tajuk 1_pim 3102
Post on 05-Apr-2018
331 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/2/2019 Tajuk 1_PIM 3102
1/19
PIM 3102
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)
1.1 STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
1.2 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
TAJUK 1ANALISIS STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH RENDAH
SINOPSIS
Topik ini memberi pendedahan kepada pelatih mengenai strategi dan perkaedahan dalam
pengajian dan pembelajaran Pendidikan Islam. Melalui isi kandungan pelajaran ini akan
meningkatkan lagi kefahaman dan kemahiran mereka dalam membina rancangan
pengajaran bagi setiap mata pelajaran yang di ajar.
HASIL PEMBELAJARAN
1. mengetahui jenis-jenis strategi dan pendekatan pengajaran pembelajaran
yang berkesan.
2. Memahami kepentingan dan kesan pemilihan strategi dan pendekatan
yang sesuai dalam pengajaran
3. Merancang strategi dan pendekatan pengajaran yang berkesan dalam
pengajaran.
Para pelajar sekalian !
Anda pernah mendengar istilah pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran. Adakah anda dapat menerangkan perbezaan kempat-empat istilah
tersebut ?
AGIHAN TAJUK
Tunggu dulu ! Sebelum anda memberi jawapan, sediakan borang grafik cartamaklumat dan buat catatan isi di dalam carta tersebut.
-
8/2/2019 Tajuk 1_PIM 3102
2/19
PIM 3102
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)
TAJUK 1.1 STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
STRATEGI PENDEKATAN
Kebijaksanaan memilih
pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran
berdasarkan objektif
pengajaran
Lebih mengambil kira objektif
jangka panjang
Mengambil kira segala aspek
pembelajaran termasuk
pemilihan bahan, masa dan
sebagainya
Cara mengajar berdasarkan objektif
yang telah ditentukan
Harus berlandaskan teori, prinsip
atau model tertentu
Kenyataannya dianggap benar
tanpa memerlukan bukti dan alasan
Mendokong sesuatu teori
KAEDAH TEKNIK
Siri tindakan guru yang
sistematik
Lebih bercorak jangka pendek Merupakan usaha
keseluruhan terdiri daripada
prosedur tersusun
berdasarkan pendekatan
yang dipilih
Mendokong pendekatan
dipilih
merujuk kemahiran guru mengelola
dan melaksanakan kaedah
mengajar yang dilaksanakan pengendalian yang benar-benar
berlaku dalam bilik darjah
digunakan dalam langkah
pengajaran
perlu mengambil kira faktor latar
belakang pelajar dalam
menentukan teknik yang dipilih
-
8/2/2019 Tajuk 1_PIM 3102
3/19
PIM 3102
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)
1.1.1 Prinsip-prinsip dalam strategi pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam:
a. Dari mudah kepada susah mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu
sebelum berpindah kepada konsep yang lebih susah.
b. Dari maujud kepada mujarad - menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan
berfokus kepada benda yang maujud
c. Dari perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui memanipulasi
pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu baru
d. Dari dekat kepada jauh memberi contoh-contoh yang hampir dengan murid untuk
menjelaskan perkara yang hampir sama dengan contoh yang diberi.
e. Dari spesifik kepada umum memberi beberapa contoh untuk dibuat generalisasi.
Dan strategi yang kita rancang perlulah :
Dapat meningkatkan keberkesaan pengajaran dan pembelajaran
Bersifat fleksible -- mengikut situasi dan keadaan murid pelbagai aras kebolehan
Berpusatkan murid .
