modul rekoder

55
Pengenalan Sejarah Rekoder Rekorder termasuk didalam keluarga instrumen yang dikenali sebagai ‘fipple flute’ yang membawa maksud alat tiupan yang mempunyai ‘fipple’ atau aliran udara yang ditiup akan disekat dihujungnya (dikenali sebagai ‘blockflute’ di Jerman). Penyekatan dihujung alat tersebut akan mewujudkan satu lohong udara yang akan menyebabkan udara yang ditiup melaluinya akan keluar melalui lubang-lubang yang akan menghasilkan satu bunyi yang jelas dan tersendiri. Alat tiupan lain yang termasuk di dalam keluarga ini ialah ‘flageolet’, ‘whistle’ dan ‘three holed tabor pipe’. Rekoder Diperingkat Awal Kewujudannya Instrumen berbentuk tiupan telah wujud sebenarnya sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Ini terbukti dengan terjumpanya 1 Rajah 1.0 Rekoder Baroque

Upload: ernieyanti-bakri

Post on 26-Jun-2015

827 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul rekoder

Pengenalan

Sejarah Rekoder

Rekorder termasuk didalam keluarga instrumen yang dikenali sebagai

‘fipple flute’ yang membawa maksud alat tiupan yang mempunyai ‘fipple’ atau

aliran udara yang ditiup akan disekat dihujungnya (dikenali sebagai ‘blockflute’ di

Jerman). Penyekatan dihujung alat tersebut akan mewujudkan satu lohong udara

yang akan menyebabkan udara yang ditiup melaluinya akan keluar melalui

lubang-lubang yang akan menghasilkan satu bunyi yang jelas dan tersendiri.

Alat tiupan lain yang termasuk di dalam keluarga ini ialah ‘flageolet’, ‘whistle’ dan

‘three holed tabor pipe’.

Rekoder Diperingkat Awal Kewujudannya

Instrumen berbentuk tiupan telah wujud sebenarnya sejak beribu-ribu

tahun yang lalu. Ini terbukti dengan terjumpanya alat tiupan yang diperbuat dari

tulang kambing biri-biri dari Zaman Besi di England. Namun rupanya bukanlah

seperti rekoder yang kita kenali sekarang iaitu yang mempunyai lapan lubang

(tujuh didepan dan satu dibelakang). Tarikh kewujudan rekorder yang

sebenarnya di Eropah telah menjadi suatu perdebatan akademik yang hangat.

Kemungkinan besar ianya wujud di zaman mediaeval iaitu sekitar enam hingga

tujuh ratus tahun yang lalu namun ia bukan ketentuan yang khusus. Kebanyakan

1

Rajah 1.0 Rekoder Baroque

Page 2: Modul rekoder

apa yang dipanggil ‘recorder’ yang dilihat pada lukisan-lukisan yang lama tidak

menggambarkan ianya dalam ertikata yang sebenar. Ianya tidak seratus peratus

jelas walaupun instrumen asal yang paling popular yang ditemui di Dordrecht,

Belanda pada tahun 1940. Rekoder Dordrecht itu dipercayai bertarikh awal kurun

ke15 kerana rumah di mana tempat ia ditemui telah terbengkalai pada tahun

1418. Walaubagaimanapun, dengan ketiadaan bahan lain untuk menjadi rujukan

dan perbandingan, adalah mustahil untuk menyatakan yang ianya mewakili

pelbagai instrumen yang dibuat pada zaman itu.

Sudah tentu ini adalah sesuatu yang tidak menyeronokkan bagi pengkaji

muzik zaman medieval walaupun beberapa percubaan telah dibuat bagi

membuat ‘salinan’ atau contoh apa yang dipanggil ‘mediaeval recorders’. Tiada

satu pun instrumen ini yang benar-benar jelas dan tulin dan tidak ada satu bukti

kukuh tentang bagaimana bunyi sebenarnya ‘mediaevar recorders’. Yang terbaik

yang boleh dinyatakan ialah, ianya mungkin satu instrumen mudah yang

mempunyai ton yang jelas dan bidang not yang kecil.

