam permainan ia akan menjadikan seseorang kanak-kanak sentiasa hormat pada rakannya.(Vygotsky,1896-1934).

Perkembangan persahabatan

Abraham Maslow(1968)

• Menyatakan kasih sayang dan penghargaan diperoleh daripada interaksi dengan orang lain

• Pembentukan konsep kendiri dan pergaulan sosial dipengaruhi oleh rakan sebaya

• Sekiranya diterima mereka merasa penting dan lebih berkeyakinan

• Sekiranya dipulaukan mereka merasa rendah diri dan kurang terlibat dalam aktiviti berkumpulan

Menurut BANDURA(1977)

• Proses sosialisasi mempengaruhi tingkah laku dan kemahiran teknikal

• Kanak2 perlu berinteraksi mengikut kehendak yang diterima oleh masyarakat seperti bekerjasama dan membantu antara satu sama lain

• Dengan persahabatan akan tercetusnya kasih sayang

Kepentingan Persahabatan dalam Perkembangan Sosial

• Setiap agama menunjukkan bahawa persahabatan mempengaruhi perkembangan seseorang individu.

• Ini kerana,individu akan berinteraksi dengan rakan apabila meluahkan masalah atau pergaulan dalam sehari-sehari.

• Dari sudut kanak-kanak, dapat dilihat kanak-kanak pada mulanya bersendirian dan kemudiannya cuba mencari seseorang untuk dijadikan kawan ketika bermain atau kawan ketika di dalam kelas.

• Secara tidak langsung persahabatan dapat membantu dalam perkembangan sosial kanak-kanak dan membuatkan kanak-kanak lebih yakin apabila berada satu kumpulan dengan rakan-rakan.

• Justeru, individu hendaklah bijak memilih rakan supaya terhindar daripada pergaulan yang negatif dan budaya sosial yang tidak baik.

Kepentingan perkembangan sosial

kanak-kanak

• Perkembangan sosial yang berkesan dan betul amat penting dalam menjamin karakter mereka pada masa hadapan

• kanak-kanak yang menerima didikan yang berkualiti dan tepat dari semua aspek menerima rating positive dalam kepimpinan,populariti,daya tarikan dan lebih bersedia apabila masuk ke alam persekolahan

• Kanak-kanak lebih bersedia menghadapi cabaran-cabaran dalam hidup dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling

Cadangan

• Ibu bapa perlu lebih prihatin dan memerhatikan perkembangan sosial anak mereka

• Guru-guru harus memberi sokongan dan jangan terus menghukum kanak-kanak yang melakukan kesilapan

• Galakkan mereka bertanya dan cuba berikan jawapan yang ringkas agar mudah difahami

• Beri pujian dan hargai setiap usaha mereka• Berikan layanan dan perhatian yang terbaik

untuk kanak-kanak

BIBLIOGRAFI1) BUKU• Kamarulzaman Kamaruddin. Psikologi

Perkembangan: Panduan Untuk Guru. 2009. Tg. Malim,Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris

• Suppiah Nachiappan. Ramlah Jantan. Abdul Aziz Abdul Shukor. Siri Pendidikan Guru, Psikologi Pendidikan. 2008. Shah Alam,Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd.2) INTERNET• http://bayoesmartboy.blogsport.com/2008/04/

perkembangan-psikososial-erikson.html

SEKIAN TERIMA

KASIH

top related