Memberi penekanan kepada pengajaran yang bermakna,kreatif dan inovatif
Menggalakkan Inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah
Pengajaran secara kumpulan dan individu digalakkan
1.1.2 JENIS-JENIS STRATEGI PENGAJARAN
a. PEMBELAJARAN BERFIKRAH (Thoughful Learning)
Proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi penekanaan untuk
mewujudkan iklim bilik darjah yang menggalakkan pelajar berfikir secara aktif
pada tahap yang kompleks
Strategi guru dalam pembelajaran berfikrah ialah:
i. fokuskan pelajar kepada tugasan
ii. mengemukakan soalan terbuka
iii. mengemukakan soalan lanjutan
-
8/2/2019 Tajuk 1_PIM 3102
4/19
PIM 3102
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)
iv. mengambil masa menunggu respon pelajar
v. menerima pelbagai respon pelajar
vi. galakkan interaksi
vii. elakkan memberi pandangan
viii. elakkan mengulangi respon pelajar
ix. meminta pelajar membuat refleksi
Fikirkan sebentar! Apakah perbezaan antara pembelajaran berdaya fikir
dengan pembelajaran kemahiran berfikir? Lihat contoh lampiran 1a.
b. PEMBELAJARAN BERSIFAT INDIVIDU [Individualized Instruction]
Pelajar diberi peluang melibatkan diri secara langsung dalam proses
pembelajaran.
Persediaan untuk capai objektif pembelajaran ini ialah:
Panduan belajar [learning guide]
Prosedur pengajaran
Penilaian yang sesuai
Jenis Pembelajaran Bersifat Individu:
Pembelajaran Masteri (Mastery Learning)
Pembelajaran Terarah Kendiri (Self-Directed Learning)
Pembelajaran Kadar Kendiri (Self-Paced Learning)
Pembelajaran Akses Kendiri(Self-Access Learning)
c. PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam
pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang
melibatkan aktiviti hands ondan minds on.
-
8/2/2019 Tajuk 1_PIM 3102
5/19
PIM 3102
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)
Mengapakah pendekatan kontekstual perlu dalam pengajaran dan
pembelajaran?
Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman
sendiri.
Individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan.
Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran.
d. PEMBELAJARAN KOPERATIF
Satu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam
pasukan kecil. Setiap ahli pasukan bukan sahaja
bertanggungjawab atas pencapaian sendiri tetapi
juga atas pencapaian ahli pasukan (cth. Melalui
coaching, tutoring dan lain-lain).
-
8/2/2019 Tajuk 1_PIM 3102
6/19
PIM 3102
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)
Strategi ini melibatkan satu kumpulan murid yang bekerja sebagai satu pasukan
untuk menyelesaikan satu masalah atau melengkapkan satu tugasan demi
mencapai sesuatu tujuan yang sama
Strategi pembelajaran koperatif meletakkan pelajar daripada tahap pencapaian
yang berbeza untuk bekerjasama dalam pasukan kecil bagi mencapai matlamat
pembelajaran bersama pada tahap maksima
Ciri-Ciri Utama : Kelebihan Pembelajaran Koperatif
Tutoran dan latihan / coaching
Motivasi melalui ganjaran intrinsik (keikhlasan berkongsi dan sumbangan
dihargai)
Sokongan rakan sebaya - pasukan
Peranan pelajar dipertingkatkanstudent accountabiliti & student
empowerment
Pencapaian akademik (semua boleh berjaya yang lemah dibantu rakan
sebaya)
Hubungan kaum yang sihat
Perkembangan kognitif, sosial dan afektif (IQ dan EQ)
Berinteraksi dan berkomunikasi
Berdikari - Independent thinkers
e. KECERDASAN PELBAGAI
Fikirkan sejenak
Seorang lelaki dan wanita berjalan bersama dengan memulakan langkah
dengan kaki kiri mereka
Panjang langkah wanita itu adalah 2/3 daripada lelaki tersebut
Jika mereka mesti terus berjalan bersama, berapakah langkah yang perlu
wanita dan lelaki itu ambil supaya kaki kiri mereka mencecah tanah pada
waktu yang sama semula ?
-
8/2/2019 Tajuk 1_PIM 3102
7/19
PIM 3102
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)
Mengapa kecerdasan pelbagai? Sebab, kita menerima persamaan dan perbezaan antara
individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang
berlainan.