Bukti kewujudan paling kukuh yang boleh digunapakai ialah ‘Renaissance

Recorders’ bertarikh penghujung zaman Renaissance di kurun ke 16. Rekoder

Renaissance agak berlainan dari mereka yang telah biasa dengan instrumen

Baroque yang lebih halus dan lembut bunyinya. Instrumen Renaissance berbunyi

lebih garau, kuat dan kasar terutama yang bernada rendah dan bunyinya lebih

‘asli’ dari bunyi Baroque. Ianya mempunyai bidang (range) sekitar satu oktaf

bebanding sedikit lebih dua oktaf bagi Baroque. Namun ianya bukanlah satu

2

Page 3: Modul rekoder

masalah kerana muzik zaman Renaissance yang ditulis untuk instrumen ini tidak

memerlukan bidang yang luas.

Rekoder Renaissance mempunyai lubang jari yang lebih besar dan

dikatakan berbentuk selinder walaupun sebenarnya ia agak mengecil

dihujungnya. Mempunyai rekabentuk yang lebih mudah tanpa ukiran hiasan.

Instrumen yang asal diperbuat secara terus sebatang namun yang ada sekarang

boleh dilerai bagi tujuan kemudahan menyimpan, membawa dan menjaga

kebersihannya. Tidak ada juga peraturan yang khusus tentang kedudukan

tangan dan penjariannya. Tangan yang mana harus di bawah atau tangan yang

mana di atas.

Rekoder Baroque adalah yang selalu diguna. Pada kurun ke 17 ia melalui

proses transisi dimana lubangnya lebih kemas dengan bentuk seperti kon yang

kecil dibawah dan semakin besar ke atas. Pembuatannya semakin diimprovisasi

dengan bidang notasi dan ‘range’nya semakin dilebarkan, bunyi yang halus dan

sempurna serta lebih fleksibel untuk dimainkan secara solo. Rekoder juga telah

mula digunakan dalam muzik orkestra pada masa itu.

Diawal kurun ke 18, flut traverso mula menjadi lebih popular. Kekurangan

yang paling ketara pada rekoder ialah ia adalah instrumen yang ‘lembut’

(berbunyi agak perlahan) berbanding flut traverso yang lebih kuat bunyinya dan

lebih luas rangenya menjadikannya lebih sesuai untuk dimainkan dalam orkestra.

Rekoder semakin kurang dimainkan sehingga ia hampir pupus. Pada kurun ke

19 ia dimainkan semula tetapi lebih kepada penghayatan sejarah muzik. Seni

3

Page 4: Modul rekoder

membuat rekoder juga telah semakin hilang. Rekoder yang ada sekarang dari

jenis ‘Moeck Rottenburgh’ dan ‘Mollenhauer Denner’.

Namun kini rekoder telah kembali popular mengalahkan zaman

kemunculannya dulu. Jutaan alat ini telah dihasilkan setiap tahun secara

komersial. Ia digunakan dengan meluasnya dikalangan mereka yang ingin

belajar tentang instrumen muzik diperingkat asas. Disamping lebih mudah ianya

juga lebih murah justru membuka ruang baru dalam penggunaan instrumen ini

sekarang.

Rajah 1.1 – Jenis-jenis rekoder

4

Page 5: Modul rekoder

5

Rajah 1.2 – Bahagian-bahagian rekoder

Page 6: Modul rekoder

Objektif.

Modul ini adalah di lihat bertujuan untuk guru-guru serta murid-murid yang

mengikuti pengajaran muzik di sekolah. Disamping itu juga ianya boleh

digunakan bagi mereka yang berminat dalam permainan rekoder. Berselaras

dengan kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah yang disemak semula ,

modul ini menyediakan pelbagai bahan yang dapat membantu dalam pelajaran

rekoder. Dalam usaha untuk mengoptimumkan keperluan perlaksanaan

kurikulum Pendidikan Muzik di bilik darjah, Adalah diharapkan agar guru-guru

dapat mengaplikasikan modul ini dan dapat menambah serba sedikit idea-idea

dalam menjayakan pengajaran rekoder .

