teks ucapan ppd
Post on 11-Jan-2016
81 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
TEKS UCAPAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH HULU LANGAT
sempenaMAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN
SEMARAK TEATERPERINGKAT NEGERI SELANGOR
YANG BERBAHAGIATUAN MUHAMAD RADZI BIN ABDULLAH
Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih saudara/saudari pengacara majlis,
Yang Berbahagia Tuan Mohd Salleh bin Mohd Kassim,
Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor,
Yang Berbahagia Dato’ Mohammad bin Yacob, Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Ampang Jaya,
Puan Hajah Fauziah binti Mohamed Ramli, Pengetua SMK
Abdul Jalil selaku Naib Pengerusi Pelaksana Pertandingan,
Pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Selangor,
Penolong-penolong PPD Kokurikulum Akademik daerah-daerah
negeri Selangor,
Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat,
barisan juri pertandingan, guru-guru pengiring dan para peserta
yang dikasihi sekelian.
Assalamualaikum…warahmatullahiwabarakatuh
Salam sejahtera dan salam “1 Malaysia”.
Tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin yang dirahmati Allah
SWT.
Pertama sekali, saya bagi pihak pengelola dan jawatankuasa
pelaksana pertandingan ingin mengalu-alukan kedatangan Yang
Berbahagia, Tuan Mohd Salleh bin Mohd Kassim, Timbalan
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor ke Majlis
Perasmian Penutupan Pertandingan Semarak Teater Sekolah-
sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Selangor
Tahun 2013.
Begitu juga kepada Yang Berbahagia Dato’ Mohammad bin
Yacob, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, yang
1
sudi hadir bersama-sama memeriahkan majlis pada hari ini dan
menjadi penganjur bersama pertandingan ini serta
membenarkan penggunaan Auditorium MPAJ ini sebagai lokasi
Pertandingan Semarak Teater Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah Peringkat Negeri Selangor untuk tahun 2013.
Sempena majlis pada hari ini, saya ingin merakamkan ucapan
tahniah kepada pihak jawatan kuasa pelaksana pertandingan
yang bertungkus lumus menganjurkan serta merealisasikan
acara ini. Tidak lupa juga sekalung tahniah diucapkan kepada
semua peserta yang telah berjaya melayakkan diri sehingga ke
peringkat ini.
Tuan-tuan , puan-puan dan para peserta sekalian,
Seperti yang kita sedia maklum, Pertandingan Semarak Teater
ini bukan sahaja menjadi medan untuk menonjolkan pelbagai
kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, malah juga
bertujuan untuk memupuk nilai-nilai positif serta menerapkan
kemahiran insaniah dalam kalangan murid-murid yang terlibat.
Melalui pertandingan ini juga, sudah pasti akan dapat
mencungkil bakat murid-murid terutama dalam menguasai
pelbagai kemahiran. Hal ini demikian kerana teater merupakan
persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton
secara langsung yang menggunakan kombinasi pertuturan,
gerak isyarat, muzik, tarian, bunyi dan sebagainya.
Hadirin sekalian,
Penghasilan sebuah teater kanak-kanak atau remaja,
merupakan satu usaha yang amat bermakna kepada para
pelajar. Peranan teater dalam pendidikan bukan sekadar melatih
2
kefasihan bertutur, kecekapan berkomunikasi, berfikir dan
berketrampilan, malahan melalui aktiviti berteater, murid boleh
mempertingkatkan potensi diri dalam pelbagai aspek
termasuklah aspek perkembangan diri dan sosialnya.
Oleh itu, amat bertepatanlah bahawa teater menjadi medium
unggul untuk menyampaikan pembelajaran secara bersepadu
sebagaimana yang diharapkan dalam pendidikan masa kini.
Melalui pelibatan dalam aktiviti drama atau teater, para pelajar
digalakkan memaksimumkan semua aspek kecerdasan dalam
diri mereka. Ini bertepatan dengan kepelbagaian kecerdasan
yang telah dimasukkan sebagai kemahiran nilai tambah dalam
sistem pendidikan negara kita.
Jelaslah bahawa teater dalam pendidikan membolehkan kita
melatih para pelajar menajamkan sesitiviti mereka,
meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni
masyarakat dan budaya mereka, menanamkan jati diri bangsa,
serta mengembangkan daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi,
yakin diri serta kemahiran berkomunikasi. Aktiviti teater ini juga
boleh berfungsi sebagai satu kaedah terapi untuk membantu
pelajar yang mempunyai masalah emosi dan fizikal. Teater juga
berperanan membentuk insan yang seimbang dan harmoni dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang bersesuaian
dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Akhir kata, kepada para peserta pertandingan, semoga segala
kemahiran yang dimiliki, disemai dan dimanfaatkan melalui
arena teater ini akan dioptimumkan sepenuhnya ke arah
3
pembentukan generasi yang berwawasan pada masa hadapan
dan mengharumkan lagi nama sekolah di persada negara.
Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi setinggi-tinggi ucapan
penghargaan diberikan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
Pertandingan Semarak Teater Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah Peringkat Negeri Selangor pada tahun ini.
Tidak lupa juga, terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang
Berbahagia, Tuan Mohd Salleh bin Mohd Kassim, Timbalan
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan Yang
Berbahagia Dato’ Mohammad bin Yacob, Yang Dipertua Majlis
Perbandaran Ampang Jaya, yang sudi hadir untuk memeriahkan
majlis kita pada hari ini.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
4
TEKS UCAPANPEGAWAI PELAJARAN DAERAH
SEMPENAMAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
PERTANDINGAN SEMARAK TEATERSEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
PERINGKAT NEGERI SELANGOR2013
TARIKH : 17 JUN 2013 ( ISNIN ) MASA : 5.00 PETANG
TEMPAT : AUDITORIUM MPAJ, MENARA MAJLIS PERBANDARANN AMPANG JAYA, AMPANG
5
top related