sidang keempat puluh dua majlis bahasa brunei darussalam...
Post on 06-Feb-2018
250 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SIDANG KEEMPAT PULUH DUA
MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM-
INDONESIA-MALAYSIA
(MABBIM)
(Hotel Empire & Country Club, Jerudong, Brunei
Darussalam, 6 – 11 Muharam 1424 / 9 - 14 Mac
2003)
PERNYATAAN BERSAMA
Sebagai tindak lanjut Sidang Ke-41 Majelis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-
Malaysia (Mabbim), antara Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam
(JKTBMBD), Panita Kerja Sama Kebahasaan (PAKERSA), Indonesia dan Jawatankuasa
Tetap Bahasa Melayu (JKTBM), Malaysia yang diadakan di Hotel Sahid Jaya, Makassar,
Indonesia pada 11 –15 Mac 2002, maka Sidang Ke-42 MABBIM telah diadakan di Hotl
Empire & Country Club, Jerudong, 6- 11 Muharam 1424/ 9 – 14 Mac 2003, Majlis telah
(1) menjayakan Sambutan Ulang Tahun Ke-30 MABBIM, (2) menyelenggarakan
Seminar Bahasa dan Sastra yang bertemakan “Memperkaya Bahasa dan Sastera
Melayu/Indonesia dalam Mengukuhkan Peradaban Bangsa”, (3) meneliti dan menerima
keputusan Umum Sidang Ke-41 MABBIM, (4) meneliti dan menerima hasil Sidang Ke-
16 Pakar MABBIM, dan (5) membincangkan dan mengambil keputusan tentang hal-hal
lain seperti yang terlampir.
11 Muharam 1424 bersamaan 14 Mac 2003
Hotel Empire & Country Club
Jerudong, Brunei Darussalam
Dr. Dendy Sugono
Ketua
Panitia Kerja Sama Kebahasaan
Indonesia
Dato’ Haji. A. Aziz Deraman
Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu,
Malaysia
Awang Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd.
Yassin
Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu
Brunei Darussalam
KANDUNGAN
1. LAPORAN SIDANG
1.1 Acara Sidang
1.2 Anggota Sidang
1.3 Dokumen Sidang
1.4 Agenda Sidang
1.5 Minit
2. LAMPIRAN
2.1 Lampiran I - Keputusan Umum Sidang Ke-42 MABBIM
2.2 Lampiran II - Laporan Sidang Ke-16 Pakar MABBIM
2.3 Lampiran III - Isi Seminar Bahasa
2.4 Lampiran IV - Bidang/Subbidang Ilmu Sidang Ke-17 Pakar
MABBIM
2.5 Lampiran V - Laporan Pertemuan Luar Sidang
(Kelompok Setiausaha/Sekretaris MABBIM)
2.6 Lampiran VI - Pedoman Pembentukan Istilah
2.7 Lampiran VII - Tatakerja MABBIM
2.8 Lampiran VIII- Penelitian Bahasa
2.9 Lampiran IX - Syarahan MABBIM
2.10 Lampiran X - Rancangan Lima Tahun MABBIM
2.11 Lampiran XI - Laporan Pakersa
3. Atur Cara Sidang Ke-42 MABBIM
4. Ucapan Sidang Ke-42 MABBIM
LAPORAN SIDANG KE-42 MABBIM
I. ACARA SIDANG
1. Perasmian Sidang : Ahad, 9 Mac 2003
8.00 malam – 11.00 malam
2. Seminar Bahasa dan Sastera : Isnin, 10 Mac 2003
8.00 pagi – 5.00 petang
: Selasa, 11 Mac 2003
8.00 pagi – 5.00 petang
3. Forum Bahasa dan Sastera : Selasa, 11 Mac 2003
3.00 petang – 5.00 petang
4. Sidang Eksekutif
Sidang I : Rabu, 12 Mac 2003
9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Sidang II : Rabu, 12 Mac 2003
2.00 petang – 5.00 petang
Sidang III : Khamis, 13 Mac 2003
8.30 pagi – 10.30 pagi
Sidang IV : Khamis, 13 Mac 2003
Penyediaan Laporan 10.45 pagi – 12.30 tengah
hari
Sidang V : Khamis, 13 Mac 2003
Penyemakan Draf Laporan 2.00 petang – 3.00 petang
Penyerahan Keputusan : Jumaat, 14 Mac 2003
Umum Sidang Ke-42 MABBIM 9.00 pagi – 11.00 pagi
II. ANGGOTA SIDANG EKSEKUTIF
1. Awg. Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd. Yassin (Brunei Darussalam,
Ketua dan Pengerusi)
2. Dr. Dendy Sugono (Indonesia)
3. Dato’ Hj. A. Aziz bin Deraman (Malaysia)
4. Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Bakyr (Brunei Darussalam)
5. Dato Paduka Haji Ahmad bin Kadi (Brunei Darussalam)
6. Dr. H. Hasan Alwi (Indonesia)
7. Dr. E. Zaenal Arifin (Indonesia)
8. Dato Dr. Haji Hassan bin Haji Ahmad (Malaysia)
9. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar (Malaysia)
10. Awang Hanafiah bin Haji Awang Zaini (Brunei Darussalam,
Setiausaha)
11. Drs. H. Abdul Gaffar Ruskhan, M. Hum (Indonesia, Sekretaris)
12. Puan Atiah binti Haji Mohd. Salleh (Malaysia, Setiausaha)
PEMERHATI
BRUNEI DARUSSALAM
1. Dato Paduka Haji Alidin bin Haji Othman (Nara Sumber)
1. Awang Haji Mohd. Zaini bin Haji Omar
2. Awang Haji Jalil bin Haji Mail
3. Dayang Hajah Kasmah binti Haji Siput
3. Dayang Hajah Norjum binti Haji Yusop
5. Dayang Hajah Saddiah binti Ramli (Urus Setia)
6. Dayang Hajah Zainab binti Haji Mat Daud (Urus Setia)
7. Awang Haji Salim bin Haji Latip Urus Setia)
8. Dayang Faridah binti Haji Mohammad (Urus Setia)
MALAYSIA
1. Dr. Haji Awang bin Sariyan (Ex-Officio/Nara Sumber)
2. Encik Rusli Abdul Ghani
3. Puan Junaini Kasdan
4. Puan Diarani Mat Adam
SINGAPURA
1. Prof. Madya Shaharuddin Maaruf
2. Mohamed Pitchay Gani bin Abdul Aziz
III. DOKUMEN
1. Dokumen JKTBM (Brunei Darussalam)
i. Keputusan Umum Sidang Ke-41 MABBIM
ii. Laporan Sidang Ke-16 Pakar MABBIM
iii. Subbidang Ilmu untuk Sidang Ke-17 Pakar MABBIM
2. Dokumen Pakersa
i. No. 1/P/SM-42/2003 – Tatakerja MABBIM.
ii. No. 2/P/SM-42/2003 – Prosedur Pembentukan Isitilah
iii. Laporan Pertemuan Luar Sidang di Jakarta.
IV. AGENDA SIDANG EKSEKUTIF
1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi
2. Meneliti dan Mengesahkan Keputusan Umum Sidang Ke - 41 MABBIM
3. Perkara Berbangkit daripada Keputusan Umum Sidang Ke - 41 MABBIM
4. Meneliti dan Menerima Laporan Sidang Ke - 16 Pakar MABBIM
5. Perkara Berbangkit daripada Laporan Sidang Ke - 16 Pakar MABBIM
6. Membincangkan Isu Seminar Bahasa dan Sastera Sempena Sidang Ke - 42
MABBIM
7. Membincangkan Tema Seminar Bahasa sempena Sidang Ke - 43
MABBIM
8. Membincangkan Tarikh dan Tempat:
a. Sidang Ke - 17 Pakar MABBIM
b. Sidang Ke - 43 MABBIM
c. Mesyuarat Luar Sidang MABBIM
9. Membincangkan Bidang/Subbidang ilmu yang akan dibawa ke Sidang Ke
– 17 Pakar MABBIM
10. Membincangkan Laporan Pertemuan Luar Sidang Kelompok
Setiausaha/Sekretaris MABBIM dan Perkara Berbangkit daripada Laporan
Berkenaan
11. Meneliti Pedoman Umum Pembentukan Istilah
12. Meneliti Kembali Tatakerja MABBIM
13. Meneliti Kembali Kertas Kerja Penelitian Bahasa
14. Meneliti Kembali Syarahan MABBIM
15. Rancangan Lima Tahun MABBIM
16. Hal-hal Lain
V. MINIT
1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi
Pengerusi mengalu-alukan kedua-dua Ketua Perwakilan dan anggota rombongan
serta Pemerhati dari Singapura dan seterusnya memperkenalkan anggota
rombongan. Dalam ucapan juga disentuh supaya Singapura dapat mengambil
perhatian tentang keahlian bagi menganggotai sama ada dalam MABBIM atau
MASTERA.
2. Meneliti dan Mengesahkan Keputusan Umum Sidang Ke-41 MABBIM
Sidang menerima Keputusan Umum Sidang Ke - 41 MABBIM yang diadakan di
Makassar, Indonesia, pada 11 – 15 Mac 2002 tanpa sebarang pindaan.
(Lihat Lampiran I)
3. Perkara Berbangkit daripada Keputusan Umum Sidang Ke-41 MABBIM
3.1 butiran 5, Membincangkan rencana Kegiatan Teks Inisiatif MABBIM
i. Majlis bersetuju Teks Inisiatif MABBIM dalam menubuhkan
Gerbang Bahasa Melayu/Indonesia dan pelaksanaannya diserahkan
kepada negara masing-masing.
3.2 butiran 7, Membahas kebijakan peristilahan MABBIM
i. Majlis bersetuju meneliti kembali Pedoman Pembentukan Istilah
Bahasa Melayu/Indonesia
ii. Majlis bersetuju meneliti kembali Tatakerja MABBIM
iii. Majlis bersetuju meneliti kembali Pedoman Umum Ejaan.
iv. Untuk membincangkan perkara i, ii, dan iii sidang bersetuju untuk
mengadakan pertemuan pada masa yang sama dengan Sidang
Pakar MABBIM pada 8 – 12 September 2003 di Kuala Lumpur,
Malaysia.
3.3 butiran 12, Membahas usul kerangka kerja Penelitian/Penyelidikan
Bahasa.
i. Majlis bersetuju setiap negara menamakan wakil untuk
menganggotai Jawatankuasa Pemandu Penelitian/Penyelidikan
Bahasa. Jawatankuasa ini akan membincangkan kerangka dan
tatakerja Jawatankuasa Penelitian dalam Mesyuarat Sekretariat di
Bogor, Indonesia pada 19 – 23 Mei 2003.
ii. Majlis bersetuju kerja Jawatankuasa Penelitian dilaksanakan dalam
Sidang Penelitian pada waktu dan tempat yang ditentukan oleh
Sidang Eksekutif.
3.4 butiran 13, Membahas usul pengembangan kerangka kerja peningkatan
sumber daya manusia.
i. Majlis bersetuju Syarahan MABBIM diadakan setahun sekali
selama dua hari di setiap negara anggota MABBIM dan
perinciannya akan dibawa ke Mesyuarat Sekretariat pada 19 – 23
Mei 2003 di Bogor, Indonesia.
ii. Majlis bersetuju Syarahan MABBIM akan dimulai dengan Tokoh
Bahasa dan kemudian akan dilaratkan kepada tokoh-tokoh
pelbagai bidang yang sering menggunakan istilah MABBIM dalam
bidang penulisan mereka.
4. Meneliti dan Menerima Laporan Sidang Ke-16 Pakar MABBIM
Sidang bersetuju menerima Laporan Sidang Ke-16 Pakar MABBIM yang
diadakan di Hotel LR Asma, Jerudong, Brunei Darussalam pada 9 – 13 September
2002.
5. Perkara Berbangkit daripada Laporan Sidang Ke-16 Pakar MABBIM
i. Majlis tidak bersetuju dengan usul kelompok bidang Sidang Ke-16 Pakar
MABBIM untuk mengikutsertakan dalam Mesyuarat Sekretariat bagi
subbidang berikut:
Teknologi Maklumat
a. Pengkomputeran Bergerak dan Mudah alih/Pengkomputasi Bergerak
b. e-Pembelajaran
c. e-kesihatan/e-kesehatan
d. k-Pengurusan/k-Manejemen
Arkeologi
a. Arkeologi Klasik
b. Arkeologi Islam
c. Arkeologi Industri
ii. Majlis bersetuju dengan usul kelompok bidang Sidang Ke-16 Pakar
MABBIM untuk mengikutsertakan dalam Mesyuarat Sekretariat bagi
subbidang berikut:
Kejuruteraan Kapal Terbang
Sains Politik
a. Teori dan Falsafah Politik
b. Ekonomi Politik
Perfileman
a. Komunikasi Korporat
b. Perhubungan Awam
c. Periklanan
d. Media Cetak
e. Media Elektronik dan Multimedia
Kejuruteraan Automotif
a. Elektrik
6. Membincangkan isu bahasa dalam Seminar Bahasa dan Sastera sempena
Sidang Ke-42 MABBIM dan Ke-8 MASTERA.
i. Majlis telah menerima laporan berkenaan dengan isu-isu yang timbul
dalam Seminar Bahasa dan Sastera yang diadakan di Empire Theater,
Hotel Empire & Country Club, Jerudong, Brunei Darussalam pada 10 – 11
Mac 2003. Dari perbincangan selama dua hari Seminar Bahasa dan
Sastera berlangsung iaitu 10 - 11 Mac 2003, sebanyak tujuh kertas kerja
bahasa yang berhubung kait dengan tema “Memperkasa Bahasa
Melayu/Indonesia dalam Mengukuhkan Peradaban Bangsa” telah
dibentangkan. Hasil daripada pembentangan itu telah pun dirumuskan
seperti dalam lampiran III.
ii. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pelapor yang
telah menyediakan laporan mengenai isu-isu seminar.
iii. Berbangkit daripada laporan itu, Majlis telah memberi ulasan mengenai
beberapa isu, seperti di bawah ini:
a. Menyebarluaskan bahasa Melayu/Indonesia di luar sempadan alam
Melayu Indonesia:
Sudah ada usaha ke arah penyebarluasan bahasa Melayu/Indonesia
dengan adanya MABM, kerjasama antara institusi luar negeri yang
mengajar bahasa Melayu/Indonesia dengan negara-negara anggota
MABBIM.
b. Mengenai bahasa Melayu/Indonesia berupaya menjadi bahasa ilmu
dan teknologi di rantau serumpun:
Bahasa Melayu/Indonesia sudah pun digunakan sebagai bahasa
ilmu dan teknologi, tetapi Majlis bersetuju perlu dipertingkatkan
lagi penggunaannya dalam bidang-bidang ini.
c. Mengenai memperbanyakkan kepustakaan dalam bahasa
Melayu/Indonesia untuk meningkatkan keintelektualan masyarakat
Melayu/Indonesia sekaligus menaikkan peradaban
Melayu/Indonesia:
Majlis mengambil perhatian dan bersetuju dengan cadangan ini
dan meminta masing-masing negara mengambil inisiatif sendiri.
d. Berkenaan dengan menanamkan sikap bahasa yang positif
terhadap bahasa Melayu/Indonesia untuk mempertingkatkan rasa
bangga bahasa dan juga pengembangan bahasa.