Pengajaran rekoder yang digunakan dalam modul ini ditujukan khas

kepada murid-murid tahap 2 dan program yang digunakan adalah memadai

untuk mendedahkan mereka kepada permainan rekoder. Aktiviti yang

menggembirakan disamping kaedah tunjuk cara yang menarik memberi

pengalaman serta ilmu pengetahuan yang asas tentang permainan rekoder serta

persembahan yang menarik .

6

Page 7: Modul rekoder

UNIT 1

Unsur-unsur muzik.

1. Ton :

1.1.Pic

1.2. Intensiti

1.3.Kualiti

2. Elemen-elemen Masa (faktornya):

2.1.Tempo

2.2.Detik

2.3. Irama

2.4.Tandamasa

3. Irama

3.1.Tekanan

3.2.Meter

4. Melodi

Satu siri ton yang berturutan , biasanya dengan pic dan jangka masa yang

berbeza-beza.

Ciri-ciri :-

i) Irama

ii) Dimensi

a. Panjang pedek

b. Renj (Jarak antara not yang tinggi dan yang rendah

sekali

7

Page 8: Modul rekoder

iii) Register (tingkat nada)

iv) Arah

Melodi bergerak dalam dua arah

i) menaik

ii) menurun

v) Progression (pergerakan)

I) Melodi yang bergerak bertingkat (bertangga)

II) Melodi yang bergerak secara lompatan

5. Harmoni / Tonaliti

Harmoni ialah elemen muzik yang berasaskan daripada gabungan ton-ton

dengan serentak.

- Melodi adalah konsep mendatar.

- Harmoni adalah konsep menegak.

- Kod adalah satu kumpulan yang mengandungi 3 atau lebih not yang

dimainkan serentak. Terdiri daripada not tonik , subdominant dan

dominant.

6. Tekstur

6.1.Monofoni – melodi tanpa iringan.

6.2.Homofoni – melodi diiringi dengan kod.

6.3.Polifoni – dua atau lebih melodi digabungkan.

8

Page 9: Modul rekoder

UNIT 2

POSTUR BADAN

2.1– Pengenalan

Kedudukan badan adalah penting untuk menghasilkan nyanyian yang bermutu.

Postur yang baik akan membantu pernafasan dan penghasilan ton semasa

meniup rekoder.

2.2 Postur Berdiri

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika

bermain rekoder dalam keadaan berdiri adalah seperti berikut:

Kaki - berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggang sedikit.

Lutut - dilonggarkan (rileks), tidak kaku.

Badan - belakang badan serta kepala dalam keadaan lurus.

Dada - dinaikkan.

Bahu - ditarikkan ke belakang sedikit.

Dagu - selari dengan lantai.

Tangan – memegang rekoder dengan sudut 45 darjah kecondongan dari badan.

9

Page 10: Modul rekoder

2.3 Postur Duduk

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika

menyanyi dalam keadaan duduk adalah seperti berikut:

Bahagian badan hingga kepala - keadaannya sama seperti postur berdiri.

Belakang badan - tidak bersandar.

Punggung - terletak di tengah kerusi.

Kaki - diletak di atas lantai dengan satu kaki ke hadapan sedikit.

Tangan – memegang rekoder dengan sudut 45 darjah kecondongan dari badan.

10

Rajah 1.3 – Pandangan sisi Rajah 1.4 – Pandangan hadapan

Page 11: Modul rekoder

BAB 3

PERNAFASAN

Dengan pengurusan pernafasan yang baik, seseorang dapat menghasilkan ton

yang berkualiti, bunyi yang jelas nada dan pic yang tepat. Disamping itu murid

dapat memainkan frasa yang panjang dengan selesa.Proses pernafasan

melibatkan pengembangan pada rangka rusuk, abdomen dan diafragma.

Kemahiran mengawal pernafasan boleh dibina melalui latihan. Latihan

pernafasan perlu dijalankan semasa aktiviti warm-up atau latihan persediaan.

Terdapat banyak latihan pernafasan yang boleh dijalankan. Antaranya adalah

seperti berikut:-

3.1- Menghembus dan menarik nafas

Hembuskan semua udara dari paru-paru sehingga anda terasa anda

diperlukan udara. Kemudian tarik nafas secara perlahan dan tenang.

