takrif konflik

Post on 28-Jan-2016

235 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

hubungan etnik

TRANSCRIPT

TAKRIF KONFLIK.

Perkataan konflik iaitu pertelingkahan, pertikaian dan perbalahan. Konflik adalah cetusan

awal kepada aktiviti yang tidak sihat sehingga membawa kepada peristiwa buruk atau

malapetaka. Konflik adalah sesuatu perkara yang boleh berlaku pada individu, kumpulan,

organisasi dan masyarakat. Konflik merupakan sifat semulajadi yang wujud pada manusia.

Konflik mempunyai ciri- ciri tersendiri yang boleh dianalisis melalui personaliti dan juga

tingkah laku. Konflik wujud disebabkan manusia mempunyai tingkah laku yang berbeza

(Tjosvold, 1993). Konflik timbul akibat ketidaksetujuan dan ketidaksesuaian tingkah laku

(Deutsch, 1990).

Konflik merupakan persaingan antara pihak yang saling bergantung di mana mereka

mempunyai keperluan, minat, keinginan dan idea yang tidak selaras (Slyke, 1999). Menurut

(Chi-Ching,1998) gaya pengurusan konflik adalah bebeza-beza mengikut bangsa, umur,

struktur organisasi dan status pihak yang terlibat. Ini bermakna konflik merupakan fenomena

yang berlaku dalam kehidupan seharian, menurut (Jensen-Campbell, Gleason, Adams dan

Malcolm, 2003), konflik adalah sesuatu yang sememangnya dijangka akan berlaku serta tidak

boleh dielakkan (Ahmad Atory Hussain, 2001) pula, menyatakan bahawa terdapat tiga

pilihan asas apabila munculnya konflik iaitu mengkritik sumber konflik, mengelak diri

sendiri daripada dikuasai oleh situasi dan mengubah pengharapan serta tanggapannya

terhadap situasi. Ini bermakna konflik boleh diurus dengan berkesan melalui kefahaman

tentang gaya pengurusan konflik itu sendiri dan memberi implikasi kepada produktiviti

sesebuah organisasi itu. Di dalam sistem yang berkesan, konflik dilihat sebagai sesuatu yang

normal dalam proses menjalinkan hubungan dan dilihat sebagai satu sumber kreativiti (Egan,

1985)

top related