Sudah ada usaha menanam sikap bahasa yang positif; apa yang
diperlukan ialah mempertingkatkan usaha ini.
e. Mengenai penggunaan bahasa Melayu/Indonesia di sektor kerajaan
dan swasta perlu dipertingkatkan dan cadangan menubuhkan satu
badan khas untuk menangani masalah bahasa.
Sudah ada usaha-usaha di masing-masing negara, misalnya di
Malaysia dan Brunei sudah ada undang-undang kecil mengenai
penggunaan bahasa Melayu/Indonesia dalam papan iklan; adanya
Peraturan Pemerintah mengenai wajibnya papan iklan
menggunakan bahasa Indonesia di daerah-daerah tertentu. Dengan
itu tidak perlu ditubuhkan satu badan khas untuk menangani
masalah ini.
f. Mengenai pencemaran bahasa terutama di media cetak dan
elektronik perlu diambil perhatian kerana ini akan menggugat
kualiti dan keperkasaan sesuatu bahasa.
Semua negara anggota sudah pun menjalankan usaha memantau
penggunaan bahasa di media cetak dan di media elektronik.
Namun, ketiga negara perlu membuat perhatian bahawa
pencemaran ini terus menjadi-jadi dan dengan itu perlu
dipertingkatkan usaha ke arah pengurangan pencemaran.
g. Mengenai pemerkasaan bahasa Melayu/Indonesia harus didokong
oleh semua pihak terutama di kalangan pemimpin, intelek, dan
linguis:
Majlis bersetuju dengan cadangan ini dan memasukkan satu lagi
kategori pengguna, iaitu penulis.
h. Mengenai memperkasakan penggunaan bahasa Melayu/Indonesia
dengan menggunakan tulisan Jawi:
Majlis bersetuju bahawa setiap negara anggota menangani usaha
ini sesuai dengan dasar/kebijakan masing-masing.
7. Membincangkan Tema dan Perkara-perkara Lain yang Berkaitan dengan
Seminar Bahasa dan Sastera Sempena Sidang Ke-43 MABBIM
7.1 Majlis bersetuju untuk mengadakan Seminar Bahasa dan Sastera sempena
Sidang Ke-43 MABBIM dengan tema “Penjanaan Kreativiti Bangsa
Melalui Bahasa”.
7.2 Majlis bersetuju untuk menyediakan 8 kertas kerja dan pembahagiannya
seperti berikut:
i. Malaysia (Tuan rumah) - 3 kertas kerja
ii. Brunei Darussalam - 2 kertas kerja
iii. Indonesia - 2 kertas kerja
iv. Pemerhati - 1 kertas kerja
7.3 Majlis juga bersetuju untuk tidak mengadakan sesi forum dalam seminar
tersebut dan mesyuarat mencadangkan supaya dilantik seorang wakil bagi
setiap negara anggota MABBIM untuk memantau isu-isu seminar yang
penting untuk dijadikan resolusi seminar.
8. Membincangkan Tarikh dan Tempat Sidang Ke-17 Pakar MABBIM, Sidang
Ke-43 MABBIM dan Mesyuarat Sekretariat MABBIM
8.1 Majlis bersetuju untuk mengadakan Sidang Ke-17 Pakar MABBIM pada 8
– 12 September 2003 di Malaysia.
8.2 Majlis bersetuju untuk mengadakan Sidang Ke-43 MABBIM pada 8 – 12
Mac 2004 di Kuala Lumpur, Malaysia, termasuk 2 hari Seminar Bahasa
dan Sastera.
8.3 Majlis juga bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Sekretariat MABBIM
pada
19 - 23 Mei 2003 di Bogor, Indonesia.
9. Membincangkan Bidang/Subbidang ilmu yang akan dibawa ke Sidang Ke –
17 Pakar MABBIM
Majlis bersetuju menerima usul yang dibentangkan oleh Brunei Darussalam
tentang bidang/subbidang ilmu yang akan dibawa ke Sidang Ke-17 Pakar
MABBIM.
10. Membincangkan Laporan Pertemuan Luar Sidang Kelompok
Setiausaha/Sekretaris MABBIM, Pusat Bahasa, Jakarta, Indonesia pada 28 –
31 Mei 2002
i. Tata kerja MABBIM
a. Majlis telah meninjau Tata Kerja MABBIM (No. 1/P/SM-42/2003)
yang disediakan oleh pihak Indonesia dan meminta masing-masing
negara memberikan pandangan.
b. Majlis telah bersetuju membuat struktur organisasi MABBIM.
c. Majlis bersetuju supaya perbincangan tentang Tatakerja MABBIM
dilanjutkan di dalam Mesyuarat Sekretariat MABBIM yang akan
diadakan di Bogor, Indonesia pada 19 – 23 Mei 2003.
d. Majlis bersetuju “Pertemuan Luar Sidang” digantikan dengan
“Mesyuarat Sekretariat”.
Mesyuarat Sekretariat akan diwakili oleh setiausaha/sekretaris MABBIM dan
diketuai oleh tuan rumah.
ii. Rancangan Lima Tahun MABBIM (2003- 2007)
Majlis bersetuju dengan rancangan lima tahun MABBIM (2003 – 2007)
yang telah diusulkan dalam Pertemuan Luar Sidang MABBIM di Jakarta,
Indonesia pada 28 – 31 Mei 2002 dengan pindaan.
iii. Sidang MABBIM dan MASTERA
a. Majlis bersetuju memisahkan Sidang MABBIM dan MASTERA,
perinciannya seperti berikut:
(i) Sidang Eksekutif MASTERA (2 hari)
(ii) Seminar Bahasa dan Sastera (2 hari)
(iii) Sidang Eksekutif MABBIM (3 hari)
b. Majlis juga bersetuju Sidang Eksekutif MASTERA, Seminar
Bahasa dan Sastera, dan Sidang Eksekutif MABBIM dirasmikan
pada Seminar Bahasa dan Sastera.
iv. Rakaman Tokoh Bahasa MABBIM
Majlis bersetuju untuk membuat rakaman tokoh-tokoh bahasa MABBIM
dengan menggunakan alat terkini untuk tujuan dokumentasi dan
pemberigaan dan akan diserahkan kepada urus setia ketiga-tiga negara
anggota MABBIM untuk melaksanakannya.
v. Kegiatan MABBIM
Majlis bersetuju mengadakan kegiatan bersama, iaitu:
a. Syarahan MABBIM
b. Penataran Leksikografi
c. Penataran Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah
11. Membincangkan Pedoman Umum/Prosedur Pembentukan Istilah.
Majlis telah meninjau kertas kerja Pedoman Umum/Prosedur Pembentukan Istilah
yang disediakan oleh pihak Indonesia (No. 2/P/SM-42/2003) dan telah meminta
pihak Brunei Darussalam dan Malaysia memberi pandangan masing-masing yang
akan dibincangkan dalam Mesyuarat Sekretariat pada 19 – 23 Mei 2003 di
Bogor, Indonesia.
12. Hal-hal Lain
i. Gerbang Bahasa akan dibincangkan di bawah Jawatankuasa/Komisi
Penelitian .
ii. Logo MABBIM dilengkapi dengan penambahan “MABBIM” dalam
bentuk melengkung di bawah logo.
Penghargaan
1. Sidang merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam atas sambutan muhibah yang diberikan kepada semua perwakilan dan
penyediaan prasarana yang memuaskan bagi Sidang Ke-42 MABBIM.
2. Sidang merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan,
Belia dan Sukan, Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.)
Haji Awang Hussain bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila
Utama Haji Awang Mohd. Yusof.
3. Sidang juga merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri
Pendidikan Nasional Republik Indonesia, Profesor Drs. A. Malik Fadjar, M. Sc.
atas kehadiran beliau pada Majlis Perasmian dan Pertemuan dengan Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan.
4. Sidang merakamkan penghargaan kepada Setiausaha Tetap Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Dani bin Haji
Ibrahim sebagai tetamu kehormat bagi Majlis Penutupan Sidang.
5. Penghargaan yang sama kepada urus setia MABBIM khususnya Dewan Bahasa
dan Pustaka, Brunei Darussalam.
LAMPIRAN I MENELITI DAN MENGESAHKAN KEPUTUSAN UMUM SIDANG
KE-41 MABBIM
KEPUTUSAN UMUM
PERNYATAAN BERSAMA
Sebagai tindak lanjut Sidang Ke-40 Majelis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-
Malaysia (Mabbim), antara Ja...............watankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei
Darussalam (JKTBMBD), Panita Kerja Sama Kebahasaan (PAKERSA), Indonesia dan
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM), Malaysia yang diadakan pada tanggal 12
–16 Maret 2001, di Johor Darul Takzim, Malaysia, Sidang Ke-41 MABBIM telah
diadakan pada tanggal 11 – 15 Maret 2002, di Hotel Sahid Jaya, Makassar, Sulawesi
Selatan, Indonesia. Majelis telah (1) menyelenggarakan Seminar Bahasa dan Sastra yang
bertemakan “Peranan Bahasa dan Sastra Indonesia/Malaysia dalam Pembinaan
Masyarakat Madani” (2) meneliti dan menerima keputusan Umum Sidang Ke-40
MABBIM, (3) meneliti dan menerima hasil Sidang Ke-15 Pakar MABBIM, dan (4)
membincangkan dan mengambil keputusan tentang hal-hal lain seperti yang terlampir.
