seni kreatif
Post on 14-Aug-2015
74 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
PENDIDIKAN SENI KREATIF (MASALAH PEMBELAJARAN)
TAHUN SATU
2010
DRAF
K A N D U N G A N MUKA SURAT
Pendahuluan 1
Matlamat 1
Objektif 2
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang 2
Kurikulum Modular Berasaskan Standard 3
Komposisi Kurikulum 5
Fokus Mata Pelajaran 6
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 8
Pentaksiran 9
Komponen Pendidikan Seni Visual 11
Komponen Pendidikan Muzik 15
1
1. Pendahuluan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Kebangsaan (KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang
pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSRPK Masalah Pembelajaran
bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan.
Bagi memenuhi keperluan individu program pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibentuk
secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “Guru-guru boleh
mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan
bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.
KSSRPK Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan
seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum kepada murid-murid Masalah Pembelajaran supaya
mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
2. Matlamat
KSSRPK Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara menyeluruh,
seimbang dan bersepadu sesuai dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
2
3. Objektif
KSSRPK Masalah Pembelajaran membolehkan murid:
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi
warganegara yang berguna
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat
majmuk
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa
4. Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan.
Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
3
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii. Kemanusiaan
iv. Literasi Sains dan Teknologi
v. Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri
5. Kurikulum Modular Berasaskan Standard
KSSRPK Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu
dicapai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi
elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.
5.1 Standard Kandungan
Pernyataan tentang disiplin ilmu di mana murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
5.2 Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan yang
dinyatakan.
4
Rajah 1: Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang
5
6. Komposisi Kurikulum
Komposisi KSSRPK Masalah Pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah:
Jadual 1 : Mata pelajaran dalam KSSRPK Masalah Pembelajaran Tahun 1
Mata pelajaran Komponen
Pengurusan Kehidupan
Pengurusan Diri
Pengurusan Tingkah Laku
Kemahiran Manipulatif
Mata pelajaran Asas 3M
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Pendidikan Seni Kreatif Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Muzik
Pendidikan Islam / Moral -
Pendidikan Jasmani -
6
7. Fokus Mata Pelajaran
7.1 Mata Pelajaran: Pendidikan Seni Kreatif
7.1.1 Komponen : Pendidikan Seni Visual
Komponen Pendidikan Seni Visual memberi fokus kepada usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi murid
supaya dapat mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran,
berketerampilan serta bersikap positif dalam kehidupan. Aspek yang diberi penekanan adalah perkembangan motor halus, motor
kasar, kemahiran menggambar, mencorak dan membentuk. Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti bagi
memenuhi kehendak tajuk Melukis dan menggambar, Membuat rekaan dan corak, Mereka dan membuat binaan, Kraf
berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid.
Komponen Pendidikan Seni Visual membolehkan murid:
i. menunjukkan kemahiran kognitif, psikomotor dan sosial
ii. mengembangkan bakat dan kreativiti
iii. menghayati keindahan alam dan warisan budaya
iv. menghasilkan karya seni yang kreatif
v. menimba ilmu sebagai persediaan ke arah kerjaya
7.1.2 Komponen: Pendidikan Muzik
Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi murid supaya
dapat mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran,
berketerampilan serta bersikap positif dalam kehidupan. Aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran nyanyian, bermain alat-
alat muzik, pergerakan dan lakonan. Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk Persepsi
muzik, Pengalaman nyanyian, Pengalaman perkusi, Apresiasi dan estetika seni serta Seni lakon berdasarkan kebolehan
dan kreativiti murid.
7
Komponen Pendidikan Muzik membolehkan murid:
i. mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan
ii. mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam kumpulan
iii. mahir menggunakan alat-alat muzik
iv. melakukan gerakan mengikut rentak lagu
v. mengenal lagu berdasarkan melodinya
vi. mengawal koordinasi anggota badan
vii. melakon dan menghayati berbagai watak
viii. membaca dialog dengan baik
7.2 Pelaksanaan Modul Pendidikan Seni Kreatif
7.2.1 Modul Pengajaran Pendidikan Seni Kreatif
Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum Pendidikan Seni Kreatif untuk membantu guru
menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian
mengikut keperluan. Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.
7.2.2 Modul Pembelajaran Pendidikan Seni Kreatif
Modul Pembelajaran Pendidikan Seni Kreatif juga disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran
kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran.
8
8. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:
Inkuiri
Analisis Tugasan
Belajar Melalui Bermain
Pengajaran Bertema
Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)
Konstruktivisme
Multi Sensori
Pembelajaran Konstektual
Pembelajaran Interaktif
Pembelajaran Koperatif
Simulasi
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)
9
9. Pentaksiran
Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran.
Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif dan formatif. Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid,
pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran. Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah
disertakan dengan senarai semak. Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dibuat bersama Rancangan
Pengajaran Individu (RPI). Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang baru
kepada murid.