3.2- Bernafas secara cepat

Biasanya apabila kita terkejut, kita akan menarik nafas dengan cepat.

Ulang perbuatan seperti ini beberapa kali.

3.3- Pernafasan staccato

Latihan ini dilakukan dengan sebutan “tut” secara berulang-ulang

sehingga murid dapat merasakan otot-otot di bahagian perut terlibat

dalam proses pernafasan. Latihan ini boleh menguatkan otot-otot

tersebut untuk membantu mengawal pernafasan.

11

Page 12: Modul rekoder

3.4- Hiss/Hoo

Sambil menarik nafas secara perlahan, angkat kedua-dua tangan ke

atas secara perlahan dan hembuskan nafas dengan bunyi “hiss”.

Contoh latihan:

12

tut tut tut tut tu---t

Rajah 1.5

Rajah 1.6

Rajah 1.7

Page 13: Modul rekoder

UNIT 4

TEKNIK PENJARIAN

Sistem Nombor Penjarian Rekoder

4.1 - Tangan Kiri

- Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder.

- Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.

- Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.

- Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.

4.2 - Tangan Kanan

- Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.

- Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.

- Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam.

- Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh.

- Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil.

13

Rajah 1.8 – Sistem nombor Rajah 1.9 – Kedudukan jari

Page 14: Modul rekoder

- Lubang-lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flet.

UNIT 5

Not-Not Dan Penjarian.

5.0.1 – Not B

14

Latihan 1.1

Not B pada kibod

Not B pada baluk

Latihan 1.2

Not B pada baluk

Rajah 2.0 – Kedudukan not pada Kibod dan penjarian.

Page 15: Modul rekoder

5.0.2 – Not A

15

Not A pada kibod

Not A pada baluk

Latihan 1.3

Latihan 1.4

Rajah 2.1 – Kedudukan not pada kibod dan penjarian.

Page 16: Modul rekoder

5.0.3 – Not G

16

Latihan 1.5

Latihan 1.6

Not G pada kibod

Not G pada baluk

Rajah 2.2 – Kedudukan not pada kibod dan penjarian.

Page 17: Modul rekoder

5.0.4 – Latihan not B,A dan G.

17

Praktis 1.1

Praktis 1.2

Page 18: Modul rekoder

5.0.5 – Not F.

18

Latihan 1.7

Latihan 1.8

Not F pada kibod

Not F pada baluk

Rajah 2.3 – Kedudukan not pada kibod dan penjarian.

Page 19: Modul rekoder

5.0.6 – Not E.

19

Not E pada kibod

Not E pada baluk

Latihan 1.9

Latihan 2.0

Rajah 2.4 – Kedudukan not pada kibod dan penjarian.

Page 20: Modul rekoder

5.0.7 – Not D.

20

Not D pada kibod

Not D pada baluk

Latihan 2.1

Latihan 2.2

Rajah 2.5 – Kedudukan not pada kibod dan penjarian.

Page 21: Modul rekoder

5.0.8 – Not C.

21

Latihan 2.3

Latihan 2.4

Not C pada kibod

Not C pada baluk

Rajah 2.6 – Kedudukan not pada kibod dan penjarian.

Page 22: Modul rekoder

5.0.9 – Latihan not F,E,D dan C

22

Praktis 1.3

Praktis 1.4

Praktis 1.5

Page 23: Modul rekoder

5.1.0 – Latihan not B,A,G,F,E,D dan C.

23

Praktis 1.6

Praktis 1.7

Praktis 1.8

Page 24: Modul rekoder

5.1.1 – Not C’.

24

Not C’ pada kibod

Not C’ pada baluk

Latihan 2.5

Latihan 2.6

Rajah 2.7 – Kedudukan not pada kibod dan penjarian.

Page 25: Modul rekoder

5.1.2 – Not D’.

25

Not D’ pada kibod

Not D’ pada baluk

Latihan 2.5

Latihan 2.6

Rajah 2.8 – Kedudukan not pada kibod dan penjarian.

Page 26: Modul rekoder

5.1.3 – Not D#’.