Dr. Dendy Sugono
Ketua
Panitia Kerja Sama Kebahasaan
Indonesia
Dato’ Haji. A. Aziz Deraman
Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu,
Malaysia
Awang Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd. Yassin
Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu
Brunei Darussalam
DAFTAR ISI
PERNYATAAN BERSAMA
DAFTAR ISI
LAPORAN SIDANG
LAMPIRAN:
I. Dokumen
1. Keputusan Umum Sidang Ke-41 Mabbim
2. Laporan Sidang Ke-15 Pakar Mabbim
3. Usul Pembahasaan Bidang dan Subbidang Sidang Ke-16 Pakar
Mabbim
4. Laporan Pertemuan Luar Sidang
5. Kertas Kerja untuk Sidang Ke-41 Mabbim
6. Kerangka Kerja Peningkatan Sumber Daya Manusia (bahan
Brunei Darussalam)
7. Kertas Cadangan Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Mabbim
(bahan Brunei Darussalam)
8. Kertas Kerja Usul Pengembangan Gerbang Bahasa
Melayu/Indonesia
9. Keranga Kerja Penelitian Bahasa (bahan Malaysia)
II. Sambutan
III. Acara
1. Acara Sidang
1. Peresmian Sidang : Senin, 11 Maret 2002
09.00 – 10.30
2. Seminar Kebahasaan : Senin, 11 Maret 2002
10.30 – 17.00
Selasa, 12 Maret 2002
08.30 – 16.00
3. Sidang Eksekutif : Rabu, 13 Maret 2002
09.00 – 09.45 Pembukaan
10.15 – 12.00 Sidang Ke-1
14.00 – 16.00 Sidang Ke-2
16.12 – 18.00 Sidang Ke-3
Kamis, 14 Maret 2002
08.00 – 10.30 Sidang Ke-4
10.45 – 12.00 Sidang Ke-5
13.30 – 15.15 Sidang Ke-6
15.45 – 17.00 Sidang Ke-7
21.30 – 22.30 Penyimakan Draf
Laporan
Jumat, 15 Maret 2002
19.30 – 21.00 Penutupan
II. Anggota Sidang
1. Dr. Dendy Sugono (Indonesia, Ketua)
2. Awang Haji Abdul Hakim bin Haji (Brunei Darussalam,
Mohd. Yassin Ketua)
3. Dato’ Haji A. Aziz bin Deraman (Malaysia, Ketua)
4. Dr. Hassan Alwi (Indonesia)
5. Dato Paduka Haji Ahmad bin Kadi (Brunei Darussalam)
6. Dato’ Dr. Haji Hassan Ahmad (Malaysia)
7. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah
Haji Omar (Malaysia)
8. Dr. Hans Lapoliwa, M. Phil (Indonesia)
9. Dato Paduka Haji Alidin bin Haji Othman (Brunei Darussalam)
10. Awang Haji Jalil bin Haji Mail (Brunei Darussalam)
11. Dr. Haji Awang Sariyan (Malaysia)
12. Drs. Dedi Puryadi (Indonesia, Sekretaris)
13. Awang Hanafiah bin Haji Awang Zaini (Brunei Darussalam,
Sekretaris)
14. Puan Atiah binti Haji Mohd Salleh (Malaysia, Sekretaris)
III. Pemerhati
1. Dr. E. Zaenal Arifin (Indonesia)
2. Drs. Abdul Gaffar Ruskhan, M.Hum . (Indonesia)
3. Dayang Hajah Zainab binti Haji Mat Daud (Brunei Darussalam)
4. Puan Diarani Mat Adam (Malaysia)
5. Dr. Liaw Yock Fang (Singapura)
6. Encik Mohd. Agos bin Atan (Singapura)
IV. Narasumber
1. Drs. Sugiyono, M.Hum. (Indonesia, Teks Inisiatif
MABBIM)
2. Prof. Dr. Zaharin Yusoff (Malaysia, Teks Inisiatif MABBIM)
3. Encik Rusli Abd. Ghani (Malaysia, Teks Inisiatif MABBIM)
4. Puan Hajah Halimah Haji Ahmad (Malaysia, Kertas Kerja Sidang
Pakar)
5. Dr. Haji Jaludin bin Haji Chuchu (Brunei Darussalam, Teks Inisiatif
MABBIM)
6. Awang Haji Alipudin bin Haji (Brunei Darussalam,
Omarkandi Teks Inisiatif MABBIM)
V. Pencatat
1. Drs. Fairul Zabadi (Indonesia)
2. Drs. Sutejo (Indonesia)
VI. Agenda
1. Pengantar tuan rumah
2. Meneliti dan Mengesahkan Keputusan Umum Sidang Ke-40 MABBIM
3. Meneliti masalah yang timbul pada Keputusan Umum Sidang Ke-40
MABBIM
4. Meneliti dan menerima Laporan Sidang Ke-15 Pakar MABBIM
5. Meneliti masalah yang timbul pada Laporan Sidang Ke-15 Pakar
MABBIM
6. Membincangkan rencana kegiatan Teks Inisiatif MABBIM
7. Membicangkan bidang/subbidang yang akan dibicarakan pada Sidang Ke-
16 Pakar MABBIM
8. Membahas kebijakan peristilahan MABBIM
9. Membincangkan isu bahasa dalam Seminar Bahasa dan Sastra Sidang Ke-
41 MABBIM
10. Membincangkan tema dan perkara lain yang berkaitan dengan Seminar
Bahasa dan Sastra Sidang Ke-42 MABBIM
11. Membincangkan tanggal dan tempat Sidang Ke-16 Pakar MABBIM dan
Sidang Ke-42 MABBIM
12. Membincangkan Laporan Sekretaris/Setiausaha pada Pertemuan Luar
Sidang MABBIM
13. Membahas usul kerangka kerja penelitian (Malaysia)
14. Membahas usul pengembangan kerangka kerja peningkatan sumber daya
menausia (Brunei Darussalam)
15. Membincangkan perayaan 30 tahun MABBIM
16. Membincangkan pemberian anugerah 30 tahun MABBIM
17. Penghargaan
VII. Perbincangan dan Keputusan Umum
1. Meneliti dan mengesahkan Keputusan Umum Sidang Ke-40
MABBIM
Majelis telah menerima dan mengesahkan Keputusan Umum Sidang Ke-
40 MABBIM yang diadakan pada tanggal 12-16 Maret 2001 di Johor
Darul Takzim, Malaysia tanpa perbaikan.
2. Meneliti masalah yang timbul pada Keputusan Umum Sidang Ke-40
MABBIM
Majelis bersetuju agar butir penghargaan (14.3) ditambahkan catatan
menjadi “Sidang merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Y. Bhg. Dato’ Hj. Abdul Rahim bin Abu Bakar, Pengerusi
Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia karena turut
serta dalam kegiatan Seminar Bahasa dan Sastra dan Sidang MABBIM.”
3. Meneliti dan menerima Laporan Sidang Ke-15 Pakar MABBIM
Majelis menerima laporan Sidang Ke-15 Pakar MABBIM yang diadakan
pada tanggal 11-15 September 2001 di Denpasar, Bali, Indonesia.
4. Meneliti masalah yang timbul pada Laporan Sidang Ke-15 Pakar
MABBIM
Majelis telah membahas laporan usul dan masalah yang dikemukakan oleh
kelompok bidang ilmu dan Majelis memutuskan hal-hal berikut.
4.1 Majelis tidak menyetujui penambahan sidang Bidang Kedokteran
pada Sidang Ke-16 Pakar MABBIM dan mengagendakan bidang
ini pada Pertemuan Luar Sidang MABBIM.
4.2 Majelis menyetujui agar Pertemuan Luar Sidang dimasukkan
dalam Tata Kerja Majelis.
5. Membincangkan rencana kegiatan Teks Inisiatif MABBIM
5.1 Majelis menerima usulan Tim Teks Inisiatif MABBIM dalam
pendirian Gerbang Bahasa Indonesia/Melayu dan pelaksanaannya
diserahkan pada negara masing-masing.
5.2 Majelis mencadangkan pembahasan pendirian Gerbang Bahasa
Indonesia/Melayu pada Pertemuan Luar Sidang MABBIM.
6. Membincangkan bidang/subbidang yang akan dibicarakan pada
Sidang Ke-16 Pakar MABBIM
Majelis menerima usul yang disampaikan pihak Indonesia tentang
bidang/subbidang yang akan dibicarakan pada Sidang Ke-16 Pakar
MABBIM (lampiran 3).
7. Membahas kebijakan peristilahan MABBIM
7.1 Majelis bersetuju meninjau kembali prosedur pembentukan istilah
bahasa Indonesia/Melayu.
7.2 Majelis bersetuju meninjau kembali tata kerja MABBIM.
7.3 Majelis meminta masing-masing negara anggota MABBIM untuk
menindaklanjuti butir 7.1 dan 7.2 sebagai bahan perbincangan
pada Sidang Ke-42 MABBIM di Brunei Darussalam.
8. Membincangkan isu bahasa dalam Seminar Bahasa dan Sastera
Sidang Ke-41 MABBIM
Majelis mengambil perhatian terhadap isu bahasa yang timbul dalam
Seminar Bahasa dan Sastra Sidang Ke-41 MABBIM dan Sidang Ke-7
Mastera yang diadakan di Hotel Sahid Jaya, Makassar, Sulawesi Selatan
pada tanggal 11 – 12 Maret 2002. Dari pembahasaan tiga belas makalah
dan dua diskusi panel dengan tema “Peranan Bahasa dan Sastra
Indonesia/Melayu dalam Pembinaan Masyarakat Madani”, isu-isu
kebahasaan yang timbul adalah sebagai berikut.
8.1 Umum
8.1.1 Masyarakat madani yang hendak dibina di rantau ini
hendaklah didasarkan pada nilai-nilai peradaban
Melayu/Indonesia.
8.1.2 Kerja sama lintas budaya antarnegara serantau hendaklah
turut dilakukan oleh organisasi profesi yang terdapat di
setiap negara anggota MABBIM.
8.2 Bahasa
8.2.1 Prosedur pembentukan istilah yang selama ini dilakukan
perlu ditinjau kembali.
8.2.2 Bahasa Indonesia/Melayu sebagai bahasa ilmu hendaklah
lebih dimantapkan dengan mengembangkan kepustakaan
ilmu dalam bahasa tersebut.
8.2.3 Penerjemahan buku dalam bahasa asing ke dalam bahasa
Indonesia/Melayu dan sebaliknya perlu ditingkatkan dan
ditangani secara terpadu oleh negara anggota MABBIM.
8.2.4 Bahasa Indonesia/Melayu hendaknya diupayakan agar
dapat digunakan sebagai salah satu bahasa resmi ASEAN.
8.2.5 Di dalam pemasyarakatan istilah, anggota MABBIM harus
menyusun strategi baru secara terpadu.
8.2.6 Dalam upaya mewujudkan masyarakat madani, perlu
digalakkan peningkatan kemampuan berbahasa
Indonesia/Melayu serta apresiasi sastra Indonesia/Melayu.
8.2.7 Uji kemahiran berbahasa Indonesia/Melayu sebagai bahasa
asing perlu disusun untuk berbagai keperluan.
8.3 Penerbitan
8.3.1 Jaringan penerbitan dan pemasaran buku serantau dan
antarbangsa dalam bahasa Indonesia/Melayu hendaknya
dipermudah dan diperluas.
8.3.2 Pertukaran terbitan di peringkat serantau dan antarbangsa
seperti film, buku, dan jurnal, perlu dilakukan secara
intensif.
8.3.3 Hasil penerbitan multimedia dalam berbagai bidang ilmu,
khususnya ilmu pengetahuan dan teknologi, hendaknya
disebarluaskan ke semua lapiran masyarakat di setiap
negara anggota MABBIM.
9. Membincangkan tema dan perkara lain yang berkaitan dengan Seminar
Bahasa dan Sastra Sidang Ke-42 MABBIM
9.1 Majelis bersepakat menetapkan tema Seminar Bahasa dan Sastra Sidang
Ke-42 MABBIM, yaitu 30 Tahun MABBIM: Memperkasakan Bahasa dan
Sastera Melayu/Indonesia dalam Mengukuhkan Peradaban Bangsa.
9.2 Sidang juga bersetuju supaya setiap negara anggota MABBIM
menyediakan 4 kertas kerja, sedangkan negara pemerhati Singapura
menyediakan 2 kertas kerja. Pihak tuan rumah diminta menyediakan satu
kertas kerja utama. Disamping itu, akan diadakan satu sesi diskusi panel
dengan anggota panelis masing-masing negara anggota satu orang.
10. Membincangkan tanggal dan tempat Sidang Ke-16 Pakar MABBIM dan
Sidang Ke-42 MABBIM
10.1 Majelis bersetuju menyelenggarakan Sidang Ke-16 Pakar MABBIM pada
tanggal 9 – 13 September 2002 di Bandar Seri Begawan, Brunei
Darussalam.
10.2 Majelis bersetuju menyelenggarakan Sidang Ke-42 MABBIM pada
tanggal 10 – 14 Maret 2003 di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.
10.3 Majelis bersetuju bahawa Pertemuan Luar Sidang MABBIM akan
diadakan pada tanggal 28-31 Mei 2002 di Jakarta.
11. Membincangkan Laporan Sekretaris/Setiausaha pada Pertemuan Luar
Sidang MABBIM
11.1 Evaluasi Rencana Kerja MABBIM tahun 1998-2002
Majelis menerima Rencana Kerja MABBIM tahun 1998-2002 yang telah
dikemaskinikan pada Sidang Ke-42 MABBIM.
11.2 Evaluasi Rencana Kerja MABBIM tahun 2003 –2007
11.2.1 Majelis bersetuju meninjau ulang rencan lima tahun yang akan
datang pada Pertemuan Luar Sidang MABBIM dengan
mempertimbangkan bidang-bidang yang belum dibicarakan di
dalam Sidang Pakar.
11.2.2 Majelis bersetuju bahwa dalam rencana kerja lima tahun MABBIM
dimasukkan program penerjemahan, penyusunan kamus istilah,
penyusunan buku pedoman penulisan akademik, dan penulisan
buku akademik sesuai dengan visi dan misi MABBIM.
12. Membahas usul kerangka kerja penelitian
Majlis bersetuju menerima gagasan tentang kerja sama di bincang penelitian
bahasa seperti yang dikemukakan oleh Malaysia (lampiran 10)
13. Membahas usul pengembangan kerangka kerja peningkatan sumber daya
manusia
Majlis bersetuju menerima gagasan peningkatan mutu tenaga kebahasaan dalam
bentuk perkuliahan bahasa dengan nama Syarahan MABBIM seperti yang
dikemukakan oleh Brunei Darussalam (Lampiran 7).
14. Membincangkan perayaan 30 tahun MABBIM
Majelis pada dasarnya menerima kertas usulan pihak Brunei Darussalam tentang
acara sambutan ulang tahun ke-30 MABBIM (lampiran 8)
15. Membincangkan pemberian anugerah 30 tahun MABBIM
Majelis bersetuju agar pemberian anugerah MABBIM dibincangkan dalam
Pertemuan Luar Sidang MABBIM.
16. Penghargaan
16.1 Majelis menyatakan penghargaan kepada Pemerintah Republik Indonesia,
Menteri Pendidikan Nasional, Sekretaris Jenderal Departemen Pendidikan
Nasional, Gubernur Provinsi Sulawesi Selatan, Ketua DPRD Provinsi
Sulawesi Selatan, Walikota Makassar, Bupati Gowa, rektor Universitas
Negeri Makassar, Rektor Universitas Islam Makassar, Rektor Universitas
Hasanuddin, dan Kepala Balai Bahasa Makassar atas sambutan dan
bantuan mereka pada Sidang Ke-41 MABBIM dan Seminar Bahasa dan
Sastra.
16.2 Majelis menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yth.
Dato Paduka Haji Alidin bin Haji Othman yang telah selesai
perkhidmatanya sebagai Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei
Darussalam dan Ketua Perutusan MABBIM dari Brunei Darussalam.