10
KOMPONEN PENDIDIKAN SENI VISUAL
11
KOMPONEN PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1. Melukis dan
menggambar
1.1 Melakukan contengan bebas tanpa alatan
1.2 Melakukan contengan bebas menggunakan
pelbagai media bagi kemahiran motor kasar
1.3 Melakukan pergerakan jari-jemari secara
bebas
1.1.1 Melakukan contengan bebas di kertas mahjung
1.1.2 Melakukan contengan bebas di kad manila
1.1.3 Melakukan cotengan bebas di kertas lukisan
1.2.1 Melakukan contengan bebas di kertas mahjung dengan
menggunakan pelbagai media
1.2.2 Melakukan contengan bebas di kad manila dengan
menggunakan pelbagai media
1.2.3 Melakukan contengan bebas di kertas lukisan dengan
menggunakan pelbagai media
1.3.1 Mengoyak dan menampal secara bebas
1.3.2 Meramas secara bebas
1.3.3 Menguli secara bebas
1.3.4 Menggentel dan menampal secara bebas
1.3.5 Menggunting dan menampal secara bebas
12
TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.4 Mewarna
1.5 Melukis tanpa alatan
1.6 Melukis menggunakan alatan seni lukis
1.3.6 Menerap dan menampal secara bebas
1.3.7 Menepek secara bebas
1.4.1 Mewarna secara bebas
1.4.2 Mewarna bentuk asas
1.4.3 Mewarna gambar mudah
1.5.1 Melukis di udara
1.5.2 Melukis di atas pasir
1.5.3 Melukis di atas meja
1.5.4 Melukis di tapak tangan
1.5.5 Melukis di papan putih/hitam
1.5.6 Melukis di atas kertas
1.6.1 Menamakan alatan seni lukis
1.6.2 Melukis menggunakan unsur seni dengan alatan seni
lukis
13
TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2. Membuat rekaan dan
corak
2.1 Mereka corak secara bebas menggunakan
anggota badan
2.2 Mereka corak secara terancang menggunakan
pelbagai teknik
2.3 Mereka corak secara tidak terancang
menggunakan pelbagai teknik
2.4 Menghasilkan projek
2.1.1 Mencorak secara bebas menggunakan jari tangan
2.2.1 Mencorak menggunakan teknik capan tapak tangan
2.2.2 Mencorak menggunakan teknik gosokan pensel,
pensel warna atau arang
2.2.3 Mencorak menggunakan teknik kolaj kertas warna
2.3.1 Mencorak menggunakan teknik ikatan dan celupan
kain
2.3.2 Mencorak menggunakan teknik titisan
2.4.1 Menghasilkan projek menggunakan hasil rekaan dan
corak yang telah dipelajari
14
TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3. Mereka dan membuat
binaan
3.1 Membentuk binaan mudah
3.1.1 Menghasilkan binaan terkawal model perabut
3.1.2 Menghasilkan binaan terkawal model makanan
4. Kraf
4.1 Mengenal kraf tradisional
4.2 Menghasilkan kraf menggunakan bahan yang
mudah diperolehi
4.1.1 Menghias replika layang-layang
4.2.1 Membuat kraf kipas tangan
4.2.2 Membuat kraf topeng muka
KOMPONEN PENDIDIKAN MUZIK
15
KOMPONEN PENDIDIKAN MUZIK
TAJUK
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
1. Persepsi muzik
1.1 Mengenal irama dalam muzik
1.2 Mengenal melodi dalam muzik
1.3 Mengenal ekspresi dalam muzik
1.1.1 Memberi respon terhadap detik lagu yang diperdengar
1.1.2 Memberi respon terhadap tempo lagu yang
diperdengar
1.1.3 Memberi respon secara lisan/ gerakan terhadap corak
irama dalam lagu yang diperdengar
1.2.1 Mengenal pic yang diperdengar
1.2.2 Mengenal solfa so,mi
1.3.1 Memberi respon terhadap dinamik pada lagu yang
diperdengar
1.3.2 Memberi respon yang sesuai terhadap mud lagu yang
diperdengar
2. Pengalaman nyanyian
2.1 Menyanyi mengikut muzik
2.1.1 Menyanyi dengan teknik pernafasan yang betul
2.1.2 Menyanyi dengan postur badan yang betul
2.1.3 Menyanyi dengan sebutan yang jelas
16
TAJUK
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1.4 Menyanyi dengan ekspresi yang sesuai
2.1.5 Menyanyi lagu berdasarkan melodi
2.1.6 Menyanyi lagu mengikut tempo, pic dan dinamik
3. Pengalaman perkusi
3.1 Meneroka bunyi dari pelbagai sumber
melalui pengamatan pendengaran
3.2 Mengenal alat perkusi
3.3 Memainkan alat perkusi
3.1.1 Meniru bunyi haiwan, bunyi dari pelakuan manusia,
bunyi kenderaan, bunyi alam sekitar dan bunyi alat
muzik
3.1.2 Membezakan bunyi haiwan, bunyi dari pelakuan
manusia, bunyi kenderaan, bunyi alam sekitar dan
bunyi alat muzik
3.2.1 Mengenal alat perkusi dari bahan persekitaran
3.2.2 Mengenal alat perkusi tradisional
3.2.3 Mengenal alat perkusi moden
3.2.4 Memegang alat perkusi secara bebas
3.2.5 Memegang alat perkusi dengan betul
3.3.1 Memainkan alat perkusi secara bebas
3.3.2 Memainkan alat perkusi dengan betul
17
TAJUK
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
4. Apresiasi dan estetika
seni
4.1 Melakukan pergerakan anggota badan
untuk menghasilkan bunyi
4.2 Membuat pergerakan mengikut irama lagu
4.3 Menghargai kesenian dan kebudayaan
4.1.1 Menghasilkan bunyi menggunakan
mulut, tangan, kaki dan jari
4.2.1 Melakukan gerakan secara bebas
4.2.2 Melakukan gerakan secara terkawal
4.3.1 Mengenal kebudayaan negeri dalam Malaysia
4.3.2 Menjalankan aktiviti kebudayaan
5. Seni lakon
5.1 Latihan asas lakonan
5.1.1 Melakukan latihan mengawal pernafasan
5.1.2 Melakukan latihan pergerakan mengikut ruang dan
masa
Terbitan:
Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum
Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Faks: 03- 8888 9917
top related