teknik bermain rekoder

Post on 13-Jul-2015

310 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

REKODERDisediakan oleh

STEPHANIE UNSIL RAKEY

PENGENALAN

Rekoder adalah sejenis alat muzik tiupan yang

diperbuat daripada kayu atau plastik.

Terdapat pelbagai saiz rekoder untuk peranan

yang berlainan.

Antaranya adalah rekoder sopranino, soprano,

alto, tenor dan bes.

STRUKTUR REKODER

Bentuk rekoder dibahagikan kepada

tiga iaitu kepala, badan, dan kaki.

(a) Kepala:

Udara masuk melalui pemimit

dan menyentuh hujung ‘pelidah’

yang tajam. Ini menyebabkan

udara yang terdapat dalam

rekoder itu bergetar, lalu

mengeluarkan bunyi.

STRUKTUR REKODER

(b) Badan:

Di bahagian ini terdapat tujuh

lubang, enam di depan dan satu

di belakang.

(c) Kaki:

Terdapat satu lubang dan

bahagian ini boleh

diubahsuaikan.

TEKNIK-TEKNIK

Bagi teknik meniup rekoder, terdapat lima

teknik atau aspek yang perlu diamalkan

supaya dapat menghasilkan peniupan kualiti

ton yang baik.

Postur

Embouchure

PenglidahanPernafasan

Penjarian

POSTUR

TEKNIK PERTAMA

Berdiri selesa, regangkansedikit tangan.

Condong 45 darjah

• Postur memainkan peranan semasa

meniup rekoder.

• Postur yang baik membantu untuk

menghasilkan kualiti ton yang baik.

• Postur semasa meniup rekoder ialah

badan perlu tegak dan berada dalam

keadaan selesa.

• Setelah itu, tangan diregangkan sedikit

agar tidak mengganggu pernafasan.

• Rekoder dipegang dengan jari tangan kiri

di bahagian atas dan jari tangan kanan di

bahagian bawah. Cara ini adalah praktikal

untuk permainan rekoder.

• Rekoder diimbangkan dengan diletak

pada bibir bawah dan ibu jari tangan

kanan.

• Gunakan ‘music stand’ untuk meletakkan

skor muzik dan ini juga dapat

mengekalkan postur badan yang tegak.

EMBOUCHURE

TEKNIK KEDUA

Penggunaan otot muka

Pembentukan bibir mengikutbentuk pipit(mouthpiece)

Bibir dirapatkan dan jangan gigitrekoder

Bibir juga jangan ditegangkan danpastikan bibir dalam keadaan selesa

PENGLIDAHAN

TEKNIK KETIGA

• Penglidahan penting untuk penghasilannot rendah dan not tinggi.

• Pergerakan lidah membantupengeluaran udara dengan kadar yang sesuai dengan kualiti ton.

untuk not tengah, bunyikan ‘du’ dengan lidah.

not rendah menggunakan bunyi ‘lu’

not tinggi, bunyikan ‘tu’ semasa meniup.

bagi permainan secara ‘staccato’, bunyikan ‘tut’ untukpenghasilan not pendek

bunyi ‘du-ku’ digunakan semasa ‘double tongueing’.

PERNAFASAN

TEKNIK KEEMPAT

Untuk meniup not rendah, tekanan udaradari ruang diafragma dilepaskan perlahan-lahan serta terkawal.

Tekanan udara yang lebih serta dilepaskansecara laju dalah untuk meniup nottinggi.

Bagi satu frasa, hanya satu pernafasanyang digunakan.

PENJARIAN

TEKNIK KELIMA

Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.

Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.

Bagi tangan kiri, ibu jari bernombor 0 menutup lubang rekoder dibahagian belakang rekoder.

Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.

Lubang rekoder keenam ditutup dengan jari manis yang bernombor 6.

Lubang rekoder ketujuh ditutup dengan jari bernombor tujuh iaitu jari kelingking

Untuk tangan kanan, jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoderkeempat.

Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.

SEKIAN, TERIMA KASIH

top related