LAMPIRAN II
MENELITI DAN MENERIMA LAPORAN SIDANG KE-16
PAKAR MABBIM
LAPORAN SIDANG KE-16 PAKAR MABBIM
I. Anggota Sidang
Brunei Darussalam : Dato Paduka Haji Ahmad bin Kadi
Setiausaha : Awg. Hanafiah bin Haji Awang Zaini
Pakar Bidang
1. Aw. Haji Abd. Ghani bin Haji Mohd. Yusof (Teknologi Maklumat)
2. Dr. Haji Sablee bin Haji Aspar (Teknologi Maklumat)
3. Aw. Haji Ramli bin Aw. Ismail (Teknologi Maklumat)
4. Aw. Jasni bin Haji Abd. Hamid (Teknologi Maklumat)
5. Aw. Hamdani bin Haji Ibrahim (Teknologi Maklumat)
6. Aw. Haji Abd. Rahim bin Derus (Teknologi Maklumat)
7. Aw. Omarali bin Mujah (Teknologi Maklumat)
8. Dy. Saeidah binti Haji Mohd. Salleh (Teknologi Maklumat)
9. Dy. Rodziah binti Haji Yusof (Teknologi Maklumat)
10. Dy. Hajah Noriah binti Aw. Bakar (Teknologi Maklumat)
11. Pengiran Dr. Karim bin Pengiran Haji Osman (Arkeologi)
12. Awang Matzin bin Haji Yahya (Arkeologi)
13. Dr. Haji Mohd Yusof bin Haji Awang Damit (Arkeologi)
14. Awang. Haji. Abd. Malik bin Haji Duraman (Arkeologi)
15. Awang Haji Abd Latif bin Haji Abu Bakar (Arkeologi)
16. Awang Hanafi bin Haji Maidin (Arkeologi)
17. Awang Haji Osman bin Salleh (Arkeologi)
18. Awang Alias bin Haji Asat (Arkeologi)
19. Awang Haji Md. Shabirin bin Haji Ahmad (Arkeologi)
20. Dr. Samsiah binti Haji Mohd Said (Pergigian)
21. Dr. Sylviana binti Haji Moris (Pergigian)
22. Dr. Haji Ahmad Tajudin bin Othman (Pergigian)
23. Dr. Haji Alias bin Embong (Pergigian)
24. Dr. Haji Shamshir bin Haji Zainal Abidin (Pergigian)
25. Aw. Haji Junidi bin Haji Abd. Latif (Kejuruteraan Kapal
Terbang)
26. Awang Ismail bin Haji Suhaili (Kejuruteraan Kapal
Terbang)
27. Awang Muhammad bin Haji Haris (Kejuruteraan Kapal
Terbang)
28. Aw. Haji Rani bin Haji Timbang (Aeroangkasa)
29. Awang Haji Hairol bin Haji Mohd. Yusof (Aeroangkasa)
30. Pg. Haji Zulkafli bin Pg. Haji Zaidi (Aeroangkasa)
31. Awg. Haji Duraman bin Tuah (Sains Politik)
32. Dr. Shafruddin bin Hashim (Sains Politik)
33. Dr. Haji Emran bin Bahar (Sains Politik)
34. Awang Haji Timbang bin Bakar (Perfileman)
35. Awang Haji Mohd. Yusof bin Mohd Yassin (Perfileman)
36. Awang Haji Musdi bin Haji Abd. Ghafar (Perfileman)
37. Awang Said bin Haji Jumat (Kejuruteraan Automotif)
38. Awang Haji Ismat bin Haji Lamat (Kejuruteraan Automotif)
39. Awang Haji Md Zain bin Haji Yahya (Kejuruteraan Automotif)
40. Awang Metali bin Haji Mirasan (Kejuruteraan Automotif)
41. Awang Safwan Teo bin Abdullah (Kejuruteraan Automotif)
42. Awang Essa bin Haji Hujan (Kejuruteraan Automotif)
43. Awang Rahman bin Haji Abd Ghani (Kejuruteraan Automotif)
Pendamping Bahasa
1. Aw. Azmi bin Abdullah (Teknologi Maklumat)
2. Awang Anuar bin Haji Mohd Jaya (Arkeologi)
3. Dr. Haji Jaludin bin Haji Chuchu (Pergigian)
4. Datin Hajah Kamisah binti Haji Rahmat (Kejuruteraan Kapal
Terbang)
5. Awang Yabit bin Yalas (Aeroangkasa)
6. Dr. Mataim bin Bakar (Sains Politik)
7. Dr. Hjh. Fatimah binti Haji Chuchu (Perfileman)
8. Dayang Aini binti Haji Karim (Kejuruteraan Automotif)
Setiausaha
1. Dy. Hajah Zainab binti Haji Mat Daud (Teknologi Maklumat)
2. Dy. Ramlah binti Mohd. Nor (Teknologi Maklumat)
3. Awang Haji Salim bin Haji Latip (Arkeologi)
4. Dayang Hajah Roselinawati binti Haji Mumin (Pergigian)
5. Dk. Hajah Rosenani binti Pg. Haji Halus (Kejuruteraan Kapal
Terbang)
6. Dayang Hajah Apsah binti Haji Sahdan (Aeroangkasa)
7. Dk. Sainah binti Pg. Haji Mohamed (Sains Politik)
8. Dyg. Noreta binti Jumat (Sains Politik)
9. Dyg. Faridah binti Haji Mohammad (Perfileman)
10. Dayangku Dedy Yantie binti Pengiran Haji Jaluyi (Kejuruteraan Automotif)
Pengolah Data
1. Dk. Hajah Rospinawati binti Pg. Hj. Halus (Teknologi Maklumat)
2. Ak. Ashwadol Bahri bin Pg. Yaakub (Teknologi Maklumat)
3. Dayang Hajah Normani binti Haji Modin (Arkeologi)
4. Dayang Kamariah binti Haji Lamit (Pergigian)
5. Dayang Hajija binti Pae’e (Kejuruteraan Kapal
Terbang)
6. Pg. Tajuddin bin Pg. Haji Ibrahim (Aeroangkasa)
7. Dyg. Hajah Mesnah binti BPSRKDPSS Haji (Sains Politik)
Abdul Hamid
8. Dyg. Hamidah binti Haji Bangkol (Sains Politik)
9. Dyg. Zaiton binti Jaafar (Perfileman)
10. Dayangku Hajah Zaiton binti Pengiran Haji Zainal (Kejuruteraan Automotif)
II. Anggota Sidang
Malaysia
Ketua Perwakilan : Prof. Dr Haji Amat Juhari Moain
Ketua Urus Setia : Puan Hajah Halimah binti Haji Ahmad
Penolong Ketua Urus Setia : Puan Hasnah binti Mohamad
Pakar Bidang
1. Prof. Madya Dr. Zoraini Wati Abas (Teknologi Maklumat)
2. Dr. Abd. Rahman Ramli (Teknologi Maklumat)
3. Encik Mohd Kamaruzaman bin A. Rahman (Arkeologi)
4. Prof. Madya Dr. Mohamed Ibrahim bin Abu Hassan (Pergigian)
5. Prof. Ir. Haji Abas bin Ab. Wahab (Kejuruteraan Kapal
Terbang)
6. Dr. Haji Ahmad Sabirin Haji Arshad (Aeroangkasa)
7. Prof. Dr. Jayum Jawan (Sains Politik)
8. Dr. Mohd. Zaini bin Abu Bakar (Sains Politik)
9. Prof. Madya Dr. Asiah Sarji (Perfileman)
10. Prof. Madya Ir. Dr. Yusoff Ali (Kejuruteraan Automotif)
III. Indonesia
Ketua Perwakilan : Dr. Ir. Titon Dutono, M.Eng.
Sekretaris : Drs Dedi Puryadi
Pakar Bidang
1. Dr. Ir. Titon Dutono, M.Eng. (Teknologi Maklumat)
2. Ir. Gunarso (Teknologi Maklumat)
3. Prof Dr Timbul Haryono (Arkeologi)
4. Dr. Zaura Kiswarini Matram, W.M.E. (Pergigian)
5. Dr. Rika Andiarti (Kejuruteraan Kapal
Terbang)
6. Ir. Pramandoro (Aeroangkasa)
7. Drs. Haryadi (Sains Politik)
8. Drs. Sugiono, M.A (Sains Politik)
9. Dr. Lilik Ariffin, M.A. (Perfileman)
10. Ir. Budi Utomo Kukuh W. M.E (Kejuruteraan Automotif)
Bidang Yang Diikutsertakan
1. Teknologi Maklumat A: Keselamatan Komputer Dan E-Kerajaan/E-Niaga
2. Teknologi Maklumat B: Internet/Perkhidmatan Dalam Talian Dan Multimedia
3. Arkeologi : Kaedah, Analisis, dan Hasil Analisis
4. Pergigian : Operatif, Endodontiks, Pediatrik
5. Kejuruteraan Kapal Terbang
6. Aeroangkasa
7. Sains Politik A : Teori Dan Falsafah Politik
8. Sains Politik B : Ekonomi Politik
9. Perfileman
10. Kejuruteraan Automotif : Enjin, Aksesori, dan Elektrik
Hasil Sidang Sidang Ke-16 Pakar MABBIM menghasilkan 12 869 entri dari 8 bidang ilmu dengan
rincian sebagai berikut:
Kategori A : 7755 entri
Kategori B : 273 entri
Kategori C : 2765 entri
Kategori D : 2085 entri
Jumlah Keseluruhan : 12869 entri
LAMPIRAN III
Membincangkan Isu Seminar Bahasa Sempena Sidang Ke-42 MABBIM.
1.1 Sejauh mana keperkasaan bahasa Melayu/Indonesia dalam mengukuhkan
peradaban bangsa?
a. Bahasa Melayu/Indonesia terbukti mampu dijadikan alat penyatuan
bangsa dan menjadi alat jati diri di peringkat nasional di setiap negara.
b. Bahasa Melayu/Indonesia berupaya menjadi bahasa ilmu dan teknologi di
rantau Melayu.
1.2 Strategi Pemerkasaan bahasa Melayu/Indonesia dalam mengukuhkan peradaban
bangsa
a. memperbanyakkan kepustakaan di dalam bahasa Melayu/Indonesia untuk
meningkatkan keintelektualan masyarakat Melayu sekaligus menaikkan
peradaban Melayu. Strategi ini dapat dilaksanakan dengan
memperbanyakkan buku-buku terjemahan, tulisan-tulisan akademik dan
pembinaan perpustakaan.
b. Sentiasa memperkembangkan korpus bahasa terutama dari segi
peristilahan supaya bahasa Melayu/Indonesia mampu mengungkapkan
ilmu sejajar dengan keperluan semasa.
c. Memperkasakan penggunaan bahasa Melayu/Indonesia dengan
menggunakan tulisan Jawi.
d. Menanamkan sikap bahasa yang positif terhadap bahasa
Melayu/Indonesia.
e. Berusaha menjadikan bahasa Melayu/Indonesia sebagai bahasa ASEAN.
f. Mempertingkatkan budaya membaca (dalam bahasa Melayu/Indonesia di
kalangan masyarakat)
g. Penggunaan bahasa Melayu/Indonesia di sekitar swasta dan kerajaan perlu
dipertingkatkan.
h. Pemerkasaan bahasa Melayu/Indonesia harus didokong oleh semua pihak
terutama di kalangan pemimpin.
i. Menubuhkan satu badan yang dapat menangani masalah-masalah bahasa.
Badan tersebut harus mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan
undang-undang.
j. Meningkatkan kemahiran bahasa Melayu/Indonesia di institusi tinggi.
k. Perlu ada kerjasama di kalangan ahli politik, intelek, dan linguistik.
l. Untuk merealisasikan bahasa Melayu/Indonesia menjadi bahasa ASEAN
perlu ditubuhkan bidang-bidang pengajaran dan pengajian Melayu di
negara-negara yang tidak menggunakan bahasa Melayu/Indonesia di
kalangan negara-negara ASEAN.
m. membina pusat kecemerlangan dalam pendidikan dengan menggunakan
bahasa Melayu/Indonesia.
n. Menyebarluaskan penutur bahasa Melayu/Indonesia menjangkau di luar
kawasan penutur bahasa Melayu/Indonesia.
o. Kepimpinan harus cekap, pro ilmu, bersih, dan amanah.
9. Menjadikan bangsa Melayu sebagai bangsa pencipta.
q. Bangsa Melayu harus kreatif menjadikannya sebagai bangsa pencipta.
LAMPIRAN IV
MEMBINCANGKAN BIDANG/SUBBIDANG ILMU YANG AKAN
DIBAWA KE SIDANG KE-17 PAKAR MABBIM
SIDANG KE-17 PAKAR MABBIM
1. Pendahuluan
Kertas ini bertujuan untuk memaklumkan perwakilan yang bersidang pada hari ini
tentang bidang ilmu yang akan dibahas dalam Sidang Ke-17 Pakar MABBIM
pada September 2003, di Malaysia.
2. Latar Belakang
2.1 Tatakerja MABBIM telah menetapkan bahawa MABBIM akan bersidang
dua kali setahun, iaitu Sidang Kelompok Eksekutif dan Sidang Kelompok
Pakar MABBIM.
2.2 Sesi Kerja Sidang Eksekutif dan Sidang Kelompok Pakar MABBIM
merupakan sesi kerja yang diadakan secara bergilir-gilir di kalangan
negara anggota MABBIM. Pada tahun ini, (2003) Sidang Kelompok
Pakar akan diselenggarakan oleh pihak Malaysia.
3. Perkara yang ingin dimaklumkan
3.1 Bidang ilmu yang akan diikutsertakan dalam Sidang Ke-17 Pakar
MABBIM merupakan lanjutan daripada Sidang Ke-16 Pakar MABBIM
dan sebahagiannya adalah bidang baru, yang telah diputuskan dan
dikemaskinikan dalam Sidang 40 MABBIM dan Pertemuan Luar Sidang
MABBIM pada 28 – 31 Mei 2002 di Indonesia.
3.2 Pihak urus setia ketiga-tiga negara memerlukan Keputusan Sidang
Eksekutif untuk menentukan bidang dan subbidang yang akan ditangani
pada Sidang Ke-17 Pakar MABBIM dan Pertemuan Luar Sidang yang
akan datang. Perincian bidang dan subbidang yang akan diikutsertakan
adalah seperti berikut:
Bidang dan subbidang yang akan diikutsertakan adalah seperti berikut:
BIL.
