sinopsis

Post on 28-Jun-2015

497 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Sinopsis

Ibu menjaga Embah dengan sepenuh kasih sayang. Ibu cekal menjaga

Embah meskipunEmbah sudah uzur, nyanyuk, dan tidak dapat bergerak. “Aku”

bercerita tentang latar belakang Embah yang terlalu penyabar. Datuk amat garang

hingga Embah dan anak-anaknya cukup takut kepeda datuk. Namun, Embah gigih

membantu datuk mencari rezeki dan menjaga empat orang anak tirinya dengan

penuh kasih sayang. Embah menjaga mereka seumpama anak kandung sendiri.

“Aku” juga bercerita bagaimana ibu saudaranya, Rafiah dibaling dengan parang

pendek oleh datuk dan parang tersebut mengenai hukjung tumit kaki ibu. Hal ini

berlaku apabila datuk mendapat tahu bahawa Rafiah mengerintingkan rambutnya.

Suatu hari, Embah meracau-racau dengan suara yang tersekat-sekat, ibu

sedar bahawa Embah sedang berhadapan dengan trauma. Daripada kakak

tirinya,barulah ibu tahu bahawa Embah pernah kehilangan dua orang anak lelaki

dalam tempoh seminggu. Embah kian tertekan kerana datuk melarang Embah

meratapi kematian mereka. Embah semakin cengkung. Tubuh Embah tinggal tulang

dan kulit. Ibu cekal menjaga Embah dengan penuh kasih sayang meskipun ibu

terpaksa melupakan perniagaannya. Mujurlah abah sangat memahami dan banyak

memberikan sokongan moral kepada ibu. kecekalan ibu menjaga Embah

menimbulkan keinsafan dan kematangan kepada “Aku”. “Aku” bertekad untuk

menjadi insan sebaik ibunya.

top related