Kecerdasan pelbagai boleh dipelajari, dikembangkan dan dipertingkatkan ke
tahap yang lebih tinggi melalui latihan dan keupayaan sendiri
Semua kecerdasan berinteraksi di antara satu sama lain secara serentak.
Howard Gardner
-
8/2/2019 Tajuk 1_PIM 3102
8/19
PIM 3102
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)
Tugasan Refleksi
f. STRATEGI MEDIATIF DAN GENERATIF
Strategi Mediatif
Bimbingan secara terus ke arah menyelesaikan masalah melalui aplikasi
pengetahuan sedia ada
Kombinasi di antara penaakulan (reasoning), kejurulatihan (coaching) dan
perbincangan terbuka (open-ended discussion)
Strategi Mediatif membolehkan pelajar:
Menilai pelbagai pandangan/pendapat berhubung isu-isu kontroversi,
Menghormati pendapat dan pegangan orang lain,
Menggunakan proses alternatif menyelesaikan masalah, (secara "heuristics,"
daripada kata Yunani eureka, bermaksud "I have found it!)
Gunakan taakulan secara induktif dan deduktif untuk hasilkan penjelasan/ huraian,
Menyokong penjelasan / huraian dengan bukti yang logik dan kukuh
Apakah kecerdasan yang ANDA miliki (yang kuat/kurang)?
Kecerdasan mana yang selalu ANDA gunakan?
Kecerdasan mana yang ANDA cuba elakkan?
Bagaimana kecekapan kecerdasan yang dominan boleh dipertingkatkan?
Apakah cara yang membolehkan kita membina strategi untuk menyeimbangkan
aktiviti?
Mengapakah Kecerdasan Pelbagai perlu dilaksanakan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran?
-
8/2/2019 Tajuk 1_PIM 3102
9/19
PIM 3102
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)
Peranan Guru (sebagai pemudahcara ):
Mengajukan soalan dan pernyataan yang boleh menimbulkan dorongan ingin tahu
pada pelajar
Rangsang sifat ingin tahu pelajar agar mereka menemui dan menguji kesimpulan
yang dicapai, serta mengaplikasi konsep ,
Cadangkan alternatif kepada teori atau penjelasan, dan
Menggalak pelajar menguji beberapa alternatif pendekatan menyelesaikan
masalah.
Strategi generatif
Teknik Dalam Strategi Generatif:
Sumbangsaran (brainstorming)
Sinektik (synectics)
Pemikiran lateral (lateral thinking)
Kreativiti dalam merekabentuk
Difahamkan setiap pelajar yang didedahkan dengan pembelajaran generatif
berupaya menyusun atur diri bagi menyelesaikan masalah secara kritis dan
kreatif
lahirkan pelajar yang intuitif dan celik akal dalam melihat sesuatu situasi.
Elemen Pengajaran Generatif:
Ingatan Kembali (Recall)
Mengingat kembali maklumat (fakta). Teknik: pengulangan,
rehearsal/practice, imbauan, and mneumonik
Berasaskan Teori Pembelajaran Generatif yang merujuk integrasi idea-idea baru dengan
pengetahuan sedia ada pelajar secara aktif. Strategi ini membantu pelajar membina
pengetahuan baru dan menjana idea asli untuk menghadapi serta menyelesaikan
masalah.
-
8/2/2019 Tajuk 1_PIM 3102
10/19
PIM 3102
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)
Sepaduan (Integration)
Sepadukan pengetahuan baru dengan pengetahuan sebelum agar lebih mudah
difahami atau dingati.
Teknik: Ringkasan (paraphrasing: outline in a narrative format)
Rumus (summarizing: retelling the content in order to interpret or explain
concisely)
issue trees
generate questions or examples
generate analogies and metaphors
Atursusun (Organization)
Kaitkan pengetahuan sebelum dgn idea dan konsep baru agar lebih bermakna.