BIDANG
SUBBIDANG
RUJUKAN
1. Pergigian 2/Kedokteran
Gigi2
a. Periodontik
b. Bahan dan
Teknologi
Laporan Usul Keputusan
Sidang Ke-16 Pakar MABBIM
2. Agama Islam 1 Taksonomi bidang
akan dibincang di
Mesyuarat Luar Sidang
Sidang Ke-40 MABBIM dan
Pertemuan Luar Sidang pada
28 – 31 Mei 2002 di Indonesia
3. Sains Politik/Ilmu
Politik 3
Rancangan Lima Tahun (1990
– 2002)
Laporan Usul Keputusan
Sidang Ke-16 Pakar MABBIM
4. Pendidikan 1 Taksonomi bidang
akan dibincang di
Mesyuarat Luar Sidang
Sidang Ke-40 MABBIM dan
Pertemuan Luar Sidang pada
28 – 31 Mei 2002 di Indonesia
5. Penyusunan Kamus 1
1. Ilmu Politik 1
2. Kedokteran7
3. Perikanan2
4. Kedokteran Hewan2
5. Penternakan2
Penyelarasannya akan
dibuat dalam
Mesyuarat Luar Sidang
Pertemuan Luar Sidang pada
28 – 31 Mei 2002
6. Buku Pedoman
Penulisan Akademik
Penyelarasannya akan
dibuat dalam
Mesyuarat Luar Sidang
Pertemuan Luar Sidang pada
28 – 31 Mei 2002
7. Penerjemahan 1 (3
judul)
Penyelarasannya akan
dibuat dalam
Mesyuarat Luar Sidang
Pertemuan Luar Sidang pada
28 – 31 Mei 2002
8. Penulisan Buku
Akademik 1 (3 judul)
Penyelarasannya akan
dibuat dalam
Mesyuarat Luar Sidang
Pertemuan Luar Sidang pada
28 – 31 Mei 2002
9. Penelitian 1 (3 judul) Penyelarasannya akan
dibuat dalam
Mesyuarat Luar Sidang
Pertemuan Luar Sidang pada
28 – 31 Mei 2002
Catatan:
1. Penerjemahan dan penelitian mula dibincangkan dalam kegiatan MABBIM
2. Penyusunan Pedoman Penulisan Akademik dan Penulisan Buku-buku Akademik
di bawah payung Kuliah Bandingan.
LAMPIRAN V
MEMBINCANGKAN LAPORAN PERTEMUAN LUAR SIDANG
KELOMPOK SETIAUSAHA/SEKRETARIS MABBIM DAN
PERKARA BERBANGKIT DARIPADA LAPORAN BERKENAAN
* (Sila Rujuk Laporan Pertemuan Luar Sidang Kelompok
Setiausaha/Sekretaris Mabbim : Jakarta, Indonesia 28 – 31 Mei
2002)
LAMPIRAN VI
MENELITI PEDOMAN UMUM PEMBENTUKAN ISTILAH
* (Sila Rujuk Kertas No. 2/P/SM – 42/2003, Prosedur Pembentukan
Istilah: dokumen Pakersa)
LAMPIRAN VII
MENELITI KEMBALI TATAKERJA MABBIM
TATA KERJA
MAJELIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM-INDONESIA-MALAYSIA
Untuk mencapai tujuan yang tercantum dalam Piagam Mabbim dan untuk menjalankan
fungsinya dengan sebaik-baiknya, ketiga-tiga pihak negara anggota bersetuju menerima
tata kerja berikut:
I. Keanggotaan
Majelis beranggotakan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam
(JKTBMBD), Paniti Kerja Sama Kebahasaan (Pakersa), dan Jawatankuasa Tetap
Bahasa Melayu (JKTBM).
II. Tugas
Majelis mempunyai tugas sebagai berikut.
(1) menentukan tata kerja dan pelaksanaan kerja Majelis;
(2) menyusun pelbagai pedoman dan panduan yang berkaitan dengan
pembinaan dan pengembangan bahasa;
(3) mempertimabangkan dan mengesahkan daftar induk istilah hasil
sidang pakar yang disusun menurut keputusan Majelis;
(4) mempertimbangkan dan mengambil keputusan tentang usul sidang
pakar yang berkaitan dengan pelaksanaan kerja yang bersangkutan;
dan
(5) merencanakan kegiatan kebahasaan lain yang sesuai dengan
semangat Piagam Majelis.
III. Sidang dan Musyawarah/Mesyuarat
1) Sidang Majelis
(a) Majelis bersidang sekali setahun di negara anggota secara bergilir
dengan jarak waktu sepuluh hingga dua belas bulan dan lamanya
kira-kira lima hari.
(b) Tempat dan waktu Sidang Majelis ditentukan pada sidang
sebelumnya
(c) Sidang Majelis diselenggarakan dan dipimpin oleh ketua
perwakilan tuan rumah.
(d) Bahasa pengantar Sidang Majelis ilah bahasa resmi/bahasa
kebangasaan negara anggota
(e) Sidang Majelis mengesahkan hal yang berkenaan dengan garis
halusan bahasa hasil Sidang Pakar, serta rencana kerja Majelis
selanjutnya.
2) Sidang Pakar
(a) Sidang Pakar mempersiapkan, mengolah, dan menyusun tata
istilah bidang ilmu menurut “ Panduan Penyusunan Daftar Istilah”
sesuai dengan arahan Majelis.
(b) Sidang Pakar bersidang sekali setahun di negara anggota secara
bergilir dengan jarak waktu sepuluh hingga dua belas bulan dan
lamanya kira-kira lima hari.
(c) Tempat dan waktu Sidang Pakar ditentukan pada Sidang Majelis
(d) Sidang Pakar diselenggarakan dan dipimpin oleh anggota Panita
Kerja Sama Kebahasaan/Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu.
(e) Bahasa pengantar Sidang Pakar ialah bahasa resmi/bahasa
kebangsaan negara anggota.
3) Musyawarah/Mesyuarat Luar Sidang
(a) Musyawarah/Mesyuarat Luar Sidang diselenggarakan untuk
menindaklanjuti/mengambil tindakan hasil dan Keputusan Umum
Sidang Majelis sebelumnya.
(b) Musyawarah/Mesyuarat Luar Sidang diselenggarakn untuj
menyiapkan bahan dan hal-hal lain yang diperlukan dalam sidang
pakar dan majelis.
(c) Musyawarah/Mesyuarat Luar Sidang diselenggarakan untuk
menyempurnakan bahan istilah dan bahan lain yang telah
dibicarakan pada sidang pakar sebelumnya.
(d) Musyawarah/Mesyuarat Luar Sidang diselenggarakan untuk
menyusun dan menyepakati taksonomi bidang ilmu yang baru atau
rancangan kegiatan lain.
(e) Tempat dan waktu Musyawarah/Mesyuarat Luar Sidang Mabbim
ditentukan pada Sidang Majelis.
(f) Musyawarah/Mesyuarat Luar Sidang diselenggarakan dan
dipimpin oleh anggota tuan rumah, yaitu Pakersa/JKTBM.
IV. Perserta/Anggota Sidang dan Musyawarah/Mesyuarat
1) Perserta/Anggota Sidang Majlis
(a) Perserta Sidang Eksekutif terdiri dari Ketua Perwakilan,
Sekretaris/Setiausaha, dan sebanyak-banyaknya dua orang anggota
Panitia Kerja Sama Kebahasaan/Jawatankuasa Tetap Bahasa
Melayu.
(b) Majelis dapat mengundang narasumber untuk menyumbangkabn
kepakarannya yang diperlukan
(c) Majelis dapat mengundang peserta sidang yang tidak menjadi
anggota eksekutif dan/atau wakil badan resmi yang menghadiri
Sidang Majelis atas undangan penyelenggara Sidang Majelis
sebagai pemerhati.
2) Peserta/Anggota Sidang Pakar
Perserta/anggota Sidang pakar terdiri atas para pakar bidang ilmu yang
diikutsertakan dan diketuai oleh ahli Pakersa/JKTBM.
3) Perserta/Anggota Musyawarah/Mesyuarat Luar Sidang
Peserta/anggota Musyawarah/Mesyuarat Luar Sidang terdiri atas
Sekretaris/Setiausaha, Sekretariat/Urus Setia, dan pakar bidang ilmu yang
berkaitan.
V. Bahan Sidang dan Musyawarah/Mesyuarat
(a) Bahan sidang/musyawarah/mesyuarat disiapkan oleh Paniti penyelenggara
Jawatankuasa Tetap.
(b) Bahan sidang/musyawarah/mesyuarat selambat-lambatnya dikirimkan
oleh Panitia negara anggota/Jawatankuasa Tetap dua bulan sebelum
sidang/musyawarah/mesyuarat berlangsung.
(c) Bahan seminar dan Rampak Serantau sudah diterima oleh Panitia
penyelenggara/Jawatankuasa Tetap selambat-lambatnya dua bulan
sebelum Sidang Majelis berlangsung.
VI. Keputusan Majelis
(a) Pernyataan Bersama yang ditandatangani oleh para Ketua Perutusan
(b) Lampiran Pernyataan Bersama yang berupa keputusan, rumusan, dan
bahan dokumentasi.
(c) Butir lain yang berkenaan dengan Sidang Majelis, seperti daftar nama
perutusan dan jadwal acara sidang.
(d) Keputusan dan persetujuan Majelis yang perlu disebarkan disusun
menurut versi negara anggota masing-masing.
(e) Keputusan Majelis yang penting dilaporkan dan diminta persetujuan
Menteri yang bersangkutan di negara anggota masing-masing.
(f) Ucapan Ketua Perutusan sebagai Lampiran
LAMPIRAN IX
MENELITI KEMBALI SYARAHAN MABBIM
Kertas Kerja untuk Sidang Ke-41 MABBIM
Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia
Tajuk : Syarahan Mabbim Bahasa Melayu/Indonesia
Tujua : 1. Pertukaran pakar atau tokoh bahasa antara ketiga-tiga
negara
anggota Mabbim.
2. Menyebarluaskan perkembangan bahasa Melayu/Indonesia
di kalangan negara anggota.
3. Sebagai usaha untuk pengembangan bahasa
Melayu/Indonesia melalui syarahan dan perbincangan.
Pelaksanaan : 1. Diadakan setahun sekali
2. Seorang pakar/tokoh bahasa negara anggota secara
bergantian akan menyampaikan syarahan dari sebuah
negara ke negara yang lain. Umpamanya bermula dari
Bandar Seri Begawan ke Jakarta dan Kuala Lumpur atau
sebaliknya.
3. Negara penyelenggara akan menghubungi negara anggota
yang lain tentang calon pakar/tokoh yang akan
menyampaikan syarahan pada setiap tahun.
4. Salah satu negara anggota akan menjadi penyelaras.
5. Setiap pakar/tokoh bahasa akan berada di setiap negara
anggota bagi tempoh 1 atau 2 hari untuk maksud syarahan
dan perbincangan.
6. Setiap negara anggota akan bertanggungjawab
menyediakan kemudahan ‘local hospitality’ seperti
kenderaan dan jamuan.
7. Hasil syarahan/perbincangan akan diterbitkan oleh negara
penyelenggara.
LAMPIRAN X
RANCANGAN LIMA TAHUN MABBIM
RENCANA LIMA TAHUN MABBIM (2003-2007)
No. Sidang Ke-17 Pakar
2003
(Malaysia)
Sidang Ke-18 Pakar
2004
( Indonesia )
Sidang Ke-19 Pakar
2005
( Brunei Darussalam)
Sidang Ke-20 Pakar
2006
( Malaysia)
Sidang Ke-21 Pak
2007
(Indonesia)
1. Sains Nuklear/
Sains Nuklir (1)
Pergigian (2) Pergigian (3) Ilmu Kependudukan (2) Pentadbiran Perniagaan/
Administrasi Niaga (2)
2. Bioteknologi (1) Sukan/Olahraga (1) Sukan/Olahraga (2) Pentadbiran Perniagaan/
Administrasi Niaga (1)
Pendidikan (2)
3.