26

Not D#’ pada kibod

Not D#’ pada baluk

Latihan 2.7

Rajah 2.9 – Kedudukan not pada kibod dan penjarian.

Page 27: Modul rekoder

5.1.4 – Not E’.

27

Not E’ pada kibod

Not E’ pada baluk

Latihan 2.8

Latihan 2.9

Rajah 3.0 – Kedudukan not pada kibod dan penjarian.

Page 28: Modul rekoder

5.1.5 – Not F’.

28

Latihan 3.0

Latihan 3.1

Not F’ pada kibod

Not F’ pada baluk

Rajah 3.1 – Kedudukan not pada kibod dan penjarian.

Page 29: Modul rekoder

5.1.6 – Not Bb’.

29

Not Bb’ pada kibod

Not Bb’ pada baluk

Latihan 3.2

Latihan 3.3

Rajah 3.2 – Kedudukan not pada kibod dan penjarian.

Page 30: Modul rekoder

5.1.7 – Not G’.

30

Not G’ pada kibod

Not G’ pada baluk

Latihan 3.4

Rajah 3.3– Kedudukan not pada kibod dan penjarian.

Page 31: Modul rekoder

5.1.8 – Not F#.

31

Not F# pada kibod

Not F# pada baluk

Latihan 3.5

Rajah 3.4 – Kedudukan not pada kibod dan penjarian.

Page 32: Modul rekoder

5.1.9– Not C#.

32

Not C#’ pada kibod

Not C#’ pada baluk

Latihan 3.6

Rajah 3.5 – Kedudukan not pada kibod dan penjarian.

Page 33: Modul rekoder

5.2.0 – Not F#’.

33

Not F#’ pada kibod

Not F#’ pada baluk

Latihan 3.7

Rajah 3.6 – Kedudukan not pada kibod dan penjarian.

Page 34: Modul rekoder

UNIT 6

Skel

Berasal dari perkataan Latin iaitu SCALA

Bermaksud tangga.

Sesebuah lagu mesti berasaskan kepada sesuatu skel atau lebih .

Ia juga dikenali sebagai tangganada

JENIS SKEL

Skel atau tangganada terbahagi kepada kepada tiga:

- Natural

- Major

- Minor

TANGGA NADA NATURAL

Tangganada Natural terdiri dari 8 not muzik

Tidak mempunyai sebarang tanda # ( syap ) dan b ( flet )

Tangganada natural tidak sempurna

Jeda 1 hingga 8 mempunyai 12 semitone

TANGGA NADA MAJOR

Tangganada major mengandungi tanda syap ( # ) dan flet ( b)

Jeda dalam tangganada major adalah sama untuk semua nada major

Dalam tangganada C major sahaja yang tidak mempunyai sebarang

34

Page 35: Modul rekoder

Tanda sharp (#) dan flet (b)

TANGGA NADA MINOR

Tangganada minor terbentuk dari 8 not.

Terbina dari relatif majornya.

Untuk dapatkan minor gerakkan ke depan

Sebanyak 6 pergerakkan akan mendapat minor

Formula skel minor, not ke tujuh akan di syap kan ( # )

Manakala flet (b) jadi natural

35

Page 36: Modul rekoder

6.0.1 – Skel C Major menaik.

6.0.2 – Skel C Major menurun.

6.0.3 – Latihan lagu-lagu dalam C Major.

36

BUNGA API

NerwandyModerato

Lagu 1.0

Skel 1.0

Skel 1.2

Page 37: Modul rekoder

.

37

Lagu 1.1

Lagu 1.2

Page 38: Modul rekoder

6.0.4 – Skel F Major menaik.

6.0.5 – Skel F Major menurun.

6.0.6 – Latihan lagu F Major.

38

Lagu 1.3

Skel 1.3

Skel 1.4

Page 39: Modul rekoder

6.0.7 – Skel G Major Menaik .

6.0.8 – Skel G Major Menurun .

6.0.9 – Skel D Major Menaik .

6.1.0 – Skel D Major Menurun .

39

Skel 1.5

Skel 1.6

Skel 1.7

Skel 1.8

Page 40: Modul rekoder

6.1.1- Latihan skel tambahan.