Teknik: analisis idea utama, merangka, mengkategori,
menyenarai/mengelompok, dan peta konsep.
Kembangan (Elaboration)
Hubungkan bahan baru kpd maklumat atau idea sedia ada dalam minda.
Teknik: janaan imej atau rajah fizikal, penulisan bebas, pengembangan ayat,
paparan visual, persembahan slides dan papan bulletin.
g. PENGAJARAN-PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)
Apa Maksud Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran ?
Untuk memperoleh manfaat mengguna ICT dalam P&P perkara perkara berikut
perlu diberi perhatian:
Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan Pembelajaran dan
Pembelajaran .
-
8/2/2019 Tajuk 1_PIM 3102
11/19
PIM 3102
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)
Penggunaan ICT perlu dirancang dengan baik, bukan secara "bidan terjun" atau
sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.
Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong
pendekatan P&P
Ada perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh diguna dalam aktiviti
pembelajaran
Bagaimana Menggunakan ICT Dalam P&P ?
Dua aspek:
Aspek pengajaran (guru mengguna ICT) iaitu ICT boleh diguna sebagai alat
persembahan dan alat demonstrasi.
Aspek pembelajaran (murid mengguna ICT). Iaitu penggunaan ICT dalam P&P
boleh dikategori sebagai :
Tutorial,
Penerokaan (eksploratori),
Aplikasi dan
Komunikasi
Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Guna Pendekatan ini ?
Kelas yang mengandung kemampuan belajar yang berbeza. Dalam situasi ini,
guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid sementara sebahagian
yang lain mengguna komputer.
Guru terpaksa bertugas luar dan kelas diselia oleh guru ganti. Dalam situasi ini,
guru tersebut boleh merancang pembelajaran mengguna komputer.
Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru. Dalam situasi ini, guru
boleh menggunakan perisian pendidikan khusus untuk pemulihan.
Terdapat murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.
-
8/2/2019 Tajuk 1_PIM 3102
12/19
PIM 3102
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)
Dalam situasi ini, perisian pendidikan yang mencabar minda boleh diberikan kepada
mereka.
Apa Kelebihan Mengguna ICT?
Dapat mengindividukan pembelajaran
Murid belajar mengikut kemampuan sendiri.
Meningkatkan motivasi murid untuk belajar.
Murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan guru yang minimum.
h. STRATEGI METAKOGNISI
Murid boleh menggunakan strategi metakognisi dan mengawal pembelajaranya
melalui proses berikut:
Merancang apa yang hendak dipelajari
Meramal apa yang akan dipelajari, bagaimana perkara itu dikuasai dan kesan yang
akan diperolehi apabila perkara itu dipelajari.
Memantau kemajuan pembelajaran diri.
Dalam proses pembelajaran murid perlu bertanya pada diri sendiri dari masa ke
semasa perkara berikut:
Metakognisi ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui.
Strategi metakognisi merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai
proses berfikir dan pembelajaran berlaku.
Apabila kesedaran ini wujud seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang,
memantau dan menilai apa yang di pelajari.
o Adakah ini membawa makna kepada saya?
o Apakah soalan yangboleh saya ajukan ?
o Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan ?
o Mengapa saya tidak memahami cerita ini ?
-
8/2/2019 Tajuk 1_PIM 3102
13/19
PIM 3102
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)
Menilai apa yang pelajari (murid membuat refleksi):
Dengan pengetahuan ini murid dapat memikirkan strategi yang lebih sesuai untuk
mengusai pelajaran baru!
i. PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR
Interaction of a team of students that experience creative learning to be used in the
real world . students are essential to the classroom, just like a team member is
essential to a game(Thornburg, 1995)
The goals of a system (school) should meet the goals of the students (Harmon, &
Hirumi, 1996).
Tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (pelajar sebagai individu), memberi
pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari), mewujudkan
kolaborasi (membina pengetahuan dan persekitaran positif), terlibat dalam penilaian
berterusan; sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar
untuk merancang.
these strategies to student-centered learning, school is not just a small period in a
childs life, it is "lifelong learning", and each student can learn what is important to
them(Thornburg, 1995).
o Mengapa saya sukar/mudah menguasai ?
o Bagaimana sesuatu kemahiran, nilai dan
pengetahuan dikuasai oleh saya ?
o Apakah tindakan pengubahsuaian yang harus saya
ambil ?
-
8/2/2019 Tajuk 1_PIM 3102
14/19
PIM 3102
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)
Student-centered approach lets students take on a proactive role by working with
others, using a variety of resources, and learning and evaluating skills on a
continuous basis that they can use throughout life(Alley, 1996).
Strategi P&P Berpusatkan Pelajar
mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta
menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan dan
kelas.
melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan
berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.
memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti
pembelajaran.
mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa
yang dipelajari oleh mereka
merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.
Beri pendapat anda tentang rajah berikut:
-
8/2/2019 Tajuk 1_PIM 3102
15/19
PIM 3102
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)
TAJUK 1.2 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Pendekatan wujud berdasarkan aspek pengajaran yang ingin kita utamakan atau
memberikan perhatian. Pendekatan juga memberikan ruang penentuan pengajaran
berdasarkan objektif yang telah ditetapkan oleh guru. Ini sebenarnya akan
mewujudkan suasana pengajaran yang berhairaki ataupun langkah demi langkah yang
disusun oleh guru bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Interaksi yang
dimaksudkan ialah interaksi sosial antara guru dengan murid dan antara murid dengan
murid.
Menurut Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian (teori) yang
saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur
aksiomatik (kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alas
an).
Antara pendekatan yang boleh kita gunakan dalam pengajaran ialah:
a. Bersepadu
Mengintegrasi atau menyerap beberapa kemahiran sewaktu menjalankan pengajaran dan
pembelajaran. Biasanya dalam pendekatan ini kemahiran-kemahiran belajar dan
memperoleh ilmu diajarkan serentak semasa guru mengajar. Kemahiran yang diserap
dalam mata pelajaran dijadikan fokus secara sampingan tetapi terancang.
Melalui pendekatan ini, guru akan menyepadukan beberapa kemahiran dalam pengajaran
dan pembelajaran seperti kemahiran belajar (KB), kemahiran berfikir (KBKK), penerapan
nilai, kajian masa depan (KMD), pendidikan alam sekitar (PAS), kecerdasan pelbagai dan
lain-lain yang bersesuaian dengan tajuk pelajaran.
b. Induktif
Pendekatan induktif menekankan corak pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan
kepada membuat huraian dan mencari contoh yang berkaitan dengan konsep atau benda
-
8/2/2019 Tajuk 1_PIM 3102
16/19
PIM 3102
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)
dan kemudian disusuli pula dengan membuat suatu generalisasi (membuat kenyataan
umum) contoh: orang gemok kuat makan.
Ciri-ciri pendekatan Induktif:
1. Bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan
2. Mengutamakan pengalaman deria untuk mendapatkan pengetahuan
3. Memerlukan kekerapan ulangan dalam pelbagai konteks untuk menguasai sesuatu
kemahiran
4. Menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit
5. Member peluang sepenuhnya kepada murid-murid belajar di bawah bimbingan guru
6. Menekankan penglibatan murid secara aktif dan aspek lisan
7. Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.
Rajah 1: Proses Pendekatan Induktif
c. Deduktif
Pendekatan deduktif ialah cara pengajaran yang berlawanan dengan pendekatan induktif.
Pendekatan ini bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang berkaitan
contoh hukum halal, haram, rukhsah, azimah dan kemudiannya murid-murid dikehendaki
memberikan contoh atau huraian daripada rumus atau teori yang dikatakan.
