teks ucapan hari kemuncak kokurikulum 2014

Post on 05-Nov-2015

283 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

teks ucapan hari kemuncak koko

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN HARI KEMUNCAK KOKURIKULUM 2014

TEKS UCAPAN HARI KEMUNCAK KOKURIKULUM 2014

Bismillahir Rahmannir Rahim

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,

Yang berusaha, Pn Zalila binti Idris Guru Besar SK Sungai, Yang Dihormati, Pn Hajjah Fauziah binti Zakaria, Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Norazian binti Othman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Johari bin Jusuh, Penolong Kanan Kokurikulum, En Shahidan bin _______________ , Penolong Kanan Pend. Kkas, guru-guru SK Sg Dua, murid-murid serta hadirin sekalian.

Daun layu di tengah gurun,

Nampak jalur pohon cemara,

Tradisi melayu turun temurun,

Pantun ditutur pembuka bicara.

Sirih pinang di dalam puan,

Buat santapan putera idaman,

Sebagai hidangan puteri rupawan,

Buat cicipan dagang dan maulan,

Selamat datang kami ucapkan,

Buat semua hadirin budiman,

Ke sidang majlis penuh taakulan,

Bersama merapat ukhwah dan taulan.

Selamat datang ke majlis Hari Kemuncak Kokurikulum SK Sungai Dua.

Sarung ketupat berisi inti,

Dibawa budak sambil berlari,

Kehadiran semua sangat dihargai,

Moga majlis bertambah seri.

Terlebih dahulu, kami ingin panjatkan rasa syukur, kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita dapat bersama-sama berhimpun untuk meraikan kejayaan dalam bidang kokurikulum.

Hadirin yang dihormati,

Demi memberkati acara dan agenda kita pada hari ini, marilah kita semua selaku insan kerdil sifat dan upaya, dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih, menghimpunkan segala harapan dan hasrat, dengan bait-bait doa serta munajat.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya memepersilakan Al fadzil Ustaz ___________

_____________________ tampil seketika untuk memimpin pembacaan doa pembuka majlis pada pagi ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Doa)

Amin, amin Ya Robbal Alamin.

Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara,

Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan,

Menambah tautan kemesraan,

Serta, berpisahnya kita nanti, akan diiringi dengan seribu ketenangan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Al Fadzil Ustaz _______

Atas pimpinan doa itu tadi.

Hadirin sekalian,

Sebelum kita mulakan acara kita pada hari ini, baik kiranya kita mensedekahkan al-Fatihah kepada ibu Pn Hanizar yang telah kembali kepada penciptanya pada petang semalam.

Al-fatihah.

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Pn Zalila binti Idris, Guru Besar SK Sungai Dua untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Kemuncak Kokurikulum 2014. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Ucapan perasmian)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pn Zalila binti Idris atas uacapan dan perasmian itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Justeru, setiap individu yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Dengan adanya penghargaan, ia akan menjadi pencetus semangat seseorang untuk terus berjaya.

(penyampaian hadiah)

Tahniah diucapkan kepada barisan penerima hadiah. Semoga penghargaan yang diterima pada hari ini menjadi dorongan dan sokongan kepada guru-guru dan murid-murid untuk mengejar, meningkatkan serta mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam bidang kokurikulum.

Hadirin sekalian,

Kata orang lama,

Kok berkayuh dah sampai ke muara,

Kok berenanga dah sampaio ke tepian,

Kok berlari dah sampai ke garisan,

Kok berjalan dah sampai ke penghujung.

Hari Anugerah dan Kemuncak Kokurikulum SK Sungai Dua sesi 2014 hampir sampai ke penghujungnya.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua warga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Bagi pihak ahli jawatankuasa pengelola dan seluruh warga SK Sungai Dua, kami menyusun jari sepuluh memohon kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan dan ketelanjuran kata sepanjang majlis ini berlangsung.

Ucapan salam pengakhir kata,

Segala yang ada dikongsi bersama,

Apa yang kurang maaf dipinta,

Sudilah berkunjung dilain masa.

Tuan Puteri pergi ke Rasah,

Pulang semula di sebelah pagi,

Kita bertemu akhirnya berpisah,

Diizin Allah bersua lagi.

Sekian, terima kasih.

top related