Industri Robot (1)
Penerbitan dan
Percetakan (1)
Undang-undang
Antarabangsa/Hukum
Internasional (2)
Pendidikan (1) Psikologi (2)
4. Mikroelektronik
(1)
Undang-undang
Antarabangsa/Hukum
Internasional (1)
Undang-undang
Laut/Hukum Laut (2)
Psikologi (1) Sejarah (2)
5. Telekomunikasi (1) Undang-undang
Laut/Hukum Laut (1)
Pelayaran (2) Sejarah (1) Geografi (2)
6. Geologi (1) Pelayaran (1) Pengurusan/Manajbmen
(2)
Geografi (1) Agama (2)
7. Kejuruteraan
Perubatan (2)
Pengurusan/Manajemen
(1)
Ilmu Kependudukan (1) Agama (1) Kejuruteraan/Perubahan (1)
RENCANA LIMA TAHUN MABBIM (2003-2007) – PERUBAHAN RENCANA KERJA
Catatan:
1. Penerjemahan dan penelitian mulai dibincangkan dalam kegiatan MABBIM.
2. Penyusunan Pedoman Penulisan Akademik dan Penulisan Buku-Buku Akademik di bawah payung Kuliah Bandingan.
No. Sidang Ke-17 Pakar
2003
(Malaysia)
Sidang Ke-18 Pakar
2004
( Indonesia )
Sidang Ke-19 Pakar
2005
( Brunei Darussalam)
Sidang Ke-20 Pakar
2006
( Malaysia)
Sidang Ke-21 Pak
2007
(Indonesia)
1. Kedokteran Gigi2 Kedokteran Pergigian 3 Topografi Kedokteran AIDS Matematika 14:
Etnomatematik 2. Agama Islam 1 Agama Islam 2 Agama Islam 3 Pariwisata1/Pelancongan Pariwisata2/Pelanconga
n 3. Politik 3 Keperawatan/
Kejuruteraan 1
Keperawatan/
Kejuruteraan 2
Pertahanan dan Keamanan 1 Pertahanan dan Keamanan
2
4. Pendidikan 1 Pendidikan 2 Kesenian 1 Kesenian 2 Kesenian 3
5. Penyusun Kamus 1
1. Ilmu Politik 1
2. Kedokteran7
3. Perikanan2
4. Kedokteran
Hewan2
5. Penternakan2
Penyusun Kamus 2
1. Kedokteran 8
2. Teknologi informasi
2
3. Penternakan 3
4. Perikanan2
5. Politik 2
Penyusun Kamus 3
1. Teknik Kapal Terbang 1
2. Kedokteran 9
3. Teknologi informasi3
4. Politik 3
5. Teknik Mesin
Penyusun Kamus 4
1. Arkeologi 1
2 Teknologi informasi4
3. Kedokteran 10
4. Fotografi
5. Teknik Kapal Terbang 2
Penyusun Kamus 4
1. Arkeologi 2
2 Teknik Kimia informasi4
3. Film
4. Kedokteran Gigi 1
5. Teknik Pertambangan
6. Buku Pedoman Penulisan
Akademik
7. Penerjemahan 1 (3 judul) Penerjemahan 2 (4 judul) Penerjemahan 3 (4 judul) Penerjemahan 4 (5 judul) Penerjemahan 5 (5 judul)
8 Penulisan Buku
Akademik 1 (3 judul)
Penulisan Buku
Akademik 2 (3 judul)
Penulisan Buku Akademik 3
(3 judul)
Penulisan Buku Akademik 4
(3 judul)
Penulisan Buku Akademik 5
(3 judul) 9 Penelitian 1 (3 judul) Penelitian 2 (3 judul) Penelitian 3 (3 judul) Penelitian 4 (3 judul) Penelitian 5 (3 judul)
45
ATUR CARA SIDANG
ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN ________________________________________________________________________
9 MAC 2003 (AHAD)
9.00 Pagi * Walkaton 30 Tahun MABBIM
8.00 Malam * Ketibaan Anggota Perwakilan dan Para Jemputan
8.10 Malam * Ketibaan Dif-dif Kehormat
8.15 Malam * Ketibaan Tetamu Kehormat
8.20 Malam * Acara Dimulakan
• Bacaan al-Fatihah
• Persembahan Koir
• Persembahan Klip Video Sejarah MABBIM
• Ucapan Ketua Perwakilan Brunei
Darussalam
• Ucapan Ketua Perwakilan Indonesia
• Ucapan Ketua Perwakilan Malaysia
• Ucapan Ketua Pemerhati Singapura
• Perasmian dan Pelancaran Sambutan 30
Tahun MABBIM
• Penyampaian Anugerah MABBIM &
MASTERA
• Persembahan Kebudayaan 3 Negara Anggota
MABBIM
• Penyampaian Cenderamata
46
ATUR CARA SEMINAR BAHASA DAN SASTERA KALI KE-10
7 – 8 MUHARAM 1424/10 – 11 MAC 2003
10 Mac 2003 ( Isnin )
8.00 pagi – 10.00 pagi : Sesi I
Ucap Utama : Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja
Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abu Bakar bin Haji
Apong
Menteri Kesihatan, Brunei Darussalam
Kertas 1: Pengarang dan Karyanya
Pembentang: Drs Awang bin Ahmad
(Brunei Darussalam)
Kertas 2: Pemerdayaan Bahasa Indonesia sebagai
Pemelihara Persatuan dan Kesatuan Bangsa
Pembentang: Prof. Suwarsih Madya, Ph.D.
(Indonesia)
Kertas 3: Retak pada Garis Perubahan Estetika Puisi
Kepulauan Melayu Melalui Masa
Pembentang: Prof. Dr. Haji Muhammad Haji Salleh
(Malaysia)
Pengerusi: Dr. Haji Jaluddin bin Haji Chuchu
(Brunei Darussalam)
Pelapor : Dr. Hajah Fatimah binti Haji Chuchu
Dr. Ampuan Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah
Dr. Haji Morsidi bin Haji Mohamad
Awang Yabit bin Alas
10.00 pagi – 10.30 pagi : Jamuan Ringan
10.30 pagi – 12.00 t. hari: Sesi II
Kertas 4: Saranan Membina Kepustakaan
Berbahasa Melayu
47
Pembentang: Prof. Dr. Abdullah Hassan
(Malaysia)
Kertas 5: Citra Estetik Islam dalam Sajak-sajak Indonesia
Mutakhir: Beberapa Catatan Awal
Pembentang: Prof. Dr. Suminto A. Sayuti
(Indonesia)
Kertas 6: Memperkasakan Bahasa Melayu/ Indonesia
Dalam Memperkukuhkan Peradaban Bangsa:
Pengalaman Brunei
Pembentang: Pg. Dr. Haji Mohammad bin Pg.Haji Abd.Rahman
(Brunei Darussalam)
Pengerusi: Prof. Madya Dr. Kamsiah Abdullah
(Singapura)
Pelapor : Dr. Hajah Fatimah binti Haji Chuchu
Dr. Ampuan Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah
Dr. Haji Morsidi bin Haji Mohamad Awang Yabit Alas
12.00 t. hari – 2.00 ptg : Makan Tengah Hari dan Rehat
2.00 ptg – 4.30 ptg : Sesi III
Kertas 7 : Lalau Bahasa Melayu
Pembentang: Dr. Haji Jaludin bin Haji Chuchu
(Brunei Darussalam)
Kertas 8: Kesusasteraan Malaysia: Membina dan
Memperkasa Peradaban Bangsa
Pembentang: Puan Hajah Zalilah Shariff
Haji Abdul Rahman Yusof
(Malaysia)
Kertas 9 : Bahasa Melayu Sebagai Seni dan Senjata Dalam
Mencipta Khazanah Ilmu
Pembentang: Prof. Madya Dr. Kamsiah Abdullah
(Singapura)
48
Pengerusi : Prof. Suwarsih Madya, Ph.D.
(Indonesia)
Pelapor : Dr. Hajah Fatimah binti Haji Chuchu
Dr. Ampuan Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah
Awang Yabit Alas
Dr. Haji Ampuan Brahim bin Ampuan Haji Tengah
4..30 ptg – 5.00 ptg : Jamuan Ringan
11 Mac 2003 (Selasa)
8.00 pagi – 10.00 pagi : Sesi IV
Kertas 10: Memperkasa Bahasa dan Sastera Melayu-
Indonesia dalam Mengukuhkan Peradaban
Bangsa
Pembentang: Dato’ Dr. Haji Hassan Ahmad
(Malaysia)
Kertas 11: Memperkasakan Bahasa Melayu=
Mengukuhkan Peradaban Bangsa
Pembentang: Dr. Mataim bin Bakar
(Brunei Darussalam)
Kertas 12: Pantun
Pembentang: Sdr. Sutardji Calzoum Bachri
(Indonesia)
Pengerusi: Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
(Malaysia)
Pelapor : Dr. Hajah Fatimah binti Haji Chuchu
Dr. Haji Morsidi bin Haji Mohamad
Dr. Haji Ampuan Brahim bin Ampuan Haji Tengah
Awang Yabit Alas
10.00 pagi – 10.30 pagi : Jamuan Ringan
49
10.30 pagi – 12.00 t. hari: Sesi V
Kertas 13: Mengenal Sosok Peribadi Puisi Melayu
Singapura Masa kini dalam Mengukuhkan
Peradaban Bangsa
Pembentang: Isa Kamari (Singapura)
Kertas 14 Sastera Melayu Di Persimpangan Jalan
Pembentang: Prof. Madya Dr. Haji Hashim bin Haji Abd. Hamid
(Brunei Darussalam)
Kertas 15: Kreativitas Sastrawan Indonesia Menimba
Inspirasi dari Warisan Budaya Lokal
Pembentang: Sdr. Zawawi Imran
(Indonesia)
Pengerusi : ,Prof. Dr. Abdullah Hassan
(Malaysia)
Pelapor : Dr. Hajah Fatimah binti Haji Chuchu
Dr. Haji Morsidi bin Haji Mohamad
Dr. Haji Ampuan Brahim bin Ampuan Haji Tengah
Awang Yabit Alas
12.00 t. hari – 2.00 ptg : Makan Tengah Hari dan Rehat
2.00 ptg – 3.00 ptg : Sesi VI
Kertas 16 : Sastera Dalam Pendidikan
Pembentang: YDM Pehin Siraja Khatib Dato Paduka
Seri Setia Ustaz Awang Haji Yahya bin
Haji Ibrahim
(Brunei Darussalam)
Pengerusi: Prof. Madya Dr. Haji Hashim bin Haji Abd. Hamid
(Brunei Darussalam)
Pelapor : Dr. Hajah Fatimah binti Haji Chuchu
Dr. Ampuan Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah
Dr. Haji Morsidi bin Haji Mohamad
50
Awang Yabit Alas
3.00 ptg – 5.00 ptg : Forum Bahasa dan Sastera
Ahli Panel : Awang Haji Mahrub bin Awang Haji Murni
(Brunei Darussalam)
Prof. Dr. Ki. Supriyoko
(Indonesia)
Prof. Emeritus Datuk Dr. Hajah Nik Safiah Haji
Abdul Karim
(Malaysia)
Dato Haji Ahmad Kamal bin Abdullah
(Malaysia Mastera)
Pengerusi : Dr. Haji Ismail bin Haji Duraman
(Brunei Darussalam)
Pelapor : Dr. Hajah Fatimah binti Chuchu
Awang Yabit Alas
Dr. Haji Ampuan Brahim bin Ampuan Haji Tengah
Dr. Haji Morsidi bin Haji Mohamad
51
ATUR CARA SIDANG KE- 42 MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM-
INDONESIA-MALAYSIA (MABBIM)
9 –10 MUHARAM 1424/12 – 14 MAC 2003
12 Mac 2 0 0 3 (Rabu) Sidang Sesi : 8.00 pagi - 10. 00 pagi
Jamuan Ringan : 10.00 pagi – 10.30 pagi
Sidang Sesi I : 10.3o pagi – 12.00 tengah hari
Makan Tengah Hari dan Rehat :2.00 tengah hari – 1.30 petang
Sidang Sesi III : 1.30 petang – 3.00 petang
Jamuan Ringan : 3.00 petang – 3.30 petang
Sidang Sesi IV : 3.30 petang – 5.00 petang
Makan Malam : 7.00 malam – 8.00 malam
Sidang Sesi V : 8.00 malam – 10.30 malam
Jamuan Ringan : 10.30 malam
13 Mac 2003 (Khamis)
Sidang Sesi VI : 8.00 pagi - 10. 00 pagi
Jamuan Ringan : 10.00 pagi – 10.30 pagi
Sidang Sesi VII : 10.30 pagi – 12.00 tengah hari
Makan Tengah Hari dan Rehat:12.00 tengah hari – 1.30 petang
Sidang Sesi VIII : 1.30 petang – 3.00 petang
Jamuan Ringan : 3.00 petang – 3.30 petang
Penyediaan Laporan : 3.30 petang – 5.00 petang
Makan Malam : 7.00 malam – 8.00 malam
Penyediaan Laporan : 8.00 malam – 10.30 malam
Jamuan Ringan : 10.30 malam
52
ATUR CARA MAJLIS PENUTUPAN & PENANDATANGANAN LAPORAN
SIDANG MABBIM & MASTERA
11 MUHARAM 1424/14 MAC 2003
8.00 malam : Anggota Perwakilan Hadir
8.15 malam : Tetamu Kehormat Hadir
8.25 malam : Acara dimulakan
Bacaan Al-Fatihah
Ucapan Ketua Pemerhati Singapura
Ucapan Ketua Perwakilan Malaysia
Ucapan Ketua Perwakilan Indonesia
Ucapan Ketua Perwakilan Brunei
Darussalam
Upacara Penandatanganan Laporan
Keputusan Umum Sidang Ke-42 MABBIM
& Sidang Ke-8 MASTERA
Ucapan Penutup
Sidang Ke-42 MABBIM & Sidang 8
MASTERA oleh
Yang Mulia Setiausaha Tetap
Kementerian Kebudayaan, Belia & Sukan
Doa Selamat
Sesi Bergambar
: Jamuan Ringan
53
UCAPAN
YANG BERHORMAT
PEHIN ORANG KAYA DIGADONG SERI LELA DATO SERI
PADUKA
HAJI AWANG HUSSAIN BIN PEHIN ORANG KAYA DIGADONG
SERI DIRAJA DATO LELA UTAMA HAJI AWANG YUSOF
MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim
Yang Mulia
Pengerusi Majlis, Awang Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd. Yassin
Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
Selaku Ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam,
Yang Berhormat,
Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain
bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama,
Yang Terhormat,
Prof. Drs. A. Malik Fadjar, M.A.,
Menteri Pendidikan Nasional Republik Indonesia,
Yang Dimuliakan,
Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-
Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar,
Yang Dimuliakan,
Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim,
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama,
Yang Dimuliakan,
Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah
Dato Paduka Haji Awang Othman,
Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
Tuan-Tuan Yang Terutama,
Yang Mulia,
Setiausaha–Setiausaha Tetap,
Yang Berbahagia
Bapak Dr. Dendy Sugono
54
Ketua Perwakilan Republik Indonesia,
Yang Berbahagia
Dato’ Haji A. Aziz Deraman
Ketua Perwakilan Malaysia,
Yang Berbahagia
Prof. Madya. Shaharuddin bin Maaruf
Ketua Pemerhati Singapura,
Para Jemputan Khas,
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Alhamdulilah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu
Wa-Taala atas rahmat yang dikurniakan-Nya kepada kita bagi membolehkan perhimpunan
ini dapat diungkayahkan dengan sempurna seperti yang direncanakan.
Marilah juga kita mengucapkan selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, keluarga Baginda serta sahabat baginda yang
jujur lagi setia menyibarkan syiar Islam ke merata pelusuk alam untuk dikenang hingga ke
akhir zaman.
Terlebih dahulu saya dengan rasa tulus ikhlas mengalu-alukan kehadiran yang Terhormat
Menteri Pendidikan, Republik Indonesia ke negara ini untuk sama-sama memeriahkan
Sambutan 30 Tahun MABBIM. Mudah-mudahan dengan kehadiran Yang Terhormat itu
akan dapat dijadikan titik-tolak perhubungan yang lebih mesra lagi bermakna pada masa
akan datang, terutamanya dalam bidang kebudayaan.
Kepada semua anggota Perwakilan Republik Indonesia, Perwakilan Malaysia dan
Perwakilan Pemerhati Republik Singapura, saya mengalu-alukan kehadiran biskita, dan
mudah-mudahan perbincangan ilmu selama beberapa hari ini akan menghasilkan buah
fikiran dan resolusi yang dapat meningkatkan lagi kualiti bahasa dan sastera Melayu/
Indonesia di samping mengeratkan perhubungan silaturahim penutur-penutur bahasa
Melayu/Indonesia di seluruh dunia. Setentunya perhubungan itu akan diteruskan selepas
perhimpunan ini, dan perbincangan ilmu yang berkaitan dengan bahasa dan sastera
Melayu/Indonesia akan terus dilaratkan ke bidang-bidang strategik lain yang dapat
mengukuhkan kedudukan serta memperluas penggunaan bahasa Melayu/Indonesia pada
zaman ICT yang semakin mencabar ini.
Kita juga sangat beruntung kerana perhimpunan ini bertepatan dengan Sambutan Tahun
Baru Hijrah 1424. Oleh yang demikian, perhimpunan yang dihadiri oleh pakar-pakar dan
cerdik pandai dalam bahasa dan sastera Melayu/Indonesia, bahkan dinaungi oleh peristiwa
agung Tahun Baru Hijrah yang membawa mesej untuk ‘berhijrah’ kepada kehidupan yang
terbaik, yang gemilang dan cemerlang menurut nilai-nilai sirah atau perjalanan hidup
Rasullullah Sallallahu Alaihi Wassalam.
55
Pada kesempatan ini, saya sukacita mengucapkan Selamat Tahun Baru 1424 Hijrah, dan
mudah-mudahan dengan sukut baik Tahun Baru Hijrah ini, biskita semua akan
memperolehi tekad yang lebih padu dalam sama-sama mencari usaha dan ikhtiar bagi
meningkatkan lagi kualiti bahasa Melayu/Indonesia agar relevan dengan era globalisasi
sekarang.
Para hadirin yang saya hormati sekalian:
Saya difahamkan ratusan ribu istilah pelbagai bidang ilmu telah dibentuk oleh ketiga-tiga
negara anggota MABBIM yang mencuba sedaya upaya untuk bersetuju memilih istilah
yang sama. Langkah seterusnya ialah memasyarakatkan istilah-istilah tersebut,
terutamanya melalui institusi pendidikan dan media masa.
Saya juga difahamkan MABBIM sedang merancang beberapa projek dan kegiatan lain
untuk mempertingkatkan penggunaan dan penguasaan penutur terhadap bahasa
Melayu/Indonesia supaya tidak ketinggalan oleh bahasa-bahasa lain terutama bahasa
Inggeris. Dalam dunia Melayu, sejumlah 220 juta orang boleh berbahasa
Melayu/Indonesia. Ini merupakan jumlah yang bukan kecil. Kita mengakui kepentingan
bahasa Inggeris sebagai salah satu bahasa perantaraan di dunia, namun ia tidak boleh
dijadikan alasan untuk mengenepikan bahasa ibunda kita, bahasa Melayu/Indonesia.
Sesuatu usaha perlu difikirkan untuk memartabatkannya sebagai salah satu bahasa rasmi
dalam foram serantau atau antarabangsa.
Dalam perhimpunan malam ini, Negara Brunei Darussalam akan memberi penghormatan
kepada 3 orang penulis atau sasterawan dan beberapa orang penggiat MABBIM yang
diakui berjasa dalam bidang masing-masing. Saya berharap pemberian anugerah dan
pengiktirafan ini akan menjadi pendorong kepada penerimanya untuk terus bergiat bagi
mempertingkatkan martabat bahasa dan sastera di negara masing-masing. Saya
difahamkan inilah acara utama sempena Sambutan 30 Tahun MABBIM. Tahniah kepada
semua penerima anugerah.
Maka dengan melafazkan kalimah “Bismillahir Rahmanir Rahim” saya rasmikan Sidang
ke-42 MABBIM, Sidang ke-8 MASTERA dan Sambutan 30 Tahun MABBIM.
Wabillahit Taufik Walhidayah.
Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
56
TEKS UCAPAN
KETUA PERWAKILAN BRUNEI DARUSSALAM
AWANG HAJI ABDUL HAKIM BIN HAJI MOHD YASSIN
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU
BRUNEI DARUSSALAM (JKTBM)
Bismillah Hir Rahman Nir Rahim…..
Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji
Awang Hussain bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji
Awang Mohd Yusof, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Tetamu Kehormat Majlis,
Yang Berhormat Menteri Pendidikan Nasional Republik Indonesia, Prof. Drs. A. Malik
Fadjr,
Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerja Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang
Mohd. Zain bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama,
Yang Dimuliakan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Yahya
bin Haji Ibrahim, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama,
Yang Dimuliakan Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang
Mohd Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang
Umar,
Yang Dimuliakan Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang
Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman,
Tuan-tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi dan Duta Besar wakil negara anggota dan
pemerhati MABBIM/MASTERA,
Yang Mulia Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka
Haji Dani bin Haji Ibrahim,
Yang Mulia Ketua Perwakilan Malaysia, Dato’ Haji A. Aziz Deraman dan seluruh ahli
perwakilan,
Yang Mulia Ketua Perwakilan Indonesia, Dr. Dendy Sugono dan seluruh ahli perwakilan,
Yang Mulia Ketua Perwakilan Pemerhati Singapura,
Yang Mulia seluruh perwakilan Brunei Darussalam,
Yang Mulia Prof. Madya Dr. Shahruddin Maarof dan seluruh ahli perwakilan,
57
Yang Mulia Pengiran-Pengiran, Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan,
hadirian hadirat yang kaola/saya hormati sekalian.
Alhamdulillah, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sekali lagi mendapat penghormatan
menyelenggarakan Sidang MABBIM dan MASTERA iaitu Sidang Ke-42 Majlis Bahasa
Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia dan Sidang Ke-8 Majlis Sastera Asia Tenggara.
Sidang kali ini bertambah signifikan kerana Majlis Bahasa menyambut ulang tahunnya ke-
30. Oleh itu tema bagi Seminar Bahasa dan Sastera yang akan berlangsung esok dan lusa,
10 dan 11 Mac 2003, disesuaikan dengan sambutan ini, berbunyi: “30 Tahun MABBIM:
Memperkasa Bahasa dan Sastera Melayu/Indonesia dalam Mengukuhkan Peradaban
Bangsa.”
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam menyusun beberapa acara untuk
memperingati 30 tahun MABBIM. Pagi tadi penganjur mengadakan Walkaton
MABBIM dengan mengundang pegawai dan kakitangan Kerajaan, pensyarah, guru dan
penuntut serta peminat bahasa dan sastera menyertainya. Para perwakilan dari
MABBIM/MASTERA Indonesia dan Malaysia juga menjayakan sama.
Pada malam ini pula, Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam dengan
perkenan Kerajaan memberi Anugerah Tokoh MABBIM yang dibahagi kepada 3
kategori dan bagi setiap kategori dipilih seorang penerima daripada setiap negara anggota
MABBIM. Panel penilai setiap negara anggota memilih penerima anugerah untuk negara
masing-masing berdasarkan kriteria yang ditentukan bersama.
Begitu juga MASTERA Brunei Darussalam yang berusaha keras menjadikan Anugerah
Sastera MASTERA yang disampaikan pada malam ini satu kenyataan, memberi
penghormatan kepada 3 orang sasterawan daripada ketiga-tiga negara pendiri MASTERA
yang dipilih oleh panel penilai negara masing-masing dan dipersetujui oleh Panel Pusat
Brunei Darussalam.
Anugerah Sastera MASTERA berjaya dilaksanakan berkat kerjasama sektor bukan-
Kerajaan yang mengambil perhatian berat terhadap perkembangan bahasa melalui
karya kreatif dan kegiatan kesasteraan yang boleh mengangkat martabat bangsa dan
negara.
Sidang Ke-42 MABBIM seperti biasa akan membincangkan projek dan kegiatan
kebahasaan yang termasuk dalam rancangan 5 tahun. Kewujudan MABBIM selama 30
tahun telah banyak menyelesaikan hal-hal yang ada hubungan dengan bahasa
Melayu/Indonesia terutama soal istilah, sistem ejaan rumi dan jawi dan pembakuan
bahasa. Kejayaan bakal menerbitkan Kamus Bahasa Melayu Nusantara yang
diamanahkan kepada Brunei Darussalam mengusahakannya adalah juga berkat kerjasama
ketiga-tiga negara anggota MABBIM.
58
Sidang Ke-8 MASTERA juga akan membincangkan rancangan 5 tahunnya yang ada
hubungan dengan hal-hal kesasteraan. Walaupun baru berusia 8 tahun, MASTERA telah
banyak melaksanakan projek dan kegiatan bagi membina dan mengembangkan sastera
Melayu/Indonesia melalui seminar, bengkel, kuliah, penerbitan dan pemberian hadiah dan
anugerah. MASTERA Malaysia, antara lain memberi Hadiah Sastera MASTERA
untuk penulis kreatif dan non-kreatif, MASTERA Indonesia melaksanakan
penerbitan/penyelidikan pelbagai genre sastera sementara MASTERA Brunei Darussalam
memberi Anugerah Sastera MASTERA yang pertama kali disampaikan malam ini.
Dalam majlis yang permai ini, kaola bagi pihak Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu
Brunei Darussalam, MASTERA Brunei Darussalam dan seluruh ahli jawatankuasa serta
perwakilan Malaysia, Indonesia dan pemerhati Singapura mengucapkan ribuah terima
kasih di atas kesudian Yang Berhormat Pehin hadir sebagai Tetamu Kehormat dengan
memberi ucapan, menyampaikan anugerah dan melancarkan terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka Brunei dan MASTERA. Sesungguhnya kehadiran Yang Berhormat Pehin
membuktikan komitmen yang bukan kecil kepada perkembangan bahasa dan sastera
khususnya dan kebudayaan bangsa umumnya.
Tidak lupa kaola/saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada seluruh ahli jawatankuasa, penaja yang budiman dan sesiapa jua yang berusaha
dan membantu sehingga majlis dan sidang berjaya dan berjalan lancar. Semoga Allah swt
membalas budi abiskita dengan ganjaran setimpal.
Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah. Wassalamu Alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
59
SAMBUTAN
KETUA PERWAKILAN INDONESIA
YANG BERBAHAGIA BAPAK DR. DENDY SUGONO
Bismillahir rahmanir rahim Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera
Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato’ Seri Paduka (Dr.) Haji
Awang Hussain bin Pehin Ornag Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji
Awang Mohd. Yusof, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam,
Yang Berhormat, Bapak Prof. Haji Abdul Malik Fadjar, Menteri Pendidikan Nasional
Indonesia,
Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji
Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama,
Yang Dimuliakan Pehin-Pehin,
Yang Mulia Dato-Dato/Datin-Datin,
Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi dan Duta Besar,
Yang Mulia, Awang Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd. Yassin, Ketua Perwakilan Negara
Brunei Darussalam dan Anggota Perwakilan,
Yang Mulia, Dato’ Haji A. Aziz bin Deraman, Ketua Perwakilan Malaysia dan Anggota
Perwakilan,
Yang Berbahagia, Profesor Madya Shaharuddin Maaruf, Ketua Pemerhati Singapura serta
rombongan, para pegawai, pakar, sarjana, sasterawan, penulis, para undangan, dan para
peserta seminar Bahasa dan Sastera.
Puji dan syukur kita tujukan kepada Allah Subhanahu wa-Taala selawat dan salam semoga
tetap tercurah kepada junjungan kita, Nabi Muhammad Rasullah, kepada kerabat dan para
sahabat serta para pengikutnya.
Kita berkumpul di sini dalam rangka Seminar Mabbim ke-11 Bahasa dan Sastra, Sidang
ke-42 Majelis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia- Malaysia (Mabbim), dan Sidang ke-
8 Majelis Sastra Asia Tenggara (Mastera) dalam upaya pengembangan bahasa kebangsaan
kita melalui kerja sama kebahasaan dan kesastraan.
Kerja sama kebahasaan telah dirintis tahun 1959 yang kemudian membuahkan gagasan
penyamaan ejaan antara bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia dengan sebutan Ejaan
Melindo. Pengkajian dan perundingan terus dilakukan antara ahli bahasa Indonesia dan
Malaysia serta pejabat di kedua negara. Pada bulan Mei tahun 1972 ditandatanganilah
60
Komunike Bersama (piagam kerjasama) oleh Menteri Pendidikan dan Kebudayaan
Republik Indonesia dan Menteri Pengajaran Malaysia. Di Indonesia peresmian
penggunaan Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan dilalukan oleh Presiden pada
tanggal 16 Agustus 1972. Selain itu, tindak lanjut komunike itu ialah diselenggarakannya
sidang pertama pada bulan Desember 1972, yang kemudian pada tanggal 29 Desember
tahun itu dijadikan sebagai hari kelahiran Majelis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM).
Keanggotaan majelis bertambah setelah Brunei Darussalam menjadi anggota pada tahun
1985 dan namanya berubah menjadi Majelis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-
Malaysia (Mabbim). Sementara itu, Singapura berstatus sebagai pemerhati.
Kini kerja sama ini telah berusia 30 tahun. Apa yang telah dihasilkan dari perjalanan yang
panjang itu? Setelah penyamaan ejaan, sasaran ditujukan pada pengembangan istilah.
Pada tahun 1975 telah dihasilkan dua pedoman: Pedoman Umum Ejaan dan Pedoman
Umum Pembentukan Istilah. Setelah kedua pedoman yang memuat prosedur
pembentukan istilah yang dusenoyrbajab ada, penggarapan dilakukan pada pembentukan
istilah bidang ilmu. Melalui keahlian para bidang ilmu dan pakar bahasa, pakar dari
ketiga negara anggota dalam sidang-sidangnya kini telah menghasilkan sekitar 264,000
istilah dalam berbagai bidang ilmu. Sebagian dari istilah itu telah diterbitkan dalam
bentuk glosarium atau senarai istilah.
Dalam kurun waktu 30 tahun telah terjadi berbagai perubahan. Globalisasi yang antara
lain, ditandai dengan pemberlakuan pasar bebas dan keterbukaan yang didukung
perkembangan teknologi informasi telah membawa pengaruh pada perilaku orang dalam
berbahasa. Untuk menyikapi berbagai perkembangan itu, laju pengembangan
kosakata/istilah perlu ditingkatkan. Untuk itu, Mabbim akan meninjau kembali prosedur
pembentukan istilah dan pihak Indonesia telah menyiapkan hal itu untuk bahan sidang.
Selain peristilahan, kerja sama akan ditingkatkan pada penelitian, penerjemahan, dan
penyusunan buku rujukan.
Seminar yang mengawali sidang majelis ini, selain untuk menyebarluaskan hasil Mabbim,
juga bertujuan untuk memperoleh pemikiran para pakar bahasa dan sastra serta seluruh
peserta tentang perkembangan bahasa dan sastra dalam berbagai bidang kehidupan.
Gagasan/pemikiran dari seminar itu akan menjadi salah satu agenda pembahasaan dalam
sidang majelis yang akan berlangsung tanggal 12–14 Maret 2003.
Selain kerja sama kebahasaan, jalinan persahabatan ketiga negara anggota Mabbim telah
memperluas bidang garapan. Majlis sastra Asia Tenggara (Mastera) yang kini memasuki
sidang ke-8 telah menunjukkan hasil di bidang penelitian dan pengembangan ketenagaan
melalui penyelenggaraan kuliah bandingan dan penulisan Mastera bidang puisi, esei,
novel, dan drama bagi penulis-penulis muda di ketiga negara anggota.
Dalam rangka pembinaan kini diadakan penganugerahan Mastera dari Brunei Darussalam,
Indonesia telah memilih Sdr. Ayip Rosidi sebagai penerima anugerah Mastera. Kepada
beliau saya mengucapkan selamat atas dedikasi beliau terhadap pengembangan sastera di
Indonesia.
61
Dalam menyikapi berbagai tantangan ke depan, kerja sama kebahasaan dan kesastraan ini
perlu ditingkatkan agar bahasa dan sasera kita sejajar dengan bahasa-bahasa dan sastra
besar yang memainkan peran dalam tatanan kehidupan global. Untuk perbincangan
peluang bahasa Indonesia/budaya menjadi bahasa perhubungan luas, telah hadir Menteri
Pendidikan Nasional Republik Indonesia, Prof. Drs. A. Malik Fadjar, M.Sc. Besok akan
ada perbincangan dengan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Brunei Darussalam.
Terima kasih Bapak Malik Fadjar yang berkenaan hadir dalam Sidang ke-42 Mabbim dan
Sidang ke-8 Mastera.
Kehadiran Menteri Pendidikan Nasional, Indonesia dan Menteri Kebudayaan, Belia dan
Sukan, Brunei Darussalam memiliki arti yang amat penting dalam sejarah Mabbim pada
perayaan ke-30 ini.
Kepada Awang Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd. Yassin, beserta seluruh staf Dewan
Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam, saya menyampaikan penghargaan dan ucapan
terima kasih atas penyelenggaraan seminar, sidang Mabbim dan Mastera serta atas
penerimaan dan sambutan kepada seluruh perutusan Indonesia.
Penyataan terima kasih juga saya sampaikan. Kepada ketua dan anggota perutusan dari
Malaysia, pemerhati dari Singapura, kepada seluruh peserta seminar, kami ucapkan
selamat mengikuti seminar.
Dari Indonseia hadir 14 orang terdiri atas ahli Mabbim dan Mastera serta pemakalah dan
panelis.
A. Mabbim
1. Dr. Dendy Sugono
2. Dr. H. Hasan Alwi
3. Dr. E. Zaenal Arifin
4. Drs. Abdul Gaffar Ruskhan, M. Hum
5. Prof Dr. Suwarsih Madya, PH. D (Pemakalah)
6. Prof. Dr. Ki. Supriyoko (Pemakalah)
7. D. Zawawi Imron (Pemakalah)
B. Mastera
1. Dr. Nafron Hasjim
2. Sdr. Slamet Sukirnanto
3. Drs, M.A. Abdul Rozak Zaidan
4. Prof. Dr. Sumiato A. Sayuti (Pemakalah)
5. Sdr. Sutardji Calzoum Bachri (Pemakalah)
Demikianlah sambutan saya selaku Ketua Perutusan Indonesia. Terima kasih.
Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
62
UCAPAN
KETUA PERWAKILAN MALAYSIA
YANG BERBAHAGIA DATO’ HAJI A. AZIZ DERAMAN
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU
MALAYSIA, (JKTBM)
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Yang Mulia Pehin Orang Kaya di Gadong Seri Lela Dato’ Seri Paduka (Dr.) Haji
Awang Hussain bin Pehin Orang Kaya di Gadong Seri DiRaja Dato’ Laila Utama
Haji Awang Mohamad Yusuf, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Negara Brunei
Darussalam,
Yang Terhormat Bapak Prof. Haji Abdul Malik Fajar, Menteri Pendidikan Nasional
Indonesia,
Yang Berhormat, Menteri, Yang Mulia Timbalan Menteri
Yang Mulia Dato Paduka Haji Dani bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap, Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan
Yang Mulia Pehin-Pehin, Dato’-Dato’, Datin-Datin
Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi dan Duta Besar
Yang Berbahagia Awang Haji Abdul Hakim bin Mohd. Yasin, Ketua Perwakilan Brunei
Darussalam dan Anggota Perwakilan
Yang Terhormat Bapak Dr. Dendy Sugono, Ketua Perwakilan Indonesia dan Anggota
Perwakilan
Yang Berbahagia rakan-rakan pemerhati dari Singapura, para pegawai, para pakar,
sarjana, sasterawan, penulis, para undangan, dan para peserta seminar bahasa dan sastera.
Tuan-tuan, puan-puan, para hadirin dan hadirat sekalian.
Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kita ke hadrat Allah swt. atas limpah
rahmat-Nya kita diberikan kesihatan dan dengan izin-Nya jua kita bertemu sekali lagi
untuk kali ke-42 bagi MABBIM dan kali ke-8 bagi MASTERA dalam suasana aman
damai dan persaudaraan bangsa serumpun. Kita semua faham akan keadaan dunia ketika
ini, di mana-mana ada sahaja demonstrasi, perhimpunan atau perarakan antiperang,
manifestasi dari suatu ketegangan akibat sikap pihak tertentu yang ingin terus mengancam
keamanan dan kedamaian global dengan mengatur langkah menyerang dan memusnah
pihak yang lain. Alhamdulillah, kita masih dikurnia semangat silaturrahim yang tekal
63
sehingga kita mampu meneruskan kerjasama di peringkat rantau ini untuk terus mencari
kesepakatan dan kesefahaman melalui wahana yang telah kita meterai tiga puluh tahun
yang lalu.
Pada 29 haribulan Disember 2002 yang lalu, genaplah 30 tahun usia Majlis Bahasa
Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), yang asalnya bermula dengan
gagasan bernama MBIM sahaja. Dalam tempoh itu, pelbagai kejayaan yang dapat
dibanggakan oleh ketiga-tiga buah negara anggotanya telah dapat dicapai, dan kejayaan ini
tidak mungkin terhasil dan dinikmati tanpa sokongan, sikap hormat menghormati, dan
saling memahami antara ketiga-tiga negara anggotanya.
Selama tiga puluh tahun kita telah memperlihatkan keakraban dan semangat kebersamaan
yang cukup bererti, dalam usaha mencapai matlamat yang satu, iaitu menyatukan bahasa
serumpun kita bagi memastikan lahirnya kelancaran komunikasi budaya, ilmu,
perdagangan, ekonomi, teknologi, serta memperkukuh hubungan politik antara negara
anggota. Pada dasarnya, hasrat kebudayaan yang murni ini, bukan sahaja telah dapat
direalisasikan - biarpun tahap demi tahap - malah sedang diteruskan dengan semangat
yang tidak kurang baranya, hingga kita berjaya bersama-sama pada hari sambutan 30
tahun MABBIM, pada hari ini.
Antara matlamat utama yang telah berjaya dicapai oleh MABBIM termasuklah
menyeragamkan ejaan dan istilah dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, merumuskan
soal-soal dasar kebahasaan untuk dilaksanakan oleh negara anggota, memasyarakatkan
hasilnya melalui penerbitan daftar dan kamus istilah, dan bergerak selari dengan harapan
dan kehendak badan bahasa, sastera, dan budaya serantau. Segala kejayaan yang telah
dicapai itu pastinya kerana adanya semangat kerjasama melalui persefahaman dan rasa
persaudaraan antara negara anggotanya.
Sempena menyambut 30 tahun usia MABBIM ini, pihak negara Brunei Darussalam selaku
tuan rumah sambutan, menginisiatifkan Anugerah 30 tahun MABBIM yang diisi dengan 3
jenis penghargaan; pertama, kepada Anggota MABBIM yang begitu gigih
menyumbangkan khidmat dalam meletakkan dasar bahasa bagi ketiga-tiga negara
anggota; kedua, yang cukup aktif dan banyak memberikan sumbangan dan hasil dalam
bidang keilmuan; dan, yang terakhir yang telah memberikan sumbangan di belakang tabir
MABBIM, selaku setia usaha yang berklhidmat lebih daripada 10 tahun dalam Majlis ini.
Pihak kita juga mengucapkan tahniah kepada negara Brunei Darussalam kerana
memulakan Anugerah Sastera MASTERA pada tahun ini. Ini bermakna, satu lagi anak
tangga telah kita daki untuk mencapai wawasan bersama.
Sesungguhnya, pertemuan demi pertemuan yang kita adakan ini, tidak mungkin dapat
dijayakan tanpa dukungan yang padu daripada negara tuan rumah, daripada pihak
pemerintah, juga institusi-institusi keilmuan, badan-badan persuratan, sektor swasta dan
individu-individu yang sedia membantu. Untuk itu, saya dan Jawatankuasa Tetap Bahasa
Melayu ingin merakamkan rasa hormat dan penghargaan saya kepada Yang Berbahagia
Awang Haji Abdul Hakim bin Mohd. Yassin, serta semua anggota urus setia MABBIM
negara Brunei Darussalam yang tentunya telah bekerja keras – siang malam -untuk
64
menjayakan Sidang Ke-42 MABBIM dan Sidang Ke-8 MASTERA, sekaligus menjayakan
sambutan ulang tahun yang ke-30 MABBIM. Terima kasih khusus kami kepada Yang
Mulia Pehin Orang Kaya di Gadong Seri Lela Dato’ Seri Paduka (Dr.) Haji Awang
Hussain bin Pehin Orang Kaya di Gadong Seri di Raja Dato’ Laila Utama Haji Awang
Mohamad Yusuf, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam,
tetamu kehormat kita malam ini.
Pada kesempatan ini, saya ingin menucapkan tahniah kepada semua penerima Anugerah
MABBIM dan MASTERA baik yang datang dari Indonesia dan Malaysia, mahupun yang
datang dari negara tuan rumah: Jasa anda bukan sahaja terakam dalam khazanah
persuratan yang bernama MABBIM, malah akan menjadi sebahagian daripada nadi dan
nafas bahasa kita.
Sebelum mengakhiri ucapan ini, izinkanlah saya menyampaikan salam takzim daripada
Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia yang dukacita
tidak dapat bersama pada malam ini dan dalam pertemuan tiga menteri esok hari, kerana
sesudah menghadiri sidang SEAMEO di Manila, yang berakhir kelmarin, beliau terpaksa
berada di Kuala Lumpur menghadiri perasmian Sidang Parlimen Malaysia oleh Duli Yang
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.
Pada sidang MABBIM, MASTERA dan seminar bahasa dan sastera kali ini jumlah
kehadiran dari Malaysia adalah seramai kira-kira 40 orang terdiri daripada anggota
perwakilan, pakar, serjana, pembentang kertas kerja dan berapa orang lagi yang ikut serta
dalam rombongan kami sebagai pegawai dan kakitangan urus setia, kumpulan kesenian
dan peserta Seminar.
Akhir kata, terimalah daripada kami:
Berakas ternama rasa di Muara
Pandangan permai di tepi pangkalan
Berkat kerjasama jiwa bersaudara
Kejayaan dicapai jadi kebanggaan
Brunei berjasa indah sambutan
Bersatu hati di sisi kesatuan
Kekal bahasa khazanah persuratan
Di situ jati diri nadi peradaban
Terima kasih kepada Jawatankuasa Penyelenggara dan seluruh anggota perwakilan ketiga-
tiga negara. Semoga Allah membarkati dan merahmati kita.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Bandar Seri Begawan
Brunei Darussalam
9 Mac 2003
top related