40

Skel 1.9

Skel 2.0

Skel 2.1

Skel 2.3

Skel 2.4

Skel 2.5

Page 41: Modul rekoder

6.1.2 – Ske-skel minor.

E minor

D minor

6.1.3 – Latihan lagu-lagu Minor.

41

Skel 2.5

Skel 2.6

Lagu 1.4

Page 42: Modul rekoder

42

Lagu 1.5

Lagu 1.6

Page 43: Modul rekoder

43

Lagu 1.7

Page 44: Modul rekoder

Kuat

UNIT 7

EKSPRESI

Ekspresi adalah berkaitan dengan pernyataan perasaan dan fikiran yang ditonjolkan

oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Pernyataan perasaan dan fikiran ini dapat

disampaikan melalui mud dan dinamik apabila muzik diperdengarkan.

7.1- Mud

Mud membentuk sifat atau suasana sesebuah karya muzik. Ia selalu dilahirkan dalam

bentuk perasaan ketika karya muzik dipersembahkan. Mud lazimnya dinyatakan sebagai

riang, sedih, bersemangat dan sebagainya.

7.2- Dinamik

Dinamik adalah berkaitan dengan sifat kuat atau lembut bunyi muzik yang dihasilkan.

Dalam skor Iagu, dinamik dinyatakan dalam bentuk tanda isyarat dan istilah seperti

beransur lembut dan beransur kuat

44

Lembut

Rajah 3.7– Contoh lagu

Page 45: Modul rekoder

7.3 – Latihan Ekspresi Dan Dinamik.

45

Lagu 1.8

Lagu 1.9

Page 46: Modul rekoder

46

Lagu 2.0

Lagu 2.1

Page 47: Modul rekoder

47

Lagu 2.2

Lagu 2.3

Page 48: Modul rekoder

48

Lagu 2.4

Lagu 2.5

Page 49: Modul rekoder

UNIT 8

Harmoni .

Harmoni boleh juga dimainkan dengan menggunakan rekoder dimana rekoder

soprano dibahagikan kepada dua bahagian seperti :-

a) Soprano 1

b) Soprano 2

Untuk memainkan bahagian soprano 1 dan soprano 2 , beberapa siri latihan

diperlukan . Bermula dengan lagu 4 bar dan seterusnya ketahap yang lebih

tinggi.

49

Rajah 3.8 – Harmoni rekoder

Page 50: Modul rekoder

8.1 – Latihan Harmoni.

.

50

Harmoni -1.2

Harmoni -1.3

Harmoni -1.4

Page 51: Modul rekoder

8.2 – Lagu-lagu harmoni.

51

Lagu 2.6

Page 52: Modul rekoder

52

Page 53: Modul rekoder

Kesimpulan.

Pendidikan muzik bertujuan melahirkan murid yang mempunyai

pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik , mempunyai kemahiran

minimum dalam penghasilan muzik , berpotensi dalam aspek kreativiti dan

inovasi , dapat menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat

mengamalkan nilai murni . Oleh kerana muzik merupakan medium bagi

meluahkan perasaan , fikiran dan imiginasi , mata pelajaran ini sangat

berperanandalam usaha membina kreativiti murid . Kearah itu , modul ini adalah

sangat sesuat bagi semua peringkat usia dalam bersama memartabatkan

permainan rekoder sebagai pengisian .

Oleh yang demikian usaha hendaklah ditumpukan ke arah memberi

peluang murid melibatkan diri dalam aktiviti – aktiviti permainan rekoder

ensemble. Murid melibatkan diri dengan cara mendengar , melihat , memerhati

dan sebagainya . Dengan terhasilnya modul ini , adalah diharapkan ia dapat

memberi manfaat kepada kita semua .

53

Page 54: Modul rekoder

BIBLIOGRAFI

Montagu, J. (1976). The World of Medieval & Renaissance Musical Instruments. Ure Smith: Sydney.

Rowland-Jones, A. (1994). Renaissance recorders - The pictorial evidence. The Recorder Magazine, September: 75-78.

Weber, R. (1976). Recorder finds from the Middle Ages, and results of their reconstruction. Galpin Society Journal 24: 35-41.

54