Ciri-ciri pendekatan deduktif:
1. Pembelajaran sentiasa mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi
2. Pendekatan ini menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu
-
8/2/2019 Tajuk 1_PIM 3102
17/19
PIM 3102
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)
3. Penyusunan isi mestilah dimulakan daripada keseluruhan yang lebih kompleks
sifatnya
4. Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal daripada menghafal
d. Eklektif
Pendekatan eklektik ialah pengajaran yang menggabungkan kedua-dua pendekatan
induktif dan deduktif
Dalam pendekatan ini pengajaran boleh bermula menggunakan pendekatan induktif
iaitu dengan mencari contoh ataupun huraian yang sesuai dan kemudiannya diikuti
pula dengan pembinaan konsep dan seterusnya membuat huraian atau contoh
yang berkaitan.
e. Qudwah hasanah
Guru menjadi model kepada murid. Tugas guru bukan sahaja sekadar mengajar
dan mendidik bakal-bakal pemimpin negara malah mereka juga merupakan model
bagi para pelajarnya (role model). Pelajar akan mencontohi sikap guru yang
ditonjolkan, jika baik maka baiklah jadinya begitu juga bagi keadaan sebaliknya
(Najib, 2005). Sikap guru memainkan peranan yang sangat penting bagi
menghasilkan kesan pengajaran kepada pelajar. Oleh itu guru perlulah sentiasa
mempamerkan perilaku yang baik.
Perhatikan gambar dibawah ini, apa yang anda faham tentang pendekatan Qudwah
hasanah.
Guru hendaklah
sentiasa
mengamalkan
kebersihan
Sebagai role model
perlakuan begini amat
tidak sesuai dilakukan
oleh guru
-
8/2/2019 Tajuk 1_PIM 3102
18/19
PIM 3102
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)
f. Kelas, kumpulan dan individu
Pendekatan yang dilaksanakan oleh guru melibatkan murid secara kelas,
kumpulan dan individu. Sesuai dilaksanakan dengan menggunakan teknik latih
tubi, seperti mengajar tilawah dan hafazan.
g. Pemusatan guru
Merupakan pendekatan yang paling lama diamalkan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru memainkan peranan utama menguasai dan mengawal
segala aktiviti sewaktu proses pengajaran dijalankan. Pelajar bertindak sebagai
penonton yang hanya mendengar sahaja penerangan guru. Hanya komunikasi
sehala sahaja yang berlaku di mana pelajar mendengar sahaja penerangan yang
diberikan oleh guru. Gurulah yang banyak bercakap manakala pelajar hanya
mendengar.
h. Pemusatan pelajar
Salah satu ciri utama KBSR dan KBSM adalah pelajar menjadi pemain
utamadalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar digalakkan
melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran mereka. Lebih
banyak masa diperuntukkan kepada pelajar meneroka dan menyelesaikan
masalah pembelajaran dengan bantuan guru yang bertindak sebagai fasilitator.
Rumusan
Dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam anda boleh menggunakan apa jua
jenis pendekatan asalkan ia mengandungii ciri-ciri berikut :
Memberi ilmu - kognitif
Menanam kepercayaan dan pegangan kepada akidah Islamiah- afektif
Membina kemahiran dan amalan - psikomotor
Memupuk dan menanam penghayatan afektif
Membentuk pandangan, sikap dan akhlak afektif
Mewujudkan hubungan mesra di antara guru dengan murid
Menyepadukan faktor dan nilai
Merentas kurikulum
Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai
Memotivasikan murid dalam pembelajaran
-
8/2/2019 Tajuk 1_PIM 3102
19/19
PIM 3102
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)
((
Tugasan Pembelajaran (2 jam)
1. Bincangkan kepentingan dan kesan pemilihan strategi dan pendekatan
yang sesuai dalam pengajaran.
2. Cuba kita fikirkan, mengapa guru perlu menggunakan strategi pengajaran dan
embela aran baik dan menarik?
top related