tajuk 2 ~ genre ciri ka.pptx

Post on 23-Dec-2015

31 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Tajuk 2 : Genre & Ciri khusus KA ~ Hikayat, cerita berbingkai,, mitos

& Puisi lama

Dr. Fadzilah Amzah

fadzilahamzah@usm.my

Pengenalan

• Karya Agung Melayu merupakan karya klasik warisan tamadun Melayu yang telah meninggalkan pelbagai kesan ~ kesan budaya, pemikiran, sejarah, pandangan dan falsafah hidup masyarakat Melayu sejak zaman berzaman .

• Karya2 agung ini dijadikan bahan rujukan dan kajian oleh sarjana dalam bidang bahasa, kesusasteraan, antropologi & sosiologi dan psikolinguistik.

• Khazanah kesusasteraan Melayu tradisional meninggalkan pelbagai genre sastera seperti hikayat, cerita berbingkai, kisah-kisah mitos dan lagenda dan himpunan puisi lama

Ciri-ciri Karya Agung Melayu• Sastera Istana – berkisar tentang anak2 raja & berlatarkan istana

• Ditulis dalam bahasa Melayu yang baik

• Menjadi warisan bangsa zaman berzaman

• Meninggalkan kesan ilmu dan falsafah bangsanya

• Menjadi cerminan kepada sistem sosial dan budaya masyarakat Melayu

• Menjadi asas untuk mengenali kehebatan tamadun Melayu Melaka

• Mendukung nilai falsafah yang tertentu untuk zaman tersebut

• Hasil kepengarangan iti dikaji, diteliti untuk mengetahui sejarah, budaya dan sistem politik masyarakat zaman tersebut.

• Dapat menggambarkan idealisme, falsafah dan pandangan hidup masyarakatnya.

• Cth karya agung Melayu – Hikayat Hang Tuah & Sejarah Melayu

KA ~ Hikayat Hang Tuah & Sejarah Melayu

• Memberikan maklumat lengkap tentang kerajaan Melayu & Empayar Kesultanan Melayu Melaka (KMM)

• Perician yang baik tentang salasilah raja2 Melayu terutama KMM

• Mendukung falsafah yang disanjung pada zaman tersebut – Cth; kesetiaan kepada raja, konsep daulat & derhaka dsb

• Menjadi sumber rujukan sarjana dalam pelbagai bidang.

• Mengandung nilai2 ilmu dan falsafah yang tinggi

• Penggunaan bahasa Melayu yang baik

• HHT ~ sebuah epik kepahlawanan yang unggul

Kesusasteraan Melayu Tradisional

Kesusasteraan Melayu Tradisional dapat dikelompokkan kepada dua kelompok utama iaitu:

1. Prosa Melayu Tradisional

2. Puisi Melayu Tradisional

Prosa Melayu

Naratif Lisan

1.Cerita Mitos

2.Cerita Lagenda

3.Cerita Rakyat

{ cerita binatang, penglipur lara, cerita jenaka}

Naratif tulisan

1.Sastera sejarah

2.Sastera hikayat

3.Sastera panji

4.Sastera kepahlawanan /Epik

5.Sastera agama

Puisi MelayuNaratif

1.Syair

Cth; Syair Siti Zubaidah

Bukan Naratif

1.Pantun

2.Gurindam

3.Seloka

4.Nazam

5.Teromba

6.Talibun

7.Zikir

1. Sastera Hikayat

• Dick Hartoko dan B. Rahmanto (1985 : 59) mengatakan bahwa hikayat adalah jenis prosa, cerita Melayu Lama yang mengisahkan kebesaran dan kepahlawanan orang-orang ternama, para raja atau para orang suci di sekitar istana dengan segala kesaktian, keanehan ,dan mirip cerita sejarah atau membentuk riwayat hidup. Contoh hikayat adalah Hikayat Indera Bangsawan, Hikayat Iskandar Zulkarnain, dan Hikayat Bayan Budiman.

Ciri2 Hikayat1. Bersifat istana centric

watak dalam ceritanya berkisar mengenai tokoh raja golongan raja, dan keluarganya.

latar cerita juga kebanyakkan berkisar istana

Isi cerita berkisar tentang anak-anak raja & golongan bangsawan yang diberi pelukisan serba

2. Sebagian besar berupa sastera lisan (disampaikan dari mulut ke mulut).

3. Anonym (tidak dikenal nama pengarangnya).

4. Komunal (hasil sastera yang ada dianggap milik bersama & dihayati bersama).

5. Bersifat pralogik - iaitu memiliki logiknya yang tersendiri , tidak sama dengan logik umum / akal .

Diistilahkan sebagai fantasi

Isinya dongeng yang serba indah yang membawa pikiran pembaca ke alam khayalan, fantasi & angan-angan.

Pelukisan peristiwa / episod yang hebat, dahsyat, ~ peperangan, perkahwinan, kelahiran (menonjolkan kesaktian watak utama).

  Tokoh watak utama di luar batas kewajaran karakter manusia biasa (manusia supernatural).

6. Penggunaan perkataan

kata arkais. Misalnya ~ hatta, syahdan, sahibul hikayat, menurut empunya cerita, konon, dan tersebutlah perkataan

Banyak penggunaan kosakata yang kini tidak lagi digunakan.

kaya dengan perulangan perkataan, ayat.

Penggunaan perkaatan ayat yang berentak & berirama

7. Pengaruh Islam – banyak nama2 tokoh dipengaruhi nama Arab.

2. Cerita Berbingkai

• Menurut RO Winstedt (1969:114), cerita berbingkai ialah cerita-cerita berputar kerana cerita utama sebagai pusat cerita dan cerita-cerita sisipan pula berputar mengelilingi cerita utama. Cerita-cerita sisipan ini tidak berputar kepada cerita utama tetapi lahir daripada satu-satu peristiwa tertentu. Biasanya, cerita-cerita sisipan ini dikemukakan oleh seorang tokoh dalam cerita utama atau dasar untuk menghasilkan hujah atau kebenaran kepada kata-katanya.

sambungan

1. Isi cerita – isi cerita berasal dari India, sampai ke dalam kesusasteraan Melayu melalui Arab Parsi. Unsur-unsur pengaruh Islam lebih ketara berbanding unsur pengaruh Hindu.

2. Struktur isi terbahagi dua bahagian;i. pokok ceritaii. cerita-cerita sisipan

3. Watak dan perwatakani. watak manusia – kalangan istana dan rakyat biasaii. watak binatang – diberi sifat-sifat personifikasiWatak utama sebagai “tukang cerita” sebagai watak penyelamat melalui cara bercerita. Contoh dalam Hikayat Bayan Budiman – Burung Bayan berperanan sebagai pencerita bagi menyelamatkan isteri tuannya dari melakukan kejahatan dan kecurangan ketika suaminya tidak ada di rumah.

sambungan

4. Kaya dengan nilai-nilai moral yang tinggi – seperti ketabahan, kesetiaan, kejujuran dan keadilan

5. Mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan.

- Contoh, sifat dan kelakuan yang baik ditunjukkan melalui watak-watak dalam cerita sisipan sebagai contoh teladan.

- Begitu juga dengan tindakan melengah-lengahkan masa berbuat sesuatu keburukan akhirnya dapat menghasilkan kebaikan.6

6. Cth : Antara contoh karya cerita berbingkai ialah ;a. Hikayat Bayan Budimanb. Hikayat Kalila Wa Daminahc. Hikayat Bakhtiard. Hikayat Seribu Satu Malam

Ciri-ciri Cerita Sisipan :

1. Disampaikan oleh seseorang watak dari cerita pokok – watak bercerita berbagai-bagai cerita (iaitu cerita sisipan) dengan tujuan tertentu, iaitu untuk membuktikan kebenaran atau menyelamatkan keadaan.

2. Isi crita ringkas dan pendek – cerita sisipan dapat mengawal kesatuan cerita dengan cerita pokok agar sentiasa rapi.

3. Cerita sisipan mampu wujud sendiri sebagai cerita berasingan – mempunyai kesatuan ‘plot’ tema dan watak tersendiri

4. Ada kepelbagaian cerita – dapat memenuhi peranan sebagai alat mengemukakan amanat dan pengajaran

Hikayat Kalilah dan Daminah• Merupakan sebuah karya sastera yang bercorak didaktik.

• Dalam hikayat ini, terdapat sejumlah cerita dalam cerita. Hikayat ini menceritakan tentang kedukaan Raja Amarasakti, raja yang bijaksana terhadap ketiga-tiga puteranya yang tidak berminat untuk belajar. Seorang sami, Visnusarman berjanji akan mengajar ketiga-tiga putera tersebut dalam masa enam bulan. Sami tersebut mencari jalan yang berbeza untuk mengajar mereka. Beliau mengajar dengan bercerita tentang lima cerita binatang dalam bentuk cerita berbingkai.Antara cerita yang terkandung dalam hikayat ini ialah:i. Hikayat singa dengan lembuii. Hikayat burung dara dengan tikusiii. Hikayat burung hantu dengan gagakiv. Hikayat kera dengan kura-kurav. Hikayat orang saleh dengan cempelaivi. Hikayat tikus dengan kucing

3. Cerita Mitos• Cerita mitos adalah cerita yang dipercayai benar-benar

berlaku di zaman dulu.

• Bagi masyarakat tradisional, cerita mitos adalah suci dan mulia serta berlawanan dengan sifat duniawi.

• Cerita mitos adalah cerita tentang dewa-dewi dari kayangan dan dipercayai ada kaitan dengan unsur keagamaan, bersifat suci dan kudus.

• Watak-watak dikaitkan dengan kuasa supernatural.

Ciri-ciri cerita mitos1. Isi dan tema dihubungkan dengan asal-usul bermulanya sesuatu

kejadian, benda, binatang, manusia, asal usul nama tempat, asal usul keturunan raja, dan lain-lain. Setiap asal usul dikaitkan dengan pelbgai peristiwa dengan keadaan yang luar biasa tetapi dipercayai benar-benar berlaku.

2. Latar dalam cerita mencakupi alam ghaib, alam langit, kayangan dan alam kehidupan jin serta hantu. Latar tempatnya berlaku di dunia luar, kayangan dan dasar laut. Latar sejarah juga terdapat dalam cerita mitos. Contoh, asal usul nama Melaka mengambil latar sejarah.

3. Watak terdiri daripada tuhan dan dewa dewi sebagai watak bukan manusia. Terdapat juga watak manusia dan binatang.

Fungsi Mit0s1. Mengangkat tinggi & memuliakan golongan raja ~ Golongan raja dianggap memiliki

kuasa yang luar biasa serta sama taraf dengan dewa dewi. Contohnya, asal usul raja, pengislaman raja serta pembukaan negara kota dikaitkan dengan watak dan peristiwa luar biasa

2. Kritikan sosial ~ Ia menyindir sikap golongan raja yang zalim dan buruk tingkah lakunya. Contoh, mitos alegori singapura di langgar todak menyindir kezaliman Raja Singapura membunuh Tuan Jana Khatib yang menilik pohon pinang sehingga terbelah di depan permaisuri. Ekoran itu, Singapura mendapat bala diserang todak

3. Menunjukkan kekuatan dan kehebatan sesebuah negeri.Pembukaan sesebuah negeri dikaitkan dengan peristiwa aneh yang berlaku di tempat tersebut. Contoh, pembukaan Melaka , kerana Raja Iskandar menyaksikan peristiwa pelanduk putih menendang anjing perburuan baginda. Pelanduk merupakan binatang kecil yang selalunya takutkan anjing. Peristiwa ini menjadi lambang bahawa negeri yang kecil pada suatu hari nanti akan muncul sebagai negeri besar dan dapat mengalahkan kuasa lain

4. Puisi Lama

• Puisi adalah bentuk karangan yang terikat oleh rima, ritma, ataupun jumlah baris serta ditandai oleh bahasa yang padat.

Ciri-ciri Puisi Lama

1. Merupakan puisi rakyat yang tak dikenal nama pengarangnya

2. Disampaikan lewat mulut ke mulut, jadi merupakan sastra lisan

3. Sangat terikat oleh aturan-aturan seperti;

i.Jumlah kata dalam 1 baris

ii.Jumlah baris dalam 1 bait

iii.Persajakan (rima)

iv.Banyak suku kata tiap baris

v.Irama

Contoh2 Puisi Lama1. Mantra

Assalammu’alaikum putri satulung besarYang beralun berilir simayangMari kecil, kemariAku menyanggul rambutmuAku membawa sadap gadingAkan membasuh mukamu

2. Pantun

Kalau ada jarum patahJangan dimasukkan ke dalam petiKalau ada kataku yang salahJangan dimasukan ke dalam hati

Contoh2 Puisi Lama

3. Karmina

Dahulu parang, sekarang besi (a)Dahulu sayang sekarang benci (a)

4. Seloka

Lurus jalan ke Payakumbuh,Kayu jati bertimbal jalanDi mana hati tak kan rusuh,Ibu mati bapak berjalan

5. Gurindam

Kurang pikir kurang siasat (a)Tentu dirimu akan tersesat (a)Barang siapa tinggalkan sembahyang ( b )Bagai rumah tiada bertiang ( b )Jika suami tiada berhati lurus ( c )Istri pun kelak menjadi kurus ( c )

Contoh2 Puisi Lama

6. Syair

Pada zaman dahulu kala (a)Tersebutlah sebuah cerita (a)Sebuah negeri yang aman sentosa (a)Dipimpin sang raja nan bijaksana (a)

7. Talibun

Kalau anak pergi ke pekanYu beli belanak pun beli sampiranIkan panjang beli dahulu

Kalau anak pergi berjalanIbu cari sanak pun cari isiInduk semang cari dahulu

top related