tajuk 4 -pergerakan

Post on 09-Feb-2017

222 Views

Category:

Education

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Disediakan oleh : JAZMINA FATIN BINTI JOHARINUR’AIN NATUL NADHIRAH BINTI MOHD TARMIZI

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS

SENI DALAM PENDIDIKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3073)

KONSEPPERGERAKAN

Kesedaran Tubuh Badan

Kesedaran Ruang

Kualiti Pergerakan

Hubungan

KESEDARAN TUBUH BADAN

(merujuk kepada ‘apa’ yang dapat dilakukan oleh tubuh badan kita)

Bentuk Tubuh badan

Imbangan

Pemindahan Berat Badan

Layangan

Satah

KESEDARAN TUBUH BADAN

Membentuk pelbagai bentuk bergantung kepada kreativiti

setiap individu

Dapat dibentuk : bulat, tajam, besar dan bongkok

Bentuk Tubuh Badan

Imbangan

Keupayaan individu atau kumpulan mengekalkan kestabilan

pelbagai anggota badan bagi tempoh tertentu.

Terbahagi kepada tiga iaitu imbangan atas perut, imbangan

sokongan belakang dan imbangan atas punggung

Pemindahan Berat Badan

Berlaku apabila pusat graviti tubuh badan dipindahkan dari

satu posisi ke posisi yang lain.

Contoh- imbangan bangau --> imbangan skala

Layangan

Merupakan satu fasa apabila badan terapung di udara tanpa

sebarang sokongan

Contoh : lompat bintang, lompat sambil memusing dan

mendarat

Satah

Terdapat 3 bahagian iaitu satah depan, satah mendatar dan

satah sisi

Satah depan merupakan dimensi abstrak yang

membahagikan badan kepada dua iaitu depan dan belakang

Satah mendatar membahagikan badan kepada dua iaitu atas

dan bawah

Satah sisi membahagikan badan kepada dua iaitu sisi kanan

dan sisi kiri

KESEDARAN RUANG

(merujuk kepada ‘ke mana’ badan

kita boleh bergerak)

Lokasi

Arah

Aras

Laluan

KESEDARAN RUANG

Lokasi

Terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am

Ruang diri merupakan ruang yang dapat dicapai di lokasi

setempat oleh seseorang

Ruang am merupakan ruang yang dilalui apabila bergerak dari

satu titik ke titik lain

Arah

Menunjukkan pergerakan ke hadapan, ke belakang, ke atas, ke bawah, ikut jam, lawan jam,ke kiri dan ke kanan

Menunjukkan pergerakan aras tinggi, sederhana dan rendah

Aras

Menunjukkan pergerakan sama ada lurus, pepenjuru, zig-zag, melengkung dan spiral

Laluan

KUALITI

PERGERAKAN

DEFINISI - Merujuk kepada ‘ bagaimana ‘ pergerakan

itu dilakukan oleh tubuh badan- Ditentukan oleh tiga elemen

TIGA ELEMEN PERGERAKAN Masa Daya Aliran

KUALITI PERGERAKAN

MASA

- Merujuk kepada kelajuan atau rentak sesuatu pergerakan

ELEMEN PERTAMA

- Dilakukan dengan pelbagai kelajuan (cepat, lambat, kawal-lambat dan serta-merta )

- Merujuk kepada jumlah tenaga yang dihasilkan oleh otot untuk melakukan sesuatu pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang

- Dua jenis pergerakan (halus-ringan dan berat-kuat )

DAYA

ELEMEN KEDUA

HALUS-RINGAN : Semasa bergerak bebas atau setempat, kualiti pergerakan

bersifat lembut, halus dan sensitif. Contohnya burung melayang, daun

ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

BERAT-KUAT : Daya yang merujuk lakuan pergerakan yang tegas, kuat,

bertenaga dan pantas. Kualiti pergerakan memerlukan tenaga dan penggunaan

otot yang kuat. Contohnya menolak kotak yang kuat dan hentak kaki seperti

gergasi.

ELEMEN KETIGA

ALIRAN

- Rangkaian beberapa pergerakan berturutan, berterusan dan licin

- Dilakukan melalui dua cara iaitu aliran bebas dan aliran terikat

ALIRAN BEBAS :- Pergerakan berterusan

dan tidak boleh diberhentikan secara serta merta

- Contoh : menghayun kayu hoki, melonjak dalam acara lompat jauh

ALIRAN TERIKAT :

- Pergerakan yang boleh diberhentikan tiba-tiba

- Contoh : berlari, jogging

HUBUNGAN

DEFINISI - Merujuk kepada ‘ dengan apa ‘ dan ‘

dengan siapa ‘ badan kita bergerak

DUA ELEMEN HUBUNGAN- Interaksi dengan objek- Interaksi dengan orang lain

HUBUNGAN

ELEMEN DALAM HUBUNGAN

INTERAKSI DENGAN OBJEK

Secara individu Contoh : berdiri hadapan

bangku,mengelilingi kerusi, merangkak dibawah meja

INTERAKSI DENGAN ORANG LAIN

Secara berpasangan, berkumpulan kecil ataupun berkumpulan besar

Contoh : mencermin, bayangan

KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS

LOKOMOTOR

MANIPULASI ALATAN

BUKAN LOKOMOTOR

LOKOMOTOR- Merupakan perubahan tapak sokongan secara mendatar dan

menegak- Terbahagi kepada dua iaitu lokomotor beritma sekata dan

lokomotor beritma tidak sekata

LOKOMOTOR BERITMA SEKATA

- Pemindahan berat badan dalam tempo yang sama

- Contoh : berlari, berjalan, melompat, melonjak dan lompat sebelah kaki

LOKOMOTOR BERITMA TIDAK SEKATA

- Pemindahan berat badan terhadap satu atau lebih pergerakan dalam tempo yang berbeza

- Contoh : berskip dan menggelongsor

BUKAN LOKOMOTOR

- Merupakan pergerakan yang melibatkan berat badan kekal di tempat yang sama tetapi memusing di sekitar paksi mendatar atau menegak.

- Pergerakan ini tidak mengubah tapak sokongan

- Contoh : mengilas, meringkuk dan meregang

MANIPULASI ALATAN

Merujuk kepada keupayaan seseorang memberi dan menerima daya daripada sesuatu objek

Contoh : membaling, menangkap, memukul, menggolek, menggelecek, menendang dan melantun.

PERGERAKAN ASAS

BUKAN LOKOMOTOR LOKOMOTOR MANIPULATIF ALATAN

Mengimbang Berjalan Melambung

Meregang Berlari Menyambut

Menolak Melompat Menghantar

Menghayun Menggelongsor Menyerap

Membongkok Skip Menggolek

Memusing Mengguling Melantun

Merebah Mencelonjak